hbml3303 810901126140
TRANSCRIPT
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA
SEMESTER MEI/2014
HBML3303
PSIKOLINGUISTIK DAN SEMANTIK
NAMA PELAJAR : DayangKu Nuurul Fattihah Ummi
Qalthum Bt Pg. Zainal Abidin
NO. MATRIKULASI : 810901126140001
NO. KAD PENGENALAN : 810901-12-6140
NO. TELEFON : 016-8404421
E-MEL : [email protected]
NO. TELEFON : 0168404421
PUSAT PEMBELAJARAN : SABAH LEARNING CENTRE
HBML3303
BIL. ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1. Pengenalan
2. Konsep Makna dan Perubahan Makna Dalam Bahasa Melayu
3. Faktor-faktor Perubahan Makna Dalam Bahasa Melayu
4. Aplikasi Pengajaran Makna Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Rendah
5. Kesimpulan
6. Bibiliografi
1. PENGENALAN
1
HBML3303
1.1 Pengenalan
Bahasa adalah sistem komunikasi yang sangat penting bagi manusia. Bahasa di
analisis dan didekati dengan menggunakan pelbagai pendekatan untuk mengkajinya.
Pendekatan yang digunakan untuk mengkaji Bahasa ialah pendekatan makna iaitu
menjurus kepada bidang semantik iaitu satu bidang yang berkaitan dengan kajian makna.
Kata ‘semantik’ adalah berasal daripada kata adjektif Bahasa Yunani
‘semantickos’ bermaksud ‘penting’ atau ‘bererti’.
Menurut Palmer,1992 istilah semantik merujuk kepada kajian makna dan istilah
ini agak baharu dalam bidang linguistik. Nathesan,2001 juga menyatakan dalam
mendifinisikan semantik adalah suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan
ayat dalam Bahasa.
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, semantik ialah kajian makta perkataan dan
penambahan makna kata. Oleh itu, semantik adalah sebagai ilmu tentang makna atau
tentang erti.
Kajian makna ini sangat penting. Menurut R.H.Robbins (1952) menegaskan
bahawa kajian makna adalah salah satu bahagian yang penting dalam linguistik am. Firth
(1944) juga mengatakan bahawa makna menjadi inti dalam kajian Bahasa.
Semantik dalam bahasa, pada umumnya, dapat diteliti dari pelbagai sudut.
Demikian juga semantik dalam Bahasa Melayu dapat diteliti dari aspek-aspek seerti dan
rujukan, perkataan, ayat, jenis-jenis makna, perubahan makna, peribahasa (termasuk
simpulan bahasa), dan unsur semantik dalam nahu. Maka dengan ini ilmu semantik amat
perlu dikuasai oleh guru Bahasa.
2
HBML3303
1.2 Objektif tugasan;
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep makna dan perubahan makna dalam
bahasa Melayu.
2. Membincangkan tentang faktor-faktor perubahan makna dalam bahasa Melayu.
3. Mengaplikasikan pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
peringkat sekolah rendah.
Tugasan ini amat membantu guru-guru Bahasa Melayu dalam memahami dan
memahirkan diri dalam penguasaan tatabahasa Bahasa Melayu terutamanya dalam bidang
semantik yang mengkaji tentang makna. Antaranya ialah pengetahuan tentang konsep
makna dan perubahan makna serta faktor-faktor tertentu yang mempengaruhi makna.
Selain itu, tugasan ini juga memberi panduan kepada guru cara mengaplikasikan
pengajaran makna dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat sekolah rendah.
2. Konsep Makna dan Perubahan Makna Dalam Bahasa Melayu
3
HBML3303
.
2.1 Konsep Makna
Dalam berbahasa, makna sangat penting kerana kesalahan memahami sesuatu
makna yang disampaikan oleh penutur akan menyebabkan penyampaian maksud yang
berbeza. Bagi memahami sesuatu makna, seorang penutur dan pendengar mestilah peka
terhadap apa yang dituturkan dan juga apa yang didengar.
Menurut Abu Bakar Hamid (1967:160-165 dalam Abdullah Yusof (2009:14)
makna memainkan peranan penting dalam pemakaian Bahasa. Tanpa makna, sesuatu
tutur itu tidak akan dapat difahami dan tidak berguna.
Pengertian bagi makna merujuk kepada ‘maksud’ atau ‘erti’. Kamus Linguistik
(1997 ) telah memberikan dua maksud makna iaitu;
1. Makna adalah erti yang didukung oleh kata atau kumpulan kata.
2. Makna adalah pemahaman sesuatu ujaran oleh pendengar, atau pemahaman kata
atau frasa bertulis oleh pembaca.
Selain itu, Ogden dan Richards (1956) telah memberikan tidak kurang 16
perngertian tentang ‘makna’ di dalam buku mereka The Meaning of Meanings. Antara
pengertian tersebut ialah;
- Makna ialah suatu sifat intrinsik
- Makna adalah konotasi sesuatu kata
- Makna adalah pokok
- Makna juga satu kemahuan
- Makna merupakan emosi yang ditimbulkan oleh sesuatu
Berdasarkan pengertian yang diberikan Ogden dan Richards, dapatlah kita bayangkan
tentang maksud ‘makna’ yang pelbagai dan sukar untuk difahami.
4
HBML3303
Berikutan pendapat Awang Had Salleh (1959) makna adalah suatu hal yang luas.
Makna mempunyai hubungan dengan otak si penutur. Bagi mengetahui makna dengan
setepat-tepatnya , orang mestilah dapat mengetahui apa yang sedang difikirkan oleh otak
si penuturpada masa ia membuat satu-satu pertuturan. Dalam kata lain, orang mestilah
dapat memasukkan dirinya ke dalam diri si penutur supaya dapat berasa dan berfikir
sama seperti apa yag dirasakan dan difikirkan perlu.
Ferdinand de Sassure menyatakan setiap tanda linguistik terdiri daripada dua unsur,
iaitu yang diertikan dan yang mengertikan. Unsur yang diertikan ialah konsep atau makna
sesuatu tanda atau lambang manakala unsur yang mengertikan ialah bunyi-bunyi bahasa
yang terbentuk daripada fonem-fonem bahasa yang berkenaan. Dengan perkataan lain,
setiap tanda linguistik terdiri daripada unsur bunyi dan unsur makna. Kedua-dua unsur ini
merupakan unsur intrabahasa (dalam bahasa) yang lazimnya merujuk sesuatu referen
yang bersifat ekstrabahasa
2.2 Konsep Perubahan Makna
Bidang kajian makna dalam linguistik mengikut Shaff (1962) salah satu daripada dua
perkara utama dalam bidang kajian makna adalah tentang perubahan makna, sebab-sebab
perubahan makna dan sejarah makna itu sendiri. Perubahan makna menurut Stern
(1965) ialah apabila sesuatu kata digunakan untuk menyatakan suatu makna yang belum
pernah dinyatakan lagi.
Manakala menurut Mohd Ra’in Shaari dan Badullah Yusof (2008) perubahan
makna bermaksud meluaskan atau membesarkan komponen makna suatu perkataan,
manakala proses penyempitan pula adalah proses mengecilkan atau mengurangkan
komponen makna suatu perkataan.
5
HBML3303Terdapat pelbagai jenis perubahan makna, antaranya perubahan makna meluas,
perubahan makna menyempit, perubahan makna secara keseluruhan, dan penghalusan
serta pengasaran.
Perubahan makna secara meluas bermaksud sesuatu perkataan atau leksem
yang asalnya mempunyai satu makna berubah kepada beberapa makna disebabkan faktor
tertentu Contoh kata ‘taman’. Pada masa dahulu ‘taman’ hanya digunakan bagi merujuk
kepada ‘kebun bunga’ atau ‘taman bunga’ sahaja tetapi telah diperluaskan bagi
mencakupi makna tambahan seperti ‘kawasan perumahan’, ‘kawasan perindustrian’ dan
‘kawasan alam semula jadi’ seperti Taman Kinabalu. Selain itu contoh yang dapat lihat
bagi perluasan makna adalah seperti kata ‘datuk’. Lihat illustrasi di bawah;
Datuk
Makna :
Lelaki yang mempunyaicucu atau merujuk kepadabapa kepada ayah atau ibu seseorang.
Perluasan makna
Datuk Seri Musa Aman
Datuk Siti Nurhaliza
Makna: Gelaran kehormat di Malaysia yang dianugerahkan oleh Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Melaka, Yang Dipertua Negeri Sarawak dan Yang Dipertua Negeri Sabah kepada orang yang telah dianugerahi pingat tertentu sebagai penghargaan terhadap jasa atau khidmatnya kepada negara.
6
HBML3303
Perubahan makna menyempit pula merujuk perkataan yang awalnya
mempunyai banyak makna kemudiannya menjadi terbatas. Contohnya, kata sarjana
awalnya bermaksud orang bijak pandai. Kemudian sarjana telah disempitkan maknanya
menjadi orang yang telah lulus ijazah universiti sama ada Sarjana Muda (ijazah pertama)
dan Sarjana (masters). Selain itu, contoh penyempitan makna juga boleh dilihat melalui
visual di bawah bagi kata ‘daging’;
.
Daging arnab
Daging lembu
Daging ayam
Penyempitan makna
makna sebenar dalam kamus
bagi istilah daging adalah
‘isi pada manusia atau
binatang antara kulit dan tulang’
7
HBML3303
Manakala perubahan makna secara keseluruhan bermaksud makna kata yang berbeza
sama sekali dengan maksud asalnya. Menurut Za’ba, perubahan makna secara
keseluruhan dari seigi Bahasa dapat dilihat dari penggunaan peribahasa, simpulan
Bahasa, kata kiasan, bidalan, pepatah, perumpamaan, kata perbilangan dan kata hikmat.
Contoh simpulan bahasa :
“Mandi kerbau”
Makna pada perkataan :
kerbau sedang mandi
Makna sebenar :
Orang yang mandi tidak bersih
Makna simpulan bahasa ‘mandi kerbau’ berbeza dengan makna kata asal
Pada suatu ketika ada perkataan yang tidak berubah makna (sinkronis) tetapi
dalam perkembangan lanjut perkataan tersebut berubah maknanya. Contohnya, kata
khalwat yang dipinjam daripada bahasa Arab mulanya membawa makna bersunyi-sunyi
seorang diri bagi mendapatkan ketenangan jiwa, bertafakur dan sebagainya. Namun, kini
kata khalwat berubah makna kepada bersunyi-sunyi secara berdua-duaan antara lelaki
dan perempuan yang bukan muhrim dan tiada ikatan pernikahan.
8
HBML3303
Dalam ujaran atau tulisan makna merupakan satu unsur yang sangat penting. Tanpa
makna, ujaran atau sesuatu tulisan mungkin tidak dapat difahami oleh orang lain. Dalam
sesuatu Bahasa perubahan makna merupakan salah satu fenomena Bahasa yang sering
berlaku dalam mana-mana bahasa di dunia.
Menurut Ullmann (1957), menyenaraikan enam sebab perubahan makna; antaranya
termasuklah sebab-sebab linguistik (bahasa), sejarah, social, psikologi, pengaruh luar,
dan keperluan untuk kata baharu.
Sementara itu, Bloomfield (1992) pula menyenaraikan sembilan jenis perubahan
yang berlaku dalam bahasa. Menurut beliau, perubahan makna dalam bahasa berlaku
akibat daripada perluasan makna, penyempitan makna, metafora, metonimi, sinekdoksi,
hiperbola, litotes, pejorasi, dan ameliorasi.
Menurut S. Nathesan (2001), bahasa yang digunakan oleh masyarakat pada satu-satu
ketika, terutamanya kosa kata dirakamkan di dalam kamus. Sejak saman dahulu lagi
pelbagai kamus telah disusun dan diterbitkan. Pada abad ke -19 Kamus Swettenham
adalah kamus terawal yang disusun dalam Bahasa Melayu. Kamus ini mengalami
perubahan makna kerana mengalami penyempitan makna, perluasan makna atau
pertambahan makna.
Secara amnya, perubahan makna disebabkan oleh faktor-faktor yang berikut;
i. Faktor perkembangan bahasa itu sendiri
ii. Faktor tanggapan penutur
3. Faktor-faktor perubahan makna
9
HBML3303iii. Faktor peluasan maksud
iv. Faktor pembatasan dan penyempitan maksud
v. Faktor tujuan simbolik atau stilistik
i. Faktor perkembangan bahasa itu sendiri
Makna kata berubah akibat perkembangan bahasa itu sendiri terjadi dalam semua
bahasa di dunia. Terdapat perkataan yang mengalami perubahan dari segi makna
dibandingkan dengan makna asal perkataan tersebut. Misalnya, perkataan ‘tangan’ pada
asalnya merujuk kepada satu anggota badan.Tetapi makna tersebut berubah meknanya
mencakupi ‘;meguruskan’ dan ‘mengendalikan’.
Contoh ayat: Sebagai seorang Ketua Kampung, Encik Halim menangani kes tersebut
dengan berhati-hati.
Selain itu, perkataan ‘hantu’ juga menjadi contoh perubahan makna akibat
perkembangan bahasa itu sendiri. Perkataan hantu pada masa kini bukan lagi bermaksud
makhluk yang menakutkan tetapi membawa makna mengganggu. Sebagai contoh,
“Kejadian semalam masih lagi menghantui fikirannya’.
ii. Faktor tanggapan penutur
Perubahan makna juga boleh berlaku disebabkan faktor tanggapan penutur.
Contohnya panggilan ‘abang’ yang digunakan untuk memanggil adik beradik
lelaki yang lebih tua. Sebaliknya pada masa sekarang panggilan ‘abang’ tidak
terhad kepada adik beradik sahaja malah digunakan untuk memanggil lelaki yang
lebih tua tanpa mengira saudara atau tidak. Malah panggilan ‘abang’ juga
digunakan oleh isteri sebagai panggilan untuk suaminya.
10
HBML3303iii. Faktor tujuan simbolik dan stilistik
Dalam hasil karya berbentuk sastera khususnya dalam puisi biasanya kita dapat
melihat perubahan makna yang disebabkan oleh faktor tujuan simbolik atau stilistik.
Contohnya, perkataan bunga dan kumbang yang sering dikaitkan dengan simbol
perempuan sebagai bunga dan lelaki sebagai kumbang. Perkataan bunga dan kumbang
ini tidak lagi hanya merujuk kepada sejenis bunga ataupun sejenis kumbang. Selain itu,
warna juga sering dijadikan simbolik bagi sesuatu sifat seperti merah tanda berani dan
putih sebagai lambang kesucian.
11
HBML3303
Pengajaran makna adalah salah satu aspek yang tidak dapat dipisahkan dari mata
pelajaran Bahasa Melayu. Ini kerana bahasa adalah satu sistem yang digunakan oleh
sekumpulan manusia untuk memberi makna kepada bunyi perkataan, gerak badan dan
lain-lain simbol untuk membolehkan manusia berkomunikasi antara satu sama lain,
(Wiliam L Heward dan Micheal). Melalui definisi bahasa dapat dirumuskan pengajaran
makna sangat penting kerana tanpa memahami makna perkataan, frasa atau ayat sesuatu
maklumat yang disampaikan tidak akan difahami.
Dalam tugasan ini saya telah memilih tiga aplikasi aspek makna dalam pengajaran
mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah iaitu peribahasa, sinonim, dan antonim.
1. Peribahasa
Peribahasa adalah salah satu item yang terkandung dalam mata pelajaran Bahasa Melayu
yang memerlukan pemahaman yang kuat dari aspek makna. Perkataan atau ayat pada
peribahasa mempunyai makna tertentu. Seperti yang dinyatakan oleh Sulaiman Zakaria
(2009) peribahasa mempunyai pengertian tertentu dan digunakan oleh masyarakat dahulu
untuk menyampaikan sesuatu maksud secara halus. Rubiah Aksah (2005), mengatakan
peribahasa merupakan suatu kiasan atau bunga bahasa dalam kata-kata yang mampu
menggambarkan sesuatu maksud yang tertentu dan maksud yang dibawa itu berlainan
daripada makna asalnya.Berdasarkan difinisi tersebut, dapatlah dijelaskan bahawa
sesuatu peribahasa itu berupaya mendukung dan menjelaskan maksud tertentu.
Penerapan peribahasa di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
sangat penting. Peribahasa mempunyai skop tertentu di dalam topik-topik yang diajar
contohnya membina ayat berdasarkan peribahasa yang diberi ataupun menggunakan
peribahasa dalam menghasilkan penulisan karangan seperti yang terdapat di dalam format
4. Aplikasi Pengajaran Makna Dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Peringkat Sekolah Rendah
12
HBML3303kertas soalan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).Peribahasa sekolah
rendah mencakupi simpulan bahasa, perumpamaan, bidalan, pepatah dan kiasan.
Di antara kepentingan pengajaran peribahasa bahasa melayu ialah, dapat
membantu murid menghasilkan karya penulisan yang baik seperti dalam membina
karangan. Peribahasa dapat membantu murid dalam menghasilkan satu penulisan yag
menarik serta dapat menegaskan maksud yang ingin disampaikan di dalam karangan.
Oleh kerana peribahasa itu sendiri mempunyai susunan ayat yang menarik tetapi juga
mempunyai makna yang mendalam, maka karangan yang akan dihasilkan pasti menjadi
bertambah menarik. Sebagai contoh, murid akan menggunakan peribahasa pada
pendahuluan penulisannya dengan mengaitkan tajuk yang diberi. Selain itu, murid boleh
juga menggunakan peribahasa sebagai penutup kepada karangannya kerana peribahasa
itu sendiri mempunyai maksud tersirat dan mendalam untuk membantu murid
menegaskan lagi apa yang ingin disampaikannya di dalam karangannya itu. Malah,
penggunaan peribahasa juga dapat membantu murid menjelaskan sesuatu peristiwa itu
dengan mudah berdasarkan kesesuaian tajuk karangan
Aplikasi pengajaran peribahasa di dalam penulisan Bahasa Melayu sekolah rendah Tahun
6:
1. Guru memperkenalkan satu peribahasa kepada murid. Contohnya : Berat sama
dipikul ringan sama dijinjing.
2. Murid memberi maksud peribahasa yang diberi.
3. Guru memberi tajuk karangan kepada murid dan meminta murid menulis
karangan dengan mengaitkan peribahasa dengan tajuk tersebut.
4. Guru membimbing murid dalam membina rangka karangan. Pastikan isi karangan
berkaitan dengan maksud peribahasa ” Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”.
5. Murid menulis karangan dalam bentuk perenggan.
6. Peribahasa boleh digunakan pada awal penulisan iaitu sebagai pendahuluan dna
juga sebagai penutup karangan.
13
HBML33032. Sinonim
Sinonim boleh diertikan sebagai perkataan yang mempunyai makna kata yang sama.
Perkataan sinonim mempunyai hubungan dua hala dengan perkataan yang sinonim
denganya. Ini menjelaskan
14