hbhe2103

24
FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER MEI 2015 HBHE2103 PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT NO. MATRIKULASI : 761202125693001 NO. KAD PENGNEALAN : 761202-12-5693 NO. TELEFON : 0198019544 E-MEL : [email protected]

Upload: silvesterdadi

Post on 04-Sep-2015

90 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER MEI 2015

HBHE2103

PROGRAM BERSEPADU SEKOLAH SIHAT

NO. MATRIKULASI : 761202125693001NO. KAD PENGNEALAN: 761202-12-5693NO. TELEFON: 0198019544E-MEL: [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN: LAHAD DATU LEARNING CENTRE

1

ISI KANDUNGAN1. Pendahuluan2. Jenis-jenis penyakit a.demam denggib.mers covc.jed. penyakit kaki tangan mulut 3. 4 aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah untuk menangani masalah penyakit.

3. Penutup 4. Rujukan

Pendahuluan Dewasa ini kebanyakan kes-kes kematian di Negara-negara membangun adalah dikalangan kanak-kanak yang berusia dalam lingkungan masih bayi lagi hinggalah berusia 14 tahun disebabkan oleh penyakit-penyakit yang berkait dengan persekitaran mereka. Mengikut kajian (WHO), dianggarkan lima juta kanak-kanak meninggal setiap tahun akibat daripada penyakit dari persekitaran mereka.Sepatutnya persekitaran kanak-kanak ini adalah selamat kerana alam persekitaran kanak-kanak ini terhad kepada rumah, sekolah dan komuniti. Namun begitu persekitaran yang tidak selamat inilah yang menyumbang kepada kes-kes kematian yang tinggi dikalangan kanak-kanak terutamanya dinegara-negara membangun.Terdapat 6 jenis persekitaran tidak sihat yang dikenalpasti memberi kesan pada kanak-kanak iaitu air minuman yang tidak selamat, tiada kebersihan diri dan system pembentungan yang tidak baik, pencemaran udara, kawalan vector, bahaya kimia dan kemalangan adlah antara penyakit-penyakit yang disabitkan oleh alam sekitar tersebut ialah seperti jangkitan pada system pernafasan, cirit-birit, malaria, keracunan dan sebagainya.Kita mungkin masih boleh menarik nafas lega kerana scenario dinegara kita mungkin tidak sampai ke tahap kematian tersebut. Namun bahaya persekitaran tidak sihat terbukti mampu memberi kesan kerosakan dan kecacatan jangka pendek dan jangka panjang terhadap kesihatan kanak-kanak seperti kecacatan anggota badan, kerosakan system pembiakan, kanser, penyakit mental dan laii-lain. Ada di antara kerosakan ini bermula semenjak dalam Rahim ibu lagi. Kesan kerosakan dapat dilihat pada bayi yang baru lahir, pada kanak-kanak da nada yang dapat dilihat setelah remaja. Kanak-kanak amat mudah terdedah kepada bahaya persekitaran tidak sihat berbanding orang dewasa kerana factor semulajadi tubuh badan dan sikap mereka yang masih cetek pengetahuan mereka terhadap kebersihan alam sekitar.Dalam penulisan ini akan dibincangkan empat jenis penyakit yang berkaitan dengan persekitaran kanak-kanak ,sebab ,punca tanda-tand dan cara pencegahannya.

1. Demam denggi

Penyakit demam denggi adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi(genus flavivirus) yang disebarkan oleh nyamuk aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis denggi yang paling berat iaitu demam Hemoragik denggi dan sindrom kejutan denggi. Virus denggi akan terpendam didalam badan pesakit selama 3 hingga 14 hari(purata 4 hingga 6 hari) sebelum menunjukkan tanda-tanda. Pesakit mungkin akan mengalami demam mengejut diikuti dengan berbagai-bagai tanda dan gejala tidak khusus.Denggi dan denggi berdarah merupakan penyakit febril akut yang dijumpai dikawasan tropika dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Denggi disebarkan kepada manusia oleh nyamuk aedes aegypti(hanya kadang-kadang oleh Aedes albopictus). Terdapat empat jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi iaitu(DEN 1, DEN 2, DEN 3 DAN DEN 4). Jangkitan oleh salah satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh dijangkiti lebih dari sekali seumur hidupnya.

Tanda Dan gejalaa. Demam akan menyerang pada hari ke tiga hingga ke empat belas selepas digigit oleh nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya diantara empat hingga tujuh hari.b. Bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, sakit pada bahagian belakang mata serta otot-otot dan sendi-sendi. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi.c. Demam ini boleh mencapai suhu 40-41 C, dan selalunya akan berlarutan selama dua hingga tujuh hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dikalangan kanak-kanak di bawah umur enam tahun. Sakit teruk pada tulang-tulang, otot-otot dan sendi-sendi. Demam denggi ini juga dikenali sebagai break bone fever.d. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ketiga dan keempat selepas bermulanya demam.

Diagnose penyakitAntibody akan dikesan didalam darah(dengue lgM)(antibody yang dihasilkan oleh system pertahana badan untuk melawan penyakit). Selain itu, ujian PCR(kaedah mengesan genetic virus) boleh mengesan virus denggi di dalam darah dan nyamuk boleh diidapati di sesetengah makmal. Satu lagi test yang mengesan virus ini pada peringkat awal demam iaitu NSI antigen.

Rawatan a. Segera berjumpa doctor kerana tiada ubat yang khusus untuk merawat demam denggi.b. Rehat dan banyakkan minum air masak. Ubat paracetamol boleh diambil untuk menurunkan demam dan mengurangkan kesakitan.c. Elakkan ubat aspirin bagi kanak-kanak dibawah umur 12 tahun.d. Mandi jerlum.e. Antibiotic tidak diperlukan.

Demam Denggi BerdarahIa merupakan demam denggi yang teruk yang disebabkan oleh jangkitan virus denggi. Kebiasaan tanda penyakit adalah sama dengan demam denggi. Pesakit akan menjadi teruk sisebabkan oleh radangan di salur darah. Tanda-tanda yang biasa termasuklah muntah, pitam dan sakit di bahagian abdomen.Salur darah didalam badan boleh mengalami kebocoran dan menyebabkan isi padu darah berkurangan. Ini menyebabkan pesakit mengalami renjatan dan akhirnya boleh menyebabkan kematian.Tiada ubat-ubatan khusus untuk merawat demam denggi. Pesakit perlu dimasukkan ke wad bagi rawatan demam denggi berdarah. Rawatan awal boleh mengelakkan kematian dengan kadar kurang daripada 1 %. Pesakit akan diberikan rehidrasi untuk memastikan pesakit itu tidak mengalami renjatan.Walaupun nama penyakit ini demam denggi berdarah, masalah yang membawa kemudaratan adalah masalah kebocoran salur darah yang menyebabkan renjatan dan bukan pendarahan yang menjadi masalah utama.

Cara pencegahan

Pada masa sekarang tiada vaksin untuk mengubati demam denggi. Walau bagaimanapun usaha-usaha sedang dijalankan untuk menghasilkan vaksin tersebut. Selebihnya adalah terletak di tangan ahli masyarakat untuk mengelakkan penyakit ini antaranya ialah;a. Mengelakkan gigitan nyamuk dengan Gunakan ubat nyamuk. Gunakan kelambu semasa tidur. Gunakan repellent jika perlu. Elakkan aktiviti semasa nyamuk aktif menggigit(5.30 pagi -8.00 pagi dan 5.30 petang 8.00 malam) Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar daripada rumah. Pasang jarring halus(mosquito mesh) ditingakp dan pintu. Menghapuskan tempat pembiakan nyamuk di seleliling rumah. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air terutamanya di besen, tayar lama, bekas bunga,bekas plastic dan tong. Jika tidak dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik di bekas tersebut. Kerap tukar air bekas minuman haiwan peliharaan

2. Penyakit MERS-COV(Middle East Respiratory Syndrome Corona Virus)

Penyakit MERS COV merupakan anggota keluarga kumpulan coronavirus yang menjangkiti manusia serta haiwan dan sindrom pernafasan akut (SARS) merupakan antara strain coronavirus berkenaan. Virus ini ula dikesan pada tahun 2012 dan dikenali sebagainovel coronavirus. Pada mei 2013 ia ditukar kepada MERS-CoV. Virus ini boleh menyebabkan masalah pernafasan serius dan kegagalan buah pinggang. Kementerian kesihatan mengingatkan orang ramai supaya jangan mendekati ungags atau haiwan termasuk lading ternakan unta sepanjang berada di Arab Saudi atau Negara yang dikesan berlakunya penularan penyakit sindrom Penyakit Pernafasan asia Barat-virus korona (mers cov).

Cara penyebarannya Virus ini merebak secara terbatas kepada manusia dan tidak terdapat saluran penyebaran antara manusia yang berterusan. Cara penyebarannya adalah secara langsung atau tidak langsung. Secara langsung ialah melalui percikan kahak oleh orang yang menghidap penyakit ini semasa pesakit batuk atau bersin. Manakala secara tidak langsung ialah melalui sentuhan terhadap benda yang mempunyai virus ini. Tanda tanda virus MERS-COV pada manusia

Tanda-tanda virus MERS-COV boleh bermula dari tanda-tanda selesma biasa, seperti demam, batuk , sakit tekak dan sakit otot, sehinggalah menyebabkan:1. Mengalami demam panas2. Mengalami radang paru-paru3. Menyebabkan jangkitan mata4. Kandungan gula rendah dalam darah5. Gangguan dan masalah pernafasan yang teruk6. Batuk atau kesukaran bernafas dalam masa sepuluh hari7. Beberapa masalah kesihatan, termasuk kegagalan fungsi ginjal8. Menyebabkan koma secara tiba-tiba9. Pelbagai komplikasi lain yang boleh membawa maut.

Cara mencegah penyakit MERS COVPenyakit MERS COV ini belum ada vaksinnya. Namun begitu kementerian kesihatan telah meningkatkan keupayaan makmalnya dalam usaha mengesan sebarang tanda-tanda jangkitan dikalangan pesakit dengan lebih pantas dan saringan lebih rapi terutamanya Jemaah haji yang baru pulang dari Arab Saudi. Pencegahan dapat dilaksanakan dengan mengamalkan gaya hidup sihat iaitu menjaga kebersihan tangan dengan sering mencuci tangan dengan sabun, mengelakkan sentuhan secara langsung dengan pesakit yang menghidap MERS COV, menutup mulut ketika batuk atau bersin, menggunakan losyen tangan dan sebagainya.

3. Penyakit JEPenyakit Japanese Encephalitis(JE) ialah penyakit bawaan nyamuk. Penyakit ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk yang membawa virus tersebut. Virus JE bawaan naymuk ini boleh menyerang system saraf dan mengakibatkan komplikasi teruk serta kematian. Penyakit JE disebabkan oleh virus Japanese encephalitis dalam kumpulan arbovirus yang dibawa serangga biasanya serangga penghisap darah, dalam kes ini ialah nyamuk.Kitar hidup virus JE melibatkan babi yang diternak serta nyamuk culex yang membiak di kawasan sawah padi dan tempat ternakan babi. Virus JE menggandakan bilangan dalam tubuh babi( perumah sekunder) dan disebarkan melalui gigitan nyamuk. Virus yang disebarkan oleh nyamuk menyebabkan jangkitan pada manusia, haiwan ternakan, burung, kelawar, ular dan katak. Selepas jangkitan, virus akan menyerang system saraf pusat iaitu otak dan saraf tunjang. Virus Je tidak berjangkit sesame manusia atau apabila manusia memakan daging babi yang membawa virus tersebut.

Gambar nyamuk culex

Tanda dan gejalaa. Hampir semua pengidap akan mendapat gejala ringan atau tiada gejala sama sekali. Biasanya gejala akan timbul selepas 4-16 hari digigit nyamuk pembawa virus JE.b. Japanese encephalitis bermula dengan demam selesma, sejuk badan, letih, sakit kepala, loya dan muntah-muntah.c. Keliru dan rasa celaru(agitation) boleh berlaku di peringkat awal penyakit.d. Sawan berlaku dalam 66% pesakit terutamanya kanak-kanak.

Komplikasi Komplikasi yang berlaku ialah antaranya:a. Radang otak mengakibatkan kematian pada 30% kes.b. Kes yang selamat -30% akan mendapat kerosakan otak teruk termasuklah lumpuh.

Rawatan

Diagnosa dibuat melalui ujian darah dan cairan sererospinal yang diambil melalui tulang belakang. Tiada rawatan khas untuk Japanese encephalitis. Antibiotic tidak berkesan melawan virus dan tiada ubatan anti viral ditemui. Tumpuan hanya kepada rawatan kurangkan gejala dan rawatan komplikasi sahaja.

Pencegahan Mencegah gigitan nyamuk melalui:a. Gunakan kelambub. Guna racun semburan serangga aerosol, lingkaran ubat nyamuk dan krim sapu mengelak nyamuk(repellent).c. Pasang jarring penahan nyamuk.d. Pakai baju lengan panjang dan seluar panjang apabila keluar ke kawasan ternakan babiMusnahkan pembiakan nyamuk culex dengana. Bina sestem perparitan yang sempurnab. Tutup kawasan air bertakungc. Pastikan kawasan ternakan babi bersihd. Sembur racun serangga di kawasan ternakan

Bagi suntikan pelalian kepada:a. Penternak babib. Orang yang tinggal berhampiran dengan lading ternakan babi dalam 2km radius( terutamanya kanak-kanak)

4. Penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut

Penyakit tangan, kaki dan mulut(HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut. Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper(lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan Kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5 hingga 7 hari.

HMFD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HMFD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti. Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HMFD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas penukaran lampin atau tersentuh air lliur( drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda dan Gejala

Ciri-ciri klinikal termasuk:a. Demamb. Sakit tekakc. Ulser pada tekak, mulut dan lidahd. Ruam dengan vesikel( lepuhan kecil 3-7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper. Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya.

KomplikasiBiasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan system saraf dan jantung.

Rawatan

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat. Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotic tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Pencegahan.

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.AKTIVITI AKTIVITI YANG DILAKSANAKAN OLEH PIHAK SEKOLAH UNTUK MENANGANI PENYAKIT BERBAHAYA.

Sekolah berperanan penting didalam memberikan persekitaran kesihatan yang baik untuk kanak-kanak kerana hampir setiap hari kanak-kanak berada di sekolah samaada sekolah rendah atau sekolah menengah. Oleh itu pihak sekolah berperanan merancang dan seterusnya melaksanakan program-program yag berkaitan dengan peningkatan tahap kesihatan murid ke tahap yang optimum. Antara aktiviti yang dilaksanakan di sekolah ialah ceramah dan penerangan kepada murid betapa pentingnya penjagaan kebersihan diri dan persekitaran mereka terutamanya ketika berada di sekolah. Aktiviti ini dilaksanakan melalui program kesihatan sekolah yang mana para penceramah adalah dikalangan mereka yang bertauliah dan berkhidmat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah perkhidmatan kesihatan sekolah, perkhidmatan pergigian sekolah dan perkhidmatan alam sekitar sekolah.Dibawah perkhidmatan sekolah, murid-murid menerima perkhidmatan pencegahan penyakit, saringan kesihatan, rawatan ringan dan rujukan ke klinik atau hospital. Perkhidmatan ini adalah bertujuan untuk:a. Mengekalkan tahap kesihatan murid di paras yang paling optimum melalui promosi kesihatan, pencegahan penyakit, rawatan dan rujukan.b. Mengesan masalah kesihatan yang boleh menghalang pencapaian akademik murid di sekolah dan seterusnya membuat rujukan awal bagi membolehkan intervensi awal dan penempatan murid dalam system pendidikan khas.c. Menggalakkan penglibatan masyarakat bagi membentuk sekolah sebagai institusi yang sihat dan selamat bagi membolehkan pembelajaran yang berkesan.

Pendidikan kesihatan di sekolah dilaksanakan melalui pendidikan kesihatan berkelompok dan individu. Pendidikan kesihatan secara berkelompok adalah pendidikan kesihatan yang dijalankan melalui kempen atau kem-kem kesihatan di sekolah. Murid-murid mendapat pengetahuan melalui pameran, ceramah dan tunjuk cara oleh anggota kesihatan. Pendidkan kesihatan secara berkelompok mengutamakan kesihatan awam yang berkaitan dengan golongan murid sekolah contohnya talasemia, tak nak merokok dan gaya hidup sihat.Pendidikan kesihatan individu diberi sebagai khidmat nasihat dan kaunseling semasa seisi pemeriksaan kesihatan. Isu-isu yang lazim didapati adalah berkaitan dengan pemakanan, penyakit kulit, kebersihan diri dan lain-lain.Selain itu, imunisasi kesihatan sekolah diberikan kepada semua murid melalui suntikan BCG, diphtheria dan pertussis, polio, mumps, measles,rubella dan tetanus.Pemeriksaan kesihatan diri adalah satu pemeriksaan fizikal yang dijalankan oleh pegawai perubatan, jururawat kesihatan atau penolong pegawai perubatan semasa murid berada dalam pra sekolah, tahun 1, tahun 6 dan tingkatan 3.

Pemeriksaan pergigian sekolah dilaksanakan oleh pasukan pergigian yang melawat semua sekolah rendah dan menengah di Malaysia.Perkhidmatan kesihatan persekitaran sekolah dilaksanakan oleh kementerian kesihatan Malaysia dan Kementerian Pelajaran secara bersepadu. Pemeriksaan kesihatan disekolah meliputi pemeriksaan infrastruktur sekolah, kebersihan, pengawalan penyakit bawaan vector dan pemantauan kebersihan dan pengendalian kantin sekolah.Perkhidmatan kawasan persekitaran sekolah ini adalah tertakluk dibawah beberapa akta seperti akta kawalan tembakau dan akta kawalan penyakit bawaan vector yang membawa kepada denda sekiranya pihak pengurusan sekolah didapati gagal mematuhi akta-akta tersebut. Dibawah perkhidmatan ini, sekolah-sekolah menubuhkan pasukan-pasukan bagi membinasakan tempat pembiakan nyamuk di sekolah bagi membanteras penyakit demam denggi dan mewartakan seklah sebagai kawasan larangan merokok. Penolong pegawai kesihatan persekitaran akan membuat pemeriksaan di sekolah setiap tahun bagi memastikan sekolah adalah berada dalam keadaan bersih dan selamat.

Disamping itu, antara aktiviti yang boleh dilaksanakan oleh pihak sekolah ialah aktiviti gotong royong yang melibatkan persatuan ibubapa melalui PIBG dan IBKS. Gotong royong yang dilaksanakan lebih menjurus kepada kebersihan persekitaran sekolah. Contohnya ialah gotong royong membersihkan tempat-tempat pembiakan nyamuk seperti bekas bunga, tayar lama, membersihkan parit atau longkang dan juga kebersihan tandas sekolah. Aktiviti ini akan dapat mencegah pelbagai penyakit bawaan vektor seperti demam denggi dan malaria. Selain itu, tandas yang bersih akan mencegah mruid daripada dijangkiti penyakit HMFD yang berjangkit melalui faktor kebersihan diri murid. Selain itu, pihak sekolah juga boleh melaksanakan taklimat, ceramah dan motivasi tentang pentingnya menjaga kebersihan diri dan kesihatan diri serta persekitaran. Pihak sekolah boleh menjemput penceramah yang bertauliah contohnya pegawai perubatan, jururawat ataupun doctor untuk menyampaikan ceramah di sekolah. Melalui ceramah ataupun taklimat yang diberikan murid murid akan mendapat ilmu pengetahuan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri secara optimum dan juga dapat mengetahui cara-cara pencegahan penyakit-penyakit seperti penyakit MERS-COV, JE ,demam denggi, malaria, penyakit HMFD dan sebagainya. Disamping itu, pihak sekolah juga boleh mengadakan aktiviti seperti kempen anti denggi. Aktiviti ini adalah untuk mencegah pembiakan denggi di kawasan sekolah. Melalui kempen ini semua murid akan diberikan taklimat bagaimana untuk mencegah denggi dan seterusnya murid akan cuba untuk melaksanakan beberapa tugasan yang diberikan melalui kempen ini. Contohnya murid membuat poster bagaimana mencegah pembiakan nyamuk, membersihkan kawasan sekolah yang disyaki tempat pembiakan nyamuk dan sebagainya.

Pihak sekolah juga boleh mengadakan aktiviti seperti menceriakan tempat-tempat rekreasi dan persekitaran sekolah seperti menukar air di kolam ikan, menanam bunga, menceriakan tandas, melukis poster keceriaan sekolah dan membersihkan tempat tempat takungan air.Pihak sekolah juga boleh menjemput agensi-agensi yang berkaitan dengan kesihatan untuk menyembur asap secara foggingdi kawasan persekitaran sekolah untuk membunuh serangga pembawa vector seperti nyamuk, lipas lalat dan tikus. Pihak sekolah juga perlu memantau kebersihan makanan dikantin seperti rmt untuk memastikan makanan tersebut disediakan dengan bersih oleh pengusaha kantin agar selamat dimakan oleh murid-murid dan tidak berlakunya keracunan makanan.

Penutup

Kebanyakan penyakit yang membawa kematian pada kanak-kanak yang berumur diantara bayi sehingga 14 tahun adalah disebabkan oleh penyakit daripada persekitaran kanak-kanak tersebut. Penyakit-penyakit ini boleh merebak dan berjangkit sekiranya tidak ada langkah pencegahan awal dan pengetahuan tentang sesuatu penyakit itu. Langkah pencegahan awal ini akan dapat mencegah dan seterusnya meminimakan kadar jangkitan penyakit itu kepada kanak-kanak tersebut. Langkah berjaga-jaga dan mengamalkan cara hidup yang sihat akan dapat menghindarkan diri daripada jangkitan pelbagai jenis penyakit yang merbahaya.Pihak sekolah juga berperanan besar didalam meningkatkan tahap kesihatan murid disamping menyampaikan mesej dan ilmu pengetahuan tentangnya pentingnya penjagaan kesihatan diri dan persekitaran sekolah ,komuniti dan seterusnya dalam keluarga sendiri. Kerjasama diantara sekolah dan juga Kementerian kesihatan amat diperlukan demi untuk meningkatkan pengetahuan murid serta dapat menghindarkan murid daripada jangkitan pelbagai jenis penyakit merbahaya seperti demam denggi, HMFD, JE, MERS-COV, malaria dan pelbagai jenis penyakit.Oleh itu, kerjasama antara semua pihak sangat dperlukan untuk meminimakan jangkitan pelbagai jenis penyakit kepada kanak-kanak. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

(2900 patah perkataan)

Rujukan

1. Pogram Bersepadu Sekolah Sihat.HBHE2103. Norazlan Che Mat. Open University Malaysia.( Ogos 2012).2. www.myhealth.gov.my/.../penyakit.../demam-denggi3. https://ms.wikipedia.org/wiki/Demam_Denggi4. wooferstorm.com/apa-itu-penyakit-mers-cov-middle-e.5. info-kesihatan-terkini.blogspot.com/.../virus-mers-cov.6. www.myhealth.gov.my/index.../japanese-encephalitis-7. https://ms.wikipedia.org/wiki/Ensefalitis_Jepun8. .. www.myhealth.gov.my/.../penyakit-tangan-kaki-a-mu.9. www.moh.gov.my/index.php/.../19...10. eportfolio.utm.my/artefact/file/download.php?file.11. www.slideshare.net/.../program-kesihatan-sekolah