hbef2803_t2a2

5
1 FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA SEMESTER JANUARI 2014 HBEF 2803 Perkembangan Profesionalisme Keguruan NAMA PELAJAR : Zahidin Zainal Bin Zulkornain NO. MATRIKULASI : 790518065757002 NO. KAD PENGENALAN : 790518-06-5757 NO. TELEFON : 019-5310002 E-MEL : [email protected] PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN F KENINGAU

Upload: gerald-perez

Post on 07-Feb-2016

147 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

HBEF2803

TRANSCRIPT

Page 1: HBEF2803_T2A2

1

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI 2014

HBEF 2803

Perkembangan Profesionalisme Keguruan

NAMA PELAJAR : Zahidin Zainal Bin Zulkornain

NO. MATRIKULASI : 790518065757002

NO. KAD PENGENALAN : 790518-06-5757

NO. TELEFON : 019-5310002

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN

F KENINGAU

Page 2: HBEF2803_T2A2

2

Tugasan 2 Aktiviti 2 : Rumusan Ceramah Tajuk 2 ( T2A2)

Tajuk 2 : Motivasi Pelajar

Pembentang : Tuan Haji Ibrahim b. Sakimin

Ketua Penolong Pengarah,Sektor Standard & Verifikasi

Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan

Malaysia.

Berdasarkan kepada Video seminar yang bertajuk Motivasi Pelajar Yang telah

dibentangkan oleh Tuan Haji Ibrahim b.Sakimin, Dengan ini saya dapat manfaat dan motivasi

daripada seminar ini walaupun saya hanya menonton daripada video yang dimuat turun dari

EPiC. Dengan motivasi guru ini ia dapat member impak yang besar terhadap diri saya betapa

pentingnya program PPG ini untuk meningkat profesionalisme keguruan. Malaysia

merupakan sebuah negara maju yang semakin membangun. Pelbagai langkah dan tindakan

yang dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai misi dan visi negara. Pelaksanaan tersebut

telah mula sebelum negara menggapai merdeka lagi. Langkah dan usaha kerajaan tersebut

meliputi pelbagai perkara dan segenap sudut seperti aspek kesihatan, pendidikan,

pengangkutan dan banyak lagi. Langkah dan usaha kearah kemajuan dan pembangunan

Negara yang dilaksanakan dalam bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat apabila terhasilnya

Laporan Rahman Talib, Ordinan Pelajaran, Laporan Razak dan lain – lain lagi yang bertujuan

ke arah pembangunan dalam bidang pendidikan. Dewasa ini, bidang pendidikan telah

diangkat ke satu tahap yang lebih tinggi apabila kerjaya guru diiktiraf sebagai satu profesion.

Latihan yang khusus adalah penting kepada seorang bakal guru untuk membolehkannya

melangkah ke alam profesion guru. Syed Ismail dan Ahmad (2012) menyatakan, menurut

Kamus Dewan, ‘profesion’ adalah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan

pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan khas. Mengikut

Lieberman (1956), pula, sesuatu kerjaya yang digolongkan sebagai profesion haruslah

mengandungi beberapa ciri khusus. Pertama, mereka golongan profesional yang pernah

mendapat latihan khusus dalam sesuatu bidang kemahiran ikhtisas mengikut satu tempoh

masa tertentu. Seterusnya, pekerjaan itu, merupakan perkhidmatan yang unik dan penting

dengan matlamat yang jelas untuk masyarakat dan negara. Selain itu, pekerjaan yang

menggunakan banyak keupayaan dan kebolehan intelek semasa memberi perkhidmatan.

Kemudian mereka golongan pakar dalam bidang pekerjaan tertentu dan mempunyai kuasa

autonomi semasa menjalankan tugasnya. Mereka juga mementingkan mutu perkhidmatan

Page 3: HBEF2803_T2A2

3

serta dedikasi terhadap pekerjaannya dan tidak mementingkan pendapatan atau ganjaran

kewangan semasa memberi perkhidmatan. Pekerja dalam kerjaya itu terdiri daripada ahli-ahli

satu organisasi yang berkuasa menentukan nilaitara-nilaitara untuk kemasukan, mengawal

mutu perkhidmatan dan penyingkiran ahli. Seterusnya, setiap ahli mematuhi sesuatu kod

etika yang ditentukan oleh organisasi profesion itu. Terakhir, setiap ahli akan

bertanggungjawab terhadap semua tindakan dan keputusan yang dibuat olehnya. Berdasarkan

ciri - ciri tersebut, Mok Soon Sang (1996) merumuskan secara ringkas konsep

profesionalisme sebagai suatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang yang

mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi,

bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod

etika yang ditentukan oleh organisasinya. Oleh hal yang demikian, adalah pasti bahawa

kerjaya guru merupakan suatu profesion berdasarkan ciri-ciri dalam kerjaya guru yang

menepati ciri-ciri yang dinyatakan oleh Liberman.

Secara ringkasnya disimpulkan, Kementerian Pendidikan Malaysia menggalakkan guru

menyambung pengajian dengan mengikut bidang serta tempat pilihan sendiri.

Objektif kementerian meminta guru menyambung pengajian antaranya ialah untuk

meningkatkan ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai pada guru-guru serta dpat

meningkatkan pendapatan.

Diantara ciri-ciri negara maju adalah apabila golongan kakitangan kerajaan

berpendapatan tinggi memberi gambaran bahawa penduduk malaysia selaras dengan

negara-negara maju.

Laluan kerjaya diperbaiki pada tempoh masa singkat.

Pelan pendidikan telah melalui fasa transformasi hasil desakan kesatuan guru dan kini

direalisasikan oleh kerajaan.

Laluan kerjaya diperbaiki sehingga gred JUSA mungkin akan diwujudkan di sekolah

rendah.

Isu petempatan dan kenaikan gred ke 41 dijangka tidak akan ada masalah kerana ini

telah melalui rangka pelan yang cukup lama untuk memartabatkan proffesion guru.

Guru-guru juga tidak terikat dengan sebarang kontrak yang membebankan.

Menjelang RMK 10 harapan kerajaan / Kementerian Pendidika Malaysia ialah 90%

guru sekolah menengah berijazah dan 60% guru sekolah rendah berijazah.

Page 4: HBEF2803_T2A2

4

Dalam bab motivasi pelajar, matlamat belajar ialah mempertingkatkan pendapatan

dan telah diwujudkan laluan kerjaya menarik antaranya guru cemerlang, guru pakar,

guru SICS, dan lain-lain.

Bidang pendidikan adalah satu-satunya perkhidmatan awam yang jatuh tempat ke dua

selepas bidang perubatan di mana gaji adalah bawah para doktor.

Tumpuan pada nilai diri guru. Guru perlu bersyukur kerana gaji yang baik, pekerjaan

bagus, tidak sesukar kerja bidang lain seperti inspektor polis yang berhadapan dengan

penjenayah. Banyak kes yang perlu di selesaikan.

Guru perlu survival utnuk dapat situasi yang selesa. Perlu tingkatkan proffessional

dan ada perjuangan dan pengorbanan.

Jangan nantikan arahan malahan bertindak merebut peluang untuk laluan luar biasa.

Sentiasa memotivasikan diri agar dapat cipta inovasi dalam PDP. Lonjakkan nama

bukan tunggu arahan atau duduk tanpa mahu melakkan perubahan. Rujuk ciri

profesionalisme guru.

Guru perlu ubah paradigma. Guru itu akan dapat pengiktirafan sebagai profesional

berdasarkan kursus-kursus dan seminar yang diikuti, kemahiran dan ilmu yang telah

dibuktikan dari sijil dan kecemerlangan yang ditonjolkan oleh guru.

Rujuk 12 tonggak nilai yang perlu diamalkan oleh guru.

Antaranya bersyukur dapat kerja guru, dapat belajar bawah KPM, dan bersyukur

Bahagian Pendidikan Guru serta KPM sentiasa memantau.

Bangga menjadi guru. Sekarang KPM membuat pengambilan dari kalangan mereka

yang terbaik sahaja iaitu sekurang-kurangnya mendapat 9A.

Menjaga nilai profesionalisme seperti tepati masa, jujur, inisiatif bekerja, seta bijak

selesaikan masalah.

Page 5: HBEF2803_T2A2

5

Kesimpulan

Peranan guru adalah sebagai komunikator pembangunan masyarakat. Seorang guru

diharapkan dapat berperanan aktif dalam pembangunan dan semua bidang yang sedang

dilakukan. Ia dapat mengembangkan kemampuannya pada bidang-bidang dikuasainya. Guru

juga sebagai administrator. Seorang guru tidak hanya sebagai pendidik dan pengajar, tetapi

juga sebagai administrator pada bidang pendidikan dan pengajaran. Oleh kerana itu, seorang

guru dituntut bekerja secara professional. Segala perlaksanaan berkaitan proses pembelajaran

dan pengajaran perlu ditonjolkan secara baik. Sebab guru tugasannya seperti membuat

rancangan mengajar, menganalisis hasil belajar dan sebagainya merupakan dokumen yang

berharga bahawa ia telah melaksanakan tugasnya dengan baik. Perlu ikhlas untuk menjadi

seorang guru sanggup mengadapi cabaran dan tidak akan berputus asa dalam meningkatkan

martabat pendidikan. Guru perlu memahami proses pembelajaran. Sebagai guru, pelajar akan

dipastikan faham tentang matapelajaran yang diajar, harapan guru terhadap pelajar dan

prosedur bilik darjah. Pelajar juga akan terbabit secara aktif denga aktiviti pembelajaran dan

guru memastikan pelajar dibimbing dan ditunjuk ajar dengan melakukan penilaian

kefahaman. Guru yang mempunyai ciri-ciri professional, beretika dan berakauntabiliti amat

penting kerana ia memberi kesan positif atau implikasi baik yang banyak kepada banyak

pihak yang berkaitan secara langsung dan tidak langsung dengan dunia pendidikan. Dapat

dilihat, semenjak dahulu lagi pelbagai usaha telah digembleng dan dilaksana bagi

memartabatkan profesion keguruan dan sistem pendidikan negara. Usaha tersebut berterusan

pelaksanaannya sehingga kini dengan penambah baikkan hasil daripada penyelidikan-

penyelidikan yang dibuat terhadap profesion keguruan dan sistem pendidikan di negara ini.

Warga pendidik yang kehidupan kerjayanya adalah dalam dunia pendidikan. Modal insan

yang cemerlang adalah hasil didikan daripada pendidik yang cemerlang dengan ciri-ciri

profesionalisme guru yang cemerlang. Etika keguruan yang tinggi, akauntabiliti, integriti dan

sebagainya. Profesion keguruan yang baik akan mampu meningkatkan sistem pendidikan

negara. hal ini kerana kedua-duanya adalah elemen yang berkait rapat dalam dunia

pendidikan.