hbae3103

41
FALKULTI SARJANA MUDA PENGAJARAN (PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN SEMESTER JANUARI / TAHUN 2014 HBAE 3103 - KRAF TRADISIONAL NAMA : MAHADI BIN IBRAHIM NO. MATRIKULASI : 730510115057001 NO KAD PENGENALAN : 730510115057 NO. TELEFON : 0199241152 E-MEL : [email protected]

Upload: madicobeng

Post on 20-Oct-2015

132 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: HBAE3103

FALKULTI SARJANA MUDA PENGAJARAN

(PENDIDIKAN RENDAH) DENGAN KEPUJIAN

SEMESTER JANUARI / TAHUN 2014

HBAE 3103 - KRAF TRADISIONAL

NAMA : MAHADI BIN IBRAHIM

NO. MATRIKULASI : 730510115057001

NO KAD PENGENALAN : 730510115057

NO. TELEFON : 0199241152

E-MEL : [email protected]

PUSAT PEMBELAJARAN : TERENGGANU LEARNING CENTRE

Page 2: HBAE3103

PENGHARGAAN

يِم� ِح� الَّر� مِن� ِح� الَّر� اللِه� ِم� ِب�ْس�

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah dan kurniaNya, telah memberi kekuatan dan

hidayah kepada hambanya ini dalam menyiapkan tugasan untuk ‘Kraf Tradisional’ HBAE 3103

pada kali ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh ahli keluarga saya yang begitu memahami

serta memberi galakkan sepenuhnya kepada saya dalam meneruskan tuntutan terhadap tugasan

dan pembelajaran saya di OUM Terengganu ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang telah

memberikan kerjasama yang baik dalam membantu saya menyelesaikan tugasan ini.

Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada

Tutors saya Pn Rosnah Binti Mustaffa kerana telah memberi banyak panduan dan tunjuk ajar

kepada saya dan rakan-rakan dalam menghasilkan dan menyiapkan tugasan yang diberi. Tanpa

penerangan mereka, tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini. Akhir sekali, yang baik

itu datangnya dari Allah dan segala kelemahan adalah dari diri saya sendiri.

Sekian, terima kasih.

Page 3: HBAE3103

1.0 PENGENALAN

Kraf tangan dan kraf tradisional ialah salah satu bidang dalam mata pelajaran dunia seni visual.

Seni kraf, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, merupakan satu perusahaan hasil kerja atau hasil

seni yang memerlukan daya cipta dan kemahiran, terutamanya kemahiran menggunakan tangan.

Kraf tangan juga adalah dikategorikan sebagai seni rupa dalam masyarakat Melayu kerana ia

merupakan ciptaan yang mengandungi unsur seni yang dihasilkan oleh orang Melayu melalui

batik, ukiran, anyaman, wau, gasing, tekat, tenunan, seni bina dan lain-lain. Di Malaysia, kraf

sudah menjadi karya seni yang mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri dan dijadikan

sebagai sumber pendapatan bagi sebilangan masyarakat di Malaysia.

Rekaan kraf tangan itu memerlukan kemahiran dan kecekapan yang tinggi dalam menggunakan

bahan-bahan asas dengan teratur, mulai dari proses yang awal hinggalah suatu hasil seni kraf

tangan itu tercipta. Proses penciptaan seni kraf tangan itu juga memerlukan daya estetika yang

tinggi. Selalunya, motif-motif yang dipilih adalah seperti motif flora yang lebih kepada tumbuh-

tumbuhan, bunga-bungaan dan dedaunan. Motif fauna yang dipilih pula adalah berkisar kepada

serangga seperti rama-rama, kupu-kupu, siput, ayam dan lain-lain. Bagi kraf yang dihasilkan

oleh orang Melayu yang beragama Islam, kebanyakan motif atau corak yang dipilih

berunsurkan tumbuh-tumbuhan, geometri dan arabes yang tidak bercanggah dengan apa yang

dilarang agama. Unsur figura seperti manusia, haiwan seperti harimau, singa, gajah dan

sebagainya adalah tidak digalakkan dalam seni kraf Tradisional Islam. Ini berlaku kerana motif

benda bernyawa yang dihasilkan dalam kraf seperti batik dan sebagainya dikhuatiri mewujudkan

unsur yang tidak diingini seperti pemujaan dan sebagainya. Di dalam tugasan pada kali ini empat

seni kraf yang akan dikupas, bagaimana proses menggarap idea, mentafsir idea dan memberi

pengaruh kepada hasil seni berkonsepkan Islam seperti batik, ukiran, tenunan songket, dan

anyaman. Diharap apa yang dirungkaikan dapat memenuhi kehendak tugasan pada kali ini.

Page 4: HBAE3103

2.0 KRAF DAN MAKNA KRAF

Menurut sumber yang di perolehi dari Akta 222-Akta Perbadanan Kemajuan Kraftangan

Malaysia 1979, mendefinisikan kraf sebagai barangan yang dihasil dengan menggunakan

kemahiran tangan, dikeluarkan dengan atau tanpa menggunakan alat atau peralatan mudah yang

dijalankan secara persendirian atau tidak langsung oleh pengusaha-pengusaha kraf. Manakala

“Keluaran Kraftangan" pula membawa maksud apa-apa keluaran artistik yang mempunyai daya

tarikan sesebuah kebudayaan atau tradisional dan adalah hasil dari sesuatu proses yang

bergantung semata-mata atau sebahagiannya kepada kemahiran tangan. Kraf tradisional pula

merupakan hasil kerja seni yang melibatkan hasil kerja tangan yang memerlukan daya cipta dan

kreativiti seperti membuat tembikar, batik , ukiran tenunan, anyaman, tekat, wau, gasing,

perhiasan diri dan sebagainya. Kraf merupakan hasil seni warisan bangsa, peninggalan pusaka

nenek moyang suatu ketika dahulu.

Seni kraf Melayu melambangkan hubungan yang erat antara orang Melayu dengan kepercayaan

dalam agama Islam. Kehadiran agama Islam telah mengubah haluan kepercayaan dan pegangan

orang Melayu sebelum ini. Hasil ciptaan seni kraf Melayu ini jelas menujukkan pengaruh Islam

di dalam penghasilannya. Ini jelas digambarkan dalam ragam hias atau motif yang dihasilkan.

Ianya juga mengambarkan sebahagian daripada kehidupan seharian masyarakatnya yang

menunjukkan ciri-ciri Islam. Ketiadaan figura manusia dan binatang dalam ragam hias, 

membuktikan kraf tradisional Melayu adalah melambangkan seni Islam. Unsur ini adalah

diharamkan di dalam Islam. Ciri-ciri seni Islam lain diperlihatkan dalam ragam hias seperti

penggunaan arabes, motif yang berulang dan unsur geomatri. Memang tidak pernah terfikir

bahawa nenek- moyang kita dahulu telah memahami dan menghayati ‘seni’ yang dihasilkan.

Nukilan dari deria kreativiti serta bakat semulajadi yang dianugerahkan oleh Tuhan Yang Maha

Kuasa.

.

Page 5: HBAE3103

3.0 JENIS- JENIS KRAF TRADISIONAL MELAYU

Kraf tradisional haruslah dihargai oleh generasi muda pada masa kini supaya ia tetap kekal dan

mati ditelan zaman. Kraf tradisional seperti batik, ukiran, anyaman, tenunan, tekat, wau, gasing,

songket, tembikar dan barang perhiasan mempunyai nilai estetika dan keistimewaan tersendiri.

3.1 Seni Batik Melayu

Batik adalah sejenis seni kraftangan yang terkenal di Malaysia. Batik dikatakan berasal daripada

Kepulauan Jawa sejak abad ke 12 lagi. Ia telah dikembangkan ke Tanah Melayu terutamanya di

kawasan Kelantan dan Terengganu akibat daripada kedatangan orang Jawa ke sini. Batik

merupakan satu proses yang memerlukan terapan lilin pada kain putih yang telah diregang pada

kayu pemidang. Setelah lakaran dibuat, lilin panas akan dimasukkan ke dalam canting dan proses

terapan bermula. Setelah itu, sapuan pelbagai warna akan dilakukan oleh pembuat batik yang

mahir. Seterusnya beberapa proses seperti merendam kain selama 8 hingga 12 jam dengan

sodium silikit untuk mematikan warna dan air dilalukan pada kain itu untuk menghilangkan

sodium silikit tersebut. Kemudian, kain direbus dengan soda ash untuk menanggalkan lilin itu.

Akhir sekali, kain dicuci dan dibilas di dalam air bersih sebelum ia dikeringkan. Proses untuk

menyiapkan batik agak lama dan rumit. Di Malaysia, terdapat beberapa jenis batik yang

dihasilkan, antaranya ialah ;

i. Batik Blok

Teknik pembuatan batik blok ini adalah yang terawal digunakan oleh masyarakat kita. Blok yang

digunakan diperbuat daripada kayu atau logam yang diukir dengan motif tertentu dan sesuai

bagi mengecap kain yang dikenali sebagi batik blok atau batik cop. Kain yang digunakan terdiri

daripada kain kapas, kain sutera dan organza, yang kini menjadi satu jenama fesyen dan digemari

Page 6: HBAE3103

oleh rakyat Malaysia dan di luar negara. Selain daripada pakaian, batik blok juga boleh dijadikan

sebagai hiasan rumah yang menarik.

Contoh Batik Blok

ii. Batik Canting

Batik canting juga digelar sebagai batik lukis. Ia memerlukan kemahiran yang tinggi untuk

menghasilkan motif dan corak yang tertentu di atas sehelai kain putih yang diregangkan pada

kain pemidang. Ini kerana, pembuat batik memerlukan lilin cair untuk diterapkan di atas lakaran

pada kain dengan menggunakan satu canting khas. Proses mencanting memerlukan ketelitian dan

kesabaran pada pembuatnya. Kemudian, ia diwarnakan mengikut kesesuaian reka corak. Kain

yang digunakan terdiri daripada kain sutera, organza, rayon, voile dan kain kapas.

Contoh Batik Canting

Page 7: HBAE3103

iii. Batik Skrin

Batik skrin adalah batik stensil atau batik sutera saring, yang mana ia menggunakan teknik

lakaran corak dan terapan warna di atas skrin yang dhasilkan dari poliester dan diregang di atas

pemidang. Motif dilukis di atas skrin yang telah ditetapkan ukurannya. Selalunya, beberapa

keping kain pemidang dengan reka corak yang berlainan disediakan. Ini disebabkan satu kain

pemidang boleh disapukan satu warna sahaja. Skrin akan dilekapkan di atas sehelai kain putih

bagi melakukan proses penwarnaan dan ia dilakukan beberapa kali bagi melengkapkan corak

dan warna pada sehelai kain batik.

Contoh Batik Skrin

3.1.1 Garapan Idea Motif Dan Corak Dalam Seni Batik Melayu

Dalam penghasilan batik, memilih motif dan membuat reka corak adalah kemahiran tinggi yang

perlu ada pada pembuat batik. Bagaimana seseorang itu menggarap motif yang kreatif dan indah,

lalu diterjemahkan kepada sehelai kain polos yang berwarna putih. Proses penggarapan motif

selalunya adalah berasakan sumber alam sekeliling seperti motif flora, arabes geometri, fauna,

benda buatan manusia, atau motif isen. Jika di negeri pantai timur seperti Kelantan dan

Terengganu, unsur-unsur motif yang dipilih adalah berasaskan hidupan alam seperti tumbuh-

tumbuhan, bunga-bungaan, subjek yang berkaitan pantai dan laut seperti motif isen yang terdiri

daripada sisik, mata dara, poleng, dan lain-lain. Mereka menjadikan objek disekeliling sebagai

motifnya. Orang lama selalunya melihat sesuatu objek yang berada disekelilingnya yang

mempunyai keistimewaan dan menggubahnya menjadi sebagai motif yang tersirat dalam batik

Page 8: HBAE3103

yang dihasilkan. Contohnya, sisik ikan yang digubah menjadi corak yang menarik dalam batik.

Begitu juga paku-pakis, pucuk rebung, bunga raya, dan sebagainya yang banyak didapati di

kawasan itu menjadi sumber inspirasi dan motif popular kepada para pembuat batik.

Dalam agama Islam, kesenian itu adalah untuk menunjukkan penghargaan dan rasa syukur

kepada Tuhan yang esa. Al-Ghazali pernah mengatakan bahawa, "Kesenian merupakan satu

penghasilan dari jiwa yang jujur dan tercipta bagi menyatakan suara jiwa terhadap Al-Khaliq. Ia

ibarat pengaduan rasa dan ucap syukur akan keindahan yang diciptakanNya pada manusia”.

Budaya Melayu lebih mengutamakan sesuatu yang positif, kelembutan dan kebaikan dalam

menghasilkan seni.

Jika di Indonesia atau kepulauan Jawa, batik dihasilkan tanpa mengira motif subjek. Ini kerana

pengaruh agama seperti Hindu telah meresapi budayanya. Jadi terhasillah motif fauna seperti

kuda, harimau, ular, dan sebagainya. Malahan motif figura seperti manusia juga dijadikan

sebagai karya seni batik yang digemari. Ini bercanggah dengan konsep seni dalam Islam yang

kita amalkan, iaitu unsur benda hidup seperti haiwan dan figura manusia tidak digalakkan kerana

dikhuatiri menjadi unsur pemujaan dan diagung-agungkan oleh sesetengah pihak. Dalam Islam

itu sendiri melalui para ulamanya, tiga mazhab Islam iaitu mazhab Al-Imam Abu Hanifah, Al-

Imam Al-Syafie dan Al-Imam Ahmad ibnu Hanbali, menyatakan membuat gambar atau

mengukir patung berunsurkan manusia atau haiwan dilarang kerana menurut hadith Rasulullah,

ia dikira mencabar kuasa Allah Taala. Apatah lagi jika sesuatu gambar itu dihasilkan untuk

tujuan penyembahan agama, ia mewujudkan kemaksiatan dan menyekutukan Allah SWT.

Namun begitu, dalam Mazhab Imam Al-Maliki pula, para ulama menyatakan melukis objek ini

dibenarkan walaupun makruh.

Motif yang selalu dihasilkan dalam budaya masyarakat Melayu yang bercirikan Islam ialah motif

flora yang sering menjadi pilihan seperti dalam batik ela, motif bunga, kudup, putik ranting dan

pucuk digunakan secara tunggal atau bertaburan disusun secara kreatif. Unsur-unsur geometri

juga menjadi pilihan kerana mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dan sering dijadikan

kaki kain atau gigi kain.

Page 9: HBAE3103

3.1.2 Analisis Contoh Seni Batik Melayu Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Kain batik canting atau batik lukis

Motif batik yang dihasilkan adalah bercorak Arabes iaitu gabungan antara motif flora dan

geometri. Bunga dan daun disusun secara menegak dan dihiasi dengan corak paku-pakis, akar

kayu dan bentuk geometri yang melingkar di kiri, kanan hingga ke atas kain. Susunan motif ini

tentang imaginasi pembuat batik melalui motif dipilih. Warna-warna harmoni digunakan adalah

merah muda serta kuning dan jingga serta berlatarkan warna hitam. Dari konsep sains pula,

tumbuhan memberi banyak faedah kepada manusia dengan menghasilkan oksigen untuk

keperluan pernafasan dan dapat mengindahkan kawasan dan dapat memberi ketenangan pada

jiwa manusia. Keseniaan seperti inilah yang dituntut dalam agama Islam.

3.2 Seni Ukiran Melayu

Ukiran kayu tradisional juga adalah satu hasil kreativiti masyarakat Melayu. Ukiran ini dapat kita

lihat pada tangga rumah Melayu, kisi-kisi rumah, masjid, istana, rumah makam, rumah

kediaman, perabot rumah, barangan hiasan dan lain-lain lagi. Namun di Malaysia, ukiran bukan

sahaja dihasilkan oleh orang Melayu, malahan suku kaum di Sabah dan Sarawak serta

masyarakat Orang Asli. Teknik ukiran yang dihasilkan adalah hampir sama, tetapi motif yang

dipilih mungkin berbeza. Ukiran bermaksud mengukir sesuatu bahan, contohnya kayu dengan

menggunakan alat mengukir seperti pisau wali, ‘carving tool’ (Khairuddin Talib: 2011).

Terdapat empat jenis ukiran iaitu, ukiran layang, ukiran larik, ukiran timbul dan ukiran tebukan

Page 10: HBAE3103

tembus. Seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat dalam catatan sejarah iaitu dalam Sejarah

Melayu yang menyatakan seni ukiran Melayu tradisi telah wujud sejak lebih 500 tahun dahulu.

Kedatangan Islam pada ketika itu yang membawa Al-Quran sebagai pegangan menjadi sumber

motif ukiran bercirikan Islam, contohnya kaligrafi.

Contoh Seni Ukiran Melayu

3.2.1 Garapan Idea Motif Dan Corak Dalam Seni Ukiran Melayu

Terdapat pelbagai motif ukiran iaitu motif flora, motif fauna, arabes dan motif seni khat atau

kaligrafi menggunakan huruf Arab. Proses menggarap idea adalah berunsurkan objek

dipersekitaran seperti bunga teratai, daun keladi, itik pulang petang, motif awan larat yang terdiri

daripada bintang, matahari, bulan dan bukit bukau, bentuk bulatan, segitiga serta tulisan ayat Al

Quran. Kebanyakkannya melambangkan budaya masyarakat Melayu yang bernaungkan agama

Islam. Dikebanyakkan rumah orang Melayu, ciri-ciri Islam agak terserlah dengan ukiran khat

pada ambang pintu rumah, tingkap, bingkai cermin, bingkai jam serta alat keagamaan seperti

rehal. Di masjid atau surau juga sering kita dapati ayat-ayat Al-Quran diukir pada kayu dan

diletakkan di dinding, serta ukiran motif pelbagai diukir pada mimbar masjid atau surau. Di

bawah adalah contoh-contoh ukiran kayu untuk dianalisis, bagaimana idea motif digarap dan

ditafsirkan dan pengaruh apakah yang memberi makna kepada hasil ukiran tersebut.

Page 11: HBAE3103

3.2.2 Analisis Contoh Seni Ukiran Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Ukiran Kayu 1

Ukiran di atas dinamakan sebagai ukiran tebukan timbul. Idea motif adalah dari motif arabes,

yang menggabungkan unsur flora dan geometri dan ada ciri-ciri kosmos yang berbentuk bintang

di situ. Corak disusun dengan menarik dan teratur menunjukkan, motif yang dipilih

menggambarkan dunia ciptaan Allah. Di sini juga kita boleh mentafsirkannya sebagai

menghayati kebesaran Ilahi dan mengkagumi ciptaan Allah. Konsep penting yang bercirikan

Islam ini dapat mewujudkan perasaan tenang, aman dan damai di hati dan merendah diri pada

Tuhan yang Esa. Pengagungan dan perhiasan bukanlah matlamat sebenar dalam seni ukiran

Islam. (Norashikin Mohd Bani, 2002). Dalam seni ukiran Islam, ianya perlulah mengikut syariat

agama seperti tidak boleh menghasilkan ukiran berbentuk haiwan dan manusia. Ini untuk

mengelakkan unsur penyembahan, pemujaan dan mengagung-agungkan benda buatan manusia.

Ukiran pada tembaga dan gangsa juga perlulah bergabung dengan motif kaligrafi dan arabes

supaya tidak timbul ciri motif yang dilarang. Seni ukiran tradisional Melayu bercirikan Islam

harus dipelajari kerana mengandungi nilai-nilai estetika yang mencerminkan kemahiran dan

kehalusan budi sesuatu kaum (Norashikin Mhd Bani,2002)

Page 12: HBAE3103

Contoh Ukiran Kayu 2

Di atas, adalah foto ukiran kayu jenis tebuk tembus yang didapati di sebuah surau lama di Perak,

yang bermotifkan seni khat atau kaligrafi. Seperti mana yang kita sedia maklum bahawa seni

khat adalah keitimewaan seni ukiran yang sering menghiasi bangunan-bangunan Islam, masjid,

surau, sekolah agama, dan segelintir rumah orang Melayu yang beragama Islam. Seni khat ini

berasal dari negara Timur Tengah. Wujudnya ukiran seperti ini telah memberi kesan keindahan

yang mendekatkan diri manusia kepada Penciptanya. Oleh itu, ukiran dari pelbagai motif yang

terjalin dengan keindahan ayat-ayat al-Quran, hadis-hadis dan kata-kata hikmat yang dapat

menambat hati dan perasaan manusia (Abdul Ghani Samsudin etal 2001). Budaya masyarakat

Melayu juga mengajar anak-anak mereka agar mencintai ayat-ayat Allah dan sentiasa menyemai

jiwa dengan iman melalui penghayatan kepada ajaran agama Islam

3.3 Seni Tenunan Songket Melayu

Tenunan juga merupakan salah satu kraf tradisional yang popular di Malaysia, terutamanya di

kalangan kaum Melayu. Songket merupakan lambang kehalusan seni tenunan Melayu yang

diwarisi sejak dari dahulu lagi. Kemahiran dan kreativiti penenun terserlah melalui pengolahan

corak dan hasil tenunan yang indah dan menarik. Kedatangan pedagang-pedagang ke Tanah

Melayu pada zaman dahulu telah menggiatkan lagi perkembangan tenunan tempatan,

terutamanya di negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Pahang dan Terengganu. Pada zaman

dahulu, motif dan warna yang terdapat pada songket melambangkan kedudukan seseorang.

Sebagai contoh, songket yang ditenun dengan menggunakan benang sutera halus dan benang

emas dipakai oleh kerabat raja dan golongan bangsawan. Namun kini, songket ditenun dengan

menggunakan benang kapas dan dipakai oleh golongan rakyat biasa di majlis-majlis tertentu.

Page 13: HBAE3103

3.3.1 Garapan Idea Motif Dan Corak Dalam Seni Tenunan Songket Melayu

Motif dalam tenunan songket biasanya terdiri daripada unsur flora seperti Bunga Tanjung, Bunga

Gorek, Bunga Cengkeh, Pucuk Rebung, Bunga Lawang dan lain-lain. Selain itu, motif daripada

haiwan seperti Lawi Ayam, Kuda Laut, Kupu-kupu, Ayam Jantan, Burung Merak juga menjadi

sumber inspirasi para penenun dalam menghasilkan karya. Satu lagi motif yang popular ialah

geometri, bintang pecah lapan dan mahkota. Menurut Koordinator Batik International Research

Design Access (Birda), International Institute of Design Excellence, Fakulti Seni Lukis dan Seni

Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr. Norwani Md. Nawawi, corak dan motif pada kain

songket memaparkan ciri-ciri unik identiti orang Melayu. Mereka sangat kreatif dan mempunyai

pemerhatian yang tajam dan daya imaginasi yang kuat. Hasilnya, kebanyakan motif songket

adalah nama-nama dari pokok, bunga, burung dan ada juga daripada kuih-kuih Melayu yang

menjadi kesukaan raja-raja seperti seri kaya, wajik dan tepung talam (Dr. Norwani Md Nawawi :

Utusan Online).

Kehalusan, keunikan dan keaslian reka bentuk yang diilhamkan melalui idea dan sumber dari

alam semesta ciptaan Tuhan merupakan satu hasil kreatif tenunan yang bernilai. Setiap karya

yang dihasilkan mempunyai nilai estetika yang tinggi. Setiap hasil tenunan itu kebanyakannya

tidak lari daripada bercirikan ajaran Islam. Melalui motif-motif tersebut, penenun ingin

menyampaikan perasaan mereka mengenai rasa kesyukuran dan kekagumannya pada apa yang

diciptakan Allah. Itulah kehebatan kraf tradisional Melayu yang bercirikan Islam yang

Page 14: HBAE3103

menggabungkan keindahan bukan sahaja pada karya yang dihasilkan malahan keindahan dan

kasih sayang antara seorang hamba kepada penciptaNya.

3.3.2 Analisis Seni Tenunan Songket Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Tenunan Songket

Tenunan songket pada gambar di atas merupakan kain samping songket yang menggunakan

motif arabes yang menggabungkan unsur flora dan geometri. Motif arabes sangat popular dalam

kesenian Islam kerana ia budaya dan tamadun masyarakat mahir dalam pelbagai ilmu matematik,

logik, astronomi, kosmologi, seni bina yang kesemuanya menjadi sumber nilai-nilai

estetika. Padanan motif geometri dan bunga disusun dengan menarik. Sebenarnya pemilihan

bentuk geometri, tumbuh-tumbuhan dan corak khat adalah antara alternatif kepada larangan

menggambar yang disebut dalam hadith-hadith contohnya figura manusia atau motif haiwan.

Selain itu juga, penenun mengolah dan mereka cipta bentuk-bentuk geometri dan hiasan

bermotifkan tumbuh-tumbuhan untuk menghasilkan keseniaan yang harmoni dan bernilai tinggi.

Penenun juga menghasilkan motif bukan sekadar indah pada pandangan mata, malah ia penuh

dengan makna yang tersirat. Contohnya motif arabes sering diguna dalam keseniaan Islam

Page 15: HBAE3103

kerana selain bentuk dan ideanya yang merupakan aspek penting yang perlu dipertimbangkan

dalam penjelmaan pelbagai motif arabes. Idea yang melahirkan pernyataan kreativiti penenun

Melayu Islam dalam percubaan dan usaha mereka mencungkil ilmu daripada al-Quran dan

Hadith. (Fleurza, 2004: CARI Malay Forum).

3.4 Seni Anyaman Melayu

Anyaman adalah satu jenis kraf yang mempengaruhi kehidupan dan kebudayaan masyarakat

Melayu. Terdapat anyaman ketupat, tikar mengkuang, alat keperluan harian dan sebagainya.

Terdapat beberapa jenis anyaman masyarakat Melayu seperti, anyaman kelarai, anyaman biasa

dan anyaman sulaman. Menganyam merupakan proses menjalin jaluran daun, lidi, rotan, akar,

buluh dan beberapa jenis tumbuhan yang lain. Reka bentuk kraftangan yang dihasilkan melalui

anyaman adalah untuk mencipta alat keperluan harian. Contohnya menghasilkan topi, tudung

saji, bakul dan mengayam tikar untuk mengalas tempat duduk. Anyaman berkembang sejak

dahulu lagi dan tidak mempunyai pengaruh dari luar. Orang dahulu menganyam untuk

menghasilkan barang keperluan hidup tetapi kini, anyaman sudah dikomersilkan dengan

penghasilan barangan yang menarik seperti hiasan dinding, bekas duit, bekas tisu, alas pinggan,

kipas, bekas tembakau dan sebagainya. Sewaktu dahulu, aktiviti anyaman ini dikatakan

dilakukan oleh kaum wanita untuk mengisi masa lapang dan bukan sebagai mata pencarian

utama. Malah, kini hasil seni anyaman tidak lagi terhad kepada bentuk tradisional, malahan reka

bentuk baru dari segi rupa, warna dan corak, teknik dan bahan, seringkali diubahsuai mengikut

citarasa pengguna dan kesesuaian zaman.

Page 16: HBAE3103

3.4.1 Garapan Idea Motif Dan Corak Dalam Seni Anyaman Melayu

Dalam anyaman, idea motif dan corak juga bersumberkan dari alam sekitar. Motif anyaman yang

sering digunakan terdiri daripada tumbuhan, nama manusia, haiwan dan abstrak. Namun begitu,

corak yang dihasilkan bukanlah berbentuk figura manusia ataupun haiwan. Hanya sekadar nama

penyedap bicara orang dahulu sahaja, contohnya Kelarai Mak Mek, Kelarai Cik Kedah

Ketapang, Kelarai Jari Kedidi, Kelarai Tapak Anjing dan Kelarai Mata Ketitir, adalah

sebahagian nama-nama manusia dalam anyaman. Anyaman Kelarai daripada tumbuhan terdiri

daripada Kelarai Tampuk Manggis, Kelarai Bunga Cengkih, Kelarai Bunga Cina dan lain-lain.

Page 17: HBAE3103

Contoh Anyaman Kelarai

3.4.2 Analisis Seni Anyaman Melayu Yang Berkonsepkan Kesenian Islam

Contoh Seni Anyaman

Melayu

Anyaman di atas bermotifkan Kelarai Tampuk Jantung. Motif yang dipilih adalah berunsurkan

tumbuh-tumbuhan dan geometri yang dikenali sebagai motif arabes. Motif ini banyak digunakan

oleh seniman dan tokoh-tokoh seni Islam kerana bentuknya yang digarap mudah dan menarik.

Idea anyaman ini dijelmakan oleh orang dahulu berdasarkan tumbuhan di sekitar rumah mereka

dan bentuk geometri yang sering dilihat dan menjadi sumber inspirasi dalam penghasilan motif,

yang akhirnya dikenali dengan pelbagai nama rekaan mereka sendiri. Motif ini saling berkait

antara budaya Melayu dengan kesenian Islam. Ini kerana sumber motif kebanyakannya adalah

berlandaskan ciptaan Allah yang Esa. Penghasilan anyaman selalunya menitikberatkan unsur

Islamik dengan mengagungkan kebesaran Tuhan dan mengelakkan unsur yang bercanggah

dengan syariat agama.

4.0 Analisis Kraf Tradisional

Kraf tradisional yang amat popular pada masa kini adalah kraf ukiran. Dalam seni kraf ukiran,

sejak zaman berzaman lagi terdapat pengaruh Islam dalam penghasilannya. Ini terbukti dengan

penggunaan ragam hias atau motif keislaman dalam suatu penghasilan kraf pada rumah-rumah

Page 18: HBAE3103

dan tempat ibadat seperti surau-surau dan masjid-masjid di kampung-kampung. Kraf ukiran

sangat terkenal di Negeri Kelantan dan Terengganu.

Setelah diteliti dan dianalisis, saya memilih seni kraf ukiran sebagai topik perbincangan garapan

idea yang berkonsepkan Islam. Dari pemerhatian yang dibuat, seni kraf ukiranlah yang banyak

menggunakan konsep keislaman. Tiga buah tempat telah saya fokuskan untuk perbincangan ini

iaitu Masjid Besar, Kuala Berang, Masjid Hadhari, Jertih dan Muzium Negeri Terengganu.

Berdasarkan pemerhatian seni kraf ukiran banyak terdapat pada dinding, kerusi, pintu, tangga,

atap, rak Al-Quran dan rehal. Kesemua ukiran ini dipengaruhi dengan unsur-unsur keislaman.

Kebanyakan ukiran yang terdapat di sini adalah bermotifkan flora, geometri dan khat.

Setiap sudut di Masjid Besar, Kuala Berang itu dihiasi dengan ukiran yang menampakkan unsur-

unsur kesenian Islam dan Melayu. Unsur flora, melambangkan kebesaran dan keagungan tuhan

sebagai penciptanya serta menimbulkan tanda kesyukuran padaNYA. Kebanyakkan ukiran

adalah berunsurkan motif persekitaran. Mengikut kajian, motif ukiran adalah berlandaskan

kepada ajaran kesufian. Misalnya, reka corak bermula pada satu tempat dalam ruang yang

hendak diukir dan menjalar terus memenuhi ruang. Ini menunjukkan alam ini berasal dari satu

kejadian, seluruh kehidupan melalui tahap perkembangannya. Oleh itu, reka corak ukiran tradisi

pada hujung motif biasanya mempunyai ciri-ciri tidak mendongak ke atas, sebaliknya mematah

atau tunduk. Ia boleh dilihat pada ukiran pintu masuk Masjid Besar, Kuala Berang. Ukiran corak

awan larat bermotifkan flora pada pintunya menunduk ke bawah. Seni ukirannya pula sangat

halus dan menarik.

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat Al-Quran mula diukir.

Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur tumbuhan. Pengaruh keagamaan Islam yang

berkembang pada zaman dahulu mempengaruhi pengukir seni yang mengadaptasikannya pada

ukiran pintu, dinding, tingkap, perhiasan dan peralatan perabot. Motif kaligrafi ini dapat dilihat

pada tingkap dan pintu Masjid Besar, Kuala Berang. Selain motif kaligrafi, motif fauna juga

digunakan pada ukiran tersebut. Unsur geometri iaitu tumpal yang mempunyai kaitan dengan

Page 19: HBAE3103

unsur geometri Islam digunakan dalam seni khat. Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.

Sebahagian susunan motifnya melambangkan sifat keesaan Allah yang tiada permulaan dan tiada

pengakhirannya.

Motif arabes adalah motif yang seringkali dikaitkan dengan seni Islam dan dikatakan mempunyai

pengaruh Arab. Ianya merupakan salah satu seni hias yang terdapat pada tangga Masjid Hadhari,

Jertih. Motif ini mempunyai unsur pola geometri dan pola flora. Motif yang disusun berulang-

ulang dan mengembang ke semua arah. Konsep ini dikaitkan dengan sifat Allah swt yang

kekuasaannya tidak terbatas serta tiada penghujungnya.

Mimbar merupakan tempat imam duduk di atas kerusi yang berukir ketika khutbah pada hari

Jumaat. Motif flora telah digarap seperti bentuk bunga dan daun di sekeliling kawasan mimbar

itu. Kerusi berukir ini sangat unik dan cantik. Corak padanya jelas ada unsur-unsur keislaman.

Ukiran yang dapat pada pintu Masjid Hadari

Unsur kosmos menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-

ganang. Ukiran di atas mempunyai unsur-unsur kosmos terutama bahagian tengahnya sebagai

matahari.Manakala ukiran sekelilingnya melambangkan cahaya yang memancar memberi

tumbuhan hidup subur.Ini melambangkan kekuasaan dan kebesaran pencipta-Nya kepada

hambanya di alam semester.

Unsur flora biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling

popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang,

bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan

Page 20: HBAE3103

seni ukir tradisional. Unsur ini menjadi pilihan utama kebanyakan pengukir berdasarkan

pengamatan dan memerhatian yang telah dibuat.

Pengukir Melayu menerapkan falsafah dan kerohanian orang Melayu sebagai salah satu budaya

disamping mengekalkan nilai-nilai keagamaan. Dalam gubahan ukiran awan larat, punca

permulaannya agak sukar dikesan dan seakan-akan tiada penghujungnya. Ini melambangkan sifat

keesaan Allah swt yang tiada permulaan dan tiada akhirnya. Menurut Abdullah Mohamed

(1990:13-20), memberikan pandangan bahawa alam adalah tajalli atau manifestasi daripada sifat-

sifat ilmu Allah. Melalui sifat ilmu Allah tersebut terjadi berbagai bagai organisme baik flora

atau fauna. Sebagai contoh adalah tentang kejadian pelbagai jenis bungaan dengan aneka warna,

bentuk dan bauan adalah lahir dari satu sumber iaitu ilmu Allah yang Maha Kaya.

5.0 Seni Ukiran Kayu Tradisional

5.1 Pengenalan

Page 21: HBAE3103

Ukiran kayu atau seni ukir merupakan seni pertukangan tangan yang menjadi satu tradisi dalam

masyarakat Melayu sejak turun temurun lagi. Seni ukir akan memperkenalkan teknik dan motif

bunga ukir yang menjadi identiti ukiran Melayu tradisi. Menghasikan sebuah karya seni ukir

memerlukan kemahiran daripada memilih kayu, memproses kayu, memilih dan melukis motif

ukiran hinggalah mengukir sifat menggunakan pemahat dan pisau wali.

Contoh ukiran kayu tradisional

5.2 Sejarah Perkembangan Seni Ukiran Kayu

Catatan sejarah dari perjumpaan di zaman batu Neolitik di Asia Tenggara menunjukkan

terdapatnya pengukir-pengukir handal telah wujud di zaman dahulu. Ini terbukti ukiran yang

terdapat pada belanga, gelang, kendi dan pinggan mangkuk. Sejarah awal mengenai ukiran kayu

di negara ini boleh diketahui setelah kita membaca buku Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin.

Buku yang dikarang oleh Tun Sri Lanang itu ditulis pada abad ke-17. Dalam tulisan Tun Sri

Lanang, tercatat keindahan seni bina istana Sultan Mansur Syah yang memerintah Melaka pada

tahun 1459 hingga tahun 1477. Istana berukir indah itu digelar oleh rakyat Melaka sebagai

‘Istana Hawa Nafsu’. Seni ukir di negara ini telah pun berkembang lebih awal lagi daripada

catatan Tun Sri Lanang, namun tidak ada catatan mengenainya. Satu lagi catatan silam mengenai

seni bina ialah Hikayat Misa Melayu. Dalam hikayat itu digambarkan mengenai seni ukir di

istana yang terletak di Pulau Indera Sakti, sebuah tempat di Kuala Sungai Kinta, Perak Darul

Ridzuan semasa pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756 - 1780)

Page 22: HBAE3103

Di negeri Kelantan, Terengganu, Pahang dan Kedah adalah negeri yang mempunyai pengukir

dari turun temurun. Kebanyakan ukiran kayu dipengaruhi dengan motif ukiran negara Siam,

kerana pada suatu masa dahulu negeri ini di bawah pengaruh Siam. Ini adalah berdasarkan corak

ukiran masjid, wakaf, istana dan rumah lama banyak persamaan dengan seni ukir negeri Siam.

5.3 Bentuk - Bentuk Ukiran Kayu

i. Ukiran Tebuk Tembus

Ukiran tebuk berasal dari sekeping papan atau beberapa keping papan yang ditebuk dengan

gerudi gergaji supaya tembus bentuk-bentuk bunga atau corak. Terdapat dua jenis ukiran jenis

ini, iaitu ukiran tebuk tidak silat dan ukiran tebuk silat. Ukiran tebuk tidak silat banyak terdapat

pada rumah lama iaitu bahagian selasar, lambur, dinding, pintu, perabot dan mimbar masjid.

Bentuk bunga ukir ialah awan larat, siling, kaligrafi dan simetri. Bagi ukiran tebuk silat,

bahagian yang menindih serta melengkung keluar timbul dan bahagian yang melengkung ke

dalam serta yang tertindih ditenggelamkan. Silat ialah istilah yang menunjukkan bahagian yang

timbul dan tenggelam serta papan tebuk disobek. Bunga ukir yang terdapat pada bentuk ini ialah

awan larat, silang dan simetri.

ii. Ukiran Bunga Timbul

Page 23: HBAE3103

Ukiran ini tidak tembus. Ia mengandungi bunga ukir yang disilatkan dan tidak silat. Terdapat

pada perabot, mimbar masjid, barang hiasan, ulu serta sampir senjata. Bunga ukirnya sama

seperti ukiran tebuk.

iii. Ukiran Arca

Ukiran ini banyak terdapat pada ulu senjata seperti ulu keris, kepala tongkat, kukur kelapa, kotak

nelayan dan sebagainya. Bunga ukirannya sama seperti ukiran timbul tetapi lebih halus dan kecil.

iv. Larik

Melarik merupakan satu cara orang-orang Melayu mengukir kayu. Ukiran larik berbentuk bulat

dengan susunan gerlang-gerlang dan genting-gentat yang menarik. Ukiran ini sering terdapat

pada ulu senjata, perabot, tongkat, gasing, tiang-tiang rumah dan sebagainya.

Page 24: HBAE3103

v. Ukiran Kayu Hanyut

Ukiran ini di anggap masih baru. Ukiran idi diperkenalkan oleh Perbadanan Kraf tangan

Malaysia. Ukiran ini hanya sebagai hiasan semata-mata. Ukiran kayu hanyut diukir pada

bahagian-bahagian tertentu dan dibentuk menyelupai ikan, burung dan sebagainya. Kayu

induknya di ambil dari kayu atau akar yang terdapat dalam sungai.

5.4 Jenis-Jenis Bunga Ukir Atau Corak

Terdapat lima corak bunga ukir yang terdapat dalam reka corak tradisional, antaranya awan larat,

awan silang atau kerawang, awan bentuk huruf, larik dan semetri.

i. Awan Larat

Page 25: HBAE3103

Awan larat berilham dari alam iaitu awan yang berarak apabila ditiup angin. Ada pula

mengatakan bahawa nama ini diambil sempena nama seorang anak kecil bernama Awang yang

menggaris tanah hingga melarat-larat menjadi bentuk yang cantik. Gambaran inilah yang

diabadikan oleh pengukir dalam ukirannya. Kebiasaannya pengukir mencipta daun, buah dan

bunga hasil ilhamnya sendiri. Awan larat ini corak yang paling dimuliakan dalam apresiasi seni

ukir Melayu Klasik. Ukiran jenis ini tidak diletakkan di paras pusat. Awan larat terbahagi kepada

dua jenis yakni Awan Larat Melayu dan Awan Larat Jawa.

ii. Awan Larat Melayu Asli

Awan jenis ini juga dikenali sebagai Awan Larat Jawi. Bentuknya mempunyai bunga yang besar

dan jarang. Coraknya bermula dari satu tempat dan melarat memenuhi ruang yang lain.

Batangnya berlingkar dan bertembung dengan daunnya yang berlipat lunak.

iii. Awan Larat Jawa

Bentuknya lebih kecil daripada awan larat Melayu Asli. Daun dan bunganya rapat-rapat.

Terdapat banyak bunga dan daun saling bertindih. Bentuk daunnya lurus dan tidak berlipat.

iv. Silang / Kerawang

Bunga ukir bentuk ini adalah dalm garis yang bengkang-bengkok. Garisan bersimpang-siur

seumpama akar yang berlegar. Ukiran corak ini biasanya terdapat dalam bentuk papan tebuk

tidak silat.

v. Awan Bentuk Huruf Larik dan Simetri

Jenis ukiran berbentuk huruf yang dimaksudkan ialah huruf-huruf dalam al- Quran. Ukiran ini

biasanya banyak terdapat di masjid. Awan jenis Larik berbentuk gerlang-gerlang pada batang

bulat. Keindahan jenis ini terletak pada gerlang yang berkala dan tersusun. Ukiran ini biasanya

Page 26: HBAE3103

terdapat pada tongkat, tiang-tiang ulu senjata dan sebagainya. Kebanyakannya mempunyai dua

jenis larik. Awan jenis simetri biasanya terdapat dalam bentuk geometri Islam, misalnya corak

swastika. Awan jenis ini biasanya terdapat di masjid atau mimbar.

5.5 Pengaruh Motif Corak Ukiran Tradisional

Motif ukiran kayu secara langsung dipengaruhi unsur-unsur alam sekitar dan cara hidup

masyarakat zaman dahulu. Adat resam, kepercayaan, agama, iklim, geografi dan persekitaran

amat kuat pengaruhnya kepada pengukir. Antara pengaruh yang dimaksudkan ialah unsur

tumbuh-tumbuhan, unsur makhluk hidup, unsur kaligrafi, unsur geometri dan unsur kosmos.

i. Unsur Tumbuh-Tumbuhan

Unsur ini biasanya diambil daripada tumbuhan yang menjalar. Antara tumbuhan yang paling

popular di kalangan pengukir ialah jenis kacang, labu, ketubit, ketam guri, salad, bunga lawang,

bunga raya, bunga cina dan sebagainya. Unsur ini merupakan unsur yang dominan dalam rekaan

seni ukir tradisional.

ii. Unsur Makhluk Hidup

Unsur ini kebanyakannya dipengaruhi oleh semangat dan kepercayaan. Pada zaman pengaruh

Hindu, unsur-unsur seperti kepala burung, ayam, itik dan naga sangat disukai oleh pengukir.

Setelah kedatangan Islam, pengaruh ini semakin berkurangan. Ukiran unsur makhluk hidup

banyak terdapat pada kapal atau perahu nelayan di pantai timur.

iii. Unsur Kaligrafi

Page 27: HBAE3103

Setelah kedatangan Islam di Tanah Melayu, unsur kaligarfi Jawi dan ayat al-Quran mula diukir

oleh pengukir tempatan. Unsur kaligrafi ini digabungkan dengan unsur-unsur tumbuhan.

iv. Unsur Geometri

Unsur ini dikenali sebagai tumpal. Unsur ini mempunyai kaitan dengan unsur geometri Islam.

Pola-pola geometri disusun berulang-ulang.

v. Unsur Kosmos

Unsur ini menggambarkan alam semesta seperti matahari terbit, bintang, bulan dan gunung-

ganang. Ukiran seperti ini banyak terdapat di tebar layar rumah-rumah Melayu Trasidional.

Kesimpulan

Sebagaimana kita ketahui, kraf merupakan satu proses menghasilkan hasil seni yang memerlukan

daya cipta dan kemahiran terutamanya kemahiran menggunakan tangan yang mempunyai

pelbagai jenis dan bentuk. Berdasarkan daripada huraian di atas seni kraf Melayu mempunyai

hubungan yang erat antara masyarakat Melayu dengan kepercayaannya iaitu Islam. Proses

penggarapan idea bagi setiap jenis kraf mempunyai ciri-ciri yang sama. Setiap daripada kraf

mempunyai motif dan corak dari sumber yang hampir sama seperti flora, fauna, geometri,

arabes, abstrak dan sebagainya.

Namun begitu, dalam Islam motif fauna seperti haiwan dan figura berbentuk manusia dilarang

dan tidak digalakkan dalam penghasilan karya berdasarkan hadith dan beberapa mazhab yang

terdapat dalam Islam. Ini kerana, kebanyakan hasilan yang berbentuk figura dan haiwan boleh

mewujudkan satu elemen pemujaan dan tidak sesuai dijadikan perhiasan kerana ia mirip kepada

ciptaan asal. Ini dikira mencabar kuasa Yang Maha Mencipta. Selain itu, motif-motif yang

Page 28: HBAE3103

berunsurkan arabes, flora, dan geometri mempunyai makna yang tersirat yang memperlihatkan

elemen ketuhanan serta rasa rendah diri hamba kepada Penciptanya. Orang Melayu

sememangnya sangat kreatif dan mempunyai daya penglihatan dan pemikiran yang tajam kerana

telah menjadikan alam ciptaan Tuhan dan sekitar kehidupan mereka untuk mendapat idea.

Sumber idea itu digarap dan dijelmakan dengan pelbagai bentuk corak yang akhirnya setiap

satunya diberi nama yang memberi gambaran tentang apa yang difikirkan oleh mereka. Oleh

yang demikian, penghasilan kraf, pengusaha dan tokoh-tokoh seni ini, bukan sahaja

menghasilkan karya yang indah pada pandangan lahiriah tetapi menyerapkan unsur-unsur

keagamaan seperti kekaguman dengan ciptaan Allah berdasarkan motif-motif yang dipilih.

Rujukan

Norhana Ismail.(2001), Ekpresi Seni Ukir dalam Senibina Melayu sebagai Suatu Penerapan

Unsur-Unsur Islam. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hassan M. Ghazali (1993), Dimensi Pendidikan Seni KBSM Tingkatan 4&5, Penerbitan Pelangi

Sdn. Bhd.

Siri Pelangi Fokus Pendidikan Seni (Teori Seni), SPM, Penerbitan Pelangi, Sdn. Bhd.

Siti Zainon Ismail (1986), Rekabentuk Kraftangan Melayu Tradisi,Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka.

Motif-motif Batik(1991), Kuala Lumpur: Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia, Infokraf

Malaysia.

Page 29: HBAE3103

Sumber dari Internet

http://malaysiana.pnm.my/04/0408songket.htm

http://psasir.upm.edu.my/6836/1/UM_2006_7(1-24).pdf

Khairudin Talib.(2011).HBAE 3103Kraf Tradisional.Selangor:Meteor Doc.Sdn Bhd.Anyaman

http://lamanseni09.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

Batik http://www.kraftangan.gov.my/craft_category/main/10/?menuid=95

Contoh Ukiran Kayu Melayu http://kayu88.blogspot.com/?zx=ea5e41ce04f241ea

Contoh Kelarai http://artgeng.blogspot.com/2010/04/contoh-kelarai.html

Hukum Melukis Gambar Menurut Pandangan Islam http://pmram.org/index.php?

option=com_content&view=article&id=929:hukum-melukis-gambar-menurut-pandangan-islam-

&catid=7:ilmiah&Itemid=69

Hukum Melukis Objek dan Binatang http://www.padinno.com/2011/08/hukum-melukis-

gambar.html

Motif Songket Bercirikan Orang Melayu http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?

y=2007&dt=0314&pub=utusan_malaysia&sec=keluarga&pg=ke_04.htm&arc=hive

Sarawak Bidayuh Handicrafts.Beautifully crafted. durable and functional works of art.

http://www.sarawak-vacation-destinations.com/sarawak-bidayuh-handicrafts.html

Seni Lama Melayu http://artmelayu.blogspot.com/2007/07/masjid-lama-perak-yang-terbiar-old-

and.html

Page 30: HBAE3103

Tenunan Songket http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/tenunan-songket.html

Ukiran Kayu Tradisional http://myartless.blogspot.com/2008/11/ukiran-kayu-tradisional.html