hbae2203-diorama.docx

30
HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013) 1.0 PENGENALAN Sejarah diorama bermula pada abad ke-19 dimana catan besar yang digantung pada dinding disertai dengan figura-figura kecil berkaitan catan tersebut membangkitkan suasana yang ingin digambarkan. Menurut glosari daripada Jabatan Muzium Malaysia kata diorama berasal daripada bahasa Inggeris. Diorama merupakan model skala atau binaan kecil sesebuah set yang direka untuk menunjukkan situasi atau gambaran sebenar. Menurut Mohd Zairi Hussain (2007) Diorama merupakan gabungan catan besar yang mewujudkan persekitaran dan arca- arca figura di hadapannya bagi menghidupkan suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk bahan tontonan orang ramai. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan arca figura tiga dimensi. Objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej 2 D dan 3 D dalam konteks diorama. Kesimpulannya, diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi pelbagai objek untuk anneyza@SKTM

Upload: ischa-nina

Post on 07-Apr-2016

21 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

1.0 PENGENALAN

Sejarah diorama bermula pada abad ke-19 dimana catan besar yang digantung pada

dinding disertai dengan figura-figura kecil berkaitan catan tersebut membangkitkan

suasana yang ingin digambarkan. Menurut glosari daripada Jabatan Muzium Malaysia

kata diorama berasal daripada bahasa Inggeris. Diorama merupakan model skala atau

binaan kecil sesebuah set yang direka  untuk menunjukkan situasi atau gambaran sebenar.

Menurut Mohd Zairi Hussain (2007) Diorama merupakan gabungan catan besar yang

mewujudkan persekitaran dan arca-arca figura di hadapannya bagi menghidupkan

suasana catan besar tersebut. Catan ini digantung di dinding-dinding bangunan untuk

bahan tontonan orang ramai. Secara mudahnya diorama terdiri daripada dua dimensi dan

arca figura tiga dimensi. Objek tiga dimensi ini diperluaskan lagi kepenggunaannya

dengan karangan laut, figura haiwan, fiksyen, pensejarahan dan cerita rakyat. Tujuannya

jelas, diorama dapat memperihalkan semula unsur-unsur naratif melalui penampilan imej

2 D dan 3 D dalam konteks diorama.

Kesimpulannya, diorama ialah sejenis binaan tiga dimensi (3D) yang mengandungi

pelbagai objek untuk menggambarkan situasi yang sebenar. Komposisi situasi tersebut

hendaklah diletakkan di dalam satu kotak atau bekas yag ditebuk satu hingga tiga

permukaan supaya dapat dilihat dari hadapan atau pun sisi. Objek yang hendak disusun

boleh digantung, didiri atau dilekatkan pada tapak dan dinding kotak atau bekas tersebut.

Bahagian dinding kotak dilukis latar belakang untuk menggambarkan situasi yang

diperlukan berdasarkan tema diorama . bahagian tapak kotak pula dihias dengan bahan

untuk menimbulkan situasi yang sama seperti tema diorama.

diorama

anneyza@SKTM

Page 2: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

2.0 Aspek-aspek perkembangan kanak-kanak melalui pemilihan aktiviti diorama.

2.1 Aspek Kognitif

Kognitif bermaksud segala perkara berkaitan kognisi seperti proses pembelajaran,

pemahaman dan pemerolehan pengetahuan. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Melalui

aktiviti diorama beberapa kemahiran berikut akan diperolehi;

Kemahiran menyelesaikan masalah dikuasai apabila murid melalui pengalaman

pembelajaran yang luas dalam seni dan kraf.

Kemahiran membuat keputusan sentiasa berlaku dan diperlukan semasa

menjalankan aktiviti seni.

Kemahiran pemikiran visual dan bahan pembelajaran tiga dimensi sentiasa

digunakan untuk menjayakan proses penghasilan karya.

2.2 Aspek Psikomotor

Integrasi fizikal dengan peralatan dan bahan dalam aktiviti diorama membuka ruang

kepada kanak-kanak melatih koordinasi tangan dan mata. Penerokaan alam benda dan

alam semula jadi meningkatkan kepekaan kanak-kanak pada unsur-unsur seni dan prinsip

rekaan. Otot-otot tangan dan mata memainkan peranan penting apabila kanak-kanak

melakukan aktiviti seni.

Kemahiran motor yang cekap dikembangkan melalui penggunaan peralatan seni

dan alatan dalam bilik seni.

Koordinasi mata dan tangan yang terlatih semasa aktiviti menyediakan minda

kanak-kanak untuk menghadapi tugasan di sekolah dan di rumah.

Keyakinan diri berkait rapat dengan kesedaran kanak-kanak tentang

keupayaannya menguasai kemahiran motor.

anneyza@SKTM

Page 3: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

2.3 Aspek Emosi dan Afektif

Perkembangan individu merangkumi emosi, sikap, nilai, pembentukan sahsiah dan

apresiasi. Pendidikan seni visual menjadi pemangkin kepada luahan emosi yang sihat.

Luahan emosi secara ekstrem mungkin berlaku dalam bentuk yang pelbagai tetapi

melalui pendidikan dan aktiviti seperti diorama kebebasan mengekspresi perasaan dapat

diluahkan melalui lukisan atau kepuasan menghasilkan karya.

Ekspresi diri adalah dasar kepada penghasilan karya.

Intervensi krisis dalam pendidikan seni boleh dijadikan medium menguruskan

stres dan trauma dalam kehidupan.

Memahami nilai dan mengaplikasikannya dan membuat pertimbangan apabila

berhadapan dengan pelbagai situasi.

Menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan.

2.4 Aspek Sosial

Sosial menurut Dettmer (2006) ditakrifkan sebagai satu bentuk kebiasaan dan

pengulangan di mana individu berinteraksi dan belajar daripadanya dan menyokong satu

sama lain. Kecerdasan sosial terdiri daripada kognitif, afektif dan mahir dalam bertingkah

laku.

Semasa beraktiviti murid berbincang dan mempelajari nilai seperti adab sopan apabila

berbincang, kerja sama, empati, sensitif dan hormat. Sinambungan daripada situasi dalam

setiap peringkat tersebut secara tidak langsung mengembangkan semua aspek lain dalam

diri kanak-kanak.Komunikasi membangunkan aspek interpersonal dan intrapersonal serta

menggerakkan cara mereka berfikir dan bertingkah laku dalam masyarakat.Perkongsian

material seni memerlukan interaksi sosial dan kerja sama. Kerjasama dalam aktiviti seni

menggalakkan perhubungan dan kemahiran bersosial. Kanak-kanak yang kurang

bercakap dapat menyertai aktiviti seni tanpa perlu bersaing dan menjadi aktif.

anneyza@SKTM

Page 4: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

3.0 Perkembangan kreativiti kanak-kanak melalui aktiviti diorama.

Kreativiti didefinisikan sebagai kemampuan untuk mencipta sesuatu yang unik, asli,

berguna, bernilai dan ia berkait rapat dengan kemahiran membuat dan imaginasi. Untuk

menghasilkan sesuatu yang kreatif, maka ianya harus mempunyai kecerdasan kreatif.

Kecergasan kreatif mengandungi empat gaya iaitu inovatif, imaginatif, intuitif, dan ilham

bagi menghasilkan sesuatu yang baru dan berbeza terutama bagi penghasilan sesebuah

karya seni.

Lowenfeld (1975) berpendapat kanak-kanak memiliki sifat semula jadi yang gemar

kepada penerokaan dan sentiasa penuh dengan perasaan ingin tahu. Setiap kanak-kanak

dilahirkan kreatif.

Ellis Paul Torrance (1974) menjelaskan kreativiti adalah proses yang terjadi bila

seseorang peka terhadap kekurangan, unsur-unsur yang tiada, jurang pengetahuan,

sesuatu yang tidak harmoni, mengenal pasti sesuatu yang sukar seterusnya mencari

penyelesaian dengan meneka, membentuk hipotesis berdasarkan kekurangan-kekurangan

itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis lalu melakukan pengubahsuaian ,

diuji semula hingga akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.

Manakala June King McFee, menyatakan kreativiti seseorang berlaku apabila individu

menyumbangkan idea dan berupaya menghasilkan idea yang baru yang lebih bermakna

daripada idea tersebut. Di sini McFee menjelaskan bahawa idea boleh diolah dan

dimanipulasi menjadi sesuatu yang baru.

Menerusi aktiviti diorama, kanak-kanak dapat menghubungkaitkan pengetahuan sedia

ada dan mengukuhkan pengetahuan menggunakan deria sentuh, lihat dan dengar.

Gambaran sebenar yang ingin disampaikan oleh guru dapat ditunjukkan melalui sebuah

diorama. Diorama mengandungi objek 2D dan 3D, seperti mana yang diketahui bahan 3D

memiliki kelebihan dalam p&p (pengajaran dan pembelajaran). Oleh itu, bahan bantu

mengajar seperti diorama jelas dapat memupuk kreativiti murid.

anneyza@SKTM

Page 5: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

Peranan Diorama Dalam Meningkatkan Kreativiti

i. Konsep yang betul dibina kerana murid boleh melihat objek dan persekitaran.

Menerusi diorama yang digunakan untuk sesi p&p, murid dapat membina konsep

tentang maksud perkataan yang diungkap oleh guru. Dalam pembelajaran Bahasa

Melayu contohnya, makna perkataan memang boleh dicari dan dilihat dalam

kamus tetapi dengan melihat dan menyentuh objek konsep yang terbina dalam

minda murid menjadi lebih kukuh. Pemerhatian aktif murid mengembangkan

kreativiti.

ii. Pembelajaran akan berlaku dengan lebih sempurna kerana murid dapat belajar

daripada penggunaan bahan-bahan yang menyerupai objek sebenar.

Menerusi diorama juga pembelajaran berlaku melalui objek yang menyerupai

benda sebenar, memandangkan ia boleh disentuh dan mempunyai latar belakang

yang menyokong konsep berkaitan tema dan tajuk maka pembelajaran menjadi

lebih bermakna. Di sesetengah sekolah pedalaman contohnya sumber

pembelajaran adalah terhad maka melalui diorama murid dan guru boleh

memanipulasi diorama dan mengaitkan dengan situasi yang diingini. Ciri-ciri

kreativiti di sini ialah mengolah subjek yang ada menjadi idea yang baru.

iii. Murid dapat memahami tentang sifat, binaan serta pergerakan sesuatu benda itu

dengan lebih baik.

Objek yang berbentuk 3D dalam diorama mempunyai kelebihan sebagai bahan

pembelajaran. Bentuk ini dapat mengungkap makna binaan sesebuah objek

dengan terperinci dan memupuk perasaan ingin tahu murid secara berterusan

contohnya gabungjalin warna akan menerbitkan kefahaman murid tentang fungsi

warna dalam binaan 3D. Gambaran yang diberikan dalam sebuah diorama dapat

membantu membina konsep sesuatu kejadian, hidupan atau benda. Kreativiti

anneyza@SKTM

Page 6: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

murid akan dipupuk melalui pemerhatian dan contoh yang dilihat. Malah murid

boleh digalakkan membina sendiri objek 3D dengan bimbingan guru untuk

meningkatkan kreativiti.

iv. Memberi pengalaman tentang keadaan sebenar sesuatu bahan atau benda itu.

Pengalaman adalah asset pembelajaran terbaik, melalui pengalaman iaitu merasai

sendiri persekitaran diorama dapat membantu pemahaman murid tentang sebab

akibat dan menghubung kait pembelajaran lain dalam satu subjek. Pengalaman

yang dirasai itu akan mencetus idea dan perkaitan seperti mana selalunya berlaku

dalam minda kita apabila belajar. Penyoalan, penerokaan dan penemuan murid

adalah antara proses kreativiti.

v. Menggalakkan murid membuat kajian lanjut mengenai sesuatu kejadian atau

hasilan.

Objek dalam diorama bersifat statik, maka apabila melihat dan meneliti diorama

murid akan tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan. Situasi ini dapat

dikembangkan dengan membimbing murid merujuk sumber maklumat lain yang

akan memenuhi rasa ingin tahu mereka. Secara tidak langsung mereka telah

mempunyai kemahiran mencari maklumat dan pengetahuan baru melalui sebuah

diorama. Secara tidak langsung kreativiti murid juga berkembang selari dengan

kajian dan penyelidikan mereka.

vi. Memberi lebih banyak peluang kepada murid berinteraksi diantara satu sama lain.

Interaksi adalah indikator pembelajaran yang aktif. Interaksi murid adalah penting

semasa sesi p&p kerana interaksi mengembangkan kreativiti dan mencetuskan

idea. Aspek afektif dan emosi murid dapat dipupuk jika berlaku interaksi

contohnya, bagaimana menghormati guru dan rakan apabila memberi pendapat

atau bagaimana bertolak-ansur serta bersabar bila berkomunikasi.

anneyza@SKTM

Page 7: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

vii. Menimbulkan semangat ingin tahu yang akan membawa kepada konsep

pembelajaran melalui penyelidikan.

Diorama itu sendiri mencetus perasaan ingin tahu murid. Meskipun konteks yang

diajar bukanlah mengenai bahan yang digunakan untuk menghasilkan diorama

tetapi binaan diorama yang dibina dengan proses artistik akan mengundang rasa

ingin tahu sesiapa saja yang melihatnya. Penyelidikan berkaitan pembelajaran

boleh saja mencapah ke beberapa bahagian contohnya mengenai diorama itu

sendiri atau mengenai tema dan tajuk yang dipelajari pada masa berkenaan. Maka

melalui diorama kemahiran dan metakognisi akan dikembangkan melalui

penyelidikan, inkuiri penemuan,simulasi dan teori pembelajaran lain yang

kesemuanya merangkumi perkembangan kreativiti..

Cabaran yang perlu diatasi oleh guru dalam pembelajaran menggunakan diorama

ialah guru perlu sedaya upaya menghasilkan atau menggunakan diorama yang bermutu

dan mengetahui selok-belok penghasilannya kerana murid akan sentiasa bertanya

bagaimana guru membinanya serta soalan-soalan kreatif lain yang mungkin tidak terfikir

oleh guru.

Semasa sesi pengajaran dan pembelajaran pula, guru perlu memperuntukkan masa

lain jika murid ingin bertanya mengenai diorama tersebut. Ini kerana kesilapan terlebih

masa menjawab soalan-soalan yang tidak berkaitan dengan tajuk akan menyebabkan

objektif pembelajaran tidak tercapai. Dengan kata lain, guru perlu fokus dan memberitahu

kepada murid aspek yang menjadi tumpuan dan jika murid ingin bertanya maka guru

akan memberinya jawapannya pada masa lain.

Guru juga perlu mempunyai persediaan berkaitan sumber-sumber maklumat yang

boleh diakses jika murid mempunyai rasa ingin tahu yang tidak dapat dijelaskan dengan

kata-kata sahaja. Guru perlu peka bila menggunakan diorama berkaitan tema tertentu

maka jangkakan ke mana arah tuju pertanyaan murid dan apa kemahiran yang boleh

dipelajari oleh murid berkaitan diorama berkenaan serta sumber-sumber yang boleh

dirujuk.

anneyza@SKTM

Page 8: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

4.0 Pendekatan bertema (komunikasi, masyarakat dan persekitaran) melalui aktiviti diorama.

Pusat perkembangan kurikulum (2008) mendifinisikan pendekatan bertema sebagai

pengurusan pengajaran dan pembelajaran melalui topic atau tema yang dipilih oleh guru

dan bersesuaian dengan masa, tempat, minat dan latar belakang murid.

Zulkifli Yaakob dan Mohd Jamel Ismail (2008) berpendapat pendekatan bertema

merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun sekitar konsep atau tema. Ia

berfungsi sebagai alat pengelolaan kepada guru untuk menghubungkan antara mata

pelajaran. Pendekatan ini membolehkan pelajar menghubungkan di antara sikap,

pemahaman dan kemahiran serta bidang-bidang kurikulum.

Tema yang dipilih untuk diorama ialah persekitaran –alam semula jadi. Tiga elemen

dalam persekitaran yang mempengaruhi organisma hidup ialah alam semula jadi, buatan

manusia dan teknologi. Tema persekitaran dengan tajuk ‘Zoo Mini’ ini dapat digunakan

untuk sesi pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran lain seperti sains, muzik,

pendidikan seni, bahasa, pendidikan moral, sivik dan kajian tempatan.

Tema persekitaran –alam semula jadi dengan tajuk Kisah di Zoo Mini ini dapat

diintegrasikan seperti berikut;

i. Mengembangkan perbendaharaan kata murid serta mengukuhkan konsep makna

perkataan dalam bidang bahasa yang dipelajari contohnya kata nama am hidup

bukan manusia.

ii. Murid dapat mengamati, melabel, menyentuh dan mengajukan soalan berkaitan

aspek bahasa yang difokuskan.

iii. Contoh benda maujud dapat ditunjukkan dan memberi ruang kepada murid untuk

membanding beza dan mengkategori.

iv. Mengenalpasti perbezaan dan membandingkan penjodoh bilangan bagi benda

yang banyak atau sedikit.

v. Mengaitkan objek dalam diorama dengan kehidupan seharian.

anneyza@SKTM

Page 9: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

vi. Menyentuh objek dalam diorama dan menyebut perkataan beserta ejaan yang

betul.

vii. Mengenali habitat haiwan dan menunjukkan contoh haiwan lain yang dapat hidup

di habitat yang sama.

viii. Mengukuhkan konsep perkataan melalui aktiviti mewarna.

ix. Mengajuk bunyi binatang atau haiwan yang terdapat dalam diorama.

x. Mengkategori jenis flora dan fauna contohnya tumbuhan berdahan atau binatang

yang hidup di darat.

anneyza@SKTM

Page 10: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

Berikut adalah contoh pengintegrasian mata pelajaran lain dalam rancangan pelajaran

bahasa malaysia.

Tema : Persekitaran

AlamSemulajadi - peranan dan kefahaman tentang persekitaran

alam semula jadi yang meliputi segala aspek yang berada

dipersekitarannya, tempat dan habitat semua hidupan tinggal dan

berinteraksi antara satu sama lain dalam ekosistem yang seimbang.

Tajuk : Zoo Mini

Penentuan

Tema

: Berasaskan kemahiran dan kandungan

Objektif : i. Mengenalpasti dan menyenaraikan kata nama am hidup

bukan manusia dengan betul.

ii. Mengenalpasti dan memadan penjodoh bilangan yang

betul bagi kata nama am hidup bukan manusia.

Integrasi

Pendidikan

Muzik

: Menyanyi lagu ‘Pergi ke Zoo’.

Pergerakan

asas (PJ)

: Bergerak dan menari mengikut irama lagu ‘Mari Pergi ke Zoo’.

ICT : Menebalkan (bold) perkataan kata nama am hidup bukan manusia

pada slaid menggunakan toolbar MSWord.

Pendidikan

seni visual

: Mewarna gambar yang menunjukkan kata nama am hidup bukan

manusia.

Sains : Mengenalpasti habitat haiwan. (aktiviti diorama)

Matematik : Membanding bilangan banyak atau sedikit untuk menentukan

penjodoh bilangan yang sesuai.

anneyza@SKTM

Page 11: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

Contoh Rancangan Pelajaran Harian Bahasa Malaysia Tahun 3

Tarikh : 15 Oktober 2013 Masa : 7.00 – 8.00 Tahun : Tahun 3 Bestari (Kelas Perdana)Bilangan Murid : 20 orang Tema : Persekitaran Tajuk : Zoo Mini Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid pernah belajar tentang zoo.

Murid-murid pernah menyanyikan lagu ‘Pergi ke Zoo’.Murid pernah belajar kata nama am dan penjodoh bilangan.

Objektif

Pengajaran

: Pada akhir pelajaran ini murid-murid dapat:

iii. Mengenalpasti dan menyenaraikan kata nama am hidup bukan manusia.

iv. Mengenalpasti dan memadan penjodoh bilangan yang betul bagi kata nama am hidup

bukan manusia.

Isi

Pelajaran

:

5.1.1 Memahami dan menggunakan kata nama am hidup yang merujuk bukan manusia dan

penjodoh bilangan dengan betul mengikut konteks.

Pengisian

Kurikulum

: Ilmu : Sains ,Pendidikan Muzik, Pendidikan Seni, Pergerakan Asas (PJ), Matematik dan ICT.

Kemahiran

Bernilai

: Kemahiran Berfikir: Menghubung kait, menyusun atur, mengenalpasti dan memadan

Belajar cara belajar : kemahiran membaca

anneyza@SKTM

Page 12: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

Tambah Teori Kecerdasan Pelbagai: verbal linguistik, muzik, interpersonal dan kinestetik.

Nilai Murni : Rajin, kerja sama, hormat dan bertolak ansur

Media /

Bahan

Pengajaran

: Diorama, komputer riba, LCD, layar putih, lembaran kerja, kad perkataan, slaid teks bacaan dan latihan

serta audio lagu ‘Mari Pergi ke Zoo’.

Langkah Penyampaian:

Bacaan doa sebelum belajar.

anneyza@SKTM

Page 13: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan

Set Induksi

Orientasi

(5 minit)

Mengenali zoo

a) Ini gambar apa?

b) Apa yang ada di

zoo?

c) Sebutkan

binatang yang

ada di zoo?

Nyanyian lagu

‘Pergi ke Zoo’

Guru memaparkan gambar zoo.

Guru bertanya soalan tentang gambar.

Murid mendengar lagu ‘Pergi ke Zoo’ dan menyanyi

bersama-sama mengikut senikata lagu pada slaid.

Murid meniru aksi dan pergerakan guru sambil

menyanyi.

Guru mengaitkan zoo dengan tajuk dan isi pelajaran

yang akan dipelajari.

BBM

Slaid gambar zoo

Slaid senikata lagu

‘Mari Pergi ke Zoo’

TKP

Muzik dan kinestatik

Verbal linguistic

KEMAHIRAN BERFIKIRMenghubung kaitMenyenarai

Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan

anneyza@SKTM

Page 14: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

Langkah 1

20 minit

Membaca petikan

cerita.

Kata nama am hidup

bukan manusia

Diorama Zoo Mini

Mewarna subjek

diorama

Contoh;

Burung

Pokok bunga

Murid membaca petikan bertajuk ‘Kisah di Zoo

Mini’ daripada slaid.

Murid diminta mengenalpasti kata nama am hidup

bukan manusia daripada petikan dan menyebut.

Murid dibimbing menggaris perkataan pada slaid

dan menyebut perkataan yang mengandungi diftong

dan vocal berganding.

Guru mengeluarkan diorama dan

memperkenalkannya kepada murid.

Murid dipelawa melihat secara berkumpulan.

BBM

Slaid

LCD

Komputer riba

Diorama

Keratan objek diorama

Pensel warna

Gam

KBKK

Mengenalpasti

Menyenarai

TKP

Verbal-linguistik

Naturalis

ILMU

Sains

Kemahiran Hidup

ICT

Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan

anneyza@SKTM

Page 15: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

Langkah 2

20 minit

Diorama Zoo Mini

Memadankan kad

perkataan kata nama

am hidup bukan

manusia pada flora

dan fauna

Melabelkan penjodoh

bilangan yang sesuai

pada jumlah flora dan

fauna

Guru memberi contoh dengan memadankan kad

perkataan kata nama am hidup bukan manusia

dengan binatang dalam diorama.

Murid diminta melabel kad perkataan pada binatang

dan tumbuhan di dalam diorama Zoo Mini.

Murid diminta menyebut penjodoh bilangan yang

sesuai pada bilangan fauna atau flora.

Guru menunjukkan contoh menggunakan objek

dalam diorama.

Contoh;

i. seekor burung murai atau sepasang burung

murai

ii. sekuntum bunga atau sejambak bunga

BBM

Diorama

Kad perkataan

KBKK

Menghubungkait

menyusun atur

melabel

membanding beza

TKP

Verbal linguistic

ILMU

Matematik

Sains

Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan

anneyza@SKTM

Page 16: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

Langkah 3

10 minit

Latihan bertulis.

Mengesan dan menggaris

kata nama am hidup bukan

manusia daripada petikan.

Memadankan penjodoh

bilangan pada gambar

yang betul.

Mewarna objek yang

menunjukkan kata nama

am hidup bukan manusia.

Pembetulan.

Murid mendapat edaran lembaran kerja sebagai

latihan.

Penerangan cara menjawab soalan. (slaid)

Seorang murid daripada setiap kumpulan akan

memperdengarkan jawapan.

Murid-murid membuat pembetulan jika terdapat

kesalahan.

BBM

Slaid bergambar

LCD/komputer

Layar putih

Lembaran kerja

NILAI MURNI

Usaha

Rajin

KEMAHIRAN

BERFIKIR

Mengenalpasti

Memadan

ILMU

Pendidikan Seni

Visual

Langkah Isi Pelajaran Kaedah Penyampaian Catatan

anneyza@SKTM

Page 17: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

Penutup

5 minit

Refleksi

Penerapan nilai

Peneguhan Positif

Nyanyian lagu ‘Mari Pergi

ke Zoo’

Murid diminta memberi pendapat tentang aktiviti

belajar bersama diorama.

Murid dibimbing menyebut nilai yang mereka

pelajari daripada pelajaran hari ini.

Guru memberi peneguhan positif kepada semua

murid kerana sesi pembelajaran yang aktif.

Murid menyanyi sambil membuat pergerakan yang

telah dipelajari.

NILAI MURNI

Hormat

Menghargai alam

sekitar

Kasih saying

KEMAHIRAN

BERFIKIR:

Menghubung

kait

Menganalisis

ILMU

Pendidikan Islam

Pendidikan

Moral

anneyza@SKTM

Page 18: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

5.0 Lakaran idea

anneyza@SKTM

Page 19: hbae2203-diorama.docx

HBAE2203- MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN OUM-SMP (SEPT2013)

6.0 Kesimpulan

Diorama boleh menjadi media pengajaran yang menarik dan paling penting diorama

memupuk kemahiran berfikir kerana murid sentiasa ingin tahu apabila melihat benda yang

boleh direka dan dibina oleh guru atau mereka sendiri. Kreativiti dapat dipupuk apabila

murid juga akan cuba meneroka, memerhati dan membina sendiri sebuah diorama. Selain itu,

pengamatan murid dapat dikembangkan melalui aktiviti diorama dengan teknik penyoalan

yang sesuai. Imaginasi murid juga dapat disimulasikan melalui diorama sebagai aktiviti meta

kognisi dan penyelidikan.

Tugasan ini sangat bermakna kerana mengembangkan pengetahuan guru tentang media seni

yang boleh berfungsi sebagai bahan bantu pengajaran dan pembelajaran yang versatil.

Kepelbagaian penggunaan diorama dibuktikan melalui pengintegrasian kemahiran,

kandungan, isu, projek, dan konsep bagi mata pelajaran tertentu. Selain itu, seperti yang

diketahui sebuah diorama dapat digunakan untuk mengajar pelbagai mata pelajaran dan ini

akan menjimatkan kos. Ketekunan dan proses artistic dalam menyiapkan sebuah diorama

juga menyumbang kepada pemikiran kreatif dan kesedaran menghargai nilai estetika

sesebuah karya. Sebuah diorama yang menarik dan unik bukan sahaja memberi kepuasan

kepada pembinanya tetapi juga kepada yang melihatnya.

anneyza@SKTM