hbae1203-kreativiti.docx

35
Isi Kandungan Bil Perkara Muka Surat 1. Pengenalan 1 2. Komponen Kreativiti 1 3. Pengertian Kreativiti 2 4. Pendapat Tokoh-Tokoh Tentang Seni 3 5. Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-Kanak 4 6. Peringkat Kreativiti Fisher 5 7. Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dalam Langkah Pengajaran 6-11 8. Implikasi 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dengan Perkembangan Diri Kanak-Kanak 12-16 9. Perkaitan Antara 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher dan Kepentingan Soalan Guru 17-23 10. Penutup 24 11. Rujukan

Upload: anne-gd

Post on 17-Dec-2015

15 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Isi Kandungan

BilPerkaraMuka Surat

1. Pengenalan1

2. Komponen Kreativiti1

3. Pengertian Kreativiti2

4. Pendapat Tokoh-Tokoh Tentang Seni3

5. Kepentingan Kreativiti Kepada Kanak-Kanak4

6. Peringkat Kreativiti Fisher5

7. Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dalam Langkah Pengajaran6-11

8. Implikasi 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dengan Perkembangan Diri Kanak-Kanak12-16

9. Perkaitan Antara 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher dan Kepentingan Soalan Guru17-23

10. Penutup24

11. Rujukan

1.0 Pengenalan

Mengapa kreativiti? Elemen kreativiti dan inovasi telah lama bertapak dalam kurikulum persekolahan di Malaysia dan dibangunkan secara dinamik sejak KBSR dan KBSM. Kesinambungan daripada itu, pada tahun 2010 kerajaan telah mengisytiharkan tahun tersebut sebagai tahun kreatif dan inovatif. Bidang Keberhasilan Utama Negara menuntut generasi baru berfikiran kreatif, inovatif, mementingkan nilai murni dan berdaya saing di peringkat global. Matlamatnya adalah untuk menghasilkan modal insan yang kreatif, inovatif, berdaya cipta, mampu menghasilkan idea dan ciptaan berkualiti. Seterusnya fonomena itu akan menjadi budaya hidup rakyat Malaysia dan menjadi aset negara yang bernilai. Menurut tokoh seni Carl Rogers, individu yang bebas dan mempunyai kesedaran tentang tanggung jawab akan menyumbang kreativiti sama ada dalam bentuk sains atau seni kepada manusia atau makhluk di sekelilingnya.

Tugasan ini akan membincangkan tentang peringkat kreativiti Fisher dan implikasi setiap peringkat kepada pembangunan ciri-ciri individu kanak-kanak.

2.0 Komponen Kreativiti

Menurut Adam (2005), komponen kreativiti terdiri daripada; PengetahuanSemua pemahaman berkaitan yang individu terjemahkan sebagai usaha kreatif. Pemikiran kreatifCara individu mendekati masalah dan bagaimana mereka menggunakan personaliti dan gaya berfikir untuk menyelesaikan atau mengintrepretasi masalah tersebut Motivasi Motivasi selalunya menjadi kunci utama dalam penghasilan produk kreatif tetapi pendorong yang lebih efektif ialah azam dan minat mendalam pada apa yang dilakukan.

3.0 Takrifan Kreativiti

Sumber: Abdul Shukor Hashim et al. (2011)

....kebolehan untuk menghasilkan dan mencernakan idea baru dan asli. Idea tersebut dihasilkan melalui gabungan idea yang ada dan ilham ... (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999)

Sumber: Buku Panduan Kreativiti Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia

Sumber: Buku Panduan Kreativiti Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011,KPM Kementerian Pelajaran Malaysia3.0 Pendapat Tokoh-Tokoh Tentang Kreativiti

Ellis Paul Torrance (1974) menjelaskan kreativiti adalah proses yang terjadi bila seseorang peka terhadap kekurangan, unsur-unsur yang tiada, jurang pengetahuan, sesuatu yang tidak harmoni, mengenal pasti sesuatu yang sukar seterusnya mencari penyelesaian dengan meneka, membentuk hipotesis berdasarkan kekurangan-kekurangan itu, menguji dan mengkaji semula hipotesis-hipotesis lalu melakukan pengubahsuaian , diuji semula hingga akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain.

Pendapat daripada June King McFee, menyatakan kreativiti seseorang berlaku apabila individu menyumbangkan idea dan berupaya menghasilkan idea yang baru yang lebih bermakna daripada idea tersebut. Di sini McFee menjelaskan bahawa idea boleh diolah dan dimanipulasi menjadi sesuatu yang baru.

Viktor Lowenfeld (1975) mendifinisikan kreativiti sebagai naluri yang dimiliki oleh setiap insan sejak lahir. Faktor pertama yang digunakan untuk menyelesaikan masalah adalah naluri manakala keinginan mendorong individu meneroka dan menyelidik sesuatu. Manusia bertindak kerana ada naluri dan keinginan.

Untuk menjadi kreatif, membawa maksud mewujudkan sesuatu yang baru dan mempunyai nilai. Sesuatu yang kreatif tidak mudah, luarbiasa dan ianya jarang ditemui serta unik. - Edward De Bono (1992)

Kesimpulannya, semua manusia memiliki kapasiti pemikiran kreatif. Kreativiti juga boleh ditakrifkan sebagai kemampuan seseorang menghasilkan sesuatu yang asli dan tidak ada sebelumnya. Kemahiran otak kanan adalah sinonim dengan pemikiran kreatif. Fitrah pemikiran kreatif adalah divergen kerana kaedah pemikirannya pelbagai.Pemikiran kreatif itu digunakan untuk menjana idea, membuat hipotesis, menggunakan imaginasi dan mencari alternatif serta menginovasi idea daripada aktiviti yang kita lakukan.

4.0 Kepentingan Kreativiti kepada Kanak-Kanak

Pengajaran dan pembelajaran pemikiran kreatif adalah cara yang berkesan untuk menarik minat kanak-kanak kepada pelajarannya. Pemikiran kreatif menyediakan minda kanak-kanak dengan kemahiran yang fleksibel untuk membantu mereka menghadapi masa depan yang tidak diketahui.

Selain itu, murid juga akan mengetahui potensi dan kecenderungan diri serta cuba membangunkan potensi tersebut agar memberi manfaat kepada diri dan makhluk sekelilingnya.

Kanak-kanak yang didorong berfikir secara kreatif menunjukkan peningkatan dalam motivasi diri dan keyakinan. Masa depan memerlukan individu yang inovatif, berupaya menyelesaikan masalah dan bijak berkomunikasi. Justeru, keyakinan diri adalah elemen penting yang dipupuk melalui pemikiran kreatif.

Bersumberkan Buku Panduan Kreativiti Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011,Kepentingan kreativiti dinyatakan seperti berikut;

Sumber: Buku Panduan Kreativiti Bahagian Pembangunan Kurikulum 2011, Kementerian Pelajaran Malaysia

5.0 Peringkat Kreativiti Fisher (1943)

6.0 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher Dalam Langkah Pengajaran

Peringkat perkembangan kreativiti fisher akan diterjemahkan dalam bentuk langkah pengajaran untuk menunjukkan bagaimana kreativiti murid dibangunkan melalui pembelajaran dengan teknik penyoalan dan melakukan aktiviti fizikal serta kemahiran berfikir.

Teknik penyoalan membantu interaksi yang aktif antara guru dan murid atau murid dengan murid. Penyoalan juga mengembangkan pemikiran kreatif murid dengan menggalakkan murid berfikir secara kritis, kreatif, inovatif dan logik. Soalan yang bermutu dan terancang menjadikan sesi pembelajaran dinamik dan efektif.

Soalan-soalan guru akan dibangunkan berpandu kepada Taksonomi Bloom.Taksonomi BloomMaksudContoh Indikator

PengetahuanMengingat semulaMenamakanMenyenaraikanMenamakan semula

PemahamanMemahami tentangMenghurai dengan perkataan sendiriMenghujahMerumus

PenerapanMengaplikasi pengetahuan dalam situasi lainGuna semula ideaMerancangMenyelesai

Analisamemecahkan maklumat kepada bahagian-bahagian, menyiasat hubunganMenjelaskanMenyusun semulamenaakul

SintesisMenggabungkan bahagian-bahagian dan menghasilkan idea baruMereka bentukMemberi pendapatmengembangkan

Penilaian Menimbangkan keputusan dan membuat penilaianMewajarkan pilihanMengadili

anneyza@sktmHBAE1203

1

6.1 Peringkat Ransangan

PeringkatAktiviti dan SoalanBahan Ransangan

Peringkat Ransangan1. Guru menunjukkan gambar pokok pisang. Gambar apakah ini? (aras pengetahuan) Terangkan tentang pokok pisang. (aras pengetahuan)

2. Guru menunjukkan batang pelepah pisang dan meminta murid menyentuhnya. Pada bahagian manakah batang ini boleh didapati? (aras pemahaman) Sebutkan bentuk dan teksturnya. (aras analisis)

3. Murid melihat contoh gambar capan yang pamerkan oleh guru. Bagaimanakah corak ini terhasil? (analisis)

4. Murid-murid mendengar penjelasan guru tentang maksud capan.

Gambar capan

Buku yang dibalut dengan corak capan.

6.2 Peringkat PenerokaanPerkaraAktiviti dan soalanBahan/Alatan

Peringkat Penerokaan1. Guru mempamerkan bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan capan. Sebutkan bahan-bahan yang cikgu tunjukkan. (aras pengetahuan)

2. Murid-murid diminta menyentuh tumbuhan yang dibawa dan bimbing murid mengaitkan bentuk dengan corak.3. Guru membuat demonstrasi cara-cara membuat capan. Bagaimanakah bentuk memainkan peranan menghasilkan corak? (aras aplikasi)

4. Murid-murid diminta mencuba membuat capan di atas kertas yang diedarkan oleh guru. Cuba jaya. Bagaimanakah bancuhan warna dari segi kepekatan dan kecairan memainkan peranan? (aras penilaian)

5. Murid-murid dibimbing memotong dan melihat hasil jalinan pada permukaan tumbuhan yang digunakan. Perhatikan jalinannya, apakah bezanya? (aras aplikasi) Batang pada daun pisang Kertas lukisan Berus lukisan Warna air Air Bekas pembancuh warna Pisau

6.3 Peringkat Perancangan

PeringkatAktiviti dan soalanBahan

Peringkat Perancangan1. Guru menunjukkan buku yang telah dibalut dengan corak capan. Terangkan tentang pembalut buku ini dari segi warna, ruang, jalinan dan rupa. (aras penilaian)

2. Murid melihat contoh-contoh capan pada pembalut buku.

3. Murid-murid dibahagikan ke dalam kumpulan dan berbincang bagaimanakah corak yang akan dihasilkan. Bincangkan bagaimana kamu akan menghasilkan corak yang menarik? (aras penilaian)

4. Setiap kumpulan akan menunjukkan bagaimana susunan corak, warna dan bentuk potongan pelepah. Mengapa bentuk potongan pelepah perlu diubah? (aras sintesis)

Buku-buku yang dibalut dengan corak capan Kertas A4 Marker pen

6.4 Peringkat AktivitiPeringkat Aktiviti dan Soalan Bahan @ Alat Bantu

Peringkat Aktiviti 1. Guru meminta murid mengambil bahan-bahan yang mereka perlukan untuk memulakan aktiviti. Mengapa kita perlu tertib bila membuat sesuatu?(aras analisis)

2. Guru menerangkan aspek keselamatan semasa menggunakan pisau dan juga aspek kebersihan.

3. Murid-murid memulakan aktiviti dengan bimbingan guru. Jika berlaku kesilapan, apakah tindakan kamu? (aras aplikasi)

4. Murid-murid digalakkan bertanya dan bekerja sama dengan rakan-rakan. Adakah langkah-langkah hasil perbincangan kamu dapat digunakan semasa membuat aktiviti? (aras penilaian)

Kertas lukisan Warna air Berus lukisan Pisau Air Pelepah daun pisang

6.5 Peringkat Kajian SemulaPerkaraAktiviti dan soalanBahan bantu

Peringkat Kajian Semula1. Murid-murid diberi masa untuk melihat hasil kerja rakan-rakan.2. Guru memilih hasil kerja murid dan murid-murid dibimbing membuat apresiasi secara kelas. Apakah pendapat kamu tentang hasil kerja ini dari segi warna, rupa ruang dan bentuk? (aras analisis)3. Murid-murid dipilih secara rawak untuk memberi pendapat apakah elemen yang perlu diperbaiki atau penambahbaikan. Apakah yang dapat ditambah untuk menghasilkan capan yang lebih menarik? (aras penilaian)4. Guru meminta murid-murid menyenaraikan kesilapan yang mereka lakukan dan cara mengatasinya. Senaraikan kesilapan yang telah kamu lakukan. Bagaimanakah cara mengatasinya? (aras sintesis)5. Murid-murid diminta menyebut nilai-nilai murni dalam pembelajaran hari ini. Apakah nilai murni yang kamu pelajari hari ini? (aras pemahaman) Hasil kerja murid Kad perkataan unsur-unsur seni

7.0 Implikasi 5 Peringkat Kreativiti Fisher dengan Perkembangan Diri Kanak-Kanak

Sumber: Buku Panduan Kreativiti Kementerian Pelajaran Malaysia

4 Domain yang Membangunkan Potensi Individu

DomainKognitifAfektifSensorimotorSosial

ProsesPemikiranPerasaanMenggunakan deria & bergerak

Interaksi

KandunganIntelektualEmosiFizikalSosio budaya

TujuanMengembangkan MindaSensitivitiMeningkatkan kepekaan deria dan pergerakanMemperkayakan Hubungan

MatlamatMenimba IlmuMemahami DiriMemupuk Ekspresi DiriMenggalakkan Sosialisasi

Sumber: Peggy Dettmer (Four Domain In Learning And Doing)2006ProQuest Education Journals- OUM

7.1 Aspek KognitifKamus Dewan Edisi Keempat- Kognitif bermaksud segala perkara berkaitan kognisi seperti proses pembelajaran, pemahaman dan pemerolehan pengetahuan. Menurut Buku Panduan Kreativiti, KPM- dalam disiplin ilmu, aspek kognitif membolehkan kanak-kanak mengenali perkara baru, mengaplikasi apa saja kemahiran berkaitan untuk berkreatif dalam mencipta, mereka, mengeksperimen dan menghasilkan produk baru.Dalam pendidikan seni visual menurut Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher, aspek kognitifnya boleh diterjemahkan seperti berikut;

7.2 Aspek Psikomotor

Integrasi fizikal dengan peralatan dan bahan dalam pendidikan seni visual membuka ruang kepada kanak-kanak melatih koordinasi tangan dan mata. Penerokaan alam benda dan alam semula jadi meningkatkan kepekaan kanak-kanak pada unsur-unsur seni dan prinsip rekaan. Otot-otot tangan dan mata memainkan peranan penting apabila kanak-kanak melakukan aktiviti seni. Pada peringkat penerokaan Fisher, murid digalakkan menggunakan deria dan pergerakan untuk menghasilkan karya capan. Interaksi yang kreatif dengan alatan dan bahan seni adalah salah satu tujuan pendidikan seni visual.

7.3 Aspek Emosi

Perkembangan individu merangkumi emosi, sikap, nilai, pembentukan sahsiah dan apresiasi. Pendidikan seni visual menjadi pemangkin kepada luahan emosi yang sihat. Luahan emosi secara ekstrem mungkin berlaku dalam bentuk yang pelbagai tetapi melalui pendidikan seni visual kebebasan mengekspresi perasaan dapat diluahkan melalui lukisan atau kepuasan menghasilkan karya.

Kolaborasi dan interaksi semasa peringkat penerokaan, perancangan ,aktiviti dan kajian semula dalam peringkat perkembangan kreativiti Fisher melatih kanak-kanak berinteraksi dan secara tidak langsung mengembangkan pelbagai jenis emosi dan bentuk kawalan tersendiri.

7.4 Aspek Sosial

Social menurut Dettmer (2006) ditakrifkan sebagai satu bentuk kebiasaan dan pengulangan di mana individu berinteraksi dan belajar daripadanya dan menyokong satu sama lain. Kecerdasan social terdiri daripada kognitif, afektif dan mahir dalam bertingkah laku. Dalam perkembangan peringkat kreativiti fisher, setiap peringkat menjurus kepada aspek social di mana murid berinteraksi dengan guru dan rakan-rakannya. Dalam peringkat perancangan dan aktiviti contohnya murid berbincang dan mempelajari nilai seperti adab sopan apabila berbincang, kerja sama, empati, sensitif dan hormat. Sinambungan daripada situasi dalam setiap peringkat tersebut secara tidak langsung mengembangkan semua aspek lain dalam diri kanak-kanak.Komunikasi membangunkan aspek interpersonal dan intrapersonal serta menggerakkan cara mereka berfikir dan bertingkah laku dalam masyarakat.

8.0 Perkaitan Antara 5 Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher dan Kepentingan Soalan Guru

Untuk mengukur perkembangan pemikiran kreatif dalam langkah pengajaran menurut Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher, korelasinya dapat dilihat melalui soalan-soalan yang telah dirancang fungsinya untuk mencetuskan aktiviti berfikir dalam setiap langkah pengajaran dan pembelajaran.

Oleh itu, satu sistem ukuran kreativiti yang menjadi rujukan pendidik digunakan. Ukuran pemikiran kreatif Lowenfeld terdiri daripada empat komponen iaitu kelancaran, keluwesan (fleksibiliti), keaslian dan kepekaan (sensitiviti).

Sumber: Abdul Shukor et al. 2011

8.1 Peringkat Ransangan

Guru menunjukkan gambar pokok pisang.

Soalan 1Gambar apakah ini?

Kelancaran/ KepekaanJawapan murid untuk soalan ini adalah spontan. Walaupun soalan ini hanya mempunyai satu jawapan yang pasti tetapi tujuannya hanyalah untuk membuka minda murid untuk melibatkan diri dalam pembelajaran.Kebolehan menghubungkait juga akan terjadi bila murid selalunya akan bertanya kepada guru mengapa pokok pisang? / kita nak buat apa? Murid yang peka akan mengaitkan pokok pisang dengan meneka aktiviti yang akan dilakukan.

Soalan 2Terangkan tentang pokok pisang?

Kelancaran / kepekaan/ KeaslianTujuan soalan ini adalah untuk mengetahui tahap kefahaman murid tentang pokok pisang dan mendorong murid berfikir apa saja tentang pokok pisang.Pemikiran kreatif akan terjadi apabila murid cuba menghubungkan gambarannya tentang pisang melalui perkataan.Murid akan mengaitkan pengetahuan sedia adanya.Jawapan murid yang pelbagai tentang pokok pisang menunjukkan idea asli daripada pemikirannya.

Soalan 3Pada bahagian manakah batang ini boleh didapati?

Kelancaran/KepekaanSoalan ini mendorong murid mengamati dan berfikir untuk mengingat semula pengetahuannya tentang pokok pisang.

Soalan 4Sebutkan bentuk dan teksturnya.

Kelancaran / Kepekaan / Fleksibiliti / KeaslianMurid akan menggunakan pancaindera untuk merasa dan mengamati objek serta memberi pendapat tentang apa yang dirasai oleh derianya.

Soalan 5Bagaimanakah corak ini terhasil?

Kelancaran / Kepekaan / Fleksibiliti / KeaslianMurid bebas memberikan pendapat dan ideanya serta menggabungkan idea rakannya untuk mendapatkan jawapan.

8.2 Peringkat Penerokaan

Dalam Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher, penerokaan adalah satu peringkat di mana murid digalak meneroka untuk mengembangkan kreativiti. Penerokaan murid menggunakan semua panca indera dengan memberi respon pada soalan-soalan guru.

Soalan 1Sebutkan bahan-bahan yang ditunjukkan.Apakah kegunaannya?

Kelancaran/ KepekaanMurid menggunakan kemahiran mengait untuk menjawab soalan ini.Soalan ini bertujuan meningkatkan kepekaan murid pada bahan-bahan seni di samping menguji ingatan, pengetahuan dan kebolehan mengkolerasi murid.

Soalan 2Bagaimanakah bentuk memainkan peranan untuk menghasilkan corak?

Kelancaran/ Kepekaan/ Keaslian / FleksibilitiIdea yang spontan daripada murid mungkin tercetus.Murid yang kreatif akan mengungkapkan ideanya melalui pemerhatian.Soalan ini menggalakkan keaslian idea serta kepelbagaian pendapat.

Soalan 3Bagaimanakah bancuhan warna dari segi kepekatan atau kecairan memainkan peranan?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslianSoalan ini mengukur semua komponen memandangkan aktivitinya ialah penerokaan secara cuba jaya dengan membuat capan untuk menguji.Murid akan menjawab setelah percubaannya membancuh warna dan membuat eksperimen capan selesai.

Soalan 4Apakah perbezaan jalinannya?

Kepekaan / Kelancaran / fleksibilitiMurid akan menggunakan pancaindera untuk mengamati objek.

8.3 Perancangan

Aktiviti pada peringkat ini ialah meniru idea tetapi merancang semula untuk mendapatkan idea baru yang lebih menarik.

Soalan 1Terangkan tentang pembalut buku ini dari segi warna, ruang, jalinan dan rupa.

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslianSoalan ini menuntut murid menggunakan semua komponen ukuran kreativiti untuk menjawabnya.

Soalan 2Bincangkan bagaimana kamu akan menghasilkan corak yang menarik?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslianKemahiran berfikir, bersosial, kognitif dan kreativiti murid akan terserlah melalui aktiviti ini.

Soalan 3Mengapa bentuk potongan pelepah perlu diubah?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslianJawapan atau pendapat yang berlainan daripada murid akan menunjukkan kreativiti mereka.

8.4 Peringkat Aktiviti

Pada peringkat ini aktiviti diselitkan dengan pengetahuan tentang kepentingan proses dan nilai dalam menghasilkan karya.

Soalan 1Mengapakah kita perlu tertib bila melakukan sesuatu?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslianSoalan ini mendorong murid mengaitkan dan memikirkan sebab dan akibat sesuatu tindakan.

Soalan 2Jika berlaku kesilapan, apakah tindakan kamu?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslianAktiviti dan proses menghasilkan karya seni memberi murid peluang merasa pengalaman dan belajar sesuatu darinya termasuk kreativiti dan metakognisi.

Soalan 3Adakah langkah-langkah hasil perbincangan kamu dapat digunakan semasa membuat aktiviti?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslianMurid dibimbing membanding beza, membuat kesimpulan, mengenal pasti dan menjana idea untuk mengetahui hasilnya.

8.5 Peringkat Kajian Semula

Apresiasi seni ,cadangan pengubahsuaian dan nilai.

Soalan 1Berikan pendapat kamu tentang hasil kerja dari segi warna, rupa, ruang dan bentuk?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslianPelbagai cetusan apresiasi akan diungkapkan dan murid akan menampakkan sensitiviti.

Soalan 2Apakah yang dapat ditambah untuk menghasilkan capan yang lebih menarik?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslianMencungkil idea asli dan kebolehan memanipulasi idea untuk mendapatkan hasil karya berkualiti.

Soalan 3Apakah kesilapan yang dikenalpasti? Bagaimanakah cara mengatasinya?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslianMengenal pasti, mencari penyelesaian kepada masalah dan memikirkan alternatif.

Soalan 4Apakah nilai murni yang kamu pelajari hari ini?

Kelancaran/ fleksibiliti/ kepekaan / keaslianTindakbalas kepada soalan adalah melalui proses mengkorelasi, menyenarai, memberi sebab, mengenal pasti, menghargai dan bersyukur.

9.0 Penutup

Kesimpulannya teori Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher adalah salah satu strategi yang sesuai digunakan untuk mengajar murid kemahiran berfikir dan mengembangkan kreativiti. Strategi dan teknik menyoal pula perlu di rancang selari dengan kematangan dan kebolehan murid dengan menggunakan aras soalan Bloom contohnya dan indikatornya boleh diukur menggunakan ukuran kreativiti Lowenfeld atau Torrance.

Aspek sosial, kognitif dan fizikal juga tergabung di setiap peringkat secara tidak langsung kerana pada dasarnya kepekaan murid kepada individu dan objek di sekitarnya sentiasa berlaku dalam proses penghasilan karya seni.

Kecerdasan murid adalah pelbagai namun Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher boleh sampai kepada setiap murid melalui variasi aktiviti di setiap peringkat. Perancangan pengajaran guru yang tersusun serta faktor seperti kebolehan murid, persekitaran, alatan, bahan dan set soalan yang sesuai dengan aktiviti adalah elemen penting dalam menjayakan Peringkat Perkembangan Kreativiti Fisher.

Rujukan .