hazlina abdul halim_chapter 1-5

Upload: cahaya-ukhti

Post on 18-Jul-2015

109 views

Category:

Documents


17 download

TRANSCRIPT

BAB 1 PENGENALAN

1.1 Pendahuluan dan latar belakang kajian

Bahasa merupakan perantara komunikasi sesama manusia. Manusia berkomunikasi di antara satu sama lain menggunakan pelbagai bahasa, dan setiap satu bahasa itu berbeza dari yang lain dalam pelbagai bentuk (dari perbezaan nyata dari segi sebutan dan perbendaharaan kata kepada perbezaan tidak begitu nyata seperti dalam tatabahasa). Sesuatu ayat yang ringkas boleh menjadi ayat kompleks apabila ianya dinyatakan di dalam bahasa yang berbeza.

Untuk menyatakan someone ate the cheese atau seseorang telah makan keju dalam bahasa Inggeris misalnya, terdapat perubahan tatabahasa di dalam ayat tersebut untuk menyatakan bahawa peristiwa itu telah berlaku. Ayat yang sama pula di dalam bahasa Rusia, hendaklah diiringi dengan kata kerja yang membayangkan sama ada individu yang memakan keju tersebut adalah lelaki atau wanita, dan sama ada individu tersebut memakan keseluruhan keju ataupun hanya sebahagian daripadanya.

1

Oleh yang demikian, penutur dari bahasa yang berlainan hendaklah mengambilkira dan mengadaptasikan aspek-aspek yang berlainan dalam dunia ini untuk menggunakan bahasa mereka dengan cara yang betul dan sempurna. Ini termasuklah persekitaran bahasa mereka.

Menurut Slobin (1996:70): It appears that speakers of different languages have to attend to and encode strikingly different aspects of the world in order to use their language properly

Menurut Dulay, Burt & Krashen (1982), persekitaran bahasa merangkumi kesemua aspek yang didengari dan dilihat pada bahasa yang baru atau sedang dipelajari oleh seseorang.

Bahasa Perancis adalah alat untuk berkomunikasi lisan dan tulisan seperti kebanyakan bahasa di dunia. Bahasa ini juga merupakan bahasa antarabangsa yang digunakan oleh lebih daripada separuh penduduk dunia. Di samping berperanan sebagai bahasa ilmu pengetahuan, teknologi dan seni, bahasa ini dapat menjadi alat untuk mencapai tujuan ekonomi, perdagangan, hubungan antarabangsa, tujuan sosial budaya dan pendidikan. (Kementerian Luar Negeri, Perancis, http://www.diplomatie.gouv.fr, Mac 2003,).

Salah satu aspek yang penting di dalam bahasa Perancis adalah tatabahasanya, di mana dengan hanya sedikit kesilapan yang dilakukan akan membawa pengertian yang berbeza ataupun ketidakfahaman pendengar tentang apa yang cuba disampaikan oleh seseorang penutur. Salah satu cabang tatabahasa yang paling rumit untuk pelajar bahasa Perancis merupakan gender gramatikal.

2

Gender gramatikal bukanlah sekadar suatu aksesori yang tiada kepentingan di dalam bahasa Perancis, tetapi merupakan sesuatu pelengkap kepada kata nama. Oleh yang demikian, penutur-penutur asli bahasa Perancis tidak akan mentolerasikan sebarang kesalahan gender yang dilakukan oleh anak-anak mereka (Surridge, 1996). Menyedari kepentingan inilah, pengkaji cuba meneroka masalah kefahaman dan aplikasi gender gramatikal yang dilakukan oleh pelajar-pelajar supaya dapat memperbaiki pembelajaran bahasa Perancis mereka dan pelajar lain.

1.2 Status bahasa Perancis

Menurut Weber (1997), bahasa Perancis merupakan bahasa yang kedua berkuasa di dunia, di mana ianya merupakan bahasa rasmi bagi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), salah satu dari bahasa rasmi untuk sukan Olimpik, satu-satunya bahasa universal yang digunakan dalam perkhidmatan pos, dan bahasa utama untuk Kesatuan Negara-Negara Afrika. Ianya juga merupakan bahasa yang kedua digunakan di dalam komunikasi internet. Hampir 119 juta penduduk dunia adalah penutur asli bahasa Perancis atau fasih berbahasa tersebut, 63 juta adalah penutur bahasa Perancis (walaupun tidak fasih) dan 85 juta lagi sedang mempelajari bahasa ini, yang menjadikan jumlah keseluruhannya yang menggunakan bahasa ini adalah seramai 267 juta orang. Dalam bidang aeronotik, pengangkutan rel, makanan dan fesyen, ianya dilihat sebagai bahasa perantara kemahiran, teknologi dan kemodenan (http://www.diplomatie.gouv.fr, Mac 2003).

3

Walaupun ianya kurang dipertuturkan berbanding dengan bahasa Cina, bahasa Tamil atau bahasa Inggeris, bahasa Perancis merupakan satu-satu bahasa yang boleh ditemui di manamana benua di bumi ini. (http://www.diplomatie.gouv.fr, Mac 2003). Penguasaan bahasa Perancis merupakan salah satu syarat penting bagi keberhasilan individu, masyarakat dan bangsa dalam menempuh cabaran dalam era globalisasi. Justeru itu, program pengajaran dan pembelajaran bahasa Perancis seharusnya dapat memberikan pengembangan diri seseorang, disebabkan pengajaran bahasa ini diberikan dalam konteks silang budaya dengan muatan ilmu pengetahuan serta budi pekerti

(http://www.puskur.net/inc/sma/BahasaPerancis.pdf, Disember 2004)

1.2.1 Pembelajaran bahasa Perancis di Malaysia

Program pembelajaran bahasa Perancis di Malaysia bertujuan agar para pelajar berkemampuan memahami, berbicara, membaca, dan menulis secara baik. Ianya diajar dengan objektif untuk memungkinkan pelajar berbicara secara sederhana tapi efektif dalam berbagai konteks untuk menyampaikan informasi, fikiran dan perasaan, serta menjalin hubungan sosial dalam bentuk kegiatan yang beragam dan interaktif. Seterusnya ia bermatlamat agar pelajar dapat menafsirkan isi berbagai bentuk teks tulis pendek sederhana dan berupaya berinteraksi dalam bentuk kegiatan yang beragam dan interaktif. (http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/b_perancis/sp_perancis.pdf, Disember 2006)

4

Menurut Tan Sri Abdul Rafie bin Mahat, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, di Kementerian Pelajaran Malaysia di dalam perutusannya untuk sukatan pelajaran bahasa Perancis Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah, Kurikulum bahasa Perancis bertujuan untuk menyepadukan elemen terkini dalam pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid untuk menghadapi cabaran pendidikan dunia tanpa sempadan. Kurikulum bahasa Perancis memberikan penekanan kepada nilai kemanusiaan dan semangat patriotik untuk menyedarkan murid tentang peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. (http://www.ppk.kpm.my, Disember 2006).

Oleh yang demikian, usaha untuk mempertingkatkan lagi pembelajaran bahasa Perancis di Malaysia dilihat sebagai satu usaha murni ke arah memperlengkapkan lagi seseorang individu dengan kemahiran bahasa ketiga selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

1.2.1.1 Pembelajaran bahasa Perancis di peringkat sekolah

Pembelajaran bahasa Perancis di Malaysia sebenarnya bukanlah sesuatu yang baru, di mana ianya mula diperkenalkan di Malaysia untuk kali pertamanya di sesetengah sekolah Inggeris pada masa penjajahan Inggeris di awal kurun ke dua puluh (Choi, 1994). Pada

5

tahun 30-an, pelajaran bahasa Perancis telahpun diajar di Institut Saint John dan Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Pada masa itu, para pelajar dibenarkan mengikuti pelajaran bahasa Perancis dari darjah lima, dan selepas pembelajaran mereka selama tiga ke empat tahun, mereka dibenarkan mengambil peperiksaan Junior Local Examination dan peperiksaan School Certificate Examination yang digubal dan disemak oleh Universiti Cambridge, England (Choi, Bulletin AMPF, Nov & Dis 1994).

Sepertimana bahasa-bahasa asing atau bahasa antarabangsa lain, bahasa Perancis mula diperkenalkan di sekolah-sekolah berasrama penuh di Malaysia secara berperingkat dari tahun 1976 (Lim, Bulletin AMPF, Oktober 1991). Pada tahun 1976, ianya diperkenalkan di Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban dan untuk beberapa tahun kemudiannya, ianya merupakan satu-satunya sekolah yang menawarkan bahasa tersebut sehinggalah tahun 1984. Pada penghujung tahun 1984, pembelajaran bahasa Perancis diajar di lima lagi sekolah berasrama penuh, di mana mata pelajaran diajar secara rasmi. Bahasa-bahasa antarabangsa lain yang ditawarkan di sekolah menengah terpilih di Malaysia pada masa yang sama adalah bahasa Jepun dan bahasa Arab (Welch, Bulletin AMPF, Oktober 1991).

Pelaksanaan bahasa antarabangsa di sekolah menengah kebangsaan iaitu sekolah perdana dan sekolah kawalan terpilih dimulakan pada tahun 2005. Kepentingan bahasa-bahasa antarabangsa tersebut dalam bidang teknologi tinggi dan keperluan negara untuk bersaing dalam dunia global memerlukan penguasaan bahasa-bahasa seperti bahasa Perancis, bahasa Jepun dan bahasa Jerman diajar di sekolah-sekolah di Malaysia. Pengetahuan bahasa antarabangsa bukan sahaja berguna dalam pelbagai bidang, ianya juga dapat menyediakan

6

negara ke arah negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020 (http://www.ppk.kpm.my/, Disember 2006).

Pada tahun 2003, sebanyak 23 dari 40 buah sekolah berasrama penuh menawarkan pelajaran bahasa Perancis sebagai bahasa asing. Jumlah ini meningkat dari tahun ke tahun dan sehingga Mac 2006, terdapat 35 buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran bahasa Perancis, 58 buah sekolah untuk bahasa Jepun dan 16 buah sekolah yang menawarkan mata pelajaran bahasa Jerman. Pusat Perkembangan Kurikulum telah diberikan mandat untuk menjayakan program bahasa-bahasa antarabangsa dengan kerjasama agensi luar seperti Kedutaan Perancis Kuala Lumpur, Yayasan Jepun Kuala Lumpur dan Goethe Institut InterNationes Kuala Lumpur. (http://www.ppk.kpm.my, Disember 2006,

http://www.ambafrance-my.org/article.php3?id_article=206, April 2007 ).

Mengikut Perancangan Kerajaan Malaysia, pengajaran bahasa Perancis di sekolah-sekolah menampakkan peningkatan yang nyata kerana terdapat peningkatan sekolah-sekolah berasrama penuh dan pembukaan mata pelajaran tersebut untuk diajar di sekolah-sekolah menengah biasa. Ianya juga kerana mata pelajaran ini adalah salah satu matapelajaran bahasa asing pilihan untuk Sijil Pelajaran Malaysia (http://www.ambafrance-

my.org/article.php3?id_article=206, April 2007).

Sementara itu, pusat-pusat kebudayaan Perancis di Kuala Lumpur dan di Pulau Pinang melaporkan kenaikan pelajar purata sebanyak 20% setiap tahun. Kerajaan Malaysia tidak ketinggalan mempromosikan bahasa Perancis sebagai bahasa ketiga. Dalam usahanya

7

mempelbagaikan rakan-rakan institusi pengajian tinggi luar negara, Kementerian Pendidikan menyokong secara aktif perkembangan bahasa ketiga di sekolah-sekolah menengah. Selain dari Sekolah Antrabangsa Perancis di Kuala Lumpur (Lyce Franais de Kuala Lumpur), terdapat dua belas lagi sekolah antarabangsa swasta yang menawarkan bahasa ini di mana bilangan pelajarnya secara keseluruhan adalah 1200 orang (http://www.ambafrance-my.org/article.php3?id_article=544, Mac 2006). 1.2.1.2 Pembelajaran bahasa Perancis di peringkat pengajian tinggi

Bagi pembelajaran bahasa Perancis di peringkat pengajian tinggi pula, ianya adalah di antara bahasa-bahasa asing yang semakin meraih populariti, di mana kita dapat melihat jumlah pelajar yang mengambil mata pelajaran ini meningkat setiap tahun. Cheneaux (2004), Atase Linguistik Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur, dalam satu sidang akhbar pada bulan Februari 2007 berkata bahawa : ..."Bahasa Perancis merupakan bahasa Eropah kedua popular di Malaysia selepas bahasa Inggeris. 12 000 orang di Malaysia sedang mempelajari bahasa Perancis, dan 4,400 dari mereka adalah dari institusi pengajian tinggi... (http://www.ambafrancemy.org/article.php3?id_article=544, Mac 2006).

Di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia, bahasa Perancis diajar sebagai satu program pengajian di peringkat ijazah dasar (seperti di Universiti Malaya dan Universiti Putra Malaysia ). Ianya juga merupakan mata pelajaran kemahiran yang ditawarkan di hampir keseluruhan universiti-universiti awam yang lain (http://www.ambafrancemy.org/article.php3?id_article=206, April 2007).

8

Menurut kenyataan dari Kedutaan Perancis di Malaysia, sehingga tahun 2006, terdapat dua universiti awam yang menawarkan bahasa Perancis sebagai satu program sarjana muda. Universiti Malaya telah menawarkan Ijazah Sarjana Muda Bahasa & Linguistik sejak tahun 1998. Universiti Putra Malaysia pula menawarkan program Bacelor Sastera Bahasa Perancis sejak tahun 2001. Institut Perguruan Bahasa-bahasa Antarabangsa IPBA pula menyediakan program persediaan bakal guru bahasa Perancis, yang akan mengikuti ijazah Sarjana Muda Linguistik pengkhususan bahasa Perancis sebagai bahasa asing (Licence de Linguistique mention FLE) di Universit de Besanon, Perancis (http://www.ambafrancemy.org/article.php3?id_article=206, April 2007).

Bahasa Perancis juga diajar sebagai mata pelajaran kemahiran di 21 institusi pengajian tinggi awam dan swasta, yang melibatkan lebih 3,000 pelajar. Seramai 135 guru yang mengajar bahasa berkenaan, yang terdiri dari penutur jati 45 di peringkat menengah, 39 peringkat pengajian tinggi dan 29 lagi di sekolah antarabangsa dan institusi swasta (http://www.ambafrance-my.org/article.php3?id_article=544, Mac 2006).

Di Universiti Putra Malaysia, bahasa Perancis mula diperkenalkan kepada pelajar sebagai mata pelajaran kemahiran 2 kredit pada tahun 1982 di bawah Fakulti Pendidikan. Pada masa ini, ianya ditawarkan di bawah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi kepada pelajar diploma dan sarjana muda sebagai mata pelajaran kemahiran dan juga salah satu pilihan untuk kursus elektif wajib universiti yang membawa 3 kredit. Kursus kemahiran bahasa Perancis ini merangkumi tiga tahap iaitu tahap asas, tahap pertengahan dan tahap lanjutan. Bagi setiap tahap, sebanyak 42 jam pembelajaran diperuntukkan.

9

Bahasa Perancis merupakan salah satu mata pelajaran kemahiran yang mendapat sambutan tinggi dari kalangan para mahasiswa di mana terdapat peningkatan setiap semester dari segi bilangan pelajar. Untuk semester pertama 2006/2007 misalnya, bilangan mahasiswa yang mengambil bahasa Perancis adalah 176 orang, dan bilangan ini meningkat pada semester kedua 2006/2007 kepada 236 orang, walaupun tiada pengambilan pelajar berlaku pada semester tersebut (Jabatan Bahasa Asing, Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, 2007).

Seperti yang dinyatakan di atas, bahasa Perancis juga ditawarkan sebagai suatu program major Bacelor Sastera (Bahasa Perancis), di mana pelajar-pelajar didedahkan kepada mata pelajaran bahasa Perancis dan kesusasteraannya secara intensif selama enam semester. Kurikulum program Bacelor Sastera telah digubal berdasarkan konsep broad-base untuk menghasilkan individu yang seimbang, dan mempunyai ketrampilan yang perkasa dalam pelbagai bahasa; di samping berpengetahuan dan berkemahiran dalam pelbagai disiplin ilmu (http://www.fbmk.upm.edu.my, Mac 2007).

1.3 Pembelajaran gender gramatikal

Di dalam bahasa-bahasa yang terdapatnya sistem gender ini, ianya dikuasai oleh penutur bahasa tersebut secara natural sejak mereka kanak-kanak lagi tanpa memerlukan sebarang penjelasan yang eksplisit. Ini berlainan dengan penutur-penutur yang bahasa ibundanya tidak mempunyai struktur gender gramatikal seperti bahasa Inggeris. Menurut Surridge

10

(1993), apabila mereka mempelajari bahasa-bahasa yang mempunyai struktur gender gramatikal, mereka selalunya menghadapi masalah untuk memahami dan mengaplikasikan gender dalam pertuturan dan penulisan mereka.

11

Gender gramatikal yang diberikan kepada kata nama objek-objek sangat berbeza dari satu bahasa ke bahasa yang lain (Braine et al., 1990 : 65-87) : ... The grammatical genders assigned to names of particular objects vary greatly across languages Walau bagaimanapun, terdapat juga persamaan-persamaan dari segi penyataan (agremen) yang boleh diambilkira. Sebagai contoh, apabila disuruh memberikan pengkelasan gender maskulin atau feminin kepada sesuatu objek atau gambar, penutur bahasa Inggeris dan bahasa Sepanyol lebih cenderung menilai objek-objek bernyawa sebagai feminin dan objek tidak bernyawa sebagai maskulin (Mullen, 1990 : 577). Despite wide variation in the assignment of grammatical genders, speakers across languages do share some common beliefs about the genders of objects. For example, when asked to classify names or pictures of objects into masculine and feminine, English and Spanish speakers tend judge natural objects as feminine and artifacts as masculine Apa yang menarik untuk diperhatikan juga adalah penutur bahasa Inggeris membuat andaian-andaian tertentu tentang atribusi gender gramatikal dan objek, walaupun tidak terdapat suatu sistem gender gramatikal dalam bahasa Inggeris (Sera, Berge & del CastilloPintado, 1994 : 261). Menurut mereka : It is also interesting that English speakers make consistent judgments about the genders of objects, despite the lack of a grammatical gender system in English Sebagai contoh, bahasa Rusia mempunyai struktur gender gramatikal, tetapi apabila penutur yang mempelajari bahasa Rusia diminta memberikan atribusi gender kepada harihari dalam seminggu, mereka telah memberikan hari Isnin, Selasa dan Khamis sebagai

12

maskulin, dan hari Rabu, Jumaat dan Sabtu sebagai feminin, walaupun mereka tidak dapat menjelaskan mengapa mereka memberikan atribusi gender-gender tersebut sedemikian (Jakobson, 1966).

Ini jelas menunjukkan bahawa pembelajaran gender gramatikal adalah sesuatu masalah rentas bahasa dan bukan sahaja tertumpu kepada mereka yang bahasa ibundanya tidak mempunyai ciri gender sahaja. Apa yang berbeza hanyalah sejauhmanakah dalamnya tahap masalah tersebut kepada penutur-penutur yang berlainan bahasa ibundanya.

Pembelajaran gender gramatikal oleh pelajar-pelajar di Malaysia tidak kurang juga menghadapi masalah. Daripada tinjauan awal yang dilakukan oleh pengkaji, isu gender adalah antara isu yang paling ketara dalam pembelajaran bahasa Perancis. Ini adalah kerana di dalam bahasa pertama dan bahasa kedua pelajar-pelajar ini seperti bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil, struktur gender gramatikal seperti mana yang didapati di dalam bahasa Perancis boleh dikatakan mudah. Oleh yang demikian, pengkaji amat berminat untuk mendedahkan isu gender dalam pembelajaran bahasa Perancis di kalangan pelajar-pelajar di bawah jagaan beliau.

Sehinggalah isu gender ini dapat ditangani, maka seseorang yang mempelajari bahasa Perancis tidak akan dapat mencapai kompetens seperti penutur asli bahasa tersebut : mereka akan sentiasa dianggap sebagai orang luar yang mencuba bertutur bahasa Perancis. Isu gender ini pada amnya dipandang remeh dan tidak signifikan oleh seseorang yang mempelajari bahasa Perancis, tetapi jika dilihat dari reaksi penutur asal (francophone),

13

ianya sering kali mengakibatkan ketidakfahaman mesej yang cuba disampaikan (Surridge, 1996 : 2). ... To the learner, a gender error seems like a tiny and unimportant mistake which will not affect the sense of the utterance. Yet, if you look closely at the reactions of Francophones to such mistakes, you will realise that the result is often total incomprehension.... Daripada pemerhatian awal pengkaji, gender gramatikal merupakan salah satu di antara bahagian yang paling kompleks untuk dipelajari dalam pembelajaran bahasa Perancis. Ini adalah kerana bahasa Perancis ini, berlainan dengan bahasa Inggeris, di mana gender gramatikal bukanlah sesuatu aksesori atau pelengkap sesuatu kata nama, tetapi merupakan sebahagian dari kata nama yang tidak boleh dipisahkan tanpa melakukan kesalahan tatabahasa.

1.4 Penyataan masalah pembelajaran bahasa Perancis

Jika diperhatikan di Malaysia, pembelajaran bahasa ini sebagai bahasa asing adalah berlawanan sama sekali dengan pembelajaran bahasa ibunda atau bahasa kedua, di mana seseorang itu menerima input secara berterusan melalui perkembangan dan pendedahan mereka terhadap sosio-budaya masyarakat setempat (Lim, 1991). Pemerolehan bahasa ibunda adalah secara berterusan dan semulajadi, di mana seseorang itu memperolehi bahasa tersebut secara imitasi, percubaan dan kesilapan.

14

Salah satu sebab mengapa pembelajaran bahasa kedua tidaklah begitu memihak kepada seseorang pelajar adalah kerana seseorang itu hanya didedahkan kepada sukatan pelajaran sekolah (Rutherford, 1987). Ianya tidak berlaku secara natural dan pelajar-pelajar tidak mempunyai persekitaran yang sesuai untuk mempraktikkan bahasa tersebut.

Pengalaman pengkaji menunjukkan bahawa hasil pembelajaran bahasa Perancis masih jauh dari tahap yang ingin dicapai. Para pelajar yang telah tamat pengajian bahasa Perancis hingga ke tahap tiga belum mampu menggunakan bahasa ini untuk berkomunikasi. Ketidakmampuan ini boleh dijelaskan dengan pelbagai faktor.

Dalam satu pembentangan kertas kerja pada tahun 2006, Musdalifah berkata bahawa antara faktor yang menyebabkan perkara sedemikian berlaku adalah sebaran bahasa ini boleh dikatakan terhad di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, di mana terdapat institusi-institusi khas yang menyediakan pengajaran bahasa ini. Ini berlainan dengan bahasa-bahasa asing yang lain seperti bahasa Jepun, bahasa Korea dan bahasa Sepanyol, yang sebarannya meluas di Malaysia, terutama melalui rancangan-rancangan televisyen, yang banyak menyediakan rancangan televisyen.

Pembelajaran dan penguasaan bahasa Perancis sebagai bahasa asing adalah sesuatu yang kompleks kerana pelajar-pelajar tidak mempunyai asas dan pendedahan sama sekali terhadap bahasa ini. Ianya tidak seperti pembelajaran bahasa-bahasa lain yang mempunyai persekitarannya tersendiri. Dalam pembentangan kertas kerjanya pada tahun 2006, Musdalifah menyatakan pengajaran bahasa Perancis bukanlah sesuatu yang mudah

15

disebabkan pelajar berada jauh dari persekitaran sebenar dan ketiadaan program-program televisyen dan sebagainya menyebabkan pelajar bergantung sepenuhnya kepada pengajar mereka untuk mendapatkan maklumat dan bahan pembelajaran. Ini ditambah lagi dengan masalah pelajar yang masih menganggap bahasa Perancis sebagai satu mata pelajaran yang janggal untuk mereka fahami berbanding dengan bahasa Jepun yang sungguhpun rumit tetapi lebih dekat dengan pelajar dari segi persekitaran dan sumber informasi.

Dalam menghadapi pembelajaran dan pemahaman bahasa Perancis, para pelajar terpaksa berdepan dengan pelbagai isu berkenaan struktur, sebutan, tatabahasa dan gender gramatikal dalam kemahiran membaca dan menulis bahasa ini. Sehubungan dengan itu, isuisu ini perlulah diketengahkan dan dikaji supaya ianya boleh ditangani dalam usaha menyelesaikan pembelajaran bahasa.

1.5 Objektif kajian

Kajian ini secara amnya akan melihat sejauhmana pemahaman dan aplikasi pelajar-pelajar universiti terhadap gender gramatikal. Secara khususnya, kajian merangkumi objektifobjektif berikut : a. Mengenalpasti dan mengkelaskan permasalahan penggunaan gender gramatikal oleh pelajar yang mengambil matapelajaran bahasa Perancis sebagai bahasa asing b. Mengenalpasti punca permasalahan pembelajaran gender gramatikal oleh pelajar

16

c. d.

Mengkelaskan strategi yang digunakan oleh pelajar dalam pembelajaran gender Mengemukakan cadangan untuk menangani masalah yang berkaitan dengan pembelajaran gender gramatikal dalam bahasa Perancis.

Dari sini, pengkaji akan mengemukakan cadangan untuk menangani masalah yang berkaitan dengan pembelajaran gender gramatikal dalam bahasa Perancis supaya dapat diterapkan ke dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Perancis, bukan sahaja di Institusi Pengajian Awam (IPT), tetapi juga di peringkat sekolah. Pengkaji berharap hasil daripada penyelidikan ini akan dapat melahirkan satu set strategi untuk menangani masalah pembelajaran gender dan sekaligus melicinkan pembelajaran bahasa Perancis di kalangan pelajar-pelajar di Malaysia.

1.6 Kepentingan kajian

Sepertimana yang diujarkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (1988), penguasaan dua bahasa adalah satu keperluan penting di zaman yang serba moden ini. Seseorang yang terpelajar mestilah fasih dalam sekurang-kurangnya dua bahasa. Terjemahan tidak dapat dibuat jika tidak ada yang fasih dalam dua bahasa. Dengan itu kita tidak akan dapat mempelajari ilmu yang diterokai dalam bahasa lain.

Demikian juga perhubungan dengan negara asing. Adalah amat sukar bagi kita untuk menjalinkan sesuatu hubungan antara satu sama lain jika kita tidak memahami bahasa-

17

bahasa yang mereka gunakan sehingga jurubahasa mereka terpaksa menterjemahkan bahasa mereka ke bahasa kita. Sama ada alih bahasa tersebut adalah tepat atau tidak, kita tidak mungkin akan tahu. Sesuatu perjanjian atau treaty tidak dapat dibuat kerana mereka tidak mungkin memahami bahasa kita dan kita pula tidak memahami bahasa mereka. Hari ini kita masih beruntung kerana masih mempunyai beberapa orang yang fasih dalam bahasa asing dan masalah ini belum ketara. Tetapi tanda-tanda yang ini akan berlaku sudah pun ada.

Justeru itu, hasil kajian ini adalah penting dalam mengupas isu pembelajaran gender gramatikal, untuk kita dapat sama-sama memahami dimanakah masalah tatabahasa ini timbul, dan bagaimana gender gramatikal ini diolah oleh seseorang pelajar yang mempelajari bahasa Perancis ini. Dapatan daripada kajian yang dijalankan seterusnya akan berupaya membantu para pengajar untuk menyusun rancangan pengajaran, penyediaan kaedah dan strategi pembelajaran yang mana dapat diharapkan dapat memperbaiki prestasi pemahaman dan penguasaan gender gramatikal di kalangan pelajar.

Pengkaji juga berharap agar dengan adanya kajian ini, ianya dapat mewujudkan corak pembelajaran bahasa Perancis yang lebih berkesan dan yang dipercayai akan dapat membantu para pelajar untuk menguasai bahasa Perancis dengan lebih berkesan. Seterusnya, adalah diharapkan kajian ini akan membantu pihak universiti dan pihak-pihak lain untuk menaikkan mutu pembelajaran para pelajar dengan mengenalpasti keperluan dan penekanan yang perlu diketengahkan dalam pembelajaran gender dalam bahasa.

18

Kajian terhadap gender dalam pembelajaran bahasa Perancis adalah satu bidang yang belum diterokai. Oleh yang demikian, pengkaji berharap hasil daripada dapatan kajian ini akan menjadi rujukan dan pemangkin kepada guru-guru bahasa Perancis dan pengkajipengkaji lain yang berminat untuk melakukan kajian-kajian yang selanjutnya terhadap tatabahasa bahasa Perancis.

1.7 Limitasi kajian

Kajian ini dijalankan ke atas pelajar-pelajar Universiti Putra Malaysia. Sampel terdiri daripada para pelajar yang sedang mengambil bahasa Perancis Tahap Dua (kemahiran peringkat pertengahan). Hanya sejumlah 60 dari 70 orang pelajar telah dipilih sebagai sampel kajian. Sampel kajian merupakan pelajar-pelajar berusia dalam lingkungan umur 19 hingga 24 tahun.

Kajian ini tidak mengambil kira gender dan bahasa ibunda responden dalam analisis yang dilakukan. Ini adalah kerana perbezaan peratusan kedua-dua gender agak besar dan jumlah sampel yang agak kecil untuk pengkaji mengambil kira pemerolehan gender gramatikal dari aspek kefahaman dan aplikasi mengikut pecahan gender responden. Pengkaji juga tidak mengambil kira etnik responden juga disebabkan oleh perbezaan peratusan yang besar, tetapi hanya dari sudut penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris sebagai bahasa dominan dalam pembelajaran responden secara formal semasa di universiti.

19

Kertas soalan kajian ini juga diolahkan dengan hanya merangkumi sukatan pelajaran yang telah diajar kepada responden Tahap Dua hingga ke minggu ke dua belas pembelajaran mereka. Pengkaji tidak melihat aplikasi gender ini dari segi ayat-ayat pasif kerana ianya tiada di dalam sukatan pelajaran kemahiran Tahap Dua, justeru itu masih tidak diajar kepada responden sehinggalah mereka ke Tahap Tiga. Pengkaji juga tidak melihat aplikasi gender gramatikal ini untuk ayat-ayat langsung (COD) dan ayat-ayat tidak langsung (COI) disebabkan sukatan tersebut hanya diajar pada minggu ke tiga belas dan minggu ke empat belas pembelajaran Tahap Dua mereka.

1.8 Definisi kata kekunci

Istilah berikut adalah istilah operasional beserta definisi yang penting dalam kajian ini.

1.8.1 Bahasa ibunda

Trask (1998 : 145) mendefinisikan bahasa ibunda sebagai bahasa pertama seseorang individu, iaitu bahasa yang dipelajari seseorang pada peringkat kanak-kanak. Menurut Trask, adalah tidak mustahil bagi seseorang itu mempunyai lebih dari satu bahasa ibunda. Kamus Dewan (2005:106) pula mendefinisikan bahasa ibunda sebagai bahasa sendiri yang dipakai sejak kecil.

20

1.8.2 Bahasa kedua (B2)

Menurut Ensiklopedia Wikipedia (dari halaman web http://en.wikipedia.org), bahasa kedua (B2) didefinikan sebagai sebarang bahasa yang dipelajari selepas bahasa pertama atau bahasa ibunda (B1). Trask (1998 : 195) mendefinisikan bahasa kedua seperti berikut : A language which you learn after puberty, which is not your mother tongue

1.8.3 Bahasa asing

Bahasa didefinisikan oleh Kamus Dewan (2005:106) sebagai sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara seorang individu dengan individu yang lain). Asing pula didefinisikan sebagai sesuatu yang berasal dari daerah negeri lain, bukan tempatan bukan anak negeri, atau sesuatu yang tidak seperti yang biasa terdapat, dilakukan atau diamalkan (Kamus Dewan, 2005:84).

Ensiklopedia Wikipedia (dari halaman web http://en.wikipedia.org), menyatakan bahawa bahasa asing adalah bahasa yang dipertuturkan orang di tempat tertentu (sebagai contoh bahasa Inggeris merupakan bahasa asing di Jepun). Ianya juga merupakan bahasa yang tidak dipertuturkan dalam negara seseorang penutur bahasa tersebut (sebagai contoh, penutur bahasa Inggeris di negara Jepun boleh mengatakan bahawa bahasa Jepun adalah bahasa asing beliau).

21

Dengan yang demikian, pengkaji mendefinisikan bahasa asing sebagai suatu alat perhubungan yang bertujuan untuk menyampaikan maksud atau mesej dari daerah luar yang tidak biasa diamalkan atau digunakan di daerah tempatan.

1.8.4 Gender

Trask (1998 : 93) memberikan dua definisi gender. Definisi pertama gender adalah sebagai satu fenomena gramatikal yang terdapat dalam sesetengah bahasa, di mana kata nama di dalam bahasa tersebut dibahagikan kepada dua pengkelasan atau lebih, dan memerlukan penyesuaian ke atas perkataaan-perkataan lain yang berkaitan secara gramatikal dengannya: contohnya preposisi, kata kerja dan kata sifat. Definisi kedua pula adalah sebagai jantina biologi seseorang. Corbett (1991 : 1) menyatakan : To understand what linguists mean by 'gender', a good starting point is Hockett's definition: 'Genders are classes of nouns reflected in the behavior of associated words (1958: 231). A language may have two or more such classes of genders

1.8.5 Gender gramatikal

Bagi Surridge (1996), gender gramatikal adalah satu klasifikasi kata nama (noun) kepada maskulin, feminin atau neutral. Oleh kerana di dalam bahasa Perancis tidak terdapat gender neutral, kata namanya diklasifikasikan hanya kepada maskulin dan feminin. Crystal (1985 : 133) pula menyatakan ianya yang terdiri dari dua atau tiga kelas. Menurut beliau : ... Grammatical gender is a noun class system, composed of two or three classes, whose nouns that have human male and female referents tend to be in separate classes.

22

Definisi ini disokong oleh Corbett (1991 : 4) yang menyatakan : While nouns may be classified in various ways, only one type of classification counts as a gender system; it is one which is reflected beyond the nouns themselves in modification required of 'associated words

1.8.6 Kesilapan

Menurut Corder (1981 : 10), kesilapan merupakan suatu variasi sistem yang dilakukan oleh pembelajar yang belum mahir dalam peraturan-peraturan bahasa yang dipelajari beliau.... A mistake is a random performance slip, and can be really self-corrected, whereas an error is a systematic deviation made by learners who have not yet mastered the rules of the target language

Menurut beliau lagi, kesilapan boleh berlaku disebabkan oleh perubahan struktur dengan cara spesifik dan sistematik. Antara kesilapan-kesilapan yang dilakukan oleh seseorang yang mempelajari sesuatu bahasa adalah kesilapan pengurangan, kesilapan penambahan, kesilapan pemilihan, kesilapan penyusunan dan kesilapan generalisasi melampau.

1.8.6.1 Kesilapan pengurangan

Kasper & Kellerman (1997 : 1-13) menyatakan bahawa kesilapan pengurangan (omission error) dilakukan oleh seseorang pada awal tahap pembelajarannya yang cenderung meninggalkan perkataan berfungsi (function words) berbanding dengan perkataan yang membawa maksud (content words). Learners in the early stages of learning tend to omit function words rather than content words. More advanced learners tend to be aware of their ignorance of content words and rather than omit one

23

Untuk kajian ini, pengkaji menyifatkan kesilapan pengurangan sebagai kesilapan meninggalkan atau tidak mengatribusikan sesuatu elemen bergender gramatikal yang dikaitkan dengan kata nama yang digunakan.

1.8.6.2 Kesilapan penambahan

Kesilapan penambahan, menurut Dulay, Burt & Krashen (1982 : 156) adalah hasil dari penggunaan secara berleluasa peraturan-peraturan tertentu (result of all-too-faithful use of certain rules) dan mencadangkan ianya dibahagikan kepada dua kategori. Kategori pertama adalah regularisasi iaitu kesilapan terlepas pandang pengecualian dan juga kesilapan mengaplikasikan peraturan di domain di mana peraturan tersebut tidak sepatutnya diaplikasikan. Contoh yang diberikan oleh mereka adalah perkataan buyed untuk menyatakan bought. Kategori kedua melibatkan failure to delete certain items which are required in some linguistic constructions but not in others iaitu kegagalan mengenalpasti pembinaan item linguistik di tempat yang sepatutnya digunakan.

Bagi pengkaji, kesilapan penambahan melibatkan sebarang kemasukan elemen yang tidak perlu kepada kata nama, di mana seseorang itu mengeneralisasikan peraturan-peraturan atribusi gender. Ini dilakukan dengan menambah elemen tertentu yang dihubungkan kepada kata nama yang digunakan.

1.8.6.3 Kesilapan penyusunan

24

Menurut Dulay, Burt & Krashen (1982 : 162), kesilapan ini melibatkan penyusunan perkataan yang digunakan dalam ayat mengikut susunan yang salah. The learners can select the right forms to use in the right context, but they arrange them in the wrong order Dalam kajian ini, pengkaji mendefinisikan kesilapan penyusunan sebagai kesilapan urutan kata di mana ianya melibatkan penyusunan salah urutan frasa nama.

1.8.6.4 Kesilapan pemilihan

Kesilapan pemilihan bagi James (1998 : 144) adalah kesilapan penggunaan perkataan sementara bagi Dulay, Burt & Krashen (1982 : 156) ianya merupakan the use of wrong form of a structure or morpheme. Bagi pengkaji, kesilapan pemilihan melibatkan kesilapan mengatribusikan gender yang salah pada kata sifat, kata milik, preposisi, kata sendi dan artikel yang dikaitkan dengan kata nama yang digunakan.

25

BAB 2 SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan

Manusia berkomunikasi antara satu sama lain dengan menggunakan pelbagai cara yang berbeza. Yang paling banyak digunakan adalah bahasa lisan, isyarat tangan dan penulisan. Kepelbagaian cara dan bentuk komunikasi ini menyebabkan terdapatnya jurang pemahaman di antara satu bahasa dan satu bahasa yang lain, dan jurang ini diperluaskan lagi dengan adanya perbezaan budaya antara masyarakat setempat dan di persekitaran yang berbeza.

Namun yang demikian, di sebalik perbezaan-perbezaan tersebut, penutur-penutur bahasa di dunia ini mempamerkan keperluan berkomunikasi terhadap sesuatu topik yang hampir sama. Ini menyebabkan para pengkaji berpendapat bahawa penutur-penutur bahasa yang berlainan mempunyai kelainan cara berkomunikasi tetapi tidak pada cara mereka berfikir. Merentasi jurang perbezaan struktur bahasa, kita akan dapat melihat pemikiran manusia yang universal (Fodor, 1975 : 64). So one cannot learn a first language unless one already has a system capable of representing the predicates in that language and their extensions. And, on pain of circularity, that system cannot be the language that is being learned. But first languages are learned. Hence, at least some cognitive operations are carried out in languages other than natural languages

26

Di dalam kajian ini, pengkaji akan membincangkan tentang kajian-kajian yang telah dilakukan oleh para linguis berkenaan pemerolehan bahasa kedua secara umum dan menjuruskan sorotan kajian bertulis tentang kajian-kajian berkaitan pemerolehan gender gramatikal. Pengkaji juga akan mengulas kajian-kajian lepas tentang pengkaedahan analisis kesilapan oleh para linguis di mana pengkaedahan ini akan digunakan oleh pengkaji untuk analisis kajian di Bab 4.

2.1.1 Pemerolehan bahasa kedua

Pemerolehan bahasa kedua (PB2) merupakan suatu proses di mana seseorang mempelajari sesuatu bahasa yang selain dari bahasa ibunda mereka (Trask, 1998). Istilah bahasa kedua digunakan untuk menjelaskan sebarang bahasa yang pemerolehannya bermula selepas zaman kanak-kanak. Istilah pemerolehan bahasa ini mula digunakan secara meluas apabila Krashen (1982 : 69) mengkelaskannya sebagai bertentangan kepada pembelajaran formal dan sesuatu yang tidak konstruktif.

The acquisition of a language is a natural process; whereas learning a language is a conscious one. In the former, the student needs to partake in natural communicative situations. In the latter, error correction is present, as is the study of grammatical rules isolated from natural language. Pembelajaran dan pemerolehan bahasa kedua merupakan salah satu di antara topik-topik hangat yang sering diperbincangkan oleh para linguis. Sabourin, Stowe dan de Haan (2006) menyifatkan pemerolehan bahasa kedua (B2) seseorang dewasa adalah berbeza dari

27

pemerolehan bahasa pertama (B1) dalam pelbagai cara. Salah satunya adalah pencapaian linguistik yang lengkap di antara penutur B1 dan B2.

Menurut mereka, jarang sekali terdapat penutur dewasa B2 yang dapat menguasai kemahiran bahasa yang dipelajari secara keseluruhan dan lengkap seperti penutur asli, tidak kira berapa banyakpun pendedahan yang diberikan kepada bahasa tersebut atau input yang didapatinya daripada bahasa tersebut. Dari segi perlakuan, seseorang penutur B2 mungkin akan berkelakuan seperti penutur asli dari satu segi, tetapi dari segi yang lain, mereka tidak akan mencapai kemahiran yang setanding dengan penutur-penutur asli. Melalui pembelajaran secara deskriptif sesuatu bahasa, pengkaji-pengkaji PB2 cuba memahami secara lebih mendalam dengan menggunapakai perspektif interlanguage, yang

mengeksplorasikan bahasa yang dipelajari sebagai suatu sistem linguistik, atau mereka boleh mengkaji bagaimana seseorang membuat perbandingan dengan bahasa asal.

Istilah bahasa antara (interlanguage) diperkenalkan oleh Selinker (1972 : 209) yang memberikan satu hipotesis teoritikal dalam usaha menghuraikan fenomena bahasa antara dalam pemerolehan bahasa kedua. Selinker menggunakan istilah bahasa antara untuk menerangkan peringkat peralihan daripada bahasa pertama kepada bahasa kedua.

...It is a theoretically based assumption that the L2 learner passes through a continuum that reflects a psycholinguistic interaction between the learners mother tongue and the target language

28

Menurut Selinker (1972), bahasa antara pelajar bahasa kedua bersifat dinamis dan tidak dapat dihuraikan dari segi bahasa pertama atau bahasa kedua walaupun pelajar dipengaruhi oleh kedua-dua bahasa tersebut. Bahasa antara merupakan bahasa yang lahir pada peringkat-peringkat peralihan antara bahasa pertama dengan bahasa kedua dan sentiasa berubah-ubah semasa pemerolehan bahasa kedua.

Oleh yang demikian, bahasa antara bersifat sementara dan dibentuk oleh pelajar bahasa kedua semasa menuju ke arah penguasaan bahasa sasaran. Istilah bahasa antara membawa dua makna. Pertama, sistem tatabahasa pelajar adalah pada satu tahap dalam satu masa. Kedua, sistem tatabahasa adalah suatu sistem yang kunci-mengunci antara satu sama lain sebagai tanda perkembangan bahasa pelajar yang telah melewati batas waktu. Bahasa antara dianggap berlainan daripada bahasa pertama dan bahasa kedua pelajar.

Dengan ini, dalam pada seseorang itu mempelajari bahasa kedua (B2), beliau akan melakukan kesilapan-kesilapan yang dianggap sebagai sebahagian dari satu proses pembelajaran. Dulay, Burt & Krashen (1982) menyatakan bahawa sebahagian besar kesilapan yang dilakukan oleh mereka yang mempelajari B2 adalah lebih khusus kepada bahasa itu sendiri daripada berpunca dari gangguan dari bahasa ibunda.

Kajian permasalahan bahasa Perancis sebagai di kalangan pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi di Hong Kong telah dijalankan oleh Leung (1998) yang menganalisa pemerolehan bahasa Perancis sebagai bahasa ketiga di kalangan pelajar-pelajar universiti yang sudah berkemahiran dalam dua bahasa yang lain. Ianya cuba mengolahkan beberapa

29

isu dalam pemerolehan bahasa kedua untuk diadaptasikannya dalam pemerolehan bahasa ketiga. Dalam kajian beliau, satu aspek penting yang telah dititikberatkan ialah pemerolehan menggunakan bahasa antara (inter-language). Kajiannya melibatkan pelajarpelajar yang memperolehi kemahiran berbahasa Inggeris (bukanlah penutur asal) yang mempunyai bahasa antara mereka tersendiri dan bahasa antara ini kemudiaannya dipindahkan dalam pembelajaran bahasa Perancis sebagai bahasa ketiga. Dapatan kajian ini menarik perhatian pengkaji kerana daripada pemerhatian awal, ianya mungkin adalah salah satu strategi yang digunakan oleh pelajar dalam kajian pengkaji dalam pemerolehan gender gramatikal bahasa Perancis.

2.1.2 Analisis kontrastif

Analisis kontrastif merupakan salah satu analisis yang digunakan dalam kajian-kajian mengenai pemerolehan bahasa kedua (PB2), di mana ianya digunakan secara meluas dalam kajian-kajian berkenaan dalam tahun 1960-an dan di awal tahun 70-an. Analisis kontrastif ini merupakan suatu cara untuk menerangkan mengapa terdapatnya fitur-fitur di dalam bahasa yang dipelajari lebih susah untuk diperolehi daripada lain-lainnya

(http://en.wikipedia.org/wiki/Contrastive_analysis, Disember 2006). Kesukaran untuk memahirkan diri dalam sesetengah struktur bahasa kedua bergantung kepada perbezaan di antara bahasa ibunda (B1) seseorang dan bahasa yang cuba dipelajari.

Menurut Beal (1994), latarbelakang budaya dan kepelbagaian aspek nilai yang utama mewarnai kebolehan linguistik seseorang penutur. Lado (1957 : 2) berpendapat bahawa

30

elemen-elemen yang menyerupai bahasa ibunda kepada bahasa-bahasa yang dipelajari oleh akan memudahkan pembelajarannya.

... Those elements which are similar to [the learners] native language will be simple for him, and those elements that are different will be difficult Elemen-elemen yang berlainan pula akan memberikan kesulitan dan pembelajaran seseorang. Semakin banyak perbezaan di antara bahasa ibunda dan bahasa yang dipelajari, maka lebih banyaklah kesilapan akan dilakukan.

Individuals tend to transfer the forms and meanings, and the distribution of forms and meanings of their native language and culture to the foreign language and culture (Lado, 1957 : 2) Analisis kontrastif ini memberikan penekanan kepada ketidaksamaan pembelajaran, kerana teori ini mengandaikan bahawa persamaan di antara dua bahasa akan menyenangkan pembelajaran bahasa yang ingin dikuasai oleh penutur. Fries (1945 : 9) menganggap bahawa bahan-bahan pengajaran yang berkesan adalah yang berdasarkan penerangan secara saintifik bahasa yang ingin dipelajari, yang dibandingkan dengan teliti dengan bahasa ibunda seseorang itu yang selari dengannya.

... The most efficient materials are those that are based upon a scientific description of the language to be learned, carefully compared with a parallel description of the native language of the learner Di sini analisis kontrastif mengandaikan bahawa B1 merupakan punca utama kesalahan bahasa dalam B2, dan kesalahan-kesalahan tersebut boleh diterangkan dengan melihat

31

perbezaan yang ada di antara B1 dan B2. Ianya juga mengandaikan kesalahan-kesalahan dalam bahasa akan lebih besar dengan adanya jurang perbezaan yang besar di antara bahasa yang ingin dipelajari dan bahasa ibunda seseorang.

Analisis kontrastif terbahagi kepada dua versi iaitu versi mendalam (strong version) dan versi lemah (weak version). Untuk versi mendalam, ianya bertujuan untuk meramalkan masalah-masalah yang akan ditempuhi oleh penutur B2 mempelajari B1, dan membina bahan bacaan yang boleh membantu beliau mempelajari bahasa tersebut (Wardhaugh, 1974: 121). It is possible to contrast the system of one language (the grammar, phonology and lexicon) with the system of a second language in order to predict the difficulties which a speaker of the second language will have in learning the first language, and to construct reading materials to help her learn the language. Untuk versi lemah pula, ianya adalah untuk ahli linguis memerhatikan masalah-masalah yang ada dalam pembelajaran bahasa kedua.

The linguist uses the best linguistic knowledge available to him in order to account for the observed difficulties in second-language learning( Wardhaugh, 1974: 181) Pengkaji menggunakan analisis ini dalam versi lemah untuk melihat dan memahami persamaan di antara bahasa pertama dan kedua respondan dengan bahasa Perancis untuk penutur yang bahasa ibundanya adalah bahasa Tamil, bahasa Cina, bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.

32

2.1.3 Analisis kesilapan

Satu lagi pendekatan yang digunakan dalam kajian-kajian mengenai pemerolehan bahasa kedua adalah analisis kesilapan. Bidang analisis kesilapan dalam pemerolehan bahasa kedua ini dipelopori oleh Corder (1967). Ianya merupakan suatu alternatif kepada analisis kontrastif, iaitu suatu pendekatan yang banyak dipengaruhi oleh fahaman behaviorisme, di mana ahli linguis cuba menggunakan perbezaan formal di antara bahasa pertama (B1) dan bahasa kedua (B2) seseorang untuk mentafsirkan kesilapan yang dilakukan. Analisis kesilapan menunjukkan bahawa analisis kontrastif tidak berupaya membuat andaian sebahagian besar kesilapan, biarpun aspek-aspeknya yang bernilai telah diterapkan dalam kajian pemindahan bahasa.

Menurut Corder (1981), kesilapan adalah suatu elemen yang penting sebagai bukti untuk mengukur pengetahuan dan kemahiran bahasa seseorang. Pengajaran bahasa akan menjadi lebih berkesan jika seseorang tahu bahawa strategi pembelajaran seseorang pelajar yang boleh membantu proses pengajaran bahasa tersebut (Corder, 1967 : 161-167) :

The paradigm shift in linguistics from a behaviouristic view of language to a more rationalistic view and claims that in language teaching one noticeable effect is to shift the emphasis away from teaching towards a study of learning

33

Beliau menjelaskan lagi bahawa kesilapan yang dilakukan oleh para pelajar adalah suatu fakta yang penting dan relevan. Ianya tidak hanya mengimplikasikan penemuan dan mengenalpasti kesalahan tersebut, tetapi juga menjadi penerangan kepada punca-punca psikologikal yang menyebabkan kesilapan tersebut dilakukan.

Menurut Clark (1985), kesilapan merupakan istilah yang digunakan secara rawak dalam analisis yang mendapati satu kelainan. Kesilapan juga merupakan kesan kepada kesemua faktor yang selain daripada yang telah secara khususnya dirumuskan dalam sesuatu analisis.

James (1998) pula menyifatkan sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh seseorang pelajar menggambarkan tahap pengetahuan yang ada pada pelajar tersebut jika ianya tidak boleh diperbaiki dengan cara automatik oleh pelajar tersebut. Beliau menekankan bahawa kesilapan hanya boleh diperbetulkan jika suatu input yang relevan diberikan dalam proses pembelajaran itu diterima oleh pelajar. Justeru itu, sesuatu kesilapan memerlukan pembelajaran yang berkaitan mengenainya sebelum sebarang pembetulan boleh dilakukan. James juga menekankan bahawa kesilapan hanya dilakukan oleh mereka yang mempelajari sesuatu bahasa, bukan oleh penutur asal.

Oleh yang demikian, analisis kesilapan adalah suatu pendekatan dalam mengenalpasti dan membezakan masalah-masalah yang dihadapi dalam sesuatu pembelajaran. Ianya memerlukan pengumpulan kesilapan yang sistematik, yang dianalisa dan dikelaskan dengan tujuan untuk memahami kesukaran sesuatu pembelajaran.

34

Ahli linguis seperti Richards (1971) dan Corder (1974) menyatakan bahawa analisis kesilapan adalah suatu pendekatan yang berkesan dalam menghuraikan proses pembelajaran bahasa kedua. Corder (1967 : 166) telah membuat perbezaan di antara kesilapan (error), yang merupakan sesuatu yang sistematik, dengan kesalahan (mistake), yang merupakan sebaliknya.

... Mistakes are adventitious, random errors in performance due to memory lapses or physical state; but errors, on the other hand, are systematic and reflect a defect in knowledge (i.e., linguistic competence). Kesilapan yang dilakukan yang boleh dihubungkaitkan dengan gangguan bahasa ibunda B1 boleh dikelaskan sebagai interlingual, dan kesilapan yang dilakukan oleh mereka yang mempelajari bahasa kedua tanpa interferens B1 dikelaskan sebagai intralingual. Selinker (1972) telah mengkelaskan lima punca utama yang menjadi punca kesilapan kedua-dua intralingual dan interlingual, iaitu : a. pemindahan bahasa yang berpunca dari gangguan bahasa ibunda b. pemindahan latihan yang berpunca dari elemen-elemen pengajaran c. strategi pembelajaran bahasa kedua pendekatan seseorang kepada alat-alat bantuan pembelajaran. d. Keperluan mempelajari bahasa kedua pada tahap yang lebih tinggi daripada tahap kecekapan yang sedia ada e. Generalisasi melampau tentang bahan-bahan linguistik

35

Intralingual atau juga dikenali sebagai kesilapan developmental memberikan suatu indikasi tentang ketidakupayaan seseorang pelajar dalam mengaplikasikan peraturan-peraturan bahasa yang dipelajarinya. Ianya juga memberikan maklumbalas tentang pembelajaran yang tidak sempurna atau tidak lengkap (Richards, 1971).

Dulay, Burt & Krashen (1982) pula menyatakan bahawa terdapat suatu proses umum yang menerangkan pemerolehan bahasa kedua, dengan tidak mengambilkira faktor tempoh yang diambil untuk menguasai bahasa tersebut. Mereka berpendapat yang pada amnya, mereka yang mempelajari sesuatu bahasa kedua akan memperolehi struktur yang mudah terlebih dahulu sebelum mereka berjaya memperolehi satu struktur yang lebih kompleks.

Dulay, Burt & Krashen (1982) mengkelaskan kesilapan yang dilakukan ini kepada empat kategori iaitu kesilapan pengurangan (omission), kesilapan penambahan (addition), kesilapan pemilihan (selection) dan kesilapan penyusunan (ordering). Pengkelasan ini lebih dikenali sebagai taksonomi kesilapan oleh Dulay, Burt & Krashen.

Kesilapan pengurangan merupakan kesilapan yang merujuk kepada kesilapan di mana elemen-elemen yang penting untuk menghasilkan struktur yang sempurna telah diabaikan. Dalam konteks gender gramatikal, ianya boleh dirujuk kepada contoh seperti berikut : (contoh pengkaji sendiri)

La joli femme parle de son chien. Terjemahan: Perempuan cantik itu bercakap tentang anjingnya.

36

Di sini kesalahan pengurangan (omission) yang dilakukan adalah pada kata sifat joli yang merujuk kepada gender subjek yang dinyatakan iaitu la femme. Kata sifat yang sepatutnya digunakan adalah jolie untuk untuk dipadankan dengan subjek la femme tersebut.

Kesilapan pengurangan (omission) ini dikelaskan oleh Richards (1971) sebagai aplikasi yang tidak lengkap tentang peraturan-peraturan struktur atau tatabahasa yang terdapat dalam sesuatu bahasa. Ketidakpekaan kepada peraturan struktur adalah peraturan yang sama diaplikasi dalam kesemua konteks. Contoh : (contoh pengkaji sendiri)

Il porte des chaussures noir et un pantalon bleu. Terjemahan: Dia memakai kasut hitam dan seluar biru.

Kesilapan ini mungkin disebabkan oleh pembelajaran secara pintas tentang peraturan tatabahasa. Ianya juga mungkin disebabkan ketidakpekaan tentang peraturan-peraturan yang khas dalam tatabahasa bahasa yang dipelajari.

Kesilapan penambahan (addition) pula adalah berpunca dari penggunaan peraturan tertentu secara berleluasa (Dulay, Burt & Krashen, 1982 : 156) dan penambahan elemen-elemen yang tidak diperlukan atau tidak betul (Yap, 1973 : 277). Bagi Richards (1971), ianya merujuk kepada kesilapan intralingual berlaku dalam struktur bahasa kedua (B2) itu sendiri dan ianya akan diserlahkan melalui strategi pengajaran bahasa tersebut. Beliau mengkelaskan kesilapan penambahan ini generalisasi melampau (overgeneralisation). Errors can be categorised into interlingual errors and intralingual errors. Intralingual errors include: overgeneralisation, simplification, communication-based and induced errors (Richards, 1971 : 174)

37

Generalisasi melampau (overgeneralisation) merujuk kepada percubaan para pelajar yang mengandaikan bahawa tatabahasa bahasa yang dipelajari adalah sama seperti bahasa asal penutur (Richards, 1971). Dalam kes gender gramatikal dalam bahasa Perancis contohnya, pelajar membuat kesalahan seperti berikut : (contoh pengkaji sendiri)

Il parle de ses soeurs jumeaux*. (Dia bercakap mengenai kakak kembarnya.)

Generalisasi melampau ini kemungkinan besarnya datang dari gangguan B1 penutur yang hanya mempunyai satu bentuk untuk menyatakan perkataan kembar dalam kedua-dua gender feminin dan maskulin. Ayat sebetulnya adalah seperti berikut : Il parle de ses soeurs jumelles (contoh pengkaji sendiri). Jumelles adalah bentuk yang betul untuk merujuk kepada gender subjek yang diperkatakan.

Kesilapan pemilihan dikelaskan oleh James (1998) sebagai formasi yang tidak bertepatan. Bagi Dulay, Burt & Krashen (1982), ianya merupakan penggunakan morfem yang salah. Richards (1971) pula berpendapat bahawa ianya merupakan suatu ketidakpekaan penutur B2 kepada peraturan struktur. Kesilapan pemilihan (menurut Dulay, Burt & Krashen) atau aplikasi yang tidak lengkap (menurut Richards) ini lazimnya dilakukan untuk membolehkan seseorang meneruskan komunikasi mereka dengan tidak mempelajari peraturan-peraturan asas. Ianya adalah berlawanan dengan generalisasi melampau. Dalam kata lain, strategi permudahan diaplikasikan.

38

Contohnya adalah seperti berikut : Cest une jolie femme blond (terjemahan dalam bahasa Melayu : Dia adalah seorang wanita berambut perang yang cantik) yang sepatutnya adalah Cest une jolie femme blonde. (contoh pengkaji sendiri)

Dulay, Burt & Krashen (1982 : 162) menyatakan bahawa kesilapan penyusunan (ordering) adalah suatu kesilapan yang juga disebabkan oleh ketidakpekaan kepada peraturan struktur: ... Word for word translations of native language surface structure Ianya mungkin disebabkan para penutur yang mempelajari bahasa asing sudah terbiasa dengan corak penyusunan ayat dalam bahasa ibunda atau bahasa kedua masing-masing, dan mereka secara spontan mengaplikasikan corak tersebut di dalam bahasa asing yang mereka pelajari. Misalnya, penyusunan kata kerja di dalam bahasa Perancis adalah sama dengan penyusunan kata kerja dalam bahasa Inggeris.

Sebagai contoh, ayat Cest une femme blonde dalam bahasa Perancis ditulis sebagai Cest une blonde femme. Ini menunjukkan bahawa para penutur sudah terbiasa dengan struktur ayat di dalam bahasa Inggeris yang meletakkan kata sifat sebelum kata nama (dalam bahasa Inggeris, ayatnya adalah Its a blond woman). Ini juga adalah kerana terdapat kata sifat dalam bahasa Perancis seperti belle, beau dan grand yang diletakkan sebelum kata nama seperti struktur dalam bahasa Inggeris. Analisis kesilapan, atau lebih khususnya taksonomi kesilapan oleh Dulay, Burt & Krashen ini akan digunakan oleh pengkaji sebagai satu

39

instrumen untuk mengolah masalah pemerolehan gender gramatikal bahasa Perancis di dalam kajiannya.

2.2 Gender gramatikal

Gender merupakan suatu fenomena gramatikal yang boleh ditemui di dalam sesetengah bahasa. Secara umumnya, gender memberikan atribusi kata nama noun kepada dua atau lebih kelas yang memerlukan jenis penyataan atau agremen ke atas perkataan-perkataan yang berhubung secara gramatikal dengannya (Trask, 1997).

Gender merupakan tatabahasa dalam sesetengah bahasa, dan sesetengah perkataan dan bentuk ditujukan kepada gender yang tertentu. Contohnya, dalam bahasa Perancis gender dibahagikan kepada maskulin dan feminin; dalam bahasa Jerman pula ianya feminin, maskulin dan neuter, sementara dalam bahasa Belanda, ianya terbahagi kepada gender biasa (common) dan neuter. Ianya suatu peraturan bagi sesuatu bahasa yang memberi penjelasan bagaimana perkataan-perkataan di dalam bahasa tersebut dibentuk untuk menjadi suatu ayat (Australia Learners Dictionnary, 1997).

Sebagai contoh, di dalam bahasa Perancis, setiap kata nama adalah dikelaskan kepada maskulin atau feminin untuk tujuan gramatikal. Bahasa Inggeris lama mempunyai tiga gender iaitu maskulin, feminin dan neuter seperti kebanyakan bahasa Indo-Eropah yang lain. Selepas tahun 1066, gender gramatikal dalam Bahasa Inggeris telah hilang, dari tiga atau empat bentuk gender gramatikal bagi kata nama dalam bentuk singular kepada hanya

40

dua, serta untuk menandakan kata nama jamak, akhiran s telah digunapakai (http://encarta.msn.com/encyclopedia_761564210/English_Language.html, 2006). At the beginning of the Middle English period, which dates from the Norman Conquest of 1066, the language was still quite highly inflectional. By the end of the period the relationship between the elements of the sentence depended basically on word order. As early as 1200 the three or four grammatical case forms of nouns in the singular had been reduced to two, and to denote the plural the noun ending (e)s had been adopted Berlainan dengan bahasa Inggeris, banyak bahasa-bahasa lain mempunyai sistem gender gramatikal di mana kesemua kata nama (contohnya kerusi, pokok, dan rusa) mempunyai masing-masing gendernya. Kebanyakan bahasa hanya mempunyai gender maskulin dan feminin, tetapi ada juga yang mempunyai lebih dari dua gender. Bahasa Jerman misalnya mempunyai tiga gender gramatikal (feminin, maskulin dan neuter), bahasa Swahili mempunyai lapan kelas gender dan sesetengah bahasa Afrika mempunyai lebih daripada dua belas kelas gender (Trask, 1997). Disember

Gender gramatikal yang ditentukan kepada kata nama adalah berbeza dari satu bahasa ke bahasa yang lain. Sebagai contoh, matahari adalah bergender feminin di dalam bahasa Jerman, maskulin di dalam bahasa Sepanyol, dan neuter di dalam bahasa Rusia. Bulan pula bergender feminin di dalam bahasa Rusia dan bahasa Sepanyol, tetapi maskulin di dalam bahasa Jerman (Braine et al., 1990).

41

Untuk bertutur dalam sesuatu bahasa yang mempunyai gender gramatikal, penutur-penutur hendaklah mengenalpasti objek sebagai sesuatu yang bergender melalui artikel, kata nama diri bergender, dan seringkali terpaksa mengubah kata sifat (adjektif). Kata kerja juga kadang kalanya harus diubah untuk disesuaikan dengan kata nama bergender. Seperti yang dikatakan oleh Mark Twain (1880 : 390 - 402) dalam A Tramp Abroad, di Jerman, lobak putih mempunyai gender, tidak seperti wanita yang tiada gendernya (neuter).... pokok bergender maskulin, putiknya pula feminin, sementara daunnya tiada gendernya (neuter); kuda tidak bergender, anjing adalah maskulin, kucing feminin.... kucing jantan juga bergender feminin: Gretchen. Wilhelm, where is the turnip? Wilhelm. She has gone to the kitchen. Gretchen. Where is the accomplished and beautiful English maiden? Wilhelm. It has gone to the opera.

Gender gramatikal merupakan salah satu aspek kemahiran bahasa Perancis. Ianya merupakan suatu yang paling pelik dalam pengkelasan tatabahasa (Corbett, 1991). Keunikan gender dalam bahasa Perancis ialah selain daripada ianya berfungsi sebagai penunjuk seseorang atau haiwan, pengkelasan gender feminin / masculin adalah arbritari dan tidak boleh diterangkan dari segi kriteria gendernya untuk objek tidak bernyawa (inanimate nouns). Adalah mustahil untuk mendapatkan suatu peraturan atau penjelasan kenapa sesuatu perkataan itu bergender feminin atau maskulin.

Terdapat dua jenis gender yang dikenalpasti: gender natural dan genus atau gender gramatikal. Gender natural merupakan suatu sistem semantik, di mana kata nama - kata

42

nama yang mewakili gender lelaki diletakkan sebagai maskulin, kata nama yang mewakili gender perempuan sebagai feminin, dan kata nama yang tidak mewakili mana-mana gender adalah neuter (Konishi, 1991).

Dengan kata lain, gender natural adalah berdasarkan biologi atau seks sesuatu benda hidup. Sebagai contoh, dalam bahasa Inggeris (bahasa yang mempunyai gender natural), kata nama - kata nama seperti boy, father, dog, dan rooster adalah bergender maskulin. Ianya mewakili watak-watak bernyawa bergender maskulin dan boleh digantikan dengan kata nama diri he. Begitulah juga dengan kata nama - kata nama seperti girl, mother, bitch, dan hen adalah bergender feminin. Sebaliknya, kata nama - kata nama seperti stapler, book, happiness, dan peace yang mewakili objek-objek tidak bernyawa ataupun sesuatu konsep, adalah neuter di dalam bahasa Inggeris, dan menggunakan it sebagai kata nama dirinya (Tight, 2006 dalam

http://www.lingref.com/cpp/casp/7/paper1282.pdf ).

Berlawanan dengan gender natural, gender gramatikal pula dikategorikan dengan menggunakan sistem formal (Konishi, 1993), di mana setiap kata nama mesti diletakkan di bawah pengkelasan gramatikal yang tertentu (Lyons, 1968). Selanjutnya, sistem ini memerlukan terdapatnya kesesuaian atau agremen gender di antara kata nama, kata kerja dan artikel yang mengubahnya, dan kata sifat yang digunakan untuk dirujukkan kepadanya (Penelope, 1990).

43

Menurut Lyons (1968 : 284), gender gramatikal untuk sesuatu perkataan itu adalah merupakan suatu entiti yang tidak ada kena mengena secara terus dari makna perkataan tersebut. ... A words grammatical gender is logically independent from the meaning of the word Justeru itu, hubungan antara gender natural dan gender gramatikal mungkin tidak wujud langsung. Sebagai contoh, perkataan Mann (lelaki) adalah bergender maskulin secara natural dan gramatikal dalam bahasa Jerman, sementara perkataan Mdchen (perempuan muda) adalah bergender neuter, walaupun ianya bergender feminin. Setiap kata nama dalam bahasa Perancis adalah tidak terkecuali mempunyai pengkelasan gender gramatikalnya sama ada feminin atau maskulin (walaupun sesetengah benda seperti orgue (organ) dan hymne (puisi) boleh bergender maskulin ataupun feminin).

2.2.1 Gender gramatikal di dalam bahasa Perancis

Bahasa Perancis adalah suatu bahasa yang, seperti bahasa Jerman, mempunyai gender gramatikal. Setiap kata nama dalam bahasa Perancis adalah tidak terkecuali mempunyai pengkelasan gender gramatikalnya sama ada feminin atau maskulin (walaupun sesetengah benda seperti orgue (organ) dan hymne (puisi) boleh bergender maskulin ataupun feminin).

Perbezaan inilah yang menyebabkan seseorang yang mempelajari bahasa yang mempunyai ciri gender gramatikal mempunyai kesukaran untuk memahirkan diri mereka dalam usaha mereka menggunakan gender yang sesuai. Masalah ini diberatkan lagi bagi mereka yang

44

bahasa pertama dan keduanya tidak mempunyai langsung ciri gender gramatikal. Perkara inilah yang mendorong pengkaji sebagai pengajar dan pembelajar untuk mengupas kesukaran yang dialami dalam pembelajaran bahasa Perancis, khususnya mengenai gender gramatikal.

2.2.2 Gender di dalam bahasa utama di Malaysia

Di dalam bahasa-bahasa ibunda dan bahasa-bahasa yang dituturkan di Malaysia oleh tiga kumpulan etnik majoriti terbesar iaitu etnik Melayu, Cina dan India hanya mempunyai gender natural. Di dalam bahasa Melayu, sebagaimana bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris, gender ini digunakan dalam percakapan dan penulisan dengan merujuk kepada gender kata nama (Ensiklopedia Wikipedia, 2001).

Bagaimanapun, sesetengah kata sifat yang digunakan seperti cantik (bahasa Melayu), beautiful (bahasa Inggeris) atau dalam bahasa Cina adalah kata sifat yang dikaitkan hanya kepada gender natural yang tertentu. Ianya tidaklah begitu kompleks seperti bahasa Perancis, bahasa Jerman atau bahasa Sepanyol yang melibatkan penukaran bentuk kata pada ayat.

45

Sebagai contoh : Jadual 2.1 : Pengolahan gender yang digunakan dalam bahasa Melayu, bahasa Cina dan bahasa Inggeris (diadaptasikan dari Ensiklopedia Wikipedia, 2001). Bahasa Ayat contoh Penerangan Gender yang digunakan adalah gender Perempuan itu cantik. Bahasa Melayu Lelaki itu tampan. dikaitkan dengan kata sifat cantik dan tampan. Gender yang digunakan adalah gender That lady is beautiful. natural iaitu lady dan man. Ianya dikaitkan Bahasa Inggeris That man is handsome. dengan kata sifat beautiful dan handsome. natural iaitu perempuan dan lelaki. Ianya

Gender yang digunakan adalah gender Bahasa Cina (lelaki). Ianya dikaitkan dengan kata sifat (cantik) dan (kacak). natural iaitu (perempuan) dan

Namun yang demikian, di dalam bahasa Tamil, kata sifat yang dihubungkan dengan subjek yang bergender natural adalah sama, tetapi terdapat tambahan penulisan pada penghubung kata yang akan merujuk terus kepada gender natural.

46

Sebagai contoh : Jadual 2.2 : Pengolahan gender yang digunakan dalam bahasa Tamil (diadaptasikan dari Ensiklopedia Wikipedia, 2001). Bahasa Ayat contoh Penerangan Gender natural yang digunakan adalah (lelaki) dan (perempuan) dan dikaitkan dengan kata sifat yang sama iaitu Bahasa Tamil cantik). Namun yang demikian, perkataan adalah berbeza mengikut jantina seseorang. merujuk kepada gender maskulin (lelaki) dan pula merujuk kepada (tampan atau

gender feminin (perempuan)

2.2.2 Pemerolehan gender gramatikal dalam bahasa Perancis sebagai bahasa kedua.

Kesemua teori pembelajaran bahasa kedua mengandaikan bahawa pelajar mempelajari bahasa yang diingini melalui isyarat percakapan (atau bahan bercetak, tatkala aktiviti pembacaan dilakukan). Pembelajaran mengenai kemahiran tatabahasa yang abstrak mengandaikan kemampuan untuk memetakan kandungan fonetik sesuatu isyarat itu kepada bentuk yang lain seperti pengkelasan morfem dan sebagainya (Carroll, 1999).

47

Oleh yang demikian, apa-apa fenomena gramatikal dari yang amat mudah hingga fenomena yang teramat kompleks memerlukan pengetahuan struktural yang kompleks. Sabourin, Stowe & de Haan (2006) berpendapat sesetengah aspek tatabahasa B2 menjadi permasalahan untuk kesemua penutur B2, salah satunya adalah gender gramatikal.

Berkenaan dengan pemerolehan gender dalam bahasa Perancis sebagai bahasa kedua, kajian-kajian lepas didapati menggunakan data silang. Kajian ini telah menetapkan skop dan membuat perbandingan secara amnya tentang masalah yang dialami dalam pemerolehan gender B1 (sebagai contoh bahasa Inggeris, bahasa Flemish, dan bahasa Swedish).

Daripada kajian ini, kita mendapat fakta penting berkenaan peringkat permasalahan. Tidak banyak yang didapati berkenaan bagaimana seseorang dewasa dapat

memperkembangkan lagi strategi pembelajaran gender dalam kajian yang sedang dijalankan ini, ianya mengadaptasikan perspektif longitudinal dalam pemerolehan gender.

Pelbagai kajian silang mencadangkan bahawa pelajar yang di peringkat kemahiran tahap asas membuat lebih banyak kesilapan berkenaan penggunaan gender berbanding dengan pelajar di tahap lanjutan (Bartning, 2000). Di dalam pembelajaran bahasa Perancis, terdapat dua fenomena yang dapat diperhatikan iaitu : kata kerja adalah sesuatu yang dipelajari secara progresif tetapi pada masa yang sama adalah sukar untuk seseorang pelajar untuk mengeliminasikan kesalahan atribut gender kepada kata nama dan kata sifat yang betul.

48

2.3 Kajian-kajian lepas mengenai gender gramatikal

Di dalam bahasa-bahasa yang mempunyai sistem gender nahu, ianya dikuasai oleh penutur asli bahasa-bahasa tersebut tanpa suatu peraturan yang tertentu. Walau bagaimanapun, gender merupakan sesuatu yang sukar untuk dipelajari oleh penutur-penutur B2 yang bahasa pertamanya adalah Bahasa Inggeris (Surridge, 1993 : 77).

Kajian telah menunjukkan yang penutur B1 tidak bergantung kepada kaedah hafalan untuk menghubungkan sesuatu gender kepada suatu kata nama yang tertentu. Mereka telah memperkembangkan sensitiviti untuk menolong mereka membuat pemilihan gender yang betul digunakan (Levy, 1983).

Kajian-kajian ahli linguistik berkenaan gender gramatikal menjurus kepada tiga kategori utama iaitu kajian tentang indikasi gender di akhiran kata nama, kajian pemerolehan gender di peringkat kanak-kanak, dan pemerolehan gender di peringkat dewasa. Dalam Bab 4, pengkaji akan menganalisis kajian dengan menggabungkan dua dari tiga aspek ini, iaitu indikasi akhiran kata nama dan pemerolehan gender bagi peringkat dewasa.

49

2.3.1 Pemerolehan gender gramatikal di peringkat kanak-kanak

Hujah yang mengatakan akhiran kata nama sebagai suatu indikasi gender gramatikal banyak diperdebatkan. Di sini, ahli tatabahasa Perancis kebanyakannya bersependapat menegaskan bahawa atribusi gender kata nama sesuatu yang bukan hidup (inanimate objects) kebanyakannya adalah secara rawak dan tidak sistematik.

Bagi pembelajaran gender di peringkat kanak-kanak, terdapat banyak kajian yang mengkaji bagaimana kanak-kanak yang mempelajari bahasa Perancis sebagai bahasa pertama (B1) menggunakan gender. Kajian yang terlibat adalah berkenaan bagaimana gender diolahkan apabila kanak-kanak tersebut berhadapan dengan penstrukturan bertindan gender tersebut, contohnya pengakhiran kata nama, semantik dan petunjuk sintaktik (syntactic cues).

Bagi penguasaan kanak-kanak penutur bahasa Perancis sebagai B1 berkenaan dengan gender gramatikal, Tucker, Lambert & Rigault (1977) mendapati kata nama dalam bahasa Perancis mempunyai satu sistem yang boleh mentafsirkan gender gramatikal mana yang perlu digunapakai. Kajian mereka menunjukkan bahawa kanak-kanak tersebut memberi pengkelasan gender, iaitu dari gender yang biasa digunakan dalam perbualan harian dan gender yang jarang digunakan, dan mencadangkan bahawa pengakhiran suatu kata nama memainkan peranan yang besar dalam pengkelasan gender bahasa Perancis.

50

Walau bagaimanapun, Carroll (1989 : 117) pula mendakwa bahawa akhiran kata nama tidak wujud dengan menyatakan : Finally, this study lends no support to the hypothesis that absolute beginner anglophone learners of French are sensitive to or encode phonological patterns in stimuli that they then map onto gender classes Surridge (1985) juga menyatakan bahawa peraturan morfologikal lebih boleh diharapkan daripada peraturan fonologikal tetapi peraturan-peraturan fonologikal hanya terbatas kepada fonem akhir. Kajian-kajian awal yang dijalankan menunjukkan pendekatan fonologikal menguasai di awal tahap pembelajaran (Koehn, 1994) sementara kesedaran tentang keberkesanan indikasi sintaktik meningkat dengan peningkatan umur, sepertimana perhatian kepada indikasi semantik (Karmiloff-Smith, 1979 : 168) : ...they also consistently made revealing changes in the suffixes so that the latter agreed with the article or the sex of the person (e.g. for un forsienne they respond le forsien; for une bicron they respond la bicronne) or they avoid pronouncing the suffix by using the definite article and agreed adjective (ie la grise instead of la bicron grise). In both cases they avoided the conflict between two competing procedures, leaving the phonological one intact Mller (1994) mendapati bahawa kanak-kanak adalah lebih sensitif kepada indikasi intralinguistik (iaitu indikasi morfofonologikal dan sintaktik) daripada indikasi

ekstralinguistik (iaitu indikasi semantik). Dapatan yang sebaliknya diperolehi dalam kajian Prez-Pereira (1991 : 571-590) ke atas respondan berbangsa Sepanyol yang berumur 4 tahun, yang telahpun memfokuskan kepada indikasi sintaktik apabila berhadapan dengan masalah indikasi di akhiran kata nama. Menurut beliau:

51

... Children rely on syntactic and morpho-phonological cues more heavily than extralinguistic or semantic cues to assign gender Andersen (1984), dalam analisa beliau berkenaan pertuturan kanak-kanak 12 tahun yang mempelajari bahasa Sepanyol mendapati bahawa kanak-kanak tersebut hanya menandakan indikasi gender natural dan tidak menghiraukan indikasi-indikasi yang lain. Prez-Pereira (1991 : 571-590) pula mendapati kanak-kanak penutur asli menunjukkan sensitiviti kepada akhiran kata nama, tetapi indikasi morfofonologikal tidak diendahkan dengan adanya indikasi gender natural.

The results (which are compared with those obtained in other languages) give support to the theoretical view that children pay for more attention to syntactic and morphophonological (intralinguistic) information than to semantic (extralinguistic) information Prestasi dengan gender gramatikal dilihat bertambah baik dengan adanya indikasi-indikasi tambahan yang lain (Prez-Pereira, 1991), yang menunjukkan bahawa kanak-kanak boleh mengasimilasikan dan memproses beberapa indikasi pada masa yang sama. Kanak-kanak diperhatikan mengeneralisasikan secara meluas sama ada kata nama feminin atau maskulin: ini diperhatikan pada kanak-kanak yang mempelajari bahasa Perancis (Karmiloff-Smith, 1979), bahasa Urdu (Levy, 1983), dan bahasa Sepanyol (Prez-Pereira, 1991).

Nyata sekali bahawa kanak-kanak yang mempelajari bahasa pertama mereka mempunyai suatu kemahiran untuk memproses dan mengintegrasikan indikasi yang berlawanan yang

52

tinggi, suatu kemahiran yang memberikan mereka mengadaptasikan diri mereka dengan penyataan gender yang kompleks. Kemahiran ini tidak terdapat pada penutur B2 yang mempunyai asas bahasa lain yang atribusi gendernya terhad kepada perubahan kata ganti nama yang bergantung ke atas seksual dimorphisma (Prez-Pereira, 1991).

Beberapa kajian telah digunakan untuk menganalisa isu ini. Kajian yang telah dijalankan dalam bidang ini lebih mengkhususkan kepada perbandingan tahap sensitiviti terhadap indikasi yang ditonjolkan oleh pelajar B2 berbanding dengan penutur asli, ataupun penuturpenutur B2 daripada latarbelakang bahasa yang berlainan (Marinova-Todd, 1994). Ia juga berkisar kepada penganalisaan kesalahan penggunaan gender gramatikal dalam penulisan atau aural oleh pelajar B2 (Andersen, 1984). Kajian ke atas penutur bahasa Inggeris yang mempelajari bahasa Belanda, bahasa Perancis, bahasa Jerman dan bahasa Sepanyol mencadangkan bahawa kedua-dua kanak-kanak dan orang dewasa mempelajari dengan menggunakan indikasi dalam pengakhiran kata nama (Surridge & Lessard, 1984).

2.3.2 Pemerolehan gender gramatikal di peringkat dewasa

Bagi pembelajaran gender gramatikal peringkat dewasa pula, salah satu aspek yang sering diberikan perhatian adalah indikasi semantik gender tersebut. Finnemann (1992) merekodkan bahawa para pelajarnya lebih cenderung memberikan atribusi gender kepada kata nama yang merujuk kepada manusia benda bernyawa (human referents) daripada yang bukan bernyawa (non-human referents).

53

Desrochers, Paivio & Desrochers (1989) mendapati bahawa penutur B1 menguasai gender dengan lebih pantas untuk kata nama-kata nama yang sering ditemui dengan akhiran yang hampir serupa, daripada kata nama-kata nama yang jarang ditemui dengan akhiran yang sukar dipadankan atau dikaitkan dengan kata nama yang lain. Mereka mencadangkan akhiran nama sebagai satu indikasi atribusi gender diproses mengikut kekerapan mereka.

Alarcn (2006) pula membezakan atribusi gender (iaitu pemberian artikel yang sesuai untuk kata nama yang diberikan) dari penyesuaian gender (iaitu pemberian format yang betul untuk kata sifat yang akan diubahsuaikan) dengan menganalisa 69 pelajar universiti dari semester pertama hingga ke semester keempat. Dapatan beliau menunjukkan bahawa kesemua respondan memberikan atribusi lebih tepat kepada gender gramatikal berbanding dengan gender natural.

Walau bagaimanapun, trend yang berbeza diperhatikan untuk penyesuaian gender dimana penyesuaian gender natural adalah lebih tepat dari gender gramatikal. Fernndez-Garca (1999) mendapati dari tujuh pelajar universiti Tahun 3 yang mempelajari bahasa Sepanyol sebagai bahasa kedua, enam pelajar membuat penyesuaian gender gramatikal yang lebih tepat dari gender natural.

Dapatan kajian tidak begitu jelas tentang kebolehan mereka mengasimilasikan dengan kombinasi indikasi berkenaan gender. Dalam kajian yang dilakukan oleh Delisle (1985), didapati bahawa pelajar dewasa yang mempelajari bahasa Jerman mengambil suatu

54

pendekatan semantik dalam pengkelasan mereka terhadap gender perkataan-perkataan yang dipinjamkan dari bahasa Inggeris tanpa indikasi sintaktik.

Finnemann (1992) pula mendapati pelajarnya yang bahasa pertamanya adalah bahasa Inggeris memberikan penyesuaian dan atribusi gender bagi kata nama bahasa Sepanyol yang berakhir dengan o atau a dari akhiran yang lain. Apa yang menarik lagi, trend yang sama telah dilihat bagi pelajar yang bahasa pertamanya adalah bahasa Perancis (White et al., 2003), di mana bahasa ini, tidak seperti bahasa Inggeris, mempunyai struktur gender gramatikal. White et al. (2003) juga mendapati bahawa bahasa pertama iaitu bahasa Perancis dan bahasa Inggeris tidak memberikan apa-apa impak kepada respondannya di peringkat kemahiran bahasa Sepanyol asas, pertengahan dan lanjutan.

Kajian Marinova-Todd (1994) mendapati pelajar dewasa yang mempunyai latarbelakang bahasa Inggeris tidak mengambilkira indikasi gender natural dan mengkelaskan gender berdasarkan bentuk fonologikal kata nama yang diberikan, di dalam suatu ujian yang dibuat untuk mengkaji keupayaan untuk mengatasi konflik gender di antara indikasi semantik dan indikasi morfofonologikal dalam bahasa Perancis.

Holmes dan Dejean de la Batie (1999) bersetuju dengan dapatan ini, tetapi merumuskan bahawa pengetahuan mengenai akhiran kata nama bukanlah suatu asas utama kepada atribusi gender gramatikal, kerana pemerolehan penutur B1 dilihat adalah sedikit perlahan dan tidak berapa tepat dalam memberikan atribusi gender kepada perkataan terbitan dari perkataan asal.

55

Hamayan, Genesee dan Tucker (1977) pula mengkaji perhubungan personaliti dan faktorfaktor utama pendedahan bahasa yang dihubungkaitkan dengan pembelajaran bahasa Perancis sebagai bahasa kedua oleh tiga kelompok pelajar : kelompok pelajar tidak mengambil bahasa Perancis tetapi mata pelajaran yang lain diajar dengan menggunakan bahasa Perancis dan kelompok pelajar yang hanya mata pelajaran bahasa Perancis sahaja diajar sepenuhnya di dalam bahasa tersebut, manakala mata pelajaran lain diajar di dalam bahasa Inggeris.

Dapatan yang berbeza dari kajian-kajian lepas ini boleh dikatakan berpunca dari perbezaan kategori respondan dan metodologi yang digunakan, dan juga dari sistem gramatikal bahasa ibunda (B1) dan bahasa kedua (B2) respondan itu sendiri. Memandang dapatan yang berbeza dari satu kajian ke satu kajian yang lain, maka lebih banyak kajian diperlukan untuk mengenalpasti bagaimana seseorang yang mempelajari bahasa dengan asas bahasa yang sedia ada tidak mempunyai struktur gender gramatikal ini boleh menyesuaikan diri dengan indikasi-indikasi yang digunakan sebelum sebarang keputusan dapat diambil berkenaan pembelajaran gender gramatikal bahasa sasaran (L3).

Pengkaji pula mengkaji bagi pelajar-pelajar universiti yang mempelajari gender gramatikal sebagai satu aspek dalam pembelajaran bahasa asing mereka, dari aspek kepekaan dan aplikasi dengan merujuk dan membuat perbandingan dengan kajian-kajian lepas yang telah dilakukan.

56

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan pengkaedahan

Pada masa sekarang, pembelajaran bahasa Perancis di Malaysia semakin mendapat meluas, di mana matapelajaran ini telah mula dibuka kepada pelajar-pelajar sekolah awam sebagai salah satu mata pelajaran yang diajar untuk peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sebelum ini matapelajaran ini hanya diajar kepada pelajar-pelajar Sekolah Berasrama Penuh (SBP) sebagai salah satu mata pelajaran elektif (http://www.ppk.kpm.my, Januari 2007).

Tidak dapat dinafikan pembelajaran bahasa Perancis oleh pelajarpelajar bukanlah sesuatu yang mudah, disebabkan tiada persekitaran yang boleh memberikan input yang positif terhadap pemerolehan bahasa ini (Musdalifah, 2006).

Kesukaran yang paling nyata adalah apabila para pelajar mengaplikasikan sistem tatabahasa bahasa-bahasa ibunda dan bahasa-bahasa yang telah dipelajari mereka iaitu bahasa Melayu, bahasa Cina, bahasa Tamil dan bahasa Inggeris, yang membuatkan pelajar-pelajar tidak dapat menggambarkan dan memahami penggunaan tatabahasa yang diajarkan ini. Di antara struktur tatabahasa yang paling ketara memberikan masalah kepada pelajar adalah penggunaan gender gramatikal dalam penulisan dan percakapan dalam bahasa Perancis.

57

Masalah yang berulangkali diperhatikan oleh pengkaji inilah yang mendorong dan menarik minat pengkaji untuk menyelidiki sejauhmana pemahaman pelajar dalam menggunakan gender gramatikal ini. Kajian ini merupakan kajian deskriptif dan kajian penilaian kefahaman dan amalan penggunaan gender gramatikal di dalam bahasa Perancis.

3.2 Responden

Sampel untuk kajian ini adalah terdiri daripada pelajar-pelajar dari Universiti Putra Malaysia (UPM) yang mempelajari bahasa Perancis sebagai mata pelajaran elektif (kemahiran). Mereka ini adalah dari keturunan bangsa Melayu, Cina dan India dan berumur di antara 19 hingga 23 tahun, yang mempelajari bahasa Perancis di peringkat Kemahiran Tahap Dua. Sukatan pembelajaran Tahap Dua ini meliputi kata kerja-kata kerja selain dari kata kerja dengan akhiran er, kata kerja pronominal, ekspresi untuk menyatakan kuantiti, waktu, informasi, penambahan kosa kata bagi pekerjaan sukan, tabiat dan aktiviti harian, kala lampau (pass compos) dan ayat-ayat yang menggunakan objek langsung (COD) dan objek tak langsung (COI).

Jumlah responden yang terlibat di dalam kajian ini adalah seramai enam puluh (60) orang, dari dua kumpulan yang berbeza. Mereka ini mewakili empat puluh lapan (48) pelajar berbangsa Cina, sembilan (9) pelajar Melayu dan tiga (3) lagi berbangsa India. Oleh kerana pecahan kaum-kaum etnik ini tidak sama rata yang majoritinya adalah dari bangsa Cina, pengkaji tidak mengambil kira variabel kumpulan etnik sebagai satu variabel dalam kajian

58

ini. Para responden mempunyai latar belakang bahasa yang sama : iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris, di samping sesetengah dari mereka mempunyai bahasa-bahasa ibunda yang lain seperti bahasa Tamil dan bahasa Cina. Di dalam kajian ini, pengkaji membuat analisis hanya dengan mengambilkira bahasa Inggeris dan bahasa Melayu, iaitu bahasa dominan responden dalam pembelajaran mereka secara formal semasa di universiti.

Pada masa kertas soalan untuk kajian ini diberikan, responden-responden ini mempunyai jumlah jam pembelajaran yang sama iaitu sebanyak 104 jam, yang bersamaan dengan empat belas (14) minggu pembelajaran di Tahap 1 dan dua belas (12) minggu pembelajaran di Tahap 2. Pembelajaran setiap minggu adalah selama empat (4) jam. Pada minggu ke-dua belas pembelajaran mereka, responden telah meliputi kesemua sukatan pelajaran mereka kecuali ayat-ayat menggunakan objek langsung dan tak langsung.

Kesemua pelajar ini tidak mempunyai sebarang asas bahasa Perancis sebelum ini, melainkan pembelajaran yang diberikan kepada mereka semasa mereka di UPM. Sebelum memasuki UPM, para responden telahpun tamat pengajian sama ada di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia ataupun Diploma dari Institut Pengajian Tinggi tempatan.

Pengkaji tidak memilih para responden dari Tahap Satu kerana berandaian yang soalansoalan yang digubal mengenai gender gramatikal ini tidak sesuai diajukan kepada pelajarpalajar Tahap Kemahiran Permulaan (Tahap 1). Ini adalah disebabkan jam pembelajaran

59

dan sukatan yang diajar masih belum mencukupi dan mencapai standard yang sesuai untuk dijadikan kayu ukur dan persampelan.

3.3 Jangkamasa pungutan data

Dalam kajian ini, pengkaji telah memberikan soal selidik beserta kertas soalan kepada responden pada minggu kedua belas pembelajaran kemahiran bahasa Perancis mereka di Tahap 2. Para responden diberikan masa selama satu jam setengah untuk menjawab kesemua soalan yang diberikan dan mereka tidak boleh merujuk kepada mana-mana bahan rujukan semasa mereka menjawab soalan-soalan yang diberikan.

Soalan-soalan yang digubal secara rawak adalah berdasarkan perkataan-perkataan dan ayatayat yang telah dipelajari oleh pelajar sepanjang dua puluh enam (26) minggu pembelajaran bahasa Perancis mereka. Repondan tidak diberitahu lebih awal tentang soalan-soalan yang akan disediakan kerana pengkaji cuba mengelakkan responden dari membuat apa-apa persiapan untuk soal selidik yang diberikan.

3.4 Pengumpulan data

Satu soal selidik awal diberikan kepada responden untuk memastikan bahawa mereka tidak mempunyai asas bahasa Perancis selain dari apa yang diajar oleh para pengajar masingmasing di Tahap 1. Pengkaji akan mengenepikan responden yang mempunyai latar

60

belakang bahasa Perancis sebelum mereka memasuki Kursus Kemahiran Tahap Satu di UPM (sila rujuk Apendiks 1).

Pengkaji mengandaikan bahawa kesemua responden mempunyai input pengajaran yang sama semasa mengikuti tahap Satu dan Dua walaupun responden mengikuti kelas-kelas yang dikendalikan oleh pensyarah yang berbeza. Kertas soalan seterusnya diberikan kepada para responden dan mereka dikehendaki menjawab kesemua soalan dalam masa 90 minit dengan tidak merujuk kepada mana-mana rujukan ilmiah. Kertas soal selidik dan kertas soalan adalah anonim (tiada pengenalan diri pelajar), sementara kertas soalan pula terbahagi kepada tiga bahagian.

3.4.1 Bahagian Satu kertas soalan

Bahagian Satu memerlukan responden memberi pengkelasan bagi tiga puluh kata namakata nama yang disediakan secara rawak, sama ada ianya bergender feminin ataupun maskulin. Sebanyak enam belas kata nama dipilih oleh pengkaji ini mewakili indikasi gender berlainan di akhiran kata nama tersebut, sebelas kata nama mewakili kata nama yang tidak mempunyai indikasi gender sementara tiga lagi adalah kata nama yang tidak mengikut peraturan indikasi gender pada akhiran kata nama. Kesemua kata nama yang dipilih untuk Bahagian Satu adalah terdiri dari apa yang telah dipelajari oleh para responden dan juga kata nama tersebut mempunyai struktur seperti akhiran kata yang telah dipelajari oleh mereka pada Tahap Satu dan Tahap Dua.

61

Kata nama yang digunakan dengan indikasi gender di akhiran kata adalah seperti berikut :

Jadual 3.1 : Senarai kata nama dengan indikasi gender bagi Bahagian 1 kertas soalan Indikasi gender Akhiran ance, -ence Akhiran ion, -on Akhiran tte Akhiran ure Akhiran age Akhiran o Akhiran ee, -e, -ie dan -ue Akhiran eau Akhiran ent Kata nama yang disenaraikan dan terjemahannya dalam bahasa Melayu prfrence (keutamaan), patience (kesabaran), balance (neraca, kestabilan) nation (negara) , supposition (andaian), boisson (minuman) fourchette (garfu), assiette (pinggan) aventure (adventure), voiture (kereta) courage (keberanian) vlo (basikal) anne (tahun), chimie (kimia) bateau (kapal) gouvernement (kerajaan)

Seperti yang disebutkan di atas, terdapat tiga perkataan yang telah dipelajari oleh responden yang tidak mengikut peraturan indikasi gender di akhiran kata. Kata nama tersebut adalah cage (sangkar), fleur (bunga) dan souris (tikus). Kata nama-kata nama yang tidak mempunyai penanda gender yang tertentu pula adalah ligne (garis/barisan), march (pasar), chambre (bilik), neige (salji), crme (krim), midi (tengahari), rve (mimpi) dan modle (model) (Walker (1993) dalam www.fourmilab.ch/francais/gender.html).

Bahagian Satu ini adalah bertujuan untuk menguji sensitiviti seseorang responden untuk mengenali sama ada sesuatu kata nama tersebut adalah feminin atau maskulin daripada

62

akhiran kata nama-kata nama sama ada yang telah dipelajari ataupun yang menyerupai apa yang telah dipelajari oleh mereka. Ianya juga bertujuan menguji sama ada akhiran kata nama mempunyai implikasi ke atas pemilihan gender gramatikal oleh para responden.

Sebagai contoh kata nama : Perkataan yang telah dipelajari Perkataan yang diberikan : : Mcanicien, informaticien, malaisien Indonsien, pharmacien, musicien

Perkataan-perkataan seperti indonsien, pharmacien, musicien, walaupun tidak dipelajari oleh responden di peringkat Tahap Satu dan Tahap Dua, mempunyai pengakhiran kata yang sama dengan apa yang telah dipelajarinya. Tujuan utama Bahagian Satu ini adalah bagi pengkaji menguji sensitiviti seseorang responden sama ada mereka mengenali sesuatu kata nama tersebut adalah feminin atau maskulin daripada kata nama-kata nama sama ada yang telah dipelajari ataupun yang menyerupai apa yang telah dipelajari oleh mereka.

Di sini, pengkaji juga melihat sama ada wujudnya kesinambungan di antara dapatan pengkaji berkenaan indikasi-indikasi gender dengan dapatan yang diperolehi atau dirumuskan oleh ahli linguis yang terdahulu. Pengkaji akan melihat sama ada para responden peka dan merujuk kepada indikasi akhiran kata nama dan indikasi gender natural dalam menentukan sama ada sesuatu kata nama yang diberikan adalah f