hasrattunai impian arwah ayah bakal tercapaieprints.ums.edu.my/7674/1/nc0000003569.pdfhasrattunai...

1
Hasrattunai impian arwah ayah bakal tercapai u15 1-cl% 1l. -1--c 13 -q: 5 KOTA KINABALU: Janji yang dibuat terhadap arwah ayahnya untuk mendapatkan keputusan cemerlang seterusnya melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) hampir tertunai. Demikian kata penerima Hadiah Buku Konvokesyen ke-15 UMS, Ranjani A/P Rajamanikam, 23, graduan Sains Marin, Sekolah Sains dan Teknologi, UMS, ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen ke-15, Sidang 2, di sini kelmarin. Katanya, impianayah untuk melihat dia memperoleh ij azah kedoktoran tidak tercapai apabila ayahnya meninggal dunia lima tahun yang lalu, iaitu ketika dia berada di Tingkatan Enam. "Namun, janji saya untuk memperoleh PhD akan tetap saya tunaikan sebagai hadiah buatnya, " kata remaja yang berasal dari Rawang, Selangor itu. Jelasnya, tidak bermakna, ayahnya sudah meninggal dunia, diaharus mengetepikan janji yang telah dibuat kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang anak. Anak ketiga daripada empat beradik ini berkata, dalam perihal menyekolahkan dia, abangnya dan adiknya, kakak sulungnya yang banyak membantu darisegi kewangan kerana ibu mereka hanya seorang suri rumah. "Oleh itu, dalam membalas segala pengorbanan kakak saya, saya selalu ingatkan diri saya agar memperoleh keputusan cemerlang setiap tahun. "Saya merasakan dengan menerima hadiah buku ini, segala pengorbanan kakak saya selama ini sudah hampir terbayar, " katanya. Menurutnya, sepanjang pengajian, dia hanya fokus dengan pelajaran kerana dia tidak mahu keputusannya jatuh. Atas sebab itu, setiap semester, dia menampal `goal' yang ingin dicapai di meja belaj arnya dalam memastikan dia tidak leka. Ranjani berkata, dia kini bekerja sebagai konsultan dengan sebuah syarikat Demark yang beroperasi di Malaysia. "Saya merancang untuk bekerja selama beberapa tahun sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan juga Ijazah pada masa akan datang, " katanya. Sementara itu, penerima Anugerah Pelajaran Diraja kategori Bukan Bumiputera Jong Lin Wei berkata, menamatkan pengajian sebagai salah seorang penerima Anugerah Pelajaran Diraja seakan-akan suatu mimpi. Kata graduan Biotekologi, Sekolah Sains dan Teknologi ini, walaupun sentiasa mendapat pointer 3.8 dan ke atas padasetiapsemester tetapi dia tidak pernah menyangka akan menerima anugerah berkenaan serta Penerima Hadiah Buku, yang dirasakan amat besar nilainya. "Namun, mungkin ini adalah hasil pengorbanan saya kerana setiap semester yang banyak fokus dengan pelajarandaripada membuang masa untuk bersuka-ria, " katanya. Graduan berusia 23 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak ini menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pengkaji dalam bidang bioteknologi. Katanya, ayahnya bekerja sebagai jurutera elektrik dan ibunya hanya seorang suri rumah. Mengenai perancangan terdekat, Jong berkata, dia akan melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana di Semenanjung Malaysia. Seorang lagi penerima hadiah buku sempena konvokesyen kali ini, Watson Chung Xie Khim, 24, berkata, kesibukan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Teknologi bukan alasan untuk dia leka dengan pelajaran. Tanggungjawab sebagai seorang presiden itu memberi dia lebih semangat untuk memastikan keputusannya sentiasa cemerlang pada setiap semester. "Sebagai presiden sekolah itu, saya perlu membuktikan bahawa saya boleh menjadi teladan yang baik kepada pelajar-pelajar lain. "Saya sangat gembira kerana usaha saya selama ini mebuahkan hasil apabila dia menj adisalah seorang daripa da 65 orang penerima Hadiah Buku pada konvokesyen kali ini, " katanya. Graduan Kimia Industri, Sekolah Sains Teknologi ini berkata, berkat sokongan ibunya yang bekerja sebagai kerani, akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian sebagai seorang graduan yang memperoleh keputusan cemerlang. Watson berkata, kejayaan itu juga adalah berkat ilmu yang turut dikongsi kepada pelajarnya kerana dia mengajar tuisyen secara separuh masa. "Sej ak memasuki universiti, -iaitu ketika berada di tahun pertama lagi, saya mula mengajar tuisyen kepada pelajar diperingkat A-level. Itu banyak membantu saya memahami lebih mendalam mengenai pelajaranyang diaj ar dalam kuliah, " katanya. PENERIMAAnugerah Pelajaran Diraja (Bukan Bumiputera), Jong Lin Wei (kanan) turut menerima sijil daripada Tun Haji Juhar.

Upload: others

Post on 13-Jan-2020

37 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Hasrattunai impian arwah ayah bakal tercapai u15 1-cl% 1l. -1--c 13 -q: 5 KOTA KINABALU: Janji yang dibuat terhadap arwah ayahnya untuk mendapatkan keputusan cemerlang seterusnya melanjutkan pengajian sehingga ke peringkat Ijazah Doktor Falsafah (PhD) hampir tertunai.

Demikian kata penerima Hadiah Buku Konvokesyen ke-15 UMS, Ranjani A/P Rajamanikam, 23, graduan Sains Marin, Sekolah Sains dan Teknologi, UMS, ketika ditemui selepas Majlis Konvokesyen ke-15, Sidang 2, di sini kelmarin.

Katanya, impianayah untuk melihat dia memperoleh ij azah kedoktoran tidak tercapai apabila ayahnya meninggal

dunia lima tahun yang lalu, iaitu ketika dia berada di Tingkatan Enam.

"Namun, janji saya untuk memperoleh PhD akan tetap saya tunaikan sebagai hadiah buatnya, " kata remaja yang berasal dari Rawang, Selangor itu.

Jelasnya, tidak bermakna, ayahnya sudah meninggal dunia, dia harus mengetepikan janji yang telah dibuat kerana itu adalah tanggungjawabnya sebagai seorang anak.

Anak ketiga daripada empat beradik ini berkata, dalam perihal menyekolahkan dia, abangnya dan adiknya, kakak sulungnya yang banyak membantu darisegi kewangan kerana ibu mereka hanya seorang suri rumah.

"Oleh itu, dalam membalas segala pengorbanan kakak saya, saya selalu ingatkan diri saya agar memperoleh keputusan cemerlang setiap tahun.

"Saya merasakan dengan menerima hadiah buku ini, segala pengorbanan kakak saya selama ini sudah hampir terbayar, " katanya.

Menurutnya, sepanjang pengajian, dia hanya fokus dengan pelajaran kerana dia tidak mahu keputusannya jatuh.

Atas sebab itu, setiap semester, dia menampal ̀ goal' yang ingin dicapai di meja belaj arnya dalam memastikan dia tidak leka.

Ranjani berkata, dia kini bekerja sebagai konsultan dengan sebuah syarikat Demark yang beroperasi di Malaysia.

"Saya merancang untuk bekerja selama beberapa tahun sebelum melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana dan juga Ijazah pada masa akan datang, " katanya.

Sementara itu, penerima Anugerah Pelajaran Diraja kategori Bukan Bumiputera Jong Lin Wei berkata, menamatkan pengajian sebagai salah seorang penerima Anugerah Pelajaran Diraja seakan-akan suatu mimpi.

Kata graduan Biotekologi, Sekolah Sains dan Teknologi ini, walaupun sentiasa mendapat pointer 3.8 dan ke atas pada setiap semester tetapi dia tidak pernah menyangka akan menerima anugerah berkenaan serta Penerima Hadiah Buku, yang dirasakan amat besar nilainya.

"Namun, mungkin ini adalah hasil pengorbanan saya kerana setiap semester yang banyak fokus dengan pelaj arandaripada membuang masa untuk bersuka-ria, " katanya.

Graduan berusia 23 tahun yang berasal dari Kuching, Sarawak ini menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pengkaji dalam bidang bioteknologi.

Katanya, ayahnya bekerja sebagai jurutera elektrik dan ibunya hanya seorang suri rumah.

Mengenai perancangan terdekat, Jong berkata, dia akan melanjutkan pengajian dalam bidang Ijazah Sarjana di Semenanjung Malaysia.

Seorang lagi penerima hadiah buku sempena

konvokesyen kali ini, Watson Chung Xie Khim, 24, berkata, kesibukan sebagai Presiden Persatuan Mahasiswa Sekolah Sains Teknologi bukan alasan untuk dia leka dengan pelajaran.

Tanggungjawab sebagai seorang presiden itu memberi dia lebih semangat untuk memastikan keputusannya sentiasa cemerlang pada setiap semester.

"Sebagai presiden sekolah itu, saya perlu membuktikan bahawa saya boleh menjadi teladan yang baik kepada pelajar-pelajar lain.

"Saya sangat gembira kerana usaha saya selama ini mebuahkan hasil apabila dia menj adi salah seorang daripa da 65 orang penerima Hadiah Buku pada konvokesyen kali ini, " katanya.

Graduan Kimia Industri, Sekolah Sains Teknologi ini berkata, berkat sokongan ibunya yang bekerja sebagai kerani, akhirnya dia berjaya menamatkan pengajian sebagai seorang graduan yang memperoleh keputusan cemerlang.

Watson berkata, kejayaan itu juga adalah berkat ilmu yang turut dikongsi kepada pelajarnya kerana dia mengajar tuisyen secara separuh masa.

"Sej ak memasuki universiti, -iaitu ketika berada di tahun pertama lagi, saya mula mengajar tuisyen kepada pelajar diperingkat A-level. Itu banyak membantu saya memahami lebih mendalam mengenai pelaj aranyang diaj ar dalam kuliah, " katanya.

PENERIMAAnugerah Pelajaran Diraja (Bukan Bumiputera), Jong Lin Wei (kanan) turut menerima sijil daripada Tun Haji Juhar.