hasil kajian kes guru

6
Hasil Kajian Kes Guru Jadual : Analisis Soal Selidik Bi l. Item Ya Tidak Bi l. % Bi l. % 1 Guru dapati penerangan Cikgu Rohani tentang cara menghafal fakta membantu guru mengingat fakta tajuk ini 28 93. 3 2 6.7 2 Pada pendapat guru, kaedah pembelajaran berkumpulan yang dipraktikkan semasa PdP membantu guru mengingat fakta 20 66. 7 10 33. 3 3 Kaedah peta minda yang diajarkan oleh Cikgu Rohani membantu guru menghafal dan mengingat fakta 26 86. 7 4 13. 3 4 Penerangan rakan dalam kumpulan meningkatkan dan mengukuhkan ingatan guru terhadap fakta 23 76. 7 7 23. 3 5 Rumusan guru tentang tajuk yang dipelajari membolehkan guru mengukuhkan ingatan dalam menghafal fakta. 30 100 0 0 6 Pembentangan di hadapan kelas dapat membantu guru memahami 21 70 9 30

Upload: idrulhisham-ismail

Post on 19-Nov-2015

241 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

3

TRANSCRIPT

Hasil Kajian Kes Guru

Jadual : Analisis Soal SelidikBil.ItemYaTidak

Bil.%Bil.%

1Guru dapati penerangan Cikgu Rohani tentang cara menghafal fakta membantu guru mengingat fakta tajuk ini2893.326.7

2Pada pendapat guru, kaedah pembelajaran berkumpulan yang dipraktikkan semasa PdP membantu guru mengingat fakta2066.71033.3

3Kaedah peta minda yang diajarkan oleh Cikgu Rohani membantu guru menghafal dan mengingat fakta2686.7413.3

4Penerangan rakan dalam kumpulan meningkatkan dan mengukuhkan ingatan guru terhadap fakta2376.7723.3

5Rumusan guru tentang tajuk yang dipelajari membolehkan guru mengukuhkan ingatan dalam menghafal fakta.3010000

6Pembentangan di hadapan kelas dapat membantu guru memahami tajuk yang dibincangkan.2170930

7Guru dapati kaedah PdP secara berkumpulan amat menarik.2376.7723.3

8Latihan selepas PdP dijalankan membantu guru mengingat fakta tentang tajuk yang dipelajari.3010000

Kajian Kes 5: ( Lampiran A : Contoh Rancangan Persediaan Mengajar )

Lampiran A

Tarikh28 Mac 2012

Tingkatan5 Cekal

Masa 12.40 tengah hari 2.00 petang

Mata PelajaranEkonomi Asas

TajukPengenalan Perdagangan Antarabangsa

SubtajukSebab Wujudnya Perdagangan Antarabangsa

ObjektifPada akhir P&P, pelajar dapat: i) menyatakan sebab wujudnya perdagangan antarabangsa; danii) menghuraikan sebab wujudnya perdagangan antarabangsa.

Bahan Bantu MengajarGambar buah epal dan kereta, kertas ujian praujian atau pascaujian

AktivitiSet Induksi:

Guru menunjukkan gambar buah epal dan kereta. Guru menyoal pelajar, sama ada barang-barang di atas terdapat di negara kita. Guru kemudian mengaitkan gambar dengan tajuk pelajaran hari ini.

Langkah 1:

Guru mengedarkan kertas praujian kepada murid. Murid diminta mengisi tempat kosong dengan jawapan yang betul. Masa yang diberikan selama 15 minit.

Langkah 2:

Guru mendefinisikan konsep perdagangan antarabangsa dan perdagangan dalam negeri. Guru juga menerangkan sebab-sebab wujudnya perdagangan antarabangsa.

Langkah 3:

Guru meminta semua murid membaca dan mengingat definisi perdagangan antarabangsa dan sebab-sebab wujudnya perdagangan antarabangsa. (rujuk buku teks m/s 140-144)

Langkah 4:

Secara berpasangan, semua murid dikehendaki menerangkan petikan yang dibaca. Semua murid kemudiannya diminta menulis semula maklumat yang diperoleh daripada pasangan masing-masing dan juga oleh guru. Langkah 5:

Guru mengedarkan kertas pascaujian untuk dijawab oleh murid. Selepas menjawab soalan pascaujian, guru mengedarkan borang soal selidik untuk mengukur tahap keberkesanan pengajaran.

PenutupGuru merumuskan pembelajaran

Lampiran 1Praujian dan pascaujian

Tajuk: Perdagangan Antarabangsa

1. a) Nyatakan definisi perdagangan antarabangsa.

b) Nyatakan definisi perdagangan dalam negeri.2. Nyatakan dan terangkan sebab-sebab wujudnya perdagangan antarabangsa.

Kajian Kes 6 : ( Hasil Kajian )

Tajuk Kajian: Kefahaman Guru Permulaan tentang Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR: Kajian tentang Perancangan dan Pelaksanaan oleh Ali Haji Mahmood, Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu, Lembah Pantai Kuala Lumpur )Dapatan Kajian:

Persoalan 1: Adakah sampel memahami Sukatan Pelajaran (SP) dan Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) BM KBSR?

Jawapan berdasarkan statistik: Sampel faham tetapi tidak sepenuhnya. Tiada seorang pun sampel yang menyatakan jawapan pada skala 5, iaitu sangat faham.

Persoalan 2: Adakah sampel menggunakan SP dan HSP semasa merancang pengajaran dan pembelajaran?

Jawapan berdasarkan statitik: Sampel menggunakan SP dan HSP tetapi tidak menjadikan dokumen ini sebagai rujukan yang hakiki.

Persoalan 3: Adakah guru melaksanakan P&P kemahiran bahasa di dalam bilik darjah?

Jawapan berdasarkan statistik: Sampel melaksanakan P&P BM tetapi tidak dengan daya inovatif dan kreatif. Maklumat disokong dengan kenyataan yang didapati bahawa terdapat guru permulaan BM yang masih belum memahami konsep 5P, pembelajaran konstruktivisme dan kontekstual. Jika konsep asas masih tidak dijadikan pegangan dan difahami, bagaimana pengajaran yang kreatif dapat dilaksanakan dalam bilik darjah?