harithsx010342d04tt2

43
BAB II KECACATAN DAN KEROSAKAN BANGUNAN 2.1 Pengenalan Kecacatan dan kerosakan bangunan akan menimbulkan pelbagai implikasi. Ia boleh mencerminkan kecuaian berlaku dan juga menggambarkan sikap kurang prihatin dalam mengambil kira, kemungkinan masalah timbul dari pembinaan yang dijalankan keatas bangunan. Dari segi pembinaan bangunan adalah secara am terdapat beberapa pihak yang terlibat didalam membuat keputusan iaitu

Upload: japar-yusup

Post on 02-Oct-2015

74 views

Category:

Documents


16 download

DESCRIPTION

dokumen

TRANSCRIPT

BAB II

KECACATAN DAN KEROSAKAN BANGUNAN

2.1 Pengenalan

Kecacatan dan kerosakan bangunan akan menimbulkan pelbagai implikasi. Ia boleh mencerminkan kecuaian berlaku dan juga menggambarkan sikap kurang prihatin dalam mengambil kira, kemungkinan masalah timbul dari pembinaan yang dijalankan keatas bangunan.

Dari segi pembinaan bangunan adalah secara am terdapat beberapa pihak yang terlibat didalam membuat keputusan iaitu perekabentuk atau perunding, kontraktor atau pembina dan pemilik. Salah seorang atau kesemua daripada mereka berkemungkinan menjadi punca kecacatan dan kerosakan bangunan. Antara yang juga menjadi penyebab kecacatan kecacatan bangunan berpunca kerana arahan pengurusan projek yang tidak sekata, kekurangan maklumat, keputusan sering berubah, pemantauan yang tidak efisien dan sambil lewa juga turut mempengaruhi kerosakan dan kecacatan bangunan.(Dr. Ahmad b. Ramly, 2002)

2.2 Jenis Pembinaan Bangunan

Pembinaan Bangunan adalah suatu industri binaan yang mana boleh dibahagikan kepada tiga iaitu bangunan industri, bangunan perdagangan dan bangunan perumahan

Bangunan industri dan bangunan perdagangan adalah dikategori adalah untuk tujuan komersial seperti bangunan pejabat, hotel, pusat membeli-belah dan juga kilang-kilang.

2.2.1 Bangunan Perumahan

Di Malaysia terdapat berbagai-bagai jenis bangunan untuk sistem perumahan. Sektor ini adalah sangat cepat berkembang kerana ia adalah suatu keperluan. Ia juga merupakan salah satu bidang pelaburan yang boleh mendatangkan pulangan yang baik. Jenis-jenis perumahan yang biasa terdapat di negara kita.

1. Rumah pangsa

2. Rumah teres

3. Rumah sebandung

4. Rumah sesebuah

5. Rumah kedai

6. Kondominium atau apartmen

7. Rumah berangkai

Sesuatu projek yang hendak di bina oleh pemaju perlu mengikut prosedur tertentu bagi mendapat kelulusan dan kebenaran merancang daripada pihak berkuasa tertentu.

Sesuatu projek binaan perlu melalui berbagai-bagai peringkat. Sebagai contoh, proses pembangunan bagi skim perumahan di negara ini melibatkan suatu proses yang rumit dan memakan masa. Untuk menggambarkan kerumitan proses yang terlibat bermula dari peringkat awal hingga peringkat penyerahan perojek kepada pelanggan, 2.2.2 Peringkat Pembinaan

Beberapa proses yang perlu diteliti dalam masa peringkat pembinaan oleh pegawai penguasa diantaranya adalah seperti berikut

a)Mengawal Kemajuan Kerja

Menasihat kontraktor berkaitan kawalan kemajuan kerja di tapak. Kemajuan kerja hendaklah sentiasa dalam julat (range) dan segala kelewatan kerja hendaklah di laporkan untuk tindakan pembaikan.

b)Pagar Hadang dan Keadaan Tapak

Pastikan kontraktor sediakan pagar hadang (hoarding) serta di kawal dan kawasan pembinaan dalam keadaan memuaskan supaya kerja-kerja dapat berjalan licin.

c)Mesyuarat Tapak

Uruskan kekerapan mesyuarat tapak antara perunding-perunding dengan kontraktor, sub-kontraktor dan pengurus projek hendaklah mempengerusikan mesyuarat tersebut.

d)Pemeriksaan Kerja

Koordinat dan periksa semua kerja-kerja pembinaan di tapak bina.

e) Pengesahan Bayaran Kemajuan

Mengukur, menilai, mengesahkan dan pastikan bayaran di buat kepada kontraktor. Pastikan juga penilaian dan pembayaran di buat dengan prosedur yang betul dan di rekod dengan teliti dan memuaskan.

f) Keselamatan Di Tapak

Pastikan keselamatan di tapak mengikut piawaian yang di tetapkan dan hendaklah di kekalkan setiap masa.

g) Kawalan Kualiti dan Pengujian

Pastikan semua kerja-kerja pembinaan menepati kehendak kualiti sebagaimana spesifikasi dan prosedur dalam dokumen kontrak dan di kekalkan setiap masa.

h) Kawalan peruntukkan dan kerja tambahan

Pastikan kerja variations minima dan pemilik hendaklah di maklum sentiasa berkaitan dengan perkara-perkara yang melibatkan kerja tambahan dan kos.

2.2.3 Peringkat Penyiapan

Semasa peringkat penyiapan beberapa yang mesti diteliti seperti yang dinyatakan dibawah ini.

a) Akaun Akhir

Pastikan akaun akhir di semak, di kemaskini dan di selaraskan serta semua bayaran atau tuntutan di selesaikan.

b) Pentauliahan

Uruskan pengujian antara pembekal, kontraktor dan sub-kontraktor supaya mengadakan ujian kepada jentera-jentera/mesin-mesin yang di bekalkan serta mengeluarkan tauliah dan waranti.

c)Manual operasi

Pastikan semua manual operasi, lukisan-lukisan dibina, senarai pembekal alat ganti dan lain-lain di bekal/di serah kepada pemilik untuk memudahkan kerja-kerja penyenggaraan.

d) Tempoh Tanggungan Kecacatan

Uruskan kerja-kerja pembaikian semasa dalam tempoh tanggungan kecacatan. Keluarkan sijil siap membaiki kecacatan sekiranya berpuashati dengan pembaikian tersebut mengikut syarat-syarat kontrak.

2.3 Jenis-jenis Kecacatan Bangunan

Kecacatan atau pun kerosakan pada bangunan adalah perkara yang lazim berlaku pada bangunan. Oleh itu mutu pembinaan hendaklah dititikberat untuk mengelakan kecacatan atau kerosakan pada bangunan yang boleh menjejaskan kepercayaan pembeli. Ia akan menggambarkan sikap atau kecuaian pihak yang bertanggungjawab dan akan menimbulkan berbagai implikasi.

Kerosakan-kerosakan pada bangunan yang biasa dihadapi oleh penghuni adalah sebagaimana dinyatakan berikut.

i. Lantai

ii. Dinding

iii. Pintu dan Tingkap

iv. Siling

v. Bumbung atau Atap

vi. Cat

vii. Tandas

viii. Pendawaian Elektrik

2.3.1 Lantai

Kerosakan pada lantai adalah disebabkan oleh kemasan yang tidak sempurna dan juga disebabkan oleh kecacatan strukur bangunan tersebut. Diantara kecacatan tersebut adalah sebagaimana berikut,

i. Kecacatan kemasan

ii. Ketidakrataan permukaan lantai

iii. Keretakan lepaan lantai

iv. Kelembapan permukaan lantai

v. Keretakan konkrit lantai

2.3.1.1 Kecacatan Kemasan

Kemasan yang digunakan adalah untuk melindungi dan juga untuk mencantikkan, contohnya seperti terrazzo ketidaksempurnaan semasa pemasangan yang boleh menyebabkan kemasan tertanggal dan wujud alur dibahagian tepi lantai. Ini adalah kerana mungkin ukuran lantai dibina tidak mengikut pelan.

Kemasan lantai merupakan kecacatan yang seringkali berlaku, faktor-faktor yang terjadi kerana kelonggaran atau ikatan pelekat yang lemah. Kesilapan dalam membuat pemotongan ini berlaku kerana pekerja yang kurang berpengalaman. Kadang kala terdapat lembapan yang berlebihan dari bawah lantai juga menyebabkan ia tertanggal.

Pembaikan yang dapat dijalankan pada kemasan yang tertanggal dengan melekatkan semula dan dipastikan ikatan pelekat pada kemasan mencukupi. Jika keadaan lembapan yang tidak serius, kemasan boleh dipasang semula apabila ia kering.

2.3.1.2 Ketidakrataan Permukaan Lantai

Apabila lantai yang telah siap dikonkrit iaakan ditutupi satu lapisan lepa yang biasanya setebal 25 mm. lapisan ini diratakan dalam bentuk simen pelicin ataupun untuk dilekatkan kemasan seperti jubin. Kecacatan dikesan apabila lantai dilihat beralun atau didapati terdapat takungan air.

Faktor-faktor yang menyebabkan adalah kerana kurang kemahiran dalam kerja-kerja penyudah. Pekerja-pekerja yang kurang pengalaman atau pun yang diberi upah murah, akan membuat kerja-kerja dengan cepat dan kurang teliti.

Kerja-kerja penurapan semula satu lapisan hendaklah dilakukan dengan menggunakan kayu perata.

2.3.1.3 Keretakan lepaan lantai

Keretakan ini berlaku kerana pengembangan atau pengecutan, ini kerana campuran bahan lepaan yang tidak betul. Apabila campuran tidak mengikut spesifikasi terdapat kelemahan pada tekstur lepaan, dengan ini mengakibatkan terjadi keretakan.

Cara pembaikan keretakan adalah dengan cara membina semula lapisan lepaan yang baru atau menampal semula bagi keretakan yang sedikit. Kandungan campuran simen-pasir tidak lebih daripada 1 : 3.

2.3.1.4 Kelembapan Permukaan Lantai

Kelembapan pada permukaan lantai adalah akibat dari penyerapan air bawah tanah oleh lantai yang bersentuhan dengan tanah yang lembap. Masalah ini terjadi kerana bahan konkrit tersebut menjadi berliang dengan ini ia akan menyerap lembapan daripada tanah. Kenaikan air bumi juga adalah disebabkan oleh penambahan beban asas bangunan terhadap tanah dengan ini akan menyebabkan air dalam zarah tanah tersebut mengalir keluar dan diserap oleh lantai tersebut. Apabila lembapan ini menjadi banyak, kemasan yang dipasang akan mudah tertanggal dan juga akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Untuk mengelak berlaku lembapan satu lapisan kalis air perlu diletak di bawah lantai dan juga pada dinding. Lapisan kalis air hendaklah diletakkan tidak kurang dari 150 mm dari aras tanah. Lapisan ini hendaklah diletak semasa dalam proses pembinaan.

2.3.1.5 Keretakan Lantai Konkrit

Keretakan lantai disebabkan oleh kekurangan batu hardcore atau kurang mampat. Masalah ini menyebabkan lantai konkrit mendap dan ini mengakibat ia retak. Biasanya kecacatan ini boleh didapati pada sebelah luar bangunan apron.

Hardcore yang kurang dimampatkan semasa pembinaan akan menyebabkan berlaku enapan, ini akan menyebabkan berlaku keretakan pada lantai konkrit. Pada masa pembinaan hardcore hendaklah dimampatkan secukupnya untuk mengelakkan berlaku keretakan. Jika berlaku keretakan pada lantai konkrit, lantai tersebut hendaklah dirobohkan dan hardcore hendaklah dimampatkan semula sebelum kerja-kerja konkrit dijalankan.

2.3.2 Dinding

Bahagian dinding adalah penting dijaga dengan baik semasa pembinaan dan juga ketika kerja-kerja melepa kerana ia akan memberi gambaran tahap kemahiran pekerja. Kecacatan semasa penyambungan balik kerja-kerja melepa yang tidak siap sepenuh akan lebih ketara kelihatan pada dinding mempunyai permukaan yang luas. Jenis-jenis kecacatan yang biasa terjadi pada dinding adalah seperti berikut

a. Keretakan Dinding

b. Dinding Melengkung

c. Kerosakan jubin

d. Cat tertanggal2.3.2.1 Keretakan dinding

Keretakan yang biasa didapati pada lepaan dinding adalah dalam bentuk melintang, pugak, pepenjuru atau secara random atau pun di panggil flaking. Keretakan ini berlaku disebabkan oleh perbezaan pengembangan bata dengan lepa agak besar, pergerakan struktur. Tindakbalas kimia akibat serangan larutan sulfat yang terdapat dalam bata tanah liat bertindak balas dengan trikalsium aluminat dari simen. Tindak balas ini menyebabkan simen mortar mengembang.

Pergerakan struktur bangunan yang disebabkan aktiviti pembinaan, perlombongan dari kawasan berhampiran dan serangan kimia keatas asas akan menyebabkan struktur tidak stabil boleh menyebabkan berlaku keretakan pada dinding.

Pembaikian keretakan dinding ialah dengan cara membersih bahagian yang retak dan ruang tersebut hendaklah dipenuhi dengan konkrit.

Manakala flaking pula berlaku apabila cat bahagian luar mengelupas ataupun tertanggal. Puncanya disebabkan perbezaan pengecutan cat antara lapisan dalam dan luar.

2.3.2.2 Dinding Melengkung

Masalah ini kebiasaan hanya berlaku pada dinding bangunan yang agak luas permukaannya. Masalah ini terjadi kerana beban bata yang diikat terlalu tinggi sebelum bata pada bahagian bawah belum cukup keras untuk menanggung beban bata yang diatasnya. Dan juga lapisan esmet tidak diletak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

Jika masalah ini menjadi serius dinding tersebut hendaklah dirobohkan kerana ia mungkinakan membahayakan penghuni rumah.

2.3.2.3 Kerosakan Jubin Dinding

Kerosakan jubin dinding yang biasa terjadi adalah seperti tertanggal dan pecah. Masalah ini adalah kerana penggunaan bahan yang kurang bermutu, semin ikatan yang sedikit. Penggunaan bahan yang kurang bermutu akan juga menyebabkan senang pecah semasa kerja-kerja pemotongan.

Semasa pembinaan setiap bahan mutu bahan hendaklah dijaga. Penggunaan bahan yang bermutu rendah adalah faktor yang menyumbangkan kepada berlaku kecacatan. Spesifikasi atau jaminan hendaklah didapati dari pembekal atau kilang.

2.3.2.4 Cat Tertanggal

Kecacatan yang terjadi pada cat adalah disebabkan faktor kelembapan yang mana menyebabkan kurang lekatan dinding. Untuk mengelak berlaku cat daripada tertanggal, kerja-kerja mengecat hendaklah mengikut spesifikasi yang ditentukan. Mana-mana bahagian yang mengalami kecacatan hendaklah sapu semula.

2.3.3 Pintu dan Tingkap

Punca kerosakan kayu boleh disebabkan oleh kelembapan, cuaca, serangga dan usia. Kesan kelembapan boleh menyebabkan kayu menjadi lemah. Pengaruh cuaca adalah disebabkan oleh hujan, pancaran matahari dan angin. Manakala serangga menjadikan kayu sebagai makanan. Penggunaan kayu sebagai pintu dan tingkap akan menerima kesan tersebut yang akan menyebabkan berlaku kecacatan.

Kecacatan pintu dan tingkap adalah sebagaimana berikut,

i. Susah untuk membuka atau tutup

ii. Kayu bingkai bengkok

iii. Lubang penyelak tidak sama dengan penyelak

iv. Air meresap masuk kedalam rumah

2.3.3.1 Susah Dibuka Atau Tutup

Pemasangan yang kurang teliti akan menyebabkan kecacatan ini atau pun penggunaan saiz tidak mengikut spesifikasi juga boleh menyebabkan berlaku masalah ini. Kualiti kayu yang mempunyai kandungan lembapan yang tinggi boleh menyebabkan pengembangan, ini akan mengakibatkan daun pintu atau tingkap bergesel dengan bingkai (frame). Dengan mengecat dan juga menggunakan minyak pengering akan menghalang berlakunya lembapan. Bagi saiz yang tidak tepat hendaklah dipotong mengikut spesifikasi yang ditetapkan

2.3.3.2 Kayu Bingkai Bengkok

Penggunaan bahan yang digunakan tidak berkualiti yang mana ia tidak tahan kepada cuaca. Apabila terkena pada keadaan cuaca panas yang berterusan ia akan menyebabkan kayu bingkai menjadi bengkok. Masalah ini kerana kayu tersebut tidak dijemur secukupnya untuk membuang lembapannya. Ini akan mengakibatkan berlaku pengecutan dan pengembangan. Cara pembaikian adalah dengan adalah dengan menggantikan jika berlaku pada tahap yang melampau.

2.3.3.3 Lubang Penyelak Tidak Sama Dengan Penyelak

Pemasangan yang kurang teliti atau pun menggunakan pekerja yang kurang cekap akan menyebabkan kecacatan ini. Penandaan lubang atau penyelaknya kurang cermat menyebabkan berlaku masalah ini.

Dengan memasang semula penyelak mengikut lubang yang dibuat akan dapat menyelesaikan masalah ini.

2.3.3.4 Air Meresap Masuk Kedalam Rumah

Pemasangan yang kurang kemas dan teliti, penggunaan saiz tidak mengikut spesifikasi akan menyebabkan ada gap antara dedaun pintu atau tingkap dengan frame, dengan ini air hujan dapat masuk kedalam. Ruang atau gap hendaklah ditutupi dengan jalur kalis air untuk mengelak resepan air kedalam rumah. 2.3.4 Siling

Terdapat dua jenis siling yang biasa digunakan iaitu siling konkrit dan juga siling asbestos. Siling konkrit adalah bagi rumah pangsa dan siling asbestos pula bagi rumah-rumah setingkat. Masalah yang biasa berlaku pada siling adalah sebagaimana berikut,

i. Lepaan siling konkrit tidak rata

ii. Siling konkrit basah

iii. Siling asbestos melendut

iv. Siling berlubang

2.3.4.1 Lepaan Siling Konkrit Tidak RataLepaan siling adalah mengikut lantai konkrit, apabila pemasangan acuan semasa kerja-kerja konkrit tidak tidak teguh ia akan menampak kecacatan tersebut apabila acaun tersebut dibuka. Pembaikian hendaklah dengan dipahat pada bahagian tersebut untuk meratakan dan dilepa semula.

2.3.4.2 Siling Konkrit Basah

Siling bertukar menjadi tompok-tompok hitam apabila air meresap kedalam, ini biasanya terjadi pada bahagian bilik air. Rumah pangsa mempunyai kedudukan bilik air yang sama dengan bahagian bawah apabila berlaku bahagian atas ia akan memberi kesan kepada penghuni di bahagian bawah. Cara pembaikian adalah dengan membaiki kebocoran dengan membuat lepaan semula pada bilik bahagian atas.

2.3.4.3 Siling Asbestos Melendut

Faktor kelendutan ini adalah kerana berpunca daripada pemasangan struktur siling (ceiling joist) yang kurang kuat dan juga penggunaan kayu yang bengkok. Dengan menambah struktur siling atau menggantikan kayu yang lebih lurus akan dapat menyelesaikan masalah melendut.

2.3.4.4 Siling Berlubang

Siling asbestos berlubang terjadi kerana penyambung struktur siling yang kurang sempurna. Dan siling pula dipasang secara berlurah, pada bahagian ini lah yang akan berlubang apabila penyambungan ceiling joist tidak sempurna.

2.3.5 Bumbung

Masalah utama pada bumbung adalah kebocoran, ini kerana ia terletak dibahagian yang paling atas yang terdedah terus kepada cuaca. Elemen-elemen cuaca seperti pancaran matahari, air hujan, angin adalah antara faktor yang menyumbang kepada kecacatan bumbung disamping disebabkan oleh kerja-kerja pemasangan jubin bumbung yang tidak cermat. Antara jenis-jenis kecacatan lain adalah seperti berikut :-

i. Kerosakan jubin

ii. Struktur bumbung melentur

iii. Kebocoran Bumbung

2.3.5.1 Kerosakan Jubin

Kecacatan jubin adalah seperti keretakan atau pecah dan juga tertanggal. Jubin bumbung biasanya diperbuat daripada tanah liat akan mengalami pengembang dan pengecutan apabila terdedah kepada keadaan cuaca panas dan sejuk, oleh itu akan boleh menyebabkan keretakan. Pada bahagian yang retak akan meresap air hujan dan menyebabkan kebocoran dan mengakibat permukaan siling menjadi basah. Jubin tertanggal adalah disebabkan oleh pelekat simen tidak sempurna.

Dengan mengganti semula jubin-jubin rosak akan dapat mengelak daripada berlaku kebocoran.

2.3.5.2 Struktur Bumbung Melentur

Punca kecacatan ini adalah disebabkan lebihan beban atau struktur kayu kekuda rosak diserang serangga atau anai-anai yang mana tidak dapat menanggung beban.

Untuk mengelak kecacatan akibat serangan serangga struktur kayu ini hendaklah mengguna kayu yang telah diawet

2.3.5.3 Kebocoran Bumbung

Kecacatan ini biasanya berlaku disebabkan oleh kesalahan rekabentuk talang. Kesan-kesan akan menyebabkan kelembapan bahagian dalam dan luar dinding kerana penembusan air hujan disepanjang talang dan meresap dalam sambungannya.

Tindihan kepingan atap tidak cukup kuat untuk mencegah air hujan mengalir masuk melalui sambungannya. Untuk kecerunan bumbung sebesar 5(, tindihan yang sesuai ialah sekurang-kurangnya 75mm. Jarak atau besarnya tindihan ini perlu ditambah sebanyak 12.5mm bagi setiap 5( pengurangan besarnya tindihan ini perlu ditambah sebanyak 12.5mm bagi setiap 5( pengurangan kecerunan. (Mat Lazim Zakaria, 1992)

2.3.6 Cat

Masalah kecacatan pada cat ialah kerana permukaan yang disapu tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh pengeluar bahan cat tersebut. Cat tersebut menjadi cepat luntur atau menjadi tertanggal.

2.3.7 Tandas

Kerosakan pada bahagian tandas adalah kelengkapan dalam bilik tandas dan masalah w.c (water closet) tersumbat. Faktor kerosakan ini disebabkan oleh kecuaian semasa pemasangan iaitu pemegang pili air tertanam dalam jubin dan lebihan simen semasa melepa menghalang laluan air buang.

Untuk mengelak masalah w.c (water closet) atau laluan air buang tersumbat semasa kerja-kerja melepa atau kerja konkrit bahagian tandas, w.c (water closet) dan laluan air buang hendaklah ditutup untuk menghalang lebihan konkrit masuk kedalam w.c (water closet) dan laluan air buang. Bahagian sekeliling pemegang pili yang tertanam hendaklah dipahat bagi untuk penyenggaraan akan datang.

2.3.8 Elektrik

Masalah kerosakan peralatan elektrik adalah lampu tidak menyala, suis dipasang terbalik dan kehilangan peralatan suis utama dan ELCB.

Masalah kerosakan peralatan elektrik hendaklah diganti baru, dan hendaklah dijalankan oleh tukang elektrik.

2.4 Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Kecacatan

Banyak faktor yang menyebabkan berlaku ketidaksempurnaan pada bangunan antaranya yang dikenalpasti adalah seperti ketidakmahiran kontraktor dan pekerja,

penggunaan bahan yang berkualiti rendah, kecuaian pekerja dan juga faktor alam sekeliling seperti kesan pergerakan tanah, perubahan cuaca dan kesan kelembapan

Beberapa faktor yang menyebabkan kecacatan pada bangunan adalah disebabkan oleh masalah yang tidak dikenalpasti semasa dalam proses pembinaan lagi, berikut adalah faktor tersebut.

i. Kelemahan Khidmatrunding Profesional.

ii. Pengawasan yang kurang teliti.

iii. Bahan binaan yang bermutu rendah.

iv. Ketidakmahiran kontraktor dan pekerja

v. Kecuaian pekerja

vi. Kesan daripada cuaca

2.4.1 Kelemahan Khidmat Perunding ProfesionalKhidmat perunding profesional adalah diperlukan semasa rekabentuk dan dalam pembinaan kerana untuk mengatasi masalah yang timbul. Adalah menjadi tanggungjawab perekabentuk diatas rekabentuk mereka. Penentuan jenis-jenis bahan binaan dan kaedah pembinaan adalah diperlukan untuk mendapat kos pembinaan yang paling optima.

Terdapat juga kesilapan semasa rekabentuk ataupun semasa proses pembinaan terdapat dengan ini akan menimbulkan kesan buruk ini kerana antaranya sebagaimana berikut,

i. Pengambilan pekerja yang tidak mahir yang mana menghasilkan rekabentuk yang kurang berkualiti.

ii. Pemantauan yang kurang berkesan kerana kurang kemahiran pekerja.

Apa yang menjadi masalahnya perunding kurang membuat susulan untuk mendapat kelulusan dengan pihak Berkuasa Tempatan dan Jabatan-jabatan yang berkaitan. Dengan ini akan menimbul masalah untuk mendapat Sijil Kelayakan Mendiami dari pihak Berkuasa Tempatan.

2.4.2 Pengawasan Yang Kurang Teliti

Apabila pengawalan yang kurang teliti akan menjejaskan kualiti pembinaan yang mana akan menyebabkan kacacatan pada bangunan tersebut. Ini juga akan menjejaskan perancangan,dan tidak mengikut program yang dirancang dengan ini akan menyebabkan projek lambat siap. Dengan ini banyak bahan binaan akan terdedah kepada cuaca dan menyebabkan kerosakan kepada bahan binaan ini akan menyebabkan kerugian.

Peranan penyelia adalah penting dalam memastikan kualiti dan mutu bahan yang digunakan untuk pembinaan. Mereka perlu mengawal setiap tahap pembinaan yang dijalankan oleh kontraktor supaya ia memenuhi perkara dalam kontrak dan memenuhi spesifikasi sebagaimana yang dinyatakan.

Dengan ini perlu ada borang semakan bahan dan borang semakan kerja-kerja yang akan dijalankan supaya kecacatan dapat dikurangkan. Setiap kerosakan hendaklah dicatat dan dilapor untuk pembaikian sebelum kerja-kerja pembinaan dilakukan.

2.4.3 Bahan Binaan Yang Bermutu Rendah.

Penggunaan bahan yang bermutu rendah ini akan dapat menjimatkan kos, tetapi bahan ini tidak mencapai tahap spesikasi. Penggunaan bahan yang bermutu rendah adalah faktor yang menyumbangkan kepada berlaku kecacatan dan kegagalan pada struktur binaan tersebut.

Diantara unsur-unsur yang mudah terdedah kepada kerosakan ialah bahan-bahan binaan yang berpunca dari :-

i. Tempoh hayat

Terutamanya sekiranya bahan tersebut terdiri dari bahan yang mudah rosak, ketahanannya yang rendah dan sangat sensitif kepada persekitaran.

ii. Serangan serangga dan kulat

Bahan dipasang dari bahan-bahan yang mudah diserang serangga seperti anai-anai, kumbang, kulat, lumut, dan tompokan hitam.

iii. Peluwapan

Bahan bangunan yang terdiri dari bahan yang mudah menyerap dan menyimpan kandungan air.

iv. Hakisan

Bahan bangunan yang tidak dapat bertahan kepada bebanan, geseran dan penggunaan yang berulang-ulang keatasnya.

v. Pengaratan

Bahan bangunan yang mudah berkarat dan telah dipasang begitu terdedah kepada cuaca, panas atau hujan tanpa apa-apa salutan, penyadur atau pelapisnya

vi. Peleraian bahan

Sesetengah bahan bangunan yang tidak dapat bertahan lama, mudah patah, peroi, pecah kepada cebisan-cebisan kecil atau jatuh sebagai serbuk halus. Hal ini berlaku jika bahan berkaitan terdedah terlalu lama kepada haba panas ataupun cahaya matahari.(Dr. Ahmad b. Ramly, 2002)

Untuk mengelak daripada penggunaan bahan yang bermutu rendah, penyelia perlulah mendapatkan sijil-sijil atau waranti bahan-bahan binaan daripada pengeluar. Ujian-ujian terhadap kekuatan atau ketahanan bahan seperti ujian kiub hendaklah dijalankan untuk mendapat keupayaan kekuatan sebenar sebagaimana yang direkabentuk.

2.4.4 Ketidakmahiran Kontraktor Dan Pekerja

Ketidakmahiran kontraktor dan pekerja adalah akan menyebabkan kualiti pembinaan yang dihasilkan tidak bermutu. Ini kerana mereka kurang pengetahuan dalam kejuruteraan awam dan menyebabkan cara pembinaan yang dihasilkan tidak mengikut spesifikasi atau piawai yang betul.

Pekerja yang tidak mahir akan lebih mudah melakukan kesilapan ini akan menyebabkan binaan tersebut tidak kukuh yang mana akan menyebabkan berlaku keruntuhan pada bangunan tersebut jika kesilapan pada struktur.

Peranan kontraktor untuk mengurangkan kecacatan iaitu melalui :

i. Kontraktor mestilah melantik kakitangan yang layak untuk menjalankan kerja-kerja pembinaan dan diselia secara berterusan.

ii. Semua kerja-kerja pembinaan hendaklah mengutamakan standard pembinaan yang betul dan dengan penggunaan bahan yang berkualiti.

iii. Menyemak secara terperinci semua spesifikasi kerja dan mentafsirkan kandungan spesifikasi dan arahan kerja dengan tepat disamping berkemampuan untuk melaksanakan.

iv. Sebarang kekeliruan hendaklah merujuk kepada perunding atau perekabentuk atau pun pengurus projek.

2.4.5 Kecuaian Pekerja.

Kecacatan atau kerosakan berlaku kerana sikap pekerja berkerja tidak bersungguh-sungguh, hanya memikirkan untuk menyiapkan tanpa mementingkan kualiti, malas dan tidak menumpukan perhatian semasa bekerja.

Beberapa langkah untuk membentuk dan mendidik pekerja hendaklah diambil untuk meningkatkan tahap kesedaran, berkemahiran tinggi dan pakar dalam kerja-kerja pembinaan.

2.4.6 Pergerakan Tanah

Kesan daripada pergerakan tanah boleh menyebabkan kegagalan struktur bangunan adalah yang disebabkan oleh faktor-faktor berikut :-

2.4.6.1 Gegaran

Gegaran boleh menyebabkan keretakan dan pecah-pecah kepada mana-mana bahagian atau bahan-bahan tertentu bangunan. Perkara ini mudah terjadi sekiranya bangunan dibina di tempat yang berhampiran dengan jalan-jalan utama, lebuhraya, laluan keretapi atau berhampiran lapangan kapal terbang.

2.4.6.2 Kurang Pemampatan Tapak

Ia berlaku kerana penggunaan tapak yang ditimbus tanpa mampatan yang cukup atau mengguna tapak jenis peroi, longgar dan lembut. Kekurangan asas atau cerucuk juga boleh menyebabkan tapak bangunan tidak kukuh dan stabil. Sebarang tapak akan menyebabkan struktur bangunan dan bahagian-bahagian bangunan di atas turut ikut menurun. Bahagian-bahagian bangunan yang jarang diberi perhatian dalam masalah pemampatan, ialah kawasan bahagian luar dan di sekeliling bangunan.

2.4.6.3 Pembangunan Sekitar

Kesan pembangunan sekitar adalah sessuatu yang tidak dapat dielakkan. Ia boleh memberi impak kepada bangunan berhampiran. Terdapat dua kemungkinan punca kerosakan boleh berlaku dari kawasan-kawasan pembangunan sekitar. Pertama gegaran yang berlaku ketika kerja-kerja pembinaan sekitar berjalan, terutama diwaktu menanam cerucuk. Kedua, struktur tanah terungkai yang mana tanah tapak mengalami gerakan secara mendatar atau menegak. Ia boleh berpunca dari kerja-kerja pengorekan di tapak pembangunan berhampiran. Kedua-dua keadaan tersebut apabila berlaku menyebakan bangunan-bangunan disekitarnya menjadi retak ataupun condong, malah boleh merobohkan. Perkara ini dapat dielakkan jika pembangunan disekitar mengambil langkah menanam cerucuk tebing (sheet piling) sebagai penghalang gegaran atau gerakan tanah. Penanaman cerucuk tanpa hentakan juga boleh digunakan bagi mengelak sebarang kesan kepada bangunan-bangunan yang berhampiran.(Dr. Ahmad b. Ramly, 2002)

2.4.7 Kesan Daripada Cuaca Dan Iklim

Bangunan adalah terdedah kepada keadaan semulajadi dan dipengaruhi oleh cuaca seperti perubahan suhu, pancaran matahari, kelembapan udara, kesan pergerakan tanah. Lebih banyak bahagian bangunan terdedah kepada cuaca, lebih banyak lagi kecacatan berlaku berpunca dari cuaca dan iklim menembusi kekebalan bangunan. Dengan itu masalah kebocoran bumbung kerap berlaku, sementara bahagian yang terlindung dari air hujan dan panas akan lebih lambat rosak.

Dengan ini rekabentuk untuk menghadapi kesan ini adalah diperlukan untuk mengelak kegagalan pada elemen-elemen binaan.

2.4.7.1 Perubahan Suhu

Pengaruh perubahan suhu akan menyebabkan berlaku pengembangan dan pengecutan pada elemen bangunan dan akan menyebabkan kerosakan seperti merekah pada struktur tingkap dan pintu.

Penggunaan bahan yang berkualiti dan direkabentuk supaya dapat menghadapi keadaan perubahan suhu.

2.4.7.2 Pancaran Matahari

Pengaruh pancaran matahari boleh menimbulkan rekahan, pudar, pengembangan dan pengecutan permukaan bangunan dan akan menyebabkan kerosakan pada cat seperti menggelupas.2.4.7.3 Kelembapan Udara

Kesan kelembapan akan menyebabkan struktur binaan akan menjadi kotor dan besi berkarat, kayu reput, pemasangan wayar elektrik tertanggal, lepaan tertanggal dan sebagainya. Kesan ini akan menjadikan bahan bangunan kurang kukuh, mudah rosak menyebabkan berkulat, cendawan dan pokok renek tumbuh diatas bangunan.

Kesan tumbuhan kulat dan cendawan berpanjangan menyebabkan berlakunya pereputan oleh tindak balas kimia antara bahan kandungan kulat , air pancaran matahari. Sementara itu, pokok kecil yang tumbuh kian membesar dan menyalurkan akar kedalam bahagian bangunan. Lama-kelamaan akan menyebabkan rekahan, retak dan menanggalkan bahan-bahan binaan yang longgar.

Pereputan sering berlaku pada bahagian-bahagian bangunan yang banyak mengalami kelembapan. Tempat-tempat yang sering berleku pereputan ialah pada bahagian-bahagian bangunan yang mudah diresapi atau ditembusi air tetapi sukar mendapat cahaya matahari atau sukar mendapat peredaran udara yang boleh mengeringkannya kembali. Bahagian-bahagian yang selalu menghadapi masalah ini ialah bahagian yang berkaitan bumbung bangunan dan bahagian yang berhampiran dengan bilik air.(Dr. Ahmad b. Ramly, 2002)

2.4.7.4 Kenaikan Paras Air

Kesan ini berlaku kerana air meresap kedalam bangunan melalui binaan berliang, lubang yang tidak tertutup, pemeluwapan, tindakan rerambut dan sebagainya. Ini akan mendatangkan masalah kelembapan pada dinding bangunan, boleh mengurangkan kekuatan struktur akibat karatan dalaman, merosakkan lepaan dan cat bangunan.