hari wesak
DESCRIPTION
SAMBUTAN HARI WESAKTRANSCRIPT
Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari
Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima
di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.
Lazimnya, penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha yang dilambangkan
oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata.
Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana (Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada
perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.
Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama
Buddha di seluruh dunia. Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:
1. Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.
2. Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya
pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.
3. Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.
Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi -
1341 Masihi). Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.
Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pes
anan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di
dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat
menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci
oleh Kuih Bulan yang manis itu.
Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Jesus
Christ telah dihidupkan kembali. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir
bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur),
menurut kitaran bulan.
Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci ‘Holy Week’ disambut oleh mereka dan
pada Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib.
Pada Ahad Palma ‘Palm Sunday’ yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap
penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.
Perayaan Easter terkenal dengan pemberian telur berwarna-warni yang berisikan coklat. Tradisi memberi telur sebenarnya bukan tradisi Kristian tetapi
merupakan tradisi kuno Yunani merayakan datangnya musim bunga. Perayaan
musim ini selalunya dirayakan dengan meriah mengiringi kegembiraan meninggalkan
musim dingin yang suram dan beku. Telur adalah lambang kesuburan.