hari wesak

40
Sabtu lepas, berlangsungnya satu perhimpunan Bersih 3.0 yang mana rata-rata rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengannya beberapa minggu lalu. Perhimpunan itu diumumkan oleh pengerusi bersama Bersih 2.0 iaitu Datuk A Samad Said dan Datuk S Ambiga. Ini adalah kali pertama aku menulis dan kebiasaannya aku mendokumenkan sesuatu cerita menggunakan visual. Jadi maafkan aku jika penulisan aku tampak hambar. Harapan aku pada pembaca agar dapat meluangkan sedikit masa membaca artikel ini hingga ke akhir kalam. Aku rasa terpanggil untuk menulis ini bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak. Baik pihak Polis Di Raja Malaysia, Bersih 3.0 dan juga DBKL. Aku harap pembaca semua jelas dengan kedudukan aku sebagai wartawan video, aku cuba sebaik mungkin untuk tidak berat sebelah dalam penulisan aku ini. Aku menulis berdasarkan pendapat sebagai seorang wartawan video. Tepat jam 8 pagi aku tiba di Masjid Jamek dengan membonceng motosikal seorang teman dari media

Upload: vasandi

Post on 07-Aug-2015

124 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hari Wesak

Sabtu lepas, berlangsungnya satu perhimpunan Bersih 3.0 yang mana rata-rata rakyat Malaysia sudah sedia maklum dengannya beberapa minggu lalu. Perhimpunan itu diumumkan oleh pengerusi bersama Bersih 2.0 iaitu Datuk A Samad Said dan Datuk S Ambiga. Ini adalah kali pertama aku menulis dan kebiasaannya aku mendokumenkan sesuatu cerita menggunakan visual. Jadi maafkan aku jika penulisan aku tampak hambar. Harapan aku pada pembaca agar dapat meluangkan sedikit masa membaca artikel ini hingga ke akhir kalam.Aku rasa terpanggil untuk menulis ini bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak. Baik pihak Polis Di Raja Malaysia, Bersih 3.0 dan juga DBKL. Aku harap pembaca semua jelas dengan kedudukan aku sebagai wartawan video, aku cuba sebaik mungkin untuk tidak berat sebelah dalam penulisan aku ini. Aku menulis berdasarkan pendapat sebagai seorang wartawan video.Tepat jam 8 pagi aku tiba di Masjid Jamek dengan membonceng motosikal seorang teman dari media antarabangsa. Setibanya aku di lokasi, aku dapat lihat ramai golongan anak muda dari pelbagai etnik bangsa berpusu-pusu untuk hadir ke pintu masuk Dataran Merdeka. Kelihatan juga golongan pertengahan umur dan beberapa OKU sedang duduk berehat dibahu-bahu jalan dan kaki lima OCBC Bank.Hampir 20 minit aku cuba manfaatkan masa tersebut untuk menghantar visual yang paling awal untuk tontonan pembaca di FMT dan juga warga YouTube di seluruh dunia yang mengikuti arus

Page 2: Hari Wesak

perdana politik Malaysia. Setelah video pertama dimuat-naik, aku mundar-mandir dari Masjid Jamek ke Dataran Merdeka bagi mendapatkan lagi visual yang menarik.Secara jujurnya, aku dan beberapa wartawan merasa teramat bosan mungkin kerana sepanjang liputan yang melibatkan demonstrasi, kami lebih banyak berarak. Tapi kali ini hanya sekadar duduk. Jadi mungkin ada dikalangan pembaca yang menghadiri perhimpunan tersebut dapat melihat terlalu banyak wartawan video dan foto berlegar-legar untuk mendapatkan shot yang menarik.Setelah siap mendapatkan visual terbaru untuk jam 1 tengahari dan bersedia untuk dimuat-naik, aku sempat berbual-bual dengan beberapa anggota polis yang bertugas pada hari tersebut ketika sedang membuat sedikit suntingan pada visual yang hendak dihantar. Semuanya ramah dan senang didekati. Ada juga yang merungut hanya sempat menonton sebahagian dari filem The Avengers, kerana dipanggil bertugas.Ketika sedang cuba memuat-naik visual, tiba-tiba kedengaran hiruk-pikuk anggota polis yang sedang makan dan berehat meluru ke atas Jalan Tun Perak dan pasukan FRU sedang bersiap sedia di posisi masing-masing bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Aku terpaksa membatalkan usaha aku memuat-naik visual dan segera ke bahagian hadapan polis. Suasana makin hangat ditambah pula dengan panas terik, aku dan beberapa wartawan lain bersepakat untuk mengambil gambar dari dalam Dataran Merdeka.Setelah berjaya masuk kami kemudian berpecah cuba mendapatkan sudut masing-masing. Waktu menunjukkan hampir jam 3 petang. Aku cuba mencuri masa untuk memuat-naik semula visual yang tergendala sebentar tadi. Namun usaha itu sekali lagi gagal kerana dengan tidak semena-mena sorakan dari peserta demonstrasi bergema kuat,  mereka merempuh kawat duri dan pagar sementara yang dinaikkan oleh DBKL dan polis. Pengamal media yang bertugas lintang-pukang menyelamatkan peralatan mereka. Anggota polis barisan hadapan juga bertempiaran lari.FRU bertindakSusulan kejadian yang langsung tidak dijangkakan ini, pihak FRU mula bertindak dengan menyembur air dan gas pemedih mata bertubi-tubi. Ada juga kelihatan sekumpulan lelaki berpakaian kuning melontar batu ke arah kami dan juga pihak polis. Seperti media lain, apa pun yang berlaku, akan kami cuba sehabis baik merakamkan situasi tersebut. Waktu menunjukkan hampir jam 4 petang dan pihak polis mula berjaya membuat tangkapan.Malangnya setiap kali tangkapan dibuat, kami sebagai media tidak dibenarkan merakamkan kejadian tersebut. Ketika aku mengejar sekumpulan polis dari belakang yang sedang mengheret seorang peserta perhimpunan, kelihatan wajah lelaki tersebut berlumuran darah dan aku tidak berhenti merekod hinggalah aku diserang

Page 3: Hari Wesak

seorang polis. Polis tersebut mengherdik aku untuk memadamkan kamera. Tak cukup dengan itu salah seorang polis bertindak bacul menyimbah kamera aku dengan air.Aku mula merasa pelik kerana sepanjang tujuh tahun bertugas sebagai media tidak pernah sekalipun dilayan sedemikian oleh pihak polis. Mana pergi sikap polis yang ramah dan mesra tadi? Tidak berfikir panjang aku beredar dari situ bagi mencari posisi yang lebih selamat. Aku menghampiri beberapa media lain dan mereka juga menyatakan dilayan sedemikian. Aku hairan, apakah pengamal media ini merupakan satu ancaman pada pihak polis juga?Pihak DBKL juga tidak terlepas dari bertindak seperti polis dan cuba mencederakan aku. Pekikan seperti “kau tak blah (pergi) aku tangkap kau!” sambil merentap beg sandang aku, terang-terang cuba mengugut media yang bertugas. Aku hanya mempersoalkan adakah di bawah bidang kuasa DBKL, mereka juga boleh membuat tangkapan? Jika boleh, di manakah orang yang ditangkap akan dibawa? Setor simpanan peralatan kebun DBKL? Aku tak pertikai pihak polis dan DBKL yang bertugas, tapi apa rasionalnya menyerang media yang juga bertugas? Kami juga bertugas seperti anda. Mungkinkah kerana pekerja DBKL yang pernah cuba memohon sebagai anggota sebagai polis tapi gagal, lalu berangan cuba bertindak seperti lagak polis? Ini memalukan!Siang tadi Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien mengeluarkan kenyataan bahawa rampasan kamera dan kad memori adalah sebahagian dari SOP (Standard Operation Procedure) polis. Sejak bila? Atas dasar apa rampasan itu dibuat? Apa yang KDN dan pihak polis cuba sorok? Tripod milik rakan media juga dirampas. Tripod bukan boleh merakamkan visual. Aku tak rasa polis begitu bodoh hingga perlu merampas tripod. Kami sebagai pengamal media hanya mahukan semua pihak hormati yang kami sedang bertugas seperti mana kami menghormati anda semua bekerja. Kenapa terlalu agresif hinggakan ada pengamal media yang lain cedera parah? Kenapa mesti bertindak hingga memukul media yang bertugas? Tindakan seperti ini serta-merta mencalarkan imej polis yang kononnya mesra tetapi tidak ubah seperti beruk terkinja menyerbu dusun orang. Sangat jelik!Tidak cukup dengan kekerasan tindakan polis dan DBKL, ditambah pula para peserta demonstrasi yang taksub menghenyak seorang jurugambar media tempatan hingga pecah kepala. Sumber yang dikeluarkan  media arus perdana dan online, beliau cuba mengeluarkan anggota polis dari kenderaan yang terbabas. Namun niat baik beliau disalah tafsir. Peserta demo terus membelasahnya tanpa usul periksa. Ya benar, jika seseorang pengamal media melibatkan diri dalam sesuatu situasi begini boleh dikira melanggar etika kewartawanan. Namun tidak bolehkah peserta demonstrasi ini

Page 4: Hari Wesak

melihat dari sudut kemanusiaan? Dan semua pengamal media yang dibelasah, dirampas kamera, tripod dan juga kad memori, masing-masing mengenakan tag media Kementerian Penerangan di leher mereka. Bukan tag yang dilaminat di kedai alat tulis! Kegilaan apa ini?Akhir kalam, buat sahabat media yang tercedera akibat dipukul peserta demonstrasi dan juga polis, aku mendoakan kalian agar cepat sembuh dan dapat  bertugas semula. Moga dengan apa yang berlaku tidak mematahkan semangat kalian untuk terus menyebarkan maklumat pada semua. Aku juga berharap pihak yang bertanggungjawab dapat menguraikan segala yang tersimpul di fikiran kami. Minta maaf sahaja tidak memadai. Untuk pengetahuan anda, burung kakak tua pun boleh diajar minta maaf.

Page 5: Hari Wesak
Page 6: Hari Wesak
Page 7: Hari Wesak

Hari WesakDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cariHari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Lazimnya,penganut ajaran Buddha akan mengunjungi kuil Buddha pada waktu pagi untuk memberikan penghormatan kepada Buddha,yang dilambangkan oleh simbol-simbol Buddha seperti Pagoda, patung Buddha, pokok Bodhi dan Sarikata (relik Buddha). Para penganut juga akan melafazkan semula Tisarana(Tiga Perlindungan: Buddha, Dhamma dan Sangha) untuk memperbaharui komitmen mereka kepada ajaran Buddha. Perlindungan, dalam pengertian ajaran Buddha merujuk kepada perlindungan daripada kesengsaraan dan ketidakpuasan duniawi.

▪Berlindung kepada Buddha membawa maksud menyanjungi Buddha sebagai Guru Agung yang telah menunjukkan cara untuk mendapat kedamaian dalam kehidupan.

▪Berlindung kepada Dhamma bermaksud keyakinan serta mengamalkan ajaran Buddha untuk mendapat kedamaian dalam hidup iaitu Nibbana.

▪Berlindung kepada Sangha bermaksud mendapat sokongan serta menyokong sesama umat Buddha dalam mengamalkan ajaran Buddha.

Memusatkan fikiran kepada lapan prinsip "Precepts" sementara para sami yang memakai sarung kuning akan membaca kitab Buddha "Sutras".

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.

Ia dirayakan dalam bulan Mei pada waktu terang bulan (purnama sidhi) untuk memperingati tiga peristiwa penting, iaitu:

1.Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.

2.Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.

Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Page 8: Hari Wesak

Sejarah Hari Wesak

Pada hari Selasa, 17 Mei 2011... adalah cuti kelepasan am bagi semua penjawat awam..... Sebab hari ni adalah Hari Wesak.... apakah hari wesak nie? Hari yang menyebabkan korang menagis teresak-esak ker? Atau hari sambutan korang nak bershopping sakan? Ke ada orang Islam nak sambut hari Wesak nih? Untuk menjawab persoalan tu.... kena la tau sejarah hari Wesak......

Hari veesak atau dikenali oleh kita Wesak day ialah bersamaan malam 15 bulan 6 (kiraan kelander lunar thai) dikenali,"Veesakhabhucha", dimana aktiviti sembahyang, wean tean (pusing lilin) di wat-wat buddha, akan diadakan buat penganut buhddha seluruh dunia hari ini. Wesak bersamaan dengan hari prakpudtakchao (Gautama Buddha) lahir, berjaya tradsaru (enlightenment) dan ke syurga. Veesakhabhucha(wesak) singkatan dari perkataan "veesakhaphrurakmeebhucha".

Hari Wesak merupakan hari terpenting bagi penganut agama Buddha kerana hari Wesak melambangkan Kelahiran, Pencerahan Agung, dan Kewafatan Gautama Buddha. Hari Wesak juga dikenali dengan nama Visakah Puja atau Buddha Purnima di India, Vesak di Singapura, Visakha Bucha di Thailand, dan Wesak di Sri Lanka.

Hari wesak ialah salah satu hari penting dalam agama buddha kerana hari ini jatuh bersamaan 3 perkara kejadian penting dalam satu waktu ialah hari lahir, berjaya dan ke syurga Gautama Buddha. Antara 3 kejadian penting ialah - ▪Kelahiran Siddharta Buddha di Taman Lumbini pada tahun 623 S.M.

▪Siddharta Buddha mendapat ilham Agung dan menjadi Buddha di Buddha-Gaya pada usia 35 tahun di tahun 588 S.M.

▪Buddha Gautama mangkat di Kusinara pada usia 80 tahun di tahun 543 S.M.

Disebab 3 perkara penting menjadi serentak dalam tarikh dan bulan yang sama walaupun jarak perbezaan tahun lamanya,dengan itu wujudlah hari ini,wesak day untuk mengingati agama buddha dan gautama.SUMBER - Wikipedia

Page 9: Hari Wesak

Dikalangan penganut Buddha di Singapura dan Taiwan, terdapat amalan mencederakan diri ketika menyambut hari Wesak seperti berjalan di atas bara api sebagai menyambut hari kelahiran dewa Bao-sheng Da-di.

Selepas itu penganut Buddha akan bersembahyang dan melepaskan burung merpati. Hari Wesak juga merupakan hari memberi makan kepada orang miskin dan sedekah kepada para sami. Hari Wesak dirayakan oleh semua penganut ugama Budha di seluruh dunia.

Hari Wesak ni hari penting untuk orang agama Buddha sebab ia melambangkan kelahiran dan kewafatan Gautama Buddha. Hari wesak disambut pada bulan Mei pada waktu terang bulan : Wikipedia

Page 10: Hari Wesak

Aktiviti Hari Wesak : Waktu Hari Wesak, penganut ajaran Buddha akan pergi kuil Buddha pada waktu pagi untuk bagi penghormatan kepada Buddha seperti simbol Pagoda, Patung Buddha, Pokok Bodhi & Sarikata.Lepas diorang bagi penghormatan pada pokok dan patung tu, diorang sembahyang dan lepaskan burung merpati pulak.

Nilai murni : Selain sembahyang di kuil, Hari Wesak juga merupakan hari memberi makanan pada orang miskin dan sedekah pada para sami.

 Gambar Gautama Buddha

Page 15: Hari Wesak

Gambar Pokok Bodhi

 

Gambar Pokok Bodhi

Page 22: Hari Wesak

Perayaan Wesak

OlehBhante Dr K Sri Dhammananda

Apakah Wesak ?

Di dalam takwim Buddhis, hari yang paling penting dan dikenali oleh ramai umat Buddhis dan juga yang bukan Buddhis ialah Hari Trisuci Wesak. Wesak ialah satu bulan di dalam takwim India dahulu kala yang biasanya jatuh pada bulan Mei. Akan tetapi, kadangkala bulan Wesak itu bermula pada hujung bulan April ataupun berlanjutan hingga awal bulan Jun. Wesak berasal daripada perkataan Pali “Wesakha” atau perkataan Sanskrit “Waishakha: Di beberapa negara, hari Wesak juga dikenali sebagai hari Buddha.

Ketetapan W.F.B.

Page 23: Hari Wesak

Keputusan untuk merayakan Wesak sebagai hari keputeraan Buddha telah dibuat di dalam persidangan pertama Persaudaraan Buddhis Sedunia (World Fellowship of Buddhists - WFB) yang diadakan di Sri Lanka pada tahun 1950. Ketetapan itu berbunyi seperti berikut:

“Persidangan W.F.B. ini merakamkan perhargaan kepada Duli Yang Teramat Mulia, Maharaja Nepal dalam mengistiharkan hari bulan purnama Wesak sebagai cuti umum di Nepal. Pada masa yang sama, persidangan ini dengan ikhlasnya meminta semua ketua kerajaan yang negaranya mempunyai penduduk beragama Buddha sama ada ramai atau sedikit, mengambil langkah untuk mengumumkan hari bulan purnama di dalam bulan Mei sebagai Hari Buddha dan meraikannya sebagai cuti awam. Perkara ini dilakukan untuk memberi penghormatan kepada Gautama Buddha yang diakui umum sebagai salah seorang penyumbang bakti yang terbesar kepada manusia.”

Di dalam mesyuarat W.F.B. yang berikutnya, banyak usul berhubung dengan perayaan Wesak atau Hari Buddha juga telah diluluskan. Mesyuarat W.F.B. yang telah diadakan di Rangoon, Burma pada tahun 1954, telah meluluskan perkara berikut:

“Persidangan W.F.B. ini memohon kepada kerajaan India supaya mengumumkan Hari Purnama Buddha (hari bulan purnama dalam bulan Mei) sebagai cuti umum bagi seluruh negara India.”

Di dalam mesyuarat W.F.B. keempat yang diadakan di Nepal pada tahun 1956, satu usul yang serupa berbunyi seperti berikut telah diluluskan:

“Kerajaan Pakistan dipohon untuk mengumumkan Hari Trisuci Wesak Purnama (hari bulan purnama dalam Mei) sebagai cuti umum bagi setiap tahun yang akan datang.’

Di dalam Persidangan Dunia yang keenam di Phnom Pehn, Kampuchea, pada tahun 1961, persidangan telah

Page 24: Hari Wesak

memutuskan “Hari bulan purnama yang pertama di dalam bulan Mei diiktiraf sebagai Hari Buddha dan dirayakan seperti yang sewajarnya.”

Pada tahun 1976, persidangan W.F.B. yang ke sebelas diadakan di Bangkok, Negeri Thai. Keputusan untuk menentukan satu hari umum untuk meraikan Wesak telah dibangkitkan lagi dan keputusan yang berikut telah dibuat:

ahawa diputuskan Majlis berasa adalah perlu usul untuk menyambut hari Wesak pada hari yang sama dilaksanakan. Oleh itu, Jawatankuasa ini ingin menyarankan kepada sidang pleno sekali lagi untuk melaksanakan usul yang dibuat dan diluluskan oleh Persidangan Umum yang lalu."

Wesak Sebagai Cuti Umum di Malaysia

Selain daripada ketetapan yang diluluskan oleh Mesyuarat Dunia W.F.B., pada tahun 1961 umat Buddhis di Malaysia telah membuat satu rayuan kepada kerajaan Malaysia untuk mengumumkan hari Wesak sebagai cuti umum di Malaysia. Hujah – hujah yang panjang telah dikemukakan dan di antaranya seperti berikut:

“Di dalam mengusulkan ketetapan yang dibuat, kami dengan penuh harapan membuat rayuan kepada Tuan untuk menimbangkan rayuan kami supaya hari purnama Wesak diumumkan sebagai cuti umum bagi Persekutuan Tanah Melayu pada setiap tahun. Di masa yang lalu, tidak terdapat kata sepakat sesama umat Buddhis di Malaysia tentang tarikh untuk memperingati Hari Keputeraan Gautama Buddha. Terdapat mereka yang merayakan Hari tersebut pada hari kelapan bulan keempat di dalam kalendar Cina dan yang lain pula merayakan hari kelimabelas bulan purnama di dalam bulan keempat. Ketiadaan kata sepakat ini telah menentang arus untuk bersama – sama memohon cuti umum tersebut sehingga sekarang. Selaras dengan ketetapan yang dibuat ini (yang

Page 25: Hari Wesak

baru), semua ramat beragama Buddhis di seluruh Persekutuan Tanah Melayu kini bersetuju untuk menyambut Hari Keputeraan Gautama Buddha pada bulan purnama Wesak (hari bulan purnama di dalam bulan Mei) dan juga dipersetujui bahawa upacara di semua Vihara Buddhis akan dijalankan pada hari tersebut.“ Hari Wesak merupakan hari yang paling suci di antara semua hari suci Buddhis yang lain. Wesak memperingati Hari Keputeraan Gautama Buddha, hari Beliau mencapai Pencerahan Sempurna dan hari Buddha mencapai “Parinibbana”, iaitu hari Buddha mangkat. Hari peringatan Trisuci ini umumnya diraikan oleh umat Buddhis dengan penuh penghormatan. Pengikut – pengikut akan mengkhaskan hari ini untuk menjalankan aktiviti – aktiviti yang berpahala seperti menderma kepada fakir miskin, memberi persembahan kepada Vihara, melafazkan sutta, bermeditasi, mendengar ceramah Dhamma serta mengikuti Sila.”

Walau bagaimanapun, sementara satu kempen di seluruh negara sedang dilancarkan untuk mendapat tandatangan daripada semua pemimpin Buddhis untuk menyokong ketetapan ini, kerajaan kita telah bermurah hati dan bersetuju untuk mengumumkan Hari Wesak sebagai hari cuti umum berkuatkuasa daripada tahun 1962.

Kelahiran Seorang Putera Yang Mulia

Wesak merupakan satu hari yang sungguh bermakna bagi jutaan umat Buddhis yang merupakan satu perlima daripada jumlah penduduk di dunia ini. Di beribu – ribu vihara seluruh dunia yang merentangi dari Tokyo di timur hingga San Francisco di barat, umat Buddhis akan memberi penghormatan kepada seorang putera yang telah meninggalkan kesenangan dunia ini di istana untuk membawa ketenangan dan kebahagiaan kepada manusia.

Buddha atau “Yang Telah Mencapai Pencerahan Sempurna Tertinggi” dilahirkan, dalam tahun 623 Sebelum Masehi (S.M.) pada hari bulan purnama Wesak. Putera muda ini diberi nama Siddhattha atau “Yang Membawa Segala Kebaikan”. Ibu – bapanya, Raja Suddhodana dan

Page 26: Hari Wesak

Permaisuri Mahamaya memerintah sebuah kerajaan kecil yang dipanggil Kapilavattu di utara India.

eorang Putera Yang Luarbiasa Kebijaksanaannya

Siddhattha Gautama telah disediakan dengan segala kenikmatan atau kepuasan duniawi yang boleh dibekalkan oleh sesebuah istana. Ibu bapanya melindunginya daripada hakikat dunia luar yang sebenar. Keunggulannya di dalam bidang sukan dan kepintarannya yang luar biasa itu tidak dapat memberinya kepuasan dengan keseronokan yang Beliau selalu bermeditasi. Pada suatu bersifat sementara sahaja.

Beliau ternampak seekor katak hampir – hampir ditelan oleh seekor ular. Pada ketika itu, seekor helang telah datang menyerang dengan mengejut dan terbang dengan ular dan katak di dalam mulutnya. Peristiwa ini telah menyebabkan nya memikir: Hidup manusia sama; mereka yang kuat sentiasa memusnahkan mereka yang lemah dan begitulah seterusnya. Hakikat ini telah menyedarkannya bahawa kebahagiaan hanya dapat dicapai apabila semua perjuangan untuk terus hidup (kemandiran diri) ditamatkan.

Pada suatu hari, semasa beliau berada di luar perkarangan istana, beliau terlihat seorang tua yang bongkok kerana usianya yang sudah lanjut, seorang yang menghadapi penyakit serta mayat yang diusung. Putera yang muda itu berasa ngeri apabila beliau memahami bahawa badan manusia yang telah dijaga dengan begitu baik semasa muda boleh juga mengalami kesengsaraan akibat usia yang lanjut, penyakit dan kematian. Dia pun mula merenung secara mendalam dan memutuskan untuk berusaha mencari penawar yang dapat mengubati kesengsaraan seumpama ini.

Putera Siddhartha juga terlihat seorang pendita yang berpakaian ringkas tetapi kelihatan berseri dan tenang. Ketenangannya itu ialah ketenangan yang dipunyai oleh seorang yang sanggup melepaskan segala kepuasan

Page 27: Hari Wesak

nafsu indera. Putera Siddhartha betul – betul kagum dengan kebahagiaan dan ketenangan yang diperlihatkan oleh pendita itu.

Sebaik sahaja beliau kembali ke istana, Prince Siddhattha yang pada ketika itu berumur 29 tahun, mengambil keputusan untuk meninggalkan kesemua kekuasaan duniawi yang diwarisi olehnya dan mencari jawapan kepada persoalan yang dihadapi olehnya. Apakah yang menyebabkan manusia menderita? Apakah jalan untuk menuju ke arah kebahagiaan mutlak ?

Beliau telah berguru kepada beberapa guru yang bijaksana tetapi kebijaksanaan mereka amat terhad. Mereka tidak dapat membantunya mencapai Pencerahan Sempurna yang dicari olehnya. Justeru itu, beliau mengambil keputusan untuk mencari jalan hidup yang benar melalui usaha beliau sendiri. Perjuangan untuk mendapatkan kesedaran tentang Kebenaran tersebut telah mengambil masa selama 6 tahun. Salah satu daripada aspek pertama yang disedari oleh Beliau adalah untuk mencari Jalan Tengah, iaitu tidak mengikuti jalan yang melampau. Beliau berpendapat bahawa tidak seharusnya beliau terlalu menikmati keseronokan duniawi atau menyiksa diri dengan melampau. Oleh itu untuk menenangkan minda kita demi mencapai penyucian, kita mesti bersederhana di dalam semua aspek hidup.

Pencerahan Sempurna Buddha

Akhirnya pada hari ulangtahun Beliau yang ke – 35, juga hari bulan purnama Wesak, semasa duduk di bawah pohon Bodhi di Buddha Gaya, Putera Siddhattha telah menjadi seorang Buddha iaitu Yang Telah Mencapai Pencerahan Sempurna. Selama 45 tahun berikutnya, Buddha telah mengembara di utara India untuk menyampaikan Ajaran Beliau tentang kasih sejati terhadap semua makhluk hidup serta kesedaran tentang sifat sebenar kewujudan.

Kesedaran Tentang Kebenaran

Page 28: Hari Wesak

Beliau sedar bahawa kejahilan manusia merupakan punca bagi semua kesengsaraan. Manusia berpegang kuat kepada khayalan peribadi. Akibatnya, timbul keinginan untuk memuaskan “diri”, sedangkan diri hanya suatu konsep sahaja bukannya realiti. Asas ajarannya adalah Empat Kebenaran Mulia. Pertamanya, ialah Kebenaran Mulia tentang penderitaan. Hidup ini penuh dengan kesengsaraan yang merangkumi usia tua, kesakitan, kematian dan ketiadaan kebahagiaan. Manusia berebut – rebut untuk memperolehi kebahagiaan tetapi ini hanya diakhiri dengan lebih penderitaan, lebih kesakitan dan lebih ketidakpuasan. Kedua ialah Kebenaran Mulia tentang punca penderitaan. Ketamakan kita, ego dan kehendak kita yang tidak ada batasan merupakan punca penderitaan. Ketiga ialah Kebenaran Mulia tentang tamatnya penderitaan. Apabila kehendak dihapuskan, berakhirlah juga penderitaan. Kebenaran Mulia yang keempat ialah jalan untuk memimpin kita ke arah tamatnya penderitaan.

Beliau kemudian menjelaskan Jalan tersebut, iaitu Jalan Mulia Lapan Faktor seperti berikut:

▪ Pemahaman benar

▪ Pemikiran benar

▪ Pertuturan benar

▪ Tindak – tanduk benar

▪ Cara sara – hidup benar

▪ Usaha benar

▪ Kesedaran benar

▪ Samadhi (Konsentrasi) benar

Kemangkatan Gautama Buddha

Seperti juga pengasas agama yang lain, Buddha turut

Page 29: Hari Wesak

menerima bangkangan terhadap ajarannya. Akan tetapi ramai yang telah menyedari ajarannya dan mengikutinya. Mereka mempelajari cara untuk menjalani satu hidup beragama yang sepatutnya demi melepaskan diri daripada kesengsaraan yang diakibatkan oleh kewujudan. Akhirnya, selepas 45 tahun berDhamma, ketika berbaring di bawah sepohon pokok sala, di depan satu perhimpunan besar para bhikkhu, Gautama Buddha mangkat di Kusinara. Kemangkatannya juga dikenali sebagai Mahaparinibbana atau pencapaian tertinggi di dalam kedamaian dan kebahagiaan. Peristiwa bersejarah ini juga berlaku pada hari purnama Wesak. Takwim Buddhis dikira bermula daripada Mahaparinibbana (Kemangkatan) Buddha.

Hari Trisuci

Justeru itu pada hari Wesak, umat Buddhis daripada setiap pelusuk dunia memperingati tiga peristiwa yang penting iaitu Kelahiran, Pencerahan Sempurna dan Kemangkatan Gautama Buddha. Agama Buddha berkembang dari India ke seluruh pelusuk dunia. Ajarannya telah diserap ke dalam kebudayaan penduduk tempatan yang menerima ajarannya. Lantas, kebudayaan dan kesenian Buddhis yang merangkumi berbagai aspek, kebaikan hati dan sifat lemah – lembut mula terbentuk kerana Buddha dengan jelasnya telah melarang penggunaan kekerasan.

Oleh yang demikian, Wesak dirayakan dengan berbagai cara di merata dunia. Akan tetapi pada hakikatnya, banyak amalan ini telah menjadi universal. Satu perkara penting yang harus diingati ialah hari yang suci ini merupakan satu hari untuk perayaan agama dan bukannya untuk perayaan berpesta, minum minuman keras dan menari. Pada hari Wesak, semua umat Buddhis diharap menegakkan keyakinan mereka di dalam agama Buddha dan menjalani hidup yangberlandaskan agama. Wesak juga merupakan satu hari bagi mengamalkan meditasi dan memancarkan Metta – Kasih Sejati.

Bagaimana Menyambut Hari Wesak

Page 30: Hari Wesak

Pada hari Wesak, umat Buddhis diharapkan berhimpun di Vihara sebelum terbitnya fajar untuk menaikkan bendera Buddhis dan menyanyi lagu agama demi memberi hormat kepada Tiratana – iaitu Buddha, Dhamma (Ajarannya) serta Sangha (para bhikkhunya).

Pengikut agama Buddha boleh membawa persembahan yang ringkas seperti bunga, lilin dan colok dan mempersembahkannya kepada Guru mereka yang agung. Persembahan simbolik ini mengingatkan kita bahawa seperti juga bunga yang cantik akan layu di dalam masa yang pendek dan lilin dan colok akan habis membakar dengan cepatnya, hidup kita juga menghadapi pereputan dan disintegrasi. Umat Buddhis diajar menjauhkan diri daripada membunuh sebarang makhluk hidup. Mereka digalakkan menjamu makanan vegetarian pada hari tersebut. Di setengah negara, terutamanya di Sri Lanka, dua hari diperuntukkan untuk merayakan hari Wesak dan semua kedai minuman keras dan rumah sembelih ditutup atas warta kerajaan. Ribuan burung dan binatang juga dibebaskan sebagai tanda simbolik memberikan kebebasan kepada mereka yang di dalam tawanan.

Walau bagaimanapun, kita tidak digalakkan membebaskan burung di dalam bandar yang penuh sesak kerana melalui tindakan ini, kita akan menyebabkan kerumitan kepada burung yang sedang keliru itu dan ia tidak dapat terbang jauh setelah sekian lama berada di dalam tawanan. Peniaga burung yang tidak bertimbangrasa akan menangkap semula burung itu untuk dijual semula kepada pengikut agama Buddha yang baik hati. Sekiranya burung itu dibebaskan di kawasan luar bandar, burung itu akan mencapai kebebasan yang sebenarnya. Sesetengah Buddhis akan memakai pakaian putih yang ringkas dan berada sepanjang hari di vihara dengan membaharui keazaman mereka untuk mengikuti Sila. Wesak juga merupakan hari untuk bermeditasi dan mengikuti Lapan Peraturan Hidup.

Seseorang Buddhis yang taat akan berazam mengikuti Panca Sila (Lima Peraturan Hidup) untuk memahami cara

Page 31: Hari Wesak

menjalani hidup yang mulia yang berlandaskan Ajaran Buddha. Walau bagaimanapun pada hari-hari yang istimewa, terutamanya pada hari bulan baru dan hari bulan purnama, mereka mengikuti beberapa peraturan tambahan untuk melatih diri mereka mengamalkan kesusilaan, kesederhanaan dan sifat merendah diri.

Lapan Peraturan Hidup tesebut terdiri daripada:

▪ Menghindari membunuh

▪ Menghindari mencuri

▪ Menghindari aktiviti seks

▪ Menghindari ucapan yang tidak benar

▪ Menghindari minuman keras dan dadah

▪ Menghindari makanan pada masa yang tidak berpatutan

▪ Menghindari daripada kepuasan nafsu indera seperti menari, menyanyi dan menghiaskan diri

▪ Menghindari daripada menggunakan tempat yang tinggi dan mewah untuk mengamalkan nilai merendah diri

▪ Membawa Kebahagiaan Kepada Orang Lain▪▪ Meraikan hari Wesak juga bermakna berusaha

membawa kebahagiaan kepada mereka yang tidak bernasib baik seperti orang tua serta mereka yang cacat dan sakit. Untuk maksud ini, umat Buddhis akan menderma wang dan barang – barang keperluan kepada berbagai rumah kebajikan di seluruh negara. Wesak juga merupakan masa untuk berasa riang dan gembira. Akan tetapi, kegembiraan ini bukan dicapai dengan memuaskan keinginan diri sendiri sahaja tetapi juga dengan memberi tumpuan kepada aktiviti – aktiviti yang berguna seperti

Page 32: Hari Wesak

menghiasi dan menerangi vihara serta melukis dan menggubah lukisan yang menggambarkan riwayat hidup Buddha untuk disebarkan kepada orang ramai. Umat Buddhis juga berpusu – pusu membekalkan minuman dan makanan vegetarian kepada mereka yang melawat vihara untuk memberi hormat kepada Buddha.

▪ Perarakan Kereta Berhias▪ Sejak kebelakangan ini, banyak persatuan Buddhis

telah mengadakan perarakan kereta berhias yang membawa imej Buddha bagi merayakan Hari Wesak. Sebenarnya, memang tidak ada tradisi mengadakan perarakan kereta berhias di negara – negara Buddhis. Namun demikian, tidak rugi kalau kita mengadakannya, jika perarakan seperti ini dapat meningkatkan keyakinan dan membantu memimpin seseorang itu ke arah hidup beragama. Malangnya, sesetengah usaha pembinaan kereta berhias ini terlalu dipentingkan sehingga mereka lupa pada erti Wesak yang sebenarnya. Mereka membazir sejumlah wang yang besar ke atas kereta – kereta berhias dan perhiasan sedangkan wang ini boleh digunakan untuk maksud yang lebih bermanfaat seperti menyebarkan Dhamma dan menderma bagi mengurangkan penderitaan orang lain. Lebih baik jika perarakan yang diadakan itu dapat dihadkan kepada skala yang berpatutan dengan satu kereta berhias dan vihara pula dihiasi dengan sederhana supaya menggalakkan orang ramai melawat vihara dan memberi perhatian kepada puja dan bukan hanya semata – mata untuk melihat perhiasan. Hari Wesak akan lebih bermakna jika orang ramai digalakkan untuk memahami agama Buddha dengan lebih mendalam, mempraktik sifat kedermawan, bermeditasi untuk melatih minda, menjauhkan diri daripada kekejaman dan berusaha meningkatkan tahap spritual mereka. Manusia mestilah mempraktikkan kasih sejati dan sanggup memahami sesama mereka.

▪ Cara Yang Betul Untuk Memberi Penghormatan Kepada

Page 33: Hari Wesak

Buddha▪ Gautama Buddha sendiri telah memberi nasihat yang

bernilai tentang cara memberi penghormatan kepadanya sebelum kemangkatan Beliau. Sebelum mangkat, Beliau nampak bhikkhunyanya yang setia dan telah banyak berbakti kepadanya, iaitu Ananda meratapi pemergiannya. Gautama Buddha menasihatinya supaya jangan menangis tetapi memahami hukum universal (alam) iaitu semua benda yang terjadi (termasuk jasad Gautama Buddha) mestilah mengalami disintegrasi. Buddha menasihati semua yang hadir supaya jangan menangis setelah pereputan jasad fizikal Beliau tetapi menghormati Ajarannya (Dhamma) sebagai guru mereka, sebab hanya DHAMMA (KEBENARAN) sahaja yang akan kekal abadi dan tidak tertakluk kepada hukum ketidak kekalan. Beliau juga menekankan bahawa cara memberi hormat kepada Buddha bukan hanya semata – mata dengan persembahan bunga, kemenyan dan cahaya tetapi dengan benar – benar dan ikhlasnya mengikuti ajarannya.

▪ Beginilah caranya kita harus menyambut perayaan Wesak:

▪ Gunakan peluang ini bagi menguatkan azam kita untuk menjalani hidup yang mulia, mengembangkan minda kita, mempraktikkan kasih sejati dan membawa kedamaian dan keharmonian kepada seluruh umat manusia.