harapan bagopengr - gopeng.files.wordpress.com · • telah bertunang dengan keluarga soh di batu...

4
Diterbit & dicetak oleh: Parti Keadilan Rakyat 37A, Medan Lagenda 1,Taman Lapangan Permai, 31350 Ipoh, Perak Tel/Fax: 05-3114608 Email: [email protected] Website: http://gopeng.wordpress.com “Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keter- angan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan…” (surah al hadiid: 25) Kebobrokan dan kezaliman berterusan tidak boleh lagi dibiarkan. Oleh kerana itu PAS, DAP dan PKR bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat. Kami bertekad menegak- kan Keadilan dan membawa perubahan kepada sistem yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat melewati batas ras kebu- dayaan serta kepercayaan. Tragedi yang menimpa Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, Kugan dan Teoh sewajarnya mengingatkan kita, Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban untuk bersatu segera melakukan Pe- rubahan. - Anwar Ibrahim Dalam Islam tetamu wajib dihormati dan dilindungi, kita tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak terhadap status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan, di mana Is- lam secara automatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, hartabenda dan nyawa. Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam- Tok Guru Nik Abdul Aziz INI SOAL HAK ASASI SEORANG MANUSIA YANG DIZALIMI TANPA KIRA AGAMA, BANGSA, BAHASA DAN KETURUNAN "Sebelum ini bukan sahaja orang Cina, orang Melayu dan India pun pernah mati, sama sahaja, melibatkan mati dalam penyi- asatan. Di sana adanya kelemahan- kelemahan dalam jentera kerajaan yang perlu disiasat dengan teliti dan adil. Kerana keadilan adalah untuk semua rakyat," - Tuan Guru Abdul Hadi Awang KEADILAN UNTUK TEOH BENG HOCK sg rapat . simpang pulai . teja GOPENG H a r a p an Bar u Parti Keadilan Rakyat Gopeng Laman web: http://gopeng.wordpress.com Edisi KHAS 2009

Upload: vanphuc

Post on 31-Jul-2019

231 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Diterbit & dicetak oleh: Parti Keadilan Rakyat 37A, Medan Lagenda 1,Taman Lapangan Permai, 31350 Ipoh, Perak

Tel/Fax: 05-3114608 Email: [email protected] Website: http://gopeng.wordpress.com

“Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keter-

angan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan…” (surah al hadiid: 25)

Kebobrokan dan kezaliman berterusan tidak boleh lagi dibiarkan. Oleh kerana itu PAS, DAP dan PKR bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat. Kami bertekad menegak-kan Keadilan dan membawa perubahan kepada sistem yang sepatutnya berkhidmat kepada rakyat melewati batas ras kebu-dayaan serta kepercayaan. Tragedi yang

menimpa Allahyarham Rumie Azzan Mahlie, Kugan dan Teoh sewajarnya mengingatkan kita, Melayu, Cina, India, Kadazan dan Iban untuk bersatu segera melakukan Pe-rubahan. - Anwar Ibrahim

“Dalam Islam tetamu wajib dihormati dan

dilindungi, kita tidak boleh sekali-kali timbul sebarang syak terhadap status keselamatan tetamu dalam apa jua keadaan, di mana Is-lam secara automatik mewajibkan jaminan perlindungan diberi tuan rumah. Jaminan perlindungan ini meliputi soal maruah, air muka, keturunan, hartabenda dan nyawa.

Ini soal hak asasi yang dijamin oleh Islam” - Tok Guru Nik Abdul Aziz

INI SOAL HAK ASASI SEORANG MANUSIA YANG DIZALIMI

TANPA KIRA AGAMA, BANGSA, BAHASA DAN KETURUNAN

"Sebelum ini bukan sahaja orang Cina,

orang Melayu dan India pun pernah mati, sama sahaja, melibatkan mati dalam penyi-asatan. Di sana adanya kelemahan-kelemahan dalam jentera kerajaan yang perlu disiasat dengan teliti dan adil. Kerana

keadilan adalah untuk semua rakyat," - Tuan Guru Abdul Hadi Awang

KEADILAN

UNTUK

TEOH BENG HOCK

sg rapat . simpang pulai . teja

GOPENG Harapan Baru

Parti Keadilan Rakyat Gopeng Laman web: http://gopeng.wordpress.com Edisi KHAS 2009

Mendiang Teoh Beng Hock, 30, merupakan setiausaha politik Exco Kerajaan Selan-gor, Ean Yong Hian Wah, dite-mui mati dipercayai jatuh dari-pada tingkat 14 bangunan pe-j a b a t S u r u h a n j a y a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, pada 16 Julai 2009. Mayat Teoh ditemui di atas

bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhan-jaya tersebut. Sewaktu ditemui, Teoh berbaju biru serta kot hitam dan berseluar putih.

Sehari sebelumnya, Teoh dibawa ke pejabat berke-naan untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan be-berapa ADUN Pakatan Rakyat negeri Selangor.

“Pemergian Teoh secara tiba-tiba, malah sehari sebelum mendaftar perkahwi-nan ,selang sehari, bukan sahaja mengejutkan, malah mencetus kemara-han dalam suasana yang sugul.”

KRONOLOGI KEMATIAN MISTERI

MENDIANG TEOH BENG HOCK

15 Julai 2009

3.30pm 5 pegawai SPRM menyerbu pejabat Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah dan beredar selepas 15 minit kemudian.

4.00pm Pegawai SPRM kembali ke pejabat tersebut dan Teo dibawa balik ke Ibu Pejabat SPRM Negeri Selangor untuk soal siasat.

16 Julai 2009

3.45am SPRM mengatakan bahawa siasatan Teoh telah selesai dan beliau dibenarkan balik.

6.00am Teoh didapati masih tidur di pejabat SPRM

1.45pm Teoh ditemui mati di bahagian koridor tingkat lima bangunan Plaza Masalam ,Shah Alam dipercayai akibat terjatuh dari tingkat 14, Bangunan SPRM.

3.00pm Exco Kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah sampai di SPRM tetapi tidak diberitahu tentang insiden kematian Teoh Beng Hock.

5.40pm Pengarah siasatan SPRM, Datuk Shukri Ab-dul dalam sidang media mengatakan ba-hawa mayat yang ditemui di bangunan SPRM ialah mendiang Teoh Beng Hock.

Profil Mendiang TEOH Nama : Teo Beng Hock Umur : 30 tahun Berasal : Alor Gajah, Melaka Pekerjaan : Setiausaha politik Exco Kerajaan Selangor, YB Ean Yong Hian Wah Pengajian : Universiti Kebangsaan Malaysia Ahli Keluarga • Bapa (61 tahun) & Ibu (56 tahun) • 1 Abang, 2 Kakak & 1 adik perempuan *(Anak ke-4 ) Isteri Tunang: Soh Cher Wei (28 tahun) • Telah bertunang dengan Keluarga Soh di

Batu Pahat, Johor. • Ingin mendaftarkan perkahwinan dengan

Soh pada 17 Julai 2009

Keadilan untuk Beng Hock Justice For Beng Hock 还明福公道还明福公道还明福公道还明福公道

Pengarah siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdul ke-mudiannya berkata dalam sidang media bahawa Mayat Teoh ditemui jam 1.30 tengah, 16 Julai 2009.

Menurutnya, siasatan terha-dap Teoh sebagai saksi kes selesai kira-kira 3.45 pagi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.

Sepatutnya kahwin esok

Teoh tidak dapat menunai-kan janji beliau yang sepatutnya mendaftarkan perkahwinannya pada hari keesokan iaitu pada 17 Julai 2009.

1. SPRM mengatakan bahawa Teoh telah dibebaskan pada pukul 3.45am, 16 Julai 2009 dan tidak akan bertanggungjawab atas kema-tian Teoh Beng Hock.

• Sekiranya Teoh telah dibebaskan, mengapa dompet, telefon bimbit, com-puter dan dokumen penting yang lain masih berada di tangan SPRM?

2. SPRM mengatakan bahawa Teoh dibebaskan dan dibenarkan balik? • Selepas membebaskan Teoh, mengapa SPRM membiarkan Teoh bebas

bergerak di pekarangan pejabat SPRM? • Dalam bangunan tersebut terutamanya pejabat SPRM, semua pintu perlu menggunakan SMART CARD

untuk keluar masuk. Bagaimanakah Teoh yang tidak mempunyai kad tersebut dapat keluar masuk? 3. Teoh menumpang tidur di pejabat SPRM walaupun telah dibenarkan balik? • Mengapa Teoh tidak menghubungi saudara mara mahupun YB Ean Yong Hian Wah untuk menghantar

khabar bahawa dia berada dalam keadaan selamat, tetapi memilih untuk terus tidur di pejabat SPRM • Kereta Teoh berada di tempat meletak kereta. Mengapa Teoh memilih untuk tidur di pejabat SPRM, dan

bukannya pulang ke rumah?

Kematian Teoh Timbul Seribu Persoalan?

Keadilan untuk Beng Hock Justice For Beng Hock 还明福公道还明福公道还明福公道还明福公道

4. Walaupun mayat Teoh ditemui pada jam 1.30pm, 16 Julai 2009, akan tetapi ianya hanya diumumkan pada pukul 5.40pm di sidang media?

• Tan Boon Wah, Ahli Majlis Perbandaran Kajang yang turut disiasat dibenarkan pulang pada jam 1.35 tengah hari, 16 Julai. Teoh ditemui mayatnya pada 1.30 ten-gah hari, namun Tan tidak mengetahui apa-apa ketika dibebaskan dari SPRM?

• Mengapakah pihak SPRM tidak memaklumkan kematian Teoh kepada Ean Yong Hian Wah, Exco Selangor ataupun keluarga beliau setelah menemui mayatnya.

• Walaupun Ean Yong Hian Wah, Exco Selangor telah sampai di bangunan SPRM pada 3.00pm, tetapi beliau langsung tidak diketahui bahawa berita kematian Teoh.

6. Mengapakah dikatakan siasatan yang dijalankan mencurigakan ?

• Mayat Teoh ditemui pada jam 1.30 tengah hari, 16 Julai 2009. Pegawai SPRM dikatakan telah men-genalpasti identiti Teoh pada ketika itu, namun men-gapa polis gagal mengesahkannya, sehingga jam 5 petang?

• Mengapa pihak polis hanya "kembali" ke pejabat SPRM untuk mengumpul bukti, hanya pada hari ke-3 selepas tragedi kematian Teoh?

• Mengapa polis mengambil telefon bimbit Teoh dari pihak SPRM pada hari keesokan tragedy berlaku, dan bukannya pada hari kejadian berlaku?

7. Polis kemudiannya mengesahkan bahawa Teoh mati kira-kira 4~5 jam sebelum mayatnya dite-

mui, iaitu masa kematiannya adalah jam 8~9 pagi, 16 Julai 2009. • Masa jam 8~9 pagi ialah antara masa bekerja di mana banyak orang keluar masuk pejabat dan ban-

gunan tersebut. Adakah pekerja yang keluar masuk pejabat tersebut tidak dapat melihat tragedi terse-but?

5. Mengapakah Teoh dipanggil hanya sebagai saksi sahaja dipaksa menjalankan soal siasat pada larut malam sehingga lebih daripada 10 jam?

• Tindakan SPRM menyoal siasat yang disifatkannya sebagai satu penderaan mental yang menyebabkan fizikal menjadi lemah dan tertekan dari segi psikologi. Tindakan itu adalah menyalahi etika, amalan dan prinsip hak asasi manusia.

• Pegawai penyiasat SPRM mengugut, paksa berdiri berjam-jam dan membuat pengakuan palsu, dian-cam nyawa serta keselamatan anak-isteri dan keluarga beliau.

SPRM yang bersikap berat sebelah sedangkan banyak kes berjuta-juta dan berbillion ringgit yang melibatkan penyelewengan pemimpin Barisan Nasional langsung tidak disiasat oleh SPRM sehingga hari ini. Tindakan SPRM terhadap Pakatan Rakyat bermotif mencemarkan imej dan kredibiliti kerajaan serta wakil rakyat Paka-tan Rakyat.

Keadilan untuk Beng Hock Justice For Beng Hock 还明福公道还明福公道还明福公道还明福公道

Contoh Penyelewengan Barisan Nasional (BN) yang langsung tidak disiasat oleh SPRM

• Kes keruntuhan bangunan Perbadanan Taman Negeri Perak yang menelan belanja RM4.9 juta.

• Peruntukan sebanyak 500 ribu ringgit yang dibelanjakan ADUN BN dalam tempoh 3 bulan sahaja sebe-lum pilihanraya umum 8 Mac lalu langsung tidak disiasat.

• Ketua Menteri Melaka, Dato' Seri Mohd Ali Rustam dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang disahkan oleh Lembaga Disiplin UMNO terlibat dalam politik wang semasa pemilihan parti UMNO .

• Mahligai bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo di Shah Alam yang dijangka bernilai 24 juta ringgit.

• Skandal Port Klang Free Zone (PKFZ) yang bernilai 12.5 billion ringgit.

• Pembelian saham ECM Libra oleh Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin sebanyak RM9.2 juta.

Tegakkan keadilan tanpa batas kaum, agama

“Apa yang berlaku terhadap mendiang Beng Hock bukan lagi soal agama se-mata-mata sebaliknya soal kemanusiaan yang wajib mendapat keadilan dari se-mua pihak. - Husam Musa

Semua kaum ratapi kematian Teoh Rakyat malaysia tidak kira kaum hen-daklah melihat bahawa kezaliman yang berlaku kepada sesiapapun mesti dibela, tanpa melihat dari sudut kaum atau agama. Soal hak asasi saksi ter-masuk hak orang yang dituduh, mesti dilindungi.

Saya amat gembira apabila peristiwa kematian Teoh Beng Hock diratapi oleh semua kaum dan penganut pelbagai agama. Kezaliman dan kekejaman mesti dilihat secara syumul , merentasi hal kaum dan agama. - Mohamad Sabu

“Walaupun mendiang bukan Islam, tetapi isu kezali-man, isu hendak menegakkan hak dan keadilan tanpa mengira kaum dan agama,” ujarnya yang turut menegaskan bahawa isu tersebut antara yang boleh menyatukan Pakatan Rakyat.

- Tuan Guru Abdul Hadi Awang

“Rakyat mahu tahu, saya juga mahu tahu, bagaimanapun kematian ini boleh berlaku? Bagi seorang saksi, siapa yang akan beri bukti berkenaan perbelanjaan RM2,400 sedangkan ada orang dengan jutaan wang ringgit terus melata dengan bebas dan tidak dipanggil un-tuk disiasat,” - Tengku Razaleigh