bintang hati {chapter 1} · web viewsejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan...

47
BINTANG HATI {CHAPTER 1} Maisarah membenamkan wajahnya di birai katil. Esak tangisnya mula jelas kedengaran. Panggilan umi nya di luar bilik langsung tidak diendahkannya. Balang kaca yang terletak di hujung katilnya, direnung penuh sayu. Bintang-bintang yang diperbuat daripada kertas berwarna-warni itu kelihatan bercahaya dipanahi sinaran matahari yang masuk melalui tingkap biliknya. Hatinya kian sebak. "Bintang-bintang ni, Ben buat sendiri untuk Mai. Berwarna- warni, cantik dan indah. Istimewa untuk Mai.....kerana Mai adalah bintang hati Ben" Suara itu masih lagi tergiang-giang di cuping telinganya. Hiba di hatinya kian hebat. Air matanya masih deras mengalir. Kenangan silam sewaktu dibangku persekolahan mula mengimbau di benak fikirannya. Benjamin Alif, sepupunya yang dulu menetap di Scotland, berpindah semula ke kampung. Sejak kematian isterinya yang berbangsa Scotland, Pak Lang telah mengambil keputusan untuk kembali semula ke kampung. Benjamin Alif adalah satu-satu anak tunggalnya. Dan sejak Benjamin Alif menjadi salah seorang penghuni di sekolahnya, namanya sentiasa menjadi sebutan. Bukan sahaja kerana orangnya, bahkan sikap dan kehebatannya sentiasa menjadi perhatian. Sejak hadirnya dia, hati Maisarah sentiasa sakit. Apa tidaknya, dia pula secara tiba-tiba terpaksa menjadi posmen tidak bergaji. Tukang sampaikan surat, tukang menyampaikan salam perkenalan dan adakalanya diminta merisik-risik pula pasal Benjamin Alif. Hati mana yang tidak sakit. "Mai! Mai! Tunggulah dulu! Awak ni jalan cepat sangat" Suaranya kedengaran termengah-mengah. Kakinya terasa letih mengejar langkah Maisarah yang begitu laju. "Awak ni Alif! Dah berapa kali saya beritahu. Jangan panggil nama saya Mai! Panggil Sarah" Sakit benar hatinya bila dipanggil sedemikian

Upload: others

Post on 03-Nov-2020

29 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

BINTANG HATI {CHAPTER 1}Maisarah membenamkan wajahnya di birai katil. Esak tangisnya mula jelas kedengaran. Panggilan umi nya di luar bilik langsung tidak diendahkannya. Balang kaca yang terletak di hujung katilnya, direnung penuh sayu. Bintang-bintang yang diperbuat daripada kertas berwarna-warni itu kelihatan bercahaya dipanahi sinaran matahari yang masuk melalui tingkap biliknya. Hatinya kian sebak.

"Bintang-bintang ni, Ben buat sendiri untuk Mai. Berwarna-warni, cantik dan indah. Istimewa untuk Mai.....kerana Mai adalah bintang hati Ben" Suara itu masih lagi tergiang-giang di cuping telinganya. Hiba di hatinya kian hebat. Air matanya masih deras mengalir.

Kenangan silam sewaktu dibangku persekolahan mula mengimbau di benak fikirannya. Benjamin Alif, sepupunya yang dulu menetap di Scotland, berpindah semula ke kampung. Sejak kematian isterinya yang berbangsa Scotland, Pak Lang telah mengambil keputusan untuk kembali semula ke kampung. Benjamin Alif adalah satu-satu anak tunggalnya. Dan sejak Benjamin Alif menjadi salah seorang penghuni di sekolahnya, namanya sentiasa menjadi sebutan. Bukan sahaja kerana orangnya, bahkan sikap dan kehebatannya sentiasa menjadi perhatian. Sejak hadirnya dia, hati Maisarah sentiasa sakit. Apa tidaknya, dia pula secara tiba-tiba terpaksa menjadi posmen tidak bergaji. Tukang sampaikan surat, tukang menyampaikan salam perkenalan dan adakalanya diminta merisik-risik pula pasal Benjamin Alif. Hati mana yang tidak sakit.

"Mai! Mai! Tunggulah dulu! Awak ni jalan cepat sangat" Suaranya kedengaran termengah-mengah. Kakinya terasa letih mengejar langkah Maisarah yang begitu laju. "Awak ni Alif! Dah berapa kali saya beritahu. Jangan panggil nama saya Mai! Panggil Sarah" Sakit benar hatinya bila dipanggil sedemikian rupa. "Awak pun apa kurangnya. Asyik panggil nama saya Alif. Lain kali panggil nama saya Ben!"Pertengkaran demi pertengkaran antara mereka selama ini rupa-rupanya telah menyuburkan bibit-bibit cinta.

Rasa perit panas matahari yang terkena wajahnya, menyentakkan dia ke alam nyata. Air mata yang masih bersisa di pipinya dikesat perlahan-lahan. "Sarah! Sarah! Buka lah pintu ni nak. Janganlah buat umi bimbang" Suara lembut umi nya mula kedengaran. Tersentuh dengan perhatian yang diberikan oleh umi nya, Maisarah memaksa dirinya untuk melangkah bangun. Sebaik sahaja wajah Solehah umi nya tersembul di muka pintu, Maisarah memeluknya penuh erat. Melepaskan segala sisa tangisnya di bahu umi kesayangannya. Solehah melepaskan sebuah keluhan. Air matanya sudah lama bergenang di kelopak,

Page 2: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

namun ditahannya juga supaya tidak tumpah. Dia perlu kuat supaya dapat menenangkan hati anak kesayangannya ini.

"Sabarlah nak, dah tak ada jodoh Sarah dengan dia nak buat macam mana." Solehah bersuara lembut. Rambut Maisarah yang terurai lembut hingga ke paras pinggang di usapnya dengan penuh kasih sayang. Dia tahu hati Maisarah benar-benar terluka. Berita hangat yang terpangpang di dada akbar pagi tadi betul-betul menyentak hatinya. Sebenarnya dia sendiri tidak pernah peduli atau ambil kisah bila membaca di dada-dada akbar tentang kisah ramai artis ditangkap basah kerana berkhalwat. Tetapi yang menjadi kisahnya bila lelaki yang ditangkap bersama artis wanita itu adalah Benjamin Alif peguam yang di kenali di seluruh Malaysia dan juga bakal tunang anak perempuannya. Solehah mengeluh lagi bila melihat tangisan Maisarah masih belum berhenti.

"Sudahlah tu! Tak baik asyik menyesali takdir. Cubalah ingat Allah banyak-banyak" Lebai Hashim yang entah dari mana munculnya tiba-tiba bersuara. Kopiah putih yang sentiasa tersarung di kepalanya, dibetulkan beberapa kali. Maisarah mengangkat mukanya. Wajah tua Lebai Hashim ditatapnya dengan mata yang berkaca-kaca "Ayah....Sarah bukannya menangis kerana menyesali takdir, tapi Sarah sedih kerana kasih Sarah dipermainkan" Maisarah bersuara lirih. Lebai Hashim duduk bersila di hujung kaki Maisarah. Jari jemari anaknya digenggam dengan penuh kasih sayang. "Kita masih tak tahu cerita sebenarnya. Baru tadi Pak Lang kamu telefon beritahu yang Alif cuma diperangkap oleh pihak tertentu. Majlis pertunangan yang akan dibuat hujung bulan ni akan tetap diteruskan. Alif sendiri yang minta berbuat demikian" Bait-bait ayat yang keluar dari bibir ayahnya, masih belum dapat meyakinkan hatinya.

Sebelum ni sudah beberapa kali dia menerima sms yang entah siapa pengirimnya menceritakan tentang Benjamin Alif ada hubungan dengan wanita lain. Pernah sekali dia mendapat kiriman gambar-gambar kekasih hatinya begitu intim menikmati makan malam dengan seorang wanita. Namun kerana rasa percayanya yang begitu tinggi, semua itu tidak pernah dia ambil peduli. Tetapi kali ini, hatinya tidak dapat menerima lagi. kepercayaannnya kian goyah.

Wajah yang suci dan bersih milik umi dan ayahnya, dipandang silih berganti. "Sarah tak mahu lagi bertunang dengan Alif " Keputusan yang tidak di duga dari bibir Maisarah benar-benar mengejutkan kedua orang tuanya. "Sarah, kenapa ni nak? Kenapa cepat sangat Sarah buat keputusan ? Fikirlah baik-baik dulu. Umi tahu Sarah sayangkan Alif kan!" Solehah bersuara perlahan. Cuba mengawal suaranya yang sudah mula tidak keruan. Sesekali matanya menjeling ke arah suaminya yang hanya diam membisu mendengar keputusan Maisarah.

Page 3: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

BINTANG HATI {CHAPTER 2}Maisarah melangkah masuk ke perkarangan sekolah yang agak riuh rendah dengan suara para pelajar yang memulakan persekolahan untuk sesi pagi. Sesekali kepalanya dianggukkan beberapa kali menjawab salam pelajar-pelajar yang melintasi di tepinya. "Assalamualaikum ustazah!" Langkah Maisarah terhenti. Dia menoleh mencari empunya suara yang memberi salam. Maisarah menguntum senyum tatkala matanya bertembung dengan kelibat seorang lelaki. Azahar guru Bahasa Inggeris yang mengajar Tingkatan 3 melangkah menghampirinya. "Waalaikumsalam. Cikgu Azahar rupanya, terkejut saya. Ingatkan siapalah tadi" Azahar tersengeh cuma. "Tengah mengelamunlah agaknya tu. Dah banyak kali saya panggil ustazah tadi" Azahar tersenyum lagi. Bujang terlajak yang masih belum berkahwin ini memang tidak lokek dengan senyumannya.

"Maafkan saya. Saya betul-betul tak dengar tadi." Maisarah bersuara dengan nada yang agak kesal. Terlalu memikirkan Benjamin Alif, tidak keruan dia jadinya. "Saya cuma nak menyampaikan pesan. Lepas perhimpunan nanti, Tuan Pengetua nak jumpa. Dari tadi dia asyik cari ustazah, tapi ustazah belum datang lagi" Kata-kata yang keluar dari mulut Azahar itu membuatkannya agak resah. Buku-buku latihan yang dipegangnya sebentar tadi, dipeluk rapat ke dada.

Hatinya semakin resah sebaik sahaja kaki terhenti di bilik pengetua sekolah. Lama dia termanggu di situ, serba salah untuk melangkah masuk. Maisarah mengetuk pintu bilik dengan berhati-hati. "Masuk!" Suara garau di dalam bilik itu membuatkan dirinya rasa semakin kecut.

"Cikgu nak jumpa saya ke?" Soal Maisarah agak bergetar. Cuba di tahan rasa gugup di hatinya. "Hah Ustazah Maisarah! Dari tadi saya asyik mencari ustazah. Duduklah dulu" Haji Basri, pengetua Sekolah Menengah Tanjung Ara berbicara sambil tersenyum. Surat yang terletak di atas mejanya dibelek beberapa kali. " Saya terima surat ni semalam dari Kementerian Pendidikan. Ustazah akan ditukarkan ke Sekolah Menengah Ampang Putri di KL bermula bulan depan" Suara garau Haji Basri itu benar-benar mengejutkannya. Dia terdiam seketika. "Ustazah tak apa-apa ke?" Soal Haji Basri agak hairan bila melihat tiada sebarang reaksi daripada Maisarah.

"Tapi saya tidak pernah pun memohon untuk dibuat pertukaran. Kenapa pula saya perlu bertukar" Lama terdiam Maisarah membuka bicara. Sudah 3 tahun dia mengajar di sini. Malah dahulu pun di sinilah dia belajar. Terlalu banyak perkara yang dia sayang di sini. Bagaimana hendak ditinggalkan begitu sahaja. Haji Basri terbatuk-batuk kecil. Sejak kebelakangan ini kesihatannya memang tidak begitu baik.

Page 4: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

"Memang betul ustazah tidak pernah memohon untuk bertukar. Tetapi ini adalah arahan dari Kementerian Pendidikan. Kat bandar seperti KL sekarang ni, terlalu kekurangan guru agama macam ustazah ni." Kata-katanya terhenti seketika. Fail yang sememangnya sedia ada di atas mejanya diselak beberapa kali membaca data peribadi Maisarah. "Lagipun ustazah sudah 3 tahun mengajar di sini. Saya tahu ustazah anak jati kampung ni dan mahu berbakti kepada anak-anak kampung ni. Tetapi ini adalah peluang untuk ustazah menimba pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya percaya ustazah akan lebih berjaya di sana" Panjang lebar nasihat yang Haji Basri berikan. Bukan dia menghalau atau tidak suka Maisarah terus menabur baktinya di sini, dia suka malah terlalu suka. Gadis yang berkulit putih kemerah-merahan ini terlalu baik orangnya. Lemah lembut dan bersopan. Ramai pelajar-pelajar yang suka kepadanya, malah guru-guru di sini pun begitu mengagumi dan menghormatinya. Tetapi dia cuma mahu melihat Maisarah menjadi guru yang lebih berjaya. Mudah-mudahan rezekinya lebih baik di sana.

Maisarah mula terasa sebak. Dan rasanya semakin parah kerana sejak semalam hatinya dilanda duka. "Terlalu sukar untuk saya meninggalkan sekolah ni cikgu" Maisarah bersuara pilu. Air matanya mula bergenang di kelopak. Wajahnya ditundukkan merenung ke bawah. Tidak berani untuk menatap wajah Haji Basri, bimbang jika riak wajahnya yang mula bertukar dapat dilihat. "Saya faham perasaan ustazah. Itu adalah perasaan biasa yang akan kita alami bila kita akan meninggalkan sesuatu yg telah lama sebati dgn diri kita" Haji Basri cuba sebaik mungkin menenangkan hati Maisarah. Meskipun tidak melihat wajah Maisarah, namun dia seolah-olah boleh nampak kekeruhan di hati Maisarah. "Tidak! Ini bukan perasaan biasa. Cikgu tak akan faham semua ni" Mahu sahaja di hemburkan kata-kata itu keluar. Namun terasa tersangkut pula di kerongkong.

Lama dia termenung di mejanya, hinggakan deringan loceng menandakan waktu makan tengah hari pun tidak kedengaran oleh telinganya. Jadual pembelajaran yang terletak di kiri meja, direnungnya dengan perasaan yang sebal. Selepas waktu makan tengah hari ada kelas Pendidikan Agama Islam buat pelajar-pelajar tingkatan 4. Bagaimanalah hendak dia mengajar sebentar nanti jika perasaan gundah gulana ini enggan hilang dari hatinya.

Page 5: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

BINTANG HATI {CHAPTER 3}Cuaca panas yang melanda negara sejak beberap bulan ini benar-benar merimaskannya. Kulitnya yang putih sudah merah menyala dibakar dek terik panas matahari. "Mai ni macam Puteri Lilin, tak boleh langsung kena panas. Baru berpeluh sikit, dah gelabah satu badan" Suara Benjamin Alif datang lagi.

"Kenapalah kau muncul lagi " Hati kecilnya berbisik sayu. Langkahnya tadi yang begitu ligat diatur tiba-tiba terhenti. Dari jauh kelihatan Lebai Hashim yang begitu asyik memandang ke sana ke mari mencari kelibatnya. Kening Maisarah sedikit berkerut, hairan melihat kedatangan ayahnya. Sudah menjadi kebiasaannya pulang sendiri selepas sesi persekolah berakhir. Ayahnya yang menjadi imam di masjid, biasanya agak sibuk di waktu tengah hari.

"Ayah tak ke masjid ke?" Soal Maisarah sebaik sahaja menghampiri ayahnya. Lebai Hashim mengeleng-ngelengkan kepalanya beberapa kali. "Hari ni ayah tak pergi. Ustaz Salleh tolong gantikan ayah di masjid. Ada tetamu datang kat rumah kita" Ujar Lebai Hashim sambil menghidupkan enjin motorsikal buruknya.

"Tetamu ? Siapa tu ayah?" Soal Maisarah tidak sabar. Setahunya tiada sesiapa pun yang akan datang ke rumah. Kalau saudara-mara sebelah umi dan ayahnya, kebiasaannya mereka semua akan menelefon dahulu sebelum datang. Dan selalunya umi tidak pernah lupa memberitahunya. Maklumlah kalau ada orang hendak bertandang, perlulah dikemaskan sedikit kawasan rumah.

"Kita balik rumah dululah baru cerita. Mereka semua tengah menunggu Sarah pulang" Sekali lagi tanda tanya bermain di benak fikirannya "Tunggu aku? Kenapa?" Desisnya perlahan

Kelihatan 3 biji kereta mewah menjalar di halaman rumahnya. Kereta milik Pak Langnya turut kelihatan ada bersama. Maisarah ter kong- kok melintasi di depan beberapa orang tetamu yang begitu asyik merenungnya dari atas ke bawah, sehinggakan langkahnya terasa begitu sumbang jadinya.

Belum pun sempat dia membuka mulut untu bertanya, tangannya sudah diraih umi masuk ke bilik. Hati Maisarah kian hebat dicengkam perasaan. Persoalan demi persoalan yang bermain diminda, begitu menjerut jiwanya. Keningnya berkerut lagi bila melihat ayah dan Pak Langnya turut sama memasuki biliknya.

"Kenapa ni? Risau pulak Sarah tengok umi dengan ayah macam ada yang tak

Page 6: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

kena. Pak Lang pun ada sekali kat sini. Kenapa ni? Macam ada masalah besar je?" Bertubi-tubi soalan yang keluar dari bibirnya.

"Sarah.....Tetamu yang datang ni tujuannya untuk merisik dan meminang Sarah" Lebai Hashim membuka bicara. Kesian pula dia melihat wajah Maisarah yang terpinga-pinga kehairanan. "Tapi pinangan ini bukannya dari Alif" Pak Langnya pula tiba-tiba bersuara "Namun seperti yang telah dijanjikan, Alif akan tetap datang menghantar rom an meminang hujung bulan ini"

Maisarah terdiam tanpa sebarang kata. Kedatangan tetamu yang tidak diundang ini betul-betul mengejutkannya. Jari jemarinya dipicit beberapa kali. "Kami semua tak akan memaksa Sarah. Terpulanglah pada Sarah sendiri mahu menerima pinangan ini atau menanti pinangan Alif" Suara lembut Solehah singgah di cuping telinganya.

"Siapa orang ni umi ? Sarah tak pernah kenal pun" Lama terdiam, Maisarah mula membuka kata. "Mereka semua dari KL. Umi dan ayah pun tak kenal mereka. Tapi nampaknya macam dari keluarga yang baik-baik" Balas Solehah sambil tangannya tidak henti-henti mengusap tubuh Maisarah.

"Sarah...Pihak lelaki ni tak bawa sekeping gambar pun untuk kita lihat siapa bakal pengantinnya. Tetapi katanya dia dah lama kenal dan sukakan Sarah." Bahu Maisarah sedikit terjungkit mendengar bicara ayahnya. "Kenal dengan aku? Tapi siapa? Rakan sekolah ke? Tak mungkin pula, ibu bapa mereka semua orang kampung ni. Mustahil pula aku tak kenal. Tapi orang-orang ni memang aku langsung tak kenal!" Dia mula berteka-teki di dalam hati.

Maisarah menjeling ke arah barang-barang hantaran yang tersusun indah di tepi dinding biliknya. Tiba-tiba anak matanya bagaikan terpaku memandang sesuatu. Maisarah bingkas bangun. Salah satu dari barang hantaran itu benar-benar menarik perhatiannya. Sebiji botol kaca yang indah bentuknya. Di sekelilingnya terikat rapi dengan sehelai reben berwarna coklat keemasan. Tetapi bukan itu yang menarik perhatiannya. Terdapat begitu banyak bintang-bintang kertas yang berwarna-warni di dalamnya. Memenuhi setiap ruang di dalam botol tersebut.

Tiada siapa pun yang tahu kesukaannya yang satu ini. Hanya Benjamin Alif yang tahu. "Kenapa selalu bagi bintang kertas ni ?" Pernah sekali soalan itu di tanya terhadap Benjamin Alif. "Sebab....Bintang-bintang kat langit tu terlalu tinggi. Tak akan mungkin mampu untuk Ben petik. Ben buat bintang-bintang kertas ni sebagai pegganti bintang-bintang kat langit tu. Tapi Biar pun bintang kat langit tu

Page 7: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

banyak dan bintang-bintang kertas yang Ben bagi ni pun banyak, hanya Mai Bintang di hati Ben" Kata-kata Benjamin Alif itu begitu indah menusuk ke hatinya saat itu. Dan sejak itu bintang-bintang kertas ini terlalu sinonim di dalam hidupnya

Hati Maisarah mula di garu kehairanan. "Betul pinangan ni bukan dari Alif" Soalnya meminta kepastian. Wajah Pak Langnya direnung tanpa berkelip. Mustahil baginya ada orang yang tahu pasal bintang kertas ini selain Benjamin Alif. Wajah Pak Langnya sedikit berkerut mendengar soalan yang diajukan.

"Pinangan ini bukan dari Alif. Pak Lang sendiri tak kenal dengan orang-orang kat luar sana tu" Dahi di wajah Maisarah kian berkerut. "Macam mana Sarah? Mereka kat luar sana tu dah lama menanti jawapan" Ujar Lebai Hashim sedikit serius.

Maisarah terdiam. Wajah Pak Lang dan bintang-bintang kertas itu di renung silih berganti. "Siapa dia?" Hatinya masih tertanya-tanya. "Betul ke mereka langsung tak bawa gambar lelaki tu ayah?" Soalnya meminta kepastian. Hatinya begitu dicarik-carik ingin benar melihat lelaki misteri tersebut. Lebai Hashim mengangguk beberapa kali kepalanya.

"Pihak lelaki beritahu ayah tadi, jika Sarah menerima pinangan ni sekalipun, Sarah tak mungkin berjumpa lelaki tu sehingga hari akad nikah nanti. Sebab tu ayah benar-benar berharap agar Sarah mempertimbangkannya dengan sebaik mungkin" Tutur Lebai Hashim satu persatu.

Maisarah menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba mencari kekuatan agar keputusan yang bakal dibuat ini tidak akan mengundang kecewanya di kemudian hari.

"Ayah.....Umi...." Kata-kata Maisarah terhenti. Tangan umi diraihnya. Digenggam dengan kuat cuba mengumpul kekuatan. "Sarah terima pinangan ini" Pendek jawapan yang diberi oleh Maisarah namun sudah cukup membuat umi dan ayahnya terpegun sesama sendiri. Terdengar keluhan kecil dari mulut Pak Langnya.

Dia sendiri kurang pasti kenapa dia membuat keputusan menerima orang yang langsung tidak di kenali dan terlalu misteri baginya. Biarpun Benjamin Alif adalah kesayangannya namun hatinya seolah-olah lebih berat memintanya menerima

Page 8: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

pinangan ini. Mungkinkah kerana terluka dengan perlakuan Benjamin Alif atau bintang-bintang kertas itu yang mempengaruhinya.

BINTANG HATI {CHAPTER 4}Benjamin Alif memicit-micit kepalanya yang mula terasa berat. Perbualan telefon dengan papanya semalam, sedikit sebanyak menganggu emosinya hari ini

"Hah! Dah puas hati kau!" Wajah Benjamin Alif sedikit berkerut. Tanpa salam tanpa berbahasa, hemburan marah pula yang keluar dari mulut papanya.

"Kenapa ni papa?" Soal Benjamin Alif meskipun dia sudah mula dapat mengagak punca kemarahan papanya

"Maisarah dah bertunang dengan orang lain. Itu yang kau nak ke? Dulu merayu-rayu dengan papa, tak sabar-sabar minta papa masuk meminang. Alih-alih, ini pula yang kau buat!" Kemarahan Hamidi sudah tidak dapat dibendung lagi.

"Bertunang dengan orang lain? Siapa?" Soalnya dengan perasaan berdebar-debar. Hatinya sedikit terusik. "Hah! Tak payahlah kau sibuk-sibuk nak tahu siapa orangnya. Maisarah sudah jadi kepunyaan orang. Nak menyesal pun dah tak berguna lagi!" Suara di hujung talian sudah tidak kedengaran lagi. Benjamin Alif terkedu. Marah benar papa padanya.

Dia sedikit tersentak bila deringan telefon di mejanya tiba-tiba berbunyi. "Encik Benjamin, perbicaraan akan bermula pukul 10 nanti. Rasanya lebih baik kita bertolak ke mahkamah sekarang" Kedengaran suara pembantunya Suzy di hujung talian. "Baiklah. Sebentar lagi saya akan keluar" Balasnya agak malas.

"Siapa pula yang berani menyunting bunga idaman aku?" Hatinya tertanya-tanya sendirian. Keratan akbar yang masih dia simpan di dalam laci mejanya, dikeluarkan semula. Terpangpang gambarnya dan Nadia di dada akbar. Dia tahu hati Maisarah pasti terluka. Dia tidak mungkin dapat menipu dirinya sendiri. Dia menyintai Maisarah namun dalam masa yang sama dia turut menyintai Nadia. Ya! Nadia, gadis lincah yang periang. Pelakon filem yang mula menempa nama di tanahair. Kedua-duanya ternyata mempunyai karektor yang berbeza. Seorang agak pemalu dan tinggi ilmu agamanya, seorang lagi agak lincah dan sosial. Namun kedua-duanya sama ayu, sama cantik.

Benjamin Alif menekup kedua-dua tangannya ke muka. Dia bungkam sendirian.

Page 9: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

"Encik Benjamin, kita dah lewat ni!" Suzy yang tiba-tiba muncul di muka pintu, memecah khayalannya. Dia sekadar mengangguk lemah. File-file yang sedia ada di mejanya di capai sambil melangkah pergi. Pergi dengan hati yang berkecamuk!

Maisarah memerhati wajahnya di bingkai cermin. Tudung labuh berwarna coklat cair itu dibetulkannya beberapa kali. Baju kurung berkerawang keemasan itu dibeleknya pula berkali-kali. Hatinya sedikit bimbang jika penampilannya pada hari pertama tidak begitu sesuai. Sekolah di bandar mungkin tidak sama seperti sekolah di kampung. Tiada sebarang make up yang dikenakan. Sekadar calitan nipis lipstic di bibirnya dan celak mekah pemberian umi nya yang dipakai.

Belum pun sempat dia melangkah keluar, telefon bimbit di dalam tas tangannya pula berbunyi. "Assalamualaikum!" Suara lembut umi nya kedengaran sayup di hujung talian. "Waalaikumsalam umi. Amboi! Awalnya umi dah telefon Sarah" Maisarah menjawab sambil berseloroh. Kedengaran tawa kecil umi di telinganya.

"Bukannya apa, umi bimbangkan Sarah. Bukan ke hari ni, hari pertama Sarah kat sekolah baru. Umi cuma nak ucapkan selamat berjaya. Umi dan ayah kat sini sentiasa mendoakan Sarah" Maisarah menguntum senyum mendengar bicara umi nya. "Terima kasih umi. Insya-Allah, Sarah akan bekerja dengan tekun dan ikhlas. Dan Sarah akan sentiasa jaga diri Sarah baik-baik kat sini. Umi jangan bimbang ye." Maisarah bersuara lembut cuba menenengkan hati umi kesayangannya itu.

Jam di tangan kirinya dijeling beberapa kali. Kakinya kian ligat diaturkan. Bimbang benar dia jika terlewat pada hari pertama dia bertugas.

"Allah!" Maisarah terjerit. Dia benar-benar hilang kawalan. Tubuhnya terdorong ke depan lalu jatuh terjelepok di atas rumput hijau yang masih lembap dibasahi dek embun. Buku-buku yang dipegangnya turut jatuh berteraburan. Wajahnya berkeriut-riut menahan sakit.

"Maafkan saya! Maafkan saya!" Seorang lelaki tergesa-gesa membantunya untuk bangkit. "Saya nak cepat ni. Tak dapat tolong awak kutip semua buku-buku tu" Ujarnya termengah-mengah. Dia terus berlari pergi tanpa menunggu jawapan selanjutnya dari Maisarah

BINTANG HATI {CHAPTER 5}

Page 10: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

"Semua guru-guru kat sini dah saya perkenalkan kepada ustazah. Cuma tinggal seorang lagi yang ustazah belum jumpa. Mari saya bawa ustazah berkenalan dengan dia" Encik Anuar, pengetua Sekolah Ampang Puteri bersuara ramah.

Maisarah sekadar menganggukkan kepalanya sambil mengekori langkah Encik Anuar. Dia sedikit terpegun melihat stadium sukan yang tersergam indah. Memang jauh berbeza dengan sekolahnya yang dulu.

Suasananya agak hingar-bingar dengan pekikan para pelajar yang begitu asyik bermain bola keranjang. Sesekali sorakkan bergemar tatkala bola memasuki jaring.

"Itulah Cikgu Hakim. Dia mengajar matematik dan guru sukan sekolah ni" Ujar Encik Anuar dengan suara yang kuat cuba mengatasi kebisingan pelajar-pelajar di situ. Jari telunjuknya ditundingkan ke arah susuk tubuh seorang lelaki yang berdiri di penjuru gelanggang. Sesekali jeritannya memberi arahan bergema di sekitar gelanggang. Lengan baju kemejanya yang berwarna biru itu dilipat hingga ke siku. Ikatan tali lehernya juga sudah dilonggarkan.

Maisarah terpaku di situ. Lama dia merenung. "Ah! Lelaki ni." Desisnya perlahan. Mana mungkin dia terlupa. Kerana dialah, habis bajunya kotor pagi tadi.

"Cikgu Hakim, kenalkan ini guru baru sekolah kita, Ustazah Maisarah" Ujar Encik Anuar. "Assalamulaikum ustazah" Bicara Hakim lembut. Senyuman terukir di bibirnya. Maisarah sedikit gelabah. Renungan redup mata Hakim agak menyesakkan nafasnya.

"Waalaikumsalam cikgu" Suaranya mula bergetar. "Maafkan saya pasal kejadian pagi tadi. Saya tak patut biarkan ustazah tadi" Hakim bersuara sedikit kesal. Wajah ayu Maisarah ditatapnya puas-puas.

"Tak mengapalah" Balas Maisarah pendek. Dia sudah mula gelisah. Renungan mata Hakim seolah-seolah enggan beralih dari memandangnya.

"Eh? Ustazah dengan cikgu ni dah berkenalan ke?" Encik Anuar yang tadi hanya mendiamkan diri, bertanya kehairanan. Hakim tertawa kecil. Lucu pula dia melihat wajah Encik Anuar yang agak berkerut-kerut.

Page 11: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

"Belum lagi cikgu. Tapi pagi tadi saya terlanggar ustazah ni" Encik Anuar mengangguk-ngangguk kepalanya tatkala mendengar penjelasan Hakim.

"Kalau macam tu, saya biarkan ustazah dengan Cikgu Hakim sajalah. Ustazah boleh start mengajar esok. Hari ni ustazah bolehlah melawat-lawat dahulu di sekitar kawasan sekolah ni" Encik Anuar mengukir senyuman sambil mengatur langkah berlalu pergi.

Seketika mereka berdua terdiam seribu bahasa. Masing-masing agak kekok untuk memulakan berbicara. "Errr...Apa kata saya perkenalkan ustazah dengan pasukan bola keranjang sekolah ni." Lama terdiam, Hakim membuka bicara. Dia perasan Maisarah agak gelisah duduk disampingnya.

"Boleh juga" Balas Maisarah pendek. Sebuah senyuman terukir di bibirnya. Hakim tiba-tiba bagaikan terpaku. "Comelnya! Rasa macam nak gigit!" Suara nakal di hatinya mula berbisik.

Masing-masing berebut-rebut ingin menyalami Maisarah. Tak menang tangan dibuatnya. Macam-macam soalan yang di tanya. Sesekali meletus ketawa kecil di bibirnya. Hakim yang berdiri tidak jauh dari situ sekadar tersenyum. Diperhatinya tingkah Maisarah dengan perasaan yang berbunga. Andai masa didalam genggamannya, sungguh! Saat-saat ini tidak mungkin dia hentikan.

Sudah hampir dua minggu dia di sini. Keramahan guru-guru di sini begitu memikat hatinya. Sedikit sebanyak dapat mengubat rindunya di kampung. Dan juga rasa kecewanya. Namun ada sesuatu yang mengusik hatinya. Sejak hari pertama dia di sini, sentiasa ada bintang-bintang kertas di atas mejanya. Setiap hari tiga biji bintang-bintang kertas akan kelihatan di mejanya. Dan setiap hari dengan warna-warna yang berbeza.

Pertama kali menerimanya, dicampakkan sahaja ke dalam tong sampah. Hari kedua, ketiga dan seterusnya, perasaannya mula berbelah bahagi. Bintang-bintang kertas itu di bawa balik dan di simpan rapi di dalam botol kaca. Hatinya sentiasa tertanya-tanya. Tunangnya kah? Atau Benjamin Alif? Mungkin juga gurauan pelajar-pelajar di sini? Tetapi bila difikirkan semula semua itu bagaikan tidak masuk dek akal.

Tunangnya? Terasa terlalu misteri lelaki itu. Puas sudah dirisik-risik, puas sudah

Page 12: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

ditanya-tanya, namun jawapanya masih hampa. Kekadang dia terasa agak lucu. Tertanya-tanya sendirian, benarkah dia sudah bertunang? Tunang yang tidak pernah dikenalinya, yang tidak pernah mendengar suaranya. Malah nama sebenarnya juga dia tidak tahu. "Siapa nama tunang Sarah umi?" Maisarah teringat kembali soalan yang di tanya kepada umi nya. "Umi pun tak tahu Sarah. Tapi mereka cuma suruh Sarah panggil dia dengan nama Im sahaja"

Maisarah kian buntu. "Im ? Im apa? Imran ke? Imtihan ke?" Desisnya perlahan. Dia tersenyum sendirian. Entah mengapa lucu pula yang dia rasa

"Hai ustazah, senyum sorang-sorang pulak" Hakim yang entah dari mana muncul tiba-tiba bersuara. Maisarah tersenyum simpul. "Bila masa pulaklah dia ni datang" Gerutunya perlahan. "Ustazah tak balik lagi ke? Dah pukul 2 petang ni. Ada kelas tambahan ke?" Soal Hakim sedikit mengah. Dia baru selesai dengan latihan bola keranjang. Dua bulan lagi ada perlawanan peringkat sekolah-sekolah di sekitar Kuala Lumpur. Dia selaku jurulatih pasukan terpaksa memberi sepenuh tumpuan.

"Errr...Tak ada kelas tambahan petang ni. Saya cuma habiskan kerja saya. Sekejap lagi saya baliklah" Bicara Maisarah perlahan. Wajahnya ditunduk merenung buku-buku latihan yang melambak di depannya. Sengaja dia menundukkan wajahnya. Segan pula nak memandang Hakim yang cuma bersinglet, menampak sebahagian tubuhnya yang agak sasa.

"Ustazah dah makan?" Soal Hakim lembut. Maisarah sekadar mengeleng-ngelengkan kepalanya. "Jom makan dengan saya." Ajakkan Hakim benar-benar mengejutkan Maisarah. Dia terdiam tanpa kata. "Kenapalah aku tak cakap dah makan je tadi" Gerutunya di dalam hati. Maisarah serba salah bila melihat Hakim sudah berdiri di depannya.

"Errr...Saya on diet hari ni" Ujar Maisarah sambil ketawa. Ketawa yang sengaja dibuat-buat. Walhal di dalam hatinya berdegup kencang. "On diet ke atau tak sudi nak makan dengan saya" Bicara Hakim sedikit kecewa. "Eh bukan macam tu cikgu! Bukan saya tak sudi, tapi memang saya tak rasa nak makan tengah hari ni" Pintas Maisarah cepat-cepat. Bimbang maksudnya di salah erti. Bukan dia tak sudi cuma dia rasa tidak betah untuk duduk semeja dengan Hakim.

Hakim ketawa kecil mendengar jawapan Maisarah. Dia perasaan Maisarah agak serba salah untuk menerima pelawaannya. "Tak mengapalah ustazah. Saya balik dulu. Tapi bakal pengantin tak sesuai kalau terlalu kurus. Nanti tak berseri!"

Page 13: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

Ujar Hakim sambil berlalu pergi. Maisarah sedikit tersentak. "Bakal pengantin? Mana dia tahu aku dah bertunang ?" Maisarah tertanya-tanya sendirian

BINTANG HATI {CHAPTER 6}Jam loceng di mejanya sudah tepat ke pukul 12 malam. Patutlah matanya terasa agak berat. Maisarah memicit-micit kepalanya yang mula berdenyut-denyut.

Terasa letih seluruh badannya, sepanjang malam memeriksa buku latihan pelajar-pelajarnya. Sesekali senyuman terukir di bibirnya bila membaca jawapan yang diberikan. Adakalanya langsung tidak logik dek akal fikiran. Masing-masing cuma pakai hentam sahaja.

Biarpun kepalanya sudah mula berdenyut-denyut, namun di usahakan juga menghabiskan segala kerja-kerjanya. Esok hari Sabtu, dan kalau boleh dia cuma mahu merehatkan badannya sahaja sepanjang hari.

Maisarah sedikit tersentak. Vibrate telefon bimbitnya tiba-tiba berbunyi. Dahinya berkerut-kerut kehairanan. "Siapa pula yang hantar sms malam-malam buta macam ni?" Dia tertanya-tanya sendirian.

"Assalamualaikum Bintang Hati. Masih belum tidur?" Maisarah mengigit bibirnya beberapa kali tatkala membaca sms yang diterimanya. Mustahil pula Benjamin Alif yang menghantar sms kepadanya. Sejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya.

"Waalaikumsalam. Siapa awak?" Lama menanti, vibrate telefonnya berbunyi lagi. "Abang Im" Mata Maisarah bulat memerhati tulisan yang tertera di skrin telefonnya. "Ah sudah! Dari mana pulak dia dapat nombor telefon aku ni?" Hatinya makin digaru kehairanan.

"Abang Im? Macam mana dapat nombor telefon Sarah?" Dia masih belum berpuas hati membaca sms yang diterimanya. "Rahsia!"Maisarah mendengus geram "Sikit-sikit rahsia! Tak habis-habis dengan rahsia! Aku ni bertunang dengan jin ke apa?" Maisarah mula membebel sendirian.

"Kenapa Abang Im tak nak tonjolkan diri abang pada Sarah. Dah penat Sarah menunggu"Sengaja dia menulis sms yang bernada sedih. Untung-untung umpannya mengena!

Page 14: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

"Kerana abang cintakan Sarah!"Dahi Maisarah makin berkerut-kerut. "Abang cintakan Sarah? Kalau betul, kenapaabang enggan menemui Sarah?"Matanya yang tadi terasa berat kerana mengantuk kini bagaikan bulat terbuka.

"Kerana abang takut Sarah akan menyukai abang"Aduh! Pening kepalanya menerima sms yang pelik seperti ini. "Kenapa pula abang takut Sarah akan menyukai abang? Bukankah elok jika Sarah jatuh cinta dengan tunang sendiri, lelaki yang bakal menjadi suami Sarah?"Panjang lebar sms yang ditulisnya. Sampai terasa sakit pula jari jemarinya asyik menekan butang-butang kekunci telefonnya.

"Kerana abang takut Sarah akan lebih kecewa!"Pelik! Makin pelik dia dibuatnya. "Kenapa?"Lama dia menanti, namun masih tiada balasan. Dihantarnya sekali lagi dan berkali-kali, namun masih hampa.

Maisarah memberanikan diri mendail nombor telefon yang tertera. Namun kehampaannya kian berterusan. Tiada bunyi nada dering. Bermakna telefon bimbit sudah dimatikan. Maisarah bungkam sendirian.

Seketika dia bagai teringatkan sesuatu. Laci mejanya ditarik dengan tergesa-gesa. Sekeping kertas dikeluarkan. Lama dia meneliti alamat yang tertera di atasnya. Alamat rumah bakal suaminya. "Esok aku mesti pergi ke sana. Dah penat dah asyik bermain dengan teka-teki ni!" Desisnya sendirian. Penuh semangat!

Puas dia mengereng ke kiri dan ke kanan. Namun sukarnya untuk dia melelapkan mata. Maisarah bagaikan tidak sabar-sabar untuk menanti hari esok. Entah masa bila dia terlelap pun, dia sendiri tidak pasti. Maisarah bermimpi. Bermimpi menemui tunangnya. Tetapi yang membuatkan hatinya bertambah geram, di dalam mimpi pun wajah tunangnya tidak kelihatan !

Lama Maisarah berdiri terpacak di situ. Terpegun melihat banglo 2 tingkat yang tersergam indah di hadapannya. Beberapa kali jari telunjuknya di arahkan ke butang loceng, tetapi dijatuhkan kembali. Dia mula terasa serba salah. Datang tanpa diundang.

Page 15: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

"Cik mahu cari siapa?" Seorang wanita dengan loghat bahasa indonesia menyapanya. Mungkin dia perasaan sejak tadi Maisarah asyik tercangak-cangak di depan pintu pagar.

"Errr...Saya nak jumpa dengan Puan Halimah" Teragak-agak dia menjawab. "Oooo... Mahu jumpa sama ibu Halimah ya! Dia ada di dalam. Silakan masuk" Ramah sekali dia berbicara. Maisarah menguntum senyum. Karamahan wanita indonesia yang berumur lewat 40-an itu sedikit sebanyak menghilangkan resah di hatinya.

Halimah yang begitu asyik membelek akbar di ruang tamunya agak tersentak tatkala melihat Maisarah sudah berdiri di depannya. "Sarah?" Soalnya memohon kepastian. "Maafkan saya puan. Kedatangan saya ni tanpa diundang" Bicara Maisarah agak bergetar.

"Eh tak adalah. Mama tak kisah bila-bila masa pun Sarah nak ke mari." Halimah menjawab ramah. "Tapi jangan panggil mama puan lagi. Panggil mama ya. Sarah bakal isteri Im dan mama dah anggap seperti anak mama sendiri" Halimah bersuara mesra. Jari jemari Maisarah digenggamnya penuh erat.

Maisarah menghela nafas lega. Dia benar-benar bersyukur bila kehadirannya dialu-alukan. Seorang anak gadis sunti, berlari-lari mendapatkannya. "Kak Sarah kan? Memang dah lama Amy nak kenal dengan kakak. Abang Im tu kedekut sangat dengan Amy" Anak gadis yang membahasakan dirinya Amy itu bersuara mesra. Tubuh Maisarah dipeluknya penuh manja.

"Amy ni....." Maisarah sedikit tertanya-tanya. Sangkaannya Im adalah anak tunggal. "Amy adik Abang Im. Kami cuma dua beradik je kak" Amy bersuara ramah. Sifatnya yang agak keanak-anakkan itu begitu menyenangkan Maisarah.

"Mama tak sangka Sarah akan datang ke sini." Halimah yang tadi hanya memerhati sahaja tingkah Amy dan Maisarah mula bersuara. Maisarah terdiam seketika. Dia teragak-agak untuk menjawab. "Sarah nak jumpa abang Im" Perlahan suara Maisarah. Halimah dan Amy berpandangan sesama sendiri tatkala mendengar penjelasan Maisarah.

"Sarah.....Maafkan mama. Im lansung tak benarkan kami perkenalkan dia pada Sarah. Habis semua gambarnya di dalam rumah ni disimpan. " Ujar Halimah serba salah. Kesian pula melihat Maisarah yang asyik tertanya tentang anak

Page 16: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

lelakinya ini. "Dan seperkara lagi, Im tidak tinggal di sini. Dia menyewa rumah berhampiran dengan tempat kerjanya. Tapi kalau Sarah nak tahu apa-apa tentang Im, mama bileh ceritakan" Halimah kembali menyambung bicara bila melihat Maisarah hanya diam membisu.

"Kak Sarah, jom Amy tunjukkan bilik Abang Im. Mungkin dari situ kakak boleh mengenalinya dengan lebih dekat." Ujar Amy sambil bingkas bangun. Tanpa menanti jawapan, tangan Maisarah diraihnya. Maisarah sedikit teragak-agak, namun langkah Amy tetap diturutinya.

"Amy kesiankan Kak Sarah. Tapi nak buat macam mana kami semua dah berjanji dengan Abang Im." Bicara Amy sedikit mendatar. Maisarah masih membisu seribu bahasa. Dengan perasaan yang berdebar-debar, bilik itu dimasukinya.

Kemas dan teratur. Puas dicarinya, tetapi memang benar tiada sekeping pun gambar milik tunangnya di situ. Mata Maisarah terpaku memandang sesuatu. Botol kaca yang berisi bintang-bintang kertas itu direnung lama-lama. "Abang Im sukakan bintang kertas tu. Arwah ayah yang ajar abang Im buat semua tu. Kalau ada masa terluang je Amy selalu nampak Abang Im buat bintang-bintang kertas" Ujar Amy bila melihat Maisarah tidak berkelip-kelip memandang botol kaca yang terletak di kepala katil.

Maisarah melangkah rapat menuju ke katil milik Im. Jantungnya bagaikan tiba-tiba terhenti. Sekeping gambar yang terletak berhampiran botol kaca itu bagaikan merentap nyawanya. Gambarnya bersama Benjamin Alif sewaktu di alam persekolahan. Terketar-ketar tangannya menyentuh gambar itu.

"Itu gambar akak kan? Gambar akak dengan Abang Ben. Abang Im dan Abang Ben memang berkawan baik" Maisarah mengurut dadanya beberapa kali tatkala mendengar kata-kata Amy. "Amy kenal Benjamin?" Amy mengangguk sambil tersenyum. "Apa pulak tak kenalnya. Dulu kami sekeluarga pun menetap di Scotland. Tapi bila arwah ayah meninggal, kami semua pulang ke Malaysia. Dan tak lama lepas tu Abang Ben dan papanya pun pulang juga ke Malaysia."Kata-kata Amy terhenti. Dia menelan air liurnya beberapa kali. "Dulu Abang Ben selalu datang ke mari, tapi sejak dah bekerja ni langsung tak nampak muka" Wajah Amy sedikit mencuka.

Maisarah mula tertanya-tanya. Rasanya kalau dia tidak kuat semangat, mungkin

Page 17: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

saat itu dia sudah jatuh terjelepok ke lantai."Ya Allah! Apakah semua ini? Kebetulan atau memang sudah ditakdirkan oleh-Mu" Maisarah merintih sayu

BINTANG HATI {CHAPTER 7}Pagi-pagi lagi Maisarah sudah sampai di sekolah. Sengaja dia datang awal hari ini. Ingin mengintai gerangan misteri yang menghadiahkannya bintang kertas setiap hari.

Namun hatinya benar-benar hampa tatkala melihat bintang-bintang kertas yang sudah tersusun cantik di atas mejanya. "Huh! Cepat betul orang ni! Rasanya awal aku datang hari ni, tapi rupanya dia lebih awal dari aku!" Maisarah membebel geram.

"Assalamualaikum ustazah! Awal datang hari ni" Hakim yang baru melangkah masuk menegurnya. "Waalaikumsalam!" Maisarah sekadar mengukir senyuman.

"Ustazah dah sarapan?" Soal Hakim sambil melangkah menghampirinya. "Err...Dah! Dah!" Cepat-cepat dia menjawab. Bimbang jika Hakim mengajaknya sarapan sekali. Meletus ketawa di bibir Hakim bila mendengarnya. "Betul ke ni? Awal ustazah sampai hari ni, tak mungkin dah sarapan" Balas Hakim. Maisarah sekadar tersengeh. Tetapi rasanya bagaikan tersengeh pada diri sendiri. "Memang betullah aku ni tak pandai menipu!" Gerutunya perlahan. "Pleaseeeeeee............." Hakim mula merayu sambil mempamerkan memek mukanya yang begitu sedih.

Maisarah tertawa kecil tatkala memandang wajah Hakim sedemikian rupa. Lucu! "Hah! Dah ketawa tu. Setuju lah maksudnya kan? Jomlah ustazah. Kesian kat saya. Lapar sangat ni" Meremang bulu romanya mendengar bicara Hakim yang merayu. "Ok lah! Saya ikut cikgu makan. Sakit telinga saya mendengar pujuk rayu cikgu ni" Ujar Maisarah. Dia bingkas bangun lalu mencapai tas tangan yang terletak di sisinya.

Suasana agak lengang di kantin. Masih terlalu awal, tidak ramai yang mengunjunginya. "Usatazah duduk dulu. Biar saya ambilkan makanan untuk ustazah" Ujar Hakim. Dia berlalu pergi tanpa bertanya terlebih dahulu kepada Maisarah. "Ish dia ni! Tahu ke aku nak makan apa? Tak tanya pun?" Maisarah tertanya-tanya sendirian. Kepalanya dipanjangkan mencari kelibat Hakim yang hilang di celah-celah pelajar yang mengerumuni kaunter kantin.

Page 18: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

"Nah! Saya tahu ustazah suka makan ni. Dan ini Neslo, air kegemaran ustazah juga kan?" Ujar Hakim mesra dengan senyuman tak lekang di bibirnya. Pinggan berisi pulut dan sambal tumis ikan bilis itu, diletakkan di hadapan Maisarah. "Hah! Ini pulak kelapa parut. Memang sedap kalau makan dengan pulut" Pinggan kecil berwarna biru muda itu pula diletakkan di hadapan Maisarah.

"Eh? Biar betul dia ni. Mana pulak dia tahu aku suka makan semua ni?" Muncul lagi pertanyaan di hatinya. Berkerut-kerut keningnya. Wajah Hakim di renungnya agak lama. "Kenapa ustazah pandang saya macam tu. Macam nak makan saya je" Hakim sekadar mengusik. Dia tahu Maisarah pasti tertanya-tanya.

"Saya pernah kenal cikgu ke sebelum ni?" Soal Maisarah tiba-tiba. Hakim yang sedang enak mengunyah nasi lemak mengangkat wajahnya memandang Maisarah. "Kenapa ustazah tanya macam tu?" Hakim pula menyoal tanpa memberi jawapan kepada Maisarah. "Habis tu, macam mana cikgu tahu saya suka makan semua ni?" Maisarah bertanya sedikit keras. Geram betul dia soalannya dibiarkan tanpa jawapan.

"Maafkan saya. Hari tu saya terdengar perbualan telefon ustazah. Sebab tu saya tahu" Jawab Hakim sedikit perlahan. Maisarah terdiam. Baru dia teringat perbualan telefon dengan umi nya dua hari yang lepas. Sibuk dia meminta umi menanak pulut dan buatkan sambal tumis untuknya. Merengek-rengek minta di hantarkan kepadanya.

"Saya cakap kuat sangat agaknya. Sampai cikgu pun boleh dengar" Ujar Maisarah agak malu. "Tak adalah kuat sangat. Mungkin saya ni yang busybody nak dengar" Hakim berseloroh sambil disambut ketawa kecil Maisarah.

"Kat sini rupanya ustazah!" Serentak Maisarah dan Hakim menoleh pandang. Cikgu Sabariah, guru Bahasa Melayu tingkatan dua kelihatan termengah-mengah. "Kenapa cikgu?" Soal Maisarah hairan. "Ada panggilan telefon untuk ustazah. Saya suruh dia telefon balik sebab ustazah tak ada kat bilik tadi. Tapi dia beria-ria suruh saya panggilkan ustazah juga. Dia sanggup hold line. Penting katanya" Cikgu Sabariah yang terkenal dengan mulut becoknya itu bersuara tanpa henti.

Maisarah bingkas bangun. Dia hanya terfikirkan ayahnya di kampung sahaja. Tapi pelik juga kenapa ayah tidak menghubungi telefon bimbitnya sahaja. Tergesa-gesa dia mengeluarkan wang kertas dari dalam tas tangannya. "Tak payah ustazah! Saya belanja hari ni" Hakim cepat-cepat bersuara tatkala melihat

Page 19: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

wang kertas yang dihulurkan oleh Maisarah. "Betul ustazah! Tak payahlah. Saya belanja. Ustazah pergilah. Mungkin ada hal penting tu" Hakim bersuara lagi bila melihat Maisarah yang teragak-agak memandangnya.

Langkahnya dipercepatkan mengejar cikgu Sabariah yang mendahuluinya di hadapan. Nafasnya turun naik kepenatan. Telefon berwarna kelabu itu, kelam kabut dicapainya.

"Hello!" Agak tersangkut suaranya. Letih berlarinya masih belum hilang. "Mai..." Bunyi suara di hujung telefon itu membuatkan jantung berdegup lebih kencang. Benjamin Alif! Siapa lagi yang memanggilnya dengan panggilan yang begitu jika bukan Benjamin Alif!

BINTANG HATI {CHAPTER 8}"Ben?" Soal Maisarah inginkan kepastian. "Mai....Ben rindu" Kedengaran sayu suara di hujung talian. "Dah terlambat untuk semua tu" Desisnya perlahan. Lirih! "Mai....Ben nak jumpa Mai malam ni" Maisarah terdiam. Mengeluh sayu. "Mai dah jadi tunangan orang. Kenapa masih nak berjumpa?" Maisarah bersuara perlahan, Lambat-lambat.

"Please Mai...Untuk kali ni saja. Berilah peluang untuk Ben terangkan keadaan sebenar. Jangan terus menghukum Ben macam ni" Benjamin Alif bersuara lirih, bergetar menahan sebak. Maisarah membisu seribu bahasa. Terdiam tidak terkata. Air matanya sudah bergenang di kelopak. Menanti masa untuk jatuh. "Mai....Ben tunggu malam ni. Kat Hotel Hilton. Ben tunggu dekat lobby hotel. Ben akan tunggu Mai tak kira sampai pukul berapa pun!" Suara Benjamin Alif sudah tidak kedengaran lagi. Talian sudah dimatikan.

Air matanya yang mula mengalir, dikesatnya cepat-cepat. Bimbang Cikgu Sabariah yang berada di situ akan perasan. Maisarah menundukkan wajahnya. Sebak! Cuba menahan agar tangisnya tidak pecah. Dan tanpa dia sedari ada sepasang mata yang memerhatinya dengan perasaan yang penuh kecewa !

Benjamin Alif mundar mandir di lobby hotel. Dirinya kelihatan tidak terurus. Janggut dan misainya sudah beberapa hari tidak bercukur. Tali leher yang mencengkam tengkuknya, dilonggarkan dengan keras. Sesekali dia mendengus menghilang resah yang asyik bertandang. Sejak berpisah dengan Nadia, barulah dia sedar, hanya cinta Maisarah yang benar-benar bererti buatnya.

Benjamin Alif mengukir senyuman. Kelibat Maisarah yang kelihatan di

Page 20: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

perkarangan hotel benar-benar menggembirakan hatinya. Gadis ayu bertudung labuh itu di nantinya dengan perasaan tidak sabar.

"Mai...." Hanya itu yang terkeluar di bibirnya tatkala Maisarah berdiri di hadapannya. Wajah ayu bujur sirih itu ditatapnya puas-puas. Rindu! "Mai tak mahu lama-lama kat sini. Bimbang kalau-kalau tunang Mai tahu. Ben nak apa?" Maisarah memulakan bicara. Dia tidak mahu berada lama-lama di sisi Benjamin Alif. Takut kalau sayangnya yang telah dibuang jauh-jauh datang kembali.

"Kalau ye pun, duduklah dulu." Ujar Benjamin Alf. Tidak selesa rasanya berbicara dalam keadaan begini. Maisarah mengeleng-ngelengkan kepalanya. Dia tidak mahu duduk! Dia tidak mahu lama di sini! Benjamin Ali mendenguskan nafasnya. Sedikit geram dengan kedegilan Maisarah.

"Mai...Kita kahwin!" Hampir terbeliak matanya mendengar bicara Benjamin Alif. Kata-kata yang memang tidak dijangka olehnya. "Gila ke? Mai kan tunang orang!" Bentak Maisarah keras. "Kenapa? Tak boleh ke? Dia cuma tunang Mai, bukannya suami!" Nafas Benjamin Alif mula turun naik. Sakit hati!

"I don't care anymore! Mai mesti kahwin dengan Ben!" Keras suara Benjamin Alif seakan mengugut. Maisarah mengurut dadanya beberapa kali. Terkejut melihat perlakuan Benjamin Alif yang agak berlainan.

"Ben ni dah gila agaknya!" Keras Maisarah bersuara. Dia melangkah ingin berlalu pergi. Perangai Benjamin Alif benar-benar sudah berubah. Takut dia dibuatnya.

Belum pun sempat dia berlalu, tangannya sudah dicengkam kuat. Maisarah terkejut. Benar-benar terkejut bila Benjamin Alif sudah mengheretnya memasuki lif menuju ke tingkat atas hotel. "Ya Allah! Ben kenapa ni? Jangan buat Mai macam ni!" Maisarah merayu dalam tangisnya yang mula pecah.

Benjamin Alif seolah-olah sudah hilang akal. Entah apa yang merasuknya. Tubuh Maisarah ditolak kasar ke katil. Suara tangisan Maisarah yang merayu-rayu itu bagaikan menaik rasa ghairah di hatinya. "Kalau aku tak dapat! Orang lain pun jangan mimpi nak dapat" Jerit Benjamin Alif bagaikan orang yang dirasuk syaitan.

Page 21: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

Tudung labuh milik Maisarah direntap kasar. Rambut Maisarah yang terurai tatkala tudungnya direntap, menambahkan lagi rasa berahi di hatinya. "Ben bawa mengucap! Jangan buat Mai macam ni!" Maisarah merayu lagi. Berpuluh kali! Namun hati Benjamin Alif yang sudah dikuasai nafsunya sudah tidak mampu lagi untuk lembut. Keinginannya hanya satu! Ingin memiliki tubuh Maisarah!

Namun belum pun sempat bibir merah milik Maisarah itu dijamahnya, tendangan kuat di pintu bilik mematikan tingkahnya. Dia tergamam bila melihat susuk tubuh Hakim yang sudah berdiri di hadapannya.

Hakim menoleh memandang Maisarah yang menutup mukanya sambil tersedu-sedu menangis. Hatinya dirundun pilu. Tanpa salam tanpa bicara sebuah tumbukkan hinggap di pipi kiri Benjamin Alif. "Berani kau tumbuk aku!" Bentak Benjamin Alif. Dia cuba bangun untuk melawan. Tetapi tumbukkan kedua pula singgah di pipinya. Darah pekat yang mengalir di bibirnya dikesat dengan kasar.

Benjamin Alif mengetap bibirnya menahan marah. Dia bangun meluru ke arah Hakim, namun ternyata kekuatannya tak mungkin mampu menandingi kegagahan Hakim. "Kau ni kenapa Benjamin? Dah gila ke? Macam ni ke rasa cinta yang kau nak buktikan pada orang yang kau sayang!" Jerkah Hakim kuat. Matanya bulat bersinar-sinar memandang Benjami Alif yang terketar-ketar untuk bangun.

"Kau tu yang buat aku gila Hakim! Aku anggap kau kawan aku, tapi kau tikam aku dari belakang! Kau rampas hak aku!" Balas Benjamin Alif keras. Hakim menarik nafasnya dalam-dalam.

"Semua tu salah kau sendiri Benjamin! Tak tahu nak menilai yang mana kaca yang mana permata! Kau sendiri yang tak tahu nak menghargainya!" Bentak Hakim geram. Benjamin Alif terdiam mendengar kata-kata Hakim. Bagaikan menusuk ke tangkai hatinya. "Now, get out!!!!" Jerkah Hakim masih berang.

Benjamin Alif bangkit perlahan-lahan dengan wajah yang berkeriut-riut menahan sakit. Baju kemejanya yang dibuka tadi, disarung semula ke badan. Langkahnya terhenti tatkala melintasi Maisarah. "Maafkan Ben........" Dia bersuara perlahan. Sesal!

Maisarah masih terduduk di penjuru bilik. Sendunya masih kedengaran. Hakim memandang dengan perasaan sebak di dada. "Sayang abang..." Desisnya

Page 22: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

perlahan. Tudung Maisarah yang terjelepok di lantai dikutipnya dengan hati yang berkecamuk. "Jangan menangis lagi......Everything it's okay right now" Hakim bersuara lembut. Air mata yang mengalir di pipi Maisarah dikesatnya perlahan-lahan. Dengan berhati-hati tudung milik Maisarah disarungkan di kepalanya.

"Cikgu...." Kata-kata Maisarah bagaikan tersangkut di kerongkong. "Shhhh....Saya hantar ustazah balik dulu. Perkara ni tak perlulah kita bincangkan lagi" Ujar Hakim lembut. Kalau lah boleh ingin sahaja dirapatkan tubuh Maisarah ke dadanya. Memeluk lembut penuh kasih sayang. Kalaulah boleh ingin sahaja diusap lembut rambut Maisarah agar hilang rasa sedih dijiwanya. Tapi mana mungkin! Maisarah bukan miliknya !

BINTANG HATI {CHAPTER 9}Tingkap kaca biliknya dibuka perlahan-lahan. Maisarah menumpang dagu, mendongak memandang ke langit. Biarpun langit hitam dan pekat namun bintang-bintang yang berteraburan tetap kelihatan dan berkelip-kelip.

Perasaannya dihimpit kecewa. Dan perasaan kecewanya makin bertambah-tambah tatkala teringatkan Benjamin Alif. Maisarah menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba dihilangkan rasa sesak yang dirasainya. Tapi rasa sesak itu kian menjadi-jadi pula.

Dia teringatkan Hakim. Sukar nak digambarkan perasaannya namun tidak memandang wajahnya, rasa rindu pula datang bertandang. Bagaimana pula dengan Abang Im? Tunangnya yang penuh misteri. Jika dia sengaja membaja perasaan rindunya terhadap Hakim, dia akan rasa bersalah pula terhadap tunangnya.

Maisarah kembali memandang bintang-bintang yang berteraburan di dada langit. Biarpun sudah 2 hari peristiwa hitam itu berlalu, tapi baginya bagaikan baru tadi ia berlaku. "Macam mana cikgu tahu saya ada dekat sini?" Maisarah teringat kembali soalan yang diajukan terhadap Hakim tempoh hari. Hairan juga dia bila Hakim tiba-tiba muncul menyelamatkannya.

"Kebetulan saya ada temu janji dengan kawan kat sini. Tiba-tiba saya ternampak lelaki tu tergesa-gesa menarik ustazah. So saya rasa mesti ada sesuatu yang tak baik akan berlaku." Maisarah mengerutkan keningnya mendengar jawapan Hakim.

"Cikgu kenal dengan Benjamin? Cara cikgu bercakap dengan dia macam dah

Page 23: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

kenal lama" Soal nya lagi. Hairan betul dia, bagaimana Hakim boleh tahu nama Benjamin Alif. Puas juga dia menuggu jawapan Hakim

"Dia tu kan peguam. Dia yang uruskan pembahagian harta pusaka arwah ayah saya. Sebab tu saya boleh kenal dia" Maisarah terdiam. Boleh masuk akal juga jawapannya!

Dia yang begitu asyik mengalamun tiba-tiba tersentak. Vibrate telefon yang kedengaran itu mematikan lamunannya. "Sarah dah tidur?" Sms yang diterimanya itu dibiarkan sahaja tanpa menjawab. "Terlalu berahsia sangat! Malas aku nak layan!" Gerutunya geram.

"Sarah marahkan abang?" Sms kedua yang diterimanya sekadar dipandang sepi. "Patutlah bintang kat langit malam ni muram saja. Ada orang tengah hot!" Maisarah mengigit bibirnya tatkala membaca sms ketiga yang diterimanya. Cepat-cepat telefon bimbitnya dimatikan. Makin Sakit hati pula bila membacanya!

Selesai solat Zuhur di surau sekolah, dia tergesa-gesa kembali ke mejanya. Dua hari lagi perayaan hari guru akan di rayakan. Telah banyak program yang pihak sekolah rancangkan. Dan dia juga perlu membuat banyak persediaan.

"Ustazah!" Hartini, pelajar tingkatan 5 yang juga merupakan AJK pelajar tersenyum memandangnya. "Kamu rupanya Tini. Terkejut ustazah. Ingatkan siapalah tadi. Masuklah!" Hartini ketawa kecil mendengar kata-kata Maisarah. "Tak apalah ustazah! Saya nak ke dewan besar sekarang ni. Saya cuma nak beritahu, barang-barang yang ustazah belikan semalam, dah saya letakkan kat dalam dewan. Nanti ustazah datang ye!" Bagaikan bertih jagung suaranya kedengaran di telinga Maisarah. Pemidato peringkat daerah, siapa yang berani berbahas dengannya.

Maisarah sekadar tersenyum sambil menganggukkan kepalanya. Baru dia teringat tugasan yang diamanahkan kepadanya. Dia bertanggung jawab menghias dewan besar tempat di mana perayaan hari guru dilangsungkan. Maisarah tergesa-gesa bangun. Kelam kabut langkah diaturnya.

Dia tersenyum tatkala melangkah masuk ke dewan. Gembira melihat pelajar-pelajar yang ringan tulang sibuk membantunya. Senyuman yang terukir di

Page 24: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

bibirnya tiba-tiba terhenti. Bintang kertas! Dan memang benarlah, bintang kertas inilah yang diterimanya saban hari.

Dadanya makin kuat berdegup. Sekumpulan pelajar perempuan yang sedang sibuk menyusun bintang-bintang kertas untuk dijadikan hiasan, dihampirinya. "Siapa yang buatkan ni?" Soalnya tersekat-sekat. "Bintang kertas ni ke ustazah?" Maisarah sekadar menganggukkan kepalanya. "Cantikkan! Tapi bukan kita orang yang buat" Maisarah benar-benar hampa tatkala mendengarnya.

Nafasnya yang bagaikan tertahan-tahan sejak tadi, dilepaskannya agak keras. Dia melangkah malas menuju ke penjuru dewan. Langkahnya tiba-tiba terhenti. Lama dia terpaku di situ memerhati tingkah Hakim yang begitu asyik membentuk kertas berwarna-warni itu menjadi bintang. Dadanya kembali berombak kencang.

"Hakim? Abang Im? Mungkinkah orang yang sama?" Dia mula berteka teki di dalam hati. Dikuatkan semangatnya. Langkahnya yang tadi terhenti disambung kembali.

"Abang Im?" Soal Maisarah dengan suara yang bergetar. Puas sudah dia cuba mengawal nada suaranya. Namun ternyata usahanya gagal juga. Hakim benar-benar tersentak. Bintang kertas di dalam genggamannya jatuh ke lantai. "Abang Im?" Soalnya lagi tatkala melihat Hakim masih tidak menoleh ke arahnya.

Lambat-lambat Hakim menoleh memandangnya. Sebuah senyuman sudah terukir di bibirnya. "Sarah memang bijak! Sekejap saja dah dapat cari abang" Maisarah terdiam tidak terkata mendengar bicara Hakim. Aduh! Rasanya saat itu mahu sahaja dia jatuh terjelepok ke lantai.

Hakim menarik nafasnya dalam-dalam. Renungan Maisarah yang seolah-olah meminta penjelasan lanjut darinya, begitu menyesakkan!

"Maafkan abang! Sungguh! Abang tidak bermaksud membuat Sarah tertanya-tanya. Dan bukan niat abang juga nak permainkan hati Sarah." Hakim menelan air liurnya. Kelat!

"Abang cintakan Sarah! Sejak dulu lagi! Sejak melihat gambar Sarah yang Benjamin tunjukkan pada abang. Dan apabila Ben bertanyakan pada abang, hadiah apa yang perlu diberikan pada Sarah, abang hanya teringatkan bintang

Page 25: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

kertas ni saja. Sarah cantik bersinar bagaikan bintang. Duduknya tinggi di langit, terlalu sukar untuk abang petik" Kata-kata Hakim terhenti. Kali ini nafasnya pula dilepaskan keluar. Wajah kesayangannya ini di tatap dengan perasaan yang bersalah. Maisarah masih terdiam. Terpegun bagaikan patung. Air matanya mula mengalir turun!

"Setiap waktu abang perhatikan Sarah. Cuma Sarah yang tidak perasan. Abang tidak pernah meletakkan sebarang harapan bila meminta mama meminang Sarah. Dan keputusan yang Sarah berikan benar-benar mengejutkan abang" kata-kata Hakim terhenti lagi. Sukarnya untuk dia meneruskan bicara tatkala melihat air jernih yang mengalir di pipi Maisarah.

Hakim melangkah rapat menghampiri Maisarah. Perlahan-lahan mengesat air mata Maisarah yang mengalir turun."Maafkan abang sayang.....Abang yang bersalah mengambil kesempatan di atas hubungan Sarah dan Benjamin yang bercelaru. Kalau tidak kerana abang mungkin semua ini masih dapat diselamatkan. Abang faham kenapa Sarah menerima pinangan abang. Dan sebab itu sengaja abang merahsiakan identiti abang, mungkin dengan cara itu Sarah tidak akan bertambah terluka" Nafasnya terasa semakin sesak. Orang yang dicintai di depan mata, namun sayang terpaksa dilepaskan.

"Kau tu yang buat aku gila Hakim! Aku anggap kau kawan aku, tapi kau tikam aku dari belakang! Kau rampas hak aku!" Kata-kata Benjamin Alif tempoh hari kembali bermain di telinganya. Perasaan bersalah di hatinya bertambah sarat.

"Abang tahu Benjamin masih cintakan Sarah. Dan mungkin juga masih tersimpan rasa cinta di hati Sarah terhadapnya. Abang yang benar-benar bersalah, mengkhianati kawan baik sendiri dan seolah-olah mempermainkan perasaan Sarah." Sendu Maisarah semakin parah. Air matanya pula seakan-akan enggan berhenti. Terus turun membasahi pipinya.

"Pertunangan kita ini, anggap sahaja tidak pernah berlaku." Hakim terdiam seketika. Sukarnya untuk dia meneruskan kata. Tangan Maisarah digenggamnya erat. Sejuk tangan Maisarah terasa hingga ka hatinya. Bintang-bintang kertas yang sentiasa tersimpan di dalam kocek seluarnya dikeluarkan. Perlahan-lahan diletakkan di dalam tangan Maisarah.

"Ini bintang terakhir dari abang. Abang sayangkan Sarah. Berjuta bintang di langit pun tak mungkin sama seperti Sarah" Hakim bersuara sebak. Air mata Maisarah dikesatnya sekali lagi sebelum berlalu pergi.

Page 26: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

Maisarah masih terpegun di situ. Kaku seperti patung. Ingin dia menjerit memanggil nama Hakim tapi suaranya enggan keluar. Tersangkut di kerongkong. Perit! Pedih! Sakit! Tudungnya sudah basah. Basah dengan air mata terlalu sukar untuk berhenti! BINTANG HATI {CHAPTER 10}"Ustazah! Ustazah tak apa-apa ke?" Maisarah yang sedari tadi terpaku di sudut dewan, tersentak. Hartini yang berdiri di sebelahnya dipandang dengan mata yang berkaca-kaca. "Ustazah kenapa ? Ustazah menangis?" Soal Hartini lagi. Pelik dia. Dari tadi melihat Maisarah berdiri tidak bergerak-gerak. Maisarah sekadar mengeleng-ngelengkan kepalanya sambil berusaha untuk menguntum senyum.

Hartini yang masih tertanya-tanya, dibiarkan begitu sahaja. Langkahnya dipercepatkan mencari kelibat Hakim. Namun hatinya betul-betul hampa, puas di cari tetapi tidak berjumpa. Bilik guru yang agak lengang itu, dimasukinya dengan perasaan yang kecewa.

"Cikgu Sabariah ada nampak Cikgu Hakim tak? " Soalnya tatkala melabuhkan punggung di kerusi. Cikgu Sabariah yang begitu asyik memeriksa buku latihan di mejanya, mengangkat muka. Cermin matanya yang hampir jatuh, dibetulkannya beberapa kali. "Cikgu Hakim dah balik. Tadi dia apply cuti sampai seminggu." Maisarah mengerutkan keningnya. "Seminggu?" Soalnya sekali lagi. "Ya! Seminggu dia cuti. Tak tahulah pulak kenapa" Jawapan dari mulut Cikgu Sabariah disambutnya dengan hati yang kian kecewa.

Maisarah mundar mandir di dalam biliknya. Entah mengapa, apa sahaja yang dibuatnya serba tidak kena. Letih berdiri, dia duduk. Lama duduk, dia bangun kembali. Peristiwa petang tadi masih bermain-main di matanya.Puas sudah nombor telefon Hakim didailnya, namun hampa, tidak berbunyi. Maisarah resah sendirian.

Maisarah bingkas bangun tatkala mendengar deringan telefon bimbitnya. "Hello!" Dia menjawab dengan perasaan yang tidak sabar. "Sarah...." Maisarah menggigit bibirnya beberapa kali tatkala mendengar suara ibu Hakim di hujung talian. Debaran di dadanya mula terasa apabila suara ibu Hakim di selangi dengan tangisan. "Mama? Kenapa ni?" Soalnya kelam kabut. "Im...." Suara ibu Hakim yang terputus-putus kian menyesakkan hatinya.

"Sarah....Im dekat hospital. Dia dalam keadaan koma" Terduduk Maisarah

Page 27: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

mendengarnya. Telefon bimbitnya digenggam erat. "Macam mana boleh koma? Abang Im accident ke?" Soal Maisarah bergetar. Cuba ditahan agar tangisannya tidak pecah.

"Sarah.....Im mengidap barah hati. Penyakit sama yang telah meragut nyawa arwah ayahnya. Mama tak tahu tentang ni. Im tak pernah beritahu mama" Hiba suara ibu Hakim benar-benar menghiris jiwanya. Badannya mula terhinggut-hinggut menahan tangis yang mula meletus.

Tak mungkin Hakim sakit. Hakim begitu hebat di gelanggang. Gagah! Dia paling suka melihat aksi Hakim tatkala balingan bolanya memasuki jaring. Kegembiraan dan kepuasan yang terukir di wajahnya. Dia juga paling suka mendengar jeritan suara Hakim yang bergema sekitar gelanggang tatkala memberi arahan terhadap pelajar-pelajarnya. Dia juga suka tatkala melihat Hakim menyinsing lengan baju kemejanya hingga ke siku, melonggarkan ikatan tali lehernya dan dengusan nafasnya apabila keletihan. Dia suka! Dia suka segala-galanya tentang Hakim!

Maisarah menekup kedua tangannya ke muka. Menangis semahu-mahunya. Biarkanlah tangisannya memecah hening malam. Biarkanlah tangisannya menganggu mimpi indah orang lain. Dia tidak peduli lagi.

Dia tergesa-gesa menukar pakaiannya. Menyeka cepat-cepat sisa air mata di pipinya. Jam di tangan kirinya di jeling sepintas lalu. Pukul 11.00 malam. Dia tidak peduli. Dia tidak mahu menunggu sampai esok. Dia mahu berjumpa Hakim hari ini, sekarang!

Perkarangan hospital yang sunyi sepi itu dijejakinya dengan perasaan yang bercelaru. Puas bertanya di kauter pendaftaran, Maisarah tercangak-cangak mencari bilik Hakim.

"Sarah!" Dia segera menoleh mencari arah suara yang memanggilnya. Halimah, ibu Hakim meluru ke arahnya. Tubuh Maisarah dipeluknya dengan perasaan hiba. "Mama, macam mana boleh jadi macam ni?" Soal Maisarah dalam tangisannya yang mula pecah. "Mama tak tahu Sarah, mama tak tahu. Hakim rahsiakan segala-galanya dari mama" Halimah menjawab lirih!

"Doktor tunggu sekejap!" Maisarah menjerit tatkala melihat kelibat doktor yang keluar dari bilik Hakim. Doktor yang sudah lanjut usia itu memberhentikan

Page 28: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

langkahnya. "Doktor, macam mana keadaan dia? Macam mana dia boleh jadi macam ni?" Bertalu-talu soalan yang dikeluarkan. Sebenarnya terlalu banyak persoalan yang bermain di kepalanya.

"Dalam pukul 7 petang tadi, Encik Hakim menjalani pembedahan pemindahan hati. Pembedahan ini sebenarnya berjaya, tapi tak tahu kenapa badannya seolah-olah telah menolak hati baru ini. Berlaku komplikasi terhadap pesakit. Keadaan inilah yang membuatkan pesakit menjadi koma." Maisarah terdiam mendengar penjelasan yang panjang lebar oleh doktor tersebut.

"Boleh saya masuk tengok dia doktor" Maisarah seakan merayu. Wajah doktor tersebut sedikit berkerut. Wajah Maisarah direnungnya agak lama. "Cik ni siapa?" Soalnya pendek. "Saya tunang dia. Tolonglah doktor, benarkanlah saya masuk." Maisarah masih merayu.

"Baiklah. Tapi jangan terlalu lama" Jawapan yang diterima, benar-benar menggembirakan hatinya.

Pintu bilik Hakim dibukanya berhati-hati. Hatinya bertambah sayu tatkala melihat wayar-wayar yang berselirat di tubuh Hakim. Air matanya gugur lagi. Kali ini entah yang ke berapa dia pun sudah tak ingat lagi. Wajah Hakim yang seolah-olah sedang nyenyak tidur itu, ditatapnya penuh sendu.

"Abang.......Abang pergi cepat sangat petang tadi. Kenapa tidak menanti dahulu jawapan dari Sarah" Dia bersuara penuh lirih. Pedih! Maisarah menarik nafasnya dalam-dalam. Sebak dadanya terasa begitu sesak.

"Sarah juga cintakan abang. Biarpun cinta ini baru tumbuh di hati Sarah, tapi akar cinta ini begitu kuat dan kukuh bertapak di sini, di hati Sarah. Kerana selama ini abang telah bajai dan sirami dengan kasih sayang abang" Kata-katanya terhenti. Sukarnya nak meneruskan kata bila air mata mencurah-curah turun.

"Cepatlah bangun.....Sarah tunggu abang..." Dia sudah tidak mampu untuk terus melihat wajah Hakim. Kesedihan di hatinya bertambah parah. Dia bingkas bangun, cepat-cepat berlalu keluar. Bimbang jika tangisannya akan menganggu keadaan Hakim

Page 29: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

Wajah Benjamin Alif tersembul di muka pintu tatkala dia melangkah keluar. Wajah itu di pandangnya dengan mata yang berkaca-kaca. Tanpa berkata barang sepatah kata, Maisarah berlalu meninggalkan Benjamin Alif yang masih memerhati tingkahnya.

Dia melabuhkan punggung di atas kerusi yang terletak di luar hospital. Kesejukkan angin malam langsung tidak dihiraukannya. Maisarah mendongak memandang dada langit di celah kepekatan malam. Peliknya! Malam itu tiada bintang!

"Ya Allah! Janganlah Kau biarkan dia pergi.......Sekurang-kurangnya, biarlah dia tahu yang aku juga menyintainya..." Maisarah merintih sayu. Lirih! Hiba! Dia menangis lagi. Matanya sudah merah. Bengkak! Tak lagi berdaya menampung saratnya air mata yang bergenang.

Maisarah kembali mendongak ke langit. Tercari-cari, ke mana menghilangnya bintang malam ini. Hatinya kian hampa. Perasaan pilu kian menghimpit hatinya.

"Mai...." Suara Benjamin Alif kedengaran di cuping telinganya. Dia sekadar mendiamkan dirinya. Merenung ke bawah. Memerhati rumput-rumput hijau yang lembap dibasahi dek embun. "Mai buat apa kat sini? Kat luar ni sejuk. Nanti Mai jatuh sakit kalau lama-lama dekat sini" Benjamin Alif bersuara lembut. Cuba menenangkan kekalutan yang bersarang di hati Maisarah.

Maisarah masih begitu. Kaku membisu. Wajahnya masih tunduk merenung ke bawah. Benjamin Alif melap fasnya perlahan-lahan. Sesak tatkala melihat keadaan Maisarah, sesak, memikirkan tentang Hakim.

Jaket yang dipakainya ditanggalkan, perlahan-lahan diletakkan menutupi tubuh Maisarah. Namun Maisarah masih tetap sama. Kaku membisu. Tidak bergerak! Tidak berganjak. Dia seolah-olah hilang dalam kelam. Hilang dalam diri sendiri!

Bintang-bintang berkerdipanHanya satu mengusik pandangHanya satu antara seribuPilihanku

Berkerdipan menghiasi

Page 30: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

Hanya satu bintang di hatiHanya dikau dalam seribu yang telahMenawanku

Datanglah ke dalam hidupkuBawakanlah cahaya cintamuDatanglah ke dalam hidupkuKini dirimu aku rindu

Di mataku kau berbezaKilauanmu menyentuh rasa Kaulah bintang bersama cahayaTersembunyi

Bintang hati kau penyeriKu dambakan kasih sayangmuGeloraku Setiap waktu berlaluKau ku tunggu

Bintang-bintang berkerdipanYang datang mengusik pandangKau satukan antara seribu pilihankuHanya kau ku rindu

BINTANG HATI {CHAPTER 11}Benjamin Alif mundar mandir di hadapan deretan kerusi tempat menantinya pesawat untuk berlepas. Dia resah sendirian. Jam di tangan kirinya di jeling sekali lagi. Masih ada dua jam lagi masa untuk pesawatnya berlepas. Masih ada banyak masa tapi dia bimbang jika orang yang ditunggunya tidak kunjung tiba.

Letih berdiri dia kembali melabuhkan punggungnya di atas kerusi yang tersedia di belakangnya. Majalah yang dibelinya sebentar tadi, dibelek beberapa kali. Cuba menghilang keresahan yang menguasai jiwanya. Namun ternyata dia gagal membuang jauh resahnya.

"Ben!" Dia sedikit tersentak. Wajahnya didongak ke atas mencari arah suara itu. "Dah lama tunggu?" Soal Maisarah pendek. Benjamin Alif menguntum senyum. Lega melihat kelibat Maisarah di hadapannya. "Tak lama, baru setengah jam. Tapi sudah cukup membuatkan Ben resah" Maisarah mengerutkan keningnya tatkala mendengar bicara Benjamin Alif.

Page 31: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

Benjamin Alif ketawa kecil melihat wajah Maisarah. "Ben bimbang, takut jika Mai tak sudi nak datang" Ujarnya dengan sisa tawa yang masih ada. Maisarah sekadar tersenyum. Pahit!

"Berapa lama Ben di Scotland ?" Soal Maisarah. Dia sebenarnya agak terkejut bila tiba-tiba mendapat panggilan telefon dari Benjamin Alif malam tadi. Benjamin Alif melep fasnya perlahan. "Mungkin 5,6 tahun atau mungkin juga akan terus menetap di sana" Maisarah sedikit tersentak. "Merajuk dengan aku ke?" Hatinya berbisik perlahan.

"Kenapa tiba-tiba buat keputusan nak balik ke Scotland?" Soal Maisarah lagi. "Kerana kau sayang! Kerana Hakim!" Mahu sahaja ayat-ayat itu dikeluarkan. Namun bagaikan ada sesuatu yang menghalang, ianya sekadar bergema di dalam hati. "Bukannya keputusan yang tiba-tiba. Dah lama sebenarnya Ben bercadang nak kembali ke Scotland. Lagipun arwah mama ada sebidang tanah di sana dan Ben satu-satunya waris dia. Biarlah Ben yang menguruskannya." Itu sahaja alasan yang mampu dia berikan. Harap-harap dapat menyembunyikan maksud sebenarnya.

Maisarah terdiam. Alasan Benjamin Alif mematikan soalannya. "Mai....Ben minta maaf kerana mengkhianati janji kita. Minta maaf kerana mempermainkan kesetiaan Mai & minta maaf untuk segala-galanya" Benjamin Alif bersuara sebak. Suaranya tersangkut-sangkut cuba menahan rasa sebak di hatinya.

"Ben cintakan Mai dan masih cintakan Mai. Dan kalaulah boleh Ben ingin menyintai Mai selama-lamanya." Kata-katanya terhenti. Benjamin Alif menarik nafasnya dalam-dalam, cuba mencari kekuatan. "Tapi Ben akur, walau sedalam mana cinta Ben terhadap Mai, tak mungkin dapat menandingi kehebatan cinta Hakim. Ben pasti kalah dengan dia" Maisarah mula sebak. Kata-kata Benjamin Alif seakan menikam-nikam hatinya.

"Selama ini, Ben hanya memberi Mai cinta tapi Hakim bukan sekadar memberi cintanya pada Mai, malah dia sanggup berkorban lakukan segala-galanya demi Mai." Suara Benjamin Alif kian sayu.

Di renungnya Maisarah yang hanya menundukkan wajahnya. Dia tahu Maisarah menangis. Maisarah yang dia kenal mudah benar mengalirkan air matanya. Mana mungkin dia lupa, pertama kali melihat Maisarah menangis. Kelam kabut

Page 32: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

dia dibuatnya. Macam-macam yang dia lakukan untuk menghentikan tangisan Maisarah.

"Mai...Jangan menangis lagi. Senyumlah! Jangan biarkan Ben tinggalkan bumi Malaysia dengan perasaan bersalah" Benjamin Alif bersuara lirih. Permintaan Benjamin Alif itu lagi menambahkan rasa sayu di hatinya. Dan mana mungkin dia mampu menguntum senyum

BINTANG HATI @@@THE END@@@Maisarah bungkam sendirian di dalam bilik. Pemergian Benjamin Alif sedikit sebanyak seakan menghukum dirinya. Maisarah merenung kalendar kecil yang terletak di hujung meja tulisnya. Sudah 5 hari Hakim berada dalam keadaan koma. Masih tiada sebarang perubahan.

"Berapa lama lagi Sarah sanggup menunggu Hakim?" Pertanyaa ibu Hakim tempoh hari kembali bermain-main di fikirannya. "Mama faham jika Sarah mahu pertunangan ini diputuskan. Kita semua tak pasti sampai bila Im akan koma, mungkin akan mengambil masa yang agak lama. Janganlah sia-siakan usia Sarah hanya semata-mata kerana Im" Maisarah tidak terkata mendengar bicara ibu Hakim.

Maisarah melep fasnya agak keras. Kedua-dua tangannya diraup ke muka. "Tapi Sarah cintakan abang Im. Tak mungkin Sarah akan pergi begitu sahaja" Rintihnya sayu. Dia menangis lagi. Apa lagi yang mampu dia lakukan. Hidupnya terasa begitu kelam!

Pintu kaca biliknya ditarik perlahan-lahan. Sejak mengenali Hakim, itulah kebiasaannya. Mendongak ke langit yang kelam dan gelap, tercari-cari bintang-bintang yang bersembunyi. Dan malam itu masih tiada bintang di langit! Dan dia hampa lagi!

"Aduhai bintang, ke mana menghilang? Sudah kau curi hati ku, mengapa lari menyorok diri?" Sayu bicaranya seakan berlagu. Air matanya yang masih bersisa, dikesatnya perlahan-lahan. Balang kaca berisi bintang-bintang kertas itu direnungnya dengan perasaan bertambah sebak.

Maisarah berlari-lari anak memasuki perkarangan hospital. Panggilan telefon yang diterimanya sebentar seolah-olah menyentap tangkai jantungnya.

Page 33: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

Tergesa-gesa pintu bilik Hakim ditolaknya. Kosong ! Dadanya berombak kian kencang. Tak mungkin Hakim sudah tiada. Tak mungkin! "Ya Allah!" Maisarah jatuh terduduk ke lantai. Dia menangis semahu-mahunya. Tidak dihiraukan lagi jika tangisannya menganggu orang lain. Hatinya begitu hiba! Mengapa orang yang dia sayang, semuanya berlalu pergi?

"Sarah !" Maisarah tersentak. Suara itu! Cepat-cepat dia menoleh. "Abang!" Hampir terjerit dia tatkala melihat kelibat Hakim yang berkerusi roda di hadapannya. "Sarah ingat abang....." Kata-katanya terhenti. Ayat terakhir itu tidak mampu untuk dia lafazkan. Takut!

"Kenapa? Sarah ingat abang dah tak ada?" Soal Hakim sambil ketawa kecil. Halimah yang berada di sisi Hakim turut ketawa. "Tapi tadi mama kata Abang....Sarah ingatkan ada sesuatu yang berlaku" Ujar Maisarah tersangkut-sangkut. Halimah ketawa lagi. "Apa tidaknya, mama belum habis cakap lagi, Sarah dah putuskan talian. Macam mana mama nak beritahu" Berderai lagi tawa di bibirnya.

"Tak nak peluk abang ke?" Hakim mengusik. Sebuah cubitan hinggap di lengan Hakim. Berkeriut wajahnya menahan sakit. "Abang ingat nak koma lagi dua tiga hari, tapi tak bolehlah!" Maisarah mengerutkan keningnya tatkala mendengar bicara Hakim

"Sarah asyik menangis kat telinga abang. Manalah abang boleh tahan!" Hakim mengusik lagi. Maisarah mengetap bibirnya menahan geram Saat-saat macam ni pun dia masih sempat bergurau lagi. Namun di hatinya berbunga riang.

["Abi, kenapa bintang-bintang kat langit tu kecil sangat? Pastu kenapa abi suka tengok bintang ?" Senget-senget mulut kecil Aleeya bertanya. Anak kecil berusia 3 tahun itu petah berbicara. Wajah Hakim ditatapnya dengan manja.

Hakim tersengeh. Tubuh kecil itu diangkat, diletak di atas ribaannya. "Bintang-bintang tu nampak kecil sebab dia duduk nun tinggi di langit. Sebab itu Aleeya nampak kecil dari bawah" Hakim memandang wajah Aleeya yang masih menanti jawapan darinya.

"Abi suka tengok bintang sebab bintang macam umi Aleeya. Cantik dan bersinar-sinar. Sejuk hati abi bila memandangnya" Aleeya mengerutkan keningnya. Masih tidak faham dengan jawapan Hakim.

Page 34: BINTANG HATI {CHAPTER 1} · Web viewSejak dia bertunang, nombor telefon sudah digantikan dengan yang baru. Jari jemarinya ligat menekan abjad-abjad di telefonnya. "Waalaikumsalam

"Macam mana umi boleh bertukar jadi bintang ?" Soalan Aleeya itu disambut dengan deraian ketawa Hakim. "Sayang abi masih terlalu kecil untuk memahami kisah cinta antara abi dan umi. Tapi umi adalah satu-satunya bintang di hati abi. Sentiasa berkelip=kelip dan sinarnya tidak pernah padam!" Hakim berbisik lembut di telinga Aleeya.]

TUAI PADI ANTARA MASAKESOK JANGAN LAYU-LAYUANADINDA BINTANG TINGGI DI PUNCAKDI MATA KEKANDA JADI TUMPUAN