hantaran aras dada 6d

2
REFLEKSI Aktiviti : Permainan Bola Keranjang (Hantaran Aras Dada) Tempat : Gelanggang Serbaguna SKSU Kelas : 6 Delima Refleksi Seacara keseluruhannya, murid-murid dilihat tidak mempunyai masalah yang besar dalam melakukan aktiviti hantaran aras dada. Guru telah membuat demonstrasi sebelum murid-murid melakukan aktiviti. Semasa murid-murid melakukan aktiviti, guru telah membuat pemerhatian terhadap murid-murid bagi mengesan murid- murid yang melakukan teknik hantaran aras dada yang salah. Guru telah membuat pembetulan secara terus dengan memberhentikan kelas sebentar bagi menerangkan kesalahan yang perlu dielakkan ketika melakukan hantaran. Masalah yang dihadapi Masalah utama adalah tidak dapat menggunakan bola keranjang yang sebenar. Murid tidak dapat merasai pengalaman melakukan hantaran aras dada yang menggunakan bola keranjang yang sebenar. Selain itu, keadaan padang yang sedikit basah boleh mengundang bahaya kepada murid-murid ketika melakukan aktiviti.

Upload: syauqi-ahmad

Post on 12-Aug-2015

29 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

hiak hiak hiak

TRANSCRIPT

Page 1: Hantaran Aras Dada 6D

REFLEKSI

Aktiviti : Permainan Bola Keranjang (Hantaran Aras Dada)

Tempat : Gelanggang Serbaguna SKSU

Kelas : 6 Delima

Refleksi

Seacara keseluruhannya, murid-murid dilihat tidak mempunyai masalah yang

besar dalam melakukan aktiviti hantaran aras dada. Guru telah membuat demonstrasi

sebelum murid-murid melakukan aktiviti. Semasa murid-murid melakukan aktiviti, guru

telah membuat pemerhatian terhadap murid-murid bagi mengesan murid-murid yang

melakukan teknik hantaran aras dada yang salah. Guru telah membuat pembetulan

secara terus dengan memberhentikan kelas sebentar bagi menerangkan kesalahan

yang perlu dielakkan ketika melakukan hantaran.

Masalah yang dihadapi

Masalah utama adalah tidak dapat menggunakan bola keranjang yang sebenar.

Murid tidak dapat merasai pengalaman melakukan hantaran aras dada yang

menggunakan bola keranjang yang sebenar. Selain itu, keadaan padang yang sedikit

basah boleh mengundang bahaya kepada murid-murid ketika melakukan aktiviti.

Tindakan penambahbaikan yang diambil

Walaupun tidak dapat menggunakan bola keranjang sebenar, guru telah

menggunakan bola jaring sebagai bola untuk melakukan hantaran. Apa yang perlu

difokuskan oleh guru adalah teknik hantaran, bukan pada alatan. Selain itu, keadaan

padang yang sedikit basah tidak memberi halangan kepada guru untuk meneruskan

aktiviti. Lokasi aktiviti telah ditukar ke gelanggang serbaguna sekolah yang lebih

selamat dan sesuai untuk melaksanakan aktiviti.