hakcipta © 2018 bukhari ramli -...

55
1

Upload: truongphuc

Post on 01-May-2019

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

�1

Page 2: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli

Diterbitkan oleh:

BRC

BR Collective Sdn Bhd 1160345-X

Anda dibenarkan untuk menyebarkan dan berkongsi

fail PDF panduan ini dengan sesiapa sahaja.

Boleh kongsi dengan rakan kongsi, kawan-kawan

atau mahu diberi sebagai bonus kepada audiens

anda.

DENGAN SYARAT tiada perubahan dibuat terhadap

fail ini dan kandungannya.

�2

Page 3: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

INI SILAP YANG ANDA BUAT DALAM

MENETAPKAN HARGA JUALAN

Nak jual mahal, TAKUT!

Jual murah pula, untung ciput, kadang tak untung

langsung!

Ini masalah biasa kita dengar betul tak?

Dalam panduan ini, kita tengok apa kesilapan yang

kita buat dalam menetapkan harga jualan.

Kalau ada benda tak faham atau macam TAK

BOLEH TERIMA, ambil masa untuk hadam.

Biasalah, bukan senang nak senang. Kita dah

terbiasa cara biasa.

�3

Page 4: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Kita kena BUKA MATA untuk tengok dari sudut

pandang yang baru supaya kita boleh berkembang

dan keluar dari tempurung kita.

�4

Page 5: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Silap #1: Tidak jelas tujuan bisnes

yang nak dicapai

Ramai orang buat bisnes takde kira-kira.

Takde tujuan jelas.

Dalam bab harga ni, penetapan harga adalah satu

benda yang kita ambil serius sebab ia menentukan

tujuan bisnes kita boleh dicapai atau tak.

�5

Page 6: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Tengok, penetapan harga ialah satu STRATEGI

bisnes.

Kita bukan main tala letak harga. Kita buat

keputusan strategik dengan harga yang kita nak

tetapkan.

Contoh:

Katakan kita mahu capai jualan RM50,000 sebulan.

Ini matlamat bisnes kita.

Macam mana kira-kira dalam bisnes boleh bantu

capai matlamat bisnes ni?

Untuk capai jualan RM50,000 sebulan, kita boleh:

Jual RM1 kepada 50,000 orang

Jual RM50 kepada 1,000 orang

Jual RM100 kepada 500 orang

Jual RM500 kepada 100 orang

�6

Page 7: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Jual RM1,000 kepada 50 orang

Jual RM50,000 kepada 1 orang

Kita ubah harga, bermakna jumlah pelanggan kita

juga berubah.

Nampak tak: ubah saja harga situasi bisnes pun

berubah!

Kita tak boleh jual RM1 sebab mungkin mustahil

untuk kita dapatkan 50,000 pelanggan.

Kita tak boleh jual kepada 1 orang sebab mungkin

mustahil untuk kita buatkan orang bayar kita

RM50,000.

Dua ni situasi tak seimbang.

�7

Page 8: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Jadi, kita kena buat penetapan harga

berdasarkan titik keseimbangan:

Berapa harga kita boleh jual VS berapa ramai

pelanggan kita boleh dapatkan.

Jumpa titik seimbang ni, maka itulah harga yang

patut kita jual.

PALING BAGUS, kita sepatutnya buat semua ni

SEBELUM kita mulakan bisnes dan SEBELUM kita

pilih produk apa kita nak jual.

Sebab bukan semua produk boleh dijual dengan titik

harga yang kita pilih tadi.

�8

Page 9: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Soalan kerja rumah:

🔥 Adakah anda jelas dengan matlamat yang mahu

dicapai?

🔥 Adakah anda sudah buat kira-kira untuk capai

matlamat di atas?

🔥 Adakah produk / servis yang anda pilih

bersesuaian dengan kira-kira di atas?

 

�9

Page 10: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Silap #2: Tak meletakkan harga

berdasarkan kos

Ini pun sama punca macam di atas: Tak buat kira-

kira bisnes.

Ramai orang sekadar buat kira-kira COGS (cost of

goods sold: kos produk) sahaja dalam buat

penetapan harga.

Kos produk RM30, jual RM50.

Wow untung RM20!

�10

Page 11: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Sabar… Itu baru kos produk je.

Hakikatnya dalam bisnes, kita ada kos buat bisnes

(cost of doing business):

+ Sewa

+ Gaji

+ Cukai

+ Utiliti

+ Kos iklan

+ Kos tampung kerosakan barang

+ Kos tampung barang return

Semua ini kos yang WAJIB ditanggung.

�11

Page 12: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Contoh:

Katakan satu bisnes menjual kuih. Kuih ini dijual ke

kedai-kedai dengan harga wholesale.

Kita buat kira-kira mudah je.

Katakan sebiji kuih kosnya 10 sen. Satu hari bisnes

ini buat 1,000 biji. Jumlah kos:1,000 biji x RM0.10 =

RM100.

�12

Page 13: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Boleh ke bisnes ini jual ke kedai dengan harga 20

sen sebiji? Katakan kedai jual 40 sen sebiji.

1,000 biji x RM0.20 = RM200.

Markup 100%!

(Kalau betul boleh, maknanya kedai dapat untung

lagi banyak tanpa susah banyak buat kuih ni. Bisnes

ni dapat 20 sen tapi kena keluar kos buat kuih dan

susah payah buat kuih. Kedai dapat untung 20 sen,

terus boleh jual. Itu pun satu poin yang kita kena fikir

tu!)

Tapi…

Cuba kita buat kira-kira lebih dalam.

Katakan bisnes ni kena gajikan seorang pekerja

dengan gaji hari RM20 untuk bantu buat kuih selama

beberapa jam. Sudah bertambah kos.

�13

Page 14: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Macam mana pula kalau ada kuih tak laku?

Macam mana pula kalau ada kerosakan (salah

goreng, terhangus dsb)?

Kos masih lagi sama: RM100. Tapi… hasil jualan dah

berkurang. Katakan tak laku atau rosak 100 biji, hasil

jualan tinggal: 900 biji x RM0.20 = RM180.

Kuih yang rosak masih perlukan kos. Tapi TIDAK

MENGHASILKAN jualan!

Gantikan saja bisnes jual kuih ini dengan bisnes jual

tudung, jual baju, jual produk kesihatan dan macam-

macam lagi. Semua bisnes akan alami benda sama.

Untung sudahlah tak seberapa. Kena tolak lagi

dengan barang rosak atau return.

Berapa je tinggal?

�14

Page 15: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Ini salah satu punca kenapa buat jualan, tapi takde

apa tinggal.

Sebab harga jualan TERLALU rendah, sampaikan

untungnya tipis sangat.

Untung tipis mudah sangat jadi lesap terus kalau sikit

saja benda kecil berlaku.

Soalan kerja rumah:

🔥 Ada tak anda buat kira-kira bisnes?

🔥 Ada tak anda masukkan SEMUA kos bisnes

dalam kira-kira bisnes anda?

🔥 Ada tak anda masukkan situasi & risiko yang

mungkin berlaku dalam kira-kira bisnes anda?

 

�15

Page 16: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Silap #3: Meletakkan harga

berdasarkan kos

Eh, letak harga ikut kos pun salah?

Ye, kita rasa logik letakkan harga berdasarkan kos,

macam kita buat di atas. Tapi ini juga boleh jadi satu

KESILAPAN BESAR kita.

�16

Page 17: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Ye, harga BOLEH bergantung pada kos. Dalam

masa sama, kita kena sedar: harga boleh juga

TIDAK BERGANTUNG kepada kos.

Ye, kita kena ambil kira kos. Cuma untuk pastikan

harga kita cukup untuk tampung kos.

Silapnya ialah kita letakkan kos sebagai SILING

yang halang kita letak harga tinggi. Kos yang kita

kira tadi halang kita melompat lebih tinggi!

“Kenapa nak caj sampai RM2,000. Kos saya RM50

je!”

Ini ayat klien kami yang buat bisnes dalam bidang

servis. Memanglah kos dia hanya RM50. Dah nama

pun bisnes servis, kos banyak kos peluh dan masa

je. Tapi salah ke caj sampai RM2,000?

Satu benda kita kena tahu:

Pelanggan TAK PEDULI pasal kos kita.

�17

Page 18: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Saya bagi contoh yang ekstrim kat sini…

Katakan kita jual satu barang X.

Orang lain pun ada jual barang X yang sama.

Mereka jual RM30. Mungkin sebab kos mereka

RM10-15.

Kita pula jual barang X dengan harga RM100. Sebab

kita tak pandai cari supplier yang betul atau kita kena

tipu dengan supplier: kos kita RM70.

Kalau macam ni…

Nak ke pelanggan beli dengan kita pada harga

RM100?

“Saya kena jual RM100 ni, kos saya RM70.”

ADA PELANGGAN KISAH?!

Tak.

�18

Page 19: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Kos ialah satu benda yang kita kena kisah. Kita kena

tetapkan harga supaya kita boleh tampung kos,

macam kat atas tadi.

Pelanggan tak kisah pasal kos kita.

Penetapan harga barang tak perlu berdasarkan kos

semata-mata.

Apa kisah kalau kita jual produk yang kosnya RM10

dengan harga RM300?

Tak salah. Asalkan pelanggan nampak nilai dan

sukarela beli tanpa paksaan. Willing seller, willing

buyer.

Mungkin ada yang anggap kos rendah harga tinggi ni

mencekik darah. RIBA! Tolong bezakan. Riba ni 1

sen pun riba. Tetap haram. Takde kaitan dengan

harga tinggi. Harga tinggi takde kaitan dengan riba.

�19

Page 20: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Soalan kerja rumah:

🔥 Adakah bisnes anda TERENCAT disebabkan

anda letakkan siling harga (walaupun secara tak

sengaja)?

🔥 Adakah anda beranggapan harga yang

berpatutan untuk tampung kos operasi bisnes

(termasuk kos perkembangan bisnes) sebagai harga

yang mahal?

�20

Page 21: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Silap #4: Anggap pelanggan hanya

mahu harga murah

Kalau saya jual kat anda dengan harga yang murah

satu kereta yang masih boleh jalan tapi dah teruk

sangat keadaannya, adakah anda nak beli?

Kebanyakan orang akan jawab tak.

Kalau saya tawarkan kat anda pembedahan tukar

jantina dengan harga murah, adakah anda nak?

�21

Page 22: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Mestilah tak nak!

Kenapa tak nak?

Kan murah tu?

Sebenarnya…

Itu juga apa yang pelanggan kita rasa.

Memang selalunya prospek cakap nak murah,

memang selalunya kita rasa orang akan nak beli

dengan harga murah…

TAPI murah bukan satu-satunya kriteria dalam

buat keputusan membeli.

�22

Page 23: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Tengok dalam rak kasut anda sekarang.

Saya jamin, berapa saja harga kasut anda sekarang,

MESTI ada kasut lagi murah daripada tu yang anda

boleh beli kat luar sana. Tak kiralah cap ayam ke,

takde jenama ke atau kasut bundle tepi jalan yang

orang jual RM10.

Soalannya:

Kenapa anda tak beli je kasut RM10 tu?

�23

Page 24: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Kenapa nak beli kasut dengan harga _____ (isi

tempat kosong dengan harga kasut anda)?

Jawapan boleh jadi macam-macam:

🔥 Keselesaan

🔥 Kesesuaian

🔥 Design

🔥 Brand

🔥 Kualiti

Nampak?

Ada BANYAK lagi kriteria lain yang kita guna

untuk buat keputusan membeli selain semata-

mata harga murah.

�24

Page 25: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Contoh terakhir:

Kalau saya jual kat anda dengan harga murah RM10

(harga biasa RM40) sebuah powerbank ciplak yang

ada risiko 10X ganda lebih mudah terbakar &

meletup, nak tak?

Mesti tak nak!

Sebab apa?

Memanglah jimat RM30 (RM40 - RM10), tapi nyawa

anda LEBIH BERNILAI dari nilai RM30.

Takkan semata-mata nak jimat RM30 sanggup gadai

nyawa powerbank meletup?

Jadi…

BERHENTI fikir pelanggan hanya nak harga murah.

BERHENTI fikir kalau tak jual murah takde orang nak

beli.

�25

Page 26: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Silap #5: Risau sangat pasal

persaingan harga

Ye, memang sentiasa ada pesaing yang jual murah.

Soalan saya:

Kalau orang terjun lombong, anda nak ikut jugak

ke?

�26

Page 27: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Kita kena tahu, kebanyakan orang yang menjual ni,

ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat.

Esok lusa tak boleh balik modal, dia melingkup.

Kita pun sama nak jadi macam dia?

Tak perlu risau pasal pesaing yang menjual murah.

Anggap je mereka ni tak berapa reti berniaga

dengan kira-kira yang betul.

Abaikan saja.

Kalau orang tanya saya, “Macam mana nak menang

dalam persaingan harga murah?”

Saya jawab:

“Jual mahal. Naikkan harga!”

�27

Page 28: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Biar kita ada margin untung besar supaya:

🔥 Kita ada duit lebih untuk beri lebih servis

🔥 Kita ada bajet lebih untuk buat lebih marketing

🔥 Kita ada duit lebih untuk gajikan lebih ramai

pekerja yang baik

3 saja perkara ni pun dah boleh buat kita bagi lebih

sebab kepada prospek kita untuk beli dengan kita.

Lebih bagus servis kita bagi, lebih power marketing

yang kita buat, lebih bagus pekerja kita… LAGI

KUAT SEBAB untuk prospek beli daripada kita.

Pedulikan pesaing jual murah.

Memang akan sentiasa wujud orang lain jual lebih

murah.

�28

Page 29: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Kita pening kepala sangat meratap hiba komplen

sana sini pun tak jadi apa.

Anda boleh pilih:

Nak terus komplen pasal pesaing jual murah ATAU

pilih untuk main game lebih best dan cari cara

supaya prospek tak kisah kita jual mahal sikit dari

orang lain.

Mana satu anda nak pilih?

�29

Page 30: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Silap #6: Tersangkut dalam perang

harga

Ini berkait dengan silap #5 tadi.

Kalau kita risau sangat dengan pesaing, kita pun

akan cuba main game yang sama.

Kita pun cuba ikut jual murah juga.

�30

Page 31: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Apa jadi apabila kita jual murah:

❌ Tak tentu lagi prospek akan beli dengan kita

❌ Untung berkurang atau tak untung atau paling

teruk, RUGI terus

❌ Jual barang tapi tak nampak duitnya, dapat penat

je

Perang harga ni pulak ialah satu jenis perang yang

hampir semua yang terlibat akan kalah.

Buang harga ni satu perlumbaan menuju

kehancuran. Harga makin turun, makin turun, makin

turun. Makin lama makin ke bawah menuju lantai.

INGAT NI:

Kalau kita menang dengan harga, kita pun akan

kalah dengan harga.

�31

Page 32: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Maknanya, kalau prospek beli dengan kita semata-

mata sebab murah, akan ada orang yang buang

harga dan bagi lagi murah. Kita pun habis!

Perang ni takkan habis.

Kalau kita takde ilmu berniaga, marketing tak power,

tak pandai pilih pelanggan… Memang kita jadi

terdesak dan buang harga je kita tahu.

Kita boleh senang cakap:

Buang harga ni ialah senjata yang penjual yang

tak berapa cerdik guna.

Itu je dia tahu.

Jadi janganlah kita pun sama nak terlibat jadi kurang

cerdik masuk dalam perang harga.

�32

Page 33: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Silap #7: Tarik pelanggan yang beli

sebab harga

“Susah nak dapat pelanggan kalau jual mahal. Kena

jual murah baru dapat pelanggan.”

Kita dah tengok dah kenapa ayat kat atas ni salah

sebelum ni.

Yang lebih teruk lagi, kalau kita kena jual murah

untuk dapatkan pelanggan, apa yang kita buat

ialah: kita tarik pelanggan yang membeli sebab

harga.

�33

Page 34: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Kenapa teruk?

Sebab pelanggan yang membeli sebab harga

semata-mata takkan tengok nilai yang kita bagi.

Mata dia nampak harga harga harga.

Biasanya pelanggan jenis macam ni pun cerewet &

banyak cekadak.

Bisnes kita jadi teruk sebab kita tak boleh

berkembang kalau kita sibuk nak layan cerewet &

cekadak pelanggan macam ni tapi mereka tak nak

bayar nilai yang sepatutnya.

Cuba ingat semula…

Pernah tak anda alami masalah macam tu?

�34

Page 35: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Melayan pelanggan yang cerewet banyak cekadak &

sampai masa untuk bayar pun macam-macam dia

persoal.

Penat kan?

Kita boleh merungut & komplen…

Lebih baik sedar sekarang:

INI SEMUA SALAH SENDIRI.

Kita yang berusaha keras tarik pelanggan yang beli

sebab harga.

�35

Page 36: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Silap #8: Jadi komoditi / tiada USP

Apa sebab prospek bandingkan kita dengan

orang lain?

Sebab kita SAMA macam orang lain.

Kita kena terima hakikat ni:

Kebanyakan orang berniaga cara malas. Ambil

produk, tepek ayat iklan, jual produk tu. Bersaing

dengan cara main harga. Tak faham pelanggan.

Sibuk nak menjual menjual menjual.

�36

Page 37: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

RAMAI orang buat macam ni.

Maknanya, RAMAI yang sama macam ni.

Apa jadi kalau kita pun buat benda sama, nak kerja

senang, tak nak kerja lebih?

Kita pun akan duduk dalam kategori SAMA.

Kalau kita SAMA macam orang lain, tak pelik kan

kalau kita dibandingkan dengan orang lain

jugak?

Komoditi ni maksudnya barang biasa yang boleh

ditukar ganti.

Kalau kita takde beza dengan orang lain, senang je

kita ditukar ganti. Kalau kita senang je ditukar ganti,

memanglah kita akan dibanding dengan orang lain.

�37

Page 38: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Prospek tak suka dengan kita, dia boleh tukar ganti

dengan penjual lain.

Ye lah, kan SAMA?

USP maksudnya unique selling proposition. USP ni

sesuatu yang menjadikan kita LAIN & BERBEZA dari

orang lain. USP ni menjawab persoalan, “Kenapa

aku kena beli dari kau (bukan dari orang lain)?”

Kalau kita tak boleh jawab soalan tu, tak pelik kan

kalau prospek senang-senang je bandingkan harga

kita dengan harga orang lain?

�38

Page 39: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Silap #9: Tak tawarkan pilihan

premium

Setiap orang ada keperluan yang berlainan.

Setiap orang ada kemahuan yang berlainan.

Setiap orang ada kemampuan yang berlainan.

Kalau kita tak tawarkan pilihan yang berlainan dan

pilihan yang premium, RUGI!

�39

Page 40: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Kenapa McDonald’s ada pilihan a la carte dan set?

Kenapa set McDonald’s pulak ada set kecik,

sederhana dan besar? Kenapa McDonald’s ada

aiskrim soft cone, sundae & McFlurry?

Kenapa Starbucks ada tall, grande & venti? Kenapa

Starbucks ada pilihan untuk tambah whipped cream?

Kenapa Starbucks ada kopi espresso biasa dan ada

pulak caramel cocoa cluster frappucino?

Sebab setiap orang ada kemampuan yang

berlainan untuk bayar.

Kalau ada orang mahu & mampu bayar lebih, tapi

kita tak tawarkan pilihan premium untuk dia

tunjukkan kemahuan & kemampuan dia, RUGI kita.

�40

Page 41: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Cuba tengok…

Adakah anda tawarkan pilihan yang standard je?

Ada tak anda tawarkan pilihan yang lebih premium

yang lebih mahal SUPAYA pelanggan dapat

‘tunjukkan belang’ dia untuk bayar lebih?

Jangan merendahkan kemampuan pelanggan.

Case study:

Seorang klien saya yang menawarkan produk

berharga RM300-400.

Saya cadangkan untuk perkenalkan beberapa pakej

yang berharga RM800-RM2,000.

Kalau kita tak biasa tawarkan pilihan mahal,

memang kecut perut kita.

�41

Page 42: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Apa jadi?

Dalam tempoh eksperimen tu, hampir 30 orang pilih

untuk spend lebih RM1,000.

Dulu, purata pembelian seorang pelanggan ialah

RM350. Selepas diperkenalkan pilihan premium,

purata pembelian seorang pelanggan meningkat

kepada RM530.

Total sales keseluruhan meningkat 2.2 kali ganda.

Semuanya kerana tidak merendahkan kemampuan

pelanggan.

Walaupun ada rasa macam, “Nak ke diorang beli

pakej mahal ni?”

Kami tetap teruskan. Nak takut apa? Kalau takde

orang beli, kita tak sakit apa pun. Kalau ada orang

�42

Page 43: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

beli walaupun seorang, itu lebih baik dari

sebelumnya.

�43

Page 44: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Silap #10: Tak yakin diri dengan nilai

yang ditawarkan

Kenapa kita senang kecut perut?

Nampak je orang jual murah, terus kita pun gelabah.

Prospek komplen mahal je, terus gagap tak tau nak

cakap apa.

�44

Page 45: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Tengok barang tak laku je, terus buang harga.

Kenapa?

Sebab kita tak yakin dengan nilai yang kita nak bagi.

Kenapa?

Sebab kita pun tak tahu apa benda kita bagi.

Tengok orang meniaga, kita nak meniaga.

Tengok orang jual krim X, kita nak jual krim X.

Tengok founder produk Y kaya tayang kereta besar,

kita nak jual produk Y.

�45

Page 46: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Dengar cerita meniaga boleh dapat kebebasan

masa, kita pun sama terikut konon makan gaji tak

best.

Kita pun tak tahu apa NILAI yang kita bagi pada

pelanggan.

Kita sendiri tak tahu betapa berharganya produk /

servis yang kita jual.

Soalan:

🔥 Kenapa anda jual apa yang anda jual?

🔥 Apa nilainya pada pelanggan yang membeli?

�46

Page 47: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Silap #11: Main permainan yang

salah

“Saya tak boleh buat apa sebab harga HQ dah

tetapkan.”

“Saya jual benda sama macam orang. Macam

mana?”

“Pelanggan saya asyik minta murah je. Macam

mana?”

�47

Page 48: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

OK…

Yang pertama:

Sebenarnya tak kisah pun jual benda sama ke, HQ

dah tetap harga ke apa ke…

Kalau kita buat lebih dan sanggup usaha lebih dari

orang lain, kita boleh je buat. Takde masalah pun.

Yang kedua:

Kalau betul dah tak boleh, mungkin kita patut

berhenti jual barang tu, berhenti jadi ejen HQ tu,

berhenti buat bisnes tu, berhenti jual kepada

pelanggan jenis macam tu.

Hidup kita ni pendek.

Kalau dah rasa kita tak boleh main permainan tu,

elok kita tukar permainan lain.

�48

Page 49: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Kalau kita ni memang tak berbakat main bolasepak,

baik la kita main bowling kalau kita lagi pandai kat

situ.

Banyak kes saya jumpa yang duduk bertahun-tahun

tersangkut dalam permainan yang susah nak

menang.

Saya punya HACK untuk menang permainan

ialah:

Main permainan yang saya boleh menang.

Saya kaki bangku. Tak pandai main bola. Tengok

bola pun tak. Pemain bola yang saya kenal Beckham

& Ronaldo je. Bukan Christiano Ronaldo tau,

Ronaldo yang Brazil dulu tu.

So, saya takkan main bola sepak.

�49

Page 50: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Saya main game yang saya boleh menang. Saya

main… errrr… saya baca buku!

Kalau saya main bola sepak pun, saya nak cipta

permainan bola sepak ikut rule saya: Gol lawan

besar gila bagak, pintu gol saya sebesar bola ping

pong. Dekat side padang saya samun, dekat side

lawan rumput cantik senang nak masuk. Padang

bola tu senget arah ke side lawan, bola meleret je ke

arah dia.

Genius tak saya? 😎😎😎

�50

Page 51: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Kadang kita ni penat nak menang dalam game yang

orang cipta.

Baik la kita cipta game sendiri, ye tak?

Hidup ni bukan skema macam kat sekolah, nak

exam ada skema jawapan, ada 1 je jawapan betul,

baju masuk dalam, tak boleh pijak rumput, tak boleh

makan dalam kelas.

TAK!

Hidup di dunia nyata ni memacam akal kita boleh

buat.

Siapa kata kita kena ikut rules permainan orang?

�51

Page 52: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Kalau ikut buat apa SEMUA orang lain buat,

memang masak la kita nak berlawan dengan semua

orang.

Betul tak?

Soalan:

🔥 Kenapa anda pilih bisnes / produk / pelanggan

yang sekarang?

🔥 Adakah anda berfikir dalam-dalam atau ikut-ikut

orang je?

�52

Page 53: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Tuan Zafuan berjaya jual 3X-7X lebih mahal

Tuan Zafuan buat servis hiasan pelamin & dekor

untuk majlis perkahwinan.

“Dulu bab harga saya paling takut sekali. Nak

naikkan nanti orang marah. Orang memang cari

saya sebab harga yang murah.

“Gila betul, dulu entah macam mana saya decide

nak jual pakej serendah RM1,000. Bukan ada untung

pun.

“Sedih betul memikirkan murahnya pakej yang saya

jual ni.”

Itu dulu…

�53

Page 54: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Selepas kena cuci mindset dengan BRC…

“Sekarang saya berani cuba-cuba jual pakej mahal.

Terkejut jugak memang ada orang nak. Pakej paling

murah sekarang RM3,500. Punyalah berani.

“Saya gembira sekarang sebab ada rasa confident

nak letak harga tinggi. Yelah, nak dapatkan margin

besar. Bila margin besar, tak payah banyak job pun

takpa.

“Saya lega, takde orang komplen pakej saya mahal.

Sebab saya yakin dengan value yang saya bagi ni

mahal. Klien saya pun memang orang yang mahal.”

�54

Page 55: Hakcipta © 2018 Bukhari Ramli - brc.mybrc.my/wp-content/uploads/2018/10/BRC-11-Kesilapan-dalam-Penetapan-Harga.pdf · ramai acah-acah je. Tak tahu pun apa mereka buat. Esok lusa

Dah penat kalah dalam permainan

lawan harga?

Nak jadi pemimpin harga yang tak

perlu peduli pasal persaingan harga

& orang lain jual murah?

KLIK SINI untuk belajar dalam program

latihan Harga Tepat Untung Lebat

�55