hak bukan islam dalam negara islam

Upload: mohamad-bakri-hishamudin

Post on 09-Apr-2018

228 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/8/2019 Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam

    1/9

    HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

    Page | 1

    1.0 Pendahuluan

    Masalah orang bukan Islam yang tinggal dalam Negara Islam adalah merupakan persoalan

    yang sentiasa diperbincangkan terutama sekali apabila konsep Negara Islam menjadi tajuk

    perbincangan pada masa kini. Sebagai sebuah Negara berbilang bangsa, sudah tentulah

    persoalan ini sentiasa berlegar di fikiran terutama dalam kalangan orang-orang bukan Islam

    itu sendiri. Persoalan sebegini memang perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap

    pemimpin Negara terutamanya dalam agenda-agenda pembangunan sesebuah Negara.

    Di dalam sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai bangsa yang berlainan agama, adat resam

    dan budaya, usaha untuk melaksana pembangunan bukanlah satu tugas yang mudah.

    Bagaimanapun bagi seseorang pemimpin yang amanah, walau sesukar mana pun, dia perlu

    melaksanakan tanggungjawab tadi dengan sepenuh hati. Jadi satu pendekatan khas perlu

    dikenalpasti. Pada masa yang sama pendekatan tadi perlulah bersifat berkecuali dan tidak

    dilihat sebagai menyebelahi mana-mana kumpulan kaum yang terdapat di negara terbabit.

    Apa yang jelas, usaha pembangunan akan menjadi mudah jika sesebuah masyarakat itu diikat

    dengan unsur kesatuan dan perpaduan. Kesatuan ini akan bertambah kukuh jika mereka

    bergabung di atas dasar saling percaya mempercayai dengan kumpulan masyarakat yang lain.

    Melalui kesatuan yang ditunjukkan oleh rakyat, semangat untuk bekerjasama akan terhasil

    dan seterusnya ia membantu untuk mempercepatkan usaha pihak pentadbir menyalurkankebaikan dan kemakmuran kepada setiap ahli masyarakat.

    Di dalam sejarah awal tamadun Islam, unsur kesatuan adalah asas kekuatan kepada sebuah

    negara yang didiami oleh masyarakat majmuk. Bukti yang paling jelas bahawa unsur

    kesatuan ini dititikberatkan oleh pemerintah kerajaan Islam pada masa silam dapat

    diperhatikan melalui fasal-fasal yang terdapat di dalam Sahifah al-Madinah atau Piagam

    Madinah.

  • 8/8/2019 Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam

    2/9

    HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

    Page | 2

    2.0 Ringkasan Piagam Madinah

    Madinah pada peringkat awal ketibaan Nabi Muhammad s.a.w adalah sebuah penempatan

    yang dihuni oleh masyarakat beragama Islam dan bukan beragama Islam (terutamanya suku-

    suku Yahudi). Jadi sebagai langkah awal untuk mentadbir sebuah negara yang mempunyaikepelbagaian kaum, Nabi s.a.w telah mewujudkan satu perlembagaan yang dikenali sebagai

    Sahifah al-Madinah atau Piagam Madinah.

    Sahifah al-Madinah yang dideraf oleh Rasulullah s.a.w selaku pengasas dan ketua kerajaan

    Islami Madinah pada waktu itu mengandungi 47 fasal. Apa yang menarik sekali ialah baginda

    s.a.w meletakkan unsur kesatuan dan keperluan merujuk kepada satu perlembagaan yang

    sama yakni Sahifah al-Madinah itu sendiri oleh semua penduduk sebagai 2 fasal awal

    kandungan piagam tersebut.

    Berikut adalah Fasal 1 dan Fasal 2 yang dimaksudkan :

    Fasal 1 : Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Penyayang: Inilah kitab (Piagam

    Bertulis) dari Nabi Muhammad, pesuruh Allah bagi orang-orang yang beriman dan orang-

    orang yang memeluk agama Islam dari Quraish dengan penduduk Yathrib dan orang -orang

    yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama-sama

    mereka.

    Fasal 2 :Bahawa mereka adalah satu umat (bangsa) berbeza dari manusia-manusia lain.

    Apa yang terkandung di dalam 2 fasal awal piagam ini dapat diterjemahkan sebagai satu

    penekanan oleh nabi s.a.w terhadap unsur kesatuan dan kesepaduan bagi memastikan

    masyarakat majmuk tadi dapat menikmati satu kehidupan yang harmoni dan bermutu di

    dalam sesebuah negara.

    Selain itu bagi mengelak sebarang prasangka yang boleh menghakis keutuhan perpaduan

    kaum, Sahifah al-Madinah turut menyenaraikan jaminan perlindungan keselamatan yang

    sama rata kepada setiap penduduk Madinah termasuklah kaum Yahudi selama mana mereka

    mematuhi isi kandungan piagam. Ini dapat dilihat di dalam Fasal ke-15 dan Fasal ke-16.

    Manakala di dalam Fasal 47 pula, mana-mana pihak yang berlaku zalim atau melakukan

    kesalahan tidak diberi sebarang keistimewaan atau perlindungan di bawah piagam ini.

  • 8/8/2019 Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam

    3/9

    HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

    Page | 3

    Apa yang lebih menarik, walaupun penduduk Madinah ini merupakan satu ummah atau satu

    bangsa, namun di dalam Fasal ke-25 mereka diberi kebebasan untuk mengamalkan anutan

    masing-masing. Ini merupakan satu bentuk penghormatan yang diberikan oleh agama Islam

    kepada penganut agama lain untuk bebas mengamalkan ajaran agama masing-masing tanpa

    sebarang gangguan atau sekatan daripada pihak pemerintah Muslim.

    Bagaimanapun, sebagai imbalan kepada jaminan pelbagai hak yang diberikan oleh

    pemerintah, para penduduk dikehendaki bertanggungjawab untuk sama-sama berganding

    bahu menyumbang kepada pembangunan dan kemakmuran bidang-bidang kewangan,

    ekonomi dan kemasyarakatan di dalam negara. Penyataan ini disebut di dalam Fasal ke-37

    seperti berikut :

    Bahawa orang-orang Yahudi hendaklah menbiayai negara seperti mana orang-orang

    mukmin juga hendaklah membiayai negara; dan hendaklah mereka sama -sama tolong-

    menolong menentang sesiapa jua yang memerangi orang-orang yang menganggotai Piagam

    ini; dan hendaklah mereka saling nasihat-menasihati, sama-sama membuat kebajikan

    terhadap perbuatan dosa.

    Ini menggambarkan bahawa satu bangsa yang bersatu bukan sahaja berkongsi negara malah

    mereka juga perlu berkongsi usaha untuk memajukan negara tadi dalam pelbagai bidang

    kehidupan.

    3.0 Hak-hak orang bukan Islam di dalam Negara Islam

    Masyarakat Islam adalah masyarakat yang berpegang teguh kepada ajaran-ajaran agamanya,

    mematuhi perintah-perintah Allah dengan sebaik-baiknya, dan wajib (mesti) berlaku adil

    kepada semua masyarakat atau rakyat yang bernaung di bawahnya. Berteraskan kepada

    perintah Allah dalam surah Al-Mumtahinah ayat 8:

    Y[I;dB0U0S)UdsFj1UWTSAndBK$0ndkDT1FTo[U!S!WT0MoU

    Dp,

  • 8/8/2019 Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam

    4/9

    HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

    Page | 4

    Maksudnya :

    Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang -orang

    yang tidak memerangi kamu kerana agama kamu dan tidak menghalau kamu dari tanah air

    kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang melakukan keadilan.

    Masyarakat non-muslim yang berada dalam pemerintahan Islam dahulu dikenali dengan

    istilah ahluz zimmah yang maksudnya adalah orang yang diberi jaminan oleh Islam; jaminan

    keselamatan dan keamanan kepada mereka sepanjang berada di bawah pemerintahan Islam.

    Ahluz zimmah ini bolehlah disamakan dengan istilah kerakyatan atau (al-jinsiyyah).

    Di dalam pemerintahan kita hari ini, mereka (ahluz zimmah) ini ada hak dan kewajipan

    sebagai rakyat dalam pemerintahan Islam yang dikanunkan atau disyariatkan oleh Islam

    dalam Al-Quran dan As-Sunnah.

    Rasul Allah S.A.W bersabda dalam konteks ini yang bermaksud :

    Maksudnya;

    Barangsiapa menyakiti Zimmi, maka dia telah menyakitiku, barangsiapa menyakitiku, maka

    sesungguhnya dia telah menyakiti Allah

    Hak-hak ahli Zimmi adalah sama seperti dengan hak-hak yang dinikmati oleh orang Islam

    kecuali dalam perkara-perkara tertentu. Antara hak-hak tersebut ialah :-

    3.1. Hak mendapat perlindungan dari pencerobohan

    Setiap manusia memerlukan kepada pelindungan agar denganya ia merasa aman dan

    selamat. Non- muslim dalam masyarakat Islam khususnya pemerintahan Islam

    menawarkan pelindungan kepada mereka dalam semua bentuk pencerobohan. Hak

    mereka untuk mendapat pelindungan ini tidak terbatas kepada pencerobohan di dalamnegeri sahaja, malah pencerobohan luar negara pun diberi pelindungan kepada

    mereka. Dengan jaminan pelindungan ini, mereka adalah dilabel sebagai rakyat yang

    berhak mendapat sepenuh pelindungan dari pemerintah Islam.

  • 8/8/2019 Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam

    5/9

    HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

    Page | 5

    3.2. Hak mendapat keadilan

    Di dalam pemerintahan Islam, keadilan adalah salah satu ciri yang dijaga dan

    dilaksanakan dengan telus dan sempurna. Pemerintah mesti berlaku adil kepada

    semua rakyatnya. Muslim atau tidak, semuanya sama. Allah berfirman di dalam surahAl-Maidah ayat 8:

    RMjTdS;$WS4S$SUW[jRM

    YWT0

  • 8/8/2019 Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam

    6/9

    HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

    Page | 6

    Kerana itu fuqaha (ahli fiqah) Islam seluruhnya bersetuju menyatakan bahawa

    membunuh seorang zimmi itu adalah salah satu daripada beberapa dosa besar,

    berdasarkan janji seksa yang disebut dalam hadis tadi.

    3.4. Hak perlindungan harta benda

    Harta benda non-muslim di dalam masyarakat Islam terjamin dan terpelihara.

    Perlindungan kepada non-muslim meliputi pelindungan terhadap harta benda (non-

    muslim) dengan pelindungan terhadap nyawanya dan tubuh badannya. Ini telah

    disepakati oleh ulama Islam dari dahulu hingga sekarang.

    3.5. Perlindungan terhadap kehormatan diri

    Kehormatan diri adalah perkara utama yang diberi pelindungan oleh syariat Islam

    kepada zimmi dan masyarakat Islam amat mematuhinya. Kerana itu tidak dibenarkan

    sesiapa membunuh,mencela mana-mana zimmi atau membuat tuduhan palsu yang

    mengaibkan mereka atau mencacinya.

    3.6. Hak ketika kurang upaya

    Islam memberi jaminan kepada non-muslim yang tinggal di bawah naungan Islam,

    suatu kehidupan yang sesuai dengan keadaan mereka. Mereka bebas memiliki harta

    kekayaan dan boleh bekerja yang sesuai dengan kebolehan mereka tanpa diganggu-

    gugat.

    Apabila tiba saat ahluz zimmah ini kurang upaya dan tidak mampu menyara diri

    mereka dan keluarga mereka, maka Islam memberi bantuan yang sesuai dengan

    keadaan mereka. Penduduk Al-Hirah di Iraq telah membuat perjanjian dengan Khalid

    Bin Al-Walid, Khalid berkata kepada mereka:

    Aku telah berjanji untuk mereka bahawa sesiapa sahaja orang dewasa yang lemah

    yang tidak dapat bekerja maka aku tidak akan mengambil jizyah daripada mereka dan

    mereka akan ditanggung oleh baitulmal

  • 8/8/2019 Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam

    7/9

    HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

    Page | 7

    Hal sebegini telah berlaku lebih awal lagi pada zaman Khalifah Abu Bakar As-Siddiq

    dengan disaksikan oleh para sahabat. Pada zaman Khalifah Umar Al-Khattab pula,

    beliau pernah suatu ketika terserempak dengan seorang Yahudi tua meminta sedekah.

    Umar kemudian membawanya ke Baitulmal untuk mendapatkan bantuan.

    3.7. Hak kebebasan beragama

    Kebebasan beragama orang-orang zimmi dijamin oleh Islam. Mereka tidak akan

    dipaksa memeluk sebarang agama. Ini jelas daripada ayat Allah dalam surah Al-

    Baqarah ayat 256:

    +YQPnsGjU!

    jn\B$EZ

    Tidak ada paksaan untuk menganut Islam, sesungguhnya telah jelas jalan yang

    benar daripada yang salah .

    Dan Firman Allah lagi dalam surah Yunus ,99:

    ^/4TUTPn!_

  • 8/8/2019 Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam

    8/9

    HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

    Page | 8

    Islam memberi hak kepada bukan Islam sama seperti orang Islam pada umumnya

    untuk berusaha mencari kekayaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara.

    Namun demikian non-muslim tidak seharusnya menjual barangan yang diharamkan

    ke atas umat Islam seperti babi, arak dan sebagainya kepada orang Islam.

    Ahli zimmah sebenarnya dapat menikmati kebebasan menjalankan perniagaan

    pertukangan dan segala macam pekerjaan yang dibenarkan oleh undang-undang

    negara. Inilah yang telah dilakukan dalam mana-mana masyarakat Islam di seluruh

    dunia. Malah kadang-kadang non-muslim lebih menguasai bidang-bidang perniagaan

    ini berbanding dengan orang Islam sendiri.

    3.9. Hak menjawat jawatan kerajaan

    Pada umumnya apa yang boleh dipegang sesuatu jawatan kerajaan oleh orang Islam,

    non-muslim juga boleh menjawatnya, kecuali dalam jawatan yang bersangkut dengan

    keagaaman yang memerlukan kepada kepakaran khusus di dalam Islam seperti

    jawatan ketua negara, ketua kerajaan , ketua tentera, ketua hakim dan sebagainya.

    Jawatan-jawatan itu amat memerlukan kepada bukan sahaja kefahaman dan kealiman,

    akan tetapi memerlukan kepada aqidah (iman) yang dengannya mereka membuat

    keputusan yang tidak boleh bercanggah tentang aqidah dan syariat.

    Adapun jawatan lain boleh dipertimbangkan bergantung kepada kesesuaian dan

    organisasi. Namun demikian ada pengecualian iaitu golongan yang didapati

    menyimpan hasad dengki terhadap orang Islam dan ada kecenderungan untuk

    melakukan sesuatu yang tidak baik kepada negara dan umatnya. Mereka tidak boleh

    diambil untuk memegang jawatan. Ini ditekankan oleh Allah dalam ayat-Nya dalam

    surah Ali Imran : 118

    RMjTd S;$W YTlc)U!

  • 8/8/2019 Hak Bukan Islam Dalam Negara Islam

    9/9

    HAK-HAK BUKAN ISLAM DALAM NEGARA ISLAM

    Page | 9

    wahai orang yang beriman, jangan kamu ambil jadi teman kepercayaan orang yang

    diluar golonganmu kerana mereka tidak henti-henti menimbulkan kemudharatan

    bagimu. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata kebencian

    daripada mulut mereka dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka adalah lebih

    celaka. Sesungguhnya telah kami terangkan kepadamu ayat-ayat kami, jika kamumemahaminya

    4. PENUTUP

    Jika hendak diceritakan tentang tanggungjawab yang perlu ditunaikan oleh pihak

    kerajaan terhadap non muslim amat banyak. Walaubagaimanapun, daripada apa yang

    telah dijelaskan di atas, sedikit sebanyak menggambarkan kepada kita bahawa,

    pemerintahan Islam bukanlah seperti yang digambarkan oleh sebilangan manusiasebagai pemerintahan yang akan menindas golongan non muslim.

    Apa yang jelas, pemerintahan Islam merupakan pemerintahan yang paling adil.

    Keadilan yang dijanjikan oleh Islam tidak sekadar berlegar dikalangan umat Islam

    sahaja, bahkan menjangkau kepada mereka yang tidak beragama Islam.

    Mudah-mudahan dengan penjelasan ini menjadikan kita memahami bahawa Islam

    bukanlah agama yang disalah ertikan sebagai agama yang menindas, bahkan Islam

    adalah agama yang memberi rahmat kepada seluruh manusia dan alam ini.

    Wallahu Alam