haji ishak bin haji muhammad (pak sako) : · pdf file'gergasi sasterawan melayu',...

20
JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 4(1), Jun, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 77-96 77 HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : PENGASAS JATIDIRI DAN INTEGRITI BANGSA (HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : THE FOUNDER OF THE INTEGRITY NATION) Mohamad Fakhrul Anuar bin Mohamed Ramli* 1 Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid** 2 [email protected] *Calon Ijazah Sarjana, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. **Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Abstract Bringing into the discourse a well-established figure, Ishak Haji Muhammad or better known as Pak Sako not only takes us back to the past history that had become the background of his life and struggle, but automatically and even indirectly, we are able to feel and seep in his spirit of fighting, his fierce determination and patience; al-marhum had explored into the paths of struggle, showing the road and giving an indicator to us. The title of Malay “poet laureate” or more specifically 'gergasi sasterawan Melayu', human 'rolling stone', literary fighter, the Doctorate in Literature (D.Lit.) honorary degree award from Universiti Malaya in 1973, there is proof of acknowledgment of his great contribution and sacrifice to the country. The late Pak Sako had dedicated his life realising his dreams of fulfilling the independence, leaving us with the legacy of his thinking, his written works and most especially his personal history of struggle in establishing the foundation of strong self-integrity and the civilization towards our nation and for the country. This is at the expense of building a strong nation that has a sense of integrity in the land that is considered fortunate, independent and sovereigned. Keywords: Self-integrity, Foundation, Civilization, Axiom. ABSTRAK Mewacanakan seorang tokoh terbilang seulung dan sehebat Ishak Haji Muhammad atau lebih tersohor dikenali sebagai Pak Sako bukan sahaja menarik kita kembali menelusuri sejarah silam yang melatari hidup dan perjuangannya, malah secara tidak langsung kita dapat merasai dan menyedut semangat denyut-juang, kegigihan dan kesabarannya yang senantiasa berkobar- berkobar; al-marhum telah meneroka denai sebuah perjuangan, menunjukkan jalan dan memberi penanda aras kepada kita.. Gelaran 'gergasi sasterawan Melayu', manusia 'rolling stone', pejuang sastera, anugerah Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan (D.Lit.) Universiti Malaya pada tahun 1973, membuktikan pengiktirafan betapa besar sumbangan dan pengorbanan tokoh ini kepada 1 *Beliau merupakan calon Ijazah Sarjana (M.A) di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2 **Beliau merupakan Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Upload: doanxuyen

Post on 09-Feb-2018

287 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

 JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 4(1), Jun, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 77-96

   

   

77  

HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : PENGASAS JATIDIRI DAN INTEGRITI BANGSA

(HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : THE FOUNDER OF THE INTEGRITY NATION)

Mohamad Fakhrul Anuar bin Mohamed Ramli*1

Faisal @ Ahmad Faisal bin Abdul Hamid**2 [email protected]

*Calon Ijazah Sarjana, Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. **Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Abstract

Bringing into the discourse a well-established figure, Ishak Haji Muhammad or better known as Pak Sako not only takes us back to the past history that had become the background of his life and struggle, but automatically and even indirectly, we are able to feel and seep in his spirit of fighting, his fierce determination and patience; al-marhum had explored into the paths of struggle, showing the road and giving an indicator to us. The title of Malay “poet laureate” or more specifically 'gergasi sasterawan Melayu', human 'rolling stone', literary fighter, the Doctorate in Literature (D.Lit.) honorary degree award from Universiti Malaya in 1973, there is proof of acknowledgment of his great contribution and sacrifice to the country. The late Pak Sako had dedicated his life realising his dreams of fulfilling the independence, leaving us with the legacy of his thinking, his written works and most especially his personal history of struggle in establishing the foundation of strong self-integrity and the civilization towards our nation and for the country. This is at the expense of building a strong nation that has a sense of integrity in the land that is considered fortunate, independent and sovereigned.

Keywords: Self-integrity, Foundation, Civilization, Axiom.

ABSTRAK

Mewacanakan seorang tokoh terbilang seulung dan sehebat Ishak Haji Muhammad atau lebih tersohor dikenali sebagai Pak Sako bukan sahaja menarik kita kembali menelusuri sejarah silam yang melatari hidup dan perjuangannya, malah secara tidak langsung kita dapat merasai dan menyedut semangat denyut-juang, kegigihan dan kesabarannya yang senantiasa berkobar-berkobar; al-marhum telah meneroka denai sebuah perjuangan, menunjukkan jalan dan memberi penanda aras kepada kita.. Gelaran 'gergasi sasterawan Melayu', manusia 'rolling stone', pejuang sastera, anugerah Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan (D.Lit.) Universiti Malaya pada tahun 1973, membuktikan pengiktirafan betapa besar sumbangan dan pengorbanan tokoh ini kepada

                                                                                                                         1 *Beliau merupakan calon Ijazah Sarjana (M.A) di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. 2 **Beliau merupakan Ketua Jabatan dan Pensyarah Kanan di Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.  

Page 2: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO): PENGASAS JATI DIRI DAN INTEGRITI BANGSA

 78  

negara. al-marhum Pak Sako telah menghabiskan hayatnya menyampaikan cita-citanya untuk mengisi kemerdekaan, mempusakakan kepada kita pemikirannya, karya-karya penulisannya dan teristimewa sejarah perjuangan dirinya yang menjadi 'lilin yang membakar' demi mengasaskan fondasi jatidiri dan tamadun yang kukuh buat bangsa dan tanah-air tercinta. Semata-mata mahu membina sebuah negara yang bertulang-belakang, berintegriti di bumi bertuah, merdeka dan berdaulat.

Kata Kunci: Jati-diri, Fondasi, Tamadun, Aksioma.

PENDAHULUAN

Perbincangan serius mengenai tokoh ini tidak cukup dalam sepuluh dua puluh halaman. Siapakah yang lebih berpengalaman daripada Ishak bin Haji Muhammad? Mereka yang agak sinis mungkin akan mengecap beliau sebagai "rolling stone", dan sebagaimana kita diberitahu, "a rolling stone gathers no moss". Tetapi sahut Ishak Haji Muhammad, "Who wants to gather moss?". Itulah falsafah hidup seorang Bohemian3. Dr. Haji Ishak Haji Muhammad atau lebih dikenali dengan panggilan PAK SAKO merupakan satu-satunya tokoh sasterawan, wartawan dan politikus di negara kita yang hidup dalam tiga zaman, iaitu Zaman Perang Dunia Pertama (1926-27), Zaman Perang Dunia Kedua (1941-1945) dan Zaman Selepas Kemerdekaan (1957 sehingga beliau meninggal dunia dalam tahun 1991)4.

BIOGRAFI RINGKAS PAK SAKO

Ishak Haji Muhammad yang lebih dikenali sebagai Pak Sako telah dilahirkan di Kampong Saguntang (Buntut Pulau), Mukim Perak, Temerloh, Pahang, pada bulan September 1909. Ayah Ishak, Muhammad bin Haji Ma'asum berasal daripada keturunan Aceh. Datuk Ishak, Haji Ma'asum berhijrah ke Terengganu dalam rangka mendapatkan ilmu agama. Ayah Ishak merupakan seorang yang kuat beragama, pernah belajar di Patani dan Kelantan yang terkenal dengan institusi pengajian Pondok selama lapan tahun. Guru agamanya ialah Syeikh Daud al-Fathoni dan Tok Kenali. Pendidikan awal Pak Sako ialah Sekolah Melayu Temerloh (1920), Sekolah Inggeris Kuala Lipis (1924) dan lulus Senior Cambridge dengan mendapat pangkat pertama yang melayakkannya masuk ke Kolej Melayu, Kuala Kangsar bagi menghabiskan latihan kerjayanya dalam Perkhidmatan Pentadbiran Melayu (Malay Administrative Servis – M.A.S.). Pada 1931 beliau telah dilantik menjadi Pembantu Penolong Pegawai Daerah, Bentong (Pahang) dan kemudiannya dipindahkan ke Pejabat Daerah Rembau (Negeri Sembilan). Pada tahun 1932 beliau telah dilantik menjadi Majistret Ketiga di Kuala Lumpur dan pada tahun 1934, meninggalkan jawatan majestret itu dan melarikan diri ke Terengganu.

Selepas bebas daripada jawatan kerajaan, beliau membuka guamannya di Terengganu, tetapi

dalam tempoh enam bulan sahaja terpaksa menutupnya kerana dibantah oleh golongan bangsawan. Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai Inggeris di Polis Depot dan kemudian mengembara ke seluruh tanah air selama tiga tahun. Sewaktu menjelajah inilah beliau mula menceburkan diri secara aktifnya dalam bidang penulisan. Lantaran sebagai anak muada yang terus memberontak jiwanya dengan penindasan Inggeris terhadap bangsanya, Ishak menggunakan bidang penulisan untuk membangkitkan semangat melawan penjajah. Pada tahun 1937, Ishak

                                                                                                                         3  Ishak Haji Muhammad (1973), Pak Sako: Manusia Rolling Stone Yang Luar Biasa. Kumpulan Pidato Dan Rencana Sempena Penganugerahan Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan Kepada Ihak Haji Muhammad. Dicetak dan diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad, 46M, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. c. 1. h. 1-2. 4 Wan Hamzah Awang WAHBA (1987), Pak Sako: Tokoh Tiga Zaman. Dicetak oleh Percetakan Pustaka Jaya. c. 1. h. 6. Bohemian: Orang (terutamanya orang seni) yang cara hidupnya tidak mengikut adat kebiasaan masyarakat di sekelilingnya.  Rujuk:  Kamus    Dewam  Edisi  Ketiga  (1998).  Dewan  Bahasa  dan  Pustaka  Kuala  Lumpur.  h.168.  

Page 3: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

 JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 4(1), Jun, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 77-96

   

   

79  

bertugas dengan Warta Malaya, di Singapura sebagai pengarang, penterjemah dan menerbitkan novelnya yang pertama 'Putera Gunung Tahan'. Ishak ialah pengasas penerbitan akhbar Utusan Melayu. untuk ini beliau berhenti dari Warta Malaya pada 1 April 1939 lalu menjelajah ke negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu tentang cita-citanya menerbitkan sebuah akhbar kebangsaan. Usahanya ini mendapat sokongan yang hangat daripada masyarakat dan pada 29 Mei 1939, lahirlah akhbar Utusan Melayu. Dari tahun 1939 hingga tahun 1941, Ishak bertugas sebagai salah seorang anggota sidang pengarang Utusan Melayu yang pada ketika itu dipimpin oleh abdul Rahim Kajai. Pada waktu yang sama Ishak mula bergiat dalam pergerakan politik.

Kemudian beliau menyertai Ibrahim Yaacob sebagai wartawan. Beliau bersama Ibrahim melancarkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) dan pada tahun 1940 menjadi Setiausaha cawangan Singapura. Pada 8 Disember 1941, Ishak telah ditangkap oleh pihak British dan dibebaskan pada 15 Februari 1942. apabila Jepun berjaya menakluki Singapura. Beliau menjadi Ketua Pengarang akhbar Berita Malai di samping turut menyumbangkan rencana dan cerpen dalam Semangat Asia (Malai Sin Bun Sya) dan Fajar Asia. dan meletakkan jawatan pada 1944. Waktu ini beliau mula dikenali sebagai Pak Sako. Ishak mendapat panggilan Pak Sako puncanya, orang-orang Jepun menyebut Ishak dengan nama ISAKO SAN yang bermakna 'Tuan Ishak' dan inilah sebabnya Ishak dipanggil 'Pak Sako' oleh sahabat dan anak buahnya5. Pak Sako kemudian memimpin satu rombongan propaganda pemuda ke Pulau Bintan dalam bulan Mei, 1944. Pada penghujung tahun 1945, Pak Sako kembali ke Temerloh untuk bekerja sendiri.

Selepas tamat perang, Ishak kemudiannya aktif menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945 dan menjadi salah seorang pucuk pimpinan utamanya. Pada tahun 1946 Pak Sako menghasilkan buku berjudul "Bersatulah Sekarang", seterusnya menjadi ketua pengarang bagi akhbar "Pelita Malaya", majalah "Suloh Malaya" untuk PKMM, dan sebuah majalah yang melapurkan berita politik di Indonesia untuk KRIS (Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung) untuk menaikkan kesedaran orang-orang Melayu dari segi nasionalisme.

Apabila darurat diisytiharkan pada bulan Julai 1948, Pak Sako ditangkap sekali lagi oleh pemerintah Inggeris di Taiping dan dipenjarakan selama hampir lima tahun, iaitu dari tahun 1948 hingga bulan Mei tahun 1953. Selepas dibebaskan, Pak Sako bekerja di Malayan Film Unit di Kuala Lumpur sebagai penulis skrip dan menghasilkan filem "Padi Kunca" dan "A Letter From Home". Kerjanya di situ tidak berkekalan dan beliau mula mengembara ke seluruh Semenanjung. Dari tahun 1956 hingga tahun 1959, beliau memberi tumpuan untuk menerbitkan novel-novelnya dan lapan buah novel telah dihasilkan.

Minatnya terhadap politik tanah air tidak pernah malap. Pada tahun 1959, Ishak menjadi Pengerusi Parti Buruh. Kemudian beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung Parti Sosialis Front (Gabungan Parti Buruh dan Parti Rakyat). Dalam pilihanraya umum 1959, Pak Sako bertanding di Temerloh sebagai calon Front Sosialis, tetapi tewas. Kemudian dalam pilihanraya umum 1964, Pak Sako bertanding lagi bagi kawasan Bukit Bintang dan tewas lagi.

                                                                                                                         5  Abdul  Latif  Abu  Bakar  (1977),  Ishak  Haji  Muhammad:  Penulis  dan  Ahli  Politik  sehingga  1948.  Penerbit  Universiti  Malaya.  h.  28.  

Page 4: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO): PENGASAS JATI DIRI DAN INTEGRITI BANGSA

 80  

Pada tahun 1965, konfrontasi antara Malaysia dengan Indonesia meletus. Ishak sekali lagi telah ditahan oleh pihak pemerintah. Pada tahun 1966, beliau dibebaskan dan beliau melibatkan diri kembali dengan dunia karang-mengarang. Beliau bertugas sebagai pengarang khas dalam akhbar Utusan Melayu. Kemudian akhirnya bekerja di Creative Enterprise sebagai kolumnis di majalah 'Gila-Gila' yang menerbitkan karya beliau Pepatah Petitih I (1986) dan Pepatah Petitih II (1988).

Dalam bidang penulisan kreatif, Pak Sako menghasilkan tidak kurang daripada 23 buah cerpen pada waktu sebelum Perang Dunia Kedua. Dua buah novelnya "Putera Gunung Tahan" dan "Anak Mat Lela Gila" adalah antara novelnya yang mendapat sambutan hangat dan beberapa kali diulang cetak. Kedua-dua novelnya yang paling terkenal itu awal-awal lagi mencerminkan pandangan dan cita-cita Pak Sako sebagai seorang patriot dan sasterawan yang paling berjaya menawan hati para pembaca sehingga beliau menjadi lambang zaman itu.

Sebagai pengarang akhbar dan majalah serta penulis kolum dan pojok Pak Sako juga tidak ketinggalan mempunyai banyak Nama Pena, seperti: ANUAR, HANTU RAYA, PAK PANDIR MODEN, WAK KETOK, TOK SIAK, NENEK KEBAYAN dan PAK SUMBU.

Sumbangan dan jasa-jasa yang telah diberikan oleh Pak Sako dalam dunia kewartawanan, wartawan, perjuangan kemerdekaan dan politik negara telah mengangkat namanya sebagai seorang pejuang bangsa. Tulisan-tulisannya dianggap bercorak didaktik dan idealistik ke arah perjuangan tersebut. Oleh itu, pada 29 Jun 1973, Universiti Malaya telah menganugerahi beliau Ijazah Kehormat Doktor Kesusasteraan. Pada 29 Mei 1976 pula, Pak Sako dianugerakan gelaran "Pejuang Sastera" oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Hussein Onn. Namun Pak Sako telah menolak anugerah "Budayawan GAPENA 1987".

Pak Sako meninggal dunia pada 7 November 1991 ketika berusia 82 tahun di rumahnya di Kampung Bukit Raya, Kilometer 16, Jalan Hulu Langat, kerana diserang angin ahmar. Sebagai menghargai jasanya dalam mempelopori bidang kewartawanan, beliau dianugerahkan "Tokoh Kewartawanan Negara" pada 24 September 1995. Dan sebagai mengenangkan jasanya, Utusan Melayu, sejak tahun 1992, telah mewujudkan "Hadiah Sako" untuk diberikan kepada penulis novel nasional yang terbaik. KONSEP JATI DIRI DALAM KARYA PAK SAKO6

Menghadapi persoalan peralihan identiti atau jatidiri sesuatu bangsa bukan terbatas kepada orang Melayu sahaja. Dari zaman ke zaman semua bangsa mengalami 'identity shift' dan konstruksi semula bangsa dan nasion masing-masing. Pembentukan jati bangsa Melayu berlaku terus menerus. Seperti bangsa-bangsa lain di dunia, Melayu, sebagai suatu bangsa, dan penampilan jatidirinya bukanlah mengikut acuan mana-mana kuasa kolonial. Ia berlaku kerana proses sejarah yang tentunya melibatkan interaksi berbagai faktor dan istimewanya pula dengan pihak-pihak lain atau kaun-kaun yang lain7.

Pak Sako merupakan salah seorang tokoh penulis dalam kesusasteraan moden yang membawakan kesedaran jatidiri dalam karyanya. Dua jatidiri yang kita temui dalam karya beliau, Pertama; Jatidiri bagi mengenal diri dan zat bangsa dalam rangka politik kebangsaan Melayu. Ini terdapat dalam karya awalnya iaitu Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila. Kedua; Jatidiri dalam rangka darah keturunan atau takrif Melayu, penguasaan pimpinan politik dan ekonomi bangsa Melayu serta ketuanan penduduk asal peribumi. Ini misalnya terpancar dalam karyanya; Anak Di                                                                                                                          6  A.  Wahab Ali, Konsep Jati-diri Dalam Karya Awal Ishak Haji Muhammad; Kertas Kerja SAKM IV 14 – 16 Ogos 1995. Jabatan Persuratan Melayu UKM.  7  Ahmat Adam (2013), Melayu, Nasionalisme Radikal Dan Pembinaan Bangsa. Penerbit Universiti Malaya. h. 25.  

Page 5: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

 JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 4(1), Jun, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 77-96

   

   

81  

Buat Denak, Musim Gelora, Hilang di Mata, Jalan Hiburan, Siti Muhibbah, Amin! Kepada Encik Amin dan Aminah dan Istana Berembun.

1) Konsep Wilayah Tanahair

Bagi Pak Sako, kepulauan nusantara ini adalah tanahair bagi orang Melayu. idealisme ini terpancar dalam novelnya Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang. Jelas bahawa watak 'Ramli dan Yusuf', mengembara untuk melihat (menyiasat) dan mengetahui asal usul negara Melayu yang luas itu serta rahsia budaya yang terpendam di daerah nusantara itu. Dalam pengembaraan ini Ramli sebagai generasi muda yang terpelajar disedarkan bahawa Tanah Melayu yang terkenal dengan Tanah Rencong itu hanya bahagian daripada daerah Melayu yang terkenal itu. Daerah Melayu yang luas itu terpecah kerana karenah pihak penjajah Belanda dan Inggeris yang memisahkan dua wilayah ini. Di mana pun di nusantara ini kita terlantar, kita bukanlah orang dagang. Itulah yang dilambangkan oleh tajuk dan cerita ini.

2) Konsep Bangsa

Berhubung dengan konsep wilayah yang telah disebutkan di atas, sesuai pula dengan konsep perjuangan politik Ishak iaitu Melayu Raya yang meliputi kepulauan nusantara. Konsep bangsa pun demikian juga. Bangsa Melayu itu adalah bangsa Nusantara. Di mana pun mereka terlantar dalam daerah ini, mereka bukanlah bangsa asing Cuma sedikit perbezaan dari segi suku kaum.

3) Konsep Identiti Bangsa

Berkaitan dengan konsep identiti bangsa, Ishak menyarankan supaya kita kembali mengenal bangsa kita. Mengenai bangsa itu mestilah kita merujuk kepada tiga perkara penting.

Pertama: Mencari keaslian atau asal usul kita. Ini terlambang dalam Anak Mat Lela Gila. Bulat itu diibaratkan orang Melayu baru. Dia tidak mengenal siapa dirinya. Ini samalah seperti bangsa kita yang telah lama terjajah sehingga generasi baru itu tidak mengenal dirinya sebagai satu bangsa. Pengembaraan Bulat dalam hidupnya itu merupakan pengembaraan mencari identiti. Kedua: Konsep jati bangsa itu merujuk kepada orang bijak pandai yang asli pemikirannya. Biasanya orang tua dalam Anak Mat Lela Gila itu sendiri melambangkan seorang Melayu yang genius dan asli pemikirannya tetapi tidak difahami oleh masyarakatnya. Anak itu ditinggalkan di situ melambangkan harapan Pak Sako supaya generasi baru bangsa Melayu itu disedarkan tentang kekuatan dan keaslian bangsanya Melayu berkat didikan orang yang bijak pandai. Selanjutnya Batin Alang mendidik Bulat. Batin Alang juga seorang yang bijak. Dia mempunyai ilmu asli dan juga mempunyai kesedaran tentang kemajuan moden. Dalam Putera Gunung Tahan juga dimunculkan orang yang tua yang bijaksana. Contohnya watak 'Perempuan Tua Melayu' dan watak 'Anak Raja' yang menghilang ke gunung Tahan. 'Ratu Bongsu' dihantar berguru ke Gunung Tahan. Maksudnya berguru dengan orang yang pintar dan arif lagi bijaksana.

Page 6: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO): PENGASAS JATI DIRI DAN INTEGRITI BANGSA

 82  

Dalam Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang juga dimunculkan watak orang tua yang soleh, petapa, bijaksana dan asli pemikirannya. Dialah yang banyak memberikan tunjuk ajar kepada Ramli dan Ramlah generasi baru Melayu itu.Begitu juga watak Mustafa dalam Budak Beca, watak Pak Karim dalam Pengantin Baru, watak Pak Tua dalam Mata-mata Sukarela, watak Prof. Ali Ahmad dalam Yang Miskin dan Yang Mewah dan seumpamanya.

Ketiga: Jatidiri Melayu mesti bersandarkan kepada agama Islam, ala Melayu Islam. Dalam Anak Mat Lela Gila, nyatalah imej "gila" Mat Lela itu adalah "gila kebangsaan," seorang nasionalis. Seluruh hidup Mat Lela menentang Inggeris, menentang wang Inggeris, dan sedang membina sebuah "negara impian" atau memimpikan kemerdekaan. Keganjilan kelakuannya dan cita-citanya sebagai seorang nasionalis Melayu yang awal, menyebabkan orang mengatakan dia "gila".8 Bulat dikisahkan dibawa oleh Johari dan Permai pergi mengaji pondok ke Kelantan. Ketika itu Bulat berumur sepuluh tahun. Ini bermakna Bulat sebagai generasi baru disosialisasikan dengan agama Islam sebagai asas sebelum ia menuntut ilmu dunia yang lebih asli dan luas. Nama Bulat itu juga merupakan imej dan lambang kepada mudah bergerak, mudah berpindah, mudah berubah dan menunjukkan keadaan yang lengkap dan sempurna. Ini dikaitkan dengan seluruh kejadian Allah di alam sarwajagat seperti bulan, matahari, bintang, batang pokok, buah, telur, lubang hidung termasuk mulut dan sebagainya, dijadikan dalam bentuk "bulat" atau "se akan-akan bulat" belaka. Justeru 'Bulat' anak Mat Lela "gila" ini menjadi pewaris "taman dalam hutan" yang perjuangannya lebih luas dan lebih nyata.9 Di akhir cerita Bulat ditemukan dengan ibu bapa angkat dan ibu bapanya yang sebenar. Mereka bersama-sama Bulat bersedia pergi menunaikan rukun Islam yang ke lima. Dalam Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Anak Dukun Deraman pun sandaran kepada agama Islam ala Islam Melayu itu juga ditekankan, di mana Ramli dan Ramlah berkahwin bagi memelihara diri mereka daripada zina. Ahmad dan Normah juga dikahwinkan bagi menghindarkan maksiat.

4) Konsep Identiti Melayu Baru:

Setelah mengenal diri melalui tiga konsep yang disebutkan di atas itu, maka Melayu itu mestilah juga meyedari perkembangan terbaru dengan mengambil iktibar serta pengajaran kepada perkara semasa. Bukan semestinya asyik dengan yang lama sahaja. Malah Melayu baru itu mestilah cerdik pintar dan luas pengalamannya. Agenda dan didaktik ini sarat dimuatkan dalam cerpen dan novel-novel Pak Sako.

Lewat karya-karyanya, Pak Sako sering menyarankan supaya meninggalkan peraturan dan tabiat lama yang buruk dari budaya Melayu itu. Dalam setiap cerita kita menemui dalam dialog-dialog yang terselit di sana sini, dia meminta kita meninggalkan perasaan hasad dengki, perpecahan dan tabiat mudah digula-gulakan dengan kebendaan dan pangkat.

PAK SAKO PENGASAS INTEGRITI BANGSA

Sebagai manusia 'rolling stone', meminjam kata-kata Prof. Khoo Kay Kim, Pak Sako tidak pernah diam daripada berkata-kata dan menulis. Maksud berkata-kata itu dihubungkaitkan beliau sebagai tokoh kiri yang memimpin parti politik, Dan maksud menulis pula, ini diketahui oleh semua orang                                                                                                                          8  S. Othman Kelantan. Jabatan Persuratan Melay ukm. Wacana Pemikiran Pak Sako (22 Mac 1997), [Kertas Kerja] Pak Sako Penulis Agung Satira Melayu. Dewan Persuratan Melayu Pahang Cawangan Kuala Lumpur dan Perpustakaan Negara Nalaysia dengan Kerjasama Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya. h.8 & 9.  9  S.  Otman  Kelantan  (1997),  Ibid.  

Page 7: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

 JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 4(1), Jun, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 77-96

   

   

83  

beliau menulis dalam pelbagai jenis dan bentuk tulisan. Bermula dengan rencana yang penuh sindiran tajam, sejak sebelum perang dunia kedua, kemudian menulis cerpen, pantun, syair, novel, kritikan, analisa dan pelbagai lagi, sehingga akhir hayatnya.

Pak Sako konsisten melaksanakan peranan dan tanggungjwabnya tanpa disuruh dan dipaksa oleh sesiapa. Inilah yang dikatakan integriti. Integriti juga ialah melakukan perbuatan yang baik dan betul walaupun tiada mata yang memandang". Ia membawa makna kejujuran, atau memperlihatkan suatu keadaan sempurna dan utuh10. Seorang yang berintegriti, lazimnya memiliki sifat jatidiri terlebih dahulu. Kerana adalah mustahil kejujuran dapat dilakukan dan sesuatu yang sempurna dan utuh dapat dibina sekiranya asas, tapak atau fondasi itu rapuh atau senget atau ada unsur ketidak-tulenan (palsu).

"Pertama dan utama, Pak Sako-lah satu-satunya putera tanahair yang pertama secara kemahuan hati sendiri, tanpa paksaan sesiapa, meninggalkan kehidupan lumayan sebagai seorang majistret untuk menceburkan diri dalam alam penulisan yang serba tidak menjamin ketika itu… Pak Sako-lah yang julung-julung menulis rencana yang berupa komentar politik paling tajam dan mendalam…"11. Demikianlah komen Datuk Ahmad Boestamam memperkatakan tentang sahabat seperjuangannya Pak Sako12. Integriti Pak Sako dapat dilihat melalui kegigihannya membetulkan apa juga kesilapan masyarakatnya yang dilihatnya tidak kena dan tidak betul dengan cara menegur, menasihati, mengkritik, melapor dan mendedahkan sebarang kepincangan yang berlaku supaya masyarakat beroleh kesedaran dan berbuat yang sepatutnya. Berikut adalah beberapa contoh standard dan nilai-nilai integriti Pak Sako:

1- Semasa bertugas sebagai Majestret Kelas Tiga, satu kes Kahwin Cerai. Pak Sako telah membuktikan kewibawaannya berbuat apa yang betul dalam membicarakan dan menghakimi kes kahwin cerai antara sepasang suami isteri yang bercerai talak satu. Kedua-duanya menuntut dan ingin mendapatkan hak memelihara anak tunggal mereka. Keputusan Pak Sako ialah, si anak itu diserahkan kepada jagaan ibunya, tetapi dengan satu syarat. "Kalau pada petang minggu, atau hari minggu ataupun dalam masa hari-hari kelepasan, si bapa datang hendak mengambil anaknya itu untuk dibawa makan angin, dan kemudiannya bermalam dirumahnya, maka si ibu tidak boleh menahannya. Tujuan 'penghakiman' itu mudahan terpupuk kembali kasih sayang antara mereka , harapan Pak Sako supaya kedua-dua bekas pasangan suami isteri ini akan rujuk semula segera. Harapan dan doa Pak Sako terkabul, keduanya sudah rujuk. Untuk rekod, keputusan penghakiman ini sampai hari ini terus menjadi anakmen undang-undang keluarga Islam yang diguna-pakai di seluruh negeri dalam Malaysia.

Keputusan penghakiman yang "menang-menang" dan dilihat adil ini, menunjuk dan membuktikan Pak Sako seorang seorang ikon anak watan yang peka, prihatin, bertanggungjawab dan berpandangan jauh.

2- Dalam satu kes yang lain, Pak Sako menangani perbicaraan kes wayang Cina. Kes ini adalah pertikaian antara Mr.X (nama dan pangkatnya tidak dinyatakan), seorang

                                                                                                                         10 Kamus Dewan (1998) . op.cit. h. 495. 11 A. Karim Haji Abdullah (1996), Pak Sako Dari Sudut Pandangan Pak Samad. Pustaka Budaya Agency Sdn. Bhd. Petaling Jaya. dicetak oleh Utusan Printcorp Sdn. Bhd. h. 38.  12  A. Karim Haji Abdullah (1988), Pak Sako Bistari. h. 94.  

Page 8: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO): PENGASAS JATI DIRI DAN INTEGRITI BANGSA

 84  

pegawai tinggi Inggeris, mengunakan pengaruhnya maka pihak Sanitary Board telah mengeluarkan saman atas wayang Cina dan joget Melayu (atau ronggeng) kerana menyebabkan bunyi bising yang berlebih-lebihan yang mengganggu orang ramai, iaitu satu kesalahan di bawah undang-undang kesalahan-kesalahan kecil. Setelah mendengar keterangan dari pihak plaintif iaitu Sanitary Board, memikir beberapa aspek undang-undang, aspek kepentingan orang-ramai dan implikasi yang kurang sihat dalam perkara itu, Pak Sako telah menolak dakwaan itu dengan alasan seperti berikut: i. Pertama; Kalau betul bunyi dari taman hiburan itu melampau dan mengganggu

ketenteraman awam, maka mengapa hanya satu orang saja iaitu Mr. X sahaja yang telah mengadu.

ii. Kedua; Pada pengetahuan saya, undang-undang belum pernah dikanunkan dengan tujuan hendak menghapuskan kebudayaan sesuatu kaum.

iii. Ketiga; Hujah dan pendapat saya, joget Melayu tanpa gong dan gendang bukanlah jogrt Melayu yang sebenarnta, yang asli. Wayang Cina yang tidak menggunakan sepasang simbal iaitu sejenis alat muzik yang lazim digunakan, bukanlah satu wayang Cina yang tulen atau yang lengkap.

Pak Sako menulis dalam memoirnya. "Dengan alasan dan kesimpulan itu, saya dengan penuh yakin dan suci hati, telah membuang kes itu. Pendapat umum yang saya tinjau kemudian dari itu adalah membuktikan bahawa pendapat saya itu betul dan keputusan saya itu cukup adil.

Akan tetapi beberapa hari selepas itu, saya telah diberitahau bahawa pihak yang mendakwa tidak puas hati dengan keputusan saya itu, dan mereka akan membuat permintaan ulang bicara di mahkamah yang lebih tinggi. Saya tidak gentar sedikit juga pun dengan ulang bicara itu, sebab saya tetap berpendapat bahawa pengertian saya mengenai undang-undang itu itu adalah betul dan keputusan yang saya telah berikan itu adalah adil dan sesuai dengan kepentingan orang ramai.

Bila sampai hari ulang bicara itu saya hanya memberikan secara bertulis saja. Hujah saya sama sepertimana alasan-alasan yang saya nyatakan yang lalu. Akhirnya, keputusan hakim yang telah mendengar dan menimbangkan ulang bicara itu amatlah memeranjatkan orang orang yang berminat kepada undang-undang dan perjalanan keadilan, khususnya pegawai kerajaan pada masa itu.

Tuan Hakim Mahkamah Ulang Bicara telah bersetuju sepenuhnya dengan pendapat dan alasan yang telah saya berikan dalam keputusan saya atas dakwaan pihak Sanitary Board mengenai joget dan wayang Cina itu. Secara spontan orang ramai dalam Kuala Lumpur pada masa itu telah menganggap saya sebagai seorang majestret muda yang berani. Orang ramai memuji-muji saya, dan nama saya mulalah terkenal".

Kebijaksanaan Pak Sako menyelesaikan kes ini menunjukkan Pak Sako seorang yang berkaliber, berwibawa, tidak mudah dicucuk hidung dan contoh seorang Melayu yang berwibawa, tenang namun tegas berpegang dengan pandangannya tersendiri.

3- Kredibiliti Pak Sako menangani kes hutang-piutang lebih menyerlahkan lagi konsep integriti yang ada dalam diri Pak Sako. Bagaimana cara Pak Sako menolong orang-orang yang berhutang, dan secara tidak langsung mencuba menghapuskan lintah darat yang berkeliaran pada masa itu. Luahan Pak Sako dalam memoirnya merakamkan, "Kalau pembaca boleh cukup faham bagaimana rumitnya maslah hutang piutang ini, maka pembaca bolehlah faham betapa rumitnya kerja saya hendak menolong sesiapa yang telah dibelit oleh hutang-hutang di sekeliling pinggangnya.

Page 9: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

 JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 4(1), Jun, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 77-96

   

   

85  

"Apabila kita fikirakan semula dengan penuh insaf, dan kita analisis secukup-cukupnya dan sedalam-dalamnya, maka kita patutlah menerima satu fakta besar sejarah kaum bangsa kita, iaitu harta, tanah dan dan rumah Melayu dalam Bandar-bandar besar dan kecil di Semenanjung Tanah Melayu ini sudah boleh dikatakan habis, licin semuanya tergadai dan terjual, sebab perangai kaum bangsa kita suka hidup mewah, boros, suka joli, pandai berbelanja, tetapi kurang pandai mencari, tidak punya perancangan hidup yang jauh. Saya fikir kita patut mengakui hakikat ini supaya kita boleh berubah dan membunuh semua kelemahan seperti itu". "Sejak merdeka, kita perlu mengakui bahawa perangai bangsa kita yang tidak konstruktif, yang lemah, dan boleh membawa kepapaan itu, masih lagi belum banyak berubah". "dan Sejarah masyarakat kita membuktikan bahawa perangai mudah berhutang dan payah membayar ini adalah menjadi penghalang yang besar untuk bangsa kita boleh maju dalam berbagai-bagai lapangan perniagaan dan perusahaan. Menjadi cerita yang lumrah di mana-mana tempat bahawa kesemua kedai, syarikat Melayu banyak yang telah mengalami kerugian besar sebab pembeli atau pelanggan banyak berhutang. Kantin kepunyaan Melayu banyak tutup sebab para pelangannya tidak membayar hutang, dan peniaga itu sendiri pun tidak membayar hutang kepada para pembekal untuk kedai, kantin dan perusahaan mereka itu". Lantaran ingin membantu kaum bangsa Melayu semasa bekerja di dalam kerajaan, Pak Sako terasa benar pada waktu itu bagaimana susahnya hendak berbuat sesuatu untuk menyedarkan kaum bangsanya tentang kedudukannya yang semakin lemah dalam negerinya sendiri, tentang banyaknya perpecahan dalam masyarakat, masing-masing dengan khayalannya, tanpa hendak memikirkan apa hendak jadi kepada tanah air dan kaum bangsanya pada masa depan, akhirnya Pak Sako telah mengambil satu langkah nekad yang cukup berani dan berisiko iaitu beliau mengambil jalan meninggalkan jawatan bergaji lumayan dalam kerajaan dan menceburi bidang yang lebih luas dan bebas sebagai pengarang yang serba tidak menjamin ketika itu. Pak Sako nekad berserah diri kepada Allah akan untung nasibnya dan bertawakkal laksana tawakkal burung Mengungkapkan perihal korban dan pengorbanan, Pak Sako menulis "Tentulah nyata bahawa berkorban itu ertinya memberikan atau bercerai dengan ataupun berpisah dari sesuatu yang sangat disayangi, iaitu anak atau isteri, harta-benda, pangkat gelaran dan sebagainya13. Pak Sako telah banyak berkorban. Beliau bukan saja menyeru dan mengajak orang berkorban malah dia membuktikan katanya dengan perbuatannya. 4- Dalam hal atau gejala Judi Karan yang pernah beroperasi di negeri Perak pada sekitar tahun 1957. Dalam isu ini Pak Sako ada membuat novel berjudul "Judi Karan", yang terbit pada Februari 1958. Dalam ruangan "Penjelasan Dari Pengarang". Menurut Pak Sako, sebelum novel ini ditulis, beliau telah membuat lawatan ke beberapa pecan-pekan kecil dalam negeri Perak dan menyiasat kesan-kesan permainan itu kepada orang-orang seorang dan juga kepada masyarakat dalam sesuatu daerah di mana permainan judi karan itu ada dibenarkan. Pak Sako amat cermat dan amanah serta menitik-beratkan ketepatan penyampaian maklumat dalam laporan dan pemberitaannya; tulisnya lagi, "nama tempat atau kampung-kampung di mana cerita ini telah berlaku dengan sengaja 'Tidak disebutkan', kerana ia boleh mengenai mana-mana satu kampung. Demikian juga nama-nama orang yang terkait dalam cerita ini, mereka itu tidak mengenai atau ditujukan kepada satu-satu orang yang tertentu, baik yang masih hidup atau yang telah mati, atau dengan kata-kata lain, mereka itu hanyalah rekaan semata-mata."                                                                                                                          13  Ishak Haji Muhammad (1958), Judi Karan. Published by Geliga Ltd, and Printed at Weng Printers. Co, Singapore. h. 127.    

Page 10: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO): PENGASAS JATI DIRI DAN INTEGRITI BANGSA

 86  

"Maksud cerita ini, sebagaimana juga cerita-cerita yang lain yang saya karangkan dan telah terbitkan, ialah untuk membayangkan keadaan keadaan-keadaan masyarakat yang sedang dipengaruhi oleh hal-hal atau benda-benda baru – buruk dan baiknya – serta mencadangkan dengan samar-samar sebagai cerita, apa ubatnya atau apa jalan-jalannya supaya yang buruk jangan bertambah buruk dan yang baik akan bertambah baik. Pendapat umum, istimewa dalam daerah-daerah yang sudah mengalami kedatangan permainan "Judi Karan" itu maka ia adalah satu bahaya yang amat celaka, kisahnya kepada masyarakat kampung. Dalam satu daerah, menurut seorang pemimpin masyarakat yang terkenal, maka dia telah melihat dengan mata kepalanya sendiri bahawa kira-kira empat gantang duit-duit syiling sepuluh send an dua puluh sen telah dikeluarkan daripada peti-peti judi karan itu pada satu petang. Cubalah para pembaca agak berapa jumlah wang dalam kumpulan duit-duit syiling sepuluh dan dua puluh sen yang kira-kira empat gantang itu? Seribu ringgit? Atau dua ribu ringgit? Dan siapakah yang punya wang sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit itu? Jawabnya ialah: Orang-orang kampung, pemuda dan pemudi yang telah dirasuk oleh "hantu" judi karan kerana itu. Berapa ramaikah orang-orang yang telah ditarik oleh judi karan itu? Jawabnya ialah banyak, dan banyaklah wang orang-orang kampung yang telah habis dengan sia-sia. Berapa orangkah yang telah menang dan beruntung dalam permainan judi itu? Jawabnya ialah, sebagaimana dengan lain-lain jenis judi, maka bilangan orang-orang yang menang adalah terlalu sedikit dan wang kemenangan juga tidak banyak. Tidak payah saya sebutkan apa hukumnya berjudi itu pada sisi agama. Moga-moga cerita ini bukan hanya akan memberi hiburan kepada para pembaca, tetapi juga akan mendatangkan kesan-kesan yang baik kepada masyarakat kampung-kampung dan daerah-daerah berkenaan". 5- Pak Sako melaporkan mengenai kedudukan letak sebuah Masjid di Kemaman yang terlalu dekat dengan belakang kedai di Bandar itu, yakni terlalu dekat dengan jamban atau tandas. Pak Sako mengesyorkan supaya tembok, kayu atau batu, dibuat untuk menutup masjid itu daripada bau atau pandangan yang kotor. Rencana itu telah tersiar dalam Warta Malaya sepenuhnya. Dalam Memoirnya, Pak Sako menceritakan: "Saya fikir saya telah berbuat khidmat yang baik untuk agama dan masyarakat. Tetapi pendapat pihak-pihak yang berkenaan dalam kerajaan Terengganu pada masa itu adalah sebaliknya. Mereka marah kepada saya, dan lessen peguam bagi saya telah ditarik balik, dan bayaran $50.00 telah dikembalikan kepada saya"14. Dari pendedahan ini, Pak Sako mendapat pujian dari seorang anak raja Terengganu15. 6- Kes di Kuantan Pahang pula, ketika itu nelayan Melayu sedang mogok iaitu tidak turun ke laut menangkap ikan. Mereka membantah terhadap peraih-peraih ikan yang membeli tangkapan mereka dengan harga yang paling rendah. Peristiwa itu telah menarik perhatian Pak Sako dan dia telah membuat temuramah dan penyiasatan mengenai perkara tersebut. Tulisan Pak Sako mengenai nelayan Melayu mogok itu disiarkan secara besar-besaran dalam Warta Ahad. "Dengan tersiarnya tulisan itu Bandar Kuantan heboh dan sebagai seorang wartawan yang bertanggungjawab melaporkan peristiwa itu, saya merasa seronok"16. Semua keadaan dan bukti yang dinyatakan Pak Sako adalah seorang yang berintegriti malah tokoh contoh yang meminpin tindakkannya, menunjuk konsep-konsep asas lagi yang utama bagi kita                                                                                                                          14 Ishak Hj. Muhammad (1996), Memoir Pak Sako: Putera Gunung Tahan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. h. 143. 15 Hashim Awang, A. Karim Haji Abdullah (1995), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Cerpen-cerpen Pak Sako; Catatan Pengarang. h. XV. 16 Wahba (..), Pak Sako; Tokoh Tiga Zaman… h, 74-75.

Page 11: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

 JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 4(1), Jun, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 77-96

   

   

87  

semua bagi membudayakan etika kerja bermoral, beradab dan berintegriti sebagaimana yang terkandung dalam cabaran ke-4 daripada 9 cabaran Wawasan 2020 negara. Persoalan-persoalan yang benar-benar berlaku dalam masyarakat ditulis dan dikritik oleh Pak Sako samada dalam artikel, ada diselitkan sebagai cerita dalam karya cerpen-cerpen dan novel-novelnya, ada yang dikoleksikan dan dibukukan seperti hasil Pojok beliau dengan judul "Renungan Pak Sako"17.

Melalui karya-karya penulisan terutama karya-karya sastera seperti cerpen dan novel-novelnya, Pak Sako telah mengemukakan segala hasrat pemikirannya untuk memberi kesedaran, menaikan semangat dan seterusnya menjadi ikutan bagi menegakkan keadilan dalam masyarakat dan menyertai pergerakan politik tanahair. Sebagai seorang sasterawan, pemikir dan awal-awal lagi bergelumang bersama rakyat bawahan, cukup nampak permasalahan yang menimpa orang-orang Melayu. Pola pemikiran integriti Pak Sako dalam perhuangannya dapat kita perincikan kepada 5 perkara berikut:-

1. Bertekad Mengubah Mentaliti Orang-orang Melayu. Pak Sako, tekadnya ialah berkehendakkan orang-orang Melayu supaya mengamalkan semangat bertimbangrasa dan tolong-menolong antara satu dengan lain. Mempunyai pegangan agama dan jatidiri yang kuat dengan mempelajari sesuatu yang baru. Meninggalkan peraturan, adat-adat dan tabiat lama yang buruk dari budaya Melayu, yang melemahkan cita-cita untuk hidup maju-jaya dan mampu bersaing secara sihat. Elakkan pembaziran wang, masa dan kudrat pada perkara yang merugikan. Hapuskan perasaan hasad dengki, perpecahan dan tabiat mudah digula-gulakan dengan kebendaan dan pangkat. 2. Membina Peribumi Bermentaliti Agraris dan Industris. Pak Sako mahu orang-orang Melayu untuk sayang kepada tanah air, menghargai alam sekitar, bercucuk tanam dan berbakti kepada tanah. Berjuang supaya orang-orang Melayu diberi peluang dan galakan untuk menceburi diri dalam lapangan ekonomi seperti pertanian, perkebunan, perusahaan, perniagaan dan perdagangan, agar orang-orang Melayu dapat mencapai satu kedudukan ekonomi yang standing dengan orang-orang asing. 3. Memugar spiritual orang-orang Melayu yang Quranik. Walau apa pun anggapan orang terhadap orang terhadap orang Melayu dan jati dirinya, sebagai suatu bangsa, orang Melayu tidak mungkin dapat dipisahkan daripada identiti dan citranya sebagai Muslim. Antara tema Pak Sako dalam karya penulisan dan kesusasteeraannya ialah beliau mahu menyampaikan perkara baik agar diteladani dan yang buruk untuk disempadani. Pemaparan sesuatu peristiwa atau adegan negatif atau menjolok oleh Pak Sako melalui watak-watak dan perwatakan dalam karyanya adalah bertujuan supaya ianya dihindarkan. Jika tidak didedahkan masyarakat tidak akan tahu. Suatu contoh, Pak Sako mengkritik pedas sebuah syarikat penerbitan buku untuk bacaan orang ramai, dimana para pengarangnya mereka-reka cerita-cerita lucah yang dihiasi pula dengan gambar-gambar lucah. Tak takut berdosakah?18. Pak Sako menempelak. Saranan takut dosa itu merupakan selaras dengan ajaran al-Quran.

                                                                                                                         17 Ishak Haji Muhammad (1989), Renungan Pak Sako. Penerbit Karya Bistari Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.    18 Ibid., h. 80.

Page 12: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO): PENGASAS JATI DIRI DAN INTEGRITI BANGSA

 88  

Dalam novel Budak Beca banyak sekali Pak Sako mengambil perumpamaan kisah-kisah binatang dari al-Quran bagi mendidik aqal dan spiritual orang-orang Melayu. Dalam Novel Mata-mata Sukarela; di akhir novel Pak Sako mengulang lima kali kalimah bahasa Arab ke bahasa Melayu iaitu "ittaqullah", "ittaqullah", "ittaqullah", "ittaqullah", "ittaqullah", yang maknanya "Takutilah kamu akan Allah, "Takutilah kamu akan Allah"19. Dalam ruangan Pojok pula; bukan sahaja Pak Sako tidak jemu-jemu memberi nasihat, teguran. Pak Sako juga acap kali mengajak kita kembali mengambil i'tibar dan panduan dari kisah-kisah para Nabi dan Rasul dalam karya-karya novelnya, kerap juga mengakhiri dalam ruanagn komennya dengan kalimah memuji-muji Allah S.W.T. dan ucapan WalLahua'llam, serta mendoa'kan bagi mensejahterakan kaum muslimin, agama Islam, bangsa Melayu, tanahair dan negara Malaysia. 4. Menuntut Pengagihan Ekonomi dan Sosial yang adil20

Pak Sako adalah seorang marhaenis21. Beliau mahu satu taraf kehidupan sosial orang-orang Melayu menjadi lebih baik samada dari segi pelajaran, kesihatan dan kehidupan seharian. Ideoloji yang dipegangnya ialah berkehendakkan masyarakat yang adil yang berasaskan 'sama rata sama rasa'. Supaya orang Melayu diberi peluang dan galakan untuk menceburikan diri dalam lapangan ekonomi. Yang penting sekali supaya orang Melayu dapat mencapai satu kedudukan ekonomi yang setanding dengan orang asing. Pak Sako menentang sekeras-kerasnya sikap pentadbiran Inggeris, iaitu dihapuskan dasar kapitalisme yang hanya menguntungkan penjajah Inggeris dan orang-orang asing.

5. Mempertahankan Kebudayaan Melayu

Dari segi kebudayaan, Pak Sako tidak mahu pengaruh Barat atau yang dikenali sebagai kebudayaan kuning yang merosakkan itu mempengaruhi masyarakat Melayu. Sebaliknya pula kebudayaan tempatan haruslah dijaga disemarakkan dan diperkembangkan dengan sewajarnya.

6. Harapan Sistem Politik dan Kerajaan yang adil saksama; Wujud dan juhud Pak Sako adalah semata-mata berkorban untuk bangsa dan tanah airnya. Dua agenda ini menonjolkan sifat jatidiri kemelayuan dan keperwiraan Pak Sako yang berjuang atas sifat anak jantan watan juga sebagai intelegensia yang berkesedaran untuk menggalas tanggungjawab kepada kaum bangsa yang lebih lemah serba-serbinya. Sebagai seorang sasterawan yang bijaksana dan berpengalaman pula mengenali selok belok siasah licik British, kegundahan Pak Sako tatkala Persekekutuan Tanah Melayu 'dengan mudahnya' diberi kemerdekaan oleh Inggeris sememangnya berasas. Secara tersirat Pak Sako mengungkapkannya sebagai 'mabuk merdeka'. Pak Sako bukan membangkang semborono, ada juga beberapa rancangan kerajaan yang baik, bermanfaat kepada rakyat dipuji dan disokongnya, namun beliau melihat perkembangan merdeka itu dengan berhati-hati, dengan mata hati, beliau tidak mahu Malaya merdeka namun orang-orang Melayu terus miskin dan melarat. Bagi hemat pengkaji, Pak Sako menyatakan sedemikian bukan mengikut perasaannya semata-mata, tetapi Pak Sako merasakan dan melihat sendiri mainan politik penjajah British sendiri semasa beliau berkhidmat dalam kerajaan kolonial itu. Rimas dengan tekanan dan mainan birokrasi perkhidmatan British yang membelengu jiwanya lantas bertekad meninggalkan kerjaya lumayannya justeru menjadi penulis bagi membela kepentingan bangsanya.                                                                                                                          19 Ishak Haji Muhammad (1959), Mata-mata Sukarela. h. 121. 20 Abdul Latif Abu Bakar (1977), Ishak Haji Muhammad; Penulis dan Ahli Politik Sehingga 1948. h. 116 - 117. 21 Orang yang memperjuangkan hak-hak marhaen; kaum marhaen rakyat jelata (spt petani, nelayan, dll). Kamus Dewan (1998), op.cit., h. 861.  

Page 13: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

 JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 4(1), Jun, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 77-96

   

   

89  

AKSIOMA22 PAK SAKO

Kita sebenarnya tidak perlu bersusah payah untuk mengenali dilemma bangsa ini. Pak Sako banyak meninggalkan pusaka aksiomnya kepada kita, antaranya ialah; beliau pernah ditanya wartawan mengenai beberapa kelemahan masyarakat Melayu, diantaranya sifat hasad dengki, tamak haloba, suka jadi pak turut dan sebagainya. jawaban Pak Sako, puncanya ialah sejarah bangsa Melayu itu sendiri. Sebelum Kerajaan Melaka, bangsa Melayu telah hidup di bawah raja-raja yang berkuasa mutlak, 'absolute monarchy', yang kejam, yang mengamalkan sistem perhambaan, 'surfdom'. Atau 'primitive slavery'.

Tambah Pak Sako lagi; Didikan agama, sungguhpun paling baik, tetapi tidak mencukupi. Salah-

bawa, atau salah ajar, akan hidup semula jiwa perhambaan. Pendidikan di sekolah-sekolah hendaklah diperbaiki lagi. Para pemimpin masyarakat di segenap lapisan hendaklah sentiasa mempelajari dan memahami masalah-masalah masyarakat yang merecup timbul bersaingan dengan perubahan-perubahan dan perkembangan dunia moden sekarang. Patut dibuat kajian 'What is the Malay mind?'. Dengan kata-kata lain, kita patut mengkaji segala aspek mengenai 'Malay Metamorphosis', yakni perubahan wataknya, keadaan-keadaan hidupnya, lahir dan batin23.

PAK SAKO DAN PANTUN

Yang membezakan Melayu itu daripada yang lain ialah tingkah-lakunya yang berasaskan budaya, jiwa, budi dan nilai keagamaan dalam perwatakannya. Untuk mengenali Melayu dan sifat jatidiri Melayu pada seseorang itu, selain kita perlu menyelidik, mengkaji dan menelaah secara rinci naskhah-naskhah Melayu lama dan khazanah kesusasteraannya. Tidak boleh dilupa ialah sastera lisan Melayu seperti pantun, syair, gurindam dan peribahasa Melayu. Melalui sumber ini kita dapat mengenali keaslian citra jati diri Melayu pada seseorang itu. Menurut Pak Samad Ismail; "Pak Sako, dia lebih suka berpantun dan bersyair, (berbanding sajak, ini) ialah kerana padanya (Pak Sako), pantun lebih dekat dan lebih sebati pada orang-orang kampung, lebih tepat menyampaikan nilai-nilai hidup yang menjadi pegangan orang Melayu"24. Pak Sako pandai berpantun. Karya pantun Pak Sako kelakar, mengusik, menyindir, tidak kurang juga tema-tema yang serius, namun sarat dengan pengajaran, penuh didaktik, bahkan 'masih' relevan hingga hari ini - jika dibuat sedikit pindaan -, antaranya ialah;

"Malaya sudahlah merdeka, Sebulan rakyatnya bersuka, Sekarang ada yang berduka,

Sebab nampak punca-punca celaka".

                                                                                                                         22 ak·si·o·ma n : ialah suatu pernyataan yang dapat diterima sebagai kebenaran tanpa perlu pembuktian. Rujuk http://kbbi.web.id/aksioma. Kata aksioma berasal dari Bahasa Yunani αξιωµα (axioma), yang berarti dianggap berharga atau sesuai atau dianggap terbukti dengan sendirinya. Kata ini berasal dari αξιοειν (axioein), yang berarti dianggap berharga, yang kemudian berasal dari αξιος (axios), yang berarti berharga. Di antara banyak filsuf Yunani, suatu aksioma adalah suatu pernyataan yang bisa dilihat kebenarannya tanpa perlu adanya bukti. Rujuk: https://id.wikipedia.org/wiki/Aksioma 23  Mastika (Julai 1976), Wawancara Azah Aziz dengan Dr. Ishak Haji Muhammad, Di Sebalik Lumut 'Batu Bergolek'. K.D.N. 9251,10.  24 A. Karim Haji Abdullah (1996), Pak Sako Dari Sudut Pandangan Pak Samad. Pustaka Budaya Agency Sdn. Bhd. h. 34.  

Page 14: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO): PENGASAS JATI DIRI DAN INTEGRITI BANGSA

 90  

"Saya bukan rakyat yang derhaka,

Saya suka negeri kita merdeka, Tetapi jangan disuruh minum cuka, Tidak mahu saya pergi ke neraka".

"Saya tidak tahu berpolitik, Tetapi mengerti apa yang cantik

Buah Papaya atau Betik Serupa saja saya dan patik".

"Orang bercakap fasal Demokrasi, Diajak mengundi memilih kerusi Awok (saya) fikir sudah sekongsi,

Rupanya ada atas mengatasi!"

PAK SAKO DAN NEGARA HASRAT25 MELAYU RAYA

Pak Sako, anak Temerloh merupakan salah seorang wakil mutlak pemimpin daripada Tanah Melayu dalam sebuah perjuangan mendobrak hegemoni Imperialis British bagi menyatukan nusantara dibawah sebuah gagasan politik Melayu Raya, yang boleh-lah diumpamakan sebagai usaha "Seluang Menodak Baung", miskupun Pak Sako sendiri merupakan "sebuah jentolak yang kuat".

Tidak sempurna membedah pemikiran Pak Sako tanpa menelusuri perjuangan politik takat tingginya dalam usahanya merealisasikan gagasan Melayu Raya. Idealisme gagasan nasionalisme Melayu Raya serantau senusantara itu telah melekat pada riwayat sejarah hidupnya. Dalam konteks ini, kita perlulah terdahulu memahami dan meneliti persekitaran nasionalisme sebelum meletusnya Perang Dunia Kedua.

Nasionalisme ini bermaksud "pergerakan bersifat ideologi, untuk pencapaian serta pengekalan pemerintahan sendiri dan kemerdekaan bagi pihak satu kumpulan di mana sebahagian ahli mahu membentuk atau berpotensi menjadi 'negara' seperti yang lain".

Sebagai satu konsep politik, istilah Melayu Raya tidak boleh dipisahkan daripada istilah "Indonesia Raya" yakni konsep induk yang telah melahirkan ungkapan Melayu Raya di Malaysia. Melayu Raya adalah istilah yang dipakai oleh kaum nasuionalis di Malaya.

Oleh yang demikian, apabila kita berbicara tentang semangat Melayu Raya maka semangat itu boleh ditafsirkan sebagai wawasan untuk mewujudkan sebuah negara merdeka yang menempatkan bangsa rumpun Melayu sebagai pencitra dan Pembina nasion yang secara geografinya dibayangkan akan merangkumi Tanah Semenanjung, wilayah Melayu yang di bawah pemerintahan Siam, pulau Singapura dan seluruh Kalimantan, kepulauan Filipina dan kepulauan Indonesia.

Konsep Melayu Raya bukanlah asalnya daripada idea Ibrahim Yaacob26. Tetapi sebaliknya konsep dan agasan itu adalah hasil daya cipta Tan Melaka27. Namun, di Malaya (Tanah Melayu), para

                                                                                                                         25  Rustam A. Sani (2011), Asal Usul Sosial olongan Kiri Melayu; Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu Muda. Diterjemah oleh Amin Ahmad. h. 55.  26  Ahmat Adam (2013), Op.cit., h. 71. Ibrahim Hj Yaacob lahir dalam tahun 1911, di Kampung Kertau, Temerloh Pahang. Ayahnya Haji Yaacob, 'seorang guru agama, seorang tokoh masyarakat yang dihormati, bercerai dengan

Page 15: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

 JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 4(1), Jun, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 77-96

   

   

91  

pemimpin Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang terpilih memimpin pertubuhan itu ialah: Ibrahim Yaacob sebagai Presiden, Mustapha Hussain sebagai Naib Presiden, Hassan Haji Manan sebagai Setiausaha, Othman Mohd. Nor sebagai Penolong Setiausaha dan Idris Hakim sebagai bendahari. Ishak Haji Muhammad telah dipilih sebagai ahli jawatankuasa bersama-sama dengan Abdul Karim Rashid, Bahar Abik, Sulung Chik, Onan Haji Siraj, Abdul Samad Ahmad dan Abdullah Kamil28.

Bukan hanya di Malaya dan di Indonesia sahaja, malah kaum mahasiswa Universiti al-Azhar yang bernaung dalam jamaah al-Khairiah al-Talabiyyah al-Azhariah al-Jawiah; iaitu sebuah persatuan yang dianggotai oleh pelajar-pelajar dari kepulauan Indonesia, Semenanjung Tanah Melayu dan Selatan Siam mendukung aspirasi ini. Tetapi semua rancangan dan cita-cita KRIS dan KMM yang kepimpinannya diterajui kaum intelligentsia lulusan Sultan Idris Training College SITC, termasuk turut menyokong ialah mereka yang berpendidikan Melayu dan Inggeris yang bekerja sebagai wartawan, kerani, jurutaip, atau pengajar di Sekolah Teknik Kuala Lumpur dan Sekolah Pertanian Serdang, Persatuan Pelajar-pelajar Indonesia-Malaya yang belajar di Mesir gagal belaka.

Sejarah, suasana dan takdir memperlihatkan cita-cita mewujudkan sebuah kerajaan Melayu Raya tidak mudah dilaksanakan. Selain faktor utamanya, pecah perang Dunia Kedua, dengan kekalahan Jepun di tangan Britain, faktor-faktor kegagalan gagasan politik Melayu Raya ini adalah disebabkan;-

Keberadaan Ibrahim Yaacob di Indonesia waktu itu menyebabkan Malaya (Tanah Melayu) kehilangan penggerak utama-nya29.

1- Para pendukung idealisme Melayu Raya ini hanya terdiri daripada segelintir kalangan kaum intelligensia yang mendapat pendidikan yang baik ketika itu. Gagasan ini belum cukup meresap dan merakyat di kalangan rakyat terbanyak di seluruh pelusuk negeri-negeri di Malaya.

2- Pendukung bukan dari golongan aristokrat, iaitu rakyat biasa yang dari segi akar umbi sosialnya berasal dari kampung. Mereka ini elit baru Melayu bukan aristokrat yang merupakan produk dari pendidikan yang diterimanya.

                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   ibunya pada masa Ibrahim baru berumur dua tahun. Ketika berusia 17 tahun Ibrahim meninggalkan kampung halamannya untk belajar di Sultan Idris Training College, di Tanjung Malim. 27 Seorang putera Minangkabau, Tan Malaka sendiri adalah seorang Melayu. berasal dari Suliki, Sumatera Barat, Tan Malaka lahir dalam tahun 1897 dengan nama Ibrahim ,dan setelah dewasa memakai nama bergelar iaitu Ibrahim gelar Datuk Tan Malaka. Al-Marhum HAMKA menyebutnya sebagai pemimpin besar yang setaraf dengan Sukarno dan Hatta dari segi sumbangannya kepada perjuangan meraih kemerdekaan untuk Indonesia. Pendidikan awal Tan Malaka diterimanya di Bukit Tinggi dan kemudiannya dalam usia sekitar 17 tahun dia dihantar ke negeri Belanda untuk melanjutkan pelajarannya hingga lulus pengajian di kolej perguruan di sana. Sekembalinya ke Indonesia dalam bulan November 1919, Tan Malaka menjadi guru di Sumatera Timur. Pendedahan kepada idea-idea komunis ketika menuntut di Belanda telah menjadikannya seorang yang sangat radikal dan pada tahun 1920 dia terlibat dalam permogokkan kaum buruh keretapi di Deli. Mulai tahun itu dia pun menganggotai Parti Komunis Indonesia. Tulisan-tulisannya mendapat tempat di dalam surat khabar komunis, Het Vrije Woord (Suara Merdeka) dan Soeara Ra'jat. Tiada tokoh yang ebih jelas mengungkapkan pengertian Indonesia Raya itu selain Tan Malaka. Ketika di Singapura pada tahun 1926, Tan Malaka menerbitkan sebuah buku kecil yang berjudul 'Massa Actie'. Melalui buku ini Tan Malaka menekankan bahawa satu-satunya jalan menuju kemerdekaan ialah jalan revolusioner dengan mengembeleng seluruh kekuatan rakyat atau 'massa actie'. Ibid,. h. 58 – 60. 28 Mohamed Salleh Lamry (2009), Gerakan Kiri Melayu Dalam Perjuangan Kemerdekaan. Penerbitan Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. h. 38. 29  Op.cit. h. 80.

Page 16: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO): PENGASAS JATI DIRI DAN INTEGRITI BANGSA

 92  

3- Gerakan anti-penjajahan di Malaya tidak sekuat di Indonesia. Berbanding dengan keadaan di

Malaya, di Indonesia, pergerakan menentang penjajahan jelas melibatkan bangsa-bangsa peribumi rumpun Melayu yang memiliki rasa kekitaan (esprit de corps) yang sepunya untuk membina nasion yang jelas terungkap, berasaskan satu bangsa, satu bahasa dan satu negara (tanah air), iaitu Indonesia. Manakala di Malaya, pada waktu Ibrahim Yaacob mendirikan KMM jumlah keseluruhan penduduk bumiputeranya seakan-akan sama banyak dengan kaum imigran, yang dari segi kedudukan ekonominya pula jauh lebih teguh berrbanding orang Melayu. Di kota-kota besar di mana kegiatan ekonominya lebih rancak, penduduk bumiputeranya pun adalah golongan minoriti dan berkedudukan pada strata yang rendah pula dari segi ekonominya.

4- Masyarakat Melayu yang masih kental dengan nilai dan budaya feudalnya, orang Melayu sebenarnya terpecah kepada golongan yang konservatif yang bilangannya lebih besar. Satu golongan lagi yang inginkan perubahan tetapi rata-rata berpendidikan Melayu dan Arab dan segolongan kecil yang berpendidikan Inggeris.

5- Cara dan pendekatan antara dua kuasa kolonial, yakni Inggeris dan Belanda, juga berbeza dalam mendekati golongan elit bumiputera. Jika di Malaya pada umumnya elit Melayu yang berpendidikan Inggeris lebih selesa dengan pentadbiran kolonial, dan justeru itu tidak terlalu ghairah menyokong nasionalisme yang bertolak pada asas rumpun bangsa, sejarah dan kebudayaan, seperti Melayu Raya, maka di Indonesia, golongan intelligentsia yang berpendidikan Belanda, yang lebih terdedah kepada sejarah silam tanah air dan memahaminya dengan baik pula, bersama-sama dengan idea politik moden, sering muncul sebagai jurucakap rakyat massa. Bahasa pengucapan dan perhubungan mereka dengan rakyat massa pun adalah bahasa Melayu.

6- Para pemimpin nasionalis di Indonesia ternyata lebih mendekati rakyatnya walaupun berpendidikan Belanda. Ini berlaku justeru usia pergerakan nasionalisme di Indonesia adalah lebih lama atau telah mencapai kematangan, iaiyu tidak kurang daripada tiga puluh tahun. Dari segi kepemimpinan pula, bilangan kaum intelligentsia bumiputera di Indonesia yang di samping memiliki ilmu pengetahuan yang luas atau pendidikan yang tinggi, tetapi juga rapat, cenderung dan sensitive terhadap nasib dan keadaan bangsanya yang terjajah adalah ramai, seperti misalnya Tan Malaka, Sukarno, Hatta, Sjahrir, Ki Bagus Hadikusumo, Kiyai Haji Wahid Hasyim dan Dr. Radjiman Wediodiningrat (sekadar menyebut beberapa nama sahaja); sebaliknya di Malaya, bilangan mereka ini sangatlah kecil, bahkan mungkin pula sukar ditemui. Dalam keadaan yang sedemikian, tentulah sukar untuk mengharapkan gerakan 'anticolonial' yang dimulakan oleh Ibrahim Yaacob itu mudah diterima oleh intelligentsia di Malaya; sementelahnya pula, rakyat Melayu di Malaya kurang matang dari segi pertumbuhan nasionalismenya yang anti-imperalis.

7- Idea Melayu Raya (juga Indonsia Raya), bukan dari Ibrahim Yaacob, tetapi konsep dan gagasan itu datang dari Tan Malaka, justeru itu "Melayu Raya" itu lebih mudah mendapat dukungan yang meyakinkan daripada meeka yang nenek moyangnya berasal dari seberang. Jadi hal ini pun menyebabkan orang Melayu Malaya dari golongan bangsawan yang konservatif tidak mungkin dapat menerimanya. Juga orang yang berperanan menyebarkan konsep ini di Malaysia ialah Sutan Djenain seorang komunis yang merupakan pengikiut dan pengkagum Tan Malaka.

Page 17: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

 JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 4(1), Jun, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 77-96

   

   

93  

Di celah-celah cabaran inilah, Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako muncul dengan penuh integriti dan kejujuran perjuangannya menabur benih-benih jatidiri bangsanya dan dalam rangkanya menempa dan membina citra bangsa dan tanah air yang dicintainya.

Pernyataan konsep idea Melayu Raya sebagai konsep etnik negara Melayu boleh diambil daripada tulisan Ibrahim Yaacob dalam Majlis 1 Disember 1932.

"…sangat jelas orang-orang Melayu di semenanjung belum memahami idea negara dan nasionalisme. Wahai orang Melayu-ku, seluruh semenanjung dan kepulauan Indonesia adalah milik keturunan kita bersama, orang Melayu. Nama seperti Minangkabau, Bugis, Jawa, Brunei, Aceh, Lampung, Palembang, Rawa, Kampar, Kelantan, Perak dan sebagainya bukanlah nama negara tetapi negeri-negeri. Identiti etnik kita yang sebenar ialah 'Melayu". Seluruh Indonesia memiliki budaya yang serupa dengan Melayu di semenanjung. Jadi apa yang menjadikan kita renggang? Ia secara mudahnya kerana takdir persamaan kita di bawah belenggu dua kuasa kolonial, Belanda di kepulauan Indonesia dan Inggeris di semenanjung. Namun ini tidak harus mengubah perpaduan kita, perpaduan yang tidak harus tunduk di bawah tekanan apapun"30.

Pak Sako adalah seorang Nasionalis Melayu Raya31. Pak Sako dengan jujurnya pernah memberitahu Pak Samad Ismail: "Kejawaan saya masih kuat". Saya lebih meminati dan memuja pemimpin-pemimpin seperti Sukarno, Tan Melaka, Sutan Shahrir serta pujangga-pujangga baru Indonesia daripada mendalami syair Siti Zubaidah"32. Karya naratif fiksyen negara hasrat

Walaubagaimanapun idealisme gagasan kuasa politik Melayu Raya ini gagal namun ia tetap terakam terpahat menjadi nawaitu ummah dalam lipatan sejarah ummah di alam nusantara ini.

KESIMPULAN

Ishak haji Muhammad adalah seorang lagenda, ikon dan hero Melayu moden. Peranan dan sumbangannya menjadi agen pencerdas bangsa sejak sebelum Perang dunia Kedua sehinggalah selepas Tanah Melayu merdeka tiada tolok bandingnya. Sepanjang hidupnya beliau menghasilkan karya penulisan di pelbagai genre disamping bekerja sebagai wartawan dan pengarang di medium surat-khabar dan majalah. Keutamaannya dalam hidupnya adalah berkhidmat tulus ikhlas demi survival, kebahagian dan kesejahteraan bangsanya. Perjuangannya ialah membela keadilan dan menegur siapa sahaja, samada bawahan atau atasan.

Satu ungkapan di majlis menghargai jasa Pak Sako pada 5. 10. 1987, barangkali dapat yang menggambarkan budi, jatidiri dan integriti Pak Sako

"…Bahawa Ishak Haji Muhammad, Pak Sako atau Hantu Raya kalau dimahkotakan sebagai raja, baginda akan turun dari takhtanya, kalau menjadi Presiden atau Perdana Menteri beliau akan menghilangkan diri tetapi kalau diberikan type-writer beliau akan menulis sampai mati…33".

                                                                                                                         30  Rustam A. Sani (2011), Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu; Satu Analisis Berkenaan Kesatuan Melayu Muda ('Social Roots Of The Malay Left'). Diterbitkan oleh Strategic Information and Research Development Centre (SIRD). h.65. 31  A. Karim Haji Abdullah (1996), op.cit., h. 27.  32  Ibid., h. 60.  33  A. Karim Haji Abdullah (1988), Pak Sako Bistari: Sempena hari jadi Pak Sako ke 79 pada 24 September 1988. Bina Karya Sdn. Bhd. Petaling Jaya. h. 13.  

Page 18: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO): PENGASAS JATI DIRI DAN INTEGRITI BANGSA

 94  

Akhirnya pengorbanan dan sumbangan Pak Sako diiktiraf oleh masyarakat dan negara. Tidak pernah ada tokoh di Malaysia yang dipuji dan disanjung oleh ramai tokoh kenamaan negara seumpama diberikan kepada Pak Sako. Satu syor boleh dipertimbangkan dan alangkah baik jika Pak Sako; seorang pejuang kemerdekaan, sasterawan, budayawan dan negarawan dipilih, diangkat, dan di'tinta-emas'kan sebagai salah seorang yang tersenarai sebagai "Wira Negara" bagi konteks Malaysia.

Jika di Indonesia, ramai tokoh berjasa besar diprolakmirkan sebagai 'Pahlawan Nasional Indonesia', seperti Pangeran Diponegoro, Tuanku Imam Bonjol, Prof. Buya Hamka, H. Agus Salim, Dr. Cipto Mangunkusumo, Dr. Wahidin Sudiro Husodo, Suryopranoto, Teungku Cik Di Tiro dan ramai lagi. Justeru itu adalah wajar dan mustahak nama Haji Ishak Haji Muhammad diabadikan sebagai "Wira Negara Malaysia" yang berjasa besar membina asas jatidiri dan integriti bangsa di negara ini agar senantiasa dikenang dan diperingati.

Bagi hemat dan harapan penulis, agar kajian ini dapat berlaku adil kepada sang tokoh, bahawa gelaran sasterawan negara pertama harus dipulangkan kepada Pak Sako terlebih dahulu sebelum memperkenalkan nama beliau kepada khalayak sebagai tokoh kewartawanan. Kita patut meletakkan seseorang yang sesuai pada tempatnya yang sesuai. Demikianlah juga kita perlu memberi kridit mengikut standard seseorang tokoh tersebut. Barulah licin dan tiada kerosakan. Baharulah pusaka sepeninggalannya bermakna dan benar-benar memberi manfaatnya kepada kita generasi pewaris. Wallahu aklam.

RUJUKAN

Abdul Latiff Abu Bakar (1977), "Ishak Haji Muhammad; Penulis dan Ahli Politik Sehingga 1948“. Penerbitan Universiti Malaya. A.Karim Haji Abdullah (1988),"Pak Sako Bistari", BinaKarya Sdn. Bhd. _____________________ (1989), "Renungan Pak Sako". Karya Bistari Sdn. Bhd. _________________ (1996), "Pak Sako Dari Sudut Pandangan Pak Samad", Pustaka Budaya Agency. Sdn. Bhd.Petaling Jaya. Adnan Haji Awang (1994), Patriot dan Pendeta Melayu. Yayasan Penataran Ilmu Kuala Lumpur. Ahmat Adam (2013), Melayu, Nasionalisme Radikal Dan Pembinaan Bangsa. Penerbit Universiti Malaya Kuala Lumpur. A. Aziz Deraman (2000), Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Malaysia – Edisi Baharu - Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. A.M. Thani (1990), Integrasi Sosial Dalam Kesusasteraan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur. A. Wahab Ali (2000), Kritikan Estetika Sastera. Dewan Bahasa dan Pustaka. Aripin Said (1995), Kuala Semantan dan Memorial Pak Sako. Dewan Sastera, April 25 – bil. 4. 6 –7. Majalah Malaysiana. Baharuddin Zainal (2004), Mendekati Kesusasteraan. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Drs. Li Siu (1986), Ikhtisar Sejarah Perkembangan dan Kesusasteraan Melayu Moden 1945 – 1965. Penerbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur. Drs. Li Siu (1986), Ikhtisar Sejarah Perkembangan dan Kesusasteraan Melayu Moden 1945 – 1965. Penerbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur. Hj. Ahmad Fauzi Hj. Morad, Ahmad Tarmizi Talib dll. (1997), Tamadun Islam. Penerbit Universiti Putra Malaysia Serdang. Hajah Noresah bt. Baharom (1998), Kamus Dewan Edisi Ketiga. Percetakan Dewan Bahasa dan Pustaka. Hashim Awang (1984), Teman Pelajar Kesusasteraan. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. ____________ (2003), Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden; Esei Kritikan. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Page 19: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

 JOURNAL AL-MUQADDIMAH (E-issn:2289-3954) URL: http://e-journal.um.edu.my/jurnal al-Muqaddimah Volume 4(1), Jun, 2016 Department of Islamic History and Civilization Page: 77-96

   

   

95  

Hashim Ismail (2010), Hermeneutik Reaksi Reformasi Kaum Muda. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Ishak bin Haji Muhammad (1986): "Memoir Pak Sako; Putera Gunung Tahan", Universiti Kebangsaan Malaysia. Ishak Haji Muhammad (1987), Pantun dan Seloka Pak Sako. Binakarya. Joginder Singh Jessy (1971), Tawarikh Tanah Melayu 1400 – 1959. Dewan Bahasa dan Pustaka & Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur. 'Jati Diri Kebangsaan Pak Sako Tiada Kompromi' – Jurnal Pemikir. Januari – Mac 2009. Kamarudin Jaafar (2000), Dr. Burhanuddin Al-Helmy; Pemikiran dan Perjuangan. IKDAS SDN. BHD. Kamarudin Jaafar (2001), Zulkifli Muhammad; Pemikiran Dan Perjuangan. IKDAS SDN. BHD. Md. Sidin Ahmad Ishak (1998), Penerbitan & Percetakan Buku Melayu 1807 – 1960. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Muh. Kasim Wahab et. al. Tim Editor (1997), Membagun Integritas Bangsa; Memasuki Abad Ke 21. Diterbitkan oleh: Pengurus Badan Koordinasi Himpunan Mahasiswa Islam (BADKO HMI) Sulawesi. Jl. Bontoduri No. 20 Ujung Pandang. Muhd. Yusof Ibrahim (2010), Sejarah Intelektual; Konsep dan Skop. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Mohd. Affandi Hassan (2005), Pendidikan Estetika Daripada Pendekatan Tauhid. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd. Koharuddin Mohd. Balwi (2005), Peradaban Melayu. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia Skudai Johor Mohd. Rashid Md. Idris (2011), Nilai Melayu dalam Pantun. Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris Tanjong Malim Perak. Mohamad Mokhtar Hassan (1995), Sejarah Kritikan Puisi Melayu Moden 1949 – 1979. Penerbit Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Mahayudin Haji Yahaya (2001), Islam Di Alam Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Naharuddin Haji Ali Haji (t.t), Pak Sako: Dari Perspektif Sumbangannya Kepada Perjuangan Nasionalisme, Pemikir Budaya, Tokoh Wartawan dan Sasterawan yang mendahului Zamannya. Mokhtar Petah (2010), Wasiat Perjuangan Zulkifli Muhammad. IKDAS SDN. BHD. Mazlan Nordin (2009), Tokoh dan Akhbar Melayu; Penebus Peminggiran Melayu. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Noriah Taslim (2010), Lisan dan Tulisan; Teks dan Budaya. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Prof. Datuk Ismail Hussein (1987), Sastera dan Agama. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur. Profesor Madya Dr. Lim Swee Tin (2009), Pemikiran Kesusasteraan: Wajah dan Wadah Kebudayaan Kebangsaan. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara & Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia. Perkembangan Sastera Kebangsaan (1987); Esei/Kritikan Pemenang Hadiah Sastera 1982 – 1983. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur. Rustam A. Sani – Terjemahan oleh Amin Ahmad – (2011). Asal Usul Sosial Golongan Kiri Melayu; Satu Analisa Berkenaan Kesatuan Melayu Muda. Terbitan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Petaling Jaya Selangor. Roslan Saadon (2009), Gagasan Nasionalisme Melayu Raya; Pertumbuhan dan Perkembangan. Karisma Publications Sdn. Bhd. Shah Alam.

Page 20: HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO) : · PDF file'gergasi sasterawan Melayu', ... Kemudian Ishak menjadi guru bahasa Melayu kepada pegawai-pegawai ... Menghadapi persoalan peralihan

HAJI ISHAK BIN HAJI MUHAMMAD (PAK SAKO): PENGASAS JATI DIRI DAN INTEGRITI BANGSA

 96  

Shahnon Ahmad (1994), Sastera; Pengalaman, ilmu, imaginasi dan kitarannya. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur. S. Jaafar Husin (1995), Nadwah Ketakwaan Melalui Kreativiti; – Nadwah Kesusasteraan Islam - . Dewan Bahasa dan Pustaka – Kementerian Pendidikan Malaysia Kuala Lumpur. S. Othman Kelantan, Abdullah Tahir (2003), Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden; Novel. Dewan Bahasa dan Pustaka. Sahlan Mohd. Saman (1985), Kritikan: Situasi Mutakhir dan Arah Masa Depan. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pelajaran Malaysia Kuala Lumpur. Syed Husin Ali (2008), Orang Melayu: Masalah dan masa depan. Terbitan Buku Harakah, Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Sohaimi Abdul Aziz (2014), Teori dan Kritikan Sastera - Edisi Kedua – Dewan Bahasa dan Pustaka. SIRD (2005), Islam, Melayu, Kominis; Wawancara Dengan: Abdullah C.D, Rasyid Maidin, Abu Samah. Terbitan Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Petaling Jaya Selangor. Ungku Abdul Aziz Ungku Abdul Hamid (2011), Pantun Dan Kebijaksanaan Akal Budi Melayu – Siri Syarahan Raja Ali Haji. Dewan Bahasa dan Pustaka. Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (1973) "Pak Sako; Manusia Rolling Stone". Wan Hamzah Awang; Wahba (1987), “Pak Sako Tokoh Tiga Zaman". Penerbit: Progresive Products Supply. ______________________(1991), "Biografi Pak Sako Hidup Meniti Ranjau“: Dewam Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur. Wignesant (2009), The Forlorn Destiny Of Malay Nationalist Precursor: "Isako-San" Haji Muhammad. Zabidin Haji Ismail (2010), Pemikiran Politik Dalam Novel Ahmad Boestamam. Penerbit Universiti Malaya Kuala Lumpur. Zurinah Hasan (2012), Puisi Melayu Tradisional; Pantun, Syair, Gurindam, Nazam, Seloka. Pekan Ilmu Publications Sdn. Bhd. A. Wahab Ali (14 – 16 Ogos 1995), Kertas Kerja SAKM IV, "Konsep JatiDiri Dalam Karya Awal Ishak Haji Muhammad. Jabatan Persuratan Melayu UKM Bangi Selangor. Hashim Awang (10 – 12 April 1978), Kertas Kerja: "Fiksyen Melayu Di Antara Tahun 1925-1941: Satu Tinjauan Sejarah Sosial Masyarakat Peribumi Sebelum Perang Dunia II. Kongres Sejarah Malaysia; Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi Selangor. S. Othman Kelantan (22 Mac 1997), Kertas Kerja: "Pak Sako: Penulis Agung Satira Melayu“. Wacana Pemikiran Pak Sako. Dewan Persuratan Melayu Pahang & Perpustakaan Negara Malaysia kerjasama Jabatan Pengajian Media Universiti Malaya.