hafazan.docx

36
ADAB HAMLAH QURAN ADAB DENGAN AL-QURAN Seorang Mukmin meyakini bahwa al-Quran adalah kalam (perkataan, ucapan) Allah S.W.T. Huruf dan maknanya bukanlah daripada makhluk. Al- Quran diturunkan oleh Allah melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad saw. Al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Al-Quran merupakan sebaik-baik dan sebenar-benar perkataan, tidak ada perkara dusta padanya, baik pada saat diturunkan mahupun selepas wafatnya Nabi Muhammad saw. Sehubungan itu, setiap muslim dituntut untuk menghormati dan menjaga adab-adab dengan Al-Quran. Penjagaan adab-adab dengan Al-Quran adalah perlu dalam memelihara kesuciannya dan sebagai tanda penghormatan kita terhadap kalamullah ini. Berikut adalah adab-adab terhadap Al-Quran: 1. BERIMAN KEPADA AL-QURAN Ini adalah adab dan kewajipan terbesar. Beriman kepada al-Quran bermaksud meyakini segala isi kandungannya, mentaati segala perintahnya, dan meninggalkan segala larangannya. Allah S.W.T berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-

Upload: abdul-wafi-al-fendangi

Post on 27-Sep-2015

69 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

ADAB HAMLAH QURANADAB DENGAN AL-QURAN

Seorang Mukmin meyakini bahwa al-Quran adalah kalam (perkataan, ucapan) Allah S.W.T. Huruf dan maknanya bukanlah daripada makhluk. Al-Quran diturunkan oleh Allah melalui malaikat Jibril kepada Nabi Muhammad saw. Al-Quran adalah petunjuk bagi orang-orang yang bertakwa dan rahmat bagi orang-orang yang beriman. Al-Quran merupakan sebaik-baik dan sebenar-benar perkataan, tidak ada perkara dusta padanya, baik pada saat diturunkan mahupun selepas wafatnya Nabi Muhammad saw.

Sehubungan itu, setiap muslim dituntut untuk menghormati dan menjaga adab-adab dengan Al-Quran. Penjagaan adab-adab dengan Al-Quran adalah perlu dalam memelihara kesuciannya dan sebagai tanda penghormatan kita terhadap kalamullah ini. Berikut adalah adab-adab terhadap Al-Quran:1. BERIMAN KEPADA AL-QURANIni adalah adab dan kewajipan terbesar. Beriman kepada al-Quran bermaksud meyakini segala isi kandungannya, mentaati segala perintahnya, dan meninggalkan segala larangannya. Allah S.W.T berfirman:Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, Rasul-Rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya. (an-Nisa/4:136)

2. TILAWAH (QIRAATUL QURAN)Sesungguhnya membaca Al-Quran merupakan salah satu bentuk ibadah yang digalakkan. Banyak ayat-ayat dan hadis-hadis sahih yang menunjukkan hal ini. Namun sayang, banyak umat Islam pada zaman ini yang lalai dengan ibadah ini, dek kerana sibuk dengan urusan dunia, kerana lupa, dan sebagainya. Ada sebahagian daripadanya membaca Al-Quran. Namum bacaannya tergesa-gesa, malah mengetepikan hak-hak huruf (makhraj), tajwid yang tidak tepat dan sebagainya. Allah S.W.T telah memerintahkan kita agar membaca Al-Quran secara tartil (perlahan-lahan). Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran: Dan bacalah al-Qur`n itu dengan perlahan-lahan. (al-Muzammil/73:4)

3. MEMPELAJARI DAN TADABBBUR (MEMPERHATIKAN)Sesungguhnya Allah S.W.T telah menurunkan Al-Quran antara lainnya dengan memberi hikmah agar manusia memperhatikan ayat-ayatnya, merungkai ilmu-ilmu di dalamnya, dan merenung pengajaran dari kisah-kisah sebelumnya. Allah S.W.T berfirman: Ini adalah sebuah kitab yang penuh dengan berkah, Kami turunkan kepadamu supaya mereka memperhatikan ayat-ayat-Nya dan supaya mendapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran. (Sod/38:29)

4. BERHUKUM DENGAN AL-QURANSesungguhnya telah menjadi kewajipan kepada pemimpin yang muslim memimpin rakyat dengan hukum Allah S.W.T, iaitu berdasarkan Al-Quran dan Sunnah. Begitu juga dengan rakyatnya yang melafazkan dua kalimah syahadah untuk mengaplikasikan hukum-hukum yang bersumberkan Al-Quran dan Sunnah. Allah S.W.T mencela sekeras-kerasnya orang yang mengaku dirinya Islam tetapi menolak hukum-hukum yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T. Firman Allah S.W.T: Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu? Mereka hendak berhakim kepada thght, padahal mereka telah diperintah mengingkari thght itu, dan setan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya. (an-Nisa/4:60)

ADAB DENGAN MUALLIM

Dalam kita memelihara hafalan kita, kita perlu beradab dengan guru yang mengajar kita. Itu diantara aspek penting dalam memperolehi ilmu. Ilmu yang diperoleh menjadi menjadi berkat disebabkan adab kita dengan guru. Antara adab dengan guru ialah : Belajar dengan guru yang sempurna keahliannya, ternyata keimanannya, diyakini ilmunya dan masyhur penjagaannya.Murid perlu memilih guru yang alim dalam bidangnya. Dalam skop kita sekarang ini ialah bidang al-Quran, oleh kita perlu mencari guru yang mengusai bidang tersebut. Guru yang berpengetahuan luas dalam bidang tersebut dan mempunyai bacaan yang baik. Mungkin guru tersebut meempunyai sanad bacaan al-Quran dari syeikh yang terkenal supaya salasilah bacaan kita samapai kepada Nabi. Pengambilan Ijazah atau sanad dalam bidang ini penting dalam adab kita menuntut ilmu. ()43. dan tidaklah Kami mengutus Rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, Yang Kami wahyukan kepada mereka. oleh itu Bertanyalah kamu (Wahai golongan musyrik) kepada orang-orang Yang berpengetahuan ugama jika kamu tidak mengetahui.(al-Nahl:43)

Menjauhi sifat benci kepada muallimnya.Adab ini perlu kita mengmbil kira demi menjaga keberkatan ilmu tersebut. Sifat negatif yang ada dalam diri membuatkan hafalan mereka tidak kukuh. Kita perlu sentiasa bersangka baik dengan guru kita. Sebaiknya kita perlu berakhlak dengan guru kita. Jika anak murid tahu tentang sesuatu ilmu yang telah diajar oleh guru, jangan berasa megah diri kerana itu merupakan adab menuntut ilmu. Merendah diri kepada gurunya walaupun guru tersebut lebih muda daripadanya.

()12. Wahai orang-orang Yang beriman! jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan Yang dilarang) kerana Sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya Yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya Yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan Yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.(al-Hujurat:12)

Sentiasa mendengar nasihat gurunya dan menerima segala teguran dengan hati yang terbuka.Tugas seorang muallim merupakan tugas daripada kelangsungan tugas para Nabi. Setiap kata-kata yang dilafazkan guru merupakan nasihat yang bermakana kepada muridnya. Segala teguran yang diberikan kepada muridnya merupakan tanda guru syang kepada anak muridnya yang tidak mahu membuat kesilapan. Selain itu, murid perlu menjaga anggota badannyadaripada perkara-perkara yang tidak disukai oleh guru. Pergerakan yang banyak dalam majlis ilmu yang diadakan boleh mengundang ketidakberadaban kepada guru.

Seelok-eloknya murid yang datang kepada muallimnya.Adab ini sangat penting bagi seorang penuntut ilmu. Untuk mencari ilmu, murid perlu dating kepada guru supaya merasakan kita mencari ilmu secara bersungguh-sungguh. Dengan cara itu, guru akan berasa senang hati untuk mengajarnya. Selain itu berlembut dengan orang mengajar amat dituntut dalam menjaga hati guru kita. Semasa majlis ilmu, kita hendaklah memandang guru dengan pandangan yang hormat dan yakin dengan ilmu yang dimiliki oleh guru. Jika kita tidak yakin dengan ilmu yang dipelajari, kita perlu memperbaiki niat dan bersihkan hati kita supaya sifat was-was itu dapat ditangkis.

ADAB DENGAN SAHABAT

Merendahkan suaraDalam kita bersahabat dengan orang yang menuntut ilmu terutama dalam pengahafalan al-Quran, kita perlu merendahkan suara kita apabila sahabat kita sedang menghafaz. Gangguan yang dilakukan terhadap sahabat kita merupakan amalan yang yang perlu dibuang. Sepatutnya kita sama-sama membantu untuk menghafaz al-Quran.

Menghormati sahabat sepertimana menghormati muallimnya.Sahabat merupakan saudara kita yang bersusah senang dengan kita. Oleh rasa hormat menghormati perlu ada kerana sahabat juga kadang kala memberi nasihat kepada kita. Sahabat juga boleh menjadi muallim kita dalam menuntut ilmu. Sabda Rasulullah : Sampaikanlah dariku walau satu ayat.

Menjauhkan perasaan benci-membenci antara sahabat.Dengan adanya perasaan hormat, perasaan benci terhadap sahabat kita dapat dibendung. Jika tidak, syaitan akan mudah menitipkan lagi rasa benci terhadap sesiapa sahaja. syaitan sentiasa menghasut nafsu kita untuk melakukan perkara yang dibenci oleh Allah. ()62. dan janganlah Syaitan menghalang kamu (daripada menurut jalan Yang benar); Sesungguhnya Syaitan itu musuh Yang nyata bagi kamu.(al-Zuhruf:62)

Mendahulukan sahabat yang datang awal untuk menemui gurunya.Sifat ini merupakan sifat yang mulia. Dalam situasi ini, kita dapat melihat secara jelas seseorang yang benar-benar sahabat. Dalam kita menuntutu ilmu kepada guru kita terutama dalam bidang al-Quran, kita memberi laluan sahabat kita yang awal untuk berjumpa dengan guru.

ADAB DENGAN DIRI

Kaum muslimin percaya bahwa kebahagian di dunia dan akhirat bergantung pada perilaku dan adab terhadap diri sendiri dan pada kesucian serta kebersihan jiwa. Begitu juga dengan kesengsaraan disebabkan kerosakan dan kekotoran jiwa hal ini nyata dalam firman Allah : () ()9. Sesungguhnya berjayalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),10. dan Sesungguhnya hampalah orang Yang menjadikan dirinya - Yang sedia bersih - itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).(al-Syams:9-10)

Oleh yang demikian kaum muslim haruslah berusaha menjaga dirinya dengan membersih dan menyucikan jiwanya. Kerana jiwa yang suci dan bersih dapat menjauhkan diri dari melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan boleh merosakkan. Beberapa inisiatif yang perlu diambil untuk menjaga diri, antaranya :-

Sentiasa memohon taubatTaubat yang bermaksud menyucikan diri dari dosa dan maksiat, menyesali segala dosa yang telah dilakukan dan berazam untuk tidak mengulangi. Seperti firman Allah yang bermaksud: ()8. Wahai orang-orang Yang beriman! bertaubatlah kamu kepada Allah Dengan " taubat Nasuha", Mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang Yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba Dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! sempurnakanlah bagi Kami cahaya kami, dan Limpahkanlah keampunan kepada kami; Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".Dan sabda Rasullullah : Wahai manusia, bertaubatlah kepada Allah kerana aku bertaubat setiap hari seratus kali ( riwayat Muslim )

Sentiasa mendekatkan diri kepad Allah Umat Islam sentiasa merasakan setiap perbuatan dan pergerakan diawasi oleh Allah. Sehingga mereka yakin bahawa Allah sentiasa memerhatikan dan megetahui segala yang nyata mahupun tersembunyi.Dengan keyakinan itulah manusia merasakan jiwanya tenang mengingati Allah dan puas mendampingiNYA. Ia di nyatakan dalam firman Allah : ()125. dan tidak ada Yang lebih baik ugamanya daripada orang Yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang ia berusaha mengerjakan kebaikan, dan ia pula mengikut ugama Nabi Ibrahim Yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.(al-Nisa:125)Selain itu, memperbanyakkan bacaan Al-Quran dapat menjaga diri kita selain mengisi waktu lapang. Setiap masa kita perlu isi dengan membaca al-Quran supaya hati kita tidak menjadi kosong. Apabila kita memperbanyakkan, kita dapat menjaga al-Quran daripada terlupa sama ada menjaganya dari dalam solat atau diluar solat.

Menjauhi dari menjadikan Al-Quran sebagai alat untuk mencari sara hidup.Al-quran merupakan panduan kita untuk hidup didunia. Apabila al-quran dijadikan sebagai duit poket, seseorang itu perlu menjauhkannya. Dalam situasi sekarang ada sebahagian guru al-Quran menetapkan harga untuk mengajar al-Quran. Tidak sepatutnya perkara ini berlaku sebagai seorang yang mempelajari al-quran. Walaupun ada khilaf ulama mengenai perkara ini, kita mengambil jalan tengah untuk tidak menetapkan harga. Niat ikhlas yang kita tunjukkan dalam mengajar al-Quran cukup memberi pahala yang cukup besar.

ADAB DENGAN TEMPAT

Disunatkan bacaan di tempat bersih dan terpilih.Membaca Al-Quran disunahkan di tempat yang bersih dan terpilih., sebahagian besar ulama menganjurkan membaca Al-Quran di masjid karana sudah pasti masjid merupakan tempat yang bersih dan mulia. Para sahabat meriwayatkannya dari Abu Hanifah r.a Asy-Syabi berkata : Makruh membaca Al-Quran di tiga tempat: Di tempat mandi, tempat buang air dan tempat penggilingan gandum.

Menghadap kiblatPerkara uatama bagi pembaca Al-Quran di luar sembahyang supaya menghadap kiblat. Dia hendaklah dia duduk dengan khusyuk dan tenang sambil menundukkan kepalanya. Ada juga pandangan yang mengatakan dibolehkan membaca sambil berdiri atau berbaring atau di tempat tidurnya atau dalam keadaan lain. Dia akan mendapat pahala, tetapi nilainya kurang daripada membaca al Quran dengan duduk. Firman Allah : () ()190. Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang Yang berakal;191. (Iaitu) orang-orang Yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini Dengan sia-sia, Maha suci engkau, maka peliharalah Kami dari azab neraka.(al-Imran : 190-191)Terdapat juga sesetengah pendapat mengatakan membaca di tengah jalan (semasa berjalan) adalah harus dan tidak makruh jika tidak leka. Ini menunjukkan membaca al-Quran boleh dibaca dimana-mana sahaja kecuali di tandas kerana ia merupakan tempat tinggal syaitan. 1. TEKNIK-TEKNIK MENGHAFAZ AL-QURANA. Teknik Chunking (potongan-potongan)* Mengelompokan ayat yang panjang dalam beberapa bagian yang memang sesuai mengikuti arahan guru atau ustaz, jika belajar bersama mereka.* Mengelompokan awal surat pada beberapa bagian (2 atau 3 bagian) yang sesuai* Mengelompokan surat dalam beberapa bagian, contohnya mengikut pertukaran cerita.* Mengelompokan juz kepada beberapa bagian mengikut surah, hizib, rubu, dan sebagainya* Mengelompokan kelompok surah, setiap 10 juz dan sebagainya.

B. Teknik Mengulang* Membaca sepotong atau sebagian ayat sekurang-kurangnya lima kali sebelum mulai menghafaznya.* Membaca ayat yang telah dihafal berulang-ulang kali (10 atau lebih) sebelum berpindah ke ayat seterusnya.* Selepas menghafaz setiap setengah halaman, harus diulang beberapa kali sebelum diteruskan bagian yang setengah halaman lagi.* Sebelum menghafaz bagian al-Quran seterusnya, harus diulang bagian yang sebelumnya.

C. Teknik Menghafaz Dengan Teman* Pilih seorang teman yang sama-sama berminat.* Orang pertama membaca dan didengar oleh orang kedua.* Orang kedua membaca dan didengar oleh orang pertama.* Saling menyebut ayat antara satu sama lain.

E. Teknik Mendengar Kaset/CD* Pilih seorang qari yang baik bagi seluruh al-Quran atau beberapa qari bagi surah-surah tertentu.* Sebelum mulai menghafaz, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafaz beberapa kali.* Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari tersebut sehingga terpahat di fikiran.* Mulai menghafaz ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari tersebut.* Sentiasa mendengar kaset/CD bacaan al-Quran dan kurangkan atau tinggalkan mendengarkan lagu-lagu yang melalaikan kerana akan mengganggu hafazan.

F. Teknik Merakam* Rakam bacaan kita di dalam kaset dan dengarkan lagi untuk memastikan bacaan dan hafazan yang betul.* Bagi kanak-kanak, rakam bacaan ibu-bapa atau guru kemudian diikuti oleh bacaan kanak-kanak tersebut.* Minta kanak-kanak tersebut mendengar kembali rakaman tersebut beberapa kali hingga menghafalznya.

G. Teknik Menulis* Tulis kembali surat yang telah dihafaz. Kemudian semak lagi dengan mushaf.* Menulis setiap ayat pertama awal surat, atau setiap rubu, atau setiap juzuk, atau setiap surah dalam sehelai kertas.

FAKTOR MEMUDAH DAN MENGEKALKAN HAFAZANAl-Quran ialah kalamullah SWT yang melemahkan (mukjizat) diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW secara mutawatir melalui perantaraan malaikat Jibril a.s yang tertulis di dalam mashaf dalam bahasa Arab yang merupakan suatu ibadat bagi orang yang membacanya. Al-Quran merupakan wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk disampaikan kepada seluruh umat dan merupakan pelengkap kepada syariat, ajaran dan wahyu yang diturunkan bermula dari zaman Nabi Adam a.s lagi.

Nabi Muhammad SAW merupakan seorang nabi dan rasul yang ummiy iaitu tidak tahu membaca dan menulis. Namun Baginda merupakan seorang yang kuat ingatan dan dapat menghafaz seluruh wahyu Allah SWT yang turun kepadanya. Begitu juga dengan para sahabat seperti Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khattab, Uthman bin Affan dan ramai lagi yang mempunyai kebolehan menghafaz dengan cepat dan baik. Begitu juga dengan para alim ulama zaman dahulu dan sekarang yang boleh menghafaz al-Quran walaupun pada umur yang masih muda seperti imam-imam empat Mazhab, imam-imam hadis dan sebagainya.

Dalam proses untuk menghafaz al-Quran, kita bukan sahaja perlu mengetahui tentang cara-cara menghafal malah kita juga perlu mengetahui tentang faktor yang memudah dan mengekalkan hafazan al-Quran yang dilakukan. Sesungguhnya perkara pokok yang perlu ada dalam setiap penghafaz al-Quran adalah kesucian dan penyerahan hati kepada Allah SWT dalam setiap amalan dan perlakuan yang dilakukan. Ini kerana al-Quran merupakan kalam mukjizat yang tidak boleh dipermainkan. Inilah bukti kemukjizatan al-Quran.

Pada bahagian ini, kita akan mengupas kepada dua buah tajuk iaitu faktor memudahkan hafazan al-Quran dan faktor mengekalkan hafazan al-Quran. Semoga perkongsian yang serba kekurangan ini dapat memberikan manfaat kepada para penghafaz al-Quran sedia ada dan kepada sesiapa yang baru memulakan proses menghafaz al-Quran.

FAKTOR MEMUDAHKAN HAFAZAN AL-QURAN Dalam tajuk ini kita akan membahagikan kepada beberapa skop iaitu :-1. Mempelbagaikan kaedah2. Akhlak peribadi3. Pemakanan4. Guru5. Sistem sokongan pendidikan6. Ibu bapa

1. Mempelbagaikan kaedah.Dalam proses menghafaz kita boleh mempelbagaikan kaedah yang diperuntukkan untuk menghafaz al-Quran. Kepelbagaian kaedah tidak akan membuat para penghafaz tertumpu kepada satu kaedah sahaja sebagai contoh ambil al-Quran, baca dan hafaz. Pelbagai kaedah yang boleh diamalkan oleh para penghafaz terutama kepada sesiapa yang begitu komited dalam menghafaz iaitu :- Latih tubi menghafaz kaedah biasa untuk menghafal ayat al-Quran Memperdengarkan bacaan (tasmik) kaedah ini dapat menilai sejauh mana kekuatan dan keelokkan hafalan. Talaqqi dan Musyafahah kaedah yang begitu berkesan dan digunakan sejak zaman berzaman iaitu melalui perantaraan guru dan murid. Menghafaz secara individu kaedah menghafaz secara sendiri iaitu tanpa bantuan sesiapa. Menghafaz secara berpasangan kaedah yang mengaplikasikan kaedah tasmik. Menghafaz secara berkumpulan kaedah yang selalu digunakan oleh para pelajar maahad tahfiz bagi memudahkan guru menilai hafazan mereka. Menghafaz beramai-ramai kaedah yang juga selalu digunakan oleh pelajar maahad tahfiz dan pelajar pondok dalam menghafaz kitab-kitab agama.

2. Akhlak peribadiSebagai seorang penghafaz al-Quran, kita seharusnya malah sewajibnya mempunyai akhlak peribadi yang baik dan mulia. Ini kerana kita sedang dalam usaha untuk mendalami mukjizat Allah SWT. Ia juga merupakan proses dalam pemeliharaan hafazan al-Quran yang terbuku dalam hati dan fikiran kita. Seharusnya kita perlu mendalami sifat-sifat akhlak mahmudah yang disebut oleh para ulama tasawuf seperti Imam al-Ghazali iaitu :- Taubat Khauf (Takut) Zuhud Sabar Syukur Ikhlas Tawakkal Mahabbah (Kasih Sayang) Redha Zikrul Maut (Mengingati Mati)

Selain itu, kita juga perlu memelihara diri kita daripada melakukan perkara maksiat sama ada melalui maksiat mulut, hati dan anggota. Jauhi perkara yang membawa kepada maksiat seperti melihat aurat, menderhaka kepada ibu bapa dan sebagainya. Sebagaimana kita dituntut untuk mengamalkan sifat mahmudah, kita juga perlu menghindari sifat mazmumah iaitu :-1) Banyak Makan2) Banyak Bercakap3) Marah4) Hasad5) Bakhil6) Cintakan Kemegahan7) Cintakan Dunia8) Bangga Diri9) Ujub (Hairan Diri).10) Riya' (Menunjuk-nunjuk).

3. PemakananDalam proses menghafaz al-Quran, perkara lain yang perlu diutamakan adalah berkaitan permakanan kerana melalui makanan akan terbentuknya kesan-kesan kepada hati dan anggota badan kita. Para huffaz zaman dahulu begitu menjaga permakanan mereka, bukan sahaja mengawal dari segi halal atau haram makanan tersebut, malah berkaitan jenis-jenis makanan yang diambil. Sehingga makanan yang dianggap syubhah sekalipun pasti tidak akan diambil oleh mereka.

Seorang penghafaz al-Quran perlu mempunyai diet dan permakanan yang seimbang dan berkhasiat. Seeloknya boleh mengikut piramid makanan yang dianjurkan. Selain itu, banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Buah-buahan seperti buah epal, buah pisang dan sebagainya sangat digalakkan untuk diambil kerana kandungan nutrien yang menggalakan pertumbuhan IQ dalam otak. Sayur-sayuran juga perlu diambil dalam kuantiti yang lebih kerana kandungan vitamin C dalam sayur dapat mencegah badan daripada pelbagai penyakit yang secara umumnya akan mengganggu proses penghafalan.

Selain itu, para penghafaz al-Quran perlu mengamalkan permakanan berunsurkan kismis, kurma dan madu. Makanan seperti ini merupakan antara makanan yang terbaik di atas dunia ini. Selain itu, ia juga merupakan makanan sunnah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat serta para ulama. Seorang penghafaz al-Quran perlu mengelak daripada memakan makanan yang diperap, dijeruk dan makanan yang masam seperti buah-buahan masam, jeruk buah dan sebagainya. Kurangkan memakan makanan segera seperti mee segera, keropok, air tin dan lain-lain lagi.

4. GuruDalam apa jua bidang ilmu termasuk bidang hafazan al-Quran ini, kita perlulah mempunyai guru dalam menentukan hala tuju kita melalui proses pembelajaran. Tanpa guru, ilmu yang didapati tidak bermakna kerana proses menuntut ilmu secara fitrah mempunyai guru dan murid.

Dalam proses hafazan al-Quran ini, seseorang guru tersebut dapat mempertingkatkan kaedah pengajaran, motivasi dan bahan yang digunakan dalam pengajaran. Seorang guru yang komited akan membawa anak didiknya ke suatu limpahan ilmu yang begitu luas melalui perkara tersebut. Sebagai contoh dalam proses hafazan al-Quran ini, guru yang bertindak sebagai tenaga pengajar kepada muridnya akan mengendalikan sebuah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan tahap dan aras pemikiran murid-muridnya tersebut. Dengan penggunaan teknologi maklumat pasti dapat memudahkan proses pengajaran tersebut. Namun dalam bidang pengajian al-Quran serta bidang-bidang lain yang berkaitan agama, pasti tidak dapat menandingi kaedah talaqqi dan musyafahah di mana kaedah ini lebih menjurus hati ke hati kerana ia merupakan kaedah yang diamalkan oleh Rasulullah SAW, para Sahabat, dan alim ulama. Kaedah ini telah membuktikan ianya berjaya dalam menyampaikan sebarang ilmu terutama ilmu berkaitan al-Quran.

5. Sistem sokongan pendidikanKita telah mengetahui bahawa kaedah talaqqi dan musyafahah merupakan kaedah terbaik dalam penyampaian ilmu terutama berkaitan agama. Namun kita perlu sedar kadangkala kaedah ini perlu diselarikan dengan perkembangan teknologi maklumat yang semakin mengejar kita. Pada zaman sekarang, sistem pendidikan telah beralih kepada berformal dan meninggalkan kaedah tidak formal. Kita dapat melihat walaupun ianya adalah pondok pengajian atau maahad tahfiz sekalipun, pasti unsur-unsur formal diserap dalam institusi berkenaan. Contohnya melalui pembinaan kelas, kemudahan infrastruktur bangunan, lokasi dan bahan bantu mengajar yang digunakan terutama menjuruskan kepada penggunaan ICT.

Dalam proses hafazan al-Quran ini, penggunaan komputer boleh diaplikasikan kepada para penghafaz selain menggunakan kaedah manual. Banyak perisian berkaitan al-Quran merangkumi bidang taranum, hafazan, tajwid, qiraat dan sebagainya boleh didapati dengan satu perisian sahaja. Penggunaan komputer dan ICT secara efektif dapat melakukan proses latih tubi dan pengulangan. Selain komputer, penggunaan gajet bersifat mini seperti telefon bimbit, pemain MP3, MP4 juga dapat membantu dalam kelangsungan proses menghafaz al-Quran. Peralatan atau gajet sebegini mudah untuk dibawa kemana-mana dengan memudahkan kita untuk membelek al-Quran digital, mendengar bacaan al-Quran dan sebagainya.

6. Ibu bapaSelain daripada faktor yang disebut terdahulu, perkara paling utama dalam proses penggalakkan dan menghafaz al-Quran ini adalah peranan ibu bapa. Ibu bapa yang baik akan membentuk anak-anak mereka menjadi insan yang baik. Salah satu caranya adalah mendidik anak-anak mereka tentang ilmu al-Quran terutama sejak kecil lagi. Sebagai ibu bapa Muslim, adalah diwajibkan kepada mereka untuk meletakkan asas pada peringkat pertama dalam pendidikan anak-anak ketika dalam usia tamyiz iaitu usia sebelum baligh dengan mengajar al-Quran. Pendidikan yang terbaik adalah bermula daripada pendidikan di dalam rumah di mana ibu bapa yang menjagi guru utama selain guru anak-anak mereka di sekolah, tempat mengaji dan sebagainya.

Setelah kuatnya asas anak-anak dalam al-Quran iaitu boleh mengenal, membaca dan menulis perkara berkaitan al-Quran, maka bolehlah secara beransur-ansur menggalakkan mereka untuk menghafaz al-Quran. Ada sesetengah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke maahad tahfiz dan sekolah pondok bagi mendalami hafazan al-Quran. Hasilnya akan melahirkan anak-anak yang hafaz al-Quran dan mereka boleh memberikan perlindungan kepada ahli keluarganya semasa menghadapi hari penghitungan kelak. Ibu bapa yang mengerti akan menyedari tentang hal tersebut.

FAKTOR MENGEKALKAN HAFAZAN AL-QURANDalam tajuk ini kita akan mengetahui beberapa faktor dan cara yang dapat mengekalkan ingatan dan hafazan terhadap al-Quran. Setiap ayat al-Quran yang dihafaz perlu dikekalkan hafalannya kerana ia akan membawa kepada dosa sekiranya kita lupa dan lalai dalam mengekalkan hafazan yang telah dilakukan. Antara faktor yang dapat mengekalkan hafazan al-Quran adalah :-1) Mendirikan solat sunat Taqwiyatul Hifzi;2) Membaca ayat yang telah dihafaz di dalam solat, sama ada solat fardhu atau solat sunat;3) Sentiasa mengulangi ayat-ayat atau surah yang telah dihafaz secara bersendirian atau berteman sekurang-kurangnya dua jam setiap hari 4) Menggunakan mashaf yang sama daripada mula menghafaz sehinggalah khatam hafazan 30 juz.5) Gunakan Al-Quran yang halamannya dimulai dengan awal ayat dan diakhiri dengan ayat yang tidak bersambung dengan ayat di halaman berikutnya. Mashaf ini dikenali dengan Mashaf Bahriyyah (mashaf yang terdapat pada masa kini).6) Memberi penumpuan terhadap ayat-ayat yang serupa atau hampir sama dari segi lafaz dan uslubnya (mutasyabihat lafziah);7) Membiasakan diri dengan menulis ayat-ayat Al-Quran dan disemak oleh guru.8) Pilih sehari bagi mengulang ayat-ayat yang dilafaz dalam minggu tersebut dan sehari dalam sebulan bagi mengulang ayat-ayat yang dihafaz bagi bulan tersebut; dan 9) Dapat mengkhatamkan hafazan Al-Quran sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Selain itu, kita dapat memperincikan lagi bagaimana caranya untuk kita mengekalkan hafazan al-Quran dalam ingatan. Antara caranya adalah :-1) Satu hari hafaz 5 hingga 10 ayat. Cuba dengan yang sedikit dahulu atau terus konsisten pun tidak mengapa iaitu paling biasa sebanyak 5 ayat.2) Maka 90 hari atau 3 bulan kemudiannya akan berhasil hampir 5 juz daripada Al Quran. Apa-apa hal sekalipun, usaha dengan 5 ayat itu perlu dimulakan sejurus selepas proses menghafaz dijalankan. Bimbang jika bilangan ayat terlalu banyak dihafaz akan memberatkan otak untuk aktiviti bagi tujuan penyimpanan maklumat lain.

Selain itu, berkenaan dengan masa untuk menghafaz al-Quran perlu diberi perhatian kepada para penghafaz al-Quran. Antara cadangan masa yang dianjurkan adalah :-1) Sebelum masuknya waktu Subuh. Antara waktu yang paling baik dan menenangkan iaitu antara pukul 5.00 pagi hingga 5.30 pagi. 2) Pagi, iaitu selepas solat Subuh antara pukul 6.00 pagi hingga 6.30 pagi. Sangat sesuai sebelum kita ke tempat kerja atau belajar.3) Tengahari, iaitu selesai solat Zohor atau sebelumnya jika sedang menunggu waktu antara pukul 12.30 tengahari hingga 1.30 petang (bergantung pada perubahan).4) Petang, iaitu selesai solat Asar antara pukul 5.00 petang hingga 5.30 petang. Waktu ini di mana kita baru pulang ke rumah dan sebelum pergi beriadah. 5) Malam, iaitu selesai solat Maghrib antara pukul 7.45 malam hingga 8.15 malam. Waktu antara Maghrib dan Isyak merupakan waktu terbaik untuk beribadah dan ia digelar waktu para Awwabin.6) Sebelum tidur iaitu antara 12.00 tengah malam hingga 12.30 pagi (mengikut waktu mula tidur).

Setelah kita mengetahui tentang perkara-perkara yang dapat membantu kita mengekalkan hafazan al-Quran secara aplikasi dan masa, kita juga boleh melihat antara perkara lain yang dapat mengekalkan hafazan al-Quran dalam ingatan iaitu :-1) Mempunyai sifat ikhlas dalam setiap perlakuan terutama untuk menghafaz al-Quran. Firman Allah SWT dalam surah az-Zumar ayat 3 :- Maksudnya: Ingatlah! (hak Yang wajib dipersembahkan) kepada Allah ialah Segala Ibadat dan bawaan Yang suci bersih (dari Segala rupa syirik). 2) Mengosongkan hati dengan melupakan hal-hal yang lagha dan menyibukkan seperti hal dunia dan sebagainya.3) Mengucapkan istighfar terutama jika melakukan dosa tanpa disedari. Berkata Ibnu Taimiyah :-Setiap kali aku merasa kesusahan dalam menyelesaikan masalah, aku istighfar kurang lebih 1000 kali sehingga Allah memberikan jalan keluar untukku.4) Apabila sudah menghafaz al-Quran, perlulah melazimi diri dengan mengulang beberapa kali hafazan tersebut. Al-Quran tidak boleh bertahan kecuali dalam hati-hati orang yang selalu hidup bersamanya. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :-Sering-seringlah bergaul dengan al-Quran kerana demi Allah yang aku dalam kekuasaanNya, sesungguhnya al-Quran lebih cepat lepas daripada unta dari tali pengikatnya.5) Memilih waktu yang tepat untuk menghafal. Seeloknya waktu yang lapang dan tidak sibuk.6) Menggunakan al-quran yang sama (tidak berganti-ganti). Ini bertujuan supaya fokus ingatan dapat diselarikan dengan mengetahui jenis al-Quran yang dipakai dan ayat-ayat yang terdapat di dalamnya.7) Memperdengarkan ayat melalui kaset, mp3 dan sebagainya (daripada suara qari yang bagus). Selain itu kita dapat mengikut gaya bacaan melalui kaset atau audio tersebut.8) Mengenal pasti makna ayat yang dihafal. Apabila sudah diketahui makna ayat tersebut lebih memudahkan untuk para menghafaz mencari ayat untuk dibaca.9) Membacanya dalam solat. Petik pada mana-mana bahagian surah yang dihafaz. 10) Murajaah (mengulanginya bersama teman dan guru). Menggunakan kaedah tasmik, talaqqi dan musyafahah.

KAJIAN PERKEMBANGAN PROGRAM HAFAZAN DI SEKOLAHAlhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat dan izinnya persiapan menyiapkan kerja kursus ini berjalan lancar dan teratur. Kami bertiga telah menjalankan kajian di Sekolah Kebangsaan Sungai Seluang, Lunas. Kami telah menggunakan dua kaedah dalam mengenal pasti dan mendapat maklumat berkaitan dengan kajian tentang program hafazan di sekolah berkenaan. Kaedah yang kami gunakan ialah kaedah pemerhatian dan temu-bual. Melalui pemerhatian yang dibuat terhadap kelas yang diajar oleh guru agama dan guru j-Qaf. Hampir seminggu sekali kami memasuki kelas hafazan mengkaji bagaimana guru menggunakan teknik untuk memudahkan pelajar untuk menghafal ayat-ayat al-Quran yang baru dan juga bagaimana mereka membuat penilaian untuk menilai dan mengenal pasti kekurangan dan kelemahan murid untuk diperbaiki. Melalui temu-bual pula kami menemubual guru-guru agama, guru j-Qaf dan juga pentadbiran untuk mengetahui program-program yang melibatkan hafazan secara berkala atau tidak. Berdasarkan kajian, apa yang kami dapati sekolah ini mengikut serratus-peratus sukatan yang diberikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia di mana pengajaran al-Quran terbahagi kepada tiga iaitu ayat kefahaman, ayat hafazan dan juga ayat tilawah. Kemudian terpulang mengikut sekolah untuk membahagikan masa tersebut sama ada jadual waktu anjal yakni tiga waktu dalam satu masa atau jadual satu waktu satu hari. Sekolah ini menjalankan hafazan pada satu waktu hanya satu masa. Terdapat agak ramai guru j-Qaf di sekolah berkenaan dan menjadikan pemantauan serta penilaian terhadap pelajar lebih berfokus dan menjimatkan masa. Demikian untuk aktiviti yang berkala. Berkaitan dengan program hafazan yang lebih besar juga banyak juga di sekolah ini. Antaranya, setiap minggu satu ayat al-Quran yang akan diberikan oleh penolong kanan HEM untuk semua pelajar menghafaz. Kemudian akan ditasmik oleh guru guru agama dan guru j-Qaf. Tambahan lagi pertandingan hafazan yang diadakan satu semester dua kali yang juga melibatkan penyertaan kesemua pelajar. Program hafazan di sekolah ini boleh dikatakan biasa-biasa sahaja dan tidak banyak beza daripada sekolah yang lain. Cuma apa yang menarik perhatian kami ialah kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru-guru pendidikan Islam dan juga guru j-Qaf dalam pengajaran mereka. Pertamanya, kaedah memahami ayat-ayat yang akan dihafaz. Kaedah ini sesuai bagi mereka yang memahami bahasa Arab dengan baik, kerana ayat-ayat yang hendak dihafaz perlu difahami terlebih dahulu bagi memudahkan seseorang hafiz mengingati ayat yang ingin dihafaz dengan lebih pantas. Memahami ayat al-Quran dengan melihat terjemahan daripada tafsir al-Quran. Setelah memahami kandungan ayat, bacaan perlu dilakukan berulang kali sehingga dapat mengingatinya. Alhamdulillah pelajar dapat mengikuti kaedah ini agak terbukti keberkesanannya. Dalam masa yang sama mereka juga dapat meningkatkan kualiti serta kemahiran Bahasa arab mereka.Antara kaedah yang digunakan lagi ialah kaedah Minda Fotografi (Tumpu Dan Ingat) Menumpukan penglihatan kepada ayat, muka surat dan tulisannya serta gambarkannya ke dalam ingatan. Gambaran tersebut mestilah benar-benar mantap dan mampu menulis ayat tanpa perlu melihat kepada mashaf. Sekiranya gambaran masih kabur, tumpukan kembali penglihatan kepada ayat sehinggalah kepala ayat di awal dan di akhir mukasurat dan huruf-hurufnya dapat dilihat dalam minda seolah-olah mashaf terbentang di hadapan. Para pelajar sangat tertarik dengan kaedah ini dan sangat memberikan respon yang positif. Sememangnya kaedah ini adalah yang paling berkesan dan menyeronokkan. Kemudian, mengulang-Ulang bacaan sebelum menghafaz. Sebelum menghafaz ayat-ayat tertentu, penghafaz perlu membuat bacaan ayat-ayat yang hendak dihafaz secara berulang-ulang sekurang-kurangnya sepuluh kali atau lebih mengikut kemampuan. Setiap ayat yang telah dihafaz, penghafaz perlu mengulang beberapa kali sebelum menghafaz ayat baru, kaedah ini praktikal kepada mereka yang mempunyai ingatan yang lemah. Kaedah ini agak membosankan pelajar dan memerlukan pemantauan yang berdisipilin tinggi oleh guru untuk memastikan pelajar melibatkan diri dalam pembelajaran. Seterusnya ialah kaedah mendengar kaset. Memilih kaset bacaan qari-qari yang baik bacaannya dan diakui kesahihannya, kemudian mendengar bacaan ayat yang ingin dihafaz. Selepas mendengar dengan teliti, penghafaz boleh memulakan hafazan. Guru di sini memilih bacaan yang juga daripada qari kanak-kanak yang terkenal untuk menarik lagi minat mereka. Kaedah merakam suara. Rakamkan bacaan ayat yang telah dihafaz ke dalam kaset. Dengarkan kembali bagi memastikan hafazan betul dan tepat. Melalui kaedah ini guru menyuruh setiap pelajar membeli kaset kosong untuk dirakamkan sendiri suara mereka untuk mereka memperdengarkan semula bacaan dan suara mereka. Selain itu, kaedah menghafaz berpasangan. Pilih seorang rakan yang sama-sama menghafaz al-Quran. Saling memperdengarkan dan menyemak bacaan yang telah dihafaz serta membetulkan jika terdapat kesalahanKaedah menulis sebelum dan selepas menghafaz. Ulama terdahulu sering menggunakan kaedah ini, iaitu menulis dahulu ayat yang ingin dihafaz. Selepas menulis ayat, mula menghafaz ayat yang telah ditulis, kemudiannya menulis kembali ayat yang telah dihafaz. Setiap ayat yang ditulis selepas menghafaz perlu disemak dengan mashaf bagi memastikan ketepatan ayat yang dihafaz. Kaedah ini juga membosankan murid tetapi keberkesanannya memang sangat menakjubkan. Kaedah yang berikutnya ialah kaedah menghafaz sebelum tidur membaca atau menghafaz ayat sebelum tidur. Semasa melelapkan mata, dengarkan bacaan ayat yang dihafaz melalui kaset dan bayangkan kedudukan ayat di dalam minda. Kemudian pelajar akan di tasmik oleh guru pada hari berikutnya. Seterusnya, kaedah Mindmaping. Bentukkan peta minda bagi setiap pembahagian ayat yang ingin dihafaz serta tetapkan masa yang diperuntukkan kepada sesuatu pembahagian. Menghafaz mengikut cabang-cabang pembahagian ayat dan masa yang terdapat pada peta minda. Kaedah ini sangat memberikan kesan yang cepat dan amat berkesan bagi pelajar. Kaedah terakhir ialah kaedah gundalan. Ayat pertama dibaca sebanyak 40 kali atau mengikut kemampuan. Seterusnya membaca ayat kedua sebanyak ayat yang pertama. Kemudian gundalkan ayat pertama dan kedua sebanyak 10 kali. Selepas menggundal ayat pertama dan kedua, baca ayat ketiga sebanyak ayat pertama dan kedua kemudian gundalkan ayat pertama hingga ketiga dan demikianlah yang seterusnya. Kaedah ini mengambil masa yang terlalu lama dan agak memakan masa.Kesimpulannya, berdasarkan kajian yang kami peroleh melalui pemerhatian dan temubual ini ialah kami dapati program hafazan yang dilaksanakan di sekolah ini sama sahaja dengan sekolah yang kami berpraktikum sebelum ini. Tidak kiralah sama ada program berkala ataupun program yang besar ianya lebih kurang sahaja. Cumanya yang pelbagai ialah kaedah kreativiti dan teknik guru tersebut serta aktiviti penilaian dan pemantauan yang berbeza. Aspek inilah yang memainkan peranan yang penting bagi memastikan pelajar sentiasa mengikuti pengajaran serta tidak cicir daripada apa yang sepatutnya yang mereka perolehi.

PENUTUP

Pada hari ini, kita sebagai umat Islam amat digalakkan untuk menghafaz al-Quran selain membacanya. Menghafaz al-Quran mempunyai begitu banyak kelebihan terutama dalam usaha menyampaikan ilmu. Selain itu, menghafaz al-Quran juga merupakan kunci pembuka bagi menguasai ilmu-ilmu yang lain seperti ilmu Hadis, ilmu Fiqh, dan sebagainya malah ia juga turut membawa tempias kepada penguasaan ilmu-ilmu dunia dan fardu Kifayah. Perkara ini dapat dibuktikan melalui pengetahuan kita tentang para ulama yang alim dalam bidang-bidang tertentu seperti melalui ilmu hadis iaitu Imam al-Bukhari, Imam Muslim malah para alim dalam bidang-bidang dunia seperti sains, matematik dan sebagainya seperti Ibnu Sina, al-Khawarizmi dan lain-lain di mana mereka semua asalnya adalah penghafaz al-Quran.

Oleh itu, marilah kita bersama-sama menanamkan tekad di hati untuk menghafaz al-Quran kerana ia banyak membawa manfaaat kepada umat Islam itu sendiri. Tidak rugi sekiranya kita mendalami hafazan al-Quran kerana ia merupakan amalan Rasulullah SAW, para Sahabat dan para alim ulama terdahulu. Menghafaz al-Quran mempunyai kekuatan tersendiri selain ia dapat menajamkan fikiran kita untuk memikirkan tentang perkara-perkara lain.

RUJUKAN

Buku Al-Ghazali. (1996). Ihya Ulumuddin. Mansurah: Maktabatul Iman.Al-Quran al-Karim. (n.d.).Shamad, A. (2008). Hidayatus Salikin. Johor: Perniagaan Jahabersa.Ali, R. (1997). Pengantar Ulum al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd.Ehsan, A. H. (2004). Ulum al-Quran. Kuala Lumpur: Pustaka Haji Abdul Hamid.Ismail Kamus, M. A. (2009). Indahnya Hidup Bersyariat. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn. Bhd.

Laman Webal-Atsari, U. A. (2012, October 13). Adab Terhadap Al-Qur'an. Retrieved from almanhaj.or.id: http://almanhaj.or.id/content/3401/slash/0/adab-terhadap-al-quran/Imran. (2010, April 18). KAEDAH ASAS MENGHAFAZ AL-QURAN (SIRI 1). Retrieved from Imran Shamsir: http://www.imranshamsir.com/al-quran/kaedah-asas-menghafaz-al-quran-siri-1/adam. (2013). Adab di Tempat Ibadah. Retrieved Julai 27, 2013, from Bimbingan: http://www.bimbingan.org/adab-di-tempat-ibadah.htmadmin. (2012, November 3). Adab Membaca al-Quran. Retrieved Julai 24, 2013, from Mata' Salman: http://matasalman.com/adab-membaca-al-quran/Mohamad, H. (2010, November 22). Ilham Baru Datang. Retrieved September 24, 2013, from tip 3:cara menghafaz dan mengekalkan hafalan: http://halimatonmohamad.wordpress.com/2010/11/22/tip-3cara-menghafaz-dan-mengekalkan-hafalan/Sayyidah, I. (2009, December 10). Cahaya Kesaksian. Retrieved September 25, 2013, from Bila al-Quran di hati : 2: http://imansayyidah.blogspot.com/2009/12/bila-al-quran-di-hati-2.htmltigosotigo. (2009, December 17). Pemuda Ahli Sunnah. Retrieved September 25, 2013, from AL-GHAZALI: 10 SIFAT MAHMUDAH & 10 SIFAT MAZMUMAH: http://tigosotigo.blogspot.com/2009/12/al-ghazali-10-sifat-mahmudah-10-sifat.html