hadiana

5
Ainon Mohd & Abdullah Hassan 163 1. Berfikir Dalam Bilik Darjah uku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan budak bodoh , budak lembam dan yang seumpamanya. Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya membesar sebagai taukeh , tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir. Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid, memberi ganjaran, guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor, toleransi pada ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal. Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik tersebut sewaktu mengajar. 2. Mengurus Disiplin Pelajar Abdullah Sani Yahaya MS 224 Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang. Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita. Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu, kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar, cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku

Upload: chen-vui

Post on 23-Jan-2016

226 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: HADIANA

Ainon Mohd & Abdullah Hassan 163

1. Berfikir Dalam Bilik Darjah

uku ini merupakan hasil penyelidikan, ujian dan pengalaman pengarang sewaktu mengajar kanak-kanak

berfikir. Isunya ialah pelajar sering dikatakan “budak bodoh’, “budak lembam” dan yang seumpamanya.

Dapatan pengarang, terdapat pelajar yang dianggap kurang cerdik sewaktu dibangku sekolah akhirnya

membesar sebagai “taukeh”, tuan punya syarikat ataupun majikan kepada pelajar yang pintar sewaktu

dibangku sekolah. Pengarang juga menjustifikasikan kepintaran itu kepada kepintaran belajar dan

kepintaran berfikir. Ramai individu yang berjaya pada hari ini merupakan individu yang mahir berfikir.

       Pengarang juga mencadangkan cara-cara mengajar kemahiran berfikir dalam bilik darjah seperti

menghidupkan suasana kelas, mengaplikasi pemikiran konvergen dan divergen, memuji murid, memberi

ganjaran,  guru menjadi pembimbing, mendorong kreativiti, jangan menjadi diktaktor,  toleransi pada

ambiguiti, berpersonaliti menarik, mempelbagai rangsangan dan mempelbagai teknik menyoal.

     Pengarang juga turut memperkenalkan teknik mengajar kemahiran berfikir menggunakan kaedah

infusi iaitu kaedah yang dianjurkan oleh pihak kementerian. Setiap teknik-teknik yang dianjurkan

disertakan contoh-contohnya sekali supaya para guru dapat memahami dan menggunakan teknik

tersebut sewaktu mengajar.

2. Mengurus Disiplin Pelajar

Abdullah Sani Yahaya MS 224

Buku ini membincangkan tentang disiplin pelajar dan panduan untuk menanganinya. Kandungannya

merujuk Laporan Kabinet 1979 apabila sebahagian besar syor itu, banyak tertumpu kepada persoalan

disiplin pelajar. Selain itu, masalah disiplin dalam kalangan pelajar tidak akan berhenti dan selesai begitu

sahaja, tetapi berkehendakkan kepada usaha berterusan bagi menjamin keutuhan individu remaja yang

kental dan memacu negara ini ke era yang lebih gemilang.

     Disiplin bukan suatu sekatan, tetapi satu cara teratur dalam melaksanakan satu warisan budaya

bangsa yang dapat dilanjutkan dengan pembaikan di sana sini. Apa yang membimbangkan ialah

pengaruh mendatang yang tidak berjaya dijaring dan dijala oleh generasi muda hari ini.Gejala ini dikhutiri

akan memberikan kesempatan kepada orang luar untuk menguasai minda anak watan kita.

   Buku ini menjelaskan tentang disiplin pelajar, pelbagai masalah disiplin, mengenal sahsiah individu,

kesan-kesan sahsiah pelajar yang tidak formal, kepentingan interaksi pelajar, pelbagai salah laku pelajar,

cara pembangunan generasi mendatang, disiplin dalam bilik darjah, sekolah kondusif, hubungan antara

disiplin dengan sosio emosi, tingkah laku Devian, peranan bimbingan & kaunseling dan pembimbing

rakan sebaya dalam menangani disiplin pelajar.

   Oleh itu, harapan dan impian semua pihak  agar generasi pelajar ini dapat membesar menjadi orang

yang baik, mempunyai imej bermoral tinggi, bersikap waja diri dan tidak melihat institusi sekolah sebagai

tempat tahanan dan  kongkongan.

Page 2: HADIANA

3.. Nama : Mohd Mustakim bin Kamarudin Tajuk : Latihan Dalam Perkhidmatan (Pembacaan Bahan

Ilmiah) Tarikh : 16-Feb-2011 Masa diambil : 2 minggu (5-15hb Februari 2011) Tajuk Buku :

Pembangunan Profesional Guru Keluaran : Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd Penulis : Amin

Senin Bilangan m/s : 96 (termasuk bibliografi) No. Siri ISBN : 978-967-61-2120-7 Harga : RM 11.00

Sumber : Sendiri (Beli di Badan Cemerlang Sdn Bhd, Plaza Angsana Johor Bahru)

Pembangunan sebuah identiti sebuah organisasi penting dalam mencapai kecemerlangan semua segi

mengikut piawai yang telah ditetapkan dan sering kali akan berubah-ubah mengikut kehendak semasa

dan perubahan cara hidup masyarakat di sesebuah Negara tersebut. Guru merupakan satu bidang

kerjaya saya dan untuk membangunkan tahap keprofesional keguruan adalah penting bagi saya dan

semua pihak demi memacu dan menggalas tanggung jawab yang telah diberikan. Tidak layak untuk

dilabelkan guru tidak profesional kerana banyak usaha telah dirancang, dilaksanakan dan digerak

gemburkan dari peringkat akar umbi bermula dari pra-sekolah hingga dewasa. (Sambung lagi nanti...)

-----(berada di Bilik Gerakan SMK. Bukit Garam 2)------ Perkara utama yang diberikan pastinya

keberkesanan program/aktiviti/perancangan pembangunan profesional guru yang menyumbang kepada

keberkesanan persekitaran pembelajaran. Kebiasaannya latiha dalam perkhidmatan (LDP) dipercayai

penting dalam transfrmasi kepada kecemerlangan sekolah dan antara aktiviti yang biasa dilaksanakan

ialah Kuliah, Demonstrasi, Pemerhatian, Tembu Bual, Percambahan Fikiran, Perbincangan Kumpulan

dan Main Peranan. Sungguhpun begitu LDP ini dianggap sebagai pendekatan tradisional dan mendapat

kritikan kerana tidak efektif, tidak produktif, tiada kaitan dengan amalan guru, tidak melibatkan guru dan

kekurangan tindak susul. Paradigma pembangunan yang ditekankan antaranya ialah kepada usaha-

usaha pembangunan profesional yang hanya memfokuskan kepada pembangunan keupayaan dan

kecekapan mekanikal guru. Selain itu, peningkatan cara berfikir yang kompleks seperti yang dikehendaki

dalam teori pembangunan kognitif yang sama walaupun umur yang berbeza-beza antara guru-guru.

Salah satu model yang ditunjukkan dalam buku ini ialah Model Kitaran Karier Guru yang dikemukakan

oleh Fessler (1995). Klik sini untuk lihat >>> MODEL FESSLER (1995) Turut disentuh ialah kaedah

pembelajaran orang dewasa (berdasarkan Blackburn 2000) ialah 1) Sebagai orang dewasa yang matang

(bebas dan berkemampuan mengarah dan menilai pembelajaran sendiri). 2) Pembelajaran dewasa

adalah berasaskan pengalaman (latar belakang pengalaman). 3) Pembelajaran dewasa juga amat

berkesan apabila berpusatkan dunia sebenar(berkaitan peristiwa hidup seharian dan fokus kepada

tugasan yang punyai MATLAMAT). 4) Orang dewasa belajar secara berkesan dalam persekitaran

pembelajaran yang bersesuaian (belajar secara mandiri). 5) Motivasi adalah kritikal dalam pembelajaran

dewasa (kombinasi faktor dalaman menjadikan guru bertambah efektif). Klik sini untuk lihat Jurnal Kajian

yang dilaksanakan berkenaan >>> Model Inkuiri Antara Model Pembangunan Profesional Guru yang

menarik perhatian saya ialah MODEL INKUIRI. Model ini juga dikenali sebagai model kajian-tindakan

kerana boleh dilaksanakan secara individu dan berkumpulan yang membawa kepada andaian bahawa

guru akan mengembangkan idea dan strategi baru dalam pengajaran. Kajian juga boleh berlaku secara

tidak formal, maka tidak menjadi sesuatu yang membebankan bagi guru tersebut. Berdasarkan kajian

yang dilaksanakan akan merubah persepsi individu yang hanya pandai bercakap semata-mata

Page 3: HADIANA

berdasarkan rasa hati dan pemikiran yang terhad kepada pemikiran yang lebih terbuka dan sifat

menerima dengan lebih positif akan situasi persekitaran yang berlaku. Selain itu, model-model lain yang

dibincangkan dalam buku ini ialah Model Arahan-Kendiri, Model Pemerhatian-Penilaian, Model

Pembangunan-Penambahbaikan, dan Model Latihan. Semua model ini boleh digunakan dalam

pembangunan profesional guru walaupun terdapat kelemahan dan kesan buruk namun penambahbaikan

boleh dilaksanakan bagi mengatasi setiap kesan negatif/ kekurangan yang akan dihadapi. Insya-Allah.

Amin. Kesimpulannya, buku ini amat berguna kepada semua warga pendidik untuk membentuk sahsiah

dan tingkatkan semangat untuk berkerja dalam organisasi sebuah sekolah. Sebagai guru juga haruslah

sentiasa beringat bahawa faktor UTAMA kecemerlangan adalah bermula dengan pertamanya ialah guru,

kedua ialah sekolah (pihak pentadbir) dan ketiganya ialah murid itu sendiri. Ini bermakna peranan guru

adalah yang paling penting dalam proses untuk kecemerlangan dan hasil yang OPTIMUM. Maka guru

sebagai pendidik yang dipercayai haruslah meletakkan SASARAN yang terbaik dalam bidang tugasnya

sendiri seiring dengan kehendak KPM, JPN, PPD dan sekolah mengikut kemampuan yang boleh

dilonjakkan ke peringkat lebih tinggi (cemerlang) mengikut acuan yang bersesuaian. Sekian.

4. ajuk Buku : Mengurus Pasukan Kerja Prestasi Tinggi Keluaran : Pearson Malaysia Sdn. Bhd. (Prentice Hall) Penulis : Ab. Aziz Yusof Bilangan m/s : 254 (termasuk indeks) No. Siri ISBN : 983-2639-35-2 Harga : RM 39.00 Sumber : Perpustakaan Negeri Sabah (Cawangan Lahad Datu) (borang sinopsis buku untuk guru: BORANG/LAMPIRAN) SINOPSIS Dalam konsep pengurusan dan pentadbiran serta berpasukan bagi sesuatu organisasi khususnya di peringkat sekolah, saya memilih buku ini untuk mendalami cara yang terbaik dalam membentuk pasukan yang kuat dan hebat di kalangan guru-guru demi memartabatkan profesion keguruan. Kandungan buku ini, menjelaskan faktor-faktor yang diperlukan dalam membina pasukan berprestasi tinggi. Contoh lampiran yang digunakan dalam buku ini, dengan jelas dapat menunjukkan betapa hebat dan kekuatan seorang pengurus serta ahli pasukan dalam mencapai misi, visi dan matlamat yang di rancangkan. Selain itu, beberapa cara dan kaedah yang di terangkan dapat digunakan untuk memperbaiki jati diri, motivasi, dan kaedah berpasukan yang betul dari segi menyelesaikan masalah dalaman, luaran serta perkara berbangkit seperti tiada kesafahaman dalam suatu pasukan. Komitmen serta kesepaduan tenaga, idea dan kebolehan dalam suatu pasukan memainkan peranan yang penting. Pengalaman antara ahli pasukan serta sifat kepimpinan terbuka dalam menerima kritikan membina sewajarnya di satukan dan di murnikan untuk memupuk perasaan kerjasama serta saling bantu-membantu dengan mengutamakan matlamat pasukan secara bersama daripada mementingkan matlamat sendiri. Komunikasi yang baik antara ahli pasukan bersama pemimpin amat penting dalam penyampaian sesuatu maklumat yang jelas dan tepat supaya tidak bercanggah dengan matlamat yang hendak dicapai, Antara elemen-elemen dalam penilaian pencapaian ahli pasukan ialah mengurus sumber, kaedah penyelesaian masalah, sikap, corak kepimpinan, inisiatif dan daya usaha, penyesuaian individu dalam suatu pasukan dengan tugasan yang diterima, kepekaan terhadap ahli pasukan dan perkhidmatan yang diberikan serta hasil yang bakal dicapai, kemahiran peribadi, dan keselamatan dan rasa tanggungjawab dalam berpasukan. Menyuntik rangsangan dalam setiap tugasan yang diberikan berupa cabaran yang besar bagi menguji kewibawaan pengurus pasukan. Motivasi dan ganjaran yang diberikan kepada ahli sangat penting supaya setiap ahli pasukan berasa dihargai seterusnya mendorong ahli memberikan komitmen yang lebih baik di masa akan datang. Selain itu, pengurusan stress dan tekanan akibat tugasan yang diberikan harus diambil berat. Mengurus stress boleh menguji pengurus dan ahli pasukan, jika tidak ditangani dengan baik maka matlamat pasukan akan terjejas malah menghilangkan rasa kerjasama. Melalui ciri-ciri kepimpinan yang terbaik dalam membina

Page 4: HADIANA

pasukan berprestasi tinggi, setiap matlamat yang hendak dicapai menjadi sesuatu yang mudah selain itu dapat memastikan pasukan dapat bergerak secara terus serta sentiasa bersedia dalam sebarang keadaan kerana mampu mengekalkan status sebagai pasukan kerja berprestasi tinggi. Adalah diharap, buku ini juga dapat digunakan di kalangan semua guru dalam membentuk jati diri dan motivasi untuk semangat kerja berpasukan. Kini, banyak perpecahan yang berlaku antara hubungan guru-guru menjadikan sesuatu matlamat sukar dicapai malah keseimbangan setiap bebanan kerja dan tugasan menjadi keluhan setiap guru. Semoga melalui pembacaan buku ini, rasa bertanggunjawab dan sifat untuk membentuk pasukan yang hebat dapat dicapai demi hasrat murni sebagai pendidik yang hendak memartabatkan lagi profesin keguruan sehingga bertaraf dunia. Adalah tidak mustahil perkara ini dapat dicapai sekiranya pasukan berprestasi tinggi dapat dibentuk di setiap sekolah dan jabatan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekian. 

5. udul:  Teknik Mengajar Komsas   

 Buku setebal 184 muka surat ini dibahagikan kepada 24 bab. Kecuali bab 1 dan bab 2,      kesemua 22 bab yang lain membincangkan kaedah, model dan teknik mengajar komsas,       sama ada secara tradisional, mahupun terkini. Kaedah lama yang dimaksudkan      termasuklah demonstrasi, penemuan, menyelesaikan masalah, kajian kes, sumbang saran,       projek,main peranan, forum dan KBKK. Kaedah terkini menonjolkan model kecerdasan       pelbagai, dengan tumpuan terhadap interpersonal, intrapersonal, visual-spatial, dan       linguistik.  Kaedah lain yang disarankan ialah ungkapan kreatif, kerusi panas, skema,       meramal, mentafsir dan bayangan minda. Turut dihuraikan ialah kaedah CoRT Thinking      Programme yang diilhamkan oleh Edward de Bono. Penulis buku, Naffi Mat, pensyarah       pendidikan bahasa di UPM menggunakan contoh buku teks komsas tingkatan satu hingga       lima yang akan digunakan hingga tahun 2010. Menyedari bahawa teks komsas akan ditukar      apabila tiba masanya, Naffi Mat lebih mengutamakan huraian konsep dan prinsip bagi      setiap satu kaedah yang dibincangkan. Penggunaan contoh secara minimum bertujuan      untuk menjelaskan aplikasi pedagogi komsas dalam genre yang berbeza: cerpen, drama,      prosa tradisonal, puisi dan novel. Setiap kaedah dibincangkan secara berasingan supaya      dapat diaplikasikan dalam aktiviti p & p mengikut keperluan. Naffi Mat turut        mencadangkan beberapa kaedah digunakan serentak untuk mencapai maksud       pembelajaran komsas, iaitu menghargai karya sastera dengan cara yang berkesan dan       menghiburkan, selain memenuhi hasrat yang terkandung dalam falsafah pendidikan       kebangsaan, dan kurikulum bersepadu sekolah menengah.