had beban kenderaan di atas jalan

Upload: shahdann9

Post on 15-Jul-2015

455 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

HAD BEBAN KENDERAAN DI ATAS JALAN PERSEKUTUAN1.0 KATEGORI JALAN Terdapat 3 kategori jalan yang terlibat iaitu: i. Jalan Persekutuan ii. Jalan Negeri iii. Jalan Bandaran 2.0 HAD BEBAN KENDERAAN DI ATAS JALAN PERSEKUTUAN Bagi jalan-jalan persekutuan Had Beban Kenderaan telah di Wartakan melalui Warta Kerajaan Bertarikh 24hb Julai 2003 di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah Sekatan Berat(Jalan Persekutuan) (Pindaan) 2003. 2.1 Kaedah Pengiraan Had Beban Bagi Jalan Persekutuan Merujuk kepada Warta Kerajaan Bertarikh 24hb Julai 2003 di Bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987, Perintah Sekatan Berat(Jalan Persekutuan) (Pindaan) 2003 menggariskan kaedah pengiraan had beban bagi sesebuah kenderaan adalah berdasarkan kepada jumlah gandar(axle) yang terdapat pada sesebuah kenderaan dan jenis kenderaan samada kenderaan tegar (Kereta, Van, Lori(Bukan Trailer),Bas) atau bersendi (Lori Trailer). Setiap gandar terbahagi pula, kepada gandar beroda dua atau gandar beroda empat(sila rujuk gambarajah di bawah). Beban maksimum bagi sesebuah kenderaan yang ditanggung di atas jalan adalah dikira berdasarkan jumlah beban keseluruhan yang ditanggung pada setiap gandar kenderaan tersebut. Beban maksimum pada setiap gandar boleh di rujuk berdasarkan Jadual Pertama [Perenggan 3(1)] di dalam Warta Kerajaan.

Beban makimum bagi kenderaan berdasarkan gandar perlu merujuk kepada no. jalan yang berkaitan samada berada didalam Jadual I-IV kerana setiap jalan mempunyai beban maksimun yang tersendiri. 2.2 Tatarajah Kedudukan Gandar Pada Sesebuah Kenderaan.

GANDAR / AXLE RODA KENDERAAN

PANDANGAN HADAPAN GANDAR

GANDAR / AXLE

2 GANDAR

JARAK GANDAR

PANDANGAN PELAN KEDUDUKAN GANDAR BERODA DUA

GANDAR / AXLE

2 GANDAR

JARAK GANDAR

PANDANGAN PELAN KEDUDUKAN GANDAR BERODA EMPAT

2.3

Contoh Jumlah Gandar Bagi Kenderaan.

KERETA 2 GANDAR

LORI KECIL 2 GANDAR

LORI BESAR 3 GANDAR

BAS 2 GANDAR

LORI TRAILER 4 GANDAR