guru berwawasan penjana modal insan

4
‘Guru Berwawasan Penjana Modal Insan’ MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laraganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di Akhirat. Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak terlepas dari okongan, dokongan, sumbangan dan pengorbanan berbagai pihak tidak kiralah samada diri sendiri, rakan-rakan, termasuk juga guru-guru. Kita akui bahawa guru memainkan peranan penting dalam membimbing dan mendidik kita ke arah kesempurnaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan di Akhirat. Oleh itu sudah sewajarnyalah pada setiap tahun di negara ini kita meraikan guru-guru dengan majlis sambutan hari guru bagi menghargai dan mengenang jasa mereka yang telah mendidik anak bangsa menjadi insan berguna. Sememangnya guru adalah insan mulia yang diibaratkan seperti khazanah ilmu yang memiliki ilmu pengetahuan dan bertanggungjawab untuk mendidik, mentarbiyah dan menyampaikan ilmu tersebut kepada masyarakat. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith: Maksudnya : "Dari Anas bin Malik ia berkata, telah bersabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam : Sesungguhnya perumpamaan orang- orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang- bintang dilangit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan samada di daratan mahupun di lautan. Apabila ia terbenam atau hilang dikhuwatiri akan hilang arah tujuan." (Riwayat Al-Imam Ahmad) Hari guru pada tahun ini disambut dengan tema "Guru Berwawasan Penjana Modal Insan." Sesunggunhya guru-guru memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan modal cemerlang yang memiliki peranan yang sangat penting dan keharmonian dalam kehidupan di dunia, bahkan juga untuk mencapai kenikmatan di Akhirat yang merupakan kehidupan yang kekal abadi.

Upload: muhamdsyukri

Post on 14-Nov-2015

19 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Guru Berwawasan Penjana Modal Insan

MARILAH kita meningkatkan ketaqwaan kita kepada Allah Subhanahu Wata'ala dengan penuh keyakinan dan keikhlasan dengan melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laraganNya. Mudah-mudahan kita menjadi insan yang bertaqwa dan beriman serta selamat di dunia dan selamat di Akhirat.Sesungguhnya kecemerlangan hidup seseorang di dunia ini tidak terlepas dari okongan, dokongan, sumbangan dan pengorbanan berbagai pihak tidak kiralah samada diri sendiri, rakan-rakan, termasuk juga guru-guru.Kita akui bahawa guru memainkan peranan penting dalam membimbing dan mendidik kita ke arah kesempurnaan dan kecemerlangan hidup di dunia dan di Akhirat. Oleh itu sudah sewajarnyalah pada setiap tahun di negara ini kita meraikan guru-guru dengan majlis sambutan hari guru bagi menghargai dan mengenang jasa mereka yang telah mendidik anak bangsa menjadi insan berguna.Sememangnya guru adalah insan mulia yang diibaratkan seperti khazanah ilmu yang memiliki ilmu pengetahuan dan bertanggungjawab untuk mendidik, mentarbiyah dan menyampaikan ilmu tersebut kepada masyarakat. Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam dalam sebuah hadith:Maksudnya : "Dari Anas bin Malik ia berkata, telah bersabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam : Sesungguhnya perumpamaan orang-orang yang berilmu pengetahuan di muka bumi ini seperti bintang-bintang dilangit yang menjadi petunjuk dan menerangi di dalam kegelapan samada di daratan mahupun di lautan. Apabila ia terbenam atau hilang dikhuwatiri akan hilang arah tujuan." (Riwayat Al-Imam Ahmad)Hari guru pada tahun ini disambut dengan tema "Guru Berwawasan Penjana Modal Insan."Sesunggunhya guru-guru memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan modal cemerlang yang memiliki peranan yang sangat penting dan keharmonian dalam kehidupan di dunia, bahkan juga untuk mencapai kenikmatan di Akhirat yang merupakan kehidupan yang kekal abadi.Kini, perkembangan pendidikan terus berkembang, seiring dengan perkembangan di dunia dan teknologinya. Perkembangan ini bukan hanya mencabar peradaban bangsa bahkan dalam kontek dunia pendidikan, ia juga mengajar kewibawaan dan kredibiliti setiap guru. Guru yang statik,kaku, beku dan tidak peka kepada kehendak perubahan zaman dan masa, akan terus ketinggalan dalam membina modal insan yang hendak dicapai. Oleh itu, dalam menuju wawasan negara 2035 guru perlulah sentiasa memiliki dan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang, memiliki kemahiran yang relevan yang melangkaui pengetahuan dan kemahiran anak didiknya serta kekal dengan jati diri yang terpuji, berakhlak mulia."Guru Berwawasan Penjana Modal Insan" menjelaskan bahawa tugas guru bukan hanya menyampaiakan ilmu pengetahuan sahaja tetapi juga mendidik dan membangun anak bangsa supaya menjadi insan berilmu, berkeyakinan, mempunyai akhlak serta modal yang tinggi lagi terpuji, beretika, berbudi pekerti, bersopan santun, berdisiplin dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progesif, cekal dan berdaya saing. Guru juga perlu memiliki personaliti unggul, berkrisma dan berpandangan jauh dalam menentukan hala tuju negara pada masa hadapan.Pada masa ini, sumber utama pembangunan dan pertumbuhan ekonomi bukan sahaja berasakan sumber asli tetapi juga ekonomi berasaskan pengetahuan. Ilmu, kreativiti, teknologi dan inovasi telah menjadi sumber baru kepada pertumbuhan ekonomi global, ekonomi berasaskan pengetahuan dapat direalisasikan melalui modal insan. Modal insan ini perlu dilengakapi dengan ilmu pengetahaun yang jitu, nilai moral yang tinggi serta memiliki kemahiran-kemahiran yang boleh dimanfaatkan, dinamik dan sentiasa kekal relevan dalam pertumbuhan ekonomi yang berubah-ubah. Dalam hubungan ini, guru adalah asas utama sebagai penjana insan berkualiti dan berkraktor.Guru yang mempunyai wawasan akan sentiasa peka terhadap keupayaan pelajarnya, bermotivasi tinggi, berfikir secara kritikal dan terbuka, juga bertindak secara rasional, mampu mengaplikasi dan mengadaptasi pengetahuan dan kemahiran serta berupaya menjadi pemimpin yang berwibawa disetiap peringkat. Guru berwawasan adalah guru yang benar-benar memahami, menyedari dan menghayati nilai dan memiliki kekuatan jati diri sebagai role modal yang lengkap kepada anak didiknya.Guru yang berwawasan juga ialah yang memiliki pengetahuan psikologi, pengetahaun semasa, memiliki kemahiran dan pelbagai kebolehan, kreatif, bersedia mempelajari dan menguasai teknologi baru, menjadi contoh teladan dan memiliki emosi yang stabil, yang dapat membentuk sahsyiah anak bangsa dan menjadi harapan negara untuk menjana modal insan yang baik. Kita berharap tiba hari guru pada tahun ini, Insya-Allah akan dapat member dorongan dan motivasi kepada guru-guru untuk mencapai tahap yang berwawasan.Belia kita bercakap mengenai insan atau manusia ini, salah satu perkara penting bagi menjamin kesejahteraan hidup seseorang insan atau manusia itu ialah kesihatan. Kesihatan adalah nikmat anugerah Allah Subhanahu Wata'ala yang sangat berharga. Oleh itu kita hendaklah menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya. Kita bersyukur kerana kesedaran dan kepekaan orang ramai untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat juga semakin meningkat.Namun dalam masa yang sama kesihatan orang ramai tergugat disebabkan oleh asap rokok. Inilah antara perkara yang ditiahkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan baginda yang ke-67 tahun di mana baginda telah menyebut perkara mengenai tabiat merokok di kalangan rakyat dan penduduk di negara ini sera mahukan gejala ini ditangani dengan tegas.Sebagaimana yang kita maklumi bahawa perbuatan merokok adalah membahayakan dan memudaratkan kesihatan. Kajian telah menunjukkan bahawa rokok mengandungi empat ribu unsur kimia di antaranya ialah racun yang boleh membunuh dan lain-lain bahan yang boleh menyebabkan pelbagai jenis penyakit kronik yang boleh membawa maut. Rokok juga penyebab kepada pembaziran wang kerana membelanjakan kepada sesuatu yang tidak berfaedah dan berbahaya, firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam Surah Al-Baqarah ayat 195 :Tafsirnya : "Dan belanjakanlah harta yang ada pada kamu pada jalan Allah dan janganlah kamu senghaja mencepatkan diri kamu dengan tangan kamu sendiri ke dalam bahawa kebinasaan. Dan berbuat baiklah kamu kerana sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebaikan."Melihat kepada banyaknya keburukan merokok, maka berbagai langkah telah dibuat untuk memberikan pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat terhadap bahaya rokok serta pendidikan kesihatan melalaui media dan media cetak antaranya melalui risalah, poster, surat khabar, majalah dan sebagainya. Perkara ini juga sering dilaung-laungkan dan diperkatakan dalam forum, ceramah, khutbah dan sebagainya bahkan hukum haram merokok juga sudah lama difatwakan.Di samping itu juga, pihak kerajaan telah menyediakan undang-undang dan peraturan larangan merokok di semua bangunan kerajaan, sekolah, masjid, pusat kesihatan, gedung perniagaan, tempat-tempat awam dan banyak lagi. Bukan setakat itu, mana-mana kenderaan atau jenis perkhidmatan awam seperti bas-bas awam dan teksi turut tidak dibenarkan merokok di dalamnya. Apa yang mendukacitakan, masih terdapat orang yang merokok itu tidak menghiraukan peraturan-peraturan tersebut sehingga mereka merokok ditempat-tempat yang ditegah tanpa rasa bersalah dan segan. Peraturan tersebut hendaklah dipatuhi kerana tujuan peraturan tersebut adalah untuk kebaikan dan keselamatan semua orang, sama ada kepada diri sendiri, keluarga dan juga masyarakat sekeliling, janganlah bersikap pentingkan diri sendiri kerana kemudaratan akibat asap rokok bukan sahaja berbahaya kepada dirinya sendiri bahkan juga orang lain. Lebih menyedihkan lagi ialah seramai lima puluh peratus kaum bapa di negara ini yang masih menjadi perokok di dalam rumah. Mereka sebenarnya bertindak kejam terhadap diri dan juga keluarga.Jika kita sayang kepada diri sendiri, sayang kepada anak dan isteri, sayang kepada keluarga, maka orang yang merokok hendaklah berusaha berhenti merokok. Tidak dinafikan pada peringkat awal mungkin terasa sukar namun dengan keazaman dan kesabaran, ditambah dengan sokongan dan dorongan dari keluarga dan masyarakat, adalah tidak mustahil orang yang merokok itu boleh berjaya untuk berhenti merokok. Mereka hendaklah juga sentiasa berdoa kepada Allah Subhanahu Wata'ala semoga niat dan usaha mereka untuk berhenti merokok akan berjaya.Di samping itu juga, kerjasama dari pelbagai pihak seperti agensi-agensi kerajaan, agensi penguatkuasaan, pemilik atau pengurus premis perdagangan juga sangat diharapkan bagi menjayakan lagi usaha untuk membebaskan negara kita ini dari asap rokok. Akhirnya sama-samalah kita berdoa semoga rakyat negara mendapat perlindungan dari Allah Subhanahu Wata'ala dan diselamatkan dari sebarang mara bahaya. Amiin Ya Rabbal 'Alamin. Surah Ar-Ra'd ayat 11 :Tafsirnya : "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.