guideline ttt

Upload: mardinoomar

Post on 06-Jan-2016

16 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

trainer

TRANSCRIPT

  • GARIS PANDUAN PERLAKSANAAN TTT

    1. Kadar Yuran

    Jenis Latihan Kadar Yuran Sebelum 2013

    Kadar Yuran Berkuatkuasa 1 Januari

    2013

    Program Dalaman RM2,500 14 peserta

    RM3,500 15 peserta

    RM200 administration fees setiap peserta

    RM3,000 10 peserta

    RM4,000 > 10 peserta

    RM200 administration fees setiap peserta

    Program Umum Anjuran Penyedia Latihan

    RM2,200 seorang termasuk administration fees.

    RM2,500 seorang termasuk administration fees. Kenaikan adalah 15%.dari kadar semasa.

    Program Anjuran PSMB RM2,500 sehari untuk yuran pengajar. Tambang kapal terbang kelas ekonomi dan elaun harian RM250.00 sehari.

    Di dalam kawasan Kuala Lumpur/ Selangor atau tempat latihan di negeri yang sama dengan pejabat penyedia latihan maka kadar yuran adalah RM3,000 sehari.

    Sekiranya melibatkan negeri yang berlainan kadar yuran dan lain-lain kos adalah RM3,500 sehari.

    1.1 Semua Penyedia Latihan adalah tertakluk kepada kadar yuran yang ditetapkan

    dan sebarang perubahan tidak dibenarkan tanpa mendapatkan kelulusan

    PSMB secara rasmi.

    1.2 Semua urusan logistik pengajar sepanjang tempoh latihan adalah di bawah

    tanggungan penyedia latihan. Penyedia latihan juga perlu menyediakan laptop,

    LCD dan lain-lain alat bantuan latihan sepanjang tempoh latihan dijalankan.

  • 2. PERLAKSANAAN TTT SECARA DALAMAN/PROGRAM UMUM ANJURAN

    PENYEDIA LATIHAN

    2.1 Program latihan umum TTT anjuran Penyedia Latihan tidak dibenarkan

    dijalankan di dalam kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.

    2.2 Borang pendaftaran peserta yang lengkap perlu dikemukakan sekurang-

    kurangnya dalam tempoh 3 hari sebelum tarikh latihan untuk kelulusan.

    Sekiranya borang pendaftaran diterima lewat maka PSMB berhak untuk

    menolak dan Penyedia Latihan perlu menanggung risiko permohonan yang

    tidak diproses.

    2.3 Borang Pemarkahan Peserta TTT, Borang Penilaian Program Latihan, Senarai

    Kehadiran dan inbois perlu dikemukakan dalam tempoh satu minggu (7 hari)

    dari tarikh akhir program latihan dijalankan.

    2.4 Sekiranya melibatkan pembayaran administration fee berjumlah RM200.00

    seorang maka ianya perlu dikemukakan dalam tempoh satu minggu (7 hari)

    dari tarikh akhir program latihan dijalankan.

    2.5 Sebarang pindaan masa, tempat dan maklumat latihan yang lain yang telah

    dinyatakan di dalam surat kelulusan yang dikeluarkan oleh PSMB, perlu

    dimaklumkan saecara rasmi kepada PSMB untuk kelulusan.

    3. PERLAKSANAAN TTT ANJURAN PSMB

    3.1 Bagi program TTT yang dijalankan di Wisma HRDF, sebarang aktiviti mencetak

    dokumen bukan di bawah tanggungjawab PSMB. Sebaliknya Penyedia Latihan

    diminta untuk menerangkan perkara ini kepada peserta agar persiapan lebih

    awal dibuat.

    3.2 Pegawai PSMB pada bila-bila masa boleh memantau program latihan TTT

    anjuran PSMB dan sesi opening dan closing akan dibuat oleh pegawai PSMB.

    Oleh yang demikian pegawai PSMB adalah bertanggungjawab mengedar dan

    mengumpulkan semula borang penilaian PSMB tanpa melibatkan pembabitan

    penyedia latihan.