gran application

29
1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SKIM PEMADANAN UNTUK PENINGKATAN PENGELUARAN DAN PREMIS USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI 1.0 OBJEKTIF GERAN PEMADANAN Skim ini bertujuan untuk menyediakan geran pemadanan kepada usahawan industri asas tani yang berada di Tahap 4 yang memperolehi jualan tahunan melebihi RM250,000 hingga RM1,000,000 dan usahawan yang berada di Tahap 5 yang memperolehi jualan tahunan melebihi RM1,000,000 hingga RM10,000,000 untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran serta menambahbaikkan ruang pemprosesan yang mematuhi kehendak persijilan sekurang-kurangnya GMP. Pembahagian tahap usahawan indutri asas tani adalah seperti di Lampiran 1. 2.0 KRITERIA KELAYAKAN 2.1 Usahawan industri asas tani di Tahap 4 dan 5 seperti berikut: i. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau enterpris yang diperbadankan di bawah Ordinan Perniagaan 1956; dan ii. Mempunyai lesen perniagaan/ lesen premis yang sah. 2.2 Keutamaan diberikan kepada usahawan industri asas tani seperti berikut: i. Mengusahakan produk terpilih yang berpotensi menjadi tumpuan pasaran;

Upload: rahmat-abu

Post on 12-Jun-2015

712 views

Category:

Documents


10 download

DESCRIPTION

procedure paper

TRANSCRIPT

Page 1: GRAN APPLICATION

1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN SKIM PEMADANAN UNTUK PENINGKATAN PENGELUARAN DAN PREMIS

USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI

1.0 OBJEKTIF GERAN PEMADANAN

Skim ini bertujuan untuk menyediakan geran pemadanan kepada usahawan

industri asas tani yang berada di Tahap 4 yang memperolehi jualan tahunan

melebihi RM250,000 hingga RM1,000,000 dan usahawan yang berada di Tahap

5 yang memperolehi jualan tahunan melebihi RM1,000,000 hingga

RM10,000,000 untuk meningkatkan keupayaan pengeluaran serta

menambahbaikkan ruang pemprosesan yang mematuhi kehendak persijilan

sekurang-kurangnya GMP. Pembahagian tahap usahawan indutri asas tani

adalah seperti di Lampiran 1.

2.0 KRITERIA KELAYAKAN

2.1 Usahawan industri asas tani di Tahap 4 dan 5 seperti berikut:

i. Diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 atau enterpris

yang diperbadankan di bawah Ordinan Perniagaan 1956;

dan

ii. Mempunyai lesen perniagaan/ lesen premis yang sah.

2.2 Keutamaan diberikan kepada usahawan industri asas tani seperti

berikut:

i. Mengusahakan produk terpilih yang berpotensi menjadi

tumpuan pasaran;

Page 2: GRAN APPLICATION

2

ii. Telah menunjukkan prestasi perniagaan yang baik

sekurang-kurangnya 1 tahun dan tidak di isytihar muflis;

iii. Berpotensi berkembang ke tahap yang lebih tinggi sekiranya

ditingkatkan keupayaan pengeluaran mahupun ruang

pemprosesan;

iv. Memiliki ruang pasaran yang tetap (secured market); dan

v. Pernah/ sedang menerima bantuan/ bimbingan dari

Jabatan/Agensi Kementerian Pertanian dan Industri Asas

Tani.

3.0 BENTUK BANTUAN

3.1 Bantuan diberikan dalam bentuk geran pemadanan seperti berikut:

Tahap Bantuan Peralatan Bantuan Naik Taraf Premis

4 Geran pemadanan maksima RM100,000.00 (70%:30%)

5 Geran pemadanan maksima RM200,000.00 (50%:50%)

3.2 Bantuan diberikan dalam bentuk geran pemadanan di mana 70%

daripada kos projek yang diluluskan dibiayai oleh Kerajaan dan bakinya

oleh pemohon bagi usahawan yang berada di tahap 4 dengan jumlah

maksima peruntukan geran pemadanan untuk setiap permohonan ialah

RM100,000 manakala usahawan tahap 5, bantuan diberikan dalam

bentuk geran pemadanan di mana 50% daripada kos projek yang

diluluskan dibiayai oleh Kerajaan dan bakinya oleh pemohon jumlah

maksima peruntukan geran pemadanan untuk setiap permohonan ialah

RM200,000.

Page 3: GRAN APPLICATION

3

3.3 Usahawan juga boleh memohon pembiayaan bagi 30 % atau 50%

sumbangan tersebut melalui pinjaman dari pihak Agro Bank tertakluk

kepada terma dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh Agro Bank.

4.0 PERBELANJAAN YANG LAYAK

Perbelanjaan yang layak mendapat pembiayaan di bawah skim geran

pemadanan melibatkan:

i. Peningkatan keupayaan pengeluaran melalui perolehan mesin dan

peralatan yang terbukti keberkesanan penggunaan (pembinaan

prototaip adalah tidak layak) termasuk kos pengujian (test run) dan

lain-lain kos berkaitan;

ii. Penambahbaikan ruang melalui pengubahsuaian susun atur dan

binaan baru termasuk sistem perparitan dan kumbahan yang

mematuhi kehendak persijilan sekurang-kurangnya GMP. Kos

juruperunding adalah tidak layak dituntut; dan

iii. Peningkatan keupayaan pembungkusan melalui perolehan alatan

pembungkusan. Kos bahan pembungkusan adalah tidak layak

dituntut.

5.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Aturan pelaksanaan permohonan geran pemadanan adalah seperti berikut:

5.1 Usahawan mendapatkan borang permohonan daripada Jabatan

Pembimbing bagi tujuan penilaian kelayakan usahawan.

Page 4: GRAN APPLICATION

4

5.2 Borang permohonan berasaskan komoditi boleh diperolehi

daripada Jabatan Pembimbing yang dipertanggungjawab seperti

berikut:

5.2.1 Jabatan Pertanian bagi produk berasaskan tanaman;

5.2.2 Jabatan Perikanan bagi produk berasaskan perikanan;

5.2.3 Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi produk berasaskan

ternakan;

5.2.4 Lembaga Pertubuhan Peladang bagi semua produk

pertanian; dan

5.2.5 Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah bagi

usahawan negeri Sabah dan Kementerian Pemodenan

Pertanian bagi usahawan negeri Sarawak.

5.3 Dokumen-dokumen yang perlukan dikemukakan oleh usahawan

kepada Jabatan Pembimbing adalah seperti berikut:

5.3.1 Borang Permohonan GPMOA1;

5.3.2 Pelan Perniagaan (6 salinan);

5.3.3 Dokumen yang berkaitan (daftar perniagaan, katalog

peralatan berkaitan dsb); dan

5.3.4 Borang pinjaman Agro Bank (sekiranya ingin membuat

pinjaman dari Agro Bank.

Page 5: GRAN APPLICATION

5

Senarai semak permohonan geran pemadanan adalah seperti di

Lampiran 2, borang permohonan GPMOA1 adalah seperti di

Lampiran 3 dan panduan penyediaan pelan Perniagaan seperti di

Lampiran 4.

5.4 Jabatan Pembimbing menentukan skop kerja yang bersingan bagi

kerja-kerja yang memerlukan pembiayaan sendiri oleh usahawan

dan yang memerlukan pembiayaan kerajaan mengikut peraturan

geran yang ditetapkan.

5.5 Jabatan Pembimbing mengemukakan semua permohonan

usahawan-usahawan yang layak beserta dokumen-dokumen yang

diperlukan termasuk laporan penilaian awal oleh Jabatan

Pembimbing berkaitan kepada Urus setia di Kementerian bagi

tujuan untuk diedarkan kepada Jabatan/ Agensi berikut untuk

tujuan penilaian selanjutnya seperti berikut:

a. MARDI bagi penilaian terhadap peningkatan tahap

pengeluaran, kesesuaian mesin/ peralatan, susun atur

kilang/premis mengikut keperluan GMP dan pematuhan

persijilan yang dicadangkan oleh syarikat ;

b. FAMA bagi penilaian terhadap daya saing produk dan

peralatan pembungkusan; dan

c. Agro Bank (BPM) untuk penilaian daya maju perniagaan dan

prestasi kewangan syarikat.

5.6 Laporan-laporan penilaian yang lengkap perlu dikemukakan

semula kepada Urusetia dalam tempoh 2 minggu bagi

membolehkan ia di bawa ke mesyuarat Jawatankuasa Teknikal

Page 6: GRAN APPLICATION

6

bagi tujuan dinilai sebelum ianya di timbang oleh Jawatankuasa

Kelulusan Pemberian Geran. Mesyuarat Jawatankuasa Kelulusan

Pemberian Geran akan bersidang bagi menentukan kelulusan

permohonan dan jumlah geran yang diluluskan. Senarai Ahli

Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Kelulusan Pemberian

Geran adalah seperti di Lampiran 5.

5.7 Pihak Urus setia Jawatankuasa akan mengeluarkan surat

kelulusan kepada Jabatan Pembimbing dan menjadi tanggung

jawab pembimbing untuk memaklumkan kepada pemohon bagi

membolehkan perolehan peralatan atau penambahbaikan ruang

pemprosesan di buat. Bagi kerja-kerja yang melibatkan

pembiayaan kerajaan, peraturan kewangan yang sedia ada perlu

dipatuhi termasuk dari segi perlantikan kontraktor dan pembayaran

yang akan dibuat. Carta alir Skim Pemadanan Untuk Peningkatan

Pengeluaran Dan Premis Usahawan Industri Asas Tani adalah

seperti di Lampiran 6 dan jangka masa proses permohonan

adalah seperti di Lampiran 7.

6.0 MEKANISMA PEMBAYARAN

6.1 Bagi setiap permohonan geran pemadanan untuk penambahbaikan

ruang melalui pengubahsuaian susun atur dan binaan yang telah

diluluskan, syarikat perlu mengemukakan maklumat kontraktor

yang akan melaksana kerja-kerja yang terlibat termasuk pelan

pengubahsuaian kilang/premis berkenaan kepada Urusetia untuk

diteliti oleh Jawatankuasa Teknikal. Pembayaran bagi kerja-kerja

ini akan dibuat oleh usahawan sendiri.

Page 7: GRAN APPLICATION

7

6.2 Jabatan Pembimbing perlu memanggil sebutharga/tender bagi

melantik kontraktor untuk membekalkan perolehan peralatan atau

penambahbaikan ruang pemprosesan yang akan dibuat.

6.3 Tiada pemberian tunai akan dibuat oleh Kerajaan kepada pihak

pemohon. Segala pembayaran adalah berdasarkan tuntutan yang

telah disahkan dan pihak Jabatan Pembimbing akan terus

membayar kepada pembekal/kontraktor melaksanakan kerja-kerja

mengikut kemajuan kerja serta peraturan kewangan yang

berkuatkuasa.

Page 8: GRAN APPLICATION

8

Lampiran 1

Usahawan Industri Asas Tani dibahagikan kepada 6 tahap mengikut nilai jualan

tahunan seperti berikut:

Kategori

Tahap PKS

Nilai Jualan Tahunan

(RM)

Tahap 1 < 50,000

Tahap 2 >50,000 - < 100,000

Tahap 3 >100,000 - < 250,000

Tahap 4 >250,000 - > 1,000,000

Tahap 5 >1,000,000 - <10,000,000

Tahap 6 > 10,000,000 – 25,000,000

Page 9: GRAN APPLICATION

9

Lampiran 2

SENARAI SEMAK PERMOHONAN GERAN PEMADANAN

Sila pastikan dokumen-dokumen di bawah dilampirkan bersama borang permohonan. (1) Maklumat Borang permohonan

(a) Maklumat pemohon

(b) Kursus-kursus yang pernah dihadiri (c) Butir-butir perusahaan

(d) Pengakuan Calon

(2) Cadangan projek (3) Maklumat Sokongan Lain

(a) Nama dan profil pembekal perkhidmatan

(b) Sebut harga

(c) Bagi pengubahsuaian premis / kilang

• Salinan Sijil pendaftaran kontraktor dengan CIDB

• Pelan susun atur peralatan / pelan premis sedia ada

(4) Salinan Dokumen yang Disahkan

(a) Memorandum And Articles Of Association (b) Penyata kewangan syarikat yang terkini dan diaudit

(c) Lesen perniagaan (d) Lesen pengilang (jika ada)

(5) Borang permohonan pinjaman dari Agro Bank bagi pemohon yang ingin membuat pinjaman bagi baki 30% dari kos projek.

Page 10: GRAN APPLICATION

10

Lampiran 3

BORANG GPMOA1 (Diisi dalam 6 salinan)

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI WISMA TANI, NO.28,

PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4, 62624 PUTRAJAYA, MALAYSIA

Tel:03-8870 1000 Faks:03-88886020

BORANG PERMOHONAN GERAN PEMADANAN 1. Permohonan Individu:

a) Nama Pemohon :______________________________ b) No. Kad Pengenalan Baru :______________________________ c) Tarikh Lahir :______________________________ d) Alamat Surat Menyurat :______________________________ ______________________________ e) No. Telefon/Faks/E-mail :______________________________ f) Taraf Pendidikan :______________________________ g) Pekerjaan :______________________________ h) Pendapatan :______________________________

2. Butir-butir Syarikat:

a) Nama Syarikat :______________________________

b) No. Pendaftaran Perniagaan: ____________________________

c) Alamat Syarikat :_______________________________

_______________________________

d) Tarikh Permohonan dibuat :_____________________________

Page 11: GRAN APPLICATION

11

3. Kursus-Kursus Yang Pernah Dihadiri (berkaitan aktiviti yang dipohon)

Jenis-Jenis Tempat Tarikh/Anjuran

i) __________________________________________________________

ii) __________________________________________________________

b) Pengalaman dalam aktiviti yang dipohon:

___________________________________________________________

4. Butir-Butir Perusahaan a) Alamat Perusahaan :_______________________________ _______________________________ b) No. Pendaftaran Perniagaan (Jika Ada):_____________________ c) Tarikh Mula Operasi :_______________________________

d) Bilangan Pekerja Sedia ada:_______________________________ e) Punca Modal Untuk Mulakan Perusahaan:____________________

f) Taraf Pengeluaran Dan Perkhidmatan : ______________________

Jenis Pengeluaran/ Perkhidmatan Keluaran Bulanan RM/ Bulan

i. ___________________________ ______________ _________ ii.___________________________ ______________ _________

g) Jumlah Pelaburan Untuk Perusahaan yang Sedia Ada

_____________________________________________________

h) Tahap Teknologi / Mekanisasi Yang Sedia Ada Untuk Proses Pengeluaran Ataupun Perkhidmatan

Page 12: GRAN APPLICATION

12

Perkara Nilai (RM)

i.____________________________________ ____________ ii.____________________________________ ____________

i) Maklumat Pasaran/ Permintaan Pengeluaran/ Perkhidmatan Yang Sedia Ada

i._____________________________________________________ ii.____________________________________________________

j) Geran Pemadangan Yang Dipohon Bagi Meningkatkan Kecekapan Dan Produktiviti.

i. Perolehan Mesin Dan Peralatan Yang Diperlukan. Sila Isi

Maklumat Di Lampiran A ; atau

ii. Penambahbaikan Premis/ Kilang Yang Mematuhi Kehendak Persijilan GMP. Sila Isi Maklumat Di Lampiran B .

5. Pengesahan/Sokongan Jabatan Pembimbing.

___________________________________________________________ ___________________________________________________________

Tandatangan :_________________________ Tarikh: ________________ Nama Pegawai :__________________________________________ Jawatan :__________________________________________ Cop Jabatan :

Page 13: GRAN APPLICATION

13

6. Pengakuan Pemohon.

Saya mengaku bahawa maklumat-maklumat yang dikemukakan ini adalah benar. Saya akan mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan dan bersedia untuk menandatangani surat perjanjian dengan Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani jika saya dipilih menyertai Progam Skim Pemadanan Untuk Peningkatan Pengeluaran Dan Premis Usahawan IAT. Nama Pemohon :__________________________________________ Tandatangan :____________________ Tarikh: ______________ ...................................................................................................................... Untuk Kegunaan Pejabat 1. Tarikh Penerimaan : __________________________ 2. Nama Penerima : __________________________ 3. Cop Jawatan : __________________________ 4. Tandatangan : __________________________

Page 14: GRAN APPLICATION

14

Lampiran A

SENARAI PEROLEHAN PERALATAN / MESIN YANG DIPOHON

Bil. Jenis Peralatan / Mesin Bil. Unit Anggaran Kos (RM)

Nota: Sebutharga peralatan/mesin perlu dilampirkan.

Page 15: GRAN APPLICATION

15

Lampiran B

SENARAI PENAMBAHBAIKAN PREMIS/ KILANG YANG MEMATUHI KEHENDAK PERSIJILAN GMP YANG DIPOHON

Bil.

Jenis Penambahbaikan

Anggaran Kos

(RM)

Nota: Sebutharga kos pembinaan oleh kontraktor perlu dilampirkan.

Page 16: GRAN APPLICATION

16

Lampiran 4

PANDUAN PENYEDIAAN PELAN PERNIAGAAN

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI

WISMA TANI, No 28, PERSIARAN PERDANA, PRESINT 4

62624 PUTRAJAYA

KERTAS CADANGAN PROJEK

SKIM GERAN PEMADANAN UNTUK PENINGKATAN PENGELUARAN DAN

PREMIS USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI

NAMA SYARIKAT:

TAJUK PROJEK :

NOTA:

i. Syarikat hanya perlu mengisi bahagian-bahagian yang terlibat di dalam pelaksanaan projek sahaja.

ii. Sila lampirkan bersama dokumen-dokumen yang berkaitan bagi

setiap bahagian yang telah diisi.

Page 17: GRAN APPLICATION

17

1. RINGKASAN PROJEK

Nyatakan objektif projek yang ingin dicapai oleh syarikat. 1.2 Keterangan dan latarbelakang projek menunjukkan peningkatan di

dalam pembangunan produk dan perkhidmatan yang berkaitan. 1.3 Sila nyatakan Faedah Yang Dijangka Diperolehi dalam Tempoh

Tiga Tahun Setelah Objektif projek Tercapai.

Tahun 1 Tahun 2 Tahun 3

j) Anggaran jualan tahunan (RM) :

ii) Anggaran keuntungan tahunan : (RM) iii) Anggaran penambahan bilangan: iv) Faedah-faedah lain yang di : perolehi (sila nyatakan)

2. CADANGAN PELAKSANAAN Senaraikan aktiviti-aktiviti penting dan tempoh masa yang terlibat dalam

melaksanakan projek dengan mengisi jadual di bawah. Tempoh Projek : __________________ bulan Projek bermula pada :___________ dan berakhir pada: ________

Page 18: GRAN APPLICATION

18

CARTA PELAKSANAAN PROJEK

Aktiviti Tempoh (bulan)

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12

2.1 Keperluan Teknikal 2.1.1 Pembekal perkhidmatan/kontraktor

i. Nama Syarikat : Alamat : Tel: Faks: 3. Kos Pembelian Mesin Berkaitan

Nama Mesin

Kegunaan

Harga (RM)

JUMLAH

Page 19: GRAN APPLICATION

19

4. Kos Pembelian Peralatan Berkaitan

Nama Peralatan

Kegunaan

Harga (RM)

JUMLAH

5. Kos Berkaitan Pengujian dan Tentuukuran

Keterangan

Sumber /pembekal

Kos (RM)

JUMLAH

6. Kos Berkaitan Dengan Peningkatan Premis /Kilang

Keterangan Perkhidmatan

Sumber /pembekal

Kos (RM)

JUMLAH

Page 20: GRAN APPLICATION

20

vi. Ringkasan Kos Projek

Bil. Perbelanjaan Yang Layak Kos Projek (RM)

1. Kos Berkaitan Perolehan Mesin

2. Kos Berkaitan Perolehan Peralatan

3. Kos Berkaitan Uji Lari Dan Tentu Ukuran

4. Kos Berkaitan Peningkatan Premis /Kilang

JUMLAH

Pengakuan:

Saya mengaku bahawa mengikut pengetahuan saya semua keterangan dan maklumat-maklumat yang diberi adalah benar.

Nama Pemohon : ______________________________

Jawatan : ______________________________

Tandatangan : ______________________________

Tarikh : ______________________________

Cop Syarikat : ______________________________

Page 21: GRAN APPLICATION

21

Lampiran 5

SENARAI AHLI JAWATANKUASA KELULUSAN PEMBERIAN GERAN

Pengerusi: Timbalan Ketuasetiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian Dan Induastri Asas Tani Malaysia

Ahli Jawatankuasa: Cawangan Kewangan, Kementerian Pertanian Dan Induastri Asas Tani Malaysia Bahagian Pengairan dan Saliran Kementerian Pertanian Dan Induastri Asas Tani Malaysia Wakil Agrobank Wakil MARDI Wakil FAMA Urusetia : Bahagian Industri Asas Tani Kementerian Pertanian Dan Induastri Asas Tani Malaysia SENARAI AHLI JAWATANKUASA TEKNIKAL Pengerusi: Setiausaha Bahagian Bahagian Industri Asas Tani Kementerian Pertanian Dan Induastri Asas Tani Malaysia Ahli Jawatankuasa: Wakil Bahagian Pengairan Dan Saliran Kementerian Pertanian Dan Induastri Asas Tani Malaysia Wakil Bahagian Industri Asas Tani

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Wakil Bahagian Kejuruteraan

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI)

Wakil Bahagian Industri Asas Tani Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Wakil Bahagian Kejuruteraan

Page 22: GRAN APPLICATION

22

Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Wakil Bahagian Jaringan & Perhubungan Kredit Agro Bank

Wakil Bahagian Industri Asas Tani Jabatan/Agensi pembimbng usahawan berkaitan.

Urusetia: Bahagian Industri Asas Tani Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

Page 23: GRAN APPLICATION

23

Lampiran 7

Jangka Masa Proses Permohonan

Bil Proses Jangka Masa Tindakan

1. • Penerimaan borang permohonan GPMOA1

• Menyemak borang-borang permohonan GPMOA1

• Membuat siasatan menggunakan borang GPMOA 2

• Mengulas

15 hari Jabatan Pembimbing Peringkat Negeri

2. • Penerimaan borang permohonan GPMOA1 dan borang siasatan GPMOA 2

• Menyemak borang permohonan GPMOA1 dan borang siasatan GPMOA 2 adalah lengkap

• Membuat sokongan

• Mengedarkan kepada Urusetia Pemilihan di Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani

15 hari Jabatan Pembimbing Peringkat Ibu Pejabat

3. • Urusetia Pemilihan terima permohonan

• Menyemak borang permohonan GPMOA1 dan borang siasatan GPMOA 2

• Mengemukakan borang permohonan GPMOA1 dan borang siasatan GPMOA 2 kepada ahli Jawatankuasa Teknikal iaitu MARDI, FAMA & Agro Bank.

3 hari Urusetia Pemilihan

4. • Ahli Jawatankuasa Teknikal membuat penilaian terhadap peningkatan tahap pengeluaran, kesesuaian mesin / peralatan yang di pohon, susun atur premis, daya saing produk dan daya maju perniagaan.

• Mengemukakan laporan penilaian lengkap kepada Urusetia Pemilihan

7 hari Jawatankuasa Teknikal Jawatankuasa:

• SUB(IAT)

• Wakil Bahagian Produk Proses FAMA

• Wakil Kejuruteraan FAMA

• Wakil Bahagian Produk Proses MARDI

• Wakil Kejuruteraan MARDI

• Agro Bank

• Wakil Bahagian IAT & Bahagian

Page 24: GRAN APPLICATION

24

Jangka Masa Proses Permohonan

Bil Proses Jangka Masa Tindakan

Kejuruteraan Jabatan/agensi pembimbing usahawan berkaitan

5 • Jawatankuasa kelulusan bersidang untuk mempertimbangkan permohonan pada minggu pertama setiap bulan.

• Memperakui kelulusan

1 bulan. Ahli Jawatankuasa:

• TKSU(P)

• Caw. Kew, MOA

• Bahagian Pengairan & Saliran, MOA

6. • Memaklumkan keputusan Mesyuarat Jawantkuasa Kelulusan kepada pemohon.

• Bagi permohonan yang ditolak oleh Jawatankuasa Kelulusan, pemohon akan dimaklumkan. Proses tamat.

• Bagi pemohon yang berjaya, surat setuju terima akan dihantar kepada pemohon melalui Jabatan Pembimbing.

3 hari Urusetia Pemilihan

7. • Pemohon perlu menjawab sama ada setuju atau tidak dalam masa 14 hari dari tarikh surat tawaran.

• Pemohon mengisi surat akuan GPMOA 3

14 hari Pemohon

8. • Urusetia Pemilihan mengeluarkan memo arahan laksanakan projek kepada usahawan melalui Jabatan Pembimbing.

• Jabatan Pembimbing memantau progres pelaksanaan projek.

7 hari Urusetia Pemilihan

9. • Pembayaran oleh Jabatan Pembimbing kepada kontraktor berdasarkan prestasi pelaksanaan projek.

Pembayaran mengikut

peratus siap.

Jabatan Pembimbing

Page 25: GRAN APPLICATION

25

Borang GPMOA 2

No. Rujukan Borang Permohonan:__________________________

BORANG SIASATAN PENILAIAN DAN PERAKUAN SOKONGAN PERMOHONAN SKIM PEMADANAN UNTUK PENINGKATAN

PENGELUARAN DAN PREMIS USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI

Borang ini hendaklah diisikan dengan lengkap oleh Jabatan Pembimbing. Arahan. Sila isikan unjuran markah mengikut skala yang di sediakan di bawah ini.

Sangat Rendah Rendah Sederhana Tinggi Sangat Tinggi

1, 2 3, 4 5, 6 7, 8 9, 10

Butir-butir Permohonan

a) Nama (Huruf Besar) :__________________________________

b) No. Kad Pengenalan :__________________________________

c) Alamat :__________________________________

__________________________________

Butir-butir Syarikat

a) Nama Syarikat :__________________________________

b) No. Pendaftaran Perniagaan :__________________________________

c) Alamat Syarikat :__________________________________

__________________________________

d) Tarikh Permohonan dibuat :__________________________________

4.0 Maklumat- Maklumat Siasatan

4.1 Butir-butir pemohon Betul

Salah

Jika salah nyaatakan yang betul

________________________________________________________________

________________________________________________________________

Page 26: GRAN APPLICATION

26

4.2 Sikap Nilai Calon

Perkara Penilai I Penilai II

Skala

i) Bertanggungjawab

ii) Berdisiplin

iii) Jujur

iv) Berwawasan

v) Inovatif dan Proaktif

vi) Komitmen

vii) Intergriti

_______ _______

Markah: ______ X 25

70

4.3 Pengetahuan dan Kemahiran

Perkara Penilai I Penilai II

Skala

i) Pengetahuan teknikal dalam bidang kerja

ii) Pengetahuan dalam pengurusan projek

iii) Pengetahuan dalam aspek pemasaran

iv) Pengetahuan dalam asas kira-kira

_______ _______

Markah: ______ X 20

40

4.4 Laporan Siasatan

i) Tahap pengeluaran

Jenis Keluaran/bulan RM/bulan

_________________________ ____________________ ________

_________________________ ____________________ ________

Pada umumnya pengeluaran pada tahap berikut:

Page 27: GRAN APPLICATION

27

ii) Kemudahan untuk mendapatkan input-input pengeluaran

Perkara Penilai I Penilai II Skala

a) Bahan mentah

b) Tenaga kerja

c) Penyelenggaraan

iii) Tahap penggunaan teknologi moden dalam proses pengeluaran/perkhidmatan

iv) Amalan kebersihan yang diamalkan

v) Kemudahan/peralatan diselenggara dengan cara yang betul

_______ ______

Markah _____ X 25

70

Senarai peralatan sedia ada

Alat Nilai

a)___________________________________ _____________

b)___________________________________ _____________

c)___________________________________ _____________

4.5 Potensi dan peluang perkembangan perusahaan di masa akan datang.

Alat Nilai

a)___________________________________ _____________

b)___________________________________ _____________

c)___________________________________ _____________

i) Keupayaan modal pemohon bagi tingkatkan perusahaan.

ii) Peluang pemasaran bagi pengeluaran.

iv) Mudah mendapatkan tenaga kerja.

Page 28: GRAN APPLICATION

28

iv) Mudah mendapatkan bahan mentah.

v) Peserta mampu dan berinisiatif untuk maju

vi) Pengurusan projek akan lebih teratur dan terancang. vi) Pengeluaran boleh dipelbagaikan.

.Markah _____ X 25

70

5.0 Ulasan dan komen.

5.1 Ulasan dan komen Pegawai Jabatan Pembimbing Negeri (Penilai I)

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

Nama :_____________________

Jawatan :_____________________

Tempat bertugas :_____________________

Tandatangan :_____________________

Tarikh :_____________________

5.2 Ulasan dan komen Pengarah Jabatan Pembimbing Negeri (Penilai

I I)

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

Page 29: GRAN APPLICATION

29

Nama :_____________________

Tempat bertugas :_____________________

Tandatangan :_____________________

Tarikh :_____________________

6.0 Sokongan dari Ibu Pejabat Jabatan Pembimbing

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

_____________________________________________________

Nama :_____________________

Jawatan :_____________________

Tempat bertugas :_____________________

Tandatangan :_____________________

Tarikh :_____________________