gpgk-2012 garis panduan geran galakan …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/2012/mac/27-133-2.pdf ·...

Download GPGK-2012 GARIS PANDUAN GERAN GALAKAN …ewarga4.ukm.my/ewarga/pdf/2012/mac/27-133-2.pdf · perundingan, pendidikan, khidmat, latihan, ... Universiti-Industri yang boleh diperolehi

If you can't read please download the document

Upload: nguyentruc

Post on 08-Feb-2018

222 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 1

    GARIS PANDUAN

    GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI-KOMUNITI

    HAL-EHWAL JARINGAN INDUSTRI DAN MASYARAKAT

    I. LATAR BELAKANG Geran ini diwujudkan pada tahun 2010 di bawah Dana Universiti Penyelidikan. Sebagai sebuah universiti penyelidikan, UKM perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan kerjasama penyelidikan dan inovasi antara universiti dan komuniti. Dengan adanya geran galakan khusus seperti ini, penyelidik UKM boleh bekerjasama dan digalakkan pemindahan ilmu yang telah dijana kepada sasaran komuniti dan masyarakat awam.

    II. FALSAFAH GERAN GALAKAN PENYELIDIKAN UNIVERSITI- KOMUNITI

    Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) merupakan dokumen yang mempeterjemahkan hala tuju pengajian tinggi negara dan salah satu terasnya adalah Memperteguh Penyelidikan dan Inovasi ke arah ekonomi berasaskan pengetahuan dan inovasi, jalinan kerjasama di kalangan IPT, institusi penyelidikan, syarikat swasta dan organisasi yang berkaitan. Oleh itu, Geran Galakan ini dirangka untuk menggalakkan kerjasama dan pemindahan ilmu kepada sasaran industri dengan;

    Mendokong pelbagai aktiviti untuk menyokong kerjasama yang saling menguntungkan di antara universiti dan industri.

    Kolaborasi penyelidikan ini merangkumi bentuk-bentuk interaksi termasuk kajian bersama, perundingan, pendidikan, khidmat, latihan, pembangunan siswazah, persidangan, berkongsi kemudahan fizikal dan penempatan pelajar.

    Penyelidik perlu berkolaborasi dengan industri terhadap inisiatif yang saling bermanfaat:

    o Akademia : mampu menggabungkan ilmu terbaru daripada industri dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan khidmat.

    o Industri : dapat memanfaatkan sumber daya penyelidik UKM untuk meningkatkan kemampuan perniagaan dan manfaat ekonomi mereka.

    o Modal Insan : meningkatkan pembangunan peribadi dan profesional pelajar dan graduan.

    III. DEFINISI GERAN

    Geran ini memberi peluang kepada tenaga akademik UKM untuk membangun penyelidikan berteraskan penglibatan universiti-komuniti (University-Community Participatory Research) yang melibatkan penglibatan masyarakat secara langsung, dan akhirnya menyejahterakan masyarakat tersebut. Pada peringkat permulaan, geran akan diberikan sebagai dana penggalak untuk memulakan kerjasama dengan komuniti. Kesinambungan projek penyelidikan ini akan dibiayai seterusnya melalui penglibatan pihak luar (industri, filantropi dan sebagainya).

    GPGK-2012

  • 2

    IV. TUJUAN GERAN

    Geran ini bertujuan menjadi geran permulaan (seed funding) kepada penyelidikan yang bertujuan untuk : 1. menggalak penyelidik UKM melakukan penyelidikan gunaan (applied research) yang

    melibatkan masyarakat secara langsung;

    2. mengaplikasikan dan mempertingkatkan hasil inovasi penyelidikan untuk kepentingan masyarakat;

    3. mempertingkatkan pengembangan akademik dan kecemerlangan Universiti sebagai universiti penyelidikan melalui penyelidikan dengan penglibatan berteraskan masyarakat.

    4. Meningkatkan kesejahteraan komuniti dan juga boleh menyasarkan institusi-institusi awam seperti sekolah, pusat-pusat latihan dan institusi tertiari terutama awam. Projek juga boleh disasarkan kepada pertubuhan sukarelawan yang berfokus kepada pembangunan komuniti.

    V. KRITERIA & SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

    1. Pemohon mestilah kakitangan akademik tetap/kontrak yang sedang berkhidmat dengan UKM.

    2. Pemohon yang akan bercuti belajar/ cuti sabatikal adalah tidak dibenarkan oleh untuk memohon geran ini.

    3. Keutamaan akan diberikan kepada projek penyelidikan yang: a. melibatkan tahap penglibatan masyarakat sasaran tentang objektif projek, terlibat

    dalam perundingan dan terlibat dalam implementasi projek penyelidikan; b. memberi impak kepada pembangunan masyarakat sasaran: misalnya jangkauan

    atau bilangan orang yang menerima manfaat daripada projek penyelidikan ini dan tahap projek ini meningkatkan kesejahteraan hidup masyarakat;

    c. memberi impak kepada pembangunan pelajar universiti dengan pembangunan kompetensi dan kepimpinan pelajar sebagai mentor, sukarelawan dsb;

    d. mempunyai potensi kelestarian dengan mendapatkan sumber-sumber yang diperlukan untuk diteruskan projek ini dalam jangka masa panjang, menerima sokongan dari segi polisi, komitmen dari pihak-pihak berkepentingan;

    e. menekankan nic penyelidikan UKM ; f. melibatkan pihak luar (industri, filantropi, NGOs,agensi kerajaan dan sebagainya)

    bagi tujuan kelestarian projek; g. mengaplikasikan hasil inovasi penyelidikan sedia ada; h. memberi impak kepada pengembangan program akademik Universiti khasnya dan

    kecemerlangan Universiti, amnya. VI. JANGKA MASA PROJEK

    Jangka masa projek adalah 1- 2 tahun.

  • 3

    IV. SKOP PEMBIAYAAN

    1. Penganugerahan Geran Galakan Penyelidikan Universiti Industri akan dianugerah minimum sebanyak RM 25,000.00

    2. Skop pembiayaan adalah mengikut skop yang sedia digunapakai oleh pihak Universiti. Pembiayaan yang dipohon mestilah bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang dan disertakan dengan justifikasi yang munasabah. Jawatankuasa Penilai HEJIM berhak menentukan jumlah sebenar yang akan diluluskan.

    3. Projek terpilih akan diberikan dana permulaan (seed funding) untuk memulakan projek dan

    pembiayaan selebihnya adalah dari sumbangan oleh rakan kongsi dari industri/NGO/agensi kerajaan.

    4. Perbelanjaan untuk pembelian peralatan (one-off), komputer, perjalanan ke luar negara adalah

    tidak termasuk dalam pembiayaan geran ini. Penyelidik bolehlah menggunakan dana dari sumber yang lain daripada universiti, penggunaan barang/ peralatan sedia ada di fakulti ataupun sumbangan dari rakan kongsi bagi tujuan tersebut.

    V. PROSEDUR PERMOHONAN DAN PENILAIAN

    1. Permohonan perlu menggunakan Borang Permohonan Geran Galakan Penyelidikan Universiti-Industri yang boleh diperolehi dari Pejabat Hubungan Industri (PHI), atau dimuat turun dari portal e-Warga atau laman web HEJIM.

    2. Borang Permohonan perlu dikemukakan kepada Ketua HEJIM di Fakulti atau Pengarah Institut mengikut tarikh tutup yang ditetapkan. Sila rujuk Jadual Kerja Permohonan Geran HEJIM.

    3. Ketua HEJIM atau Pengarah Institut akan menghantar permohonan yang telah dinilai kepada urus setia penyelidikan HEJIM di Pejabat Hubungan Industri. Setelah penyelarasan permohonan dilakukan, satu Mesyuarat Jawatankuasa Penilai Geran HEJIM akan membuat keputusan terhadap permohonan yang dikemukakan.

    4. Keputusan penilaian adalah muktamad.

    5. Selepas kelulusan permohonan projek penyelidikan diberikan kepada penyelidik yang berjaya, penyelidik perlulah mengemukakan surat pengakuan menjalankan penyelidikan, borang ubahsuai objektif dan/atau borang ubahsuai budget. Pengagihan peruntukan bagi memulakan penyelidikan ini akan dimulakan selepas surat dan borang-borang ini diterima oleh urus setia penyelidikan HEJIM, CRIM dan Bendahari.

    VI. TARIKH MULA PROJEK Semua projek akan bermula selepas mendapat perakuan Jawatankuasa Penilai Geran HEJIM.

    VII. PEMANTAUAN PRESTASI PROJEK 1. Pemantauan projek akan dilakukan oleh urus setia HEJIM dan pihak Pusat Pengurusan

    Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM) .

  • 4

    2. Laporan kemajuan projek perlu dihantar pada setiap enam bulan kepada urus setia HEJIM.

    3. Seminar Pemantauan projek akan diadakan pada setiap tahun.(mengikut keperluan)

    VIII. LAPORAN AKHIR PROJEK Laporan akhir projek perlu dikemukakan dalam tempoh 3 bulan selepas projek tamat.

    Permohonan lanjut tempoh penyelidikan perlu dikemukakan sebulan sebelum tarikh tamat penyelidikan ini. Urus setia Penyelidikan HEJIM Pejabat Hubungan Industri Hal-ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat Blok Pentadbiran Kolej Keris Mas, UKM 03-8921 3195