gmgf2014

23
PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK) PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA GMGF 2013 EKONOMI DAN PEMBANGUNAN TAJUK SEBAGAI PENGGUBAL DASAR ANDA DIKEHENDAKI MELAKUKAN PENGANALISAAN KE ATAS PENGAGIHAN BANTUAN KERAJAAN BAGI MENGURANGKAN JURANG PENDAPATAN DI ANTARA GOLONGAN MISKIN DAN KAYA. PADA MASA YANG SAMA, ANDA JUGA DIKEHENDAKI UNTUK MENENTUKAN MEKANISME YANG TERBAIK DAN TERBARU (SELAIN DARIPADA PROGRAM DAN AKTIVITI KERAJAAN YANG SEDIA ADA) UNTUK DILAKSANAKAN BAGI MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN GOLONGAN KEMISKINAN LUAR BANDAR KEPADA BANTUAN KERAJAAN. DISEDIAKAN UNTUK DISEDIAKAN OLEH NAMA:

Upload: anonymous-swvmcln

Post on 05-Sep-2015

57 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

ekonomi

TRANSCRIPT

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS (PLK)

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GMGF 2013

EKONOMI DAN PEMBANGUNAN

TAJUK

SEBAGAI PENGGUBAL DASAR ANDA DIKEHENDAKI MELAKUKAN PENGANALISAAN KE ATAS PENGAGIHAN BANTUAN KERAJAAN BAGI MENGURANGKAN JURANG PENDAPATAN DI ANTARA GOLONGAN MISKIN DAN KAYA. PADA MASA YANG SAMA, ANDA JUGA DIKEHENDAKI UNTUK MENENTUKAN MEKANISME YANG TERBAIK DAN TERBARU (SELAIN DARIPADA PROGRAM DAN AKTIVITI KERAJAAN YANG SEDIA ADA) UNTUK DILAKSANAKAN BAGI MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN GOLONGAN KEMISKINAN LUAR BANDAR KEPADA BANTUAN KERAJAAN.DISEDIAKAN UNTUK

DISEDIAKAN OLEH

NAMA:

NO. MATRIK:

PUSAT:SEBAGAI PENGGUBAL DASAR ANDA DIKEHENDAKI MELAKUKAN PENGANALISAAN KE ATAS PENGAGIHAN BANTUAN KERAJAAN BAGI MENGURANGKAN JURANG PENDAPATAN DI ANTARA GOLONGAN MISKIN DAN KAYA. PADA MASA YANG SAMA, ANDA JUGA DIKEHENDAKI UNTUK MENENTUKAN MEKANISME YANG TERBAIK DAN TERBARU (SELAIN DARIPADA PROGRAM DAN AKTIVITI KERAJAAN YANG SEDIA ADA) UNTUK DILAKSANAKAN BAGI MENGURANGKAN KEBERGANTUNGAN GOLONGAN KEMISKINAN LUAR BANDAR KEPADA BANTUAN KERAJAAN.1.0PENGENALAN Dalam persekitaran ekonomi antarabangsa masa kini, dianggarkan terdapat lebih dua bilion penduduk dunia terjerat dengan masalah kemiskinan. Dengan pendapatan kurang daripada RM7.40 sehari atau bersamaan dengan AS$2 sehari, maka usaha Malaysia dalam membasmi kemiskinan adalah terpuji dan berjaya. Malahan, Malaysia bukan sahaja menjadi jaguh di kalangan negara membangun, malah dunia Islam (Utusan Malaysia, Sept. 2007).

Negara ini berjaya mencipta model pembangunan yang berkesan dalam pembasmian kemiskinan. Kejayaan ini selari dengan hasrat Matlamat Pembangunan Milenium yang dimeterai keseluruhan pemimpin negara di dunia yang mahukan pembasmian kemiskinan dan peningkatan mutu kehidupan masyarakat dunia di setiap negara menjadi keutamaan sejagat.

Luar bandar merupakan satu kawasan yang dikenal pasti sebagai satu kawasan yang mundur dan kurang mendapat kemajuan seiring dengan kawasan bandar. Luar bandar juga dikenali sebagai satu tempat yang mempunyai infrastruktur yang kurang dan tidak lengkap dan menyebabkan penduduk luar bandar tidak menerima arus pemodenan seperti penduduk di kawasan bandar. Keperluan dan kepentingan dalam penyediaan pembangunan kawasan luar bandar adalah merupakan satu langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menjadikan kawasan luar bandar sebagai satu kawasan yang mempunyai keistimewaan dan keunikan yang tersendiri di samping bagi membantu dalam menonjolkan sumber-sumber yang ada di kawasan luar bandar tersebut. Ini kerana, kawasan luar bandar amat dikenali sebagai kawasan yang mempunyai sumber dan hasil asli yang sangat unik dan estetik.

Dengan itu, pembangunan luar bandar merupakan satu agenda oleh kerajaan dalam membangunkan dan memajukan kawasan luar bandar agar dapat menangani masalah kemunduran dan kemiskinan kawasan luar bandar. Data perangkaan pada tahun 2010 menunjukkan bahawa kawasan luar bandar didiami oleh seramai 8.2 juta penduduk atau 29 % daripada jumlah penduduk Malaysia yang berjumlah 28.33 juta. Jumlah ini adalah termasuk mereka yang mendiami 15,507 kampung yang mempunyai Jawatankuasa Kampung-Kampung (JKKK) melibatkan 82 daerah di semenanjung, 33 daerah di Sabah dan 29 daerah di Sarawak. Manakala berdasarkan dari jumlah penduduk di kawasan luar bandar tersebut, sebanyak 39.9 peratus atau 3.28 juta penduduk merupakan golongan muda yang berumur dalam lingkungan 15 hingga 39 tahun. Berdasarkan kepada perangkaan tersebut, jelas dapat dilihat bahawa kawasan luar bandar atau desa mempunyai tenaga kerja yang produktif di dalam membantu mempertingkatkan potensi untuk menjana ekonomi penduduk luar bandar.1.2DEFINISI KEMISKINAN LUAR BANDARKadar kemiskinan diukur menggunakan garis kemiskinan tertentu untuk menggambarkan keadaan ekonomi dan sosial sesuatu tempat kadar kemiskinan yang tinggi di seluruh negara di mana jumlah pendapatan yang paling rendah yang dikira sebagai miskin adalah sebanyak RM690 iaitu di Perak dan Perlis, manakala jumlah pendapatan yang tertinggi dikira sebagai miskin adalah sebanyak RM1050 iaitu di Sabah. Ini jelas bahawa pendapatan yang mencecah RM1000 juga telah dikira sebagai miskin disebabkan oleh berlakunya peningkatan nilai mata wang serta kenaikan taraf hidup yang disebabkan oleh arus pemodenan yang pesat.Jadual 1.1: Pendapatan Garis Kemiskinan Purata Mengikut Negeri Tahun

2009

Secara umum, kemiskinan dapat dikaitkan dengan kekurangan atau ketidakupayaan seseorang itu untuk memenuhi keperluan asas mereka seperti makanan, minuman, dan pakaian. Kemiskinan ditakrifkan sebagai suatu paras kesejahteraan di bawah keperluan minimum isi rumah dari segi pemakanan, pakaian, perumahan, kebersihan, dan keperluan-keperluan asas yang lain (S. Robert Aiken, Thomas R. Leinbach, Colin H. Leigh, Michael R. Moss, 1994). Dalam konteks zaman moden iaitu zaman sekarang, kemiskinan dikaitkan dengan kekurangan material atau sumber kewangan seseorang. Di Malaysia, walaupun sudah banyak dasar-dasar dan peruntukan-peruntukan yang dijalankan namun tahap kemunduran dan kemiskinan serta kemunduran masih meningkat.2.0PUNCA-PUNCA KEMISKINAN LUAR BANDARKawasan luar bandar selalu terpinggir dari pelbagai aspek untuk menyaingi kawasan bandar yang jauh lebih maju. Kawasan luar bandar secara amnya tertinggal dari segi ekonomi, kemudahan fizikal yang menyokong kemajuan sesuatu kawasan serta tertinggal dari segi aspek sosiologi.

a) Kehidupan Masyarakat Yang Primitif

Di dalam membincangkan isu ini, ia lebih melihat kepada sesetengah masyarakat orang asli yang masih tinggal di dalam hutan hutan belantara di Malaysia. Terdapat golongan yang masih berpegang kuat kepada amalan tradisi mereka yang telah diwarisi sejak dahulu lagi. Ini termasuklah fahaman terhadap penghijrahan seseorang ahli komuniti orang asli ke kehidupan moden. Mereka percaya sekiranya mereka bertukar cara hidup akan mengakibatkan bala bencana akan menimpa diri mereka. Kepercayaan animisme yang dianuti oleh mereka masih utuh terutama sekali bagi golongan tua yang mungkin telah melaluinya secara tidak sengaja dan menjadi ikutan mereka sehingga kini. Oleh yang demikian, pegangan dan fahaman kepada ajaran animisme yang dianuti oleh mereka mengakibatkan masyarakat orang asli tersebut tidak dapat memajukan hidup dan masyarakat mereka. Oleh itu, pembangunan yang ingin dibawa adalah sukar yang mana pihak pelaksana tidak dapat menjelaskan kepentingannya kepada golongan tersebut (Zulkifly Mustapha, 1988).

Bagi sesetengah masyarakat Melayu tradisional, mereka beranggap bahawa pembangunan tanah melalui proses pengambilan tanah untuk tujuan pembinaan bandar bandar baru di tempat mereka boleh mengakibatkan mereka akan kehilangan tanah dan akan bertambah miskin disebabkan tiada tanah untuk digunakan bagi menjalankan aktiviti pertanian sara diri yang telah diamalkan oleh mereka sejak dari turun temurun. Mereka ini juga khuatir, pembangunan fizikal dan pemodenan ini akan menjejaskan amalan tradisi mereka yang menjadi ikutan mereka sejak zaman berzaman.b) PendidikanMasyarakat luar bandar terutamanya anakanak kecil kurang atau tiada peluang untuk menimba ilmu pengetahuan akibat tiada kesedaran dalam kalangan para ibu bapa dalam memberikan pendidikan kepada anakanak. Pendidikan adalah satu faktor yang amat penting untuk kemajuan individu dan juga negara. Tanpa pendidikan sesebuah masyarakat mahu pun negara tidak mungkin dapat berjaya dan menyaingi negara dan masyarakat-masyarakat lain. Seperti yang diketahui umum, pendidikan mempunyai impak yang besar ke atas peluang-peluang kehidupan manusia untuk mendapatkan dan mengekalkan kualiti kehidupan sesebuah keluarga. Pendidikan juga boleh menjelaskan keupayaan seseorang individu dalam mengurus hidup yang berkualiti kerana faktor ekonomi dan sosial bergantung kepada pendidikan yang diterima. Pendidikan yang berkualiti sangat berkesan untuk membasmi kemiskinan, membina demokrasi, dan membentuk masyarakat yang sejahtera. Ia juga dapat memberi kuasa kepada individu, dengan memberi mereka suara, mendedahkan potensi mereka, menunjukkan jalan ke arah penyempurnaan diri, serta dalam masa yang sama dapat meluaskan pandangan dan pemikiran individu kepada dunia tanpa sempadan 9Tunku Shamsul Bahrin, P. D. A. Perera & Lim Hong Kow, 1986).. Melalui pendidikan juga, individu berupaya membina keyakinan diri untuk berhadapan dengan dunianya, menikmati kemudahan yang ada dalam persekitarannya, serta memahami diri sendiri. Pendidikan juga bertindak sebagai pemangkin kesejahteraan hidup dengan cara memimpin individu ke arah sumber-sumber ekonomi yang mantap, keupayaan kawalan diri, dan kestabilan hubungan sosial. Pendidikan yang berkualiti ini adalah satu konsep yang dinamik, berubah, dan berkembang mengikut masa serta berubah dalam konteks sosial, ekonomi, dan persekitaran setempat. Kekurangan kemudahan untuk belajar di luar bandar menyebabkan masyarakat luar bandar terutamanya golongan muda semakin ketinggalan daripada masyarakat bandar. Sekolahsekolah di luar bandar seperti di pedalaman Sarawak adalah amat berkurangan. Hal ini demikian kerana, timbulnya masalah-masalah yang disebabkan oleh kesulitan kepada pihak- pihak berwajib untuk membawa kemudahan tersebut ke kawasan yang terbabit.c) Tiada Inisiatif Masyarakat Untuk Keluar Daripada Kepompong Kemiskinan

Kemiskinan adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan, namun begitu tidak semestinya mereka yang dibelenggu kemiskinan tidak perlu berusaha untuk keluar daripada kepompong kemiskinan tersebut. Kebanyakan individu yang berada dalam kemiskinan adalah mereka yang kurang berusaha dalam memastikan peluang ekonomi sentiasa ada. Sikap sesetengah golongan masyarakat yang bersikap malas menyebabkan mereka sentiasa dibelenggu kemiskinan tanpa melakukan sebarang inisiatif atau usaha untuk menyelesaikan masalah tersebut. Masyarakat luar bandar terutamanya, mereka sentiasa mengharapkan bantuan kerajaan untuk memastikan mereka dapat keluar daripada belenggu kemiskinan. Kerajaan sebenarnya sudah banyak memberi bantuan kepada mereka yang dibelenggu kemiskinan dan kemunduran, namun begitu setiap bantuan yang dihulurkan tidak digunakan sebaik mungkin oleh individu atau keluarga yang mendapat bantuan tersebut. Kerajaan juga memberikan bantuan kepada mereka yang berminat untuk berniaga, namun hingga kini masih kurang yang melibatkan diri dalam peluang perniagaan yang disediakan tersebut, dengan alasan tidak berani mengambil risiko dan sebagainya.

d) Jarak Dan Laluan Yang Jauh Dari Pusat Bandar Yang Terdekat

Terdapat sesetengah penempatan desa di Malaysia tidak dapat dilalui melalui jalan jalan raya seperti penggunaan sungai sebagai medium laluan bagi masyarakat luar bandar untuk mendapatkan kemudahan dan bekalan dari bandar bandar yang berhampiran. Seperti di kawasan pendalaman di Pahang, Sabah dan Sarawak, penggunaan perahu panjang dan pengangkutan udara telah menjadi medium untuk memudahkan pergerakan masyarakat desa. Terdapat juga tempat yang menggunakan perkhidmatan kereta api seperti di Kelantan sebagai alat pengangkutan yang efektif untuk memudahkan pergerakan masyarakat luar bandar. Dengan tiadanya kemudahan perhubungan ini, pembangunan sukar untuk dibawa ke kawasan penempatan tersebut serta proses pemodenan kawasan luar bandar juga terbantut atau terpaksa ditangguhkan dulu (Kamaruddin Ngah & Rahmat Azam Mustafa, 1991).3.0KAEDAH MENGATASI KEMISKINAN LUAR BANDARPenyelesaian Keadaan kemunduran dan kemiskinan di luar bandar amat membimbangkan hal ini demikian kerana, kemunduran dan kemiskinan di luar bandar secara tidak langsung akan menyebabkan kemunduran ekonomi negara pada masa akan datang. Oleh itu, bagi merealisasikan matlamat Malaysia untuk menjadi sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020, masalah kemiskinan dan kemunduran yang terus menjadi isu besar terutamanya yang melibatkan masyarakat luar bandar dan pedalaman perlu diatasi dengan sebaik mungkin. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telah menjalankan tanggungjawab untuk membantu kerajaan menghapuskan masalah kemiskinan dan kemunduran dalam kalangan masyarakat luar bandar.a) Pemantapan Latihan Kepada Golongan Belia Dan Pembangunan Modal InsanCadangan ini sesuai bagi isu penghijrahan golongan belia ke bandar dan masalah tanah rizab Melayu berbilang pemilik. Belia merupakan tenaga kerja luar bandar yang paling efektif sejajar dengan usia mereka. Kebanyakan belia belia luar bandar ini pernah berpengalaman di dalam mengerjakan tanah tanah pertanian milik keluarga, jadi kerajaan melalui agensi- agensi pembangunan pertanian seharusnya menyediakan kelas latihan dan kursus kepada mereka meliputi pemodenan sistem pertanian dan kerjaya sebagai usahawan tani. Untuk menjayakan program ini, latihan, tenaga pengajar dan perkakasan seharusnya disediakan untuk kegunaan bersama. Masalah bagi tanah-tanah rizab Melayu berbilang pemilik boleh diatasi melalui campur tangan kerajaan di dalam melaksanakan penyatuan tanah-tanah rizab Melayu yang bukan tapak rumah untuk kegunaan pertanian. Tanah- tanah tersebut akan dijadikan ladang yang mana pembayaran sewa tapak adalah berasaskan kepada keluasan tanah yang diserahkan kepada pemilik berdaftar dan pembayaran upah mengikut hasil yang diperolehi. Di samping itu juga, kerajaan boleh mendapatkan mana-mana tanah di dalam kawasan kampung untuk dijadikan sebagai pusat komersil pertanian bagi menggalakkan penglibatan golongan belia desa di dalam aktiviti keusahawanan tani. Walaupun demikian, penerapan disiplin harus dititikberatkan bagi menjamin kejayaan program ini. Pembangunan modal insan ini dipandang serius oleh bekas perdana menteri, Tun Abdullah bin Hj. Ahmad Badawi. Bagi beliau, sesebuah negara yang maju perlulah mempunyai modal insan yang berkualiti bagi memastikan masa depan negara terus berdaya saing. Perkara ini tidak hanya tertumpu kepada masyarakat bandar sahaja, bahkan pembangunan modal insan ini ditumpukan kepada masyarakat luar bandar. Antara langkah kerajaan dalam menjayakan misi ini ialah dengan memberi pendidikan dan kemahiran yang bersesuaian kepada masyarakat luar bandar mengikut sumber dan ciri-ciri masyarakat tersebut. Oleh itu, dapat kita lihat pada hari ini kempen satu desa satu industri yang telah membawa kemahiran masyarakat luar bandar kepada dunia perniagaan.

Selain itu, kemahiran kemahiran lain seperti memasak, bertukang dan sebagainya turut diajar kepada mereka. Semua peranan itu bukan sahaja dimainkan oleh agensi kerajaan seperti MARA tetapi juga sektor swasta seperti kolej kolej. Dengan ini, masyarakat luar bandar dapat bersaing dengan pasaran semasa sekaligus mengeluarkan mereka daripada belenggu peminggiran.

Langkah lain yang boleh digunakan bagi pembangunan modal insan ini ialah pendidikan formal untuk kanak kanak bermula dari usia lima tahun. Dengan pendidikan ini, minda kanak kanak dapat dibentuk secara lebih baik dan melatih mereka mengenai sesuatu sebelum melangkah di alam persekolahan. Bagi menarik minat masyarakat terhadap langkah ini, kerajaan telah menambah prasarana ICT di sekolah sekolah dan taska.b) Pusat Transformasi Luar Bandar

Menyedari akan hakikat ini, seluruh negara di dunia yang terdiri daripada pihak kerajaan serta dibantu oleh agensi-agensi swasta kini bertungkus lumus dalam membantu mewujudkan program bagi meningkatkan dan memajukan taraf hidup serta ekonomi penduduk luar bandar. Menurut Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak, perlaksanaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) merupakan satu fasa pembangunan luar bandar yang terakhir pembangunan luar bandar di negara kita. Oleh itu, pengwujudan RTC merupakan satu agenda kerajaan dalam membantu meningkatkan ekonomi dan taraf hidup penduduk luar bandar. Menurut Menteri di Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), pengwujudan RTC ini merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan dalam memperhebatkan pembangunan luar bandar dan perlaksanaan RTC ini akan dilaksanakan secara komprehensif seiring dengan wawasan Perdana Menteri bagi mendahulukan kepentingan rakyat luar bandar. Pengwujudan dan perlaksanaan RTC

ini merangkumi kesemua aspek, di mana bukan sahaja tertumpu kepada usaha untuk menyediakan kemudahan infrastruktur seperti bekalan air, elektrik dan juga kemudahan jalan kampung sahaja, namun turut membantu penduduk luar bandar bagi meningkatkan ekonomi mereka. Pendekatan yang digunakan ini dapat membantu dalam meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar tanpa mengira bangsa dan keturunan, sekaligus dapat mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar.

Penubuhan RTC ini adalah merupakan program yang utama dan membangunkan kawasan luar bandar secara menyeluruh. RTP merupakan pelengkap kepada program transformasi menyeluruh negara yang bertujuan untuk mentransformasikan kawasan luar bandar supaya mampu menarik pelaburan swasta, menyediakan peluang pekerjaan dan kegiatan ekonomi serta menggalakkan generasi muda kembali berkhidmat.Bagi mencapai strategi ini, pelbagai langkah boleh diambil seperti penggunaan teknologi bagi mempelbagaikan produk pengeluaran dan bantuan pemasaran serta nasihat oleh pihak pihak tertentu. Perkara ini jelas ditunjukkan melalui program yang diperkenalkan oleh MARDI dengan penggunaan jentera dalam pertanian dan sebagainya. Agensi pemasaran seperti FAMA menjadi pemangkin dalam memasarkan produk luar bandar ke peringkat lebih baik. Selain itu, Dapat kita lihat bagaimana agensi ini membuka pasar tani di seluruh negeri khas bagi golongan miskin berniaga dan memasarkan produk mereka.

Langkah langkah ini tidak hanya tertumpu kepada pihak luar semata mata, tetapi oleh masyarakat luar bandar itu sendiri. Oleh yang demikian, langkah memperkukuhkan ekonomi masyarakat melalui penubuhan koperasi dan persatuan dilihat mampu menjadi landasan kepada kemajuan luar bandar baik dari sudut pembangunan fizikal mahupun ekonomi. Melalui persatuan ini pelbagai program dapat dibuat dan disokong pula dengan kewangan daripada pihak koperasi.c) Pembangunan Lestari

Isu pemanasan global dan gangguan terhadap keseimbangan ekologi alam sekitar telah menjadi topik hangat pada masa kini. Namun untuk mengatasi masalah ini 100% adalah sukar. Sebaliknya, pengekalan nilai estetika luar bandar dengan menghalang perbandaran bagi kawasan perempatan tradisional boleh dilaksanakan. Kita boleh lihat di sesetengah penempatan di negara negara Eropah. Walaupun negara-negara tersebut maju, namun pengekalan nilai alam sekitar juga menjadi keutamaan mereka. Pembukaan kawasan kawasan hutan rizab bagi tujuan pembangunan fizikal sebaik-baiknya hendaklah dielak sama sekali. Sebaliknya bandar- bandar lama yang pernah menjadi pusat pembangunan ekonomi setempat sepatutnya dibangunkan semula melalui projek pembangunan semula bandar. Manakala pekan- pekan kecil pula bolehlah dinaikkan tarafnya. Namun, penempatan desa ini seharusnya dimodenkan tanpa menjejas suasana persekitaran desa. Penyediaan kemudahan kemudahan asas pula seharusnya mengambil kira sentiment kepentingan alam sekitar kawasan luar bandar. Pembinaan unit-unit hartanah baru di kawasan luar bandar seharusnya dielakkan (Ahmad Mahdzan Ayob, 1997). Masalah global ini kebanyakannya berpunca dengan perlaksanaan pembangunan fizikal seperti pembukaan bandar-bandar baru, pembinaan unit- unit hartanah dan pembinaan kawasan pertanian yang berskala besar.d) Melahirkan Sikap Dan Keterbukaan Minda

Strategi ini merupakan kunci bagi mengatasi peminggiran luar bandar. Hal ini kerana sikap dan minda masyarakat perlu dibentuk agar lebih menerima pembangunan dan tidak hanya menjadi boneka semata mata. Apabila sikap dan minda mereka mengarah kepada sesuatu yang positif dan terbuka, sudah pasti mereka sendiri mempunyai keinginan untuk lebih kehadapan. Pendedahan masyarakat mengenai peranan mereka dan perkembangan semasa melalui ceramah dan expo -expo boleh meningkatkan tahap kesedaran mereka. Selain itu, langkah jangka panjang seperti pembangunan sistem jalur lebar mampu mengurangkan jurang antara masyarakat bandar dan luar bandar. Langkah ini dapat dilihat melalui perlaksanaan perpustakaan desa yang bukan sahaja bergantung kepada bacaan buku semata-mata bahkan kemudahan komputer dan internet juga. Dari masa ke semasa, perkembangan jalur lebar ini kian terasa melalui program jalur lebar yang dikendalikan oleh pihak swasta.

Di dalam usaha mengatasi kemiskinan luar bandar ini, Malaysia menekankan kepada beberapa aspek pertamanya, peningkatan daya pengeluaran aktiviti-aktiviti nelayan dan petani agar hasil pengeluaran mereka bertambah. Kedua, pengurangan pengangguran di kalangan kaum belia di luar bandar dengan meningkatkan peluang pekerjaan, misalnya dengan mengadakan rancangan-rancangan tanah yang baru atau rancangan pemulihan tanah terbiar. Ketiga, memajukan sektor pertanian dengan pendekatan bersepadu agar ekonomi desa dapat memasuki sektor perindustrian khususnya perindustrian desa dan keempat, meninggikan mutu hidup penduduk luar bandar dengan memberi kemudahan-kemudahan asas seperti bekalan, air, elektrik, perkhidmatan kesihatan dan pelajaran (Musa Hitam 1983/1984).

Usaha-usaha begini menjadi lebih jitu apabila Dasar Ekonomi Baru dilancarkan. Ada tiga strategi pembasmian kemiskinan yang diperkenalkan di dalam Dasar Ekonomi Baru ini. Pertama, menambahkan pendapatan melalui penggunaan teknologi moden agar meningkat produktiviti kumpulan sasaran. Ini dilakukan melalui peranan aktif agensi-agensi kerajaan, mengemaskinikan perkhidmatan dan memperluaskan liputan infrastruktur asas di kawasan luar bandar. Kedua, menambahkan peluang-peluang pekerjaan dengan menukar lapangan kegiatan. Ia melibatkan langkah memajukan tanah yang baharu seperti rancangan FELDA, perusahaan, perkhidmatan, peluang-pelaung dalam bidang pelajaran dan pertanian moden. Ketiga, memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan itu sendiri melalui pengawalan dan pertambahan bilangan penduduk dan perubahan dalam susunan ekonomi dengan memperluaskan bidang perindustrian, khususnya dengan menggalakkan penglibatan pelaburan asing.

Trend yang sama juga menjadi kepercayaan organisasi-organisasi masyarakat, institusi-institusi akademik dan kebanyakan individu di Malaysia. Pergerakan Pemuda UMNO misalnya, setelah mendapati strategi Dasar Ekonomi Baru menghadapi jalan buntu apabila berlakunya kegawatan ekonomi dalam pertengahan lapan-puluhan, mencadangkan agar kemiskinan diatasi melalui kaedah-kaedah berikut: Pertama, pemantapan peranan dan pelaksanaan badan-badan institusi kerajaan agar dapat menyelaras pelaksanaan dasar, mengawal penyelewengan dan rasuah, pembaziran, tindih menindih projek dan penyelewengan subsidi dan konflik kepentingan. Kedua, penyusunan semula dan pembangunan rancangan tanah ala FELDA, dengan mengkaji semula dasar, penyusunan semula program dan projek agar produktiviti bertambah dan memberi peluang baru kepada rakyat. Ketiga, mengatasi pengangguran dan meningkatkan peluang pekerjaan. Keempat, memajukan perindustrian negara terutamanya industri berasaskan pertanian (agro-based) dan pembuatan dan industri berat. Kelima, memaju dan membangunkan kawasan bandar untuk mengatasi masalah setinggan dan menghalang mereka dari bertambah dan merebak. Keenam, meneruskan strategi Dasar Ekonomi Baru dalam penyusunan semula masyarakat untuk membasmi kemiskinan. Ketujuh, meneruskan dasar luar yang berkecuali agar perhubungan antarabangsa dapat dijalin dengan baik (Biro Kemiskinan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia 1987).

Selain itu, institusi akademik, misalnya Institut Pertanian Malaysia pula mengesyorkan beberapa kaedah mengatasi kemiskinan seperti berikut:

i. Reformasi Tanah Dan Pengagihan Harta

ii. Peningkatan Penyelarasan Penyaluran Faktor Pengeluaran (Seperti Pengeluaran Teknologi, Perkhidmatan Pengembangan, Kemudahan Kredit, Pengurusan Dan Pemasaran)

iii. Insentif Kewangan Dan Pencukaian

iv. Pengubahan Sikap Kepimpinan Di Semua Peringkat, Dari Kepimpinan Politik, Pegawai Kerajaan, Dan Pemimpin Tempatan

v. Peluang Pendidikan Dengan Menilai Semula Sistem Penempatan Anak-Anak Miskin Yang Berpotensi Ke Sekolah-Sekolah Yang Mempunyai Kemudahan Lengkap

vi. Pembentukan Model Baru Pembangunan Yang Lengkap Dan Menyeluruh (Holistic Model) Di Mana Perancangan Memerlukan Pertimbangan Faktor Seperti Mobilisasi Modal, Tenaga Buruh Dan Mengubah Kuasa Pemilikan Sebahagian Besar Sumber Pengeluaran

vii. Sistem Pertanian Bercorak Perniagaan

viii. Pembinaan Bandar-Bandar Baruix. Penubuhan Pusat Pengajian Kemiskinan untuk menyelaras segala usaha mengkaji masalah kemiskinan dan membentuk pendekatan-pendekatan pembasmian kemiskinan yang dilaksanakan oleh institusi-institusi yang ada (Institut Pertanian Malaysia 1983/1984:136-137).Sebenarnya, di tengah-tengah tumpuan kepada hal-ehwal material dan non-material luaran manusia ini, ada juga pihak-pihak tertentu yang mula sedar bahawa tindakan-tindakan meninggikan pengeluaran, memperbanyakkan peluang-peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan orang miskin sebenarnya tidak cukup untuk mengatasi masalah kemiskinan. Ini semua, kata mereka, hanya membawa kesan lahiriah sahaja. Bagi mereka, tindakan lebih tepat ialah dengan menggunakan satu pendekatan yang menitikberatkan manusia (human oriented approach), yang merangkumi nilai-nilai keadilan, kesamarataan dan kepimpinan yang baik dan jujur untuk melahirkan sebuah masyarakat yang beretika dan progresif, dan menguatkuasakan perubahan struktur dalam ekonomi (Aliran 1980:15). Walaubagaimanapun pun, penghuraian mendalam tentang hal ini tidak dilakukan dan kaedah bagaimana ini semua boleh dicapai tidak dikemukakan secara jelas dan sistematik, malah hampir tidak ada langsung.

4.0KESIMPULANLuar Bandar merupakan benteng penampan keseimbangan alam sekitar sejak dahulu lagi. Selain sebagai tempat penyumbang sumber-sumber ekonomi, ia juga bertindak sebagai tempat beriadah dan menenangkan fikiran bagi kebanyakan masyarakat bandar. Walaupun demikian, masalah yang timbul ialah kawasan-kawasan luar bandar ini kurang mendapat tumpuan oleh pihak kerajaan terutama sekali bagi kawasan- kawasan yang tidak mempunyai kepentingan ekonomi yang baik kepada sektor ekonomi negara. Usaha-usaha pihak kerajaan adalah seperti melalui agensi-agensi yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah ini seperti Kementerian Luar Bandar dan Wilayah, program Pembangunan Modal Insan Luar bandar, Gerakan Desa Wawasan dan sebagai. Kesemua usaha kerajaan ini sedikit sebanyak menunjukkan kesan yang positif, seperti pengurangan bilangan kadar miskin tegar luar bandar

Rujukan

Ahmad Mahdzan Ayob. (1997). Pembangunan Pertanian : Ekonomi dan Bukti Empirik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.Kamaruddin Ngah & Rahmat Azam Mustafa. (1991). Pengenalan Perancangan Pembangunan Wilayah. Penerbit Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.Md. Shukri Shuib. (2007). Agenda basmi kemiskinan. Utusan Malaysia, September 2007S. Robert Aiken, Thomas R. Leinbach, Colin H. Leigh, Michael R. Moss. (1994). Pembangunan dan Persekitaran di Semenanjung Malaysia. (Terjemahan Sulong Mohamad). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Tunku Shamsul Bahrin, P. D. A. Perera dan Lim Hong Kow. (1986). Kemajuan Tanah dan Penempatan Semula di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulkifly Mustapha (1988) : Pembangunan Desa, Kemiskinan dan Ketaksamaan di dalam Chamhuri Siwar dan Mohd Haflah Piei (ed.). Dasar dan Strategi Pembasmian Kemiskinan. Kumpulan Rencana Tentang Kemiskinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15