globalisasi

41
Apakah globalisasi? Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia didunia ini. Ini bermakna segala- galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan. Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat

Upload: ash-asvin

Post on 18-Jan-2016

34 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Apakah globalisasi

TRANSCRIPT

Page 1: Globalisasi

Apakah globalisasi?

Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia dibawah satu unit yang

sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara Melalui

proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan

langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang

disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet,media

elektronik,dan teknologi siber. Perkembangan ini memungkinkan perhubungan diantara

sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat

dilakukan dalam tempoh yang singkat.

Menurut Kamus Dewan globalisasi didefinisikan sebagai fenomena yang menjadikan

dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan

teknologi maklumat. Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu

proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan

seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia

didunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia

tanpa sempadan.

Dalam era globalisasi ini, dunia semakin dikecilkan ruangnya daripada yang asal. Jika

dulu dunia ini seluas saujana mata memandang dan dipagari dengan sempadan-

sempadan namun kini ia tidak berlaku lagi. Malah pada hari ini kita telah dapat

merasakan apakah dia itu globalisasi. Ledakan teknologi maklumat yang pesat

merupakan medium utama kepada agenda globalisasi ini.

Dunia bukan sahaja tidak bersempadan geografi tetapi pengaruh globalissasi

menjangkau sempadan ekonomi,teknologi ,bahasa, budaya, ideologi, politik dan dari

segenap aspek kehidupan sesebuah masyarakat.

Page 2: Globalisasi

Kerajaan Malaysia memberi keutamaan kepada globalisasi ekonomi. Disamping itu, ia

memberi perhatian besar kepada globalisasi maklumat dan ilmu dan globalisasi saintifik

serta teknologi Kesungguhan Kerajaan dalam menangani tiga jenis globalisasi ini jelas

kelihatan pada berbagai-bagai bentuk wacana di peringkat nasional dan peringkat

antarabangsa seperti dialog, seminar, persidangan dan forum dan juga pada

penubuhan berbagai-bagai jenis institusi dan projek. Koridor Raya Multimedia (MSC)

adalah simbol harapan serta kemegahan Malaysia dalam menyahut panggilan

globalisasi.

Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir & gaya

bertindak dari satu daerah dunia kpd daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti

luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu

sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh

dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.

Lodge (1993) mendefinisikan globalisasi sebagai:

"... a process forced by global flows of people, information, trade and capital. It is

accelerated by technology, which is driven by only a few hundred multinational

corporations and may be harmful to the environment. There in lies the conundrum of

whether it is wise to leave globalization in the hands of these few corporations, or might

it not make more sense to seek greater involvement from the global community.

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap:

(A) Ekonomi

Dalam globalisasi ekonomi, telah berlaku peningkatan dalam kebergantungan

perniagaan terhadap ekonomi. Firma-firma dan perniagaan terus meningkat dan

berlakunya peningkatan dalam pelaburan asing secara langsung di dalam aktiviti

ekonomi sesebuah negara. Globalisasi ekonomi dapat di lihat melalui perluasan

perusahaan melampaui sempadan negara .

Page 3: Globalisasi

Perspektif ini dapat dilihat melalui tiga tahap.

* Pertama ialah perusahaan antarabangsa yang mempunyai aktiviti diluar sempadan

nasional dan meliputi eksport,import dan penghasilan bukan mentah.

* Kedua ialah perusahaan multi nasional, iaitu perusahaan yang menjalankan aktivitinya

di berbagai negara.

* Ketiga ialah perusahaan global yang melihat ekonomi dunia sabagai satu.

Perusahaan tersebut mendapatkan bahan mentah dan menjual barangan secara

global.

Di samping perdagangan bebas, globalisasi ekonomi juga boleh dikaitkan dengan

perkembangan syarikat-syarikat korporat di dunia. Syarikat-syarikat korporat juga

menuju ke arah globalisasi. Telekom Malaysia Berhad juga mempunyai matlamat ke

era globalisasi iaitu menjadi Syarikat bertaraf dunia "world class telecommunications"

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap

(B) Teknologi

Kehidupan manusia di masa akan datang banyak bergantung kepada teknologi.

Teknologi akan menjadi begitu canggih hinggakan komputer yang ada pada hari ini

yang mempunyai sistem yang berubah dengan cepat dan laju. Era globalisasi yang

sedang berlaku hari ini pasti akan memberikan peningkatan dan perubahan yang lebih

ketara dalam bidang teknologi.

Antara bidang teknologi yang cepat maju dan canggih adalah bidang teknologi

maklumat dan komputer. Bill gates (1996), peneroka bidang komputer yang terkenal,

dapat memasarkan aplikasi keluaran Window ke serata dunia . Perkembangan

teknologi yang begitu pesat pada masa ini di seluruh dunia memerlukan tindakan

segera pembangunan sumber manusia untuk memberi latihan, pengetahuan dan

kemahiran tentang teknologi maklumat, robotik dan sebagainya.Kehidupan manusia

semakin banyak bergantung kepada komputer dan teknologi di era globalisasi hari ini

Page 4: Globalisasi

Pembangunan sumber manusia menjelang tahun 2000 akan mencapai nisbah tenaga

manusia saintifik dan teknologi yang lebih tinggi daripada sekarang iaitu kira-kira 1000

bagi setiap sejuta penduduk di Malaysia .

Pengetahuan dan kemahiran pula akan berorientasikan gabungan disiplin teknikal,

statistik dan berasaskan komputer. Gabungan disiplin ini akan melengkapkan tenaga

manusia masa hadapan untuk mengendalikan teknologi baru dan yang akan muncul

seperti teknologi pembuatan berautomasi, bahan-bahan terbaru, bio-teknologi,

elektronik dan teknologi maklumat.

Di samping itu, kegiatan institusi pendidikan dan latihan akan ditumpukan ke arah

menghasilkan kemahiran dalam bidang teknologi maklumat dan literasi komputer.

Langkah kerajaan Malaysia membina Lebuh Raya Multi Media , Universiti Multi Media

dan Pusat Pentadbiran Kerajaan Berelektronik yang kita telah maklum sekarang adalah

langkah yang bijak untuk persediaan tenaga manusia yang akan menggunakan

teknologi maklumat dalam tugas-tugas harian dan juga dalam kehidupan seharian nanti

di dalam era globalisasi.

Apakah impikasi serta kesan globalisasi terhadap

(C) Kebudayaan sebuah negara

Kebudayaan merupakan cara hidup seharian manusia dalam sesebuah masyarakat

atau organisasi. Pada zaman dahulu manusia dalam sesebuah masyarakat itu sanggup

berperang kerana mempertahankan budaya hidup mereka yang dicemar atau

dicerobohi oleh pihak lain. Bagaimana pun cara hidup manusia hari ini sudah banyak

berubah dan menuju globalisasi.

Page 5: Globalisasi

Terdapat beberapa kategori kebudayaan di dunia ini yang telahpun berada dalam

bentuk globalisasi.

Budaya Makan

Makanan Jepun sudah ada di Amerika. Makanan Amerika pula semakin popular di

JepunMc Donald mempunyai 10,500 restoran di 50 buah negara di dunia Kentucky

Fried Chicken mempunyai lebih daripada 7,750 restoran di 58 buah negara.

Budaya Fesyen

Antara jenis fesyen pakaian yang digemari di seluruh dunia adalah seperti : seluar Jean

Levi, Pierre Cardin (pakaian perempuan), Yves Saint Laurent, pakaian sukan Esprit dan

pakaian Laura Ashley.

Budaya Kerja

Syarikat pengeluaran di era globalasasi juga terdiri daripada berbilang kaum dari

negara-negara di dunia. Umpamanya, syarikat Esprit - di mana ketua grafiknya dari

Jepun, juru gambarnya dari Itali, arkiteknya dari Perancis dan Itali.

Budaya Muzik dan Hiburan

Muzik Jazz dan disco telah menguasai dunia. Tempat hiburan seperti Disneyland juga

diadakan di negara di luar Amerika , seperti di Jepun dengan panggilan Tokyo

Disneyland (1987) dan di Marne-la-Valle di Paris dengan panggilan Euro Disneyland

(1992).

Page 6: Globalisasi

Budaya Bahasa

Pada masa ini, bahasa Inggeris adalah alat yang penting untuk perhubungan secara

global. Sekarang terdapat satu bilion manusia yang bercakap dalam bahasa Inggeris

dan pada tahun 2000 jumlah tersebut meningkat kepada 1.5 bilion.

Pendidikan

Pendidikan di Malaysia adalah tidak statik dan ia boleh berubah-ubah dari satu masa ke

suatu masa. Banyak sebab mengapa pendidikan menjadi sesuatu yang dinamik. Ia

boleh berubahsejajar dengan perubahan sistem politik yang memerintah, keperluan

negara, keperluan individudan perkembangan ilmu itu sendiri sama ada diperingkat

rendah mahupun di peringkat tinggi.Imperialisme pendidikan sering berlaku dan ia

memberi kesan yang mendalam terhadap peradaban dan tamadun negara. Di

Malaysia, imperialisme pendidikan boleh dikaji melalui;

a.Perubahan pada kurikulum pendidikan

b.Perubahan pada sistem pendidikan

c.Falasafah pendidikan

d.Penggunaan teknologi maklumat

e.Pendemokrasian pendidikan

f.Agama dan gejala sosial

g.Integrasinasional

Page 7: Globalisasi

Perubahan kurikulum pendidikan

Perubahan pada kurikulum sekolah adalah perlu sejajar dengan perubahan-perubahan

gunatenaga manusia. Justeru itu Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) dan

Kurikulum BaruSekolah Menengah diperkenalkan didalam sistem pendidikan Malaysia.

Kurikulum perlu bersifatfuturistik di mana keperluan masa kini dan masa hadapan dapat

dipenuhi oleh sistem pendidikan.Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR ±1983) dan

Kurikulum Baru Sekolah Menengah(KBSM ± 1988) telah diwujudkan untuk membentuk

satu konsep kesepaduan antara perkembangan intelek, rohani, emosi dan jasmani

individu secara menyeluruh. Atas kesedaraninilah usaha menerapkan nilai-nilai murni

disarankan dalam setiap matapelajaran. Ini bersesuaiansekali dengan gagasan untuk

membina masyarakat penyayang yang disarankan oleh Wawasan2020.

Kesimpulan

Cabaran globalisasi masa kini memerlukan pembentukan generasi muda yang berdaya

tahan melalui ilmu dan kemahiran Berdasarkan beberapa aspek globalisasi yang telah

dibicarakan dapatlah dikatakan bahawa dunia hari ini atau di abad ke-21 sedang

menghadapi satu cabaran dan perubahan yang sangat hebat yang belum pernah

berlaku di abad yang lalu. Cabaran globalisasi dan implikasi terhadap ekonomi, budaya

dan teknologi adalah luas dan mempunyai kesan yang negatif dan positif. Penerimaan

terhadap perubahan haruslah difikirkan dan diterima secara positif dan membina untuk

kemajuan diri,keluarga,agama,bangsa dan negara

Page 8: Globalisasi

CABARAN GLOBALISASI: KESANNYA KEPADA REMAJA

DUNIA kini semakin rumit dan berserabut. Jika ada dua perkataan yang dapat

menggambarkan situasi yang kini sedang berkembang dalam dunia dewasa ini adalah

"kekeliruann dan "kepalsuan".

Apakah yang lebih mengelirukan bagi generasi pewaris jika mereka dalam suatu

keadaan sedang menyaksikan kehidupan manusia yang berada di dalam kekaburan

dan kesamaran untuk menentukan destinasi hidup yang sebenar? Di suatu waktu

golongan muda kita diperdengarkan mengenai slogan keadilan dan kebenaran tetapi di

waktu yang lain mereka menyaksikan perbuatan yang zalim dan pemalsuan di atas

nama keadilan dan kebenaran itu sendiri.

Sesungguhnya kekeliruan dalam pemikiran dan tanggapan terhadap erti kesejahteraan

dan kemakmuran hidup telah membawa kepada krisis yang semakin kusut dan tragedi

yang amat besar kepada kemanusiaan di waktu ini. Komplot dikelirukan di atas nama

kebersamaan, monopoli kekayaan di atas nama pertumbuhan ekonomi, dominasi

budaya di atas nama liberalisasi, penindasan golongan lemah di atas nama demokrasi,

hedonisme di atas nama kebebasan individu peminggiran di atas nama urbanisasi dan

penjajahan di atas nama pasaran bebas.

Semua ini sedang dihidangkan kepada generasi pewaris. Dalam jangka masa panjang

yang palsu jika diulangi dan diperkukuhkan dengan kenyataan yang tidak disanggah,

akhirnya akan menjadi persepsi yang dianggap benar dan terus dilanjutkan serta

kadangkala dipertahankan tanpa soal.

Kita kerap memperkatakan sesuatu yang sering tidak kita fahami tetapi akibat dari

sogokan yang bertubi-tubi melalui pelbagai media ia sudahnya diterima. Di zaman ini

tidak ada ungkapan dan laungan yang paling tertonjol dan didengari dan dianggap

sebagai benar oleh hampir semua pemegang kuasa dan khalayak awam melainkan

Globalisasi.

Page 9: Globalisasi

Ramai yang sudah hampir yakin dengan penuh taqlid bahawa fenomena globalisasi

adalah suatu realiti yang perlu diakui. Sejauh mana dan ke mana arah sebenarnya

globalisasi akan membawa kita hampir tidak dapat diteliti dengan waras dan saksama

oleh pelbagai pemikir dan perancang.

Kita sekarang sebenarnya sedang berada di suatu zaman di mana proses

penyeragaman yang amat ketara sedang berlangsung. Akibat dari apa yang dikatakan

globalisasi, kita sudah hampir pasti mengatakan kepelbagaian adalah satu

ketidaksempurnaan. Oleh yang demikian kita semakin akur mengatakan bahawa

globalisasi adalah suatu konsep yang benar dan tepat walaupun natijahnya jelas

membawa banyak kesan negatif daripada positif. Kita akan perhatikan bahawa hampir

semua aspek kehidupan kita sedang menjalani proses globalisasi yang sebenarnya

adalah untuk mengheret kita ke dalam suatu sistem hidup yang diseragamkan di

seluruh dunia.

Tidak ada aspek kehidupan yang tidak disentuh oleh proses globalisasi. Tidak ada

sektor pembangunan dan kemajuan sesebuah negara yang sepi dari sentuhan

glabalisasi. Namun begitu kita tidak pula nampaknya mengambil sikap yang kritikal

terhadap proses ini.

Dalam keghairahan untuk diglobalkan, kita semakin terputus dari budaya dan akar

sejarah kita sendiri. Suatu tanggapan yang tidak disedari sedang menjadi asas

pemikiran kita masa kini ialah semua sejarah bangsa mahupun negara tidak lagi

bermakna melainkan proses globalisasi adalah satu-satunya fenomena yang harus

membentuk seluruh tamadun hidup semasa.

Murni

Itulah hakikat globalisasi sebenarnya di mana ia adalah suatu proses penyeragaman

dan penyamarataan "semua untuk satu dan satu untuk semua". Globalisasi dilihat

sebagai suatu faham bahawa di dalam kehidupan ini tidak wajar lagi diiktiraf tanggapan

Page 10: Globalisasi

nilai murni dan mulia secara objektif. Akibat dari "nilai-nilai global" yang dibentuk serta

didalangi dan didukungi oleh faham dan pandangan hidup barat, maka kehidupan yang

dilandaskan oleh nilai-nilai mutlak berdasarkan pegangan agama tidak lagi dapat

diterima.

Apa yang disogokkan melalui globalisasi ialah segalagalanya perlu disamaratakan.

Dengan lain perkataan ia bermakna seluruh pandangan hidup dan nilai hidup

hendaklah diseragamkan tidak kira dari mana asas nilainya yang dibentuk. Ini

diterjemahkan dalam pelbagai dimensi hidup dari sekecil-kecil perilaku seperti

berpakaian sehinggalah ke sebesar-besar agenda di peringkat perhubungan

antarabangsa.

Lantaran globalisasi mempunyai Jentera penjananya sendiri iaitu badan-badan

konglomerat dunia yang sekali lagi berpaksi dan berpusat di barat maka kepentingan

globalisasi pada hakikatnya tidak lain daripada kepentingan barat jua. Globalisasi pada

hakikatnya tidak lebih daripada maksud dominasi. Laungan keadilan dan kesaksamaan

universal yang cuba dikaitkan dengan proses globalisasi hanya merupakan suatu

pemalsuan dan penyembunyian hakikat sebenar.

Kita sering tenggelam dan lemas dalam kejahilan yang amat ketara. Hampir jelas

globalisasi sebagai suatu istilah baru kepada gerakan yang lama tidak lagi dapat

difahami apatah lagi dianalisa dengan kritikal.

Semakin ramai penganalisis dunia kini telah memperakui globalisasi sebagai satu

kenyataan yang diterima dan perlu dijadikan premis yang benar dan tidak boleh

dipersoalkan lagi. Keghairahan pemikir-pemikir dan ahli-ahli akademik untuk menerima

globalisasi kini diperkukuhkan oleh badan-badan antarabangsa di atas pelbagai nama

yang amat mengkagumkan. Tanpa segan silu lagi mereka mengatakan bahawa

fenomena wujudnya "rakyat global" adalah suatu bentuk idealisme yang perlu diterima

oleh semua negara.

Page 11: Globalisasi

Demikianlah mendalamnya pemikiran globalisasi yang dijiwai oleh perancang-

perancang pembangunan di seluruh dunia sehingga tidak wujud lagi rasa curiga

terhadap kesan prosesnya yang dijana dan dicanangkan oleh kuasa-kuasa barat.

Tidaklah menghairankan kalau penganut-penganut globalisme ini akhirnya akan

mengatakan, kedaulatan sesebuah negara bangsa tidak perlu diwujudkan lagi kerana

mereka terus beranggapan bahawa apa yang dipanggil "dunia tanpa sempadan" adalah

kemuncak kemajuan. Dengan demikian mereka berasa puas untuk menjadi alat dan

hamba kepada pelbagai institusi global yang mengeksploitasi seluruh kepakaran dan

keahlian mereka bagi membuka dan merungkai segala halangan yang menyebabkan

sesebuah negara tidak memperakui globalisasi sebagai satu kemestian.

Kita menjadi semakin terhimpit apabila negara dankebanyakan pemimpin sudah

membuat komitmen untuk menyertai proses globalisasi ini. Apakah makna, ke arah

manakah tujuan dan apakah implikasinya, tidak menjadi persoalan penting. Apa yang

diutamakan adalah semua pihak perlu menyertai dan menyesuaikan diri untuk menjadi

lebih global.

Jika benarlah global itu bermakna lebih menyeluruh dan mengambilkira semua aspek

dan kepentingan setiap warga dunia, kenapakah realiti globalisasi yang sedang berjalan

kini tidak menunjukkan tanda tersebut melainkan semakin ketara fenomena dunia yang

bersifat unipolar sedang dikuasai oleh hanya satu blok kuasa iaitu blok barat sahaja.

Yang semakin jelas ialah bukan konsep menyeluruh itu yang sebenarnya ditekankan

tetapi sebaliknya konsep "semua untuk satu" jualah yang kini menjadi agenda barat.

Apabila kita ingin menyinggung persoalan cabaran dan kesan globalisasi ke atas

golongan remaja, sebenarnya kita sudah agak lewat untuk membuat suatu penilaian

kritikal bagi mempersiapkan golongan tersebut menghadapi fenomena ini. Malah kesan

globalisasi sudah terlalu awal lagi berada dalam kawalan kuasa besar dalam pelbagai

bentuk seperti badan ekonomi, badan korporat dan konglomerat teknologi.

Page 12: Globalisasi

Cabaran

Satu-satunya cabaran globalisasi yang perlu diperbahaskan di agenda paling atas

adalah cabaran ke atas aspek sosial budaya. Cabaran ini adalah suatu persoalan yang

sangat kritikal kerana sesudah terlerainya benteng sosio budaya sesuatu kelompok

masyarakat belia dapat disempurnakan maka segala usaha untuk menerobos bidang —

bidang yang lain akan menjadi lebih mudah.

Golongan muda sebahagian besarnya sudah terheret di dalam proses globalisasi sosio

budaya. Melalui pelbagai saluran, golongan belia akan menjadi dan terus menjadi

sasaran utama globalisasi yang didalangi oleh syarikat-syarikat multinasional dan

transnasional. Sesungguhnya tidaklah mengejutkan apabila sistem sosio budaya

masyarakat muda kini sudah dirungkai sehingga segala nilai tradisi kita kini sedang

melalui proses penghakisan yang amat ketara.

Adalah terlalu ketara untuk menafikan mengenai wujudnya keadaan di mana anak-anak

muda semakin menunjukkan tanda tercabut dari akar budaya, bangsa dan agamanya

sendiri. Dalam keghairahan untuk mengejari gaya hidup global yang ditandai oleh

pelbagai ciri kehidupan barat, anak-anak muda kita secara umumnya kini sudah tidak

merasa bersalah untuk meniru secara bulat budaya hidup barat. Kita dapat saksikan

globalisasi budaya ini dalam pelbagai bentuk kehidupan golongan belia.

Page 13: Globalisasi

Pengamatan yang jelas dapat membuktikan fenomena di atas boleh disaksikan dengan

insiden-insiden dan trend berikut:

* Pakaian jenama barat.

* Makanan segera keluaran barat.

* Minuman global yang ditaja oleh barat.

* Hiburan yang menonjolkan budaya barat.

* Media barat yang semakin membanjiri masyarakat muda.

* Rekreasi yang meniru ala barat.

* Dunia lakonan dan pembikinan filem cara barat

* Majlis-majlis sosial yang menonjolkan acara-acara ala barat.

* Produk rokok yang menajakan budaya hidup barat.

Kesimpulan Akhir

Demikianlah antara fenomena globalisasi yang kini sedang mencabar seluruh jati diri

golongan muda. Dari globalisasi kepada dominasi, golongan muda semakin terdedah

kepada kehidupan dan nilai keperibadian yang terputus dan terpisah jauh dari budaya

hidup timur.

Kita tidak mempunyai pilihan melainkan untuk meneliti secara kritikal dari implikasi

globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal. Golongan muda seharusnya berani

untuk menyanggah arus globalisasi bagi memastikan jati diri kita yang sebenar tidak

akan digadai. Hanya golongan muda yang mempunyai keberanian dan keyakinan diri

bahawa sementara kita ingin berinteraksi dengan dunia luar kita tetap akan terus yakin

dan tegas dalam mempertahankan kejatian diri kita. Tanpa kesedaran ini globalisasi

akan menenggelam dan melemaskan golongan muda dengan nilai dan pegangan hidup

yang sangat mengelirukan dan palsu.

Page 14: Globalisasi

Globalisasi, walau dikatakan punca banyak gelora and perubahan, mempunyai

maksud kesan kolektif perubahan itu sendiri. Globalisasi (secara khusus perubahan

yang kita lihat dalam kilang, kedai, dan seluruh spektra ekonomi dan cara kehidupan

kita) adalah disebabkan pergerakan empat bentuk modal dalam ekonomi global.

Keempat-empat modal ini adalah:

Modal pekerja (Imigrasi, Migrasi, Emigrasi, Penghantaran pulang, dll.)

Modal kewangan (Bantuan, Ekuiti, Hutang, Miutang, Pinjaman, dll.)

Modal sumber (Tenaga, Besi, Mineral, Kayu, dll.)

Modal kuasa (Ketenteraan, Perikatan, Pakatan, dll.)

Kebanyakan tekanan dan kekompleksan yang dihadapi adalah dalam hal ehwal macro

negara, masyarakat, dan interaksi antara mereka, boleh didasarkan kepada empat

pergerakan ini. Perhubungan yang dipermudah dengan kos telekomunikasi dan

perjalanan yang lebih rendah memungkinkan lebih ramai bilangan manusia kini,

berbanding masa lampau, berinteraksi dengan situasi yang tidak pernah dipertanding

dalam sejarah. Perbezaan budaya dan politik di semua peringkat berlaku dan boleh

diterangkan sebagai perbezaan pendapat antara dua atau lebih pihak tentang asas,

layanan, masa, milikan atau harga satu atau lebih pergerakan modal.

Dana Kewangan Antarabangsa menakrifkan globalisasi sebagai “ pergantungan

ekonomi yang semakin berkembang antara negara melalui kenaikan jumlah dan

kepelbagaian tukaran barangan dan perkhidmatan, pergerakan pelaburan

antarabangsa bebas, dan peresapan teknologi yang lebih pesat dan meluas ”. Pada

masa yang sama, Forum Antarabangsa mengenai Globalisasi mendefinasikan ia

sebagai "gerakan dunia kepada satu sistem ekonomi sejagat yang didominasi

perdagangan koperat dan institisi supranasional yang tidak dipertanggungjawab kepada

proses demokrasi atau kerajaan-kerajaan negara". [1] Walaupun ahli teori yang kritikal

seperti Immanuel Wallerstein menekankan yang globalisasi tidak boleh difahami secara

berasingan daripada sejarah perkembangan sistem kapitalis dunia [2] definasi-definasi

berlainan dan saling bertentangan ini menggariskan debat berterusan mengenai

peranan dan perhubungan kerajaan, koperasi dan individu dalam memaksimakan

kebajikan sosial dalam paradigma globalisasi. Kendatipun, ia jelas bahawa globalisasi

Page 15: Globalisasi

mempunyai aspek ekonomi, politik, budaya dan teknologi yang terikat. Oleh kerana

aspek-aspek ini adalah kunci kepada kualiti kehidupan seseorang individu, kebaikan

dan keburukan yang menimpa disebabkan globalisasi mewujudkan pertikaian yang

kuat.

Aspek ekonomi yang ditekankan dalam globalisasi adalah perdagangan, pelaburan dan

migrasi. Penglobalan perdagangan bermakna bahawa manusia kini mempunyai akses

kepada pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan yang tidak pernah dilihat dalam

sejarah. Dari kereta buatan Jerman ke kopi tumbuhan Colombia, dari pakaian China ke

kapas Mesir, dari muzik Amerika ke program computer India, manusia boleh membeli

dan memiliki pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan. Globalisasi pelaburan

berlangsung melalui pelaburan langsung asing, dimana syarikat-syarikat asing melabur

secara terus aset mereka dalam satu negara, atau melalui pelaburan tidak terus dimana

individu dan institusi membeli dan menjual aset kewangan negara lain. Migrasi bebas

membenarkan individu mencari peluang perkerjaan dimana ada kekurang tenaga

buruh.

Pengkritik perdagangan bebas mendakwa bahawa ini menyebabkan kemusnahan

industri asal suatu negara, alam sekitar dan/atau kehilangan perkerjaan. Pengkritik

pelaburan asing pula berkata bahawa penerimaan skim kewangan ini meyebabkan

negara-negara kehilangan kedaulatan ekonomi mereka dan dipaksa menggubal dasar

ekonomi yang bertentangan dengan kepentingan dan kehendak rakyat mereka.

Tambahan pula, syarikat-syarikat yang melabur dalam satu negara mungkin mendapat

terlalu banyak kuasa ekonomi dan politik berbanding rakyatnya. Akhirnya, migrasi

mungkin akan memungkinkan eksploitasi pekerja daripada negara lain dan penhijrahan

beramai-ramai tenaga pakar yang diperlukan daripada suatu negara. Pengkritik

globalisasi juga mengatakan bahawa sistem-sistem ekonomi berbeza antara negara

yang menambah atau mengambil daripada globalisasi mungkin memaksimakan

kebajikan sosial lebih daripada kecekapan dan kesaksamaan.

Aspek politik globalisasi ternyata apabila kerajaan-kerajaan menggubal peraturan-

peraturan global dan institusi untuk meregulasi isu seperti perdagangan, hak asasi

manusia, dan alam sekitar. Contoh organisasi antarabangsa yang ditubuhkan untuk

Page 16: Globalisasi

menangani masalah ini adalah Pertubuhan Perdangangan Dunia (WTO), mata wang

antara negara Eropah Euro, Persejutuan Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara dll.

Sama ada suatu kerajaan negara mahu secara sukarela membuka dirinya kepada

perhubungan antara-sempadan adalah persoalan tengah aspek ini.

Aktivis sosial dan organisasi bukan bermotifkan keuntungan seperti Amnesti

Antarabangsa dan Greenpeace juga semakin global dalam skop mereka. Sesetengah

daripada organisasi ini menjadikan aspek ekonomi dan politik globalisasi sebagai satu

isu kerana mereka bimbang bahawa kepentingan ekonomi akan menggugat kebolehan

satu negara bangsa untuk melindungi rakyat mereka daripada eksploitasi ekonomi atau

menyokong kerajaan yang melanggar hak asasi manusia rakyat mereka.

Perhubungan budaya juga berkembang melalui globalisasi sementara idea dan gaya

fasyen berkembang melalui perdagangan, perjalanan dan media dengan kepantasan

umpama kilat menyambar. Jenama global seperti Coca-Cola, Nike dan Sony dirujuk

secara sama pengguna seluruh dunia. Satu individu di China boleh minum minuman

bergas yang sama dengan seseorang lagi di Argentina--di penghujung bertentangan

glob. Walau bagaimanapun, perhubungan ini juga boleh mengakibatkan kerenggangan:

sebagai contoh fikiran Barat tentang kebebasan bersuara berlanggaran dengan ajaran

agama Islam tentang apa yang melampaui batas. Kalau tidak pun, pengkritik

mengakatan bahawa ini sebenarnya adalah satu bentuk imperialisme budaya untuk

menjaga kepentingan ekonomi.

Satu lagi aspek globalisasi adalah revolusi perubahan teknologi, secara khususnya

dalam bidang pengangkutan dan komunikasi, yang secara langsung membentuk

perkampungan global. Pada tahun 1850 ia mengambil hampir setahun untuk berlayar

mengelilingi dunia. Kini anda boleh menaiki kapal terbang mengelilingi dunia dalam

masa satu hari, menghantar emel kemana sahaja dalam beberapa saat sahaja, atau

menjadi satu daripada 1.5 penonton perlawanan akhir Piala Dunia. Kos pengangkutan

kini menurun disebabkan kemajuan teknologi yang memungkinkan pembukaan pasaran

asing kepada perdagangan. Tuna yang ditangkap di lautan Atlantik Utara umpamanya

mungkin dihidangkan dalam satu restoran sushi di Jepun pada hari keesokannya.

Secara mudah, globalisasi mengembangkan segalanya

Page 17: Globalisasi

Dengan perkataan ini mempunyai makna teknikal dan politik, secara tentunya kumpulan

berlainan mempunyai penakrifan sendiri tentang sejarah "globalisasi". Dalam

penggunaan am dalam bidang ekonomi dan politik ekonomi, ia adalah satu sejarah

perkembangan perdagangan antara negara berdasarkan institusi-institusi stabil yang

membenarkan firma dalam negara berlainan betukar barangan dan perkhidmatan

dengan geseran minima.

Istilah "liberalisasi" menjadi penerimaan model ekonomi Neoklasik yang berdasarkan

pergerakan barangan dan perkhidmatan tampa sekatan antara bidang ekonomi

berasingan. Ini menyebabkan pengkhususan negara-negara dalam eksport, dan

tekannan untuk memansuhkan tarif perlindungan dan halangan lain kepada

perdagangan. Waktu standard emas dan liberalisasi abad ke-19 selalunya dirujuk

sebagai "Era Pertama Globalisasi". Berdasarkan Pax Britannica dan pertukaran antara

barangan dan mata wang yang digantung. era ini berkembang pada masa yang sama

dengan pengindustrian. Asas kepada teori ini terdapat dalam hasil kerja David Ricardo

tentang kelebihan Bandingan dan Hukum Say mengenai ekuilibrium Am. Pada

dasarnya, ia didebatkan bahawa negara akan berdagang secara berkesan, dan apa-

apa gangguan sementara dalam permintaan dan penghasilan akan perbetulan dirinya.

Institusi standard emas menjadi dalam langkah di negara-negara berindustri maju

bermula pada pertengahan tahun 1850 dan 1880, walaupun masa bermulaan tepatnya

sering dipertikai.

"Era Pertama Globalisasi" dikatakan beransur-ansur luput dengan permulaan Perang

Dunia Pertama dan runtuh dengan krisis standard emas pada hujung dekad 1920an

dan permulaan dekad 1930an. Negara yang terlibat dalam era globalisasi pada waktu

itu berkembang pesat, termasuk pusatnya Eropah, sesetengah periperinya dan

pelbagai benihnya di benua Amerika dan Oceania. Ketidaksamaan antara negara-

negara ini jatuh dengan pergerakan barangan, modal dan buruh secara bebas antara

negara.

Page 18: Globalisasi

Globalisasi pada era selepas Perang Dunia Kedua dipandu oleh pusingan rundingan

perdangangan, pada mulanya dibawah perjanjian GATT (Perjanjian Am Tarif dan

Perdagangan) yang kemudiannya menghasilkan perjanjian-perjanjian untuk

memansuhkan halangan kepada "perdagangan bebas". Pusingan Uruguay

memhasilkan satu triti untuk mencipta Organisasi Perdangangan Antarabangsa atau

WTO, untuk menjadi anggota tengah penyelesaikan pertikaian perdagangan. Perjanjian

perdagangan bebas antara negara yang lain, termasuk beberapa bahagian Triti

Maastricht Eropah dan Perjanjian Perdagangan Bebas Benua Amerika Utara juga

ditandatangani dalam tujuan mencapai matlamat menghampuskan tarif, cukai dan lain-

lain halangan kepada perdagangan bebas.

Terdapat banyak perbincangan akademik tentang fenomena globalisasi sebagai

sesuatu yang benar atau hanya khayalan. Walaupun penggunaan istilah ini meluas,

ramai pengarang berhujah bahawa ciri-ciri yang diatribusi kepada globalisasi telah

dilihat dalam detik lain bersejarah. Juga, ramai menotakan bahawa ciri-ciri berkenaan,

seperti kenaikan perdagangan antarabangsa dan peranan lebih penting badan koperat

antarabangsa tidak begitu mendalam sebagaimana disangka.

Sesetengah pengarang lebih menyukai istilah keantarabangsaan daripada globalisasi.

Dalam keantarabangsaan, peranan yang dimainkan negara-negara lebih besar, dimana

globalisasi dalam bentuknya yang paling sempurna menghampuskan keperluan negara

bangsa. Maka, mereka berhujah bahawa sempadan negara-negara, dalam maksud

meluas, jauh daripada dimansuhkan, dan proses globalisasi tidak berlaku, dan

berkemungkinan tidak akan berlaku (lihat Linda Weiss) terutama apabila mengira

bahawa dalam sejarah dunia, keantarabangsaan tidak pernah menjadi globalisasi

(Kesatuan Eropah dan NAFTA pun masih belum membuktikan kes mereka).

Walau bagaimanapun, dunia semakin berkongsikan masalah dan cabaran yang tidak

mengikut sempadan negara-bangsa, paling ketaranya adalah pencemaran alam sekitar

semulajadi dan gerakan yang dahulunya anti-globalisasi telah menukar menjadi

gerakan untuk gerakan untuk globalisasi dari bawah, yang mencar cara melalui

eksperimentasi, bentuk organisasi sosial yang merentasi negara-bangsa dan demokrasi

perwakilan. Dimana hujah asal yang globalisasi sedang berlangsung boleh dinafikan

Page 19: Globalisasi

dengan argumentasi keantarabangsaan, seperti diatas, kemunculan suatu gerakan

antarabangsa tidak boleh dipertikai dan kita boleh berbincang tentang satu proses

benar kearah satu masyarakat global pelbagai masyarakat. Pengarang lainnya pula

mengemukakan hujah bahawa kita kini berada dalam alam transisi ke satu fasa

ketamadunan; bentuk dan ciri-ciri masyarakat global dipertikaikan dan akan ditentukan

dengan pilihan-pilihan yang kita akan buat dalam dekad-dekad masa hadapan. Sebagai

contoh, Kumpulan Senario Global[3] telah menggariskan wawasan alternatif masa depan

dunia, dengan "kuasa pasaran" atau globalisasi ekonomi hanya merupakan satu

pilihan, diperbandingkan dengan "reformasi dasar", "dunia kubu", "kegagalan", "eko-

komunalisme", dan "paradigma pertahanan baru".

Sesetengah tetap dengan pendirian bahawa globalisasi adalah geografi khayalan; iaitu,

satu alat politik neo-liberalis, yang cuba menggunakan sesetengah imej dan wancana

politik dunia untuk menjustifikasi agenda politik mereka. Pengarang buku-buku seperti

No Logo (Tiada Logo) mendakwa bahawa dengan mengemukakan satu gambaran

dunia yang telah diglobalisasikan, institusi-institusi Bretton Woods boleh menuntut

negara-negara membuka ekonomi mereka kepada liberalisasi dibawah Program

Penyesuaian Struktur yang menggalakkan kerajaan-kerajaan membayai program-

program penswastaan sebagai lebih utama daripada kebajikan sosial dan perkhidmatan

awam. [4].

Ciri-ciri

Globaliasi telah dikenal pasti sebagai dalang disebalik beberapa anjakan, dengan

kebanyakannya bermula dari era Perang Dunia Kedua. Ini merangkumi pergerakan

komoditi, mata wang, maklumat dan orang secara lebih kerap di peringkat

antarabangsa, serta perkembangan teknologi, organisasi, sistem perundangan, dan

infrastruktur yang membenarkan pergerakan ini. Kendatipun, kewujudan sesetengah

anjakan ini diperdebatkan.

Anjakan dari segi ekonomi

o Penambahan perdagangan antarabangsa pada kadar lebih cepat

berbanding pertumbuhan ekonomi dunia

Page 20: Globalisasi

o Penambahan dalam aliran modal antarabangsa termasuk pelaburan

langsung asing

o Penubuhan organisasi-organisasi antarabangsa seperti WTO dan OPEC

melalui perjanjian

o Pembangunan sistem kewangan global

o Peranan organisasi antarabangsa WTO, WIPO dan IMF yang

megendalikan urusniaga-urusniaga antarabangsa yang bertambah

penting

o Peningkatan amalan-amalan ekonomi seperi penyumberan oleh

perbadanan multinasional

Anjakan dari segi budaya

o Penukaran antara budaya pada peringkat antarabangsa yang lebih kerap,

o Perebakan dan akses yang lebih baik kepada kepelbagaian budaya,

misalnya melalui ekspot filem Hollywood dan Bollywood. Akan tetapi,

budaya yang diimpot boleh diasimilisasikan kedalam budaya tempatan,

dan seterusnya menyebabkan penghibridan. Bentuk yang paling prominen

adalah Kebaratan, tetapi Kecinaan budaya juga berlaku.

o Perjalanan dan perlancongan antarabangsa yang semakin bertambah

o Imigrasi secara sah dan haram yang terus meningkat

o Perebakan makanan-makanan tempatan seperti pizza, makanan Cina dan

makanan India kepada negara lain (sering digubah mengikut cita rasa

tempatan)

o Minat sementara dan budaya pop yang sama di seluruh dunia seperti

Doraemon, Pokemon, Sudoku, Origami, siri Idol, YouTube, MySpace dan

pelbagai lagi yang lain.

o Penggunaan istilah asing yang semakin bertambah. Contohnya perkataan

"Amigo" dan "Adios" adalah istilah bahasa Sepanyol yang difahami

kebanyakan orang Malaysia. Penduduk Malaysia juga fasih sedikit bahasa

Jepun, Korea, dan Hindi tampa mengenali pun bahasanya.

Page 21: Globalisasi

pembangunan satu infrastruktur telekomunikasi global dan aliran data antara

sempadan yang lebih kerap menggunakan teknologi-teknologi seperti sebagai

internet, komunikasi satelit-satelit dan telefon-telefon.

Penambahan standard yang digunapakai di peringkat antarabanga seperti

undang-undang hak cipta dan paten

Pembentukan nilai-nilai universal

Tekanan untuk menubuhkan satu mahkamah jenayah antarabangsa oleh

gerakan-gerakan keadilan antarabangsa (lihat Mahkamah Jenayah

Antarabangsa dan Mahkamah Keadilan Antarabangsa).

Ia juga dikatakan bahawa keganasan juga telah mengalami globalisasi kerana

serangan pengganas masa kini tidak mengira kaitan tempatnya dengan tempat

perjuangan mereka sendiri [5][6].

Halangan kepada perdagangan anatarabangsa beransur-ansur dihampuskan semenjak

era Perang Dunia Kedia melalui perjanjian antarabangsa seperti Persetujuan Am

mengenai Cukai dan Perdagangan (GATT). Beberapa inisiatif telah diambil sebagai

hasil GATT dan kemudiannya WTO yang lahir hasil GATT, dan ini merangkumi:

Promosi perdagangan bebas,

o Barangan:

Pengurangan atau penghampusan terus cukai dan pembentukan

zon perdagangan bebas dengan sedikit ataupun tampa cukai

Pengurangan kos pengangkutan, terutama dengan penciptaan

pengkontenaan untuk perjalanan laut.

o Modal : pengurangan atau penghampusan kawalan modal

o Pengurangan, penghampusan, atau pengharmonian subsidi untuk

perniagaan-perniagaan tempatan

Lindungan harta hak cipta

o Pengharmonian undang-undang hak cipta semua negara dengan

perlindungan lebih ketat

o Pengiktirafan supranasional terhadap hak cipta, sebagai contoh, paten

yang dikeluarkan oleh China akan diiktiraf di Amerika Syarikat

Page 22: Globalisasi

[sunting] Pendapat pro-globalisasi (globalisme)

Rencana utama: Globalisme

Para penyokong globalisasi demokratik boleh dilabelkan sebagai pro-globalis. Mereka

menimbang bahawa fasa pertama globalisasi, yang berteraskan ekonomi pasaran

bebas, seharusnya dilengkapkan dengan fasa pembinaan institusi-institusi politik global

yang mewaliki kehendak rakyat dunia. Perbezaan dengan globalis lain adalah mereka

tidak menakrifkan secara awal apa-apa ideologi untuk mendasarkan kehendak ini, yang

seharusnya dibiarkan kepada rakyat berkenaan untuk memilih melalui suatu proses

demokratik.

Para penyokong perdagangan bebas menotakan bahawa teori-teori ekonomi kelebihan

bandingan mencadangkan bahawa perdagangan bebas mewujudkan penagihan

sumber-sumber yang lebih berkesan, dengan semua negara bersama meraih manafaat

daripadanya. Secara am, ini juga mewujudkan harga yang lebih rendah, penangguran

yang lebih kurang, dan hasilan siap yang lebih banyak.

Ahli liberal dan penyokong lain laissez-faire berkata bahawa kenaikan paras kebebasan

politik dan ekonomi dalam bentuk demokrasi dan kapitalisme dalam dunia maju kedua-

duanya merupakan matlamat dalam dirinya dan juga mewujudkan kekayaan material

yang lebih tinggi. Mereka melihat globalisai sebagai perebakan bermanafaat kebebasan

dan kapitalisme.

Pengkritik golongan anti-globalisasi berkata bahawa mereka hanya menggunakan bukti

anekdot untuk menyokong pandangan mereka dan statistik dunia sebaliknya

menyokong kuat globalisasi:

peratus kemiskinan mereka yang tinggal di negara membangun (iaitu yang

tinggal dengan hanya berbelanjakan AS$ 1 setiap hari, diubah untuk mengira

inflasi dan kuasa membeli) telah dapat dikurangkan separuh jumlahnya dalam

Page 23: Globalisasi

hanya masa dua puluh tahun[7], walaupun sesetengah kritik berpendapat bahawa

faktor variasi yang lebih telus harus dikira bersama[8].

Jangka hayat rakyat negara membangun telah digandaduakan semenjak Perang

Dunia Kedua dan mula merapatkan jurang antara negara maju dimana

pembaikan tidak begitu menonjol. Mortaliti kanak-kanak telah turun di semua

kawasan dunia.[9] Ketidaksamaan pendapatan beransur musnah.[10]

Demokrasi telah merebak dengan jayanya dengan hampir tiada negara tanpa

hak mengundi sejagat pada tahun 1900 ke 62.5% semua negara seratus tahun

kemudian pada tahun 2000.[11]

Kadar populasi dunia yang tinggal di negara dimana per-kapita bekalan

makanannya kurang daripada 2,200 kalori (9,200 kilojoule) setiap hari turun

daripada 56% pada pertengahan dekad 1960an ke kurang daripada 10%

menjelang dekad 1990an.

Antara tahun 1950 dan 1999, literasi global naik dari 52% kepada 81% dengan

wanita sebagai golongan yang meraih manafaat paling banyak. Literasi golongan

wanita sebagai berbanding literasi golongan lelaki meningkat dari 59% pada

tahun 1970 ke 80% pada tahun 2000.

Peratus kanak-kanak dalam pemburuhan menuruh dari 24% pada tahun 1960 ke

10% pada tahun 2000.

Terdapat anjakan serupa untuk kuasa tenaga, kereta, radio dan telefon per

kapita, dan juga kadar penduduk yang mempunyai akses kepada air bersih.[12]

Namun, sesetengah daripada pembaikan ini mungkin tidak berlaku disebabkan

globalisasi, atau mungkin tampa globalisasi sebagaimana berlaku kini atau kesan

negatifnya yang dibantah gerakan keadilan dunia.

Sesetengah pro-kapitalis juga kritikal terhadap Bank Dunia dan IMF, dengan

mengemukakan hujah bahawa mereka merupakan bureau kerasuahan yang dikawal

Page 24: Globalisasi

dan dibayai negara dan bukan badan koperat. Banyak pinjaman telah diberikan kepada

diktator yang tidak menjalankan apa-apa reformasi sebagaimana dikatakan, dan

sebaliknya menambah kepada hutang negara mereka yang terpaksa dibayar oleh

rakyatnya. Mereka secara keseluruhannya melihat terlalu sedikt kapitalisme berlaku,

dan bukan terlalu banyak. Mereka juga menotakan bahawa sesetengah tentangan pada

globalisasi datang daripada mereka yang bertentangan matlamat, seperti kesatuan

sekerja dunia Barat. Walau bagaimana pun, secara lazimnya protes terhadap Bank

Dunia dan IMF dikaitkan dengan mereka yang anti-kapitalis kerana mereka membuat

andaian bahawa kedua-dua organisasi ini terlalu bermotifkan keuntungan.

Yang lainnya, seperti Senator Douglas Roche Orde Kanada hanya melihat globalisasi

sebagai sesuatu yang tidak dapat dielakkan dan menyokong pembentukan institusi

seperti Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipilih secara

langsung untuk memantau bandan antarabangsa yang tidak dipilih secara langsung.

[sunting] Pendapat anti-globalisasi

Rencana utama: Anti-globalisasi

Pengkritik aspek ekonomi globaliasi berhujah bahawa globalisasi bukanlah, seperti

penyokongnya dakwa, suatu proses yang mengalir secara semulajadi dan tidak dapat

disekat oleh sebab sebab ekonomi semua orang. Pengkritik secara lazimnya

menekankan bahawa globalisasi adalah suatu proses yang dimeditasi oleh kepentingan

mustahak para elit, dan secara lazimnya pendekatan alternatif dasar-dasar dan

institusi-institusi berlainan wujud, yang boleh mengendalikan tuntutan bermoral kelas

pekerja dan miskin di seluruh dunia, disamping juga kebimbangan alam sekitar dalam

cara yang lebih saksama.Dalam istilah migrasi global yang berkontroversi pula,

pertikaian berpusingkan kedua-dua penyebab, iaitu sama ada jika dan setakat apa ia

adalah sukarela atau tidak sukarela, perlu atau tidak perlu; dan juga kesannya, sama

ada ia bermanfaat atau tidak, dan sebagainya. Penyokong beranggapan bahawa

migrasi hanyalah satu proses dimana pekerja kolar putih dan biru boleh pergi dari satu

negara ke satu negara lain untuk menawarkan perkhidmatan mereka, manakala

pengkritik lazimnya menekankan kesan-kesan negatif seperti pencabulan sekuriti

Page 25: Globalisasi

ekonomi, politik dan alam sekitar, dan memetik satu kesan yang dinota, iaitu pertalian

antara migrasi dan perkembangan kawasan sesak bandar. Mengikut "Cabaran

Kawasan Sesak Bandar" (The Challenge of Slums), satu laporan habitat PBB pada

tahun 2003, "ciri-ciri kitaran kapitalisme, dengan penambahan permintaan bagi buruh

mahir berlawanan buruh tidak mahir, dan kesan-kesan negatif bagi globalisasi –

khususnya, dentuman dan letupan global yang menggalakan pertumbuhan ekonomi

yang tidak sama serta pengagihan kekayaan baru yang tidak rata – menyumbang

kepada pertumbuhan yang besar kawasan sesak".Program Penyediaan Tempat

Tinggal Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu]</ref>

Pelbagai aspek globalisasi dilihat sebagai berbahaya kepada aktivis kepentingan umum

dan pundukung negara nasionalis kuat. Pergerakan ini tidak mempunyai nama. "Anti-

globalisasi" adalah istilah yang paling disukai media dan boleh menyebabkan

berlakunya kekeliruan, kerana lazimnya para aktivis menentang aspek atau bentuk

khusus globalisasi, tapi bukan globalisasi per se. Para aktivis sendirinya, sebagai

contoh, Noam Chomsky, telah berkata bahawa nama ini tidak membawa makna kerana

tujuan pergerakan ini adalah untuk menglobalisasikan keadilan. Memang, Gerakan

Keadilan Antarabangsa adalah satu nama yang sering diperkatakan. Ramai aktivis juga

bersatu dibawah slogan "dunia lain adalah mungkin", yang memberi kepada

peningkatan nama seperti altermondialisme (secara tafsiran dunia-lain-adalah-mungkin-

isme) dalam bahasa Perancis.

Terdapat pelbagai jenis variasi "anti-globalisasi". Pada amnya, pengkritik mendakwa

bahawa hasil globalisasi tidak seperti yang dijanji apabila cubaan untuk meningkatkan

perdagangan bebas bermula, dan bahawa ramai institusi terlibat dalam globalisasi tidak

mengambil kira kepentingan negara miskin, kelas pekerja dan alam sekitar dalam

agenda mereka.

Argumentasi ekonomi oleh ahli teori perdagangan bebas mendakwa bahawa

perdagangan bebas tidak berhad akan membawa manafaat kepada yang mempunyai

lebih banyak keumpilan kewangan (iaitu yang kaya) dengan diperbelanjaan yang

miskin.

Page 26: Globalisasi

Ramai aktivis "anti-globalisasi" melihat globalisasi sebagai promosi agenda koperat

yang mahu tetap menyekat kebebasan invididu dalam nama keuntungan. Mereka juga

mendakwa bahawa autonomi dan kuasa entiti koperat yang semakin besar juga

semakin membentuk polisi politik negara-negara bangsa.

Sesetengah kumpulan "anti-globalisasi" mengemukakan argumentasi bahawa

globalisasi ada secara sifatnya imperialistik dan adalah satu dalang disebalik perang

Iraq dan memaksa wang simpanan supaya memasuki Amerika Syarikat dan bukannya

negara membangun; dan ia dipercayai oleh sesetengah pemerhati bahawa Amerika

Syarikatlah antara negara-negara sedikit (jika tidak satu-satunya) negara yang betul-

betul meraih manfaat daripada globalisasi.

Sesetengah lagi pula berhujah bahawa globalisasi mengenakan ekonomi berdasarkan

kredit dan seterusnya menghasilkan peningkatan hutang kerajaan yang tidak stabil dan

krisis hutang.

Krisis kewangan di negara-negara Asia Tenggara yang bermula dalam ekonomi

berhutang Negara Thai dan terus menular ke Malaysia, Indonesia dan Korea Selatan

dan seterusnya dirasai diseluruh dunia, mendemonstrasikan risiko-risiko baru dan

volatiliti dalam pasaran global yang kerap bertukar. Pakej-pakej 'pertolongan' IMF yang

mengenakan syarat-syarat politik (seperti pengenaan sekatan terhadap perbelanjaan

kerajaan) dilihat sebagai pengkritik sebagai cubaan mencabuli kedaulatan negara

dalam bentuk neo-penjajahan. Aktivis anti-globalisasi menunjuk kepada peleburan-

peleburan ini sebagai bukti kos tinggi kemanusiaan oleh ekonomi global yang tidak

bertimbang rasa.

Penambahan undang-undang dan tekanan terhadap keamanan dengan pengurangan

campur tangan kerajaan adalah bertujuan untuk melindungi kekayaan dan perniagaan.

Bantahan utama terhadap globalisasi tampa had (kapitalisme laissez-faire neoliberal)

dikawal oleh kerajaan-kerajaan dan apa yang didakwa sebagai quasi-kerajaan seperti

Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, dan seterusnya tidak

dipertanggungjawabkan kepada penduduk yang mereka perintah dan sebaliknya lebih

Page 27: Globalisasi

mewakili kepentingan badan koperat. Ramai persidangan antara menteri perdagangan

dan kewangan di negara-negara pusat globalisasi sekali-sekala dikejutkan dengan

protes-protes ganas pembangkang "globalisme koperat".

Sesetengah aktivis "anti-globalisasi" membantah kepada hakikat bahawa "globalisasi"

kini mengglobalisasikan wang dan badan koperat, tetapi tidak orang dan kesatuan

pekerja. Ini boleh dilihat dalam kawalan imigrasi yang ketat dalam hampir semua

negara, dan kekurangan hak buruh dalam banyak negara dunia membangun.

Satu lagi kumpulan yang lebih konservatif adalah para nasionalis pendukung kuat

negara dan menentang globalisasi sebagai memusnahkan peranan negara dalam

politik global dan menunjuk kepada pertubuhan bukan kerajaan sebagai mengambil

semakin banyak kuasa negara-negara individu. Para penyokong waran ini adalah Pat

Buchanan dan Jean-Marie Le Pen.

Gerakan ini amat meluas merangkumi kumpulan gereja, puak-puak pembebasan

kebangsaan, parti politik sayap kiri, aktivis lindungan alam sekitar, kesatuan petani,

kumpulan anti-perkauman, ahli anarki, mereka yang menyokong pertempatan semula

dan lain-lain. Kebanyakannya adalah bersifat reformasi (mahukan kapitalisme yang

lebih berkemanusiaan) manakala lainnya bersifat revolusi (mahukan satu sistem yang

lebih berkemanusiaan daripada kapitalisme). Ramai telah mengeluh kekurangan

kesatuan dan arah dalam gerakan ini, tetapi sesetengah seperti Noam Chomsky

mendakwa bahawa kekurangan ini mungkin merupakan satu kekuatan.

Bantahan-bantahan oleh gerakan keadilan global telah memaksa perjumpaan

antarabangsa dari bandar-bandar besar kepada tempat terpencil dimana tunjuk

perasaan besar-besaran tidak dapat diadakan secara praktikal.

Page 28: Globalisasi

Penggunaan lain

"Globalisasi" boleh bermaksud:

Globalisme, jika hanya aspek ekonominya yang diggariskan, boleh dikatakan

bertentang dengan nasionalisme ekonomi dan keperlindungan. Ia berkait

kapitalisme dan neoliberalisme.

Ia berkongsi beberapa ciri-ciri dangan keantarabangsaan dan sering digunakan

sebagai kata ganti dengannya, walaupun sesetengah lebih suka menggunakan

globalisasi untuk menekankan hakisan negara bangsa atau sempadan

kebangsaan.

Membuat perhubungan antara dua tempat atas skala global. Pada hari ini,

semakin banyak tempat-tempat di seluruh dunia dihubungkan antara satu sama

lain dalam bentuk yang sebelumnya tidak dapat dibayangi. Dalam istilah

geografi, proses ini dikenali sebagai perhubungan kompleks, dimana semakin

ramai tempat-tempat dihubung dalam semakin banyak cara. Arjun Appadurai

mengenalpasti lima jenis perhubungan global:

o Skop manusia: pergerakan orang, termasuk pelancong, pendatang,

pelarian, dan pejalan bisnes.

o Skop idea: perebakan global idea-idea dan ideologi-ideologi politik.

Sebagai contoh, Green Peace telah menjadi gerakan alam persekitaran

global.

o Skop kewangan: pergerakan mata wang yang sering dipandu pasaran

wang yang diperhubung, pertukaran stok, dan pasaran komoditi.

o Skop media: penyebaran global imej-imej bawaan media yang muncul

pada skrin komputer kita serta akhbar-akhbar, televisyen dan radio.

o Skop teknologi: perkembangan teknologi dan penyebarannya ke seluruh

dunia. Sebagai contoh, Revolusi Hijau dalam membajakan

memperkenalkan amalan pertanian barat ke dalam banyak negara

membangun.

Page 29: Globalisasi

Walaupun taksonomi Appadurai boleh dipertikai, ia boleh menjadi tunjuk sebab

globalisasi sebagai sesuatu yang lebih daripada ekonomi pada skala global.

Dalam bentuk budaya, globalisasi telah digunakan sebagai label untuk

mengenalpasti cubaan untuk menghakis budaya-budaya kebangsaan di Eropah

dan Asia, dan memasukkan ia kedalam satu budaya global yang ahlinya lebih

mudah dipengaruhi melalui media massa dan kerajaan boneka. Dalam konteks

ini, imigrasi besar-besaran telah dibenarkan di kebanyakan negara-negara

Eropah, sama ada sah atau haram di sisi undang-undang.

Pembentukan satu perkampungan global— hubungan lebih dekat antara tempat-

tempat berlainan dunia, dengan peluang-peluang penukaran peribadi semakin

muncul, kefahaman dan persahabatan antara "rakyat dunia" dan pembentukan

satu tamadun global.

Globalisasi ekonomi — ada empat aspek pada globalisasi globalisasi iaitu empat

pergerakan merentasi sempadan, secara nama pergerakan

barangan/perkhidmatan, iaitu perdagangan bebas (ataupun sekurang-kurangnya

perdagangan lebih bebas), pergerakan manusia (migrasi), pergerakan modal

dan akhirnya pergerakan teknologi. Satu hasil globalisasi ekonomi adalah

pergiatan perhubungan antara ahli suatu industri dalam bahagian-bahagian

berlainan dunia (globalisasi suatu industri), dengan pada masa yang sama diikuti

penghakisan kedaulatan kebangsaan pada sphera ekonomi. IMF menakrifkan

globalisasi sebagai “perkembangan pergantungan antara negara di serata dunia

melalui peningkatan jumlah dan kepelbagaian urusniaga dalam barangan dan

perkhidmatan, pergerakan modal yang lebih bebas, dan penyebaran teknologi

maklumat yang lebih meluas dan kerap” (IMF, World Economic Outlook, May,

1997). Bank Dunia menakrifkan globalisasi sebagai "Kebebasan dan keupayaan

para individu dan firma-firma untuk melakukan urusniaga ekonomi secara

sukarela dengan penduduk negara lain".

Dalam bidang pengurusan, globalisasi adalah satu istilah pemasaran atau

strategi koperat yang merujuk kepada kemunculan pasaran-pasaran

antarabangsa untuk barangan pengguna yang bercirikan serupa pada keperluan

dan kehendak pengguna dan memungkinkan, sebagai contoh, menjual kereta,

Page 30: Globalisasi

sabun atau makanan dengan kempen iklan yang serupa kepada orang dalam

budaya berlainan. Penggunaan ini dipertentangkan dengan keantarabangsaan

yang menerangkan tentang aktiviti-aktiviti syarikat multinasional yang berdagang

merentasi sempadan dalam instrumen kewangan, komoditi, atau produk yang

diperkhaskan kepada pasaran tempatan. Globalisasi juga bermaksud aktiviti

pengurusan antara sempadan atau proses-proses pembangunan untuk

diadaptasikan kepada kemunculan suatu pasaran global atau untuk mencari dan

merealisasikan manafaat dari ekonomi skala atau skop atau dari pemelajaran

merentasi sempadan antara organisasi-organsasi yang lain negara asalnya.

Dalam bidang perisian, globalisasi adalah satu istilah teknikal yang

menggabungkan proses-proses pembangunan keantarabangsaan dan

menjadikan perisian tempatan.

Ramai, sebagai contoh para perserta dalam Forum Social Dunia, menggunakan

istilah "globalisasi koperat" atau "penkoperatan global" untuk menggariskan

impak badan koperat multinasional dan penggunaan cara undang-undang dan

kewangan untuk mengenepikan undang-undang dan standard piawai tempatan

untuk meleverajkan buruh dan perkhidmatan kawasan-kawasan pembangunan

tidak sekata berlawanan sesama mereka.

Penyebaran kapitalisme daripada negara maju ke negara membangun.

"Konsep globalisasi merujuk kepada pemadatan dunia dan penyungguhan

kesedaran dunia secara keseluruhan" - Benedikt Kiesenhofer

Proses globalisasi Malaysia dijangka meningkat -(utusan Malaysia-3 feb 2012)

KUALA LUMPUR 3 Feb. - Globalisasi diunjurkan akan meningkat di Malaysia dalam

tempoh beberapa tahun akan datang dipacu oleh keterbukaan budaya yang diukur

melalui peningkatan pelancongan, penggunaan telefon, jalur lebar mudah alih dan

internet, kata Unit Pakar Ekonomi Ernst & Young.

Page 31: Globalisasi

Indeks Globalisasi Ernst & Young yang diterbitkan oleh Davos minggu ini

menunjukkan Malaysia menduduki tempat ke-27 (Amerika syarikat tempat ke-28)

daripada 60 negara globalisasi ekonomi terbesar dunia berdasarkan Keluaran

Dalam Negara Kasar (GDP).

Malaysia meningkat enam anak tangga berbanding berada di kedudukan ke-33

pada 2009, peningkatan yang memberangsangkan untuk tempoh setahun.

Malaysia menyertai Hong Kong di tempat pertama, Singapura (3) dan Taiwan (12)

sebagai empat negara Asia yang berada di kedudukan 30 terbaik dunia.

Menurut Ketua Penasihat Perkhidmatan Nasihat Ernst & Young, Chow Sang Hoe,

peningkatan kedudukan tersebut didorong oleh pertumbuhan GDP dan sektor

perlancongan negara.

"Menoleh kembali 15 tahun dahulu, halangan berterusan dalam pergerakan modal

dan pekerja sejak tahun 1995, menyaksikan negara yang berada di kedudukan ke-

16 pada tahun tersebut ke tangga 33 pada tahun 2009.

"Pengurangan drastik direkodkan dalam purata penghijrahan penduduk daripada 4.5

dalam 1,000 orang pada 1995 kepada 1 dalam 1,000 orang tahun lalu.

"Peningkatan drastik tersebut telah membuktikan bahawa kerajaan perlu mengatasi

halangan yang ada untuk terus mengambil tindakan tertentu untuk memastikan

negara terus kompetitif dalam arus dunia globalisasi sebenar,'' kata beliau dalam

kenyataannya di sini.

Kata beliau lagi, peningkatan pertukaran teknologi dan idea berikutan berlaku

integrasi budaya serta perdagangan akan membantu meningkatkan pencapaian

globalisasi negara.

"Kita memerlukan tahap yang lebih tinggi dalam import dan eksport berkaitan GDP

untuk meningkatkan perdagangan merentasi sempadan.

Page 32: Globalisasi

"Tenaga kerja, pergerakan sektor perkhidmatan dan barangan juga merupakan

faktor penting dalam menyumbang kepada pencapaian globalisasi negara,"

jelasnya.

Sang Hoe berkata, cabaran masa depan perniagaan negara adalah untuk

mengekalkan keseimbangan antara globalisasi dan pasaran tempatan agar kedua-

duanya kekal relevan.

Katanya, peluang perniagaan tumbuh dengan pantas di seluruh dunia dan

perniagaan yang boleh dianggap strategik di Malaysia juga turut meningkat kesan

daripada globalisasi tersebut.

"Persaingan, keupayaan dan sumber kini berada di mana-mana sahaja di dunia

dalam bentuk yang baharu dan kadang kala berada di luar jangkaan.

"Perniagaan di Malaysia perlu bergerak lebih pantas untuk merancang strategi

menerokai pasaran pantas yang berkembang dan kurang pantas,'' ujarnya.

Kejayaan sesuatu perniagaan perlu ada keberanian untuk membuat keputusan dan

belajar daripada pengalaman dengan pantas serta secara tidak langsung

mengurangkan kerenah birokrasi.

Tambah beliau lagi, perniagaan kini bergerak ke arah globalisasi. Perlu mempunyai

pengetahuan mengenai persekitaran politik dan bagaimana ianya boleh memberi

kesan kepada perniagaan dalam usaha untuk menjadi ahli korporat bertaraf dunia

Page 33: Globalisasi

Dr M saran negara Islam belajar dari Timur

2:51PM Jul 19 2012malaysia kiniNegara-negara Islam perlu mempelajari dari negara Timur sekiranya mahu mengatasi cabaran pemodenan dan globalisasi, kata mantan  Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.    Beliau berkata banyak negara Timur telah menguasai pengetahuan dan kemahiran perindustrian sehingga mereka boleh bersaing dan menjadikan negara mereka kaya dari segi ekonomi dan kuat.

"Kekuatan mereka sebegitu rupa sehingga mampu mengenepikan hegemoni Barat dan mengatasi cabaran pemodenan dan ancaman globalisasi," katanya di majlis makan malam sempena ulang tahun ke-72 Pondok Bantan di Bangkok malam tadi.     Beliau berkata keperluan pertama ialah memiliki dan meningkat pengetahuan dalam bidang sains kerana teknologi moden adalah berdasarkan sains dan matematik.    "Kita juga perlu memiliki kemahiran dalam

Page 34: Globalisasi

pentadbiran dan urus tadbir moden selain pengetahuan mengenai ekonomi moden dan pengurusannya," katanya.    Dr Mahathir berkata semua ini memakan masa untuk dicapai tetapi negara seperti Korea telah berupaya mempercepatkan prosesnya.    "Sementara kita perlu bersabar, kita juga perlu mencari bagaimana Korea telah berubah dari sebuah negara mundur kepada gergasi perindustrian," katanya.     Menyentuh mengenai pengalaman Malaysia dalam mengejar wawasan untuk menjadi negara maju menjelang 2020, beliau berkata negara memerlukan kerajaan yang baik dalam mencapai impian itu.    "Dalam sistem demokrasi, apabila sesebuah kerajaan gagal memerintah, ia boleh digulingkan dalam pilihan raya seterusnya. Tidak oleh kebangkitan rakyat. Tidak memerlukan keganasan.    "Kerajan yang baik memerlukan pemimpin yang bagus, terutama yang paling di atas. Beliau perlulah seseorang yang cintakan negara dan rakyat lebih daripada dirinya sendiri. Orang yang sedemikian tidak akan menyalahgunakan kuasanya atau tunduk kepada rasuah," kata beliau.    Dr Mahathir berkata masyarakat Islam perlu terus meningkatkan keupayaan mereka mengatasi cabaran pemodenan dan globalisasi agar tidak lagi ketinggalan seperti yang mereka lalui di abad ke-15.    Beliau berkata perjuangan untuk mengatasi cabaran pemodenan dan globalisasi adalah berterusan.     Tamadun Islam pernah mendominasi dunia, tetapi pada abad ke-15, suasananya berubah apabila orang Islam meninggalkan pemilikan ilmu pengetahuan, selain apa yang mereka fikirkan mempunyai kaitan dengan agama mereka.    Beliau berkata pada masa itu pengetahuan sains termasuk kimia dan matematik dianggap tidak mempunyai kaitan dengan agama dan tidak mendatangkan kebaikan kepada kehidupan di alam akhirat.     Pada masa itu, masyarakat Eropah yang tertarik dengan keagungan tamadun Islam mengambil pengetahun sains dan matematik orang Islam, katanya.

Dr Mahathir berkata mereka mempelajari bahasa Arab untuk berbuat demikian dan ia merupakan cabaran pemodenan waktu itu yang terpaksa mereka lalui dan atasi dan mereka dapat melakukannya.    "Bukan sahaja orang Eropah dapat menakluk semula tanah mereka yang jatuh ke tangan orang Islam, tetapi mereka terus menakluki kebanyakan negara Islam. Menjelang akhir abad ke-19, hampir kebanyakan negara Islam berada di bawah

Page 35: Globalisasi

pemerintahan Eropah," katanya.     Beliau berkata jurang tamadun antara Islam dan Eropah terus meluas walaupun selepas orang Islam mendapat semula tanah mereka, mereka sentiasa dikalahkan oleh idea, ideologi dan strategi baru yang dimajukan orang Eropah.    Katanya perubahan yang mereka mulakan dan lakukan menjadi standard kepada seluruh dunia dan perubahan itu mewakili pemodenan yang orang Islam terpaksa menerima atau mereka akan ketinggalan.    "Orang Islam secara literalnya, sukar bernafas kerana perubahan yang datang satu demi satu. Tidak lama selepas negara Islam dapat menyesuaikan diri dengan idea dan teknologi baru, timbul pula idea lain, yang dicetus dan dipaksa kepada dunia oleh orang Eropah," katanya.    Dalam pasaran kewangan, kata Dr Mahathir, negara Islam dapat menolak untuk membuat keuntungan mudah tetapi akan timbul idea baru dari Barat untuk membuat duit secara mudah.    "Cabaran ini perlu dikenal pasti dan dibuat keputusan bila untuk merebut peluang yang dicipta oleh mereka dan bila perlu menolaknya," katanya.