getah (hevea brasilliensis)

Upload: feiserl

Post on 04-Jun-2018

284 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/13/2019 Getah (Hevea Brasilliensis)

    1/9

    1

    IDENTITI TANAMAN (TATANAMA BINOMIAL)

    1. Pokok getah (Hevea Brasiliensis) adalah pokok dalam family Euphorbiaceae dan ahliterpenting dalam genus Hevea. Pokok ini penting dari segi ekonomi kerana hasil sepertilateks yang boleh dikumpulkan dan merupakan sumber utama getah asli.

    SEJARAH RINGKAS

    2. 1496Christopher Columbus membawa balik cerita-cerita pelik seperti kisah sebijibola yangboleh melambung. Orang-orang diPulau Haiti diLaut Caribbean membuat bola permainanini dari gam sejenis pokok.

    3. Ahli kimiaInggeris bernamaJoseph Priestley mendapati bahan ini boleh memadam tulisandengan cara menggosoknya. Perkataan Inggeris 'rub' telah ditukar kepada 'rubber' yangbermaksudpemadam.

    4. 1820Thomas Hancock yang berbangsaInggeris telah mencipta mesin yang dapatmelembut, mencampur dan membentuk getah. Akhirnya dapat membuat barang-barangpengguna. Kain yang disalut dengan larutan getah boleh menjadi kain kedap air.

    5. 1823 kain berlapis getah pertama dicipta.

    6. 1839Charles Goodyear secara tidak sengaja mencipta bahan volkanan getah.Akhirnyatayar kereta tercipta daripada getah.

    7. 1850-an getah datang dari benuaAmerika Selatan di mana pokok getah ditanam secara liardengan iklim yang panas dan lembab. Getah telah dimajukan untuk membuat hos, tali

    penyangkut, lapik lantai dan kasut.

    8. 1876Sir Henry Wickham diminta oleh PejabatIndia untuk mengumpul dan mengirim 70,000biji getah liar dariBrazil keKew Garden diLondon. Biji getah ini disemai dalam rumahpanas yang khas.

    9. 1877 sebahagian biji getah tadi ditanam diSri Lanka dan kemudian keMalaysia danAsiaTenggara lain.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/1496http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Christhopher_Columbus&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bolahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pulau_Haiti&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laut_Carribean&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Inggerishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Joseph_Priestleyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Getah_pemadamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1820http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Thomas_Hancock&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Inggerishttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kain&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1823http://ms.wikipedia.org/wiki/1839http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Charles_Goodyear&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Tayarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1850http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Selatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1876http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sir_Henry_Wickham&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Brazilhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kew_Garden&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Londonhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1877http://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Lankahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asia_Tenggarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asia_Tenggarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asia_Tenggarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Asia_Tenggarahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Malaysiahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Sri_Lankahttp://ms.wikipedia.org/wiki/1877http://ms.wikipedia.org/wiki/Londonhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kew_Garden&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Brazilhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Indiahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Sir_Henry_Wickham&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1876http://ms.wikipedia.org/wiki/Amerika_Selatanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1850http://ms.wikipedia.org/wiki/Tayarhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Charles_Goodyear&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1839http://ms.wikipedia.org/wiki/1823http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kain&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Inggerishttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Thomas_Hancock&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1820http://ms.wikipedia.org/wiki/Getah_pemadamhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Joseph_Priestleyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Inggerishttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Laut_Carribean&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Pulau_Haiti&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Bolahttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Christhopher_Columbus&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1496
  • 8/13/2019 Getah (Hevea Brasilliensis)

    2/9

    2

    10.1888 Henry Nicholas Ridley dilantik sebagai Pengarah Kebun Botanik Singapura. Beliaumenyimpan biji getah di dalam poketnya dan diedarkan kepada orang ramai untuk ditanam.

    11.1900 terdapat 2500 hektar kebun getah di Asia.

    12.Henry Ford mula membuatkereta dan permintaan terhadaptayar getah meningkat secaramendadak.

    13.1910 terdapat 500,000 hektar tanah yang ditanam pokok getah di Asia. Enam juta hektarpokok getah masih belum mencukupi untuk menampung permintaan tayar getah.

    KEPENTINGAN TANAMAN TERHADAP EKONOMI MALAYSIA

    Faktor Sejarah

    1. Perusahaan getah di Tanah Melayu mengalami perkembangan yang pesat pada abad

    ke-19 dan awal abad ke-20. Pada mulanya getah banyak ditanam di Negeri-negeri

    Melayu Bersekutu. Kesan daripada kejatuhan harga kopi telah menyebabkan ramai

    yang beralih kepada penanaman getah. Permintaan yang begitu tinggi terhadap getahtelah menyebabkan ramai pelabur-pelabur Eropah melibatkan diri secara besar-besaran

    dalam perusahaan ini.

    2. Terdapat banyak faktor yang telah menyumbang kepada perkembangan perusahaan

    getah. Seperti yang dinyatakan sebelum ini iaitu kejatuhan harga getah telah

    menyebabkan penduduk Tanah Melayu beralih kepada penanaman ini. Kejatuhan harga

    getah ini disebabkan berlakunya lebihan keluaran di pasaran. Keadaan bertambah

    buruk lagi apabila pokok-pokok kopi diserang pelbagai penyakit yang memerlukan

    perbelanjaan tambahan untuk mengatasinya. Masalah-masalah yang timbul ini

    menyebabkan mereka tidak berminat lagi untuk mengusahakan tanaman kopi.

    3. Selain itu usaha H.N Ridley dalam memajukan tanaman ini tidak boleh dipandangrendah. Beliau selaku Pengarah Botanical Garden Singapura telah menjalankan

    kempen penanaman getah di seluruh Tanah Melayu ketika itu. Selain daripada

    berkempen, beliau juga telah berusaha bagi memanjangkan jangka hayat pokok getah

    dengan memperkenalkan kaedah torehan yang betul yang dinamakan sebagai sistem

    torehan haring. Anak-anak pokok getah yang hendak dibawa ke ladang-ladang

    dibungkus dengan arang yang lembab bagi memastikan anak-anak getah ini tidak mati

    atau rosak dalam perjalanan. Hasil usaha beliau ini ternyata berhasil apabila getah

    menjadi tanaman penting pada abad ke 19 dan awal abad ke-20

    4. Kesan daripada Revolusi Perindustrian telah membawa kepada penciptaan jentera-

    jentera moden seperti kereta berenjin dan tayar berangin yang memerlukan getahsebagai sebahagian bahan mentah dalam pembuatan barangan tersebut.

    Pendawaian elektrik yang menggunakan getah sebagai bahan penebat juga memberi

    kesan kepada peningkatan terhadap getah. Permintaan yang tinggi ini menyebabkan

    harga getah meningkat naik. Keadaan ini menyebabkan pelabur Eropah mula membuka

    ladang-ladang di Tanah Melayu bagi meningkatkan keluaran.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/1888http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Henry_Nicholas_Ridley&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kebun_Botanik_Singapura&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1900http://ms.wikipedia.org/wiki/Henry_Fordhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Keretahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tayarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1910http://ms.wikipedia.org/wiki/1910http://ms.wikipedia.org/wiki/Tayarhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Keretahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Henry_Fordhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1900http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Kebun_Botanik_Singapura&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Henry_Nicholas_Ridley&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1888
  • 8/13/2019 Getah (Hevea Brasilliensis)

    3/9

    3

    5. Perkembangan perusahaan getah ini telah membawa kepada kemasukan buruh

    dari India untuk mengusahakan tanaman ini. Mereka dibawa masuk oleh

    kerajaan British melalui sistem kontrak dan sistem kangani. Buruh-buruh ini digunakan

    kerana penduduk tempatan tidak berminat menjalankan aktiviti ini lagipun bayaran untuk

    tenaga buruh India ini murah. Kemasukan tenaga buruh ini telah menyebabkan

    terbentuknya masyarakat majmuk di Tanah Melayu

    6. Kerajaan British juga telah memberi galakan untuk memperkembangkan perusahaan ini.

    Galakan ini diberi dalam bentuk cukai dan duti ke atas tanah yang rendah. Kerajaan

    British juga telah menubuhkan Jabatan Pertanian pada tahun 1905 bagi membuat

    penyelidikan tentang jenis-jenis pisau yang sesuai dan masa yang elok untuk melakukan

    torehan. Selain itu Jabatan ini telah mencadangkan jarak yang sesuai untuk penanaman

    getah dan tanaman penutup bumi yang boleh ditanam di antara pokok-pokok getah.

    Sesungguhnya galakan dan kajian ini telah menarik minat mereka untuk beralih kepada

    tanaman getah.

    7. Perkembangan pesat penanaman getah di Tanah Melayu juga disebabkan oleh

    kedatangan pelabur-pelabur Eropah untuk membuka ladang-ladang getah baru.

    Pelabur-pelabur ini mengusahakan tanaman getah ini secara besar-besaran seperti

    yang dilakukan oleh Guthrie dan Dunlop. Hasil daripada perkembangan ini, pengeluaran

    getah telah meningkat dan Tanah Melayu telah muncul sebegai pengeluar getah asli

    utama di dunia

    8. Pada tahun 1926, kerajaan British telah menubuhkan Institut Penyelidikan Getah. Hasil

    daripada penubuhan ini, Institut ini telah Berjaya menghasilkan cara penanaman getah

    yang baik dengan memperkenalkan klon-klon getah bermutu tinggi. Selain itu

    penggunaan baja kimia juga diperkenalkan. Teknik memekatkan susu getah, kawalan

    penyakit dan penggunaan racun telah ternyata member sumbangan yang besar dalam

    memajukan serta meningkatkan industry tanaman getah di Tanah Melayu.

    9. Kesimpulannya, perkembangan ekonomi Tanah Melayu sebenarnya seiring dengan

    perkembagan perusahaan getah. Walau bagaimanapun menjelang lewat 1920-an

    ekonomi Tanah Melayu telah merudum kesan daripada kemelesetan terhadap

    perusahaan getah. Amerika Syarikat telah mengurangkan penggunaan getah akibat

    kemelesetan ini. Berikutan itu, kerajaan British telah mengambil langkah-langkah yang

    sesuai untuk menstabilkan harga getah.

    Faktor Semasa

    1. Getah jenis Hevea Brasillianis, meliputi hampir 2 juta hektar kawasan (28%) pertanian

    Malaysia (85% terdapat di kaki bukit Semenanjung Malaysia).

    2. Tanaman ekspot yang penting - diekspot ke Jepun, Amerika Syarikat, Eropah, China dan

    Singapura (semakin berkurangan kerana adanya persaingan dengan getah tiruan.

  • 8/13/2019 Getah (Hevea Brasilliensis)

    4/9

    4

    3. Mengeluarkan hampir 46% pengeluaran getah asli dunia, ketiga selepas Thai dan

    Indonesia.

    4. Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.

    Faktor Masa Depan

    1. Pada suatu masa, berlaku persaingan hebat di antara getah sintetik dengan getah asli.Walau bagaimanapun, dengan kenaikan harga minyak, getah asli mempunyai peluang yangcerah untuk terus bersaing. Ini adalah disebabkan fakta-fakta berikut:

    a. Harga getah sintetik akan naik kerana minyak yang merupakan utamanya menjadisemakin mahal.

    b. Bekalan getah asli kurang akibat harga getah yang rendah sebelum ini dan pokokgetah yang baharu memerlukan masa untuk menjadi matang (4 tahun).

    c. Bekalan getah sedia ada pada masa ini mendapat permintaan yang tinggi daripadaNegara China. Keadaan ini telah menyebabkan tiada bekalan untuk menampungpermintaan yang meningkat.

    BOTANI TANAMAN GETAH

    1. Pokok Getah

    a. Akar adalah jenis tunjang. Batang mengandungi empulur yang dilingkungi oleh tisukeras atau xylem. Mata tunas boleh didapati pada pucuk atau tunas terminal danketiak daun atau tunas ketiak namanya. Jika tunas tidak muncul, ia dipanggil tunaspendam. Dahan pokok getah adalah hasil dari munculnya tunas ketiak ini. Daun pulahidup di hujung gagang atau petiol. Apabila gagangnya gugur, ia meninggalkan parut.

    2. Bunga

  • 8/13/2019 Getah (Hevea Brasilliensis)

    5/9

    5

    a. Jenis pokok yang berbunga banyak. Keadaannya berjambak dan hidup di hujungranting yang berdaun. Tiap-tiap jambak itu mengandungi bunga jantan dan bunganbetina. Di mana bunga betina hanya di hujung paksi sahaja dan bunga jantan diseluruh bahagian jambak. Bunga betina lebih besar dari bunga jantan. Apabilarangginya terbuka, ovary dan tiga stigmanya boleh terlihat. Bunga jantan bilarangginya terbuka, mendedahkan cepu debunga yang mana apabila cepu debunga

    tersebut memecah, ia mengeluarkan debunga berwarna kuning.

    3. Biji

    a. Pendebungaan yang berjaya akan menyebabkan ovarinya membesar menjadi buahdan mencapai saiz sepenuhnya dalam masa dua setengah hingga tiga bulan. Dibahagian dalam buah, biji-biji terbentuk. Biasanya tiga, empat atau lima. Buah getahakan masak dalam masa empat setengah hingga lima bulan, apabila lengainyamemecah akan menggugurkan biji. Keseluruhan bahagian buah dibina daripada tisubunga sahaja.

    4. Kulit Pokok

    a. Boleh dibahagikan kepada 3 lapisan besar iaitu gabus, kulit keras dan kulit lembut.Tiada saluran lateks boleh terdapat pada kulit gabus. Pokok yang dibiakkan dari biji,kulit gabusnya 30% lebih tebal. Manakala pada pokok klon hanya 10% dari ketebalan

  • 8/13/2019 Getah (Hevea Brasilliensis)

    6/9

    6

    kulit. Lateksnya adalah cecair yang berwarna putih. Bahan yang diperlukan bagipembentukan lateks adalah kulit pokok, bekalan makanan dari daun dan air dari kayu.

    KAWASAN-KAWASAN TANAMAN

    1. Daerah Segamat, Kluang, Batu Pahat dan Muar di Johor.

    2. Sekitar Seremban di Negeri Sembilan.

    3. Bahagian selatan Perak.

    4. Daerah Sandakan dan Tawau di Sabah.

    5. Kawasan Kuching dan Lembah Sungai Rajang.

  • 8/13/2019 Getah (Hevea Brasilliensis)

    7/9

    7

  • 8/13/2019 Getah (Hevea Brasilliensis)

    8/9

    8

  • 8/13/2019 Getah (Hevea Brasilliensis)

    9/9

    9