gerekan gerimit

3
GEREKAN GERIMIT Gerekan gerimit ini digunakan di tanah-tanah yang kelikatannya sederhana dan basah serta senang ditembusi, bagi tujuan penggunaan di tanah yang kering dank eras air diperlukan untuk memudahkan pengorekan. Terdapat dua jenis auger yang biasa digunakan iaitu gerimit lubang tiang atau gerimit tangan dan gerimit heliks. Gerekan gerimit ditekan dan dimasukkan ke dalam tanah sehingga sampai ke dalam yang tertentu, tanah yang dikorek dikeluarkan dan tanah yang melekat pada gerekan gerimit diambil untuk pemeriksaan. Selepas itu gerekan gerimit dimasukkan ke dalam lubang dan pengorekkan dijalankan lagi untuk mendapatkan contoh pada paras yang lebih dalam. Alat ini tidak boleh digunakan pada tanah berpasir, tanah jenis ini rendah kelikatannya dan ini menyebabkan tanah itu tidak melekat pada alat tersebut apabila ia ditarik keluar. GERIMIT TANGAN Gerimit tangan boleh digunakan untuk mengorek lubang jara sedalam 5m dengan bantuan satu set rod tambahan. Gerimit diputar dan ditekan ke dalam tanah dengan menggunakan gagang -T di bahagian atas rod. Terdapat dua jenis gerimit iaitu gerimit iwan dan gerimit heliks. Gerimit iwan mempunyai diameter lebih kurang 50mm. Gerimit tangan biasanya digunakan sekiranya tebing lubang tidak memerlukan sokongan dan juga tidak terdapat butiran tanah bersaiz lebih besar daripada kerikir. Gerimit mesti selalu ditarik keluar untuk mengeluarkan tanah. Sampel tidak terganggu boleh diperolehi dengan memacu tiub berdiameter kecil di bawah dasar lubang jara. GERIMIT MEKANIK Gertimit ini digunakan bagi tanah yang lubang jaranya tidak memerlukan penyokong dan sentiasa kering seperti tanah liat. Kuasa yang diperlukan untuk memutar gerimit bergantung kepada jenis dan saiz gerimit itu sendiri serta jenis tanah yang akan disusun. Tekana di bawah pada gerimit boleh dikenakan secara hidraulik, mekanik atau

Upload: nazuraain

Post on 17-Feb-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

gerekan gerimit

TRANSCRIPT

Page 1: GEREKAN GERIMIT

GEREKAN GERIMIT

Gerekan gerimit ini digunakan di tanah-tanah yang kelikatannya sederhana dan basah serta senang ditembusi, bagi tujuan penggunaan di tanah yang kering dank eras air diperlukan untuk memudahkan pengorekan. Terdapat dua jenis auger yang biasa digunakan iaitu gerimit lubang tiang atau gerimit tangan dan gerimit heliks.

Gerekan gerimit ditekan dan dimasukkan ke dalam tanah sehingga sampai ke dalam yang tertentu, tanah yang dikorek dikeluarkan dan tanah yang melekat pada gerekan gerimit diambil untuk pemeriksaan.

Selepas itu gerekan gerimit dimasukkan ke dalam lubang dan pengorekkan dijalankan lagi untuk mendapatkan contoh pada paras yang lebih dalam. Alat ini tidak boleh digunakan pada tanah berpasir, tanah jenis ini rendah kelikatannya dan ini menyebabkan tanah itu tidak melekat pada alat tersebut apabila ia ditarik keluar.

GERIMIT TANGAN Gerimit tangan boleh digunakan untuk mengorek lubang jara sedalam 5m dengan bantuan satu set rod tambahan. Gerimit diputar dan ditekan ke dalam tanah dengan menggunakan gagang -T di bahagian atas rod.

Terdapat dua jenis gerimit iaitu gerimit iwan dan gerimit heliks. Gerimit iwan mempunyai diameter lebih kurang 50mm. Gerimit tangan biasanya digunakan sekiranya tebing lubang tidak memerlukan sokongan dan juga tidak terdapat butiran tanah bersaiz lebih besar daripada kerikir. Gerimit mesti selalu ditarik keluar untuk mengeluarkan tanah. Sampel tidak terganggu boleh diperolehi dengan memacu tiub berdiameter kecil di bawah dasar lubang jara.

GERIMIT MEKANIK Gertimit ini digunakan bagi tanah yang lubang jaranya tidak memerlukan penyokong dan sentiasa kering seperti tanah liat. Kuasa yang diperlukan untuk memutar gerimit bergantung kepada jenis dan saiz gerimit itu sendiri serta jenis tanah yang akan disusun. Tekana di bawah pada gerimit boleh dikenakan secara hidraulik, mekanik atau menggunakan beban mati. Jenis alat yang biasa digunakan ialah gerimit larian dan gerimit timba.

Gerimit larian pendek terdiri daripada satu heliks dengan panjang terhad berserta alat pemotong di bawahnya. Gerimit disambung kepada batang keluli yang dikenali sebagai bar Kelly yang melalui rig yang berputar. Gerimit dipacu sehingga penuh dengan tanah, dinaikkan ke atas permukaan dan tanah dikeluarkan dengan memutar gerimit kea rah berlawanan.

Gerimit larian terus pula terdiri daripada rod-rod dengan satu heliks yang merangkumi keseluruhan panjangnya. Tanah dinaikkan sepanjang-panjang heliks ke permukaan tanpa perlu dikeluarkan gerimit permukaan tanah. Gerimit timba terdiri daripada suatu silinder keluli, terbuka di bahagian atas tetapi

Page 2: GEREKAN GERIMIT

dipasang plat asas yang mempunyai pemotong, bersebelahan dengan lubang alur plat, bar dipasang pada bar Kelly. Apabila gerimit diputar dan ditekan ke bawah, tanah yanh tersingkir oleh pemotong akan melepasi lubang alur dan memasuki timba. Timba yang penuh akan naik ke permukaan untuk dikosongkan dengan melepaskan plat asas yang terengsel itu. Lubang korekkan gerimit bergaris pusat melebihi 1m yang boleh digunakan untuk memeriksa strata tanah di situ

PROBA MACKINTOSH Perlaksanaannya adalah dengan cara menekan kun yang bergaris pusat 25mm ke dalam tanah, dengan menggunakan tukul seberat 5 kg, ia kemudiannya dijatuhkan pada ketinggian yang ditetapkan iaitu 0.28m, pada setiap kali hentakkan kun akan terbenam masuk ke dalam tanah. Dari itu rintangan-rintangan ke atas tanah hendaklah dicatatkan dengan mengira bilangan pukulan bagi setiap kemasukan 0.3m dalam.

Proba Mackintosh mengandungi satu deretan batang-batang keluli bergaris pusat 12mm disambungkan denganpenggandin, tiap-tiap satu rod keluli mempunyai 1.2m di bahagian hujungnya terdapat satu besi pepejal berbentuk kun bergaris pusat 25mm.

Kerja dimulakan dengan penggunaan sebatang rod sahaja yang dipasangkan kepada kun keluli tajam dan penukul. Pada rod keluli ditandakan setiap jarak 0.3m. Cara membenamkannya dilekukan dengan menjatuhkan penukul seberat 5 kg, pada kadar ketinggian 0.28m. Penukul tersebut akan menggelongsor pada satu andas terlekap di dalamnya yang diskrukan pada bahagian atas batang besi tadi. Ini akan menghalang penukul tersebut daripada tercabut dari rod serta memaksa penukul untuk menggelongsor pada satu paras yang tetap. Dalam kendaliannya jumlah bilangan penukul yang dikenakan untuk mencapai ke dalam 0.3m dicatatkan dandiambil sebagai ukuran darjah ketekalan bagi sesuatu jenis tanah. Kerja-kerja proba ini dihentikan apabila nilai rintangan yang telah ditetapkan didapati.