gerakan yamtuan tunku antah di negeri sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di negeri sembi/an,...

15
Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKAR IA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili Malaya. Gerakan Yamtuan Tunku Antah meletus pada tahun 1875-76, tidak berapa lama setelah Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal' gagal mengatasi serangan pasukan British yang datang membantu Dato' Kelana Syed Abdul Rahman 2 menentangnya pada tahun 1874 dan secara sukarela menerirna hukuman buang negeri ke Singapura. 3 PERISTIWA-PERISTIWA MENJELANG GERAKAN TUNKU ANTAH Apabila Dato' Kelana Sending meninggal dunia pada 3 Disember 1872, Sycd Abdul Rahman dilantik sebagai Dato' Kelana Sungai Ujong. Pelantikannya ini dieabar oleh Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal yang pada ketika ini scdang meningkat kekayaannya kerana pungutan hasil di Rasah.4 Menyedari adanya persaingan ini , dan timbulnya perselisihan mengenai pungutan cukai di Kuala Abdullah bin Ahmad lalah pUlera kedua daripada sembilan orang adik beradik keturunan Dato' Pcnnas. Khatib Maharaja Abdullah mengganlikan Dato' Syahbandar Lebai yang dilucutkan jawBtan dalam sa lU mesyuarat yang bcrJangsung pada tahuo 1845, kerana gagal meyelesllikan perseiisihan yang mencctuskan peperangan di anlara sesama suku Waris Di Air dan kemudiannya persaingan dengan suku Rawa atau Tembusai. Deliau dikenali dengan panggilan Dato' Syahbandar Tunggal Kepayang. (Abdul Majid bin Kari. "The History of the life of Dato' Shahbandar Tunggal of Kepayang". Further Correspondence relating to the affairs of certain native states in the Malaysia Peninsula, in the neighbourhood of the Straits Settlements (London: Harrison and Sons, 1876). (Seterusnya diringkaskan sebagai FCNS. 1876). No. S, sural Sir Andrew Clarke kepada Earl of Cam avon, 29 Disember 1874. lawatan DalO' Syahbandar diwujudkan seawal-awaJ pada tahun 1715 oleh Sultan l ohor dan digelarkan Dato' Raja umbasa Wans Di Air. (Sherifa Khan, Tht Formution 0/ Modern Negri Stmhilun, /874-1898, Tesis M.A., Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1966, him. 57). 2 Data' Kelana Syed Abdul Rahman atau Syro Ahman ialah anak Syed Ahmad al-Kadn. Deliau telah diberi kuasa mentadbir Sungai Ujong oJeh bapa saudaranya, Dato' Kelana Sending sejak akhir tahun 1860-an. Laksamana Raja Di Laut Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Data' Kelana Sungai Ujong menggantikan bapa saudaranya, Oato' Kelana Sending yang meninggal dunia pada 3 Oisember 1872. (FCNS. 1876, No.8, surat Sir Andrew Clarke kepada Earl ofCarnavon, 29 Disember 1874, enclosure I, "Rumbowe [Remba uJ and Sungic. (Sungai) Ujong", hIm. 21. Khao Kay Kim, Negerl-negeri Mu/o)'u Pantui BurUI 1850-1873: Kesun Perkembungan Dugung Kr (l/us Polilik Meluyu (Petaling Jaya: Penerhit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1984), him. 171. Sherira Khan, The Formatioll /}/ Modern Neger; Sembilun, 1874- 1 898 , him. 60. 3 Mengcnai persaingan Data' Syahbandar Abdullah Tunggal dcngan Dato' Kelana boleh dirujuk kepada tulisan Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Konflik Klana-Bandar OJ Sungai Ujung Negcri Scmbilan, 1874", Norazit Selal(editor), Negeri Sembi/un Duhulll Dun Sekurang (Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 1990), him . 21- 32. 4 J.M. Gullick, "The Waf With Yam Tuan Antah", JMORAS, Vol. 27, Pt. I, 1954, him. 3. 65

Upload: others

Post on 19-Dec-2020

63 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76

ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D.

PENDAHULUAN

Jabalan Sejarah Universili Malaya.

Gerakan Yamtuan Tunku Antah meletus pada tahun 1875-76, tidak berapa lama setelah Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal' gagal mengatasi serangan pasukan British yang datang membantu Dato' Kelana Syed Abdul Rahman2

menentangnya pada tahun 1874 dan secara sukarela menerirna hukuman buang negeri ke Singapura.3

PERISTIWA-PERISTIWA MENJELANG GERAKAN TUNKU ANTAH

Apabila Dato' Kelana Sending meninggal dunia pada 3 Disember 1872, Sycd Abdul Rahman dilantik sebagai Dato' Kelana Sungai Ujong. Pelantikannya ini dieabar oleh Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal yang pada ketika ini scdang meningkat kekayaannya kerana pungutan hasil di Rasah.4 Menyedari adanya persaingan ini , dan timbulnya perselisihan mengenai pungutan cukai di Kuala

Abdullah bin Ahmad lalah pUlera kedua daripada sembilan orang adik beradik keturunan Dato' Pcnnas. Khatib Maharaja Abdullah mengganlikan Dato' Syahbandar Lebai yang dilucutkan jawBtan dalam salU mesyuarat yang bcrJangsung pada tahuo 1845, kerana gagal meyelesllikan perseiisihan yang mencctuskan peperangan di anlara sesama suku Waris Di Air dan kemudiannya persaingan dengan suku Rawa atau Tembusai. Deliau dikenali dengan panggilan Dato' Syahbandar Tunggal Kepayang. (Abdul Majid bin Kari. "The History of the life of Dato' Shahbandar Tunggal of Kepayang". Further Correspondence relating to the affairs of certain native states in the Malaysia Peninsula, in the neighbourhood of the Straits Settlements (London: Harrison and Sons, 1876). (Seterusnya diringkaskan sebagai FCNS. 1876). No. S, sural Sir Andrew Clarke kepada Earl of Cam avon, 29 Disember 1874. lawatan DalO' Syahbandar diwujudkan seawal-awaJ pada tahun 1715 oleh Sultan l ohor dan digelarkan Dato' Raja umbasa Wans Di Air. (Sherifa Khan, Tht Formution 0/ Modern Negri Stmhilun, /874-1898, Tesis M.A., Universiti Malaya, Kuala Lumpur, 1966, him. 57).

2 Data' Kelana Syed Abdul Rahman atau Syro Ahman ialah anak Syed Ahmad al-Kadn. Deliau telah diberi kuasa mentadbir Sungai Ujong oJeh bapa saudaranya, Dato' Kelana Sending sejak akhir tahun 1860-an. Laksamana Raja Di Laut Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Data' Kelana Sungai Ujong menggantikan bapa saudaranya, Oato' Kelana Sending yang meninggal dunia pada 3 Oisember 1872. (FCNS. 1876, No.8, surat Sir Andrew Clarke kepada Earl ofCarnavon, 29 Disember 1874, enclosure I, "Rumbowe [RembauJ and Sungic. (Sungai) Ujong", hIm. 21. Khao Kay Kim, Negerl-negeri Mu/o)'u Pantui BurUI 1850-1873: Kesun Perkembungan Dugung Kr (l/us Polilik Meluyu (Petaling Jaya: Penerhit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1984), him. 171. Sherira Khan, The Formatioll /}/ Modern Neger; Sembilun, 1874- 1898, him. 60.

3 Mengcnai persaingan Data' Syahbandar Abdullah Tunggal dcngan Dato' Kelana boleh dirujuk kepada tulisan Abdullah Zakaria bin Ghazali, "Konflik Klana-Bandar OJ Sungai Ujung Negcri Scmbilan, 1874", Norazit Selal(editor), Negeri Sembi/un Duhulll Dun Sekurang (Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 1990), him . 21-32.

4 J.M. Gullick, "The Waf With Yam Tuan Antah", JMORAS, Vol. 27, Pt. I, 1954, him. 3.

65

Page 2: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Linggi dengan Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal, Dato' Kelana Syed Abdul Rahman menjemput British cam pur tangan di Sungai Ujong. Berikutnya pada 21 April 1874 Dato' Kelana Syed Abdul Rahman menanda tangani perjanjian dengan pihak British. Dalam perjanjian ini Dato' Kelana Syed Abdul Rahman bersetuju berlindung di bawah kerajaan British. Beliau juga bersetuju untuk meletakkan kawasan dari Sempang hingga Permatang Pasir di bawah pentadbiran dan kawalan British. Langkah Dato' Kelana Syed Abdul Rahman membawa masuk British di Sungai Ujong Menyemarakkan lagi persengketaannya dengan Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal. Malah langkah Dato' Kelana Syed Abdul Rahman ini adalah bertentangan dengan adat, kerana beliau yang sepatutnya terlebih dahulu berunding dengan Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal tidak berbuat demikian.'

Dato' Kelana adalah Undang Sungai Ujong, sebagai Waris Di Darat mempunyai kuasa undang-undang dan hakim, tetapi ia adalah tertakluk kepada bantuan dan nasihat Dato' Syahbandar sebagai Waris Di Air. Dato' Syahbandar menikmati kutipan eukai dari pelabuhan sepanjang Sungai Linggi, manakala Dato' Kelana pula memungut eukai daripada hasil judi, eukai kepala dan denda mahkamah. Kekuasaan mereka pula, Dato' Kelana berkuasa di Ampangan, Lenggeng, sebahagian Seremban dan Setul: Dato' Syahbandar berkuasa di Rasah, tetapi telah meluas memasuki Lembah Labu·

Namun begitu pada 24 September 1874 Dato' Kelana Syed Abdul Rahman meminta Kapten Shaw supaya memanjangkan kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Andrew Clarke supaya meletakkan pegawai British di Sungai Ujong. Dato' Kelana Syed Abdul Rahman menyatakan bahawa Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal bukan sahaja enggan menurunkan tandatangan ke atas perjanjian yang ditandatangani pada 21 April 1874, tetapi juga seeara terbuka membantah perjanjian tersebut dan mengancam nyawa beliau. Dato' Kelana juga menyatakan bahawa beliau telah pun mengeluarkan perintah tidak membenarkan Raja Mahdi, Raja Mahmud dan pengikutnya tinggal di Sungai Ujong, tetapi mereka dilindungi oleh Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal. Begitu juga beliau gagal menangkap Panglima Perang Jamhie. keturunan Batu Bahara yang membunuh peon di Bukit Bhul kerana Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal mengarahkannya berundur diri. Dato' Kelana Syed Abdul Rahman menyatakan bahawa Dato' Syahbandar menentang usaha menaikan bendera British di kediamannya, dan merasakan bahawa Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal dan pengikutnya mahu meneetuskan kekaeauan dan perang serta tidak mematuhi arahannya. Dato' Kelana Syed Abdul Rahman juga melaporkan bahawa Dato' Syahbandar menghasut orang Cina di Sepang supaya meneetuskan kekaeauan. Dato' Kelana Syed Abdul Rahman mengharapkan bantuan tentera daripada British untuk mengalahkan Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal.' Kapten Shaw pula yang menyokong permohonan

5 T. Chelliah, War in N~grj Stmhilan 1814-1815, Graduation Exccrcise, Universiti or Malaya, Singapore, 1955, him. 94, Appendix H (I), surat Dato' Syahbandar kepada Gabenor Negeri-negeri Selat. 13 Oktober 1814.

6 Chelliah, War in Negri Sembilan 1874-1875, him. 30. 7 T. Chelliah, War in Negri St:mbifan 1874-1875, him. 95. Appendix H(2), surat Dato' Kelana Sungai Ujong kepada

Ldlenan Gabenor Melaka. 24 September 1874.

66

Page 3: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

MALAYSIA DARI SEGI 5EJARAH

Andrew Clarke di Singapura.'o Selelah lib. di Sungai Ujong pada 3 November 1874. WA. Pickering berangkal ke Kepayang pada 5 November 1874." Dalam

perlemuan lersebul Dalo' Syahbandar Abdullah Tunggal mcnyalakan kepada W.A. Pickering bahawa beliau berpuas hali dengan keadaan SUI ·,.Ii Ujong; lidak berhajat kepada scbarang campur tangan alau perubahan dan mcncgaskan bahawa beliau adalah bebas daripada Dato' Kelana Syed Abdul Rahman." W.A. Pickering gagal mempengaruhi Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal menandalangani Perjanjian 21 April 1874 dan dalang Singapura pulang ke SingapUra dan tiba pada 9 November 1874.

W.A. Pickering ditugaskan sekali lagi ke Sungai Ujong dan kali ini beliau tiba pada 14 November 1874. Pada 14 NOvember 1874 W.A. Pickering membawa surat Gabenor kepada Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal; semertara itu beliau dibcri ingatan supaya bekerjasama dengan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman. Namun amaran ini tidak dipedulikan oleh Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal, malah beliau telah menguatkan kubunya di Kepayang. Di samping itu beliau mendapat sokongan daripada Raja Mahmud, seo~ang Panglima Perang yang dihormati dan disegani pad a masa itU.13

Kemudiannya Dato' Kelana Syed Abdul Rahman melantik Dato' Syahbandar lain dari suku sarna, dan bergelar Dato' Syahbandar Ahmad Bukit. 14 Panglima Besar Ahmad bin Haji Muhammad Ali yang dilantik manjadi Dato' Syahbandar menurunkan tandatangan perjanjian bersama Dato' Kelana Syed Abdul Rahman pada 5 Syawal 1291 (10 November 1874) dan disaksikan oleh W.A. Pickering. Dalam perjanjian ini dicatatkan bahawa mengikut adat, Dato' Kelana sebagai waris di darat akan bermuafakat terlebih dahulu dengan Dato' Syahbandar sebelum mengambil sebarang langkah atau keputusan. Begitu juga dengan Dato' Syahbandar sebagai waris di air akan bermuafakat terlebih dahulu sebelum mengambil sebarang langkah atau keputusan." Setelah pelantikan selesai. Dalo' Kelana Syed Abdul Rahman telah mengarahkan Dato' Syahbandar Ahmad Bukit mengisytiharkan perang ke atas Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal, dan mereka pula dibantu oleh pihak British.'·

II FeNS, 1876, No.8, sural Sir A. Clarke kepada Earl of Camllvon, 29 Disember 1874, enclosure 17, W.A. Pickering kepada Sir A. Clarke, 23 Disembcr 1874. Lihat juga nMr. Pickering's Journal". him. 10.

12 FeNS, 1876, No.8, sural Sir A. Clarke kepada Earl of Cam avon, 29 Disember 1874. 13 T. Chettiah, War in Negri Sembilan 1874-1875, him. 32. C.N. Parkinson, British intefl'tmlion in Mofa)"Jia 1867·1877.

(Singapore: Oxford University Press, 1960), him. 176. 14 Abdul Majid bin Kari, "The History of the Life of Dato' Shahbandar Tunggal of Kepayang", FCNS, 1876, No. 8,

surat Sir A. Clarke kepada Earl of Cam avon, 29 Disembcr 1874. FeNS, 1876, No. 8, surat Sir A. Clarke kepada Earl of Cam avon, 29 Disembcr 1874, enclosure 14, Dato' Kiana Sungai Ujong kcpada $ctiaU$8ha Jajahan Negeri.Negcri Selal, 20 November 1874.

IS T. Chelliah, Wur in Negri Sembllun 1874·1875, him. 99, Negeri Sungai Ujong Tanah adalah Waris Perinlah 01110'

Kelana Putera dan Dato' Syahbandar. 16 Abdul Majid bin Kari. "The History of the Life of Dalo' Shahbandar Tungal of Kepayang". FeNS. 1876, No. 8,

sural Sir A. Clarke kepada Earl of Cam avon, 29 Disember 1874. FeNS, 1876, No. 8, Sutal Sir A. Clarke kepada Earl of Cam avon, 29 Disember 1874, enclosure 14, Dalo' Kelana Sungai Ujong kepada Setiau$8hll Jajahan Negeri.Negeri Selal. 20 November 1874.

68

Page 4: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

MALA YSIA DARt SEGI SEJARAH

Pada 16 November 1874, bersama-sama kira-kira 400 orang, Dato' Kelana Syed Abdul Rahman menyerang dan menawan kubu Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal di Rahang dan Rasah. 17 Pada 17 November 1874 pula dengan diiringi oleh pasukan Arab dan 200 orang Melayu mara ke Kepayang. Dalam pasukan ini W.A. Pickering ikut serta dengan alasan bagi memastikan tidak berlaku sebarang kekejaman oleh pasukan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman sekiranya mereka berjaya. Apabila Raja Mahmud muncul membantu Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal, pasukan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman menjadi kelam kabut dan undur menyelamatkan diri. W.A. Pickering, Sarjan Kiernman dan pasukan Arab berjaya menyelamatkan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman ke kediamannya di Ampangan. l

• Dato Kelana Syed Abdul Rahman menulis surat ke Singapura meminta bantuan. 19

Dengan itu W.A. Pickering meminta bantuan daripada Kapten Shaw yang berada di Melaka. Beliau melaporkan bahawa Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal yang mendapat bantuan daripada orang-orang Rembau telah menawan semula Rasah. Sekiranya angkatan tentera tidak dihantar segera Dato' Kelana Syed Abdul Rahman akan dikalahkan.'o Berita ini sampai di Melaka pada 21 November dan Singapura 23 November 1874'1 Berikutnya persia pan dibuat untuk mengatasi gerakan yang dilakukan oleh Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal di Sungai Ujong. Kapten Shaw menghantar pasukan bantuan yang terdiri daripada Leftenan H.W. Palmer, Leftenan G.B. Peyton, seorang sarjan, peniup trompet perang (bugler) dan 26 orang askar regimen ke-IO serta beberapa orang polis. Pasukan bantuan ini berlepas melalui laut ke Sungai Linggi dan tiba di Ampangan pada 25 November 1874. Namun begitu pada 19 November 1874 pasukan W.A. Pickering bei-jaya menawan semula Rasah dan Rahang. 22

Pada 24 November 1874, pasukan bantuan dengan diiringi oleh Gabenor Sir Andrew Clarke berlepas di Singapura. Kapten S. Dunlop, dari pasukan polis Singapura telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Awam pasukan dengan arahan memulihkan keamanan, menyelamat W.A. Pickering dan markas tentera di Sungai

17 FeNS. 1876. No.8. sural SirA. Clarke kepada Earl of Camavon. 29 Disember 1874, encolsure 15, Dato' Kelana Sungai Ujong kepada l..eftenan Gabenor Melaka, 20 November 1874. Lihat juga "Mr. Pickering's louma!"', him. 15-16. T. Chelliah, War in Negri Sembilan 1874-1875, hIm. 33. C.N. Perkinson, British /nlerv('ntion in Malaya 1867-1877, him. 177. E. Sadka, The PrOlected Malay Slates 1874-/895, (Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 1970), him. 70-71.

18 feNS, 1876, No.8, surat Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon, 29 Disember 1874, enclosure 17, W.A. Pickering kepada Sir Andrew Clarke, 23 Disember 1874. FCNS. No. 10, Vernon Lushington (Admiralty) kepada Jabatan Tanah Jajahan, 2 Februari 1875, enclosure 2, Kapten W.Smith kepada Timbalan Laksamana Sir Charles F.A. Shadwell, K.C.B., F.R.S., 26 November 1874. T. Chelliah, him. 33. CN. Parkinson, him. 177. E. Sadka, The Prolf'C/ed Mulay Slates 1874-1895, him. 71. R.O. Winstedl, "History of Negri Sembilan", JMBRAS, Vol. XII, Pc III, 1934, him. 71. .

19 FeNS, 1876, No.8 Sir A. Clarke kepada Earl ofCarnavon, 29 Disember 1874, enclosure 17, W.A. Pickering kepada Sir A. Clarke, 23 Disember 1874.

20 FeNS, 1876. No.8, surat Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon, 29 Disember 1874, enclosure 13, W.A. Pickering kepada Kapten Shaw, 19 November 1874; enclosure 16, Dalo' Muda Lingg[ kepada Leftenan Melaka, 17 November 1874. Lihal toMr. Pickering'S Journal", him. 18.

21 FeNS, 1876, No.8, sural Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon, 29 Disember 1874. 22 C.N. Parkinson, BrilL~h Intervention In Malaya /867-/877, him. 178.

69

Page 5: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

GERAKAN YAMTUAN TUNKU ANTAH 0 1 NEGER I SEMBILAN, 1875·76

Ujong. Angkatan ini berangkat ke Sungai Ujong dengan H.M.S. Charybdis di bawah Kapten W.J.J. Tatman, R.A. ( Royal Artillery) dan Leftenan Jones, H.M.S. Hart dan kapal penunda Pital-Fish . Pasukan ini tiba di Lukut pada 26 November 1874 dan bermalam di kawasan kediaman Raja Bol. Sir Andrew Clarke bersama­sarna H.M .S. Harl berangkat ke Jugra dan kemudiannya ke Langal. Beliau mengadap Sultan Abdul Samad, dan mendapat jaminan akan menghantar pasukan ke Kuala Labu untuk memerhati Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal, serta tidak akan memberi perlindungan kepada mereka di Selangor,23

Pasukan di bawah Kapten S. Dunlop yang terdiri daripada askar campuran sejumlah 187 orang bergerak ke Sungai Ujong dari Lukut pada jam 5.45 pagi, 27 November 1874 untuk memulihkan keamanan di Sungai Ujong, menyelamatkan W.A. Pickering dan kalau perlu menduduki Sungai Ujong bagi melindungi perdaganan.24 Mereka terdiri daripada Inspektor Cartwright, Kapten W.J.J. Tatham, Leftenan Huntley, Warton, Jones, R.N . Brooke dan R.M. Montgomery; Dr. McNamara dan Dr. Gilsons; manakala askar pula, 50· orang polis tempatan, 20 orang askar meriam diraja, 50 orang askar berjalan kaki regimen ke-IO di bawah Kaptcn W.J .J. Tatham, 40 orang seamen dan 20 orang tcnlera laut. Manakala itu Sir Andrew Clarke pulang scmula ke Lukul. 25

Pasukan Kapten S. Dunlop bergerak ke Rasah melalui denai yang bersemak dan berpaya dan tiba di Bemban, iaitu di pertengahan jalan antara Lukut dengan Rasah pada jam 3.00 petang dan bermalam di sini. 26 Pada 28 November 1874 pasukan ini melintasi kawasan Kampung di Rasah dan mcndapati kampung ini telah dibakar.27 Dalam peperangan ini , askar British dan pengikut-pengikut Dato' Kelana Syed Abdul Rahman telah menggunakan minyak benzin membakar semua rumah Waris di Air dan memusnahkan harta benda mereka. Penduduk yang tidak berumah tangga scbahagiannya mengundurkan diri kc kawasan pedalaman,28

Kelika berada di Ampangan pada 28 November 1874, Kapten S. Dunlop diberitahu bahawa Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal telah pun mengundurkan diri ke Kepayang. Dengan itu Kapten S. Dunlop mengambil keputusan untuk mengintip kedudukan di Kepayang. Tembak menembak berlaku dan Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal mengundurkan diri." Kapten S. Dunlop meng-

23 FCNS, 1876, No. 8, sural Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon, 29 Disember 1874. T. Chelliah, "War in Negri Sembilan 1874-1875", him. 34. C.N. Parkinson, 8,Wslt bllm'f'lIIiofl In Maluya 1867·/877, him. 178.

24 FeNS, 1876, No. 8, sural Sir A. Clarke kepada Earl ofCarnavon, 29 Disembc:r 1874, enclosure 18, Kaplen Dunlop kepada Gabenor Negeri.Negeri $elat, 29 Disember 1874; inclosure 19, M.C. Brackenbury kepada Kaplen Dunlop, 25 November 1874.

25 FeNS, 1876, No. II, surat Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon, 29 Disember 1874. cnclosure 18. Kaplcn S. Dunlop kepada Gabc:nor Negeri.Negeri Selal, 29 Disembcr 1874. T. Chelliah, War in Negri Sembilan 1874-1875, him. 34. C.N. Parkinson. Brilish Inervention ;n Malaya 1867·1877, him. 178-79. FeNS. 1876, No. 10, Vemon Lushinglon kepada Jabalan Tanah Jajahan. 2 Februari 1875. enclosure 2, W. Smith kepada Sir Charles F.A. Shadwell, 26 November 1874.

26 FeNS, 1876, No. 8, sural Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon, 29 Disember 1874, enclosure 18, Kaplen S. Dunlop kepada Gabenor Ncgen·Negcri Selal. 29 Disember 1874.

27 T. Chelliah, War in Negri Sembilan 1874-1875. him . 35. 28 Abdul Majid bin Kiln , "The History of Ihe Life of Dalo' Shahbandar Tunggal of Kepayang". 29 FeNS, 1876, No.8, sural Sir A. Clarke kepada Earl of Carnavon, 29 Disember 1874, enclosure 18. Kaplen S.

Dunlop kepada Gabcnor Negeri.Ncgeri Sclnl. 29 Disembcr 1874.

70

Page 6: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

MALAYSIA DARI SEGI SE'JARAH

arahkan membakar kubu dan rumah di Kepayang.30 Pada 30 November 1874 Sheikh Muhammad Ali, menantu Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal, penghulu Langat datang menemui Sir Andrew Clarke sebagai Wakil Mutlak Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal yang mempunyai kuasa penuh menawarkan perdamaian Bandar-Kelana dan mengemukakan kertas kosong yang dicopkan oleh Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal. 31 Dalam surat yang dibawa oleh Sheikh Muhammad Ali tercatat bahawa Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal dan pengikut akan meletakkan senjata; akan menurunkan tandatangan dan cop ke atas perjanjian antara Sungai Ujong dengan British (perjanjian 21 April 1874); Dato' Kelana sebagai kepala dan pentadbir Sungai Ujong dan akan membayar segala kos kerajaan British mengamankan kekacauan di Sungai Ujong. 32

Pada 9 Disember 1874, setelah meninggalkan Kapten W.J.l. Tatham sebagai penasihat Dato' Kelana Syed Abdul Rahman, 50 orang tentera meriam diraja dan pasukan berjalan kaki regimen ke-IO dan 32 polis, sebahagian daripada tentera berlepas ke Lukut dan Singapura. Sementara itu W.A. Pickering dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan cukai Ujong telah merangka berbagai-bagai cukai terhadap perlombongan, candu, jU.di dan pajak. Begitu juga dengan Kapten S. Dunlop, beliau menasihatkan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman supaya mendapatkan jasa baik Kapten W.J.J. Tatham dalam usaha untuk mewujudkan pentadbiran yang lebib cekap dan baik. Kemudiannya pada 15 Disember 1874, W.A. Peckering dan Kapten S. Dunlop bertolak melalui Rasah dan Linggi ke Melaka dan seterusnya ke Singapore pada 18 Disember 1874."

Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal· kemudiannya pulang ke Sungai Ujong bersama dengan Raja Mahmud dan anaknya, Che Kari. Di Sungai Ujong, pada 8 Zulkaedah 1291 (17 Disember 1874) Dato' Syahbandar Abdullah Tunggal menurunkan tandatangan dan copnya ke atas surat yang memberi kuasa kepada Gabenor menghukumnya. Be1iau mengaku salah kerana berperang dengan Dato' Kelana di Sungai Ujong dan berjanji tidak akan melakukan serangan ke atas Dato' Kelana dan Gebenor Negeri-Negeri Selat.34 Dato' Syabbandar Abdullah Tunggal juga menurunkan tandatangan dan cop ke atas surat pada 15 lanuari 1875 yang menyatakan kesanggupannya tinggal di SingapUra dan tidak akan meninggalkan

30 FeNS, 1876, No.8, surat Sir A. Clarke kepada Earl of Camvon. 29 Discmber 1874. T. Chelliah, War in Negri Sembi/an /874-1875, him. 36. C.N. Parkinson, British Intervention in Malaya 1867-1877, him. 179. FCNS, 1876, No. 8, surat Sir A. Clarke kepada Earl of Cam avon, 29 Discmber 1874, enclosure It Kapten S. Dunlop kepada Oabenor Negeri-Negeri Sclat, 29 Disember 1874.

31 FCNS, 1876, No.8, surat Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon, 29 Discmber 1874. FCNS. 1876, No. 10, Vernon Lushington kepada Jabalan Tanah Jajahan, enclosure 2, W. Smith kepada Sir Charles F.A. Shadwell, 26 November 1874.

32 FCNS, 1876, No.8, Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon, 29 Oiscmber 1874, enclosure 20, sural Oalo' Syahbandar Sungai Vjong.

33 FeNS, 1876, No.8. sural Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon, 29 Disember 1874, encolsure 18, Kaplen S. Dunlop kepada Oabenor Negeri-Negeri Sclat, 29 Disembcr 1874; enclosure 23, W,J,J. Tatham kepada Scliausaha Jajahan Negeri-Negeri Selal, 18 Discmber 1874. T. Chelliah, War in Negri Sembilan 1874-1875, him. 99; Appendix J, sural W.J.J,.Tatham kepada Setiausaha Negeri-Negeri Selat, 18 Disember 1874. C.N. Parkinson, British Intervention in Malaysw'1867-1877, him. 180-81.

34 FeNS, 1876, No.8, Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon, 29 Disember 1874, enclosure 22, "Pengakuan Dato' Syahbandar".

71

Page 7: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

GERAKAN YAMTUAN TUNKU ANTAH Dl NEGERI SEM81LAN, 1875·76

Singapura tanpa pengetahuannya Gabenor Negeri-Negeri Selat.35 Seterusnya beliau mengambil barang-barang yang diperlukan, bcrsama-sama dcngan keluarga dibawa ke Pelabuhan Klang untuk menaiki kapal api ke Singapura. Di Singapura, Data' Syahbandar Abdullah Tunggal disediakan sebuah rumah yang selesa untuk beliau dan keluarga serta elaun sebanyak $500.00 sebulan.36 Manakala Haji Ahmad bin Muhammad Ali yang menyokong Data' Kelana Syed Abdul Rahman dilantik sebagai Data' Syahbandar pada tahun 1874.37

GERAKAN TVNKV ANTAH

Langkah Dato' Kelana membawa masuk British di Sungai Vjong, sebenaroya bukan sahaja ditentang oleh Data' Syahbandar Abdullah Tunggal tetapi tidak disukai oleh para penibesar lain, juga Tunku Antah. Namun begitu semasa konflik Bandar-Kelana dan Bandar-Kelana dan British, Tunku Antah tidak terlibat dalam konflik tersebut. Walaupun begitu ditegaskan bahawa Tunku Antah bersimpati kepada Data' Syahbandar Abdullah Tunggal. J8 Kekalahan Dato' Syahbadar Abdullah Tunggal dan bertapaknya British di Sungai Vjong telah menyebabkan para pembesar kecuali Data' Kelana Syed Abdul Rahman telah menabalkan Tunku Antah sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembi Ian pada tahun 1875. Walaupun demikian Gebenor Negcri-Negeri Selat Sir Willian lervois masih mengakui kedudukan Data' Kelana Syed Abdul Rahman, sebaliknya tidak mengiktirafkan Yamtuan Tunku Antah sebagai Yang Dipertuan Negeri Sembilan.39

Tunku Antah ialah putera Yang Dipertuan Besar Tunku Radin (1833-61). Walaupun ayahandanya mangkat pada tahun 1861, tetapi takhta kerajaan Negeri Sembilan diduduki olah bapa saudaranya, Tunku Imam. Apabila Yang Dipertuan Besar Tunku Imam mangkat pada tahun 1869, takhta Negeri Sembilan kosong, hingga tahun 1875 Yamtuan Tunku Antah melancarkan gerakan menentang British yang melibatkan djri dalam masalah Terachi. Terachi adalah salah sebuah negeri­negeri Sri Menanti selain lempul, Hulu Muar dan Gunung Pasir.

Pada tahun 1861 , Yamtuan Radin, ayahanda Tuanku Antah mengkat dan jawatan Yang Dipertuan Besar disandang oleh saudaranya, Yamtuan Tunku Imam (1861-69). Pada tahun 1869 Yamtuan Imam pula mangkal. Kemangkatan baginda menimbulkan masalah pengganti kerana terdapat dua orang putera yang layak menduduk jawatan Yang Dipertuan Besar. Mereka ialah Tuanku putera Yamtuan Radin, terkenal sebagai pahlawan dan Tunku Ahmad Tunggal, terkenal sebagai sea rang pengusaha bilh timah yang kaya, putera Yamtuan Imam. Dalam persaingan ini, Dato' Kelana Syed Abdul Rahman (atau Ahman). Tunku Ahmad Tunggal berjanji, sekiranya ia berjaya menjadi Yang Dipertuan Negeri S~mbilan, salah seorang daripada anak Data' Kelana akan dilantik sebagai Yamtuan Rembau.

35 FeNS, 1876, No. 15, Sir A. Clarke kepada Earl of Camavon. 9 Februari 1875, enclosure 2. "Pengakuan Dato' Syahbandar" .

36 Abdul Majid bin Kari, "The History of the Life of Dato' Shahbandar Tunggal of Kapayang". 37 T. Chelliah, Wor in Negri SembI/on 1874·1875, hIm. 38. 38 Ibid., him. 41. 39 C.N. Parkinson, British Int~rnntion in M%)'Q 1867·1874, hIm . 276.

72

Page 8: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

Sementara itu Tunku Antah mendapat sokongan daripda Dato' Johol dan pembesar Hulu Muar, Gunung Pasir, Jempul, Terachi dan Inas (dikenali dengan nama negeri­negeri Sri Menanti).40 Namnn demikian persaingan. takhta ini tidak mencetuskan sebarang pertempuran. Persaingan ini menyebabkanjawatan Yang Dipertuan Sesar Negeri Sembi Ian tidak dipenuhi dari tahun 1869-75. Pada tahun 1875, kecuali Dato' Kelana Sungai Ujong, semua Undang hadir dan melantik Tuanku Antah sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan. Oleh sebab Dato' Kelana tidak hadir dalam upacara pelantikan ini maka dia telah dilucutkan jawatan; dan jawatannya di­sandang oleh Laksamana.

Kekalahan Dato' Shahbandar Abdullah Tunggal menguatkan lagi kedudukan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman. Kini, beliau bukan sahaja tidak ada saingan daripada Dato' Shahbandar Abdullah Tunggal malah Kapten Tatham menjadi Penolong Residen British yang pertama di Sungai Ujong41

Pada awal tahun 1875 Patrik James Murray menggantikan WJJ. Tatham sebagai Residen British Sungai Ujong. PJ. Murray tinggal di Sungai Ujong, tidak jauh dengan kediaman Dato' Kelana Syed Abdul Rahman di Ampangan. Beliau pula dikuatkan oleh 68 orang polis yang hanya 50 orang sahaja yang memiliki rifel, dan juga 45 orang regimen ke- JO berjalan kaki di bawah pemerintahan Leftenan Hinxman. Pasukan tentera ini membuat merkas di Rasah, kira-kira dua batu dari tempat kediaman Residen.42

Kemasukan British di Sungai Ujong dan kekalahan Dato' Syahbandar di tangan pasukan British yang menyokong Dato' Kelana Syed Abdul Rahman telah menyebabkan para pembesar mengalih pandangan kepada Tunku Antah. Dengan itu para pembesar kecuali Dato' Kelana Syed Abdul Rahman telah menabalkan Tunku Antah sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan pada tahun 1875. Dalam mesyuarat tersebut Tunku Antah tidak mengiktirafkan Syed Abdul Rahman sebagai Dato' Kelana Sungai Ujong, melantik Laksamana Sungai Ujong yang menyokongnya ke jawatan Dato' Kelana Sungai Ujong43 Walaupun demikian Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir William Jervois masih mengakui kedudukan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman, sebaliknya tidak mengiktirafkan Yamtuan Tunku Antah sebagai Yang Dipertuan Negeri Sembilan." Begitujuga dengan Dato' Jelebu menyatakan bahawa Tunku Antah tidak memaklumkan pelantikan kepada beliau.

Walaupun tidak dapat dinafikan bahawa perselisihan di antara Dato' Kelana Syed Abdul Rahman dengan Yamtuan Tunku Antah boleh dibuktikan melalui sokongan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman kepada Tunku Ahmad Tunggal, calon saingan Tunku Antah untuk jawatan Yamtuan Negeri Sembilan dan ketidakhadiran beliau diupacara pelantikan Tunku Antah sebagai Yang Dipertuan Negeri

40 Khoo Kay Kim, Negeri.Negeri Melayu Pantai Baral ... him. 173·74. Sherifa Khan. The FormalioTl of Modern Negri Sembi/WI. 1874-1898. hIm. 98.

41 T. Chelliah. War in Negri Sembilan 1874-1875, him. 38. eN. Parkinson, British Intervenlion in Malaya 1867·1874, him. 184.

42 1M. Gullick, "The War with Yam Tuan Antah", him. 1-4. 43 1M. Gullick. "The War with Yam Tuan Antah··. him. 4. T. Chelliah, War ini Negri Sembilan 1814-1875. him. 41.

C.N. Parkinson, British Intervention in Malaysia 1867·1874, him. 275. Haji Buyong Adil. Sejarah Negeri Sembilan, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981), him. 58 . .

44 eN. Parkinson. British Interven/ion in Malaya /867· 1874. him. 276.

73

Page 9: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

GERAKAN YAMTUAN TUNKU ANTAH DI NEGERI SEMBILAN. 1875·76

Sembi lan, lelapi bukli jelas bahawa wujud perlempuran di anlara meraka berdua lidak ada. Malah pibak Brilish pula bukan sahaja lidak mengiklirafkan Tunku Anlah sebagai Yang Diperluan Besar Negeri Sembilan lelapi masih mengakui Dato' Kelana Syed Abdul Rahman yang lelab disingkir Un dang Sungai Ujong dan menyifatkan tindakan Yang Dipertuan Besar Tunku Antah menentang kerajaan British.45

Gerakkan Tunku Anlah bermula apabila pihak Britisb melibalkan diri dalam soal kedudukan Terachi. Pada masa Dalo' Kelana Sending, beliau lelah melanlik Penghulu di Terachi pada tahun 1869. Terachi ialah kawasan 3,000 kaki yang mengajur dari Gunung Berembun sampai ke Gunung Angsi adalab pemisah anlara Seri Menanli dengan Sungai Ujung. Terachi sebenamya salah salu daripada negeri­negeri Seri Menanti yang terdiri daripada Hulu Muar, Jempol dan Gunung Pasir. Negeri-Negeri ini di bawah pemerintah Yang Dipertuan negeri Sembilan dan dikenali dengan panggilan 'Tanah Mengandung,4.

Pada lahun 1875, Dalo' Kelana Syed Abdul Rahman lelab mendakwa Terachi adalah di bawah penladbiran beliau. Dalo' Kelana Sungai Ujong sejak lahun 1869 meluaskan pengaruhnya ke alas Terachi dengan melantik Langlote sebagai Pengbulu. Dakwaan Dalo' Kelana Syed Abdul Rahman ini diakui oleb Residen Brilish Sungai Ujong, P.J. Murray. Pengbulu ini lelah dipecal oleh Yamluan Tunku Anlah pada tahun 1875, lelapi Penghulu ini dilanlik semula sebagai Penghulu Terachi dan beliau memberi taat selia kepada Yamtuan Tunku Antah.47 Berita pemecalan Penghulu ini dilaporkan oleh Dalo' Kelana Syed Abdul Rahman kepada PJ. Murray pada akhir November 1875. Beliau menyifalkan lindakan Yamtuan Tunku Anlah ini sebagai menyalahi undang-undang kerana melibalkan diri dalam kawasan Dalo' Kelana Syed Abdul Rahman.

Tanpa mempersoalkan laporan Dalo' Kelana Syed Abdul Rahman, pada 26 November 1875, PJ. Murray dengan dilemani oleh 20 orang askar regimen ke-IO, 30 orang polis di bawah pimpinan sarjan berbangsa Eropab, Doklor Hoysled dan seorangjuruukur berbangsa Auslralia bemama Dominic Daly berangkal ke Terachi pada pukul 6.40 pagi dan liba pada jam 1.00 lengah hari. Kedatangan rombongan ini untuk mendapatkan penjalasan mengenai pelanlikan Pengbulu Terachi oleb Yamluan Anlah dan bagi memaslikan kbabar yang didapali menyalakan yang perhimpunan dibuat untuk membina kubu bagi melancarkan serangan. Pasukan ini melalui Paroi, Hulu Bendul sebelum sampai ke Terachi. Di Terachi, P.J. Murray lidak mendapal sebarang landa yang akan memungkin melelusnya kekacauan. Rombongan ini berkhemah di Terachi; manakala PJ. Murray dan Hinxman bermalam di rumah Penghulu Teracbi. Pada 27 November 1875, setelah meninggal­kan D. Dalay bersama 6 orang polis, PJ. Murray dan rombongan berangkat pulang

45 Sherifa Khan, The Formation 0/ Modern Negri Sembi/an. 1874.1898, him. 101. 46 J.M. Gullick. "The War with Yam Tuan Antah", him. 5·6. T. Chelliah. War in Negri Sembi/an 1874·1875, him. 42.

eN. Parikinson, British Intervention in Malaya 1867·1874. him. 276. Haji Buyong Adil, Sejarah Ne8eri Sembilan. him. 58·59.

47 Sherifa Khan, Tht> F"rmalion Il/ Modem Negri Srmbilan, 1874·1898, him. 102. J.M. Gullick, "The War with Yam Tuan Antah". him. 6.

74

Page 10: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

GERAKAN YAMTUAN TUNKU ANTAH Dl NEGERI SEMBILAN. 1875·16

seperti Undang Jelabu, Johol, Tampin dan Rembau akan memberi sokongan penuh kepada gerakan Tunku Antah: sekiranya perjuangan itu meneapai kejayaan awal. P.J. Murray dan Leftenan Hinxman sentiasa berwaspada kerana khuatir kepada serangan Tuanku Antah.

Sementara P.J. Murray dan Leftenan Hinxman menguatkan kedudukan mereka di Ampangan dan Rasah, pasukan Tunku Antah menyeberangi Bukit Putus, menganeam kedudukan Paroi yang letaknya di seberang sungai sebelah Sungai Ujong. Tuanku Antah menulis surat kepada PJ. Murray yang berbunyi supaya melupakan perkara yang sudah berlaku. Kemudiannya Tunku Antah memberi amaran kepada PJ. Murray supaya meninggalkan Terachi.

Pasukan Hinxman yang bermarkas di Rasah terdiri kurang daripada 50 orang dan tiap-tiap seorang hanya mempunyai 83 pusingan peluru. Walaupun Hinxman berpendapat bahawa langkah yang paling baik ialah melanearkan serangan ke atas pasukan Tunku Antah untuk menguji kekuatan dan menggagalkan ancangannya tetapi beliau sedar bahawa ramai orang Melayu Sungai Ujong tidak puas hati, dan sekiranya meninggalkan Rasah untuk melancarkan gerakan beliau khuatir akan mendapat tentangan dari belakang dan depan. Begitu juga dengan Murray, sekiranya bergabung dengan pasukan Hinxman di Rasah beliau khuatir Dato' Kelana akan melarikan diri . Sekurang-kurangnya dengan adanya pasukan beliau di kediaman. walaupun bebcrapa ratus meter dengan rumah Dato' Kelana tetapi diharapkan dapat menguatkan semangat Dato' Kelana. Pengunduran Dato' Kelana dibimbangkan akan menjadi faktor kenaikkan semangat perjuangan menentang British di Sungai Ujong. Oleh sebab kedudukan demikian menyebabkan Murray dan Hinxman mengutuskan surat kepada Gabenor Negeri-Negeri Selat meminta bantuan.

Pada malam 2/3 Disember 1875, pasukan Tunku Antah yang terdiri daripada kira-kira 200 hingga 400 orang melancarkan serangan ke atas balai polis Paroi dan berjaya menawannya. Kejayaan orang Melayu menduduki balai polis Paroi ini membimbangkan pihak British kerana kedudukan Paroi kira-kira 11.3 kilometer dengan SerembanjSungai Ujong dan kira-kira 6.43 kilometer dengan Ampangan, tempat kediaman Residen British dan Dato' Kelana.'o Pada 3 Disember 1875, Gabenor Negeri-Negeri Selat memaklumkan kepada Setiausaha Jabatan Jajahan di London bahawa arahan telah pun dikeluarkan mengatasi kebangkitan di Negeri Sembilan." Pada 3 Disember 1875, Pemangku ' Leftenan Gabenor Melaka, C.B. Plunket bersama-sama 20 orang ,pasukan regimen ke-IO di bawah pimpinan Leftenan Peyton tiba di Seremban. Pasukan ini datang dari Melaka melalui Lukut." C.B. Plunket menulis surat kepada Setiausaha Jajahan meminta tambahan tentera.

50 1M. Gullick, "The War with Yam Tuan Anlah", him. 8·9. T. Chelliah. War in Negri Sembi/an 1874·1875, him. 45. Sherifa Khan, ,[he Formation of Modern Negri Sembi/an, 1874·1898, him. 45. .

51 Further Correspondence relatin8 to the Affairs of certain Native Siaies in the Malay Peninsula in the neighbourhood of the Straits Settlements (London: George Edward Eyre and William Spoltiswoode. 1876), seterusnya diringkaskan sebagai CRMP, 1876, Gabcnor Negeri.Negeri Selat kepada Earl of Camavon, 3 Oisembcr 1815 (telegram).

52 J.M. Gullick, "The War with Yam Tuan Anlah", him. 9. T. Chelliahh, War ill Negri Sembi/an 1874·1876, him. 45, mencatilkan jumlah lenleta regimen ke·1Q ialah 22 orang.

76

Page 11: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

MALAYSIA DARI SEQI SEJARAH

Gabenor Sir William Jervois yang bercadang untuk menghantar pasukan Gurkha" telah menghantar 35 orang Gurkha dan 30 artillery ke Melaka dan Sungai Ujong. 54

Pada 4 Disember 1875, bersama-sama 30 orang polis peribumi dan 30 orang tentera serta 6 orang Arab tentera simpanan di bawah Leftenan Hinxman diarahkan mengintip kedudukan pasukan Tunku Antah di Paroi. Kira-kira 2.4 kilometer bampir dengan Paroi datang seorang scoul .melaporkan bahawa angkatan orang Melayu telah bersiap sedia. Leftenan Hinxman meneruskan perjalanan, dan berjumpa dengan pasukan di bawah Leftenan Peyton yang sedang memerhatikan gerakan pasukan orang Melayu terse but. Pasukan orang Melayu melepaskan tembakan ke arah pasukan Leftenan Hinxman dan Peyton. Setelah kira-kira 10 minit tembakan berlarutan; dengan alasan jalan yang dilalui sempit dan hutan tebal, serta kekuatan musuh Leftenan Hinxman dan Peyton serta pasukan mereka berundur. Orang Melayu mengikuti pasukan ini hingga kira-kira 6.4 kilometer. Pasukan Arab memainkan peranan penting mclindungi pengunduran pasukan British ini. Leftenan Hinxman dan Peyton serta pasukan mereka tiba di Rasah kira­kira pukul 11.00 pagi. Pasukan orang Melayu telah menduduki tebing timur Sungai Linggi dan menggunakan kubu yang ditinggalkan oleh Leftenan Hinxman untuk menguatkan kedudukan mereka di sini.

Pada 5 Disember 1875, satu pasukan kecil di bawah pimpinan Kapten Murray bergarak dari kediamannya di Ampangan mara ke arah kubu pertahanan pasukan orang Melayu di tebing timur Sungai Linggi. Pasukan orang Melayu mengundurkan diri tanpa berjuang. Kapten Murray dan Leftenan Hinxman sedar akan kelemahan mereka di Negeri Sembilan untuk mengatasi gerakan Tunku Antah. Permohonan tambahan kekuatan telah pun dibuat, tetapi keadaan menjadi sukar kerana pasukan tentera telab dihantar ke Perak untuk mengatasi gerakan orang Melayu yang telah pun berjaya membunuh Residen British, J.W.W. Birch di Pasir Salak pada 2 November 1875. Keadaan ini menyebabkan Sir William Jervois, Gabenor Negeri­Negeri Selat merasakan kekuatan senjata Negeri-Negeri Selat adalah tidak lengkap untuk mengatasi masalah di Perak dan Negeri Sembilan. Sebagai langkah mengatasi Sir William Jervois memohon bantuan tambahan dari India dan China.55

Sir William Jervois yang sibuk dengan gerakan tentangan di Perak menyedari bahawa C.B. Plunket, Pemangku Gabenor Melaka masih lagi baru, telah mengarah .Leftenan Gabenor A.E.H. Anson ke Sungai Ujong melalui Melaka untuk menjalankan siasatan bagi memastikan tahap merbahaya kebangkitan tersabut. Sir William Jervois mengeluarkan arahan ini pada 4 Disember 1875. A.E.H. Anson diminta ke Sungai Vjong 'membawa pasukan British, jika didapa'ti pasukan tambahan tidak diperlukan beliau diarahkan meninggalkan Sungai Vjong'· A.E.H. Anson juga diarahkan menyiasat ten tang adanya dakwaan yang menyatakan bahawa Mr. Henry Velge dan akan kongsinya, de Wind terJibat

53 CRMP, 1876, Sir Willilim Jcrvois kcpada Earl of Carnavon. 3 Oi5Cmbcr 1875 (tclcgram). 54 CRMP. 1876, Sir William Jcrvois kcpada Earl Camavon, 8 Di5Cmbcr 1875 (Iclcgram). 55 J.M. Gullick. "Thc War wilh YamTuan Antah", him. 10. t. Chclliah, War in Ncgri Sembilan 1874-1875, him. 46. 56 T. Chclliah, War (n Negri Sembi/an 1874·1875, him. 107, Appendix M, Mcmo William Jcrvois kcpada Koloncl

A.E.H. Anson, 4 Discmbcr 1815.

77

Page 12: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

GERAKAN YAMTUAN TUNKU ANTAH 01 NEGERI SEMBI LAN, 1875·76

dalam memerangsangkan orang Melayu mencetuskan tentangan. Pasukan di bawah pimpinan A.E.H. Anson bersama-bersama dengan 358 orang termasuk pegawai dan regimen pertama Gurkha di bawah Kolonel Clay dan dibantu oleh Sneyd Kynnersley dan Neubronner sebagai penterjemah belayar dari Pulau Pinang ke Melaka pada 5 Disember 1875. Pihak British mengambil keputusan bahawa Malaka akan dijadikan markas gerakan ke Sungai Vjong. Di Melaka. semasa ketiadaan C.B. Plunket di Sungai Vjong. Kapten Vaughton dari regimen ke-IO bertugas sebagai pemangku. Pada 5 Disember 1875. pasukan yang terdiri daripada 85 orang Arab di bawah pimpinan de Fontaine yang datang dari Singapura sampai di Lukut. Pada 6 Disember 1875 mereka tiba di Sungai Vjong.

Kini pasukan Tunku Antah bertahan di kubu Paroi. Kubu ini dibenteng oleh lumpur atau kayu yang kukuh serta dilindungi oleh hutan berbukit. Dalam kubu ini terdapat kira-kira 20 buah rumah yang dilengkapkan dengan senapang. Di hadapan kubu ini menganjur paya sepanjang 155.5 meter (170 ela) menghala ke Sungai Vjong. Di anggarkan jumlah pasukan Tunku Antah kira-kira 400-600 orang. 57 Pada 6 Disember 1875 pasukan di bawah kapten A.M. de Fontaine yang terdiri daripada 85 orang Arab bergabung dengan pasukan Leftenan Binxman. Dengan itu Hinxman m-engambil keputusan untuk melancarkan gerakan menawan ParDi daripada pasukan Tunku Antah. Leftenan Hinxman mengemukakan tiga sebab mengapa perlu mengambil langkab terse but. Pertama pasukan Tunku Antah begitu berani menghampiri kediaman Data' Kelana. kira-kira 823 meter; keduanya mereka begitu yakin dengan pengunduran pasukan Hinxman pada 4 Disember 1875 dan ketiganya. berdasarkan laporan babawa pasukan Tunku Antah tidak begitu berjaga-jaga. ini memberi peluang untuk melanearkan serangan pada waktu malam dengan angkatan yang besar. Pada 7 Disember 1875. pasukan Hinxman yang terdiri daripada Leftenan Peyton, 2 orang sarjan dan 44 orang regimen ke·lO, Kapten Fontaine dengan 85 orang Arab. dan Sarjan Bird bersama 45 orang polis tempatan menuju ke kediaman Residen. Residen PJ. Murray. Kapten C. Plunket dan A.M. Skinner ikut serta dalam pasukan ini. Dengan angkatan yang terdiri daripada 35 orang regimen ke-IO. 85 orang Arab dan 48 orang polis serta diikuti oleh P.l. Murray. Peyton. Skinner, Plunket, Fontaine dan Robinson, Hinxman melancarkan gerakan ke atas Paroi. Apabila tiba di kediaman Data' Kelana. Leftenan Peyton bersama seorang sarjan.4 orang daripada regimen ke-IO dan 4 orang Arab diarabkan berjalan dahulu sebagai scout dan diikuti oleb pasukan lain yang jaraknya kira-kira 2.4 kilometer." Kira-kira 1.6 kilometer dengan pasukan Tunku Antah terdapat jalan berea bang dua. Dengan itu pasukan Robinson bersama 20 orang bergerak ke kanan dan Sarjan Arab bersama 20 orang Arab lagi bergerak ke kiri. Kedua-dua pasukan ini diarabkan melalui hutan dan paya untuk mengugut pasukan orang Melayu. Sekiranya pertampuran berlaku di babagian depan. pasukan ini hendaklah memastikan tidak ada orang·orang Tunku Antah berundur melalui kawasan

57 T. Chelliah, War in Negri Sembi/an 1874·1875, him. 49. lM. Gullick, "The War with Yam Tu'an Antah", him. 16, mencatitkan di antara 300 hingga 600 orang.

58 T. Chelliah, War in Negri Sembi/an 1874·1875, him. 110, Appendilt 0, surat Leftenan Hinltman kepada Major Brigade, Negeri.Negeri Selat, 9 Disembcr 1875.

78

Page 13: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

GERAKAN YAMTUAN TUNKU ANTAH 01 NEGERJ SEMBILAN, 1875-76

Putus.·' Pasukan Tunku Antah membina beberapa kubu pertahanan di sini yang dikelilingi oleh ranjau.64

Pasukan British di bawah Kolonel Hill yang terdiri daripada PJ. Murray, Stirling dan 30 orang tentera lout dan 120 orang Gurkha dan Henriques dan 10 orang pasukan artillery bergerak pada 19 Disember 1875 ke Lembah Terachi melalui pantai dan Langkap. Kedudukan Terachi dengan Bukit Putus kira-kira 9.7 kilometer. Pada 20 Disember 1875 Leftenan Kolonel Clay yang memimpin pasukan yang kebanyakannya Arab dan Gurkha melancarkan serangan ke atas pasukan Tunku Antah di Bukit Putus.·s Oleh sebab tidak pasti kedudukan pasukan Tunk.u Antah, Leftenan Kolonel Clay menghantar pasukan yang terdiri daripada 50 orang di bawah Kapten Channer' dan di sertai oleh Leftenan North untuk menyiasat kedudukan pasukan Tunku Antah di Bukit Putus." Dalam perjalanan itu kapten Channer menghadapi masalah melalui jalan yang sempit di tepi bukit dan juga pokok-pokok kayu yang ditebang menghalang jalan tersebut. Pasukan di bawah pimpinan Kapten Channer di tentang oleh pasukan Tunku Antah. Temliak menembak berlaku dalam jarak kira-kira 54.9 meter dengan kubu di bawah dan 118.9 meter dengan kubu di atas. Pasukan Tunku Antah di Bukit Putus di bawah pimpinan Dato' Muar, Dato' Sri Menanti dan Dato' Jempul. Akhirnya pasukan Tunku Antah meninggalkan kubu mereka di bawah; kemudiannya di atas. Apabila pasukan di bawah Leftenan Kolonel Clay sampai pasukan British berjaya menawan semua kubu pasukan Tunku Antah yang ada di Bukit Put us. Namun begitu pasukan Tunku Antah cuba untuk melawan, tetapi apabila mendapat berita bahawa pasukan di bawah Hill mara ke Terachi menyebabkan mereka mengambil keputusan mengundurkan diri. Leftenan Kolonel Clay memusnahkan ketiga-tiga kubu yang

. ada di Bukit Putus. Pada 21 Disember 1875 Leftenan Kolonel Clay mara ke Bendol dan memusnahkan dua kubu di sini. Pada 22 Disember 1875 beliau mara ke Terachi.67

Pasukan Tunku Antah menanam ranjau dan menebang pokok-pokok kayu melintangi jalan bagi menghalang perjalanan pasukan British. Pasukan British menggunakan buruh Cina bagi mengangkut ala tan perang dan memandu perjalanan mereka. Terachi dijadikan markas gerakan di Negeri Sembilan. Pada 24 Disember 1875, pasukan British mara ke Parit. Dari sini pasukan di bawah Leftenan Kolonel Clay mara ke Seri Menanti. Tuan~u Antah dan keluarga mengundurkan diri dan Seri Menanti diduduki tanpa tentangan. Pasukan di bawah Hill memasuki kawasan Dato' Muar tanpa tentangan. Kolonel A.E.H. Anson menghantar pasukan polis ke Jempol. Dalam gerakan memburu ini, pasukan British tidak menghadapi tentanga/!

63 T. Chemah, War in Nt,rl &mbilan 1874-1875, him. 51. 64 1M. Gullick, "The War with Yam Tuan Antah", him. 17. 65 T. Cbelliah, War In Ne,rl &mbilCUI 1874·1875, him. 51 . CRMP, 1876, Sir William Jervois kepada Earl of Camavon,

28 Disember 1875. Sir William Jervois mencatitkan bahawa jwnlah tenaga dalam pasukao British yang menyerang Bukit Putus pada 22 Oisember 1875 ialah 450 orang; termasuk Gurkha, artillery, regimen keolO dan pa5ukan orang Arab.

66 T. Chelliah. "War in Negri Sembilan 1874.1875" , him. 115, Appendix Q, surat L.enenan R. Bertie Clay kepada Kolone! A.E.H. Anson, 24 Oisembcr 1875.

67 CRMP, 1876, Gabenor Sir William Jervois kepada Earl of Cam avon, 30 Oisember 1875. T. Chelliah, War in Ne,ri Sembifan 1874-/875, him. 52-53. J.M. Gullick, "The War with Yam Tuan Antah", him. 17.

80

Page 14: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

MALAYSIA DARI SEGI SEJARAH

kerana pasukan di bawah Tunku Antah telah mengundurkan diri. Dalam gerakan ini mereka memusnahkan rumah-rumah dan kubu-kubu. Setelah Tunku Antah mengundurkan diri, gerakan menentang British di Negeri Sembilan berakhir. Tunku Ahmad tunggal juga mengundurkan diri ke kawasan pedalaman6s

Kolonel A.E.H. Anson meletakkan pasukin polis di Parit, Jempol dan Terachi. Anson juga mengeluarkan arahan membina jalan raya menghubungi Bukit Putus dengan balai-balai polis. Pada 26 Disember 1875 pasukan di bawah Leftenan Kolonel Clay meninggalkan beberapa orang askar di Rasah untuk membantu Residen British di Sungai Ujong. Selain itu Leftenan Kolonel Clay diarahkan ke Melaka dan menunggu arahan seterusnya daripada Gabenor Negeri-Negeri Selal. Kemudiannya Kolonel A.E.H. Anson pulang meninggalkan PJ. Murray mener­uskan urusan pentadbiran sebagai Residen di Sungai Ujong. Semen tara menanti keputusan ke atas kedudukan Seri Menanti , P.J. Murray diarahkan meIindungi perundangan dan peraturan di sini. Dengan itu P.J . Murray mendirikan balai polis di sini dan juga mengumpulkan semua senjata yang dijumpai69 Balai polis dibina di Kuala Jempul, Kuala Pilah, Seri Menanti dan Terachi. Kawasan ini diletakkan di bawah di jagaan Dato' Sultan, anak Dato' Kelana Syed Abdul Rahman dan di bawah penyeliaan British di Sungai Ujong.'o

Yamtuan Tunku Antah mengundur diri berlindung dengan Maharaja Abu Bakar di Johor. Tuanku Ahmad Tunggal dicadangkan mentadbir Seri Menanti tetapi bukan sebagai Yamtuan. Pihak Jabatan Tanah Jajahan tidak menyetujui dengan cadangan ini. Ketika berada di Johor, Tuanku Antah dikunjungi oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat pada bulan Mei 1876 dan pada bulan November 1876. Pada 6 Jun 1876 bersama-sama Maharaja Abu Bakar, Tunku Antah datang berjumpa Gabenor Negeri-Negeri Selat. Setelah Jabatan Tanah Jajahan mendapat laporan mengenai penyerahan diri Tunku Antah, kebolehan Tunku Ahmad Tunggal ditimbulkan oteh Carnavon. Dengan itu Sir William Jervois membuat keputusan untuk memanggil pembesar Seri Menanti bermesyuarat di Singapura. Maharaja Abu Bakar menghantar kapal api Pula; ke Negeri Sembilan dan membawa Dato' Hulu Muar, Jempul dan Terachi ke Singapura. Dalam mesyuarat ini Dato'-Dato' tersebut bersetuju Tunku Antah sebagai Yang Dipertuan Besar Sri Menanti." Pada tahun 1877 Tuanku Antah pulang ke Negeri Sembilan. Negeri-Negeri lain di Negeri Sembilan bebas daripada Seri Menanti. Sungai Ujong di bawah perlindungan British."

Pada tahun 1887 Yamtuan Tunku Antah menandatangani perjanjian dengan British menerima perlindungan British. Pada 4 Jun 1887 Yamtuan Tunku Antah yang mendapat keredaan Dato'-Dato' Penghulu Negeri Johol, Inas, Muar, Terachi, Johol dan Gunung Pasir dan Gabenor Sir Frederick Aloysius Weld menandatangani perjanjian. Perjanjian adalah seperti berikut:

68 C.O. Cowan, Tanah Me fQYU Kurun Ktumbilan Btfas (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustakll, 1970), him. ]]9. 69 J.M . Gullick , "The War with Yam Tuan Antah", him. 18. 70 C.D. Cowan, Tanah Melayu Kurun Ke.fembilQn Btfm, him. ]]9. 71 Sherira Khan, The Forma/iun uf Modern Negri Sembifan, him. 125-26. 72 J.M . Gullick, "The War with Ylim Tuan Antah", him. 19.

81

Page 15: Gerakan Yamtuan Tunku Antah di Negeri Sembi/an, 1875-76 · 2016. 3. 30. · di Negeri Sembi/an, 1875-76 ABDULLAH ZAKARIA BIN GHAZALl, Ph.D. PENDAHULUAN Jabalan Sejarah Universili

GERAKAN YAMTUAN TUNKU ANTAH DI NEGERI SEMBI LAN, 1875-76

"I. Adapun kedua-dua kerajaan (Gobermen) dengan Negeri Sembi Ian itu kelak sentiasa sarna-sarna bekerja dengan bersetuju bertolong-tolongan supaya boleh ramai orang-orang di dalam negeri itu, maka kedua pihaknya itu pelihara memelihara dari hal ehwal negeri masing-masing supaya duduk di dalam ke­sentosaan serta telah sekatalah pula kedua pihaknya itu mengaku akan serah menyerabkan orang-orang yang terkena tuduh daripada sebarang jenis kesalahan maka perkara itu bolehlah kelak di antara kedua kerajaan itu mengaturkannya.

2. Adapun Yang Maha MuJia Yamtuan Seri Menanti serta Dato'-Dato' Penghulu negeri-negeri yang terse but nama di atas itu yang ada berkenaan di dalam per­tolongan jika dipinta oleh Gabenor tiga buah negeri pada menolong bersama­sarna melakukan jalan yang boleh mendatangkan pemiagaan di sebelah darat­darat itu dcngan membuat jalan yang bolch menerusi lalu ke negeri-negen itu.

3. Sebagai lagi telah sekatalab pula Yang Maha Mulia Yamtuan Seri Menanti Dato'-Dato' Penghulu negeri-negeri yang tersebut nama di atas itu jikalau sekiranya berlaku sesuatu jalan yang boleh menerbitkan sebarang perjanjian atau hubungan dalam kirim mengirim surat dengan negeri luar itu maka hal yang sedemikian itu bolehlab Gabenor tiga buah negeri sahaja menjalankan­nya. Dan lagi tiadalah pula akan diberi izin membuat sesuatu pekerjaan kepada orang-orang yang lain daripada rakyat Inggeris atau Persekutuan Inggeris atau orang-orang Melayu, Cina dan Hindustan. Ataupun yang bukan daripada bangsa rakyat Inggeris yang disebelah timur ini melainkan mahulah dengan keredaan daripada Gabenor yang memerintah tiga buah negeri itu.

4. Syahadan adalah Gabenor pihak Baginda Yang Maha Mulia Her Majesty Queen, Great Britain dan Shah Hanshah bagi negeri India itu telah mengakui Engku Besar Muhammad ibni Tunku Antab itu akan penggantinya menjadi Yamtuan di dalam Daerah Negeri Seri Menanti hinggalah turun temurun kepada anaknya dan cucu cicitnya yang betul keturunannya daripada zuriat Yamtuan yang ada sekarang inl adanya.73'·

KESIMPULAN

Walaupun tidak dinafikan bahawa wujudnya permusuhan di antara Tunku Antah dengan Dato' Kelana Syed Abdul Rahman tetapi persengketaan mereka ti­dak mencetuskan sebarang pertempuran. Begitu juga apabila Dato' Kelana Syed Abdul Rahman menuntut Terachi di bawah bidang kuasa pentadbiran, Yang Besar Tunku Antah menolak tuntutan ini dan pertempuran di antara kedua mereka tidak terjadi; tetapi apabila pihak British campur tangan dalam masalah Terachi dan menghantar pasukanoya, menceroboh dalam kawasan dan meocabar kewibawaan Tunku Antah maka Tunku Antah menentang. Sepanjangan pertempuran yang berlaku adalah di antara pasukan Tunku Antah dengan pasukan British. Oleb itu gerakan Tunku Antah di Negeri Sembilan pada tahun 1875 adalah menentang British.

73 Khoo Kay Kim, "TrealY of Agreemenl belween Yam Tuan\.Antah and Governor Weld", P~ninjQu S~ja,oh. Vol. 11. No. 2, Oklober 1967. hIm. 55

82