gejek dan kegunaannya2

17
Pengakap KLM 18 GEJEK DAN KEGUNAANNYA Gejek merupakan alatan yang dibina di sesuatu perkhemahan bagi menggantikan peralatan dan perabot yang terdapat di rumah. Gejek boleh dibina daripada bahan-bahan yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan. Contohnya, apabila berkhemah di kawasan hutan dan bukit, bahan yang boleh digunakan seperti buluh, batang kayu kecil, ranting kayu, akar-akar, rotan, daun kayu dan lalang. Sesetengah kawasan seperti kawasan kem dan tepi pantai bahan-bahan seperti dinyatakan sukar didapati. Amnya, banyak bahan yang boleh digunakan dan diubahsuaikan untuk membina gejek. Di antaranya adalah seperti berikut: Batang buluh ( sama ada dibelah atau tidak ) Batang atau dahan kayu yang kecil ( diameter di antara 10 cm hingg 18 cm ) Ranting kayu. Batang pokok yang lurus dan kecil ( diameter antara 12 cm hingga 22 cm ) Daun pokok atau tumbuh-tumbuhan Tin kosong seperti tin susu atau minuman. Batu-batan Jaa kanak-kanak riang

Upload: nic-kamariah

Post on 29-Oct-2015

190 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

gejek

TRANSCRIPT

Page 1: Gejek Dan Kegunaannya2

Pengakap KLM 18

GEJEK DAN KEGUNAANNYA

Gejek merupakan alatan yang dibina di sesuatu perkhemahan bagi menggantikan

peralatan dan perabot yang terdapat di rumah. Gejek boleh dibina daripada bahan-bahan

yang terdapat di sekitar kawasan perkhemahan. Contohnya, apabila berkhemah di

kawasan hutan dan bukit, bahan yang boleh digunakan seperti buluh, batang kayu kecil,

ranting kayu, akar-akar, rotan, daun kayu dan lalang. Sesetengah kawasan seperti

kawasan kem dan tepi pantai bahan-bahan seperti dinyatakan sukar didapati.

Amnya, banyak bahan yang boleh digunakan dan diubahsuaikan untuk membina

gejek. Di antaranya adalah seperti berikut:

Batang buluh ( sama ada dibelah atau tidak )

Batang atau dahan kayu yang kecil ( diameter di antara 10 cm hingg 18 cm )

Ranting kayu.

Batang pokok yang lurus dan kecil ( diameter antara 12 cm hingga 22 cm )

Daun pokok atau tumbuh-tumbuhan

Tin kosong seperti tin susu atau minuman.

Batu-batan

Tali ( rami manila dan rafia ), rotan, dawai dan akar yang boleh dijadikan tali

untuk mengikat.

Jaa kanak-kanak riang

Page 2: Gejek Dan Kegunaannya2

Pengakap KLM 18

TUJUAN DAN FAEDAH MEMBINA GEJEK

Banyak tujuan dan faedah yang diperolehi oleh peserta sesuatu perkhemahan

semasa mereka membina gejek. Di antara tujuan dan faedah membuat gejek ialah:

1. Sebagai perabot dan alat ganti di kawasan sesuatu perkhemahan. Gejek yang

dibina mempunyai fungsi hampir sama dan bentuknya dengan perabot yang

digunakan di rumah. Contohnya, gejek dapur untuk memasak, dan gejek

untuk menyimpan makanan ( almari ), gejek meja untuk makan dan gejek

peralatan kerja. Keadaan ini menyebabkan peserta berasa selesa dan

menyamai situasi mereka tinggal di kawasan rumah.

2. Menjamin kesihatan dan kesegaran tubuh badan peserta sepanjang

perkhemahan. Contohnya dibina tandas dan tempat membasuh serta tempat

membuang sampah yang sistematik, makanan disimpan mengikut peraturan

kesihatan dan amalan kebersihan yang lain dipatuhi.

3. Aktiviti membina gejek secara tidak langsung menyemai dan memupuk

perasaan bertanggungjawab, bekerjasama, bantu-membantu, kerajinan dan

sifat ‘kekitaan’ di kalangan peserta dalam satu patrol atau kumpulan.

Keadaan ini merupakan salah satu objektif ditubuhkan pergerakan pengakap

dan pandu puteri. Intisari ini terdapat dalam undang-undang dan persetiaan

pergerakan berkenaan, iaitu persaudaraan sejagat.

4. Peserta dapatmelahirkan idea-idea yang baru. Keadaan ini secara tidak

langsung dapat membentuk peserta perkhemahan dengan sikap keyakinan diri,

Jaa kanak-kanak riang

Page 3: Gejek Dan Kegunaannya2

Pengakap KLM 18

konsep kendiri yang positif, penghargaan kendiri yang positif dan

kesempurnaan kendiri.

5. Peserta perkhemahan dapat menggunakan masa lapang yang berfaedah tanpa

melakukan aktiviti yang menyalahi norma masyarakat dan agama.

6. Peserta perkhemahan dapat mempraktikkan pengetahuan tentang simpulan

dan ikatan yang dipelajari semasa membina gejek di perkhemahan.

KRITERIA SEMASA MEMBINA GEJEK

Beberapa kriteria seharusnya difikirkan semasa membina sesuatu gejek yang baik.

Berikut adalah beberapa garis panduan semasa membina sebuah gejek di perkhemahan:

1. Sesebuah gejek mestilah ringkas dan praktikal

2. Sesebuah gejek mestilah senang dibina dan mengambil masa yang lama untuk

disiapkan.

3. Sesebuah gejek seharusnya kukuh, dapat digunakan sepenuhnya dan bukan

untuk dijadikan bahan pameran sahaja.

4. Menggunakan bahan semulajadi yang terdapat di sekeliling kawasan

perkhemahan untuk membina gejek.

5. Menggunakan ikatan dan simpulan yang betul semasa membina gejek.

Keselamatan menggunakan gejek bergantung kepada ikatan dan simpulan

yang digunakan.

6. Menggunakan bahan yang sesuai. Keadaan ini boleh menyebabkan mudah

patah, roboh dan tidak selamat digunakan.

7. Gejek-gejek hendaklah dibina dan diletakkan di tempat yang sesuai. Gejek

yang dibina seharusnya serbaguna.

Jaa kanak-kanak riang

Page 4: Gejek Dan Kegunaannya2

Pengakap KLM 18

JENIS DAN KEGUNAAN GEJEK

Biasanya di setiap perkhemahan, kita akan dibahagikan kepada kumpulan-

kumpulan kecil atau patrol. Setiap patrol mengandungi 6 hingga 8 orang ahli. Setiap

patrol akan ditetapkan kawasan perkhemahan masing-masing. Setiap ahli dalam patrol

seharusnya ,mendirikan khemah dan gejek-gejek. Gejek dibina dimasa lapang atau di

masa yang telah ditetapkan. Amnya, pengakap harus membina beberapa jenis gejek

seperti gejek pintu, gejek kawasan dapur, gejek kawasan tempat tinggal dan gejek-gejek

lain.

DAPUR DAN GEJEK KAWASAN DAPUR

Dapur merupakan satu keperluan asas di perkhemahan. Dapur seperti dapur pam

minyak tanah, dapur gas dan dapur lilin boleh dibawa bersama-sama semasa

perkhemahan. Banyak jenis dapur yang digunakan untuk memasak. Jenis dapur yang

digunakan mengikut kesesuaian kemudahan asas di kawasan perkhemahan dan tempoh

masa berkhemah. Contohnya, dapur ‘gipsi’, dapur ‘ Trapper’s’ , dapur ‘star’ dan dapur

tongkol dua digunakan untuk perkhemahan yang singkat atau sehari dua sahaja. Gejek-

gejek dapur seharusnya dibina apabila berkhemah selama lebih daripada tiga hari atau di

musim hujan.

Gejek-gejek dapur boleh diperbuat daripada kayu atau buluh yang terdapat di

kawasan perkhemahan. Dapur yang dibina di atas gejek sangat sesuai digunakan semasa

musim hujan. Ini kerana dapur tidak basah oleh air. Sama ada daripada air hujan dan air

yang mengalir di atas tanah. Atapnya boleh diperbuat daripada daun kayu, kepingan zink

dan sebagainya.

Beberapa jenis gejek diperlukan di kawasan dapur. Gejek-gejek tersebut dibuat

bagi kegunaan meletak peralatan dapur dan makanan. Di antara gejek-gejek yang dibuat

Jaa kanak-kanak riang

Page 5: Gejek Dan Kegunaannya2

Pengakap KLM 18

di kawasan dapur ialah seperti gejek kerusi meja, gejek tempat membasuh, gejek pinggan

mangkuk, peralatan kerja, menyimpan makanan dan sebagainya.

GEJEK TEMPAT TINGGAL

Beberapa jenis gejek boleh dibina di sekitar kawasan tempat tinggal atau khemah.

Tujuan dibina gejek-gejek kawasan khemah dan kawasan tempat tinggal supaya dapat

menjaga kebersihan, kekemasan diri dan kawasan perkhemahan keseluruhan. Gejek-

gejek ini dapat membantu peserta hidup lebih teratur dalam sesuatu perkhemahan.

Beberapa gejek tempat tinggal perlu dibina semasa mengadiri sesuatu

perkhemahan. Di antara gejek-gejek yang seharusnya dibina di tempat tinggal ialah

gejek penyangkut baju, penyidai kain, gejek kasut, gejek katil, gejek kerusi dan meja

tulis, gejek kerusi rehat dan kerusi panjang.

GEJEK-GEJEK LAIN

Selain daripada gejek-gejek yang telah dinyatakan, beberapa gejek lain boleh

dibina di sesuatu kawasan perkhemahan. Di antara jenis gejek-gejek lain ialah gejek

lampu dan lilin, gejek papan kenyataan, gejek peralatan kerja,gejek bendera dan gejek

pameran.

Jaa kanak-kanak riang

Page 6: Gejek Dan Kegunaannya2

Pengakap KLM 18

KEBERSIHAN KAWASAN PERKHEMAHAN

Kebersihan dalam kawasan perkhemahan meliputi kebersihan diri, kebersihan

makanan dan minuman, kebersihan dapur, kebersihan dalam kawasan perkhemahan dan

pembuangan sampah serta tandas.

KEBERSIHAN DIRI

Sepanjang masa perkhemahan kita seharusnya menjaga kebersihan diri. Biasanya

penyakit mudah merebak dan terkena kepada peserta yang mengabaikan kebersihan diri.

Kuman, bakteria dan kekotoran akan masuk ke dalam tubuh jika kebersihan diri tidak

dijaga dengan sempurna.

Menjaga kebersihan diri bukan sahaja terhad kepada perkhemahan bahkan

sepanjang masa dan waktu. Pengakap juga perlu menjaga kebersihan diri semasa di

rumah, di sekolah dan semua tempat. Di antara kebersihan diri termasuklah:

1. Bersugi pada setiap waktu. Orang yang suka memelihara kebersihan

badannya biasanya suka menggosok gigi. Tabiat ini dapat menjadikan

gigi sentiasa bersih dan sihat.

2. Mandi dan membersihkan diri. Semasa perkhemahan peserta sering

terdedah dengan pelbagai kekotoran. Oleh itu, kebersihan diri sangat

penting untuk mengelakkan daripada terkena panyakit sewaktu

berkhemah.

3. Membasuh pakaian. Pakaian peserta hendaklah sentiasa bersih.

Jaa kanak-kanak riang

Page 7: Gejek Dan Kegunaannya2

Pengakap KLM 18

KEBERSIHAN MAKANAN DAN MINUMAN

Sepanjang masa perkhemahan, makanan dan minuman hendaklah dijaga dengan

bersih. Makanan dan minuman yang kotor boleh menyebabkan peserta terkena pelbagai

penyakit. Di antara langkah-langkah yang wajar diteliti oleh setiap peserta supaya

makanan dan minuman sentiasa bersih dan jauh daripada penyakit ialah:

1. Menyimpan makanan dan sayuran mentah di tempat yang bersih dan

mempunyai penutup.

2. Menyimpan makanan yang sudah dimasak di tempat yang bertutup supaya

lalat dan serangga tidak hinggap pada makanan.

3. Menggunakan bekas memasak, menghidang dan menyimpan makanan

yang dibasuh dan dibersihkan terlebih dahulu.

4. Membasuh terlebih dahulu sebelum memakan makanan mentah seperti

buah-buahan dan sayur-sayuran. Membasuh dengan menggunakan air

yang bersih supaya kuman dan bakteria yang melekat pada makanan

dinyahkan.

5. Makanan yang telah busuk dan rosak seharusnya dibuang dengan segera.

Bekalan air merupakan keperluan utama bagi setiap penghidupan. Peserta boleh

meletakkan suatu tempat ke hilir sungai untuk digunakan semasa mandi, membasuh dan

sebagainya. Peserta jangan sekali-kali meminum air yang belum diketahui

kebersihannya. Peserta tidak dapat melihat kuman yang terdapat di dalam air yang

diminum. Cara yang paling selamat dan baik untuk membunuh kuman ialah dengan cara

memasak air beberapa lama. Air yang digunakan untuk diminum, memasak dan

membasuh makanan hendaklah sentiasa ditutup.

KEBERSIHAN KAWASAN DAPUR

Kawasan dapur hendaklah dibuat pada tempat yang sesuai mengikut tiupan angin.

Keadaan ini supaya asap tidak bertiup masuk ke dalam khemah. Setelah dapur didirikan,

kebersihan kawasannya harus dijaga. Di antara langkah-langkah untuk menjaga kawasan

Jaa kanak-kanak riang

Page 8: Gejek Dan Kegunaannya2

Pengakap KLM 18

dapur ialah peserta harus membina lubang kering dan lubang basah, tempat membasuh

dan sistem pembuangan sisa makanan. Peserta boleh menggali dua buah lubang. Satu

untuk sampah sarap ( lubang basah ) dan sampah sarap kering ( lubang kering ). Luas

setiap lubang ini ialah 50 cm x 50cm dan dalamnya 60 cm. Sampah sarap yang kering

dan mudah dibakar dimasukkan ke dalam lubang kering dan dibakar dua kali sehari.

Lubang kedua ialah lubang basah. Permukaan lubang basah perlu disusun dengn

batang-batang kayu atau buluh kemudian ditutup dengan lalang atau rumput di

permukaan atasnya. Sisa makanan akan tertapis di permukaan atas. Hanya air sahaja

yang akan mengalir melalui lapisan penutup.

KEBERSIHAN KAWASAN KESELURUHAN

Satu kawasan pembakaran sampah perlu diadakan di perkhemahan untuk

membakar sampah sarap yang kering. Lubang ini dinamakan lubang kering. Semua

sampah sarap hendaklah dimasukkan ke dalam lubang ini dan dibakar dari masa

kesemasa. Tin-tin kosong hendaklah dikemekkan terlebih dahulu sebelum ditanam.

Jangan biarkan daun-daun kering yang berguguran di dalam kawasan

perkhemahan. Kawasan perkhemahan hendaklah dibersihkan pada setiap hari. Tindakan

pembersihan ini untuk mengelakkan binatang berbisa seperti lipan, kala, dan ular yang

merayap pada waktu malam. Binatang berbisa suka bersembunyi di dalam longgokan

sampah dan semak samun.

TANDAS

Sebaik sahaja tiba di kawasan perkhemahan, kedudukan tandas perlu ditentukan.

Tandas perlu juga dibina walaupun untuk berkhemah untuk satu malam sahaja. Biasanya

satu lubang tandas digali berukuran 0.6 meter dalam, 0.9 meter panjang dan 0.3 meter

lebar.

Lantai tandas boleh dibina daripada batang kayu atau buluh. Beberapa batang

kayu atau buluh dipotong di bahagian tengah untuk lubang tandas. Batang buluh atau

Jaa kanak-kanak riang

Page 9: Gejek Dan Kegunaannya2

Pengakap KLM 18

kayu ini diikat dengan tali. Tandas juga boleh juga dibina di kawasan tanah tinggi

rendah. Keadaan ini mengelakkan peserta menggali lubang untuk tandas.

Membiasakan adat-adat Islam dan tatasusila dan ketimuran semasa membuang air

besar dan air kecil di kawasan perkhemahan adalah diperlukan.

Jaa kanak-kanak riang

Page 10: Gejek Dan Kegunaannya2

Pengakap KLM 18

SEBELUM MENINGGALKAN KAWASAN

PERKHEMAHAN

Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan, terdapat beberapa perkara yang harus di

selesaikan oleh peserta perkhemahan. Di antaranya seperti berikut:

1. Menjelaskan semua bayaran bil dan bayaran tertentu.

2. Runtuhkan semua gejek dan pagar.

3. Kemaskan peralatan individu dan masukkan ke dalam pack.

4. Turunkan semua khemah dan kemaskan.

5. Susun semua peralatan kumpulan dan patrol di suatu tempat.

6. Semak semua kawasan aktiviti dan kawasan perkhemahan untuk memastikan

peralatan tidak tertinggal.

7. Buat satu barisan lurus dan berjalan perlahan-lahan mengambil semua sampah

sarap yang tertinggal.

8. Pakai pakaian seragam untuk istiadat penutup dan balik ke rumah masing-

masing.

Sebelum meninggalkan tapak perkhemahan, pemimpin unit atau penganjur

seharusnya meneliti beberapa perkara supaya perkhemahan yang dijalankan itu

meninggalkan kesan yang baik. Di antaranya adalah seperti berikut:

1. Kawasan perkhemahan perlu dibersihkan sehingga lebih bersih daripada

sebelum digunakan. Di antara perkara yang diabaikan oleh peserta

perkhemahan ialah:

a) Sampah sarap dibuang bertaburan. Sampah sarap sepatutnya dibakar dan

bekas makanan dikemekkan terlebih dahulu sebelum ditanam.

b) Gejek dan kraf perkhemahan dibiar begitu sahaja. Peserta perlu

merobohkan semua gejek, pintu gerbang dan semua kraf perkhemahan.

Jaa kanak-kanak riang

Page 11: Gejek Dan Kegunaannya2

Pengakap KLM 18

Buluh atau kayu yang digunakan, jika tidak dibawa balik, disusun rapi

tempat yang sesuai.

c) Kayu dan bara api dibiarkan. Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya

kebakaran. Peserta seharusnya menimbuskan bara api, arang dan abu ke

dalam tanah.

d) Lubang yang digali dibiarkan. Peserta perlu menimbus lubang yang digali

seperti sebelum perkhemahan berlaku.

2. Semua peralatan kumpulan hendaklah disemak oleh QM dan sesuaikan

mengikut senarai yang dibawa. Jika berlaku kerosakan dan kehilangan

hendaklah dicatat dan dilaporkan kepada pemimpin unit.

3. Setiap peserta perlu memastikan setiap barang yang dibawa tidak tertinggal di

kawasan perkhemahan.

4. Kumpul dan susun semua peralatan yang di bawa di suatu tempat mengikut

patrol. Apabila didapati barang yang hilang, setiap peserta seharusnya

menyemak dan memastikan tidak termasuk ke dalam beg masing-masing.

MELIPAT, MENJAGA DAN MENYIMPAN KHEMAH

Khemah perlu diturunkan dan dilipat supaya senang dibawa balik. Semua tali dan

pancang hendaklah diletakkan di bahagian dalam lipatan. Khemah yang paling senang

dilipat ialah khemah berbentuk ‘A’ dan dinding.

Sebelum melipat khemah pastikan tiada sampah sarap melekat pada khemah. Jika

sempat khemah yang masih lembap seharusnya dibiarkan kering dahulu di bawah

cahaya ,matahari. Apabila sampai di sekolah, khemah perlu dikeringkan jika masih

basah atau lembap. Ini untuk mengelakkan khemah menjadi cepat rosak dan koyak.

Simpan khemah di tempat yang sesuai. Apabila khemah tidak digunakan

beberapa lama, buka sekali-sekala dan sidai pada cahaya dan suhu bilik. Biasanya

khemah perlu dibuka apabila tidak digunakan dalam tempoh tiga bulan atau lebih. Ini

Jaa kanak-kanak riang

Page 12: Gejek Dan Kegunaannya2

Pengakap KLM 18

untuk memastikan khemah kering, tidak cepat rosak atau digigit oleh serangga. Jika

terdapat bahagian khemah yang koyak hendaklah ditampal atau dijahit.

Sebelum khemah dilipat, ia perlu dibentangkan di atas tanah. Selepas itu lipat ke

bahagian dalam khemah semua helaian pintu dan penahan angin. Semua tali khemah

hendaklah dimasukkan ke dalam lipatan. Peserta tidak boleh membiarkan tali khemah

berjuntai keluar dari gulungan khemah tersebut.

Selepas itu, khemah perlu dilipat sehingga lebarnya lebih kurang 0.5 meter

kemudian gulung dengan kemas. Akhirnya khemah dilipat dengan kemas.

Jaa kanak-kanak riang