gejala gengsterisme

3
Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan peradaban bangsa dan negara seolah-olah semakin menular dalam kalangan masyarakat terutamanya dalam kalangan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar dan kaca television. Kemajuan yang dicapai oleh negara kita pada era kini menjadi kurang mantap dengan wujudnya penularan gejala sosial dalam kalangan remaja terutamanya gejala gengsterisme. Isu tersebut telah menjadi buah mulut setiap marhaen di seantero dunia yang kini semakin berleluasa terutamanya di sekolah. Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2010, halaman 458, gengsterisme didefinisikan sebagai kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk kegiatan jenayah sesuatu. Menurut Trasher pula yang merupakan pelopor awal tentang kajian gengsterisme mengutarakan bahawa golongan ini berpotensi untuk mewujudkan geng pada awal remaja. Golongan ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat mereka dapat memperoleh keseronokan di dunia dalam kumpulan mereka. Beliau juga mendefinisikan geng sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkah laku yang sama, perjumpaan bersemuka, gerakan secara berunit, konflik dan mempunyai perancangan. Secara umumnya, kegiataan gengsterisme ini boleh ditakrifkan sebagagi aktiviti-aktiviti yang bersifat jenayah atau sosial yang dijalankan oleh sekumpulan individu iaitu pelaja sekoah terhadap pelajar-pelajar lain atau mangsa keadaan. Mereka yang kongkalikung dalam gejala ini sanggup melakukan sesuatu perkara yang melanggar dari segi undang-undang demi mencapai matlamat hidup mereka yang mengamalkan hendonisme. Selain itu, penglibatan mereka dalam gejala gengsterisme ini mampu mendorong

Upload: stam

Post on 12-Jan-2016

217 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ok.

TRANSCRIPT

Page 1: gejala gengsterisme

Dalam meniti arus kemodenan ini, pelbagai penyakit sosial yang mampu meranapkan

peradaban bangsa dan negara seolah-olah semakin menular dalam kalangan masyarakat

terutamanya dalam kalangan remaja. Akhir-akhir ini, berita mengenai golongan remaja

terjebak dalam gejala sosial kerap terpampang di dada akhbar dan kaca television. Kemajuan

yang dicapai oleh negara kita pada era kini menjadi kurang mantap dengan wujudnya

penularan gejala sosial dalam kalangan remaja terutamanya gejala gengsterisme. Isu tersebut

telah menjadi buah mulut setiap marhaen di seantero dunia yang kini semakin berleluasa

terutamanya di sekolah.

Menurut Kamus Dewan edisi ke-4 Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) 2010, halaman

458, gengsterisme didefinisikan sebagai kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam sesuatu

kegiatan untuk kegiatan jenayah sesuatu. Menurut Trasher pula yang merupakan pelopor awal

tentang kajian gengsterisme mengutarakan bahawa golongan ini berpotensi untuk

mewujudkan geng pada awal remaja. Golongan ini mudah terdedah dengan keadaan

persekitaran dengan syarat mereka dapat memperoleh keseronokan di dunia dalam kumpulan

mereka. Beliau juga mendefinisikan geng sebagai satu kumpulan yang mempunyai ciri-ciri

seperti mengikut tingkah laku yang sama, perjumpaan bersemuka, gerakan secara berunit,

konflik dan mempunyai perancangan. Secara umumnya, kegiataan gengsterisme ini boleh

ditakrifkan sebagagi aktiviti-aktiviti yang bersifat jenayah atau sosial yang dijalankan oleh

sekumpulan individu iaitu pelaja sekoah terhadap pelajar-pelajar lain atau mangsa keadaan.

Mereka yang kongkalikung dalam gejala ini sanggup melakukan sesuatu perkara yang

melanggar dari segi undang-undang demi mencapai matlamat hidup mereka yang

mengamalkan hendonisme. Selain itu, penglibatan mereka dalam gejala gengsterisme ini

mampu mendorong mereka kepada kegitatan yang tidak diingini seperti merokok, ponteng

sekolah, peras ugut dan sebagainya. Penglibatan gengsterisme terbahagi kepada dua golongan,

Page 2: gejala gengsterisme

iaitu golongan delinkuen dan devian. Delinkuen bermaksud remaja sekolah manakala devian

pula bermaksud golongan yang melanggar norma masyarakat setempat. Secara lazimnya, kes-

kes gengsterisme ini berlaku pada awal remaja, misalnya pada tahun 2009, Ketua nPolis

Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar telah mengatakan 10,000 individu dikesan menjadi

anggota rahsia lapan kumpulan yang terbabit dalam pelbagai kegiatan jenayah dan

gangsterisme di Selangor. Pada tahun 2012 pula, satu insiden belasah berlaku di Sekolah

Menengah (SM) Raja Dr Nazrin Shah di Kampung Gajah, Ipoh. Pelajar tersebut dibelasah

oleh sekumpulan pelajar yang melibatkan 18 orang pelajar dengan menggunakan objek keras

lebih tiga jam selepas enggan mengaku mencuri wang sebanyak RM100 milik seorang

pelajar. Selain itu, kes yang berlaku pada tahun 2014 juga menjadi perhatian murba, iaitu

berlakunya di Georgetown, Pulau Pinang. Tajuk yang terpampang di dada akhbar pada tahun

2014 mengatakan bahawa empat pelajar disyaki terbabit gengsterisme telah ditahan. Hal ini

demikian disebabkan mereka disyaki terbabit dalam kes peras ugut dan membelasah pelajar

lain. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, mereka berusia dalam

linkungan 15 dan 18 tahun ini ditahan di Persisiran Tembaga dan Jalan Sungai Dua dan juga

terbabit dalam pertubuhan kongsi gelap. Jelaslah bahawa gejala gengsterisme ini membawa

padah terhadap generasi muda harapan bangsa pada masa kini. Oleh itu, persoalannya adalah

apakah yang membuatkan golongan remaja ini terdorong dalam melakukan kegiataan yang

tidak sihat dan lebih mendorong kepada pengamalan sifat atau fahaman nihilisme ini?

Penularan gejala gengsterisme yang berleluasa ini disebabkan oleh pelbagai

Page 3: gejala gengsterisme