gaya bahasa

6
GAYA BAHASA Gaya bahasa ialah susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis jenis gaya bahasa bersama istilah – istilah yang berkaitan dengannya bagi memudahkan pelajar memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh. JENIS-JENIS GAYA BAHASA 1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi keriangan. 2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya. 3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata- kata bandingan. Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak). 4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat. 5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api. 6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud yang tepat. Contoh: benci tetapi rindu.

Upload: syuhaila-ibrahim

Post on 22-Dec-2015

49 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sastera

TRANSCRIPT

Page 1: Gaya Bahasa

GAYA BAHASA

Gaya bahasa ialah susunan kata yang digunakan oleh pengarang dalam usaha 

mengungkapkan tema dan persoalan dalam karya. Berikut dihimpunkan jenis – jenis gaya

bahasa bersama istilah – istilah yang berkaitan dengannya bagi memudahkan pelajar

memahami konsep asas gaya bahasa secara menyeluruh.

JENIS-JENIS GAYA BAHASA

1. Diksi ialah pemilihan dan penyusunan kata-kata yang indah sehingga membawa pengertian yang mendalam dan tepat penggunaannya. Contoh: Mukanya berisi keriangan.

2. Personifikasi merujuk bahasa yang memberikan sifat manusia kepada sesuatu benda, keadaan atau suasana. Contoh: Pokok kelapa itu melambai-lambai ke arahnya.

3. Metafora pula ialah bahasa kiasan yang tidak menggunakan kata-kata bandingan. Metafora boleh terdiri daripada konsep logik dan abstrak. Contoh: Lautan fikirannya (Lautan bermaksud laut dan banyak ilmu. Fikiran pula hanya ada satu maksud iaitu berfikir atau otak).

4. Simile ialah kiasan yang membandingkan dua benda yang berbeza tetapi ada persamaan. Penggunaan bak, umpama, seperti, bagai dan laksana banyak digunakan dalam ayat jenis ini. Contoh: wajahnya pucat umpama mayat.

5. Hiperbola pula perbandingan yang tidak logik atau melampau. Contoh: matanya berapi-api.

6. Paradoks merujuk pernyataan yang ganjil atau bertentangan tetapi mempunyai maksud yang tepat. Contoh: benci tetapi rindu.

7. Asonansi ialah pengulangan vokal. Contoh: segar angin laut (pengulangan vokal a).

8. Aliterasi ialah pengulangan konsonan. Contoh: segar angin laut. (pengulangan konsonan n)

9. Pengulangan/ repitasi ialah pengulangan perkataan dalam ayat atau rangkap yang sama. Contoh: tenaga pemuda tenaga beerti.

10. Inversi ialah pembalikan susunan kata. Contoh: sihat badan wajah berseri (sepatutnya; badan sihat wajah berseri)

11. Anafora ialah pengulangan kata di depan baris. Contohnya: bila diikat dia jalan, bila dibuka ia berhenti.

Page 2: Gaya Bahasa

12. Responsi ialah pengulangan kata di tengah baris. Contohnya: mencipta rumah tempat berlindung, membina bilik tempat berteduh.

13. Epifora ialah pengulangan kata-kata di akhir baris puisi.

14. Simbol/ perlambangan. Contoh: Ombak melambangkan cabaran dalam kehidupan.

15. Sinkof/ sinkope ialah singkatan. Contoh: tak (tidak), ku (aku), mu (kamu)

16. Jenis bahasa iaitu bahasa Arab, bahasa Jawa, bahasa Klasik dan lain-lain.

17. Imej alam: Contoh: padi, bulan, rumput.

Gaya Bahasa yang terdapat dalam novel ‘Anak Patung Adik’.

Personafikasi

1. Bunga-bunga kesedihan sudah terbayang di wajahnya.

2. Anak-patung merah itu seolah-oleh melambai-lambai kepadanya.

3. Hati dan fikirannya sudah berlegar jauh ke luar kelas.

Aliterasi

1. Muka adik semasa demam masam mencuka

- Pengulangan konsonan ‘m’.

2. Matanya terkebil-kebil melihat di sekeliling bilik

- Pengulangan konsonan ‘l’.

3. Anak patung merah itu benar-benar bersih

- Pengulangan konsonan ‘b’.

4. Adik basuh habis-habisan

- Pengulangan konsonan ‘h’.

Asonansi

1. Hairan dengan keadaan adik akhir-akhir ini.

- Pengulangan vokal ‘a’

Inversi

1. Terasa lembut benar tangan mama.

2. Mimpikah dia tentang anak patung itu?

Page 3: Gaya Bahasa

Sinkope

1. Apa yang adik cari ni?

2. Adik dah selamat.

3. Atuk ke tu?

Simile

1. Muka adik pucat seperti mayat.

Metafora

1. Budak tu dah dirasuk perasaan takut agaknya.

2. Adik terus dicengkam kegelisahan.

Page 4: Gaya Bahasa

Persoalan.

Persoalan ialah perkara-perkara kecil dalam sesuatu karya yang ada hubungannya dengan

tema. Persoalan biasanya lebih daripada satu iaitu semakin panjang sesuatu karya semakin

banyak persoalannya Persoalan wujud untuk memperkukuh dan menghidupkan tema

sesebuah karya. Persoalan- persoalan yang terdapat dalam novel “Anak Patung Adik” ini

ialah:

1. Mengisahkan ‘Adik’ yang dihantui oleh perasaan bersalah kerana telah merosakkan

anak-anak patungnya.

2. Gangguan perasaan yang dialami oleh adik akibat tindakannya yang khianat dan

tidak menghargai anak-anak patung miliknya.

3. Usaha Adik untuk mencari semula dan menyelamatkan anak patung merah yang

telah dibuangnya.

4. Kesedaran Adik untuk berubah agar tidak lagi bersikap seperti keanak-anakan dan

menghargai barang-barang miliknya.

Pengajaran:

1. Kita hendaklah mengelakkan diri daripada bersikap khianat dengan merosakkan

harta benda.

Contoh: Adik tidak pernah menyayangi anak-anak patungnya. Dia suka merosakkan

anak patungnya hingga punah-ranah.

2. Kita seharusnya menghargai sesuatu pemberian orang dengan menjaganya dengan

baik mungkin.

Contoh: Setiap kali Ibu atau Ayah membelikan anak patung, adik akan menjaganya

sekitar dua hari sahaja. Selepas itu adik akan merosakkan anak patung tersebut.

3. Kita seharusnya mempunyai sikap berbudi bahasa dan menjaga adab pertuturan

walaupun dengan sesiapa sahaja.

Contoh: Adik bersikap angkuh dan tidak mempedulikan perasaan orang lain apabila

berbicara termasuk ibu dan kakaknya.

Page 5: Gaya Bahasa

4. Janganlah kita memandang rendah pada keupayaan seseorang kerana sikap

sebegitu akan merugikan diri kita sendiri.

Contoh: Adik memandang rendah terhadap keupayaan anak patung merahnya

tanpa dia menyedari bahawa anak patung itu boleh memukul dan mencederakannya.