garis panduan zon bersih

8
Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih 1 LAMPIRAN 1 GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ZON BERSIH DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR 1. PENDAHULUAN 1.1 Garis panduan ini disediakan sebagai asas rujukan oleh semua PBT Selangor dalam melaksanakan program Zon Bersih PBT Selangor. Garis panduan ini juga menerangkan kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi oleh setiap PBT dalam usaha untuk memastikan Zon Bersih dapat dilaksanakan dengan jayanya. 2. OBJEKTIF 2.1 Menyeragamkan semua langkah dan tindakan dalam melaksanakan Zon Bersih; dan 2.2 Memaklumkan kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi oleh setiap PBT dalam melaksanakan program Zon Bersih.

Upload: alamsekitarselangor

Post on 20-Jun-2015

556 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

Garis panduan ini disediakan sebagai asas rujukan oleh semua PBT Selangor dalam melaksanakan program Zon Bersih PBT Selangor. Garis panduan ini juga menerangkan kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi oleh setiap PBT dalam usaha untuk memastikan Zon Bersih dapat dilaksanakan dengan jayanya.

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Zon Bersih

Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

1

LAMPIRAN 1

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN ZON BERSIH DI PIHAK BERKUASA TEMPATAN NEGERI SELANGOR

1. PENDAHULUAN 1.1 Garis panduan ini disediakan sebagai asas rujukan oleh semua

PBT Selangor dalam melaksanakan program Zon Bersih PBT

Selangor. Garis panduan ini juga menerangkan kriteria-kriteria

yang perlu dipatuhi oleh setiap PBT dalam usaha untuk

memastikan Zon Bersih dapat dilaksanakan dengan jayanya.

2. OBJEKTIF 2.1 Menyeragamkan semua langkah dan tindakan dalam

melaksanakan Zon Bersih; dan

2.2 Memaklumkan kriteria-kriteria yang perlu dipatuhi oleh setiap

PBT dalam melaksanakan program Zon Bersih.

Page 2: Garis Panduan Zon Bersih

Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

2

3. KRITERIA – KRITERIA ZON BERSIH 3.1 Kebersihan – Dinilai dari segi seluruh kawasan Zon Bersih

termasuk kawasan lapang hendaklah bebas daripada sampah-

sarap, sisa bangunan, sisa pepejal dan lain-lain yang berkaitan.

Kriteria kebersihan seperti berikut:

a. Mempunyai inventori kawasan yang kotor;

b. Mempunyai jadual penyelenggaraan kebersihan dan kutipan

sampah;

c. Ada data sebenar penyelenggaraan kebersihan;

d. Bebas daripada ‘Illegal Dumping’;

e. Bebas daripada iklan haram; dan

f. Penguatkuasaan Undang-undang (bilangan kompaun).

3.2 Penyelenggaraan Infrastruktur – Dinilai dari segi keadaan

infrastruktur di dalam Zon Bersih di selenggara dengan baik

seperti jalan, lampu jalan, longkang, dan yang berkaitan.

Kriteria penyelenggaraan infrastruktur seperti berikut:

a. Mempunyai jadual penyelenggaraan jalan, lampu jalan,

longkang dan yang berkaitan ;

b. Ada data sebenar penyelenggaraan jalan, lampu jalan,

longkang dan yang berkaitan;

c. Penyelenggaraan tempat letak kereta; dan

Page 3: Garis Panduan Zon Bersih

Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

3

d. Penguatkuasaan Undang-undang (Bilangan kompaun).

3.3 Penyelenggaraan Kemudahan Awam – Dinilai dari segi

keadaan kemudahan awam di dalam Zon Bersih di selenggara

dengan baik seperti perhentian bas, tandas awam, tempat

awam, taman permainan dan yang berkaitan. Kriteria

penyelenggaraan kemudahan awam seperti berikut:

a. Mempunyai jadual penyelenggaraan perhentian bas, tandas

awam, tempat awam, taman permainan dan yang berkaitan;

b. Ada data sebenar penyelenggaraan perhentian bas, tandas

awam, tempat awam, taman permainan dan yang berkaitan;

dan

c. Penguatkuasaan Undang-undang (Bilangan kompaun)

3.4 Penyelenggaraan Landskap – Dinilai dari segi

penyelenggaraan elemen landskap. Kriteria penyelenggaraan

landskap seperti berikut:

a. Mempunyai inventori pokok;

b. Mempunyai jadual penyelenggaraan pokok-pokok; dan

c. Ada data sebenar penyenggaraan pokok dan taman;

Page 4: Garis Panduan Zon Bersih

Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

4

3.5 Pengurusan Aduan Zon Bersih– Dinilai dari segi

keberkesanan tindakan dan masa yang diambil untuk

menyelesaikan aduan. Kriteria pengurusan aduan adalah

seperti :

a. Mempunyai pegawai/kakitangan khusus mengendalikan

pengurusan aduan Zon Bersih;

b. Setiap aduan diterima diberi pengesahan penerimaan;

c. Mempunyai saluran-saluran aduan;

d. Bilangan aduan yang diterima (%) dan diselesaikan dalam

tempoh 3 hari; dan

e. Respons kepada aduan.

Page 5: Garis Panduan Zon Bersih

Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

5

4. PAPAN TANDA MAKLUMAN ZON BERSIH

4.1 Papan tanda jalan masuk ke Zon Bersih ( 2 Tiang)

Page 6: Garis Panduan Zon Bersih

Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

6

4.2 Papan tanda peringatan Zon Bersih ( 1 Tiang)

Page 7: Garis Panduan Zon Bersih

Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

7

4.3 Papan tanda jalan masuk ke Zon Bersih seperti di para 4.1

hendaklah diletakkan di semua jalan masuk yang berkenaan

untuk memaklumkan kepada masyarakat awam.

4.4 Manakala papan tanda peringatan Zon Bersih seperti di para

4.2 hendaklah diletakkan di dalam kawasan Zon Bersih atau di

lokasi yang telah dikenal pasti sebagai bermasalah di dalam

zon berkenaan untuk memberi peringatan kepada masyarakat

awam.

4.5 Tindakan penguatkuasaan perlu dilipatgandakan demi

memastikan objektif yang telah ditetapkan dapat dicapai.

4.6 Kawasan Zon Bersih yang dipilih perlu diambil gambar

(fotografi) keadaan sebelum dan selepas sesuatu tindakan

diambil. Perkara ini akan dipantau oleh pihak Kerajaan Negeri

dari masa ke semasa.

4.7 Satu penilaian menyeluruh akan dilaksanakan terhadap zon

yang telah dipilih setelah satu (1) tahun program ini

dilaksanakan.

Page 8: Garis Panduan Zon Bersih

Garis Panduan Pelaksanaan Zon Bersih

8

5. PENUTUP 5.1 Pemakaian garis panduan ini dipanjangkan kepada semua PBT

Selangor untuk dilaksanakan.

Disediakan oleh:

Seksyen Pihak Berkuasa Tempatan

Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor