garis panduan permohonan lesen import (ap) … permit/guidelines...garis panduan permohonan lesen...

4
Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) Kenderaan Persendirian bagi Warganegara Malaysia yang Bekerja/Belajar di Luar Negara Bagi Kenderaan yang Didaftarkan/Dimiliki Sebelum 1 Januari 2017. Nota: Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) Kenderaan Persendirian bagi Warganegara Malaysia yang Bekerja/Belajar di Luar Negara yang berkuatkuasa 1 Januari 2017 boleh dirujuk di Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) Kenderaan Persendirian bagi Warganegara Malaysia yang Bekerja/Belajar di Luar Negara mulai 1 Januari 2017 A. DASAR SEMASA AP PERSENDIRIAN Dasar semasa menetapkan bahawa AP Persendirian boleh dipertimbangkan kepada rakyat Malaysia yang bekerja/belajar di luar negara sepenuh masa bagi membantu mereka membawa pulang kenderaan milik sendiri yang digunakan semasa berada di luar negara (personal effect) sahaja. AP Persendirian bukan merupakan satu insentif/hak bagi semua rakyat Malaysia yang berada di luar negara , sebaliknya dasar semasa menetapkan bahawa AP Persendirian hanya layak diberikan kepada i. rakyat Malaysia yang belajar (sekurang-kurangnya peringkat Diploma) atau bekerja di luar negara sepenuh masa (kecuali Singapura, Brunei dan Thailand); ii. pegawai Kerajaan yang belajar (kecuali Singapura, Brunei dan Thailand) atau bekerja di luar negara; iii. pasangan yang menemani rakyat Malaysia belajar/bekerja di luar negara (kecuali Singapura, Brunei dan Thailand; dan iv. pasangan atau anak kepada pegawai dan kakitangan home-based yang berkhidmat di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara. B. SYARAT-SYARAT KELULUSAN AP PERSENDIRIAN Kelulusan kepada pemohon yang berkelayakan adalah tertakluk kepada pematuhan syarat-syarat berikut:

Upload: dinhtuong

Post on 09-May-2018

298 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) … Permit/Guidelines...Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) Kenderaan Persendirian bagi Warganegara Malaysia yang Bekerja/Belajar

Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) Kenderaan Persendirian bagi Warganegara Malaysia yang Bekerja/Belajar di Luar Negara Bagi Kenderaan yang Didaftarkan/Dimiliki Sebelum 1 Januari 2017.

Nota: Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) Kenderaan Persendirian bagi

Warganegara Malaysia yang Bekerja/Belajar di Luar Negara yang berkuatkuasa 1 Januari 2017

boleh dirujuk di Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) Kenderaan Persendirian

bagi Warganegara Malaysia yang Bekerja/Belajar di Luar Negara mulai 1 Januari 2017

A. DASAR SEMASA AP PERSENDIRIAN

Dasar semasa menetapkan bahawa AP Persendirian boleh dipertimbangkan kepada

rakyat Malaysia yang bekerja/belajar di luar negara sepenuh masa bagi membantu

mereka membawa pulang kenderaan milik sendiri yang digunakan semasa berada di

luar negara (personal effect) sahaja.

AP Persendirian bukan merupakan satu insentif/hak bagi semua rakyat Malaysia yang

berada di luar negara , sebaliknya dasar semasa menetapkan bahawa AP Persendirian

hanya layak diberikan kepada

i. rakyat Malaysia yang belajar (sekurang-kurangnya peringkat Diploma) atau bekerja

di luar negara sepenuh masa (kecuali Singapura, Brunei dan Thailand);

ii. pegawai Kerajaan yang belajar (kecuali Singapura, Brunei dan Thailand) atau

bekerja di luar negara;

iii. pasangan yang menemani rakyat Malaysia belajar/bekerja di luar negara (kecuali

Singapura, Brunei dan Thailand; dan

iv. pasangan atau anak kepada pegawai dan kakitangan home-based yang

berkhidmat di Pejabat-pejabat Perwakilan Malaysia di luar negara.

B. SYARAT-SYARAT KELULUSAN AP PERSENDIRIAN

Kelulusan kepada pemohon yang berkelayakan adalah tertakluk kepada pematuhan

syarat-syarat berikut:

Page 2: Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) … Permit/Guidelines...Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) Kenderaan Persendirian bagi Warganegara Malaysia yang Bekerja/Belajar

i. pemohon hendaklah berada di luar negara secara sah bagi tempoh tidak kurang 1

tahun;

ii. kenderaan hendaklah didaftarkan atas nama pemohon di negara pemohon

belajar/bekerja bagi tempoh tidak kurang dari 9 bulan (dari tarikh pendaftaran

kenderaan sehingga tarikh pemohon pulang ke Malaysia);

iii. kenderaan hendaklah mempunyai perlindungan insurans atas nama pemohon di

negara pemohon belajar/bekerja bagi tempoh tidak kurang dari 9 bulan (dari tarikh

sah laku insurans kenderaan sehingga tarikh pemohon pulang ke Malaysia);

iv. mempunyai lesen memandu yang sah dari segi undang-undang di negara

pemohon belajar/bekerja sepanjang tempoh milikan kenderaan tersebut (lesen

memandu percubaan tidak boleh digunapakai);

v. kembali ke Malaysia secara tetap setelah tamat tempoh bekerja atau belajar di luar

negara; dan

vi. permohonan dikemukakan dalam tempoh 3 bulan setelah kembali ke Malaysia

secara tetap.

C. DOKUMEN-DOKUMEN PERMOHONAN AP PERSENDIRIAN

Bagi mengesahkan pematuhan syarat-syarat kelulusan AP Persendirian yang

ditetapkan, pemohon diminta supaya mengemukakan dokumen-dokumen seperti di

Senarai Semak Dokumen Permohonan Lesen Import Kenderaan Persendirian

(Bekerja/Belajar).

D. PERMOHONAN AP PERSENDIRIAN

Permohonan AP Persendirian hanya boleh dikemukakan terus oleh pemohon sendiri

kepada mana-mana pejabat Kementerian ini seperti di Lampiran II. Ini kerana

kebanyakan masalah berkaitan permohonan AP Persendirian terutamanya yang

melibatkan pemalsuan dokumen/maklumat timbul apabila permohonan dilakukan oleh

ejen.

Ingin juga diingatkan bahawa pemalsuan dokumen/maklumat kepada mana-mana

badan Kerajaan adalah satu perbuatan yang serius dan menyalahi undang-

undang. MITI berhak untuk menolak/membatalkan kelulusan sekiranya terdapat

Page 3: Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) … Permit/Guidelines...Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) Kenderaan Persendirian bagi Warganegara Malaysia yang Bekerja/Belajar

pemalsuan dokumen/maklumat dalam permohonan yang dikemukakan. Pesalah laku

boleh disenarai hitam dan dikenakan tindakan undang-undang atas perbuatan tersebut.

LAMPIRAN II

SENARAI IBU PEJABAT DAN CAWANGAN MITI DI SELURUH MALAYSIA

1. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri

Menara MITI, No. 7,

Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,

50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Telefon/faks : 603-62084709/4762/4755

2. Pejabat MITI Cawangan Pulau Pinang

8th Floor, Tuanku Syed Putra Building,

10300 Pulau Pinang.

Telefon/faks : 604-262 5133/604-262 5131

3. Pejabat MITI Cawangan Johor

Level 13, Lot 1-4, Bangunan TH (Tabung Haji),

Jalan Ayer Molek,

80000 Johor Bahru

Telefon/faks : 607-223 5639/607-224 9631

4. Pejabat MITI Cawangan Kelantan

Level 3 (Right), Wisma PERKESO,

Jalan Kota Darul Naim,

15538 Kota Bharu, Kelantan.

Telefon/faks : 609-748 3457/609-744 4167

5. Pejabat MITI Cawangan Perak

4th Floor, Perak Techno Trade Centre (PTTC),

Bandar Meru Raya off Jalan Jelapang, P.O Box 210,

30720 Ipoh, Perak.

Telefon/faks : 605-527 1990/605-527 2043

Page 4: Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) … Permit/Guidelines...Garis Panduan Permohonan Lesen Import (AP) Kenderaan Persendirian bagi Warganegara Malaysia yang Bekerja/Belajar

6. Pejabat MITI Cawangan Pahang

Suite 8, 9 th Floor, Teruntum Complex,

Jalan Mahkota, P.O. Box 74,

25000 Kuantan, Pahang.

Telefon/faks : 609-513 0851/609-513 0873

7. Pejabat MITI Cawangan Sabah

3rd Floor, Block D & E, KWSP Building,

49, Jalan Karamunsing,

88622 Kota Kinabalu, Sabah.

Telefon/faks : 6088-239 061/6088-235 645

8. Pejabat MITI Cawangan Sarawak

3rd Floor, Bank Negara Malaysia Building

Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak.

Telefon/faks : 082-257 164/082-417 835