panduan_1 import kastam

18
 1 Kata-Kata Aluan KETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA  Ass ala mu’ ala iku m war ahm atu lla hi wab ara kat uh. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk menyampaikan kata-kata aluan di dalam “Buku Panduan Pengikraran Berkualiti Borang Kastam” dan juga kepada Pengarah Kastam Negeri Johor yang telah bermurah hati membenarkan Buku Panduan Pengikraran Berkualiti Borang Kastam dicetak semula oleh Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia. Sukacita saya mengucapkan syabas di atas usaha ini. Sesungguhnya penghasilan buku ini membuktikan bahawa betapa prihatinnya Jabatan terhadap seluruh kakitangan di barisan hadapan berhubung dengan Pengikraran Berkualiti  terhadap borang-borang ikrar kastam diisi dengan betul dan tepat. Kualiti dalam pengikraran hendaklah dilihat sebagai pemangkin kepada pelepasan yang cepat dan cekap serta statistik pengumpulan dan analisa yang lebih tepat. Maklumat-maklumat pengikraran yang tepat dan betul adalah merupakan data-data yang dapat membantu meningkatkan kecepatan pelepasan khususnya dalam pelaksanaan penilaian WTO yang berteraskan kepada fasilitasi kepada pelanggan. Dalam masa yang sama pelanggan Jabatan perlu diberi kemahiran yang serupa bagi mempastikan pengikraran borang-borang kastam yang berkualiti dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai satu obligasi Jabatan kepada rakyat buku ini diberi secara percuma dengan harapan dimanfaatkan sepenuhnya.  Akhir kat a say a mengharapkan agar dengan penghasil an buk u ini dap at member i sat u suntikan baru yang amat berharga kepada semua kakitangan dan pelanggan KDRM dalam urusan pelepasan kastam ke arah meningkatkan sistem penyampaian Jabatan. Sekian, terima kasih. DATO’ SRI ABD. RAHMAN BIN ABD. HAMID SSAP, SIMP, DPMK (KELANTAN), DPMJ, DSAP, DPMK (KEDAH), KMN, AMN. Ketua Pengarah Kastam Malaysia JD121217 Tek 1.indd 1 6/25/07 8:02:07 PM

Upload: saosman

Post on 22-Jul-2015

996 views

Category:

Documents


12 download

TRANSCRIPT

Kata-Kata AluanKETUA PENGARAH KASTAM MALAYSIA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih di atas kesempatan yang diberikan untuk menyampaikan kata-kata aluan di dalam Buku Panduan Pengikraran Berkualiti Borang Kastam dan juga kepada Pengarah Kastam Negeri Johor yang telah bermurah hati membenarkan Buku Panduan Pengikraran Berkualiti Borang Kastam dicetak semula oleh Ibu Pejabat Kastam Diraja Malaysia. Sukacita saya mengucapkan syabas di atas usaha ini. Sesungguhnya penghasilan buku ini membuktikan bahawa betapa prihatinnya Jabatan terhadap seluruh kakitangan di barisan hadapan berhubung dengan Pengikraran Berkualiti terhadap borang-borang ikrar kastam diisi dengan betul dan tepat. Kualiti dalam pengikraran hendaklah dilihat sebagai pemangkin kepada pelepasan yang cepat dan cekap serta statistik pengumpulan dan analisa yang lebih tepat. Maklumat-maklumat pengikraran yang tepat dan betul adalah merupakan data-data yang dapat membantu meningkatkan kecepatan pelepasan khususnya dalam pelaksanaan penilaian WTO yang berteraskan kepada fasilitasi kepada pelanggan. Dalam masa yang sama pelanggan Jabatan perlu diberi kemahiran yang serupa bagi mempastikan pengikraran borang-borang kastam yang berkualiti dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai satu obligasi Jabatan kepada rakyat buku ini diberi secara percuma dengan harapan dimanfaatkan sepenuhnya. Akhir kata saya mengharapkan agar dengan penghasilan buku ini dapat memberi satu suntikan baru yang amat berharga kepada semua kakitangan dan pelanggan KDRM dalam urusan pelepasan kastam ke arah meningkatkan sistem penyampaian Jabatan. Sekian, terima kasih.

DATO SRI ABD. RAHMAN BIN ABD. HAMID SSAP, SIMP, DPMK (KELANTAN), DPMJ, DSAP, DPMK (KEDAH), KMN, AMN. Ketua Pengarah Kastam Malaysia

1

JD121217 Tek 1.indd 1

6/25/07 8:02:07 PM

VISI

Menjadikan PerkhidmatanKastam Malaysia dihormati, diiktiraf dan bertaraf dunia.

MISI

Memungut cukai dan memberifasilitasi perkastaman kepada sektor perdagangan dan perindustrian serta mempertingkatkan pematuhan perundangan demi kepentingan ekonomi, sosial dan keselamatan negara.

2

JD121217 Tek 1.indd 2

6/25/07 8:02:09 PM

IKRAR PIHAK AGEN

Bahawa kami pihak swasta berikrarakan sentiasa memberi kerjasama sepenuhnya dan membantu Jabatan Kastam Diraja Malaysia dalam usahanya meningkatkan produktiviti dan kutipan hasil negara menerusi perkhidmatan yang cemerlang ke arah mencapai matlamat wawasan dengan jujur, ikhlas, amanah dan dedikasi selaras dengan konsep persyarikatan Malaysia.

3

JD121217 Tek 1.indd 3

6/25/07 8:02:09 PM

PENGENALAN

Ikrar

pihak swasta jelas mendukung misi Jabatan untuk menjadi

sebuah agensi percukaian yang unggul dan bertaraf antarabangsa. Teras kepada pencapaian aspirasi ini adalah penghayatan dan pengamalan sepenuhnya konsep persyarikatan Malaysia. Permulaan kepada prosedur pelepasan barangan daripada kawalan Kastam adalah pengikraran borang kastam. Pengikraran yang lengkap, jelas dan tepat pastinya melancar dan mempercepatkan pelepasan barangan. Hasilnya produktiviti kedua-dua pihak Kastam dan Swasta meningkat. Justeru itu pencapaian aspirasi ini bermula dengan Pengikraran Borang Kastam secara berkualiti. Buku panduan ini memberi tumpuan khusus kepada pengikraran Borang Kastam No. 1; Kastam No. 1A; Kastam No. 2; Kastam No. 3; Kastam No. 8 dan Kastam No. 9. Contoh-contoh yang dikemukakan merupakan panduan yang jelas kepada pelanggan apabila membuat pengikraran secara berkualiti di dalam borang-borang pengikraran kastam.

4

JD121217 Tek 1.indd 4

6/25/07 8:02:09 PM

OBJEKTIF

Buku

Panduan Pengikraran Berkualiti Borang Kastam adalah

bertujuan untuk membuktikan komitmen Jabatan di dalam: Mendidik dan memberi tunjuk ajar akan tatacara pengisian borang kastam yang lengkap, jelas dan teratur. Meningkatkan tahap profesionalisma pelanggan di dalam pengendalian urusan perkastaman melalui panduan yang lengkap dan teratur. Merealisasi dan memanifestasikan konsep persyarikatan Malaysia sebagai dorongan meningkatkan komitmen pihak swasta khususnya pengimport dan wakil penghantaran. Membina asas tindakan ke atas pelanggan yang tidak mematuhi peraturan khususnya di dalam pengikraran borang kastam melalui pematuhan berterusan selaras dengan Customs Literate Society.

5

JD121217 Tek 1.indd 5

6/25/07 8:02:09 PM

MAKSUD BORANG KASTAM BERKUALITISesuatu borang kastam diterima Sebagai BERKUALITI apabila ia: Dilengkapkan mengikut tatacara dan kehendak yang ditetapkan sebagaimana Panduan Mengenai Tajuk-tajuk Butiran Dalam Borang Pengakuan Import, Eksport dan Pemindahan. Memberi deskripsi barangan yang jelas dan lengkap (Ruang 32 bagi K1, 16 bagi K1A, 32 bagi K2, 29 bagi K3, 34 bagi K8 dan 20 bagi K9). Menyatakan bentuk bungkusan barangan sebagaimana diimport, dieksport, dipindah serta kuantiti mengikut praktis komersil. (Ruang 31 bagi K1, 15 bagi K1A, 31 bagi K2, 28 bagi K3, 33 bagi K8 dan 19 bagi K9). Menggunakan unit kuantiti sebagaimana ditetapkan di dalam Perintah Duti Kastam 1996 (Ruang 34 bagi K1, 17 bagi K1A, 34 bagi K2, 31 bagi K3, 36 bagi K8 dan 22 bagi K9). Menyatakan kuantiti diimport, dieksport dan dipindah sama seperti unit kuantiti ditetapkan. (Ruang 36 bagi K1, 35 bagi K2, 33 bagi K3, 38 bagi K8 dan 24 bagi K9). Dilengkapkan dengan butir-butir yang sah. Mengikrarkan nama pengimport dan pengeksport serta alamat yang wujud. (Ruang 1 & 2). Mengikrarkan maklumat individu yang membuat pengikraran, nombor kad pengenalan yang bukan milik individu lain. (Ruang 50 & 51 bagi K1, Ruang 47 & 48 bagi K2, Ruang 36 & 37 bagi K3, Ruang 41 & 42 bagi K8 dan Ruang 38 & 39 bagi K9). Mengikrarkan agen yang diberi kuasa. (Ruang 3). Membolehkan pengenalan barangan diikrar melalui deskripsi yang jelas, lengkap dan tepat.

6

JD121217 Tek 1.indd 6

6/25/07 8:02:09 PM

FAEDAH DARIPADA PENGIKRARAN BORANG KASTAM BERKUALITIPengikraran borang kastam berkualiti dengan jelasnya memberi faedah kepada keduadua agen penghantaran dan pengimport. Pengikraran borang Kastam BERKUALITI akan: Mengelakkan Keperluan Pemeriksaan Fizikal Ke atas Barang Tanpa pemeriksaan fizikal, pelepasan barangan dipercepatkan. Dengan itu agen penghantaran dapat mengendalikan lebih banyak pengimportan. Mengelakkan Keperluan Meminta Dokumen Sokongan Tambahan Jika pegawai penaksir memerlukan dokumen sokongan tambahan, kemungkinan pelepasan barangan tertangguh sehinggalah dokumen tersebut diperolehi. Dengan itu pengimport akan lewat menerima barangan mereka. Jika mereka adalah pengeluar kemungkinan pula pengeluaran juga turut terjejas. Mengelakkan Kesilapan Kod Klasifikasi Kesilapan kod klasifikasi barang boleh menyebabkan terlebih bayar duti dan cukai kastam. Jika keadaan ini berlaku pengimport terpaksa membuat tuntutan semula. Proses ini mengambil masa dan dalam pada itu wang tersebut terbeku. Ini pasti tidak diingini pengimport kerana ia mengganggu aliran pusingan kewangan. Mengelakkan Terlebih Nilai Sekiranya nilai barangan di taksir semula duti dan cukai kastam akan bertambah dan pengimport mungkin perlu mengemukakan jaminan bank untuk meliputi duti dan cukai tambahan sementara proses verifikasi nilai dijalankan. Ini juga tidak diingini kerana kesannya kepada aliran pusingan kewangan syarikat disamping faedah yang perlu ditanggung syarikat ke atas jaminan bank tersebut. Mengelakkan Reputasi Yang Tidak Baik Pemantauan dan teguran oleh Jabatan (Unit Pematuhan dan Profiling) ke atas kualiti borang kastam menunjukkan reputasi agen penghantaran dan pengimport. Reputasi yang tidak baik mencerminkan tahap profesionalisma yang rendah. Kedudukan ini boleh menjejaskan peluang agen penghantaran dan pengimport mendapat layanan istimewa dari segi kemudahan pelepasan.

7

JD121217 Tek 1.indd 7

6/25/07 8:02:09 PM

Menghasilkan Maklumat Dan Statistik Yang Tepat. Rujukan kepada maklumat pengimportan dan pengeksportan yang khusus adalah selari dengan kehendak WCO dan kaedah penilaian WTO. Oleh itu urusan pelepasan tidak akan tergendala kerana ketiadaan maklumat dan membolehkan penilaian dibuat berdasarkan objective and quantifiable data yang menjadi teras penilaian WTO.

8

JD121217 Tek 1.indd 8

6/25/07 8:02:09 PM

TANGGUNGJAWAB DI ATAS PENGIKRARAN BERKUALITI

Pengikraran berkualiti adalah selaras dengan peruntukanAkta Kastam 1967 yang menyebut Setiap individu yang membuat pengikraran kastam adalah bertanggungjawab mengikrar dengan lengkap dan betul. Tanggungjawab ini diperuntukkan di bawah Seksyen 79(1) Akta Kastam 1967 bagi barangan berduti dan Seksyen 87 Akta Kastam 1967 bagi barangan tidak berduti.

Kegagalan mematuhi peruntukan yang dinyatakan di atas boleh mensabitkan individu berkenaan dengan kesalahan di bawah Seksyen 133(1) (a) Akta Kastam 1967 dengan penalti penjara 12 bulan ataupun denda tidak melebihi RM5,000.00 ataupun kedua-duanya sekali.

9

JD121217 Tek 1.indd 9

6/25/07 8:02:10 PM

PANDUAN MENGENAI TAJUK-TAJUK BUTIRAN DALAM BORANG PENGAKUAN IMPORT1. 2. Catat nama penuh dan alamat pembekal atau pengirim. Catat nama penuh dan alamat pengimport. 2.1 Semua pengimport akan didaftar dan diberikan kod. Petak ini adalah untuk pengisian kod tersebut.

3.

Nama penuh dan alamat agen yang diberi kuasa hendaklah dicatatkan. (Jika berkaitan). 3.1 Semua agen yang diberi kuasa didaftar dan diberikan kod. Petak ini adalah untuk pengisian kod tersebut.

4.

Catat nombor kod yang sesuai dalam petak mengikut cara pengangkutan yang digunakan. Catat tarikh import (seperti yang didefinasikan dalam Akta Kastam) mengikut amalan antarabangsa misalnya: untuk 26 April 1999, dicatat 1999-04-26 (iaitu, Tahun-Bulan-Hari). Nama kapal/No. Penerbangan/No. Kenderaan yang mana berkenaan hendaklah dicatatkan. Catat pelabuhan atau tempat import (Petak kod disediakan untuk kegunaan masa hadapan). Catat pelabuhan atau tempat muatan di negara pengeksport (Petak kod disediakan untuk kegunaan masa hadapan). Catat pelabuhan lain sebelum tiba di destinasi (Petak kod disediakan untuk kegunaan masa hadapan). Jika berkenaan. Untuk kegunaan rasmi. Untuk kegunaan rasmi. Untuk kegunaan rasmi. Untuk kegunaan rasmi. Untuk kegunaan rasmi. Catat nombor permit (jika berkaitan).

5.

6.

7.

8.

9.

10. 11. 12. 13. 14. 15.

10

JD121217 Tek 1.indd 10

6/25/07 8:02:10 PM

16. 17.

Catat tarikh luput bagi permit import tersebut di petak 15. Catat negeri yang mendapat bayaran bagi konsaimen. 17.1 Petak bagi kod negeri tersebut

18. 19. 20. 21.

Catat nombor muka surat manifest bagi konsaimen, jika berkenaan. Petak ini untuk catatan nombor rujukan C.J No. 5 yang diluluskan. Untuk catatan nombor bil muatan atau nombor nota konsaimen. Catatkan jenis layanan khas seperti pengecualian atau pelepasan duti tertentu. Catat amaun premium insuran dalam Ringgit Malaysia bagi konsaimen yang diimport. Catat caj-caj dalam Ringgit Malaysia yang dikenakan bagi konsaimen berkenaan. Catat nilai CIF dalam Ringgit Malaysia bagi konsaimen berkenaan. Catat kos tambang dalam Ringgit Malaysia bagi konsaimen berkenaan. Catat berat kasar (kg) konsaimen. Catat ukuran (m3) konsaimen. Catat nilai F.O.B dalam RM bagi konsaimen berkenaan. Butir mengenai bungkusan/kontena seperti tanda-tanda dan nombor-nombor hendaklah dicatatkan. Maksimum bilangan barang yang boleh diikrar adalah 7 sahaja bagi satu set borang. Butiran mengenai konsaimen seperti bilangan bungkusan dan jenis bungkusan hendaklah dicatatkan. Diskripsi penuh barang-barang hendaklah diisikan dalam ruang ini. Ruangan untuk kod tarif hendaklah mengikut klasifikasi di dalam Perintah Duti Kastam 1996. Ruangan untuk unit kuantiti mengikut Tarif-Tarif Kastam Malaysia.

22.

23.

24. 25. 26. 27. 28. 29.

30.

31.

32. 33.

34.

11

JD121217 Tek 1.indd 11

6/25/07 8:02:10 PM

35.

Catat negara tempat asal bagi konsaimen berkenaan dengan menggunakan Kod Negeri yang ditetapkan. Ruangan untuk kuantiti mengikut unit kuantiti Tarif Kastam Malaysia. Ruangan untuk nilai satu unit dalam RM bagi barang-barang. Ruangan untuk jumlah nilai dalam RM. Ruangan untuk kadar duti import. Ruangan untuk duti import dalam RM yang kena dibayar. Ruangan untuk kadar duti eksais. Ruangan untuk duti eksais dalam RM yang kena dibayar. Ruangan untuk jenis cukai lain yang kena dibayar. Ruangan untuk kadar cukai lain yang kena dibayar. Ruangan untuk amaun cukai lain dalam RM yang kena dibayar. Untuk jumlah bagi ruangan 38. Untuk jumlah bagi ruangan 40. Untuk jumlah bagi ruangan 42. Untuk jumlah bagi ruangan 45. Catat nama penuh pengikrar. Catat nombor kad pengenalan atau nombor pasport pengikrar. Catat jawatan pengikrar. Hendaklah ditandatangani oleh pengikrar. Untuk kegunaan rasmi. Untuk kegunaan rasmi. Untuk kegunaan rasmi.

36. 37. 38. 39. 40. 41. 42. 43. 44. 45. 46. 47. 48. 49. 50. 51. 52. 53. 54. 55. 56.

12

JD121217 Tek 1.indd 12

6/25/07 8:02:10 PM

CONTOH BORANG KASTAM NO. 1 BERKUALITI PENGHANTARAN MELALUI JALAN RAYA (ROAD MODE)

13

JD121217 Tek 1.indd 13

6/25/07 8:02:22 PM

CONTOH BORANG KASTAM NO. 1 BERKUALITI (PENGECUALIAN) PENGHANTARAN MELALUI LAUT (SEA MODE)

14

JD121217 Tek 1.indd 14

6/25/07 8:02:34 PM

CONTOH BORANG KASTAM NO. 1 BERKUALITI (ACFTA) PENGHANTARAN MELALUI LAUT (SEA MODE)

15

JD121217 Tek 1.indd 15

6/25/07 8:02:46 PM

CONTOH BORANG KASTAM NO. 1 BERKUALITI (BERCUKAI) PENGHANTARAN MELALUI UDARA (AIR MODE)

16

JD121217 Tek 1.indd 16

6/25/07 8:02:55 PM

CONTOH BORANG KASTAM NO. 1 BERKUALITI (TIDAK BERCUKAI) PENGHANTARAN MELALUI UDARA (AIR MODE)

17

JD121217 Tek 1.indd 17

6/25/07 8:03:09 PM