garis panduan permohonan dan kelulusan program akademik...

33
i GARIS PANDUAN PERMOHONAN DAN KELULUSAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA (31 Oktober 2017)

Upload: nguyenkien

Post on 02-May-2019

268 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

i

GARIS PANDUAN

PERMOHONAN DAN

KELULUSAN PROGRAM

AKADEMIK BAHARU

UNIVERSITI TEKNIKAL

MALAYSIA MELAKA (31 Oktober 2017)

ii

KANDUNGAN

Glosari ii

1.0 PENDAHULUAN 1 1.1 Pengenalan 1 1.2 Status Akreditasi Universiti Awam 1 1.3 Kelayakan dan Tahap Pengajian 2 1.4 Mod Pengajian 2 1.5 Nama dan Penganugerahan Program Akademik 3 1.6 Konsep Pendidikan Berasaskan Hasil 4 1.7 Kredit dan Jam Pembelajaran Pelajar 9 1.8 Penambahbaikan Kualiti Berterusan 11 1.9 Nomenklatur dan Struktur Program 12

2.0 PERMOHONAN KELULUSAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU 15 2.1 Pengenalan 15 2.2 Penawaran Program Akademik Baharu 15 2.3 Proses Permohonan dan Kelulusan Program Akademik Baharu 16

Lampiran 54

iii

Glosari

Akreditasi Sementara

Satu perlakuan penilaian untuk memastikan sama ada sesuatu program itu telah

menepati keperluan kualiti minimum sebelum dianugerahkan Akreditasi Penuh.

Akreditasi Penuh

Satu aktiviti penilaian untuk memastikan bahawa kegiatan pengajaran,

pembelajaran dan semua aktiviti lain yang berkaitan dengan sesuatu program yang

ditawarkan oleh Universiti telah menepati standard kualiti dan mematuhi Kerangka

Kelayakan Malaysia atau keperluan badan profesional.

Autonomi

Status yang memberi kebebasan dan tanggungjawab penuh kepada sesebuah

Institusi Pendidikan Tinggi terhadap bidang (i) governan institusi, (ii) kewangan dan

penjanaan pendapatan, (iii) pengurusan sumber manusia, dan (iv) pengurusan

akademik dan kemasukan pelajar.

Bidang tujahan

Bidang subjek pembelajaran dan pengajaran, penyelidikan, dan aktiviti lanjutan

yang diberi penekanan di Universiti.

Entiti Akademik

Fakulti, pusat pengajian, pusat akademik, sekolah, kulliyyah, kolej atau institut yang

menawarkan program pengajian akademik.

Hasil Pembelajaran

Pernyataan tentang apa yang pelajar perlu tahu, faham dan boleh lakukan apabila

tamat suatu tempoh pengajian kursus/program.

Universiti

Universiti Teknikal Malaysia Melaka.

iv

Jawatankuasa Pengajian Fakulti/Program

Sebuah jawatankuasa pengajian yang dibentuk oleh Fakulti/Pusat/Institut

yang keahliannya terdiri daripada pemegang taruh luaran, termasuk ahli

akademik daripada Institusi Pendidikan Tinggi lain, wakil industri, pakar

rujuk dalam dan luar negara. Fakulti/Pusat/Institut akan bertindak sebagai

sekretariat sahaja dalam urusan jawatankuasa ini.

Kaedah penyampaian

Cara elemen kandungan dikomunikasikan kepada pelajar seperti

konvensional, jarak jauh dan sebagainya.

Kelestarian program

Kebolehtahanan program selepas ditawarkan bagi tempoh yang lama

(mungkin melebihi 10 tahun) mengambil kira keperluan negara dan

permintaan pasaran pada masa hadapan.

Kursus

Satu unit pembelajaran dan pengajaran dalam suatu program yang juga

boleh dikenali sebagai modul, mata pelajaran atau unit.

Matlamat Program

Satu pernyataan menyeluruh tentang tujuan, falsafah dan rasional dalam

penawaran sesuatu program.

Mod pengajian

Kaedah pengajian pelajar, sama ada sepenuh masa atau separuh masa. Mod penyampaian

Cara latihan/pengalaman disampaikan untuk menyokong dan

membolehkan pembelajaran seperti kuliah, tutorial, makmal, kerja

lapangan, studio dan sebagainya.

Modul

Komponen sesuatu program. Istilah modul digunakan secara bertukar ganti

dengan istilah kursus, mata pelajaran atau unit.

v

Objektif Pendidikan Program

Pernyataan tentang apa yang harus dipelajari oleh seseorang pelajar untuk

mencapai Matlamat Program.

Pakar rujuk

Ahli akademik atau profesional yang pakar dalam bidang berkenaan dan mampu

memberi penilaian dan ulasan kepada program yang akan ditawarkan.

Pascasiswazah/Pascaijazah

Pengajian di peringkat Sarjana dan ke atas.

Surat Perakuan Akreditasi Sementara

Satu perakuan bagi mendapatkan kelulusan pengendalian program daripada KPT

atau agensi berkaitan sebelum program boleh dikendalikan.

Prasiswazah

Pengajian di peringkat Sarjana Muda dan ke bawah.

Program

Susunan kursus yang distruktur untuk suatu tempoh tertentu dan peringkat

pembelajaran, bertujuan mencapai hasil pembelajaran yang telah ditentukan dan

yang lazimnya menjurus kepada penganugerahan suatu kelayakan.

Program Baharu

Program akademik yang belum ditawarkan oleh mana-mana Fakulti/Pusat/Institut.

Pusat Kecemerlangan

Entiti berfokus dalam sesuatu bidang teras sama ada penyelidikan atau

pembelajaran dan pengajaran atau perkhidmatan.

Pusat Perkhidmatan

Pusat yang menyediakan perkhidmatan sokongan kepada Fakulti/Pusat/Institut

seperti Penerbit Universiti, Pusat Perkhidmatan Pengetahuan dan Komunikasi

Senat

Senat atau badan akademik tertinggi di Universiti.

6

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Garis panduan ini mencakupi penyediaan dokumen Program Akademik Baharu. Ia

bertujuan untuk membantu Fakulti/Pusat/Institut bagi mendapatkan perakuan

Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT), Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian

Pendidikan Tinggi (KPT) untuk memperolehi kelulusan YB Menteri Pendidikan Tinggi

bagi menjalankan program baharu.

Semua permohonan program baharu sama ada di peringkat akreditasi sementara atau

akreditasi penuh perlu mematuhi Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF), kod amalan

seperti Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA) dan standard program berkaitan yang

diurus tadbir oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan badan profesional.

1.2 STATUS AKREDITASI UNIVERSITI AWAM

Universiti Teknikal Malaysia Melaka merupakan universiti awam berstatus bukan

swaakreditasi dan perlu mendapatkan perakuan akreditasi sementara MQA bagi

penawaran program akademik baharu.

1.3 KELAYAKAN DAN TAHAP PENGAJIAN

Dalam MQF, terdapat lapan tahap kelayakan yang mewakili tiga sektor pendidikan

tinggi negara dan disokong oleh laluan pembelajaran sepanjang hayat. Sektor

pendidikan tersebut adalah:

a. Sektor Kemahiran;

b. Sektor Vokasional dan Teknikal; dan

c. Sektor Pengajian Tinggi

Tahap 1 hingga 3 adalah Sijil Kemahiran yang dianugerahkan dalam Sektor

Kemahiran. Sijil Pengajian Tinggi dan Sijil Vokasional dan Teknikal juga berada di

7

Tahap 3. Manakala Diploma dan Diploma Lanjutan berada di Tahap 4 dan Tahap 5,

masing-masing. Sarjana Muda berada pada Tahap 6 diikuti dengan Sarjana di

Tahap 7 dan Kedoktoran di Tahap 8. Maklumat lanjut berkaitan kelayakan dan

tahap pengajian boleh diperolehi daripada MQF seperti dalam Jadual 1.1.

Jadual 1.1: Tahap, kelayakan dan kredit minimum berdasarkan MQF (MQA, 2012)

Tahap KKM Kelayakan Kredit Minimum

8

Ijazah Kedoktoran secara penyelidikan

Tiada kredit bergraduat

Ijazah Kedoktoran secara kerja kursus dan secara mod campuran

80*

7

Sarjana secara penyelidikan Tiada kredit bergraduat

Sarjana secara kerja kursus dan secara mod campuran

40

Diploma Pascasiswazah 30

Sijil Pascasiswazah 20

6

Sarjana Muda 120

Diploma Siswazah 66**

Sijil Siswazah 36**

5 Diploma Lanjutan 40

4 Diploma 90

1 – 3 Sijil 60

Sijil Kemahiran Mengikut kemahiran dan tahap

*Berdasarkan Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (MQA, 2013a), kredit

minimum bagi kelayakan Kedoktoran mod campuran dan Kedoktoran mod kerja

kursus ialah 80.

**Berdasarkan Standard: Sijil Siswazah dan Diploma Siswazah (MQA, 2013b).

Kerangka Kelayakan Malaysia juga perlu dirujuk bersama maklumat terkini yang

dikeluarkan oleh MQA.

8

1.4 MOD PENGAJIAN

Setiap Fakulti/Pusat/Institut disarankan untuk mereka bentuk program berdasarkan

kod untuk tahap pengajian yang dicadangkan, iaitu:

1.4.1 Diploma

Dilaksanakan secara kerja kursus 1.4.2 Sarjana Muda

Dilaksanakan secara kerja kursus

1.4.3 Sarjana dan Kedoktoran

i. Mod penyelidikan - tesis sepenuhnya.

ii. Mod campuran - gabungan kerja kursus dan tesis. Bagi program mod

campuran, nisbah kerja kursus kepada penyelidikan ialah antara 50:50

atau 40:60 atau 30:70.

iii. Mod kerja kursus - gabungan kerja kursus dan kertas projek.

Maklumat lanjut boleh diperolehi daripada Standard: Ijazah Sarjana dan

Kedoktoran (MQA, 2013a).

1.5 NAMA DAN PENGANUGERAHAN PROGRAM AKADEMIK

Nama dan penganugerahan program bagi semua permohonan program akademik baharu

perlu memenuhi perkara berikut:

i. Nama program tanpa perkataan “ijazah”. Contohnya, Sarjana Muda

Kejuruteraan Awam dan bukan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam;

dan

ii. Nama penganugerahan perlu sama dengan nama program. Contohnya,

Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dan bukan Ijazah Sarjana Muda

Kejuruteraan Awam.

9

1.6 KONSEP PENDIDIKAN BERASASKAN HASIL

Pendidikan Berasaskan Hasil (OBE) menjurus kepada perancangan dan hasil yang

bakal diperolehi oleh setiap pelajar dalam setiap program yang diikuti. Hasil

pembelajaran menitikberatkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang perlu

dicapai semasa pengajian di universiti dan diaplikasi dalam kerjaya mereka. OBE

menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan:

i. Menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk pelajar tahu,

faham dan boleh lakukan;

ii. Menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu untuk membolehkan pelajar

mencapai semua hasil pembelajaran yang dirancangkan (penjajaran

konstruktif); dan

iii. Menaksir dan menilai tahap pencapaian pelajar berbanding kriteria penilaian

yang telah ditetapkan secara jelas dan berkesan.

Secara keseluruhannya, OBE memfokuskan kepada tiga (3) elemen yang utama

dalam pelaksanaan sepanjang program akademik iaitu (i) reka bentuk kurikulum, (ii)

pelaksanaan pembelajaran dan pengajaran (P&P), dan (iii) penaksiran, seperti yang

digambarkan dalam Rajah 1.1.

Rajah 1.1: Konsep pelaksanaan OBE

REKA BENTUK KURIKULUM

HASIL

PELAKSANAAN P&P

PEMBELAJARAN

PENAKSIRAN

Penambahbaikan Berterusan

10

Dalam pelaksanaan OBE, hasil penaksiran yang diperolehi akan dianalisis bagi

membandingkan pencapaian dan perancangan agar sejajar dengan hasil pembelajaran.

Kaedah penaksiran juga menjadi alat yang penting dalam mengenalpasti pencapaian setiap

pelajar. Daripada penaksiran ini, jika pencapaian berada di bawah sasaran yang ditetapkan,

proses penambahbaikan kualiti berterusan (continual quality improvement, CQI) perlu

dijalankan dalam usaha meningkatkan kualiti pencapaian hasil program yang dirancang

secara berterusan.

Penjajaran Matlamat, Objektif Pendidikan dan Hasil Pembelajaran Program terhadap visi

dan misi dalam OBE ditunjukkan dalam Rajah 1.2.

VISI, MISI &

MATLAMAT

PENDIDIKAN

MATLAMAT

PROGRAM

OBJEKTIF

PENDIDIKAN

PROGRAM (PEO)

HASIL PEMBELAJARAN

PROGRAM (PLO)

HASIL PEMBELAJARAN

KURSUS (CLO)

Rajah 1.2: Penjajaran matlamat, objektif pendidikan dan hasil pembelajaran terhadap visi

dan misi

1.6.1 Visi, Misi dan Matlamat Pendidikan

Visi ialah perancangan dan aspirasi jangka panjang yang ingin dicapai oleh sesebuah

universiti manakala misi ialah perancangan jangka pendek untuk mencapai aspirasi tersebut.

Matlamat pendidikan pula ialah untuk menghasilkan modal insan yang cemerlang daripada

aspek jasmani, emosi, rohani dan intelektual dalam semua bidang yang diceburi.

11

1.6.2 Matlamat Program

Matlamat Program ialah pernyataan menyeluruh tentang tujuan, falsafah dan rasional dalam

penawaran sesuatu program.

1.6.3 Objektif Pendidikan Program

Pelaksanaan OBE mewajibkan setiap program akademik perlu mempunyai Objektif

Pendidikan Program (Programme Educational Objectives, PEO). PEO perlu dibuat

penambahbaikan secara bersepadu dengan penglibatan pihak berkepentingan

(stakeholders) agar menepati keperluan dan kehendak mereka. PEO yang disemak semula

juga perlu dihubungkaitkan dengan visi dan misi universiti umumnya dan entiti akademik

(Fakulti/Pusat/Institut), khasnya. Setiap program perlu mempunyai beberapa pernyataan

PEO. Pernyataan tersebut perlu merangkumi domain hasil pembelajaran seperti berikut:

i. Pengetahuan;

ii. Kemahiran psikomotor/amali/teknikal;

iii. Kemahiran dan tanggungjawab sosial;

iv. Nilai, sikap dan profesionalisme;

v. Kemahiran komunikasi, kepimpinan dan kerja berpasukan;

vi. Kemahiran penyelesaian masalah dan kemahiran saintifik;

vii. Kemahiran pengurusan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat; dan

viii. Kemahiran mengurus dan keusahawan.

Analisis pencapaian PEO bergantung kepada sasaran petunjuk prestasi utama (key

performance indicators, KPI) yang telah ditetapkan dalam program yang direka bentuk.

Lazimnya, pencapaian PEO terhadap graduan bagi sesuatu program dinilai atau diukur

selepas 4 hingga 5 tahun setelah pelajar bergraduat.

12

1.6.4 Hasil Pembelajaran Program

Hasil Pembelajaran Program (Programme Learning Outcomes, PLO) perlu dirangka sejajar

dengan PEO. PLO perlulah dinyatakan secara eksplisit merangkumi pengetahuan,

kemahiran dan sikap yang perlu dicapai oleh graduan. Secara umumnya, setiap

program perlu merangkumi domain pembelajaran seperti dinyatakan dalam Bahagian 1.6.3.

Analisis pencapaian PLO bergantung kepada sasaran KPI yang telah ditetapkan dalam

program yang direka bentuk. Lazimnya pencapaian PLO terhadap graduan bagi sesuatu

program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduat. Walau bagaimanapun,

pemantauan pencapaian PLO pada setiap semester juga perlu dilakukan.

1.6.5 Hasil Pembelajaran Kursus

Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes, CLO) bagi setiap kursus perlu

menyokong PLO yang berkaitan. Pernyataan CLO perlu jelas dari aspek Kognitif,

Psikomotor dan Afektif yang perlu dicapai oleh pelajar di akhir kursus. Secara umumnya,

setiap kursus tahun pertama dan tahun kedua dalam mana-mana program akademik

dicadangkan hanya mempunyai tiga pernyataan CLO yang merangkumi ketiga-tiga

domain Kognitif, Psikomotor dan Afektif serta menyumbang kepada tiga hingga empat

PLO sahaja. Manakala, kursus pada tahun seterusnya boleh mempunyai tiga hingga lima

pernyataan CLO yang menyumbang kepada tiga hingga empat PLO.

Setiap pernyataan PLO dan CLO perlulah boleh diukur dan dinyatakan dengan jelas serta

mengandungi elemen berikut:

i. spesifik (specific);

ii. boleh diukur (measurable);

iii. boleh dicapai (achievable);

iv. realistik (realistic);

v. mempunyai tempoh masa (time frame); dan

vi. boleh dipantau (observable).

Pembinaan pernyataan tersebut boleh dimantapkan lagi dengan mengambil kira perkara

13

berikut:

i. Pernyataan tersebut mesti mempunyai unsur kata kerja tindakan (action verb),

syarat (condition) dan kriteria (criteria). Dicadangkan setiap pernyataan hanya

mengandungi satu kata kerja sahaja bagi memudahkan pengukuran

pencapaian; dan

ii. CLO perlulah dapat diukur dan pencapaiannya boleh diperolehi daripada

pemilihan tema dan topik yang relevan dan sesuai. Kaedah penyampaian dan

kaedah penaksiran yang digunakan mesti memenuhi ciri penjajaran secara

konstruktif (constructive alignment) apabila dipetakan dengan penyataan CLO.

Contoh pernyataan CLO adalah seperti berikut (MQA, 2013c: halaman 11-13):

Pada akhir kursus, pelajar akan boleh:

Menyampaikan pembentangan secara lisan dengan menggunakan teknologi

ICT.

Kata kerja tindakan : Menyampaikan

Syarat : pembentangan secara lisan

Kriteria : dengan menggunakan teknologi ICT.

1.6.6 Taksonomi Pembelajaran

Taksonomi (hasil) pembelajaran terbahagi kepada tiga iaitu domain Kognitif,

Psikomotor dan Afektif.

Domain Kognitif mencakupi pengetahuan dan perkembangan kemahiran intelektual.

Domain ini meliputi Kognitif aras rendah dan aras tinggi. Kognitif aras rendah berkait

dengan penggunaan ingatan dan pengetahuan tentang fakta, konsep yang menjadi

dasar pemahaman untuk mengembangkan kemampuan dan kemahiran intelektual

yang dirujuk sebagai kemahiran Kognitif aras tinggi. Dalam pembangunan kurikulum

serta pemetaan kursus kepada pencapaian PLO, kedua- dua kemahiran Kognitif ini

perlu dibezakan.

14

Domain Psikomotor mencakupi kemahiran kinestetik, gerakan fizikal, koordinasi dan

keterampilan motor termasuk kemahiran prosedural atau tatacara. Perkembangan

keterampilan ini memerlukan latihan dan pengukurannya mencakupi kepantasan,

ketepatan, prosedur atau teknik.

Domain Afektif mencakupi perasaan, nilai, apresiasi, semangat (enthusiasm), motivasi,

sikap serta aspek gigih, tekun dan bertanggungjawab. Domain Afektif juga merangkumi

kemahiran insaniah.

1.6.7 Kemahiran Insaniah

Kemahiran Insaniah (KI) merangkumi kemahiran generik seperti kemahiran komunikasi,

berfikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan dan

pengurusan maklumat, moral dan etika profesional, tanggungjawab sosial, keusahawanan

dan kepimpinan. Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh graduan untuk memenuhi tuntutan

keperluan pekerjaan. Semua elemen KI yang dicadangkan perlu dikuasai oleh setiap

pelajar dan perlu dinilai. Graduan yang memiliki KI yang tinggi akan lebih berketerampilan

dan berdaya saing dalam sektor pekerjaan dan seterusnya menjadi modal insan kelas

pertama yang dapat menyumbang kepada kemajuan diri, organisasi, komuniti, dan

pembangunan negara.

1.7 KREDIT DAN JAM PEMBELAJARAN PELAJAR

Kredit ialah ukuran kuantitatif yang melambangkan jam pembelajaran pelajar untuk

mencapai hasil pembelajaran tertentu. Satu jam kredit adalah bersamaan dengan 40 jam

pembelajaran nasional.

Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time, SLT) merupakan masa pembelajaran

berkesan atau usaha pelajar dalam proses pembelajaran atau jumlah masa pelaksanaan

keseluruhan aktiviti pembelajaran yang digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran yang

ditetapkan. Ia merangkumi masa pelaksanaan semua aktiviti pembelajaran sama ada

pembelajaran formal atau tidak formal. SLT sesuatu kursus terdiri daripada jam

pembelajaran bersemuka (contohnya kuliah, tutorial, amali), jam pembelajaran kendiri

(contohnya persediaan penaksiran, ulangkaji, tugasan, projek) dan jam penaksiran formal

(contohnya, penaksiran berterusan dan peperiksaan akhir).

Contoh jadual pengiraan SLT diberi dalam Lampiran 1.0.

15

1.7.1 Panduan Menganggarkan Jam Pembelajaran Pelajar

Jumlah jam yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan dan ia amat bergantung

kepada kompleksiti disiplin/kursus atau aktiviti. Pertimbangan pengiraan jumlah jam

perlu mengambil kira keperluan atau syarat disiplin/kursus. Jadual 1.2 menunjukkan

cadangan peruntukan jam pembelajaran kendiri berdasarkan jam pertemuan

bersemuka bagi pelbagai aktiviti pembelajaran.

Jadual 1.2: Cadangan peruntukan jam pembelajaran kendiri berdasarkan jam

pertemuan bersemuka bagi pelbagai aktiviti pembelajaran

Aktiviti Pembelajaran

Jam Pertemuan Bersemuka

Jam Pembelajaran Kendiri

Kuliah 1 1 – 2

Tutorial 1 1

Amali dan praktikum 3 3

Kerja studio 2 2

Pembelajaran berasaskan masalah (PBL) 2 4

Perbincangan kumpulan kecil 1 – 2 1

Pembentangan 1 3 – 4

Penaksiran sumatif 3 3

Tugasan bertulis sebanyak 2000 perkataan

10 – 12

Projek tahun akhir sarjana muda 6 – 10 kredit

240 – 400

Latihan industri* 4 – 12 kredit 160 – 480

*Pengiraan jam pembelajaran untuk latihan industri dikira berdasarkan bilangan jam

pembelajaran berkesan (effective learning) bagi satu hari (4 jam sehari) didarab

dengan bilangan hari bagi satu minggu (5 hari) dan bilangan minggu latihan industri

(Contoh: 4 jam x 5 hari x 2 minggu = 40 jam)

Sumber: Diubahsuai daripada Bengkel Kebangsaan Pemantapan Sistem Kredit

MQF, 31 Jan – 2 Feb 2005. Anjuran Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian

Pendidikan Tinggi Malaysia.

16

1.8 PENAMBAHBAIKAN KUALITI BERTERUSAN

Proses penambahbaikan kualiti berterusan (continual quality improvement, CQI) perlu

dilaksanakan dalam setiap program akademik yang ditawarkan. Proses CQI melibatkan

komponen PEO, PLO dan CLO. Ia berdasarkan kepada pencapaian penaksiran yang

dianalisis menurut sasaran yang telah ditetapkan untuk setiap komponen yang dinyatakan

serta input daripada pihak berkepentingan. Contoh pelaksanaan CQI ditunjukkan dalam

Rajah 1.3.

Alumni

Misi

Visi

Matlamat

Pihak

Berkepentingan

Jawatankuasa

Penasihat

Rajah 1.3: Model CQI bagi penambahbaikan program/kursus (MQA, 2011)

Di dalam pelaksanaan proses CQI, terdapat beberapa aspek yang perlu ditekankan oleh

semua ahli akademik. Aspek ini amat penting dalam usaha untuk mempertingkat dan

memperkukuh kualiti program yang ditawarkan. Aspek yang dimaksudkan adalah:

i. Kaedah pelaksanaan OBE;

ii. Kaedah penaksiran;

iii. Pencapaian sebenar berbanding sasaran;

v. Penambahbaikan yang dilaksanakan selepas keputusan penaksiran dianalisis;

dan

iv. Sistem Pengurusan Kualiti (Quality Management System) ke arah

penambahbaikan dan kelestarian program.

PEO PLO CLO

Penaksiran

Penaksiran

Penaksiran

CQI

CQI

CQI

An

alis

is

An

alis

is

An

alis

is

17

1.9 NOMENKLATUR DAN STRUKTUR PROGRAM

Nomenklatur program meliputi komponen seperti kursus, unit atau modul yang

membentuk sesuatu program dan membawa kepada penamaan kelayakan yang

tertentu. Jadual 1.3 menerangkan pelbagai nomenklatur program dan agihan

peratusan. Penentuan nomenklatur bidang program adalah berdasarkan kepada

peratusan pengetahuan dalam bidang yang berkaitan.

Jadual 1.3: Nomenklatur dan struktur program

Bil Program Penerangan

1 Major Kelayakan ini menggunakan nama satu bidang utama pengajian selepas perkataan Sarjana Muda. Pengetahuan dalam bidang utama ini merangkumi 70% daripada keseluruhan program.

Contoh: Sarjana Muda Ekonomi, Sarjana Muda Kejururawatan, Sarjana Muda Sains Komputer, Sarjana Muda Perakaunan, Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam.

2 Major-minor Kelayakan ini menggabungkan satu bidang utama pengajian dengan satu minor daripada bidang yang lain. Beban akademik atau jam kredit bidang minor adalah 25% - 30% daripada keseluruhan program. Tempoh masa pengajian adalah lebih panjang daripada pengajian satu bidang utama sahaja. Nama bidang pengajian ini digabungkan menggunakan perkataan penghubung “DENGAN”. Contoh:

Sarjana Muda Ekonomi dengan Matematik.

3 Major dengan Pengkhususan (Major with specialization)

Dalam suatu bidang utama pengajian, 25% – 30% daripada keseluruhan program terdiri daripada pengkhususan tertentu

yang terkandung dalam bidang atau disiplin yang sama. Bidang pengkhususan ini diletakkan di dalam kurungan selepas bidang utama. Contoh: Sarjana Muda Ekonomi (Ekonomi Antarabangsa), Sarjana Muda Kewangan (Perbankan Islam), Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Awam (Pembinaan).

4 Dwi Major (Double Major)

Kelayakan ini menggabungkan dua bidang utama pengajian daripada dua disiplin yang berbeza. Beban akademik atau jam kredit bagi kedua-dua bidang adalah hampir sama (50% – 50%)

dan setiap bidang utama perlulah memenuhi keperluan minimum bidang tersebut. Tempoh masa pengajian adalah lebih panjang daripada pengajian satu bidang utama sahaja dan tempoh pengajian sebenar adalah bergantung kepada tahap pengetahuan program, keupayaan pelajar serta keperluan badan profesional dan standard bidang yang berkaitan. Nama bidang utama ini digabungkan menggunakan perkataan penghubung “DAN”. Contoh: Sarjana Muda Usuludin dan

Ekonomi, Sarjana Muda Sastera Bahasa Inggeris dan Komunikasi Massa.

18

Bil Program Penerangan

5 Dwi Ijazah (Double Degree)

Kelayakan ini menggabungkan dua program daripada dua bidang yang berbeza. Beban akademik atau jam kredit bagi kedua-dua bidang adalah hampir sama (50% – 50%) dan

setiap bidang utama perlulah memenuhi keperluan minimum bidang tersebut. Tempoh masa pengajian biasanya adalah lebih panjang daripada pengajian satu program sahaja dan tempoh pengajian sebenar adalah bergantung kepada tahap pengetahuan program, keupayaan pelajar serta keperluan badan profesional dan standard bidang yang berkaitan. Program ini boleh ditawarkan di peringkat dalaman oleh satu institusi pendidikan tinggi, atau di antara dua institusi pendidikan tinggi yang berbeza. Apabila tamat pengajian, pelajar akan menerima dua ijazah yang berasingan. Contoh: Sarjana Muda Undang-Undang (Syari’ah) dan Sarjana Muda Pengurusan.

6 Dual Ijazah (Dual Degree)

Kelayakan ini melibatkan dua program daripada dua bidang yang sama atau hampir sama daripada dua institusi pendidikan tinggi yang berbeza sama ada di dalam atau luar negara. Peratus kursus yang diambil oleh pelajar di institusi yang bekerjasama perlu mematuhi dasar pemindahan kredit sedia ada. Apabila tamat pengajian, pelajar akan menerima dua ijazah yang berasingan daripada institusi pendidikan tinggi yang bekerjasama.

Contoh: Sarjana Muda Matematik Industri yang ditawarkan oleh sebuah institusi pendidikan tinggi tempatan dengan Sarjana Muda Statistik Industri yang ditawarkan oleh sebuah institusi pendidikan tinggi bekerjasama di luar negara.

7 Ijazah Bersama

(Joint Award/ Joint Degree)

Kelayakan ini melibatkan pemilikan dan pembangunan kurikulum di antara institusi pendidikan tinggi yang bekerjasama dan setaraf. Sebagai tanda pemilikan kelayakan dan tanggungjawab bersama dalam hal jaminan kualiti, hanya satu skrol penganugerahan bersama dikeluarkan dan ditandatangani oleh kedua-dua institusi pendidikan tinggi. Penawaran penganugerahan bersama hanya dibenarkan untuk program peringkat ijazah sarjana muda dan peringkat yang lebih tinggi.

Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) menetapkan agihan peratusan kredit bagi

kursus wajib universiti bagi program akademik peringkat sarjana muda ialah 15%-

20%, kursus teras 50%-60% dan elektif/pengkhususan/minor ialah 25%-30%.

Dokumen rujukan yang perlu dibaca bersama ialah standard program MQA dan

badan profesional.

19

PERMOHONAN KELULUSAN

PROGRAM AKADEMIK BAHARU

2.1 PENGENALAN

Universiti Teknikal Malaysia Melaka sebagai universiti awam yang menyediakan

pendidikan tinggi, perlu menawarkan program akademik selaras dengan visi, misi,

bidang tujahan dan matlamat pendidikannya dalam memenuhi keperluan modal

insan negara. Di samping itu, adakalanya universiti awam diminta untuk

menawarkan program akademik strategik bagi menyahut keperluan negara,

contohnya yang sejajar dengan perancangan Program Transformasi Kerajaan

(GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Bab ini memperjelaskan panduan pembangunan program akademik baharu untuk

pertimbangan dan perakuan Jawatankuasa Tetap Senat Perancangan Akademik,

Mesyuarat Senat, Lembaga Pengarah Universiti sebelum dimajukan ke

Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Ia

meliputi semua peringkat pengajian tinggi iaitu dari peringkat diploma sehingga ke

peringkat kedoktoran dan meliputi mod penyampaian secara kerja kursus,

penyelidikan dan mod campuran.

2.2 PENAWARAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU

Sesebuah Fakulti/Pusat/Institut yang ingin menawarkan program akademik baharu

perlu melalui proses kelulusan di peringkat Senat Universiti, Mesyuarat Saringan

Awal, Permohonan Perakuan Akreditasi Sementara Dan Perakuan JKPT.

Surat JPT yang dikeluarkan pada 13 Januari 2017 telah mengeluarkan Makluman

Berkenaan Proses Baharu Permohonan Penawaran Program Akademik Melalui

Jawatankuasa Pendidikan Tinggi (JKPT) dan Mesyuarat Saringan Awal (MSA) Mulai

Tahun 2017. Semua dokumen permohonan program akademik baharu program

Diploma dan Sarjana Muda) perlu dikemukakan kepada JPT terlebih dahulu bagi

tujuan saringan awal untuk menjimatkan masa, tenaga dan kos kepada universiti

awam. Hanya program yang lulus saringan awal sahaja boleh mengemukakan

permohonan bagi mendapatkan akreditasi sementara ke MQA.

20

Bagi program Sarjana dan Kedoktoran, Fakulti/ Pusat perlu mengemukakan

permohonan bagi mendapatkan akreditasi sementara ke MQA selepas mendapat

kelulusan Senat Universiti.

Permohonan akreditasi sementara meliputi pengesahan pematuhan kepada MQF

dan keperluan jaminan kualiti sebagaimana yang ditetapkan oleh Kod Amalan

Akreditasi Program (COPPA) dan Standard Program bagi bidang pengajian yang

dipohon. Proses ini diuruskan oleh MQA seperti yang diperuntukkan di bawah

Bahagian VII Akta 679 Akta Agensi Kelayakan Malaysia 2007.

Dokumen MQA-01 / Badan Profesional Yang Berkaitan perlu disediakan oleh

Fakulti/Pusat/Insitut dan perlu dihantar ke MQA melalui PPPA bagi mendapat

perakuan akreditasi sementara.

Pengeluaran surat perakuan akreditasi sementara terbahagi kepada dua iaitu:

i. Bersyarat – Fakulti/Pusat/Institut perlu mematuhi syarat-syarat dalam

tempoh enam bulan atau satu tahun seperti yang ditetapkan dalam surat

perakuan akreditasi sementara

ii. Tanpa Syarat

Tempoh sahlaku perakuan akreditasi sementara:

i. Lima (5) tahun daripada tarikh surat perakuan akreditasi sementara bagi

program yang diluluskan Tanpa Syarat. Fakulti/Pusat/Institut perlu

memastikan pelajar kohot pertama boleh melalui proses akreditasi penuh

sebelum tempoh akreditasi sementara berakhir; atau

ii. Dua (2) tahun daripada tarikh surat perakuan akreditasi sementara bagi

program yang diluluskan bersyarat. Fakulti/Pusat/Institut bertanggungjawab

untuk mematuhi syarat-syarat yang dinyatakan dalam tempoh yang

ditetapkan sama ada enam bulan atau satu tahun seperti yang dinyatakan

dalam surat perakuan akreditasi sementara. Kegagalan berbuat demikian

akan mengakibatkan perakuan akreditasi sementara dibatalkan. Tempoh

sahlaku akreditasi sementara hanya boleh diperbaharui setelah

Fakulti/Pusat/Institut mengambil tindakan mematuhi syarat-syarat yang

dinyatakan.

21

Setelah program baharu diperakukan JKPT, kelulusan YB Menteri Pendidikan

Malaysia diperlukan untuk membolehkan program tersebut menerima

kemasukan pelajar melalui saluran UPU (untuk program prasiswazah) serta

mendapat pengiktirafan organisasi lain seperti Jabatan Perkhidmatan Awam

(JPA). Di samping itu, pelajar yang memilih program berkenaan boleh

memohon untuk mendapatkan bantuan kewangan seperti biasiswa JPA dan

pinjaman PTPTN. Seterusnya program berkenaan boleh didaftarkan ke dalam

Daftar Kelayakan Malaysia (MQR) tertakluk kepada ia melepasi proses

Akreditasi Penuh oleh MQA.

Bagi tujuan penyediaan dokumen ini, berikut adalah rujukan yang perlu

dibaca bersama dan digunakan untuk pembangunan program akademik

baharu:

i. Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF);

ii. Kod Amalan Audit Institusi (COPIA);

iii. Kod Amalan Akreditasi Program (COPPA);

iv. Garis Panduan Amalan Baik: Reka Bentuk dan Penyampaian

v. Kurikulum (MQA, 2011);

vi. Dasar Jaminan Kualiti KPT dan MQA iaitu Dasar Jaminan Kualiti

melalui Mesyuarat Kajian Semula Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti;

vii. Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (MQA, 2013a);

viii. Standard Program bagi bidang yang dipohon yang dikeluarkan oleh

MQA dan badan profesional berautoriti; dan

ix. Garis Panduan Amalan Baik: Penilaian Pelajar (MQA, 2013c). x. National Education Code Manual (NEC)

22

2.3 PROSES PERMOHONAN DAN KELULUSAN PROGRAM AKADEMIK

BAHARU

Permohonan kelulusan program akademik baharu perlu dikemukakan untuk

pertimbangan JKPT. Sebelum proses permohonan ke JKPT dibuat,

Fakulti/Pusat/Institut perlu memastikan pembangunan program akademik baharu

telah mendapat kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah Universiti, Mesyuarat

Saringan Awal (MSA) JPT, Perakuan Akreditasi Sementara dan JKPT.

Peringkat kelulusan/pemakluman bagi permohonan program akademik baharu

mengikut kategori universiti awam adalah seperti dalam Jadual 2.1.

Jadual 2.1: Peringkat kelulusan/pemakluman bagi permohonan program akademik

baharu

Bil Kategori universiti awam

Proses di MQA

Proses di UTeM Proses di JPT

1

UTeM

Bukan Swaakreditasi

Ada

Perlukan perakuan Akreditasi Sementara

Perlukan perakuan JKTSPA untuk semua permohonan program baharu Dapatkan kelulusan Senat bagi semua permohonan program bagi saringan awal (program pra siswazah) dan akreditasi sementara (program pasca siswazah) Makluman Lembaga Pengarah Universiti bagi pemakluman program untuk ke JKPT

Perlukan perakuan JKPT untuk semua permohonan program baharu bagi mendapatkan kelulusan YB Menteri Pendidikan Malaysia

Proses Permohonan dan Kelulusan program akademik baharu UTeM terdiri daripada dua (2) iaitu:

1.0 Proses Kerja Permohonan Program Akademik Baharu Program Pra-Siswazah

2.0 Proses Kerja Permohonan Program Akademik Baharu Program Pasca

Siswazah

23 | 5

Bil. Tindakan Susur Masa

Tanggungjawab

1.1 Mula

1.2 Kenal pasti keperluan/arahan pembentukan program dengan merujuk kepada perkara berikut:

6.2.1 Keperluan sumber manusia berdasarkan kementerian berkaitan.

6.2.2 Pembangunan sumber manusia dalam bidang pendidikan Sains dan Teknologi.

6.2.3 Keperluan Dasar Pendidikan Negara.

6.2.4 Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara/ universiti/ fakulti.

6.2.5 Kajian pasaran.

Dekan/TD(A)/KJ

1.3

Penyediaan dan Penyerahan Kertas Cadangan Program menggunakan format kertas kerja Saringan Awal.

6.3.1 Sediakan rangka program oleh JKKF berpandukan kepada garis panduan cadangan program akademik IPTA untuk MSA. Keputusan mesyuarat diminitkan.

6.3.2 Rujukan yang perlu dibaca bersama dan digunakan untuk pembangunan program akademik baharu :

i. Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF); ii. Kod Amalan Audit Institusi (COPIA); iii. Garis Panduan Amalan baik: Reka

Bentuk dan Penyampaian

iv. Kurikulum (MQA, 2011); v. Dasar Jaminan Kualiti KPT dan MQA

iaitu Dasar Jaminan Kualiti melalui Mesyuarat Kajian Semula Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti;

vi. Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (MQA, 2013a);

vii. Standard Program bagi bidang yang dipohon yang dikeluarkan oleh MQA dan badan profesional berautoriti; dan

viii. Garis Panduan Amalan Baik: Penilaian Pelajar (MQA, 2013c)

ix. National Education Code manual (NEC) (Format Kertas Kerja Saringan Awal di Lampiran A)

2 bulan

Jawatankuasa Kerja Fakulti

(JKKF)

1.0 PROSES KERJA PERMOHONAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU PROGRAM PRA-SISWAZAH

24

Lampiran 1

1.4 Kelulusan Majlis Akademik Fakulti (MAF)

6.4.2 Jika YA, ikut langkah 1.1 (Penyerahan dokumen kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

1.4.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.5 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

2 minggu

Dekan/TD(A)/KJ

1.5 Baiki kertas kerja untuk menepati kehendak penilaian pada setiap tahap dan ikuti langkah 1.4

TD(A)/KJ

1.6 Kelulusan Jawatankuasa Tetap Senat Perancangan Akademik

6.8.1 Jika YA, ikut langkah 1.7 (Penyerahan dokumen kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

6.8.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.5 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod

dan disimpan.

Dekan

1.7 Kelulusan Senat

6.7.1 Jika YA - ikut langkah 1.8 (Penyerahan dokumen kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

6.7.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.5 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod

dan disimpan.

1 bulan

Dekan

1.8 Penyerahan Kertas Kerja Saringan Awal ke JPT i. Dua (2) Salinan hard copy

ii. Dua (2) salinan soft copy

Dekan/PPPA

1.9 Perakuan Mesyuarat Saringan Awal (MSA) Borang permohonan saringan awal yang telah lengkap dihantar kepada Mesyuarat Saringan Awal (MSA) di Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi mendapatkan kelulusan. 1.9.1 Jika YA - ikut langkah 1.10 1.9.2 Jika TOLAK - proses tamat

2 bulan

JPT/PPPA

1.10 Penyediaan struktur kurikulum yang terperinci 2 minggu Dekan/TD(A)/KJ

25 | 5

1.11 Penubuhan dan Mesyuarat Panel Penasihat Kurikulum (Lembaga Pengajian). Majukan cadangan kurikulum kepada Panel Penasihat Kurikulum yang terdiri daripada ahli akademik Fakulti, pakar akademik IPTA lain, Industrial Advisory Panel (IAP) dan wakil Badan Profesional untuk mendapatkan maklumbalas serta persetujuan. Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

1 bulan Dekan/TD(A)/KJ

1.12 Penyediaan Dokumen MQA-01 /Badan professional berkaitan dan Kertas Permohonan Kelulusan JKPT Kertas cadangan format JKPT dan format MQA disediakan. i. Format MQA01 di Lampiran B ii. Format Kertas Permohonan Kelulusan JKPT di

lampiran C

(Disyorkan MQA01/ Badan professional berkaitan dan JKPT disediakan secara seiring)

2 -3 bulan Dekan/TD(A)/KJ

1.13

Kelulusan Majlis Akademik Fakulti (MAF) Dokumen MQA-01/ Badan professional berkaitan dan Kertas Kerja Permohonan Kelulusan JKPT dibentangkan di Mesyuarat Majlis Akademik Fakulti untuk kelulusan

6.12.1 Jika YA, ikut langkah 1.15 (Penyerahan dokumen kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

6.12.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.14 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkoddan disimpan.

1 minggu

Dekan/TD(A)/KJ

1.14 Baiki kertas cadangan Baiki kertas cadangan mengikut format

Dekan

1.15 Mohon Perakuan Jawatankuasa Tetap Senat Perancangan Akademik bagi dokumen MQA01/ Badan professional berkaitan dan Kertas Kerja Permohonan Kelulusan JKPT 1.15.1 Jika YA, ikut langkah 1.16 (Penyerahan dokumen

kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

1.15.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.14 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

1 bulan

Dekan

26

Lampiran 1

1.16 Mohon Kelulusan Senat bagi dokumen MQA01/ Badan professional berkaitan dan Kertas Kerja Permohonan Kelulusan JKPT 1.16.1 Jika YA, ikut langkah 1.17 (Penyerahan dokumen

kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

1.16.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.14 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

Dekan

1.17 Penilaian MQA / Badan professional berkaitan 1.17.1 Jika YA, ikut langkah 1.18 (Penyerahan dokumen

kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

1.17.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.19

Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

3 bulan 3 minggu

(Minimum)

Dekan/TD(A)/KJ/ PPPA

1.18 Perakuan/akreditasi sementara oleh pihak MQA Terima Sijil akreditasi Sementara dari MQA kepada universiti.

TNC(A&A)/Dekan/PPPA

1.19 Baiki Dokumen Baiki dokumen untuk menepati kehendak penilaian MQA/ Badan professional berkaitan.

Dekan

1.20 Mohon Kelulusan LPU bagi Kertas Kerja Permohonan Kelulusan JKPT 1.20.1 Jika YA, ikut langkah 1.21 (Penyerahan dokumen

kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

1.20.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.14 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

1 bulan

Dekan

1.21 Kelulusan JKPT, KPT 1.21.1 Jika YA, ikut langkah 1.22 1.21.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.23

Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod

dan disimpan.

2 bulan (perlu diperolehi selewatnya Disember pada tahun sebelum ditawarkan)

TNC(A&A)/Dekan PPPA

1.22 Penawaran program akademik baharu Kemas kini maklumat program dalam Buku Panduan Fakulti sesi akan datang dengan merujuk kepada garis panduan penyediaan Buku Panduan Fakulti.

Dekan/BPA

27 | 5

1.23 Baiki kertas cadangan Baiki kertas cadangan dan bentang semula (jika diminta) kepada JKPT, KPT untuk kelulusan.

Dekan

1.24 Tamat

Jangkasama Proses : 1 tahun 5 bulan

28

Carta alir proses permohonan program akademik baharu bagi program pra siswazah

1.15 Perakuan JKTSPA bagi

dokumen MQA-01

dan JKPT

1.16 Kelulusan Senat bagi

dokumen MQA-01

dan JKPT

1.14 Baiki kertas cadangan

1.1 Mula

1.2 Kenal pasti keperluan/arahan

1.3 Sediakan dan serah Kertas Kerja Saringan Awal

1.4 Kelulusan MAF

1.6 Perakuan JKTS Perancangan

Akademik

1.7 Kelulusan Senat

1.11 Tubuh dan Mesyuarat Panel Penasihat Kurikulum (Lembaga

Pengajian)

1.22 Tawar program baru

Ya

Ya

1.13 Kelulusan MAF

Ya

1.21 Kelulusan JKPT, KPT

Tidak

1.23 Baiki kertas cadangan

Ya

1.12 Sedia dan serah dokumen MQA-01 dan JKPT

1.17 Penilaian bagi

dokumen MQA-01

Tidak

Terima sijil akreditasi sementara

1.19 Baiki

dokumen

1.18 Perakuan/Akreditasi Sementara oleh MQA

Tolak

Tolak

1.8 Serah kertas kerja Mesyuarat ke Mesyuarat Saringan Awal (MSA)

1.9 Perakuan Mesyuarat Saringan Awal

(MSA)

Tolak

Tidak

Tidak

1.14 Baiki kertas cadangan

1.5 Baiki Kertas Cadangan

Tolak

1.10 Sedia Struktur Kurikulum Terperinci

1.20 Kelulusan LPU

(KK JKPT)

Ya

Tidak

1.24 Tamat

Ya Tidak

29

Bil. Tindakan Susur masa Tanggungjawab

1.1 Mula

1.2 Kenal pasti keperluan/arahan pembentukan program dengan merujuk kepada perkara berikut:

6.2.6 Keperluan sumber manusia berdasarkan kementerian berkaitan.

6.2.7 Pembangunan sumber manusia dalam bidang pendidikan Sains dan Teknologi.

6.2.8 Keperluan Dasar Pendidikan Negara.

6.2.9 Perancangan Strategik Pengajian Tinggi Negara/ universiti/ fakulti.

6.2.10 Kajian pasaran.

2 bulan

Dekan/TD(A)/KJ

1.3

Penyediaan dan Penyerahan Kertas Cadangan Rangka Program (Surat Niat)

6.3.3 Sediakan rangka program oleh JKKF berpandukan kepada garis panduan cadangan program akademik IPTA. Keputusan mesyuarat diminitkan.

6.3.4 Rujukan yang perlu dibaca bersama dan digunakan untuk pembangunan program akademik baharu :

x. Kerangka Kelayakan Malaysia (MQF); xi. Kod Amalan Audit Institusi (COPIA); xii. Garis Panduan Amalan baik: Reka Bentuk

dan Penyampaian

xiii. Kurikulum (MQA, 2011); xiv. Dasar Jaminan Kualiti KPT dan MQA iaitu

Dasar Jaminan Kualiti melalui Mesyuarat Kajian Semula Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti;

xv. Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (MQA, 2013a);

xvi. Standard Program bagi bidang yang dipohon yang dikeluarkan oleh MQA dan badan profesional berautoriti; dan

xvii. Garis Panduan Amalan Baik: Penilaian Pelajar (MQA, 2013c)

xviii. National Education Code manual (NEC)

(Format Kertas Kerja Surat Niat di Lampiran A)

Jawatankuasa Kerja Fakulti

(JKKF)

2.0 PROSES KERJA PERMOHONAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU PROGRAM PASCA SISWAZAH

30

1.4 Kelulusan Majlis Akademik Fakulti (MAF) 1.4.1 Jika YA, ikut langkah 1.5 (Penyerahan dokumen

kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

6.4.3 Jika TIDAK, ikut langkah 1.6 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

2 minggu Dekan/TD(A)/KJ

1.5 Perakuan Jawatankuasa Tetap Senat Perancangan Akademik (JKTSPA) 1.5.1 Jika YA, ikut langkah 1.7 (Penyerahan

dokumen kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

1.5.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.5 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan

disimpan.

Dekan

1.6 Baiki kertas kerja untuk menepati kehendak penilaian pada setiap tahap dan ikuti langkah 1.4

1 bulan

TD(A)/KJ

1.7 Kelulusan Senat 1.7.1 Jika YA - ikut langkah 1.8 (Penyerahan

dokumen kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

6.7.3 Jika TIDAK, ikut langkah 1.5 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan

disimpan.

Dekan

1.8 Penyediaan struktur kurikulum dengan terperinci 2 minggu Dekan/TD(A)/KJ/

1.9 Penubuhan dan Mesyuarat Panel Penasihat Kurikulum (Lembaga Pengajian) Majukan kertas cadangan kurikulum kepada Panel Penasihat Kurikulum yang terdiri daripada ahli akademik Fakulti, pakar akademik IPTA lain, Industrial Advisory Panel (IAP) dan wakil Badan Profesional

untuk mendapatkan maklumbalas serta persetujuan. Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

1 bulan Dekan/TD(A)/KJ

31

1.10 Penyediaan Dokumen MQA-01 dan Kertas Kerja Permohonan Kelulusan JKPT iii. Format MQA01 di Lampiran B iv. Format Kertas Kerja Permohonan Kelulusan

JKPT (Pasca Siswazah) terbahagi kepada dua(2) format (mod) :

a) Kertas Kerja Permohonan kelulusan JKPT Secara Kerja Kursus dan Mod Campuran (Lampiran D)

b) Kertas Kerja Permohonan kelulusan JKPT Secara Mod Penyelidikan (Lampiran E)

(Disyorkan MQA01 dan JKPT disediakan secara seiring)

2-3 bulan Dekan/TD(A)/KJ

1.11 Kelulusan Majlis Akademik Fakulti (MAF) Dokumen MQA-01 dan Kertas Kerja Permohonan Kelulusan JKPT dibentangkan di Mesyuarat Majlis Akademik Fakulti untuk kelulusan 1.11.1 Jika YA, ikut langkah 1.12 (Penyerahan

dokumen kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

1.11.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.13

Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

1 minggu Dekan/TD(A)/KJ

1.12 Mohon Perakuan Jawatankuasa Tetap Senat Perancangan Akademik (JKTSPA) bagi dokumen MQA01 dan Kertas Kerja Permohonan Kelulusan JKPT 1.12.1 Jika YA, ikut langkah 1.14 (Penyerahan

dokumen kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

1.12.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.13

Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

1 bulan

Dekan

1.13

Baiki kertas cadangan Baiki kertas cadangan mengikut format JKPT dan format MQA.

Dekan/TD(A)/KJ

32

1.14 Mohon Kelulusan Senat bagi dokumen MQA01 dan Kertas Kerja Permohonan Kelulusan JKPT 1.14.1 Jika YA, ikut langkah 1.15 (Penyerahan

dokumen kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

1.14.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.13 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

Dekan

1.15 Penilaian MQA bagi dokumen MQA-01

6.14.1 Jika YA, ikut langkah 1.16

6.14.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.17

Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

3 bulan 3 minggu

(minimum)

Dekan/TD(A)/KJ/PPPA

1.16 Perakuan/akreditasi sementara oleh pihak MQA Terima Sijil akreditasi Sementara dari MQA kepada universiti.

TNC(A&A)/Dekan/PPPA

1.17 Baiki Dokumen MQA01 Baiki kertas cadangan untuk menepati kehendak penilaian MQA.

Dekan

1.18 Mohon kelulusan LPU bagi Kertas Kerja Permohonan Kelulusan JKPT 1.18.1 Jika YA, ikut langkah 1.19 (Penyerahan

dokumen kepada Urusetia berkaitan untuk proses selanjutnya)

1.18.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.13 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

1 bulan

Dekan

1.19 Kelulusan JKPT, KPT 1.19.1 Jika YA, ikut langkah 1.20 1.19.2 Jika TIDAK, ikut langkah 1.21 Semua dokumen penambahbaikan perlu direkod dan disimpan.

2 bulan (perlu diperolehi selewatnya Disember [ada tahun sebelum ditawarkan)

TNC(A&A)/ Dekan/PPPA

1.20 Penawaran program akademik baharu Kemas kini maklumat program dalam Buku Panduan Fakulti sesi akan datang dengan merujuk kepada garis panduan penyediaan Buku Panduan Fakulti.

Dekan/BPA

1.21

Baiki kertas cadangan Baiki kertas cadangan dan bentang semula (jika diminta) kepada JKPT, KPT untuk kelulusan.

Dekan

1.22 Tamat

Jangkamasa proses penyediaan program baharu: 1 tahun 3 bulan

33

Carta alir proses permohonan program akademik baharu program pasca siswazah

Rujukan : Garis Panduan Permohonan ProgramAkademik, Edisi kedua, JPT, KPM.

1.1 Mula

1.2 Kenal pasti keperluan/arahan

1.3 Sedia dan serah Kertas Cadangan (Surat Niat)

1.4 Kelulusan MAF

1.6 Perakuan JKTS Perancangan

Akademik

1.7 Kelulusan Senat

1.10 Sedia dokumen MQA-01 dan JKPT

1.22 Tamat

1.20 Tawar program

baharu

Ya

Ya

1.11 Kelulusan MAF

Ya

1.19 Kelulusan JKPT, KPT

Tidak

1.21 Baiki kertas

cadangan

Tidak

Ya

Ya

1.15 Penilaian MQA

Tidak

Terima sijil akreditasi

sementara

1.17 Baiki Dokumen

1.16 Perakuan/Akreditasi Sementara

oleh MQA

Tolak

1.8 Sedia Struktur Kurikulum

Terperinci

Tolak

Tidak

Tidak

1.13 Baiki kertas cadangan

1.5 Baiki Kertas

Cadangan

Tolak

1.9 Tubuh dan Mesyuarat Panel

Penasihat Kurikulum (Lembaga Pengajian)

1.12 Perakuan JKTSPA bagi

dokumen MQA-01

dan JKPT

1.14 Kelulusan

Senat bagi dokumen MQA-01

dan JKPT

1.13 Baiki kertas cadangan

1.18 Kelulusan LPU

(KK JKPT)

Ya

Tidak