peraturan akademik pelajar - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “pengajian sepenuh masa”...

47
1 PERATURAN AKADEMIK PELAJAR

Upload: buidiep

Post on 19-May-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

1

PERATURAN AKADEMIK PELAJAR

Page 2: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

2

SENARAI KANDUNGAN

BAHAGIAN 1: TAFSIRAN 4 BAHAGIAN 2: SESI AKADEMIK 7 2.1 SEMESTER LAZIM 7 2.2 SEMESTER PENDEK 7 2.3 TEMPOH PENGAJIAN 8 BAHAGIAN 3: PENDAFTARAN DAN PERTUKARAN PROGRAM 10

3.1 PENDAFTARAN PROGRAM 10 3.2 PERTUKARAN PROGRAM 10

BAHAGIAN 4: PENDAFTARAN KURSUS 11

4.1 TEMPOH PENDAFTARAN KURSUS 11 4.2 PANDUAN PENDAFTARAN KURSUS 11

4.3 GUGUR KURSUS (GK) 12 4.4 KURSUS MATA PELAJARAN UMUM U4 KO-KURIKULUM 12 BAHAGIAN 5: YURAN 13

5.1 JENIS-JENIS YURAN 13 5.2 TEMPOH PEMBAYARAN YURAN 14 5.3 PEMBAYARAN YURAN 16 5.4 TINDAKAN KE ATAS PELAJAR GAGAL MENJELASKAN YURAN 16 5.5 PEMULANGAN YURAN 16

BAHAGIAN 6: SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK 23 6.1 PERANAN PENASIHAT AKADEMIK 23 6.2 PELAKSANAAN PENASIHAT AKADEMIK 23 BAHAGIAN 7: SISTEM KREDIT 24

7.1 NILAI KREDIT 24 7.2 BEBAN KREDIT UNTUK SETIAP SEMESTER 24 7.3 PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS 25 7.4 PROSEDUR PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS 27 7.5 JAM PEMBELAJARAN PELAJAR 27

BAHAGIAN 8: SISTEM GRED 28 BAHAGIAN 9: PENILAIAN TUGASAN PELAJAR 29 9.1 OBJEKTIF PENDIDIKAN PROGRAM 29 9.2 HASIL PEMBELAJARAN PROGRAM 29 9.3 HASIL PEMBELAJARAN KURSUS 29 9.4 KEMAHIRAN INSANIAH 30 9.5 TAKSONOMI PEMBELAJARAN 30 BAHAGIAN 10: KEHADIRAN 31

10.1 KEHADIRAN 31 10.2 SISTEM PENILAIAN 31

Page 3: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

3

BAHAGIAN 11: PERATURAN PEPERIKSAAN 32 11.1 SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN 32 11.2 PENYELIAAN PEPERIKSAAN AKHIR 32 11.3 PENGAWASAN PEPERIKSAAN AKHIR 32 11.4 TATACARA PEPERIKSAAN AKHIR 34 11.5 SALAH LAKU PEPERIKSAAN 37 11.6 HUKUMAN 37 11.7 PEPERIKSAAN KHAS 37 11.8 KETIDAKHADIRAN PEPERIKSAAN AKHIR/PEMBENTANGAN 38 LATIHAN INDUSTRI

BAHAGIAN 12: LATIHAN INDUSTRI DAN PROJEK TAHUN AHKIR 39 12.1 LATIHAN INDUSTRI 39 12.2 PROJEK TAHUN AKHIR 39 BAHAGIAN 13: KEPUTUSAN GRED KURSUS 40

13.1 PENGUMUMAN KEPUTUSAN GRED KURSUS 40 13.2 RAYUAN PENYEMAKAN KEPUTUSAN GRED KURSUS 40

BAHAGIAN 14: KEDUDUKAN AKADEMIK 41

14.1 PENGIRAAN PENCAPAIAN PELAJAR 41 14.2 TARAF KEDUDUKAN AKADEMIK PELAJAR 42 14.3 PENGUMUMAN KEDUDUKAN AKADEMIK PELAJAR 43

BAHAGIAN 15: SENARAI KEPUJIAN DEKAN 43 15.1 SIJIL KEPUJIAN DEKAN 43 BAHAGIAN 16: PENGANUGERAHAN IJAZAH/DIPLOMA 44

16.1 SYARAT PENGANUGERAHAN 44 BAHAGIAN 17: PENANGGUHAN PENGAJIAN 46 17.1 SYARAT PENANGGUHAN PENGAJIAN 46 17.2 PENANGGUHAN MAKSIMUM 46 BAHAGIAN 18: PERUNTUKAN AM DAN PEMANSUHAN 47 18.1 PERUNTUKAN AM 47

Page 4: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

4

BAHAGIAN 1: TAFSIRAN

“Akta’’ juga bermaksud Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555).

“Akta” bermaksud Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971.

“CGPA’’ bermaksud purata mata nilai gred kumulatif yang diperoleh oleh pelajar bagi semua

semester yang telah diikutinya.

“Daftar Semula” bermaksud pelajar TAHUN SATU (1) semester pertama, tidak termasuk pelajar

kemasukan terus yang mendapat Kedudukan Gagal (KG) dibenarkan meneruskan pengajiannya

dengan mendaftar kursus pada semester berikutnya yang ditentukan oleh fakulti.

“Dekan” bermaksud ketua Fakulti yang dilantik oleh Rektor.

“Diberhentikan” bermaksud pelajar yang tidak mencapai tahap lulus dalam pengajian; atau pelajar

yang telah menggunakan sepenuhnya tempoh maksimum pengajian; atau pelajar yang dipecat dari

Universiti di bawah Kaedah-kaedah Kolej Universiti TATI (Tatatertib Pelajar-pelajar 2014).

“Fakulti” bermaksud mana-mana fakulti dan pusat tanggungjawab yang diberi tugas oleh Senat

bagi menjalankan program akademik dan memperakukan penganugerahan Program Asasi, Diploma

dan Ijazah Sarjana Muda kepada pelajar.

“GPA” bermaksud purata mata nilai gred yang diperoleh oleh pelajar bagi sesuatu semester.

“Gugur Kursus” bermaksud pelajar yang menggugurkan kursus dalam tempoh yang ditetapkan

oleh TATIUC.

“Jabatan Hal Ehwal Pelajar’’ bermaksud Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni.

“Jabatan Hea’’ bermaksud Jabatan Hal Ehwal Akademik.

“Jam Pembelajaran Pelajar (SLT)” bermaksud jumlah jam belajar yang mengandungi kuliah dan

amali.

“Konvokesyen’’ bermaksud Konvokesyen yang dijalankan menurut perlembagaan.

“Kredit Dapat” bermaksud jumlah kredit yang diperoleh oleh pelajar bagi kursus yang lulus

termasuk kredit pindah.

“Kredit Kira” bermaksud kredit yang diambil kira dalam pengiraan GPA dan CGPA.

“Kredit Lulus Program” bermaksud jumlah kredit lulus untuk sesuatu program yang ditetapkan

oleh Senat.

“Kredit Pindah” bermaksud kredit yang diberikan pemindahan bagi kursus tertentu yang diambil

Page 5: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

5

oleh pelajar di IPT yang diiktiraf dalam tempoh pengajiannya.

“Kursus” bermaksud komponen kurikulum program yang mempunyai kod tersendiri.

“Pelajar” bermaksud seseorang pelajar berdaftar yang mengikuti pengajian di TATIUC.

“Pelajar Baharu” bermaksud pelajar yang mendaftar pada semester baru bagi sesuatu program

pengajian.

“Pelajar Kanan” bermaksud mereka yang telah melalui dan lulus sekurang-kurangnya satu

semester pengajian di TATIUC.

“Pelajar Tajaan” bermaksud pelajar TATIUC yang menerima pinjaman kewangan atau biasiswa

dari mana-mana pihak penaja

“Penaja” bermaksud pihak yang memberi pinjaman kewangan atau biasiswa kepada pelajar

TATIUC

“Penangguhan Pengajian” bermaksud status pelajar yang tidak mengikuti pengajian pada sesuatu

semester atas sebab tertentu dengan kelulusan TATIUC.

“Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan

kredit yang didaftar oleh pelajar bagi satu semester tidak kurang daripada Kredit Minimum yang

ditetapkan, kecuali bagi pelajar yang Kedudukan Bersyarat (KS) dan/atau pelajar yang berada

dalam dua semester terakhir pengajian.

“Penganugerahan” bermaksud pengesahan Senat ke atas pelajar yang telah layak bergraduat.

“Pengecualian Kursus” bermaksud kredit yang diberikan pengecualian kepada pelajar

berdasarkan kepada kelayakan terdahulu yang diiktiraf oleh TATIUC.

“Peperiksaan” bermaksud apa-apa bentuk penilaian yang dibuat ke atas pelajar untuk mengukur

pencapaian akademik mereka.

“Portal Pelajar’’ bermaksud web yang disediakan kepada pelajar bagi kemudahan pelajar

mendaptkan maklumat berkaitan pelajar.

“Pra-Syarat” bermaksud kursus yang perlu diambil/lulus sebelum mengambil kursus lain yang

ditetapkan.

“Program” bermaksud bidang pengajian yang diluluskan oleh TATIUC sebagai program akademik

untuk tujuan penganugerahan ijazah.

“Semester Lazim” bermaksud semester I dan II (tidak termasuk Semester Pendek) dalam tempoh

yang ditetapkan oleh TATIUC bagi sesuatu sesi akademik. Setiap semester mengandungi sekurang-

Page 6: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

6

kurangnya 19 minggu yang terdiri daripada minggu perkuliahan, minggu cuti pertengahan semester,

minggu ulangkaji dan minggu peperiksaan akhir.

“Senat” bermaksud Senat Kolej Universiti TATI ditubuhkan di bawah Seksyen 16, Perlembagaan

Kolej Universiti TATI.

“Sesi Akademik” bermaksud jangkamasa 12 bulan sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Senat.

“Tarik diri” bermaksud pelajar yang telah memohon secara rasmi dengan mengisi borang berhenti

belajar dan diluluskan oleh TATIUC untuk menarik diri daripada pengajiannya.

“TATIUC” bermaksud Kolej Universiti TATI.

“Tempoh Pengajian” bermaksud bilangan semester pengajian yang ditetapkan dalam kurikulum

program bagi pelajar menamatkan pengajian.

“Ulang Gred (U)’’ bermaksud mengulang kursus yang telah lulus (gred C sahaja) dengan

kebenaran fakulti bagi tujuan membaiki pencapaian akademik.

Page 7: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

7

BAHAGIAN 2: SESI AKADEMIK

Satu sesi akademik selama dua belas (12) bulan terdiri daripada dua semester lazim dan satu

semester pendek bagi Program Ijazah Sarjana Muda dan Diploma. Manakala sesi akademik bagi

Program Asasi terdiri daripada tiga (3) semester lazim

2.1 SEMESTER LAZIM

Setiap semester lazim mengandungi sekurang-kurangnya tujuh belas (17) minggu yang

terdiri daripada minggu pengkuliahan, ulangkaji dan peperiksaan akhir (rujuk jadual 2.1).

2.1.1 Kursus Yang Ditawarkan

(a) Kursus yang ditawarkan pada semester lazim tertakluk kepada kurikulum

program pengajian.

(b) Jumlah kredit maksimum yang boleh didaftarkan oleh pelajar ialah dua puluh

satu (21) kredit sahaja.

2.1.2 Pendaftaran Kursus

(a) Pelajar dikehendaki mendaftar setiap kursus yang diambil pada semester lazim

mengikut prosedur sedia ada dan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh

TATIUC.

(b) Permohonan untuk GUGUR KURSUS hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada

minggu ke tujuh (ke-7) semester tersebut.

(c) Selepas tarikh ini, permohonan untuk GUGUR KURSUS tidak akan diterima.

(d) Fakulti/pusat pengajian dikehendaki menentukan jumlah minimum atau

maksimum pelajar yang boleh mengikuti sesuatu kursus yang ditawarkan.

2.1.3 Gred Kursus

(a) Gred kursus akan diberikan untuk semester lazim berdasarkan keputusan

peperiksaan pelajar.

(b) Prosedur pengumuman keputusan peperiksaan dan rayuan keputusan gred

yang sedia ada diguna pakai.

2.2 SEMESTER PENDEK

Semester pendek merupakan semester pengajian khusus bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda

dan Diploma sahaja. Semester pendek diadakan selepas berakhirnya Semester 2. Tempoh

semester ini ialah selama sembilan (9) minggu yang merangkumi minggu pengkuliahan,

ulangkaji dan peperiksaan akhir.

2.2.1 Kursus Yang Ditawarkan

(a) Sebarang kursus boleh ditawarkan pada semester pendek tertakluk kepada

persetujuan fakulti/pusat pengajian, keutamaan diberikan kepada pelajar yang

mengulang dan yang akan bergraduat.

(b) Jumlah kredit maksimum yang boleh didaftarkan oleh pelajar ialah enam (6)

kredit sahaja.

Page 8: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

8

(c) Latihan Industri tidak ditawarkan pada semester pendek.

2.2.2 Pendaftaran Kursus

(e) Pelajar dikehendaki mendaftar setiap kursus yang diambil pada semester

pendek mengikut prosedur sedia ada dan di dalam tempoh yang ditetapkan oleh

TATIUC.

(f) Permohonan untuk GUGUR KURSUS hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada

minggu kedua (ke-2) semester tersebut.

(g) Selepas tarikh ini, permohonan untuk GUGUR KURSUS tidak akan diterima.

(h) Fakulti/pusat pengajian dikehendaki menentukan jumlah minimum atau

maksimum pelajar yang boleh mengikuti sesuatu kursus yang ditawarkan.

2.2.3 Gred Kursus

(c) Gred kursus akan diberikan untuk semester pendek berdasarkan keputusan

peperiksaan pelajar.

(d) Prosedur pengumuman keputusan peperiksaan dan rayuan keputusan gred

yang sedia ada diguna pakai bagi semester pendek.

Jadual 2.1: Sesi akademik bagi setiap program di TATIUC.

Program Ijazah Sarjana Muda dan Program Diploma

Program Asasi

Semester Minggu Semester Minggu

Semester 1

Pengkuliahan

Ulangkaji

Peperiksaan akhir

Semester 2

Pengkuliahan

Ulangkaji

Peperiksaan akhir

Semester Pendek

Pengkuliahan

Ulangkaji

Peperiksaan akhir

14

1

2

14

1

2

7

1

1

Semester 1

Pengkuliahan

Ulangkaji

Peperiksaan akhir

Semester 2

Pengkuliahan

Ulangkaji

Peperiksaan akhir

Semester 3

Pengkuliahan

Ulangkaji

Peperiksaan akhir

14

1

1

14

1

1

14

1

1

JUMLAH 43 48

*Tarikh sebenar pelaksanaan jadual di atas adalah tertakluk kepada kalendar akademik (rujuk

buku Prospektus)

Page 9: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

9

2.3 TEMPOH PENGAJIAN

2.3.1 Program Asasi

(a) Minimum : 3 semester – (1 tahun)

(b) Maksimum : 6 semester – (2 tahun)

2.3.2 Diploma

(a) Minimum : 6 semester – (3 tahun)

(b) Maksimum : 10 semester – (5 tahun)

2.3.3 Ijazah Sarjana Muda

(a) Minimum : 8 semester – (4 tahun)

(b) Maksimum : 12 semester – (6 tahun)

Page 10: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

10

BAHAGIAN 3: PENDAFTARAN DAN PERTUKARAN PROGRAM

Menerangkan proses pendaftaran baru dan pertukaran program pelajar.

3.1 PENDAFTARAN PROGRAM

Pelajar hendaklah membuat pendaftaran program berdasarkan surat tawaran yang diterima

pada tarikh yang ditetapkan oleh TATIUC.

(a) Pelajar yang tidak mematuhi perkara di atas tanpa sebab-sebab yang boleh diterima oleh

TATIUC, dengan sendirinya tawaran program kepadanya terbatal.

(b) Pelajar kanan yang berstatus tangguh pengajian atau digantung pengajian hendaklah

membuat pendaftaran program semula. Jika pelajar gagal membuat pendaftaran

program dalam tempoh yang ditetapkan pelajar boleh diberhentikan.

3.2 PERTUKARAN PROGRAM

(a) Pelajar yang telah mengesahkan pendaftaran dalam sesuatu fakulti tidak dibenarkan

bertukar program pengajian/fakulti kecuali dengan syarat pelajar telah menamatkan

satu (1) semester pengajian.

(b) Pelajar hanya dibenarkan membuat pertukaran program sekali (1) sahaja sepanjang

pengajian.

(c) Bagi permohonan pertukaran program antara fakulti yang berlainan, pelajar perlu

mendapat kelulusan Dekan fakulti yang menerima dan mendapat pelepasan dari

Dekan fakulti asal.

(d) Kebenaran untuk bertukar program dalam fakulti yang sama dan penentuan semester

untuk memulakan program baru yang terlibat adalah tertakluk kepada kelulusan Dekan

fakulti.

(e) Gred penilaian kursus-kursus yang telah diikuti dalam program sebelumnya akan lupus

kecuali kursus yang diluluskan untuk pemindahan kredit oleh fakulti penerima.

Page 11: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

11

BAHAGIAN 4: PENDAFTARAN KURSUS

Semua pelajar yang aktif adalah diwajibkan mendaftar kursus untuk setiap semester. Pendaftaran

kursus ini dilakukan secara dalam talian (online) oleh pelajar sendiri. Pendaftaran kursus mesti

dibuat mengikut tarikh dan tempoh masa yang ditetapkan melalui hebahan yang dikeluarkan oleh

Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA).

4.1 TEMPOH PENDAFTARAN KURSUS

(a) Tempoh pendaftaran kursus terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

Pra-Pendaftaran : Minggu kedua belas ( ke-12) pada semester sebelumnya.

Pendaftaran Wajib : Hari pertama dan hari kedua (ke-2) minggu pertama

Pendaftaran Berdenda : Selepas hari ketiga (ke-3)

(b) Pelajar yang gagal membuat pendaftaran kursus setelah tamat tempoh Pendaftaran

Berdenda (selewat-lewatnya pada hari ke-10), boleh dikenakan tindakan seperti

berikut:

Tidak dibenarkan mengikuti sebarang pengkuliahan dan penilaian.

Diberhentikan pengajian.

Jadual 4.1: Tempoh pendaftaran

Minggu Hari Catatan

Pertama

1 Pendaftaran Wajib

2

3 RM 25.00

Pendaftaran

Berdenda

(berserta surat

sebab lewat daftar

kursus)

4 RM 30.00

5 RM 35.00

Kedua

6 RM 40.00

7 RM 45.00

8 RM 50.00

9 RM 55.00

10 RM 60.00

*Pengiraan jumlah denda adalah berdasarkan hari bekerja.

4.2 PANDUAN PENDAFTARAN KURSUS

(a) Pelajar dinasihatkan untuk membuat pendaftaran kursus secara atas talian melalui

Portal Pelajar dalam tempoh Pra-Pendaftaran atau Pendaftaran Wajib bagi

mengelakkan denda.

(b) Pelajar hanya boleh mendaftar kursus yang ditawarkan dengan mendapat pengesahan

daripada fakulti/pusat pengajian.

(c) Semua pelajar hendaklah mendaftar kursus dengan menyatakan kod kursus, nama

kursus dan bilangan kredit yang betul berdasarkan Prospectus TATIUC mengikut sesi

pengambilan masing-masing.

(d) Sebarang kursus yang diulang oleh pelajar hendaklah didaftarkan dengan R (Repeat).

Page 12: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

12

(e) Pelajar bertanggungjawab untuk memastikan tiada sebarang kesilapan dalam rekod

pendaftaran kursus.

(f) Sebarang kesilapan pendaftaran kursus boleh mengakibatkan pelajar diberi markah

sifar (0) bagi kursus yang berkenaan.

(g) Pelajar hendaklah memuat turun dan mencetak slip pendaftaran kursus serta

mendapatkan pengesahan Penasihat Akademik/Pengerusi Program/Dekan sebagai

rekod dan rujukan.

(h) Pelajar boleh membuat sebarang pembetulan pendaftaran pada minggu kedua (ke-2)

hingga minggu keempat (ke-4) semester.

4.3 GUGUR KURSUS (GK) / TAMBAH KURSUS

(a) Pelajar dengan kebenaran pensyarah kursus berkaitan dan persetujuan Penasihat

Akademik (PA) boleh memohon untuk menarik diri daripada mengikuti mana-mana

kursus yang telah didaftarkan pada sesuatu semester selewat-lewatnya pada minggu

ketujuh (ke-7) pengkuliahan semester berkenaan.

(b) Permohonan untuk GK selepas minggu ketujuh (ke-7) perlulah mendapat kelulusan

Timbalan Rektor (Akademik & Pengantarabangsaan) secara bertulis.

4.4 KURSUS MATA PELAJARAN UMUM U4 KO-KURIKULUM

Kursus mata pelajaran umum U4 ko-kurikulum terbahagi kepada dua jenis iaitu Badan

Beruniform dan Sukan.

4.4.1 Pemilihan Kursus Ko-Kurikulum

(a) Pemilihan jenis kursus ko-kurikulum akan ditentukan oleh Jabatan Hal Ehwal

Pelajar & Alumni (HEPA) sebelum pelajar dibenarkan mendaftar. bilangan kursus

yang ditawarkan juga ditentukan oleh Jabatan HEPA tertakluk kepada bilangan

pelajar pada semester tersebut.

(b) Cara pendaftaran adalah melalui ‘online’ di Jabatan HEA dan manual di Jabatan

HEPA.

(c) Pelajar tidak dibenarkan memilih sendiri kursus kerana objektif semua kursus U4

adalah sama walaupun berbeza jenis kursus.

(d) Penawaran kredit bagi setiap semester adalah satu (1) kredit sahaja. Pelajar

perlu mengambil dua (2) kredit untuk kursus U4 sepanjang pengajian di TATIUC.

(e) Senarai badan beruniform adalah seperti di dalam Jadual 4.6.

Page 13: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

13

BAHAGIAN 5: YURAN

Peraturan pembayaran yuran perlu dipatuhi oleh semua pelajar TATIUC. Ia meliputi semua bayaran

yuran yang dikenakan ke atas pelajar seperti yang telah ditetapkan oleh TATIUC.

5.1 JENIS-JENIS YURAN

Bayaran yuran untuk program Ijazah Sarjana Muda, Program Diploma dan Program Asasi

masing-masing ditunjukkan dalam Jadual 5.1, 5.2 dan 5.3.

5.1.1 Yuran Tidak Berulang

Yuran Tidak Berulang hanya dibayar sekali sahaja sepanjang tempoh pengajian di

TATIUC seperti:

Yuran Pendaftaran

Yuran Haluan Siswa

Yuran Ko-kurikulum

Pakaian TATIUC

Pakaian Bengkel/ Makmal

Yuran Peralatan – jika ada (contoh: Vernier Caliper dan Safety Goggles)

Bon Peribadi (Personal Bond) untuk pelajar antarabangsa (sila rujuk perkara

5.1.4)

5.1.2 Yuran Berulang

Yuran Berulang perlu dibayar pada setiap semester sepanjang tempoh pengajian

seperti:

Yuran Pengajian

Yuran Kolej Kediaman

a) Pelajar yang tidak menginap di asrama hendaklah mendapatkan kelulusan

secara bertulis dari pengurusan TATIUC dalam tempoh empat belas (14)

hari. Pelajar yang tidak mematuhi tempoh ditetapkan adalah dikehendaki

menjelaskan keseluruhan yuran asrama yang dikenakan.

b) Pelajar yang akan menjalani latihan industri dan tidak ingin menginap di

asrama hendaklah mengisi borang Keluar Asrama. Borang tersebut boleh

diperoleh di Jabatan HEPA dan perlu dihantar empat belas (14) hari

sebelum semester bermula.

Yuran Aktiviti Pelajar

Yuran Khidmat Pelajar

5.1.3 Yuran Khas

Yuran Khas adalah yuran yang perlu dibayar oleh pelajar TATIUC untuk situasi

tertentu seperti:

Page 14: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

14

i) Yuran Ulang Kursus

Yuran Ulang Kursus hanya dikenakan ke atas pelajar TATIUC yang menduduki

semula kursus (rujuk Jadual 5.4 untuk kadar bayaran ulang kursus).

ii) Yuran Konvokesyen

Yuran Konvokesyen hanya dikenakan untuk pelajar TATIUC yang akan

bergraduat.

5.1.4 Selain Yuran-Yuran Di Atas

Lain-lain tanggungan kewangan yang tidak dinyatakan di dalam buku Panduan

Pendaftaran termasuklah caj denda dan caj gantian kad matrik dan sebagainya.

5.1.5 Bon Peribadi (Personal Bond) Untuk Pelajar Antarabangsa

Bon Peribadi (Personal Bond) dikenakan kepada pelajar antarabangsa dengan kadar

yang telah ditetapkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia.

5.2 TEMPOH PEMBAYARAN YURAN

Adalah menjadi tanggungjawab semua pelajar TATIUC bagi menjelaskan semua yuran yang

dikenakan pada setiap semester dalam tempoh yang ditetapkan. Dalam menjayakan misi

akademik, setiap pelajar TATIUC bertanggungjawab terhadap komitmen-komitmen

sampingan termasuklah tanggungjawab kewangan masing-masing. Pihak Pengurusan

TATIUC berhak mengambil tindakan sekiranya pelajar ingkar. Pihak Pengurusan TATIUC

pada bila-bila masa boleh mengemukakan surat peringatan pembayaran yuran ke alamat

kediaman pelajar dengan disalinkan kepada penjamin-penjamin untuk peringatan dan

makluman kepada pihak-pihak terbabit.

5.2.1 Pelajar Baru

(a) Pelajar baru wajib menjelaskan Yuran Tidak Berulang yang telah ditetapkan

selewat-lewatnya pada hari pendaftaran.

(b) Pelajar baru yang dalam proses memohon penajaan wajib menjelaskan Yuran

Berulang (selain daripada Yuran Pengajian) selewat-lewatnya pada minggu

kelapan (ke-8) pengkuliahan. Pelajar perlu mendapatkan penyata akaun

daripada Jabatan Kewangan dan membuat pengesahan status permohonan

tajaan daripada Unit Tajaan di Jabatan Hal Ehwal Pelajar (HEPA).

(c) Pelajar baru yang tidak memohon penajaan, wajib menjelaskan semua Yuran

Berulang selewat-lewatnya pada minggu kelapan (ke-8) pengkuliahan.

5.2.2 Pelajar Kanan

(a) Pelajar Tajaan Penuh

i) Pelajar yang menerima tajaan penuh dan pembayaran oleh penaja dibuat

secara terus ke akaun TATIUC bagi semester semasa adalah dianggap

telah menjelaskan Yuran Berulang pada semester tersebut.

ii) Pelajar yang menerima tajaan penuh dan pembayaran oleh penaja dibuat

melalui akaun peribadi pelajar adalah dianggap berhutang selama mana

pembayaran belum diterima oleh TATIUC. Pembayaran Yuran Berulang

Page 15: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

15

hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu kelapan (ke-8)

pengkuliahan.

(b) Pelajar Yang Tidak Ditaja Penuh

i) Pelajar yang menerima tajaan dan pembayaran oleh penaja dibuat secara

terus ke akaun TATIUC hendaklah memastikan baki Yuran Berulang yang

tidak ditaja dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu kelapan (ke-8)

pengkuliahan.

ii) Pelajar yang menerima tajaan dan pembayaran oleh penaja dibuat melalui

akaun peribadi pelajar adalah dianggap berhutang selama mana

pembayaran belum diterima oleh TATIUC. Pembayaran Yuran Berulang

hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada minggu kelapan (ke-8)

pengkuliahan.

(c) Pelajar di Bawah Pembiayaan Sendiri / Tidak Ditaja

Pelajar kanan di bawah pembiayaan sendiri atau tidak memperoleh tajaan

hendaklah menjelaskan Yuran Berulang selewat-lewatnya pada minggu

kelapan (ke-8) pengkuliahan.

(d) Pelajar Sedang Memohon Pelanjutan Penajaan

Pelajar kanan yang sedang memohon pelanjutan penajaan adalah dianggap

membiayai sendiri semua kos Yuran Berulang dan ia perlu dijelaskan selewat-

lewatnya pada minggu kelapan (ke-8) pengkuliahan.

(e) Pelajar Digantung/Ditamatkan Penajaan

Pelajar kanan yang digantung/ditamatkan penajaan oleh penaja adalah

dianggap membiayai sendiri semua kos Yuran Berulang pada semester

penajaan digantung/ditamatkan dan ia perlu dijelaskan selewat-lewatnya pada

minggu kelapan (ke-8) pengkuliahan.

(f) Pelajar Digantung Semester Pengajian Kerana Tindakan Tatatertib

Sekiranya pelajar digantung pengajian dalam tempoh selepas empat belas (14)

hari pengkuliahan berjalan, pelajar hendaklah menjelaskan keseluruhan yuran

yang dikenakan bagi semester berkenaan.

(g) Pelajar Tarik Diri

Pelajar yang telah membuat pendaftaran kursus dan layak meneruskan

pengajian pada semester berikutnya tetapi memutuskan untuk menarik diri atau

menangguh pengajian, hendaklah mengemukakan permohonan kepada

Jabatan HEA. Kegagalan berbuat demikian akan dianggap masih berdaftar

sebagai pelajar TATIUC dan bertanggungjawab untuk menjelaskan segala

yuran dikenakan kepadanya. Pelajar yang ingin menarik diri hendaklah

menjelaskan kesemua baki yuran/ hutang dan denda (jika ada) yang dikenakan

kepadanya pada hari penarikan diri dibuat.

Page 16: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

16

(h) Penangguhan Pengajian Kerana Cuti Sakit

Pelajar tidak dikenakan yuran pada semester penangguhan (kerana cuti sakit)

sebaliknya pelajar akan dikenakan sepenuhnya yuran berkenaan pada

semester ganti / lanjutan.

(i) Penangguhan Pengajian Bukan Kerana Cuti Sakit

Penangguhan pengajian bukan kerana cuti sakit hendaklah menjelaskan Yuran

seperti Jadual 5.6.

.

5.3 PEMBAYARAN YURAN

5.3.1 Secara Tunai

Pembayaran boleh dibuat secara atas talian ke akaun TATIUC atau secara tunai di

kaunter kewangan TATIUC.

5.3.2 Secara Ansuran

Pembayaran boleh dibuat secara ansuran ke akaun TATIUC atau di kaunter

kewangan TATIUC. Pelajar perlu menjelaskan yuran sebelum minggu kelapan (ke-

8) pengkuliahan.

5.3.3 Invois / Bil Tuntutan

Pengeluaran bil tuntutan bercetak kepada pelajar merupakan proses pentadbiran

sahaja. Sekiranya pelajar tidak menerima invois/bil tuntutan, pelajar tetap tertakluk

kepada tindakan mengikut Pekeliling ini.

5.3.4 Semakan Baki

Pelajar boleh membuat semakan baki yuran samada melalui telefon atau memohon

cetakan Penyata Akaun pada bila-bila masa melalui Pejabat Kewangan TATIUC.

5.4 TINDAKAN KE ATAS PELAJAR YANG GAGAL MENJELASKAN YURAN

Pelajar yang gagal menjelaskan yuran selepas tamat tempoh yang ditetapkan boleh

dikenakan mana-mana tindakan seperti berikut:

(a) Ditahan daripada membuat Pra-pendaftaran dan Pendaftaran Wajib kursus

(b) Ditahan daripada menghadiri kuliah

(c) Ditahan daripada menduduki peperiksaan

(d) Ditahan keputusan peperiksaan/transkrip/diploma

(e) Digantung pengajian

(f) Diberhentikan

5.5 PEMULANGAN YURAN

Pemulangan yuran bagi proses pemberhentian pelajar TATIUC adalah tertakluk kepada

perkara-perkara berikut:

Page 17: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

17

5.5.1 Syarat-syarat Pemulangan Yuran

Wang pembayaran balik harus dituntut dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh

tamat pengajian atau penarikan diri

5.5.2 Kadar Pemulangan Yuran

Kadar pemulangan yuran kepada pelajar baru dan pelajar kanan TATIUC yang

menolak tawaran, tidak mendaftar, berhenti atau menangguhkan pengajian adalah

seperti di Jadual 5.4.

5.5.3 Borang Permohonan Berhenti Belajar

Borang Permohonan Berhenti Belajar yang telah diluluskan hendaklah dikemukakan

bagi tuntutan pemulangan yuran.

5.5.4 Pemulangan Bon Peribadi (Personal Bond) Untuk Pelajar Antarabangsa

Bon Peribadi hanya akan dipulangkan kepada pelajar antarabangsa apabila pelajar

tersebut telah menamatkan pengajian mereka di TATIUC atau permohonan pelajar

untuk berhenti belajar telah diluluskan, dengan syarat pelajar tersebut tidak

melanggar/ ingkar kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh TATIUC dan semua

baki yuran telah dijelaskan bagi semester tersebut. Dokumen yang perlu

dikemukakan kepada Unit Pengantarabangsaan untuk pemohonan pemulangan bon

peribadi adalah:

Pelajar yang telah menamatkan pengajian

i. Borang Penganugerahan Diploma/ Ijazah yang telah diluluskan

ii. Bukti pembelian tiket kapal terbang ke negara asal

iii. Pasport pelajar (untuk pembatalan pas pelajar)

Pelajar yang belum menamatkan pengajian

i. Surat Tamat Pengajian oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik (HEA)

ii. Bukti pembelian tiket kapal terbang ke negara asal

iii. Pasport pelajar (untuk pembatalan pas pelajar)

Page 18: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

Version 9

18

Jadual 5.1: Yuran Pengajian bagi Program Ijazah Sarjana Muda

PROGRAM YURAN TIDAK BERULANG YURAN BERULANG

Bachelor of Manufacturing Engineering Technology (Tooling) with Honours

Bachelor of Manufacturing Engineering Technology (Production Management) with Honours

Pendaftaran

Haluan Siswa

Ko-Kurikulum

Uniform TATIUC

Uniform Bengkel

RM 50.00

RM 150.00

RM 100.00

RM 150.00

RM 150.00

Jumlah

RM 600.00

Yuran Pengajian

Yuran Kolej Kediaman

Yuran Perkhidmatan

Yuran Aktiviti

Jumlah

RM 4,250.00

RM 500.00

RM 150.00

RM 50.00

RM 4,950.00

Bachelor of Chemical Engineering Technology (Honours)

Bachelor of Polymer Engineering Technology (Honours)

Bachelor of Engineering Technology (Honours) Electrical

Bachelor of Engineering Technology (Honours) Mechatronics

Pendaftaran

Haluan Siswa

Ko-Kurikulum

Uniform TATIUC

Uniform Bengkel

RM 50.00

RM 150.00

RM 100.00

RM 150.00

RM 100.00

Jumlah

RM 550.00

Bachelor of Computer Science with Business Management (Honours)

Bachelor of Computer Science (Computer Network & Security) with Honours

Bachelor of Computer Science (Honours)

Pendaftaran

Haluan Siswa

Ko-Kurikulum

Uniform TATIUC

RM 50.00

RM 150.00

RM 100.00

RM 150.00

Jumlah

RM 450.00

* Yuran adalah tertakluk kepada perubahan. * Semua yuran akan dikenakan kepada semua pelajar pada setiap semester (kecuali semester pendek). * Yuran kolej kediaman hanya akan dikenakan kepada pelajar yang menginap di asrama.

Page 19: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

Version 9

19

Jadual 5.2: Yuran Pengajian bagi Program Diploma

PROGRAM YURAN TIDAK BERULANG YURAN BERULANG

Diploma in Manufacturing Engineering (Tool and Die Making)

Diploma in Manufacturing Engineering (Tool and Die Design)

Pendaftaran

Haluan Siswa

Ko-Kurikulum

Uniform TATIUC

Uniform Bengkel

Vernier Caliper

Safety Goggles

RM 50.00

RM 150.00

RM 100.00

RM 150.00

RM 150.00

RM 120.00

RM 30.00

Jumlah

RM 750.00

Yuran Pengajian

Yuran Kolej Kediaman

Yuran Perkhidmatan

Yuran Aktiviti

Jumlah

RM 3,000.00

RM 500.00

RM 150.00

RM 50.00

RM 3,700.00

Diploma in Industrial Automation Engineering (Mechatronics)

Diploma in Industrial Automation Engineering (Electronics & Instrumentation)

Diploma in Industrial Automation Engineering (Electrical)

Diploma in Non-Destructive Testing

Diploma in Chemical Engineering Technology

Diploma in Polymer Engineering Technology

Diploma in Technology Management (Accounting)

Diploma in Technology Management (Entrepreneurship)

Pendaftaran

Haluan Siswa

Ko-Kurikulum

Uniform TATIUC

Uniform Bengkel

RM 50.00

RM 150.00

RM 100.00

RM 150.00

RM 150.00

Jumlah

RM 550.00

Diploma in Computer Networking

Diploma in Information Technology

Diploma Seni Reka Grafik & Media Kreatif

Pendaftaran

Haluan Siswa

Ko-Kurikulum

Uniform TATIUC

RM 50.00

RM 150.00

RM 100.00

RM 150.00

Jumlah

RM450.00

* Yuran adalah tertakluk kepada perubahan. * Semua yuran akan dikenakan kepada semua pelajar pada setiap semester (kecuali semester pendek). * Yuran kolej kediaman hanya akan dikenakan kepada pelajar yang menginap di asrama.

Page 20: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

Version 9

20

Jadual 5.3: Yuran Pengajian bagi Program Asasi

* Yuran adalah tertakluk kepada perubahan. * Semua yuran akan dikenakan kepada semua pelajar pada setiap semester (kecuali semester pendek). * Yuran kolej kediaman hanya akan dikenakan kepada pelajar yang menginap di asrama.

PROGRAM YURAN TIDAK BERULANG YURAN BERULANG

Foundation in Engineering

Pendaftaran

Haluan Siswa

Ko-Kurikulum

Uniform TATIUC

Uniform Bengkel

RM 50.00

RM 150.00

RM 100.00

RM 150.00

RM 100.00

Jumlah

RM550.00

Yuran Pengajian

Yuran Kolej Kediaman

Yuran Perkhidmatan

Yuran Aktiviti

Jumlah

RM 2,000.00

RM 500.00

RM 150.00

RM 50.00

RM 2,700.00

Foundation in Information Technology

Pendaftaran

Haluan Siswa

Ko-Kurikulum

Uniform TATIUC

Uniform Bengkel

RM 50.00

RM 150.00

RM 100.00

RM 150.00

RM 100.00

Jumlah

RM 550.00

Foundation in Science

Pendaftaran

Haluan Siswa

Ko-Kurikulum

Uniform TATIUC

RM 50.00

RM150.00

RM100.00

RM150.00

Jumlah

RM 450.00

Page 21: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

Version 9

21

Jadual 5.4 : Yuran Mengulang Kursus

Jadual 5.5 : Kadar Pemulangan Yuran

PERKARA MENOLAK

TAWARAN/ TIDAK MENDAFTAR

DALAM TEMPOH 14 HARI DARI TARIKH

PENDAFTARAN

DALAM TEMPOH 30 HARI DARI TARIKH

PENDAFTARAN

SELEPAS 30 HARI DARI TARIKH

PENDAFTARAN

Deposit Pendaftaran Tiada bayaran balik

Yuran Pendaftaran Tiada bayaran balik

Yuran Haluan Siswa Tiada bayaran balik

Yuran Ko-kurikulum 100 peratus Tiada bayaran balik

Pakaian TATIUC Tiada bayaran balik

Pakaian Bengkel/ Makmal 100 peratus

Safety Goggles 100 peratus

Vernier Caliper 100 peratus

Yuran Pengajian 100 peratus 50 peratus Tiada bayaran balik

Yuran Asrama 100 peratus 50 peratus Tiada bayaran balik

Yuran Aktiviti 100 peratus 50 peratus Tiada bayaran balik

Jumlah Kredit

Program Ijazah Sarjana Muda (RM 200.00)

Program Diploma (RM 170.00)

Sijil / Program Asasi

(RM 70.00)

1 RM 200.00 RM 170.00 RM 70.00

2 RM 400.00 RM 340.00 RM 140.00

3 RM 600.00 RM 510.00 RM 210.00

4 RM 800.00 RM 680.00 RM 280.00

6 (praktikal) RM 300.00 (minimum) RM 300.00 (minimum) -

Page 22: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

Version 9

22

Jadual 5.6 : Kadar Yuran Bagi Pelajar Yang Menangguhkan Pengajian Bukan Kerana Cuti Sakit

PERKARA MENOLAK TAWARAN/ TIDAK MENDAFTAR

DALAM TEMPOH 14 HARI DARI TARIKH

PENDAFTARAN

DALAM TEMPOH 30 HARI DARI TARIKH

PENDAFTARAN

SELEPAS 30 HARI DARI TARIKH

PENDAFTARAN

Yuran Pengajian Tiada bayaran dikenakan 50 peratus 100 peratus

Yuran Kolej Kediaman Tiada bayaran dikenakan 50 peratus 100 peratus

Yuran Aktiviti Tiada bayaran dikenakan 50 peratus 100 peratus

Page 23: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

23

BAHAGIAN 6: SISTEM PENASIHATAN AKADEMIK

Sistem Penasihatan Akademik (SPA) telah diperkenalkan di TATIUC sejak tahun 2004. Tujuan

kewujudan sistem ini untuk memastikan pelajar mencapai kecemerlangan akademik di samping

mempunyai personaliti, sahsiah dan kemahiran insaniah (soft skills) yang tinggi. Oleh yang

demikian pelajar diletakkan di bawah bimbingan Penasihat Akademik (PA) daripada kalangan

kakitangan akademik sepanjang pengajiannya. PA berperanan membantu pelajar

meningkatkan kemahiran dan mengatur strategi bagi mencapai tujuan tersebut.

6.1 PERANAN PENASIHAT AKADEMIK

Peranan PA adalah untuk :

(a) Membimbing dalam merancang dan menyusun struktur pembelajaran secara

menyeluruh dan juga untuk setiap semester bersesuaian dengan kemampuan

pelajar bagi mencapai hasil pembelajaran.

(b) Memberi khidmat nasihat dan bimbingan serta memantau pencapaian hasil

pembelajaran dengan membangunkan kemahiran dan strategi belajar yang

betul.

(c) Merujuk kepada kaunselor mengenai kes yang memerlukan khidmat kaunseling.

(d) Merekodkan aktiviti setiap sesi mentor-mentee yang dijalankan dalam Borang

Laporan Perjumpaan Mentor.

(e) Menasihat pelajar dalam pengurusan masa bagi meningkatkan hasil

pembelajaran.

(f) Memberikan maklumbalas mengenai perkembangan dan pencapaian hasil

pembelajaran apabila diperlukan.

(g) Mengenalpasti pelajar yang memerlukan bimbingan serta rundingan cara khas

seterusnya merujuk pelajar berkenaan kepada pihak yang berkenaan.

(h) Memantau kehadiran kuliah dan program mentor-mentee.

(i) Menasihat pelajar mematuhi / peka kepada semua peraturan yang berkaitan

(j) Mendorong meningkatkan motivasi yang berterusan.

(k) Merekod serta membuat refleksi setiap perjumpaan.

6.2 PELAKSANAAN PENASIHAT AKADEMIK

(a) Senarai pelajar akan diagihkan oleh fakulti/pusat pengajian.

(b) Perjumpaan diantara pelajar dan PA sekurang-kurangnya sekali (1) pada setiap

semester.

(c) Pelajar dinasihatkan membuat perjumpaan lebih kerap bagi memastikan proses

pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar.

Page 24: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

24

BAHAGIAN 7: SISTEM KREDIT

Setiap kursus yang ditawarkan mempunyai kod yang tersendiri. Angka terakhir bagi sesuatu

kod kursus mewakili nilai kredit yang menunjukkan tahap kepentingan dan bentuk kursus.

7.1 NILAI KREDIT

7.1.1 Kredit Kursus

Penentuan nilai kredit kursus adalah seperti dalam jadual di bawah. Jumlah Jam

Pembelajaran Pelajar (SLT) adalah jumlah jam pertemuan termasuk kuliah,

amali atau bengkel, tutorial dan pembelajaran kendiri.

Jadual 7.1 : Nilai kredit kursus

Bentuk Pertemuan Nilai Kredit Jam

Pertemuan

Jam Pertemuan

Satu semester

Kuliah 1 1 14

Amali/Bengkel/Drafting 1 2 - 3 28 - 42

Tutorial/ Projek 1 2 28

*Rujukan - Garis Panduan Amalan Baik : Reka Bentuk Dan Penyampaian

(Kurikulum)

7.1.2 Kredit Latihan Industri

(a) Nilai satu (1) kredit bagi Latihan Industri adalah setara dengan sekurang-

kurangnya dua (2) minggu latihan.

(b) Nilai gred akan diberikan pada kursus Latihan Industri.

7.2 BEBAN KREDIT UNTUK SETIAP SEMESTER

Dasar berkaitan sistem semester adalah seperti berikut:

(a) Satu (1) tahun pengajian = maksimum 43 minggu

(b) Maksimum bilangan semester bagi satu tahun pengajian adalah tiga (3) semester.

(c) Beban pembelajaran pelajar bagi satu tahun pengajian adalah maksimum

sebanyak 50 kredit.

(d) Jumlah kredit maksimum bagi satu semester adalah 20 kredit*

(e) Sesi pengambilan pelajar adalah berdasarkan kepada bilangan semester yang

ditawarkan dalam satu tahun pengajian.

(f) Tempoh minimum program adalah berdasarkan kepada surat kelulusan

Kementerian Pendidikan Tinggi, (No. Ruj. JPT/BPP (U) 1000-801/74) bagi

menjalankan program.

*Walau bagaimanapun, pihak pengurusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)

memutuskan buat masa ini Program Asasi dan Ijazah Sarjana Muda dikecualikan

daripada ketetapan 20 kredit maksimum (17 minggu bagi setiap semester).

Page 25: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

25

7.3 PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS

Garis panduan pemindahan kredit dan pengecualian kursus ini adalah untuk pelajar

yang sedang berada dalam sistem pengajian TATIUC dan juga pelajar dari Pusat

Pengajian Tinggi (PPT) lain di luar sistem TATIUC. Garis panduan ini telah disediakan

dengan merujuk kepada dasar jaminan kualiti yang ditetapkan oleh MQA bersama

Kementerian Pendidikan Tinggi.

7.3.1 Pindah kredit boleh dilakukan dalam dua kategori seperti berikut :

(a) Vertical - pemindahan kredit daripada peringkat rendah ke peringkat yang

lebih tinggi.

(b) Horizontal - pemindahan kredit daripada program di tahap kelayakan yang

sama seperti daripada sijil ke sijil/ diploma ke diploma/ ijazah sarjana muda

ke ijazah sarjana muda.

7.3.2 Pemindahan kredit hendaklah berasaskan kepada pemetaan kursus. Syarat

umum pindah kredit adalah seperti berikut :

(a) Gred lulus - gred minimum iaitu gred C.

(b) Nilai kredit - sama dengan nilai kredit kursus bagi program di Pusat

Pengajian Tinggi (PPT) penerima;

(c) Kesetaraan kurikulum kursus - tidak kurang 80%; dan

(d) Kursus yang boleh dipindahkan kredit hendaklah daripada program yang

mendapat akreditasi/pengiktirafan dari badan yang berautoriti di negara yang

berkenaan.

7.3.3 Dasar pemindahan kredit secara “vertical” berdasarkan situasi adalah seperti

berikut :

(a) Pemindahan kredit daripada sijil ke diploma - Pemindahan kredit tidak

dibenarkan.

(b) Pemindahan kredit daripada diploma kepada ijazah sarjana muda - Pindah

kredit dibenarkan sehingga maksimum 30% (lebih kurang 1 tahun pengajian)

daripada jumpah kredit program yang akan diikuti.

(c) Pemindahan kredit daripada diploma lanjutan ke ijazah sarjana muda -

Pelajar yang berkelayakan advance diploma (yang turut memiliki diploma)

boleh dipertimbangkan pemindahan kredit sehingga maksimum dua tahun

pengajian program peringkat ijazah sarjana muda (pelajar akan mengikuti

tahun ketiga program ijazah sarjana muda).

(d) Pemindahan kredit daripada kelayakan yang lebih tinggi (contoh ijazah

sarjana muda) ke peringkat yang lebih rendah (contoh diploma), pemindahan

kredit tidak dibenarkan.

(e) Dasar pemindahan kredit secara horizontal berdasarkan situasi adalah

seperti berikut :

Pelajar telah memiliki kelayakan dan ingin melanjutkan pelajaran kali

kedua dalam peringkat yang sama dengan kelayakan yang dimiliki -

Pemindahan kredit tidak dibenarkan.

Page 26: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

26

Pelajar sedang mengikuti program dan ingin menukar program lain dalam

bidang yang sama dengan program yang sedang diikuti- Pemindahan

kredit dibenarkan.

Sekiranya program tersebut diambil di PPT yang sama, tiada had

pemindahan kredit tertakluk kepada syarat pindah kredit.

Sekiranya program yang diikuti di PPT yang berbeza, pemindahan kredit

tertakluk kepada syarat permastautin pelajar (residential year).

Pelajar gagal program dan ingin melanjutkan pengajian dalam program

yang lain di peringkat yang sama - Pemindahan kredit (termasuk MPU)

tidak dibenarkan.

Pelajar berhenti belajar daripada pengajian dan kemudiannya ingin

menyambung semula pengajian tetapi di dalam program lain di peringkat

yang sama - Pemindahan kredit boleh dipertimbangkan.

Sebagai panduan, lazimnya currency of knowledge bagi sesuatu program

adalah sekitar 5 tahun.

Tempoh adalah seperti berikut :

(a) Ijazah Sarjana/PHD :1 semester

(b) Ijazah Sarjana Muda : 1 tahun

(c) Diploma dan sijil : 1 semester

Pelajar sedang mengikuti suatu program dan dalam masa yang sama

mengambil beberapa kursus di PPT yang lain. Pemindahan kredit

dibenarkan namun ia tidak boleh melebihi 30% daripada jumlah kredit

program pengajian yang sedang diikuti dan ia adalah berdasarkan

persetujuan antara kedua-dua PPT.

7.4 PROSEDUR PEMINDAHAN KREDIT DAN PENGECUALIAN KURSUS

(a) Pelajar perlu mengemukakan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian

kursus kepada Jawatankuasa melalui Penasihat Akademik.

(b) Permohonan hendaklah dilakukan dalam tempoh tiga (3) minggu pertama

pengkuliahan (pada semester pertama tahun pertama pengajian).

(c) Pemindahan kredit hanya boleh dilakukan sekali sahaja sepanjang pengajian.

(d) Pelajar yang memohon pengecualian kursus mesti membuktikan tahap

pengetahuan mencapai sekurang-kurangnya 80% daripada keperluan kursus.

Jawatankuasa berhak mengadakan ujian atau temu duga untuk menentukan sam

ada pelajar layak diberikan pengecualian kursus.

(e) Keputusan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa adalah muktamad.

(f) Keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa bagi lulusan PPT di luar sistem

TATIUC perlu dimajukan ke Jabatan Hal Ehwal Akademik untuk tujuan

penyelarasan.

(g) Keputusan permohonan pemindahan kredit dan pengecualian kursus boleh

disemak oleh pelajar melalui portal pelajar.

Page 27: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

27

7.5 JAM PEMBELAJARAN PELAJAR

Jam Pembelajaran Pelajar (Student Learning Time, SLT) merupakan masa

pembelajaran berkesan atau usaha dalam proses pembelajaran atau jumlah masa

pelaksanaan keseluruhan aktiviti pembelajaran, yang digunakan untuk mencapai hasil

pembelajaran yang ditetapkan. Ia merangkumi masa pelaksanaan semua aktiviti

pembelajaran iaitu pembelajaran formal dan tidak formal. SLT merupakan jumlah masa

yang diperlukan untuk mempelajari sesuatu kursus terdiri daripada Jam Pertemuan

Bersemuka, Jam Pertemuan Tidak Bersemuka, Jam Pembelajaran Kendiri dan Jam

Penilaian Formal.

7.5.1 Garis Panduan Menganggarkan Jam Pembelajaran Pelajar

Jumlah jam yang dicadangkan hanyalah sebagai garis panduan dan ia amat

bergantung kepada kompleksiti disiplin/kursus atau aktiviti. Pertimbangan

pengiraan jumlah jam perlu mengambil kira keperluan atau syarat disiplin/kursus.

(a) Bagi setiap jam kuliah, tambah 1-2 jam waktu belajar sendiri. Kursus

yang lebih kompleks mungkin memerlukan 3 jam atau lebih waktu

belajaran sendiri.

(b) Bagi setiap jam tutorial (biasanya antara 1-2 jam) tambah 1-2 jam untuk

masa persediaan.

(c) Bagi setiap 3 jam waktu makmal termasuk masa untuk menulis

laporan, jumlah jam pembelajaran adalah 3 jam. Namun, bagi disiplin

tertentu, misalnya Kejuruteraan & Teknologi Kejuruteraan dan Komputeran,

3 jam waktu makmal memerlukan 2-3 jam untuk menyediakan laporan.

(d) Projek tahun akhir pada peringkat kepujian sama ada berdasarkan makmal,

kerja amali atau sorotan kajian atau kedua-duanya yang memerlukan kira-

kira 240-400 jam.

(e) Pengiraan jam pembelajaran berkesan (effective learning) bagi satu hari,

didarab dengan bilangan hari bagi satu minggu dan bilangan minggu

latihan industri (contoh : 8 jam x 5 hari x 8 minggu = 320 jam).

(f) Bagi setiap sesi (anggaran 2 jam) Pembelajaran Berasaskan Masalah

(Problem Based Learning, PBL), tambah 2-3 jam untuk pembelajaran arah-

kendiri, disusuli dengan 2 jam lagi untuk perbincangan kumpulan.

(g) Bagi perbincangan kumpulan kecil yang mengambil masa 1-2 jam,

tambah 1 jam untuk masa persediaan.

(h) Bagi setiap 1 jam sesi pembentangan, 3-4 jam masa diperuntukkan

untuk persediaan.

(i) Bagi menyiapkan tugasan bertulis sebanyak 2000 perkataan, dianggarkan

10-12 jam diperlukan.

(j) Bagi penilaian sumatif yang mengambil masa 3 jam, 3 jam diperlukan untuk

persediaan.

Sumber : Diubahsuai daripada Bengkel Kebangsaan Pemantapan Sistem Kredit

MQF, 31 Jan. – 2 Feb. 2005. Anjuran Bahagian Jaminan Kualiti, Kementerian

Pengajian Tinggi Malaysia.

Page 28: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

28

BAHAGIAN 8: SISTEM GRED

Prestasi pelajar dalam sesuatu kursus ditentukan oleh gred yang diperoleh. Hubungan antara

markah, gred dan mata nilai adalah seperti dalam jadual di bawah. Gred lulus untuk sesuatu

kursus adalah tertakluk kepada keperluan fakulti dengan kelulusan Senat. Secara umumnya

Gred C adalah gred minimum yang dikira lulus.

Jadual 8 : Hubungan antara Markah, Gred dan Mata Nilai

Markah Gred Mata Nilai

80 - 100 A 4.00

75 - 79 A- 3.67

70 - 74 B+ 3.33

65 - 69 B 3.00

60 - 64 B- 2.67

55 - 59 C+ 2.33

50 - 54 C 2.00

45 - 49 C- 1.67

40 - 44 D 1.00

0 - 39 F 0.00

Page 29: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

29

BAHAGIAN 9 : PENILAIAN TUGASAN PELAJAR

Penilaian tugasan pelajar dinilai berdasarkan pembelajaran berasaskan hasil pembelajaran

(OBE) yang menjurus kepada perancangan dan hasil yang bakal diperolehi oleh setiap program

yang diikuti. Hasil pembelajaran menitikberatkan persoalan mengenai pengetahuan, sikap dan

kemahiran yang perlu dicapai semasa pengajian di TATIUC dan diaplikasi dalam kerjaya

mereka.

OBE menekankan kepada pembelajaran pelajar dengan :

i) Menggunakan pernyataan hasil pembelajaran yang jelas untuk memudahkan pelajar

mengetahui dan memahami tentang jangkaan hasil yang perlu mereka capai.

ii) Menyediakan aktiviti pembelajaran tertentu dengan tujuan untuk membolehkan pelajar

mencapai semua hasil pembelajaran yang dirancangkan.

iii) Menilai tahap pencapaian pelajar berbanding kriteria penilaian yang telah ditetapkan

secara jelas dan berkesan.

9.1 Objektif Pendidikan Program

Pelaksanaan OBE mewajibkan setiap program akademik perlu mempunyai Objektif

Pendidikan Program (Program Educational Objective) atau PEO. Analisa pencapaian

PEO bergantung kepada prestasi yang telah ditetapkan oleh program. Pencapaian PEO

terhadap graduan adalah dinilai atau diukur selepas 4 hingga 5 tahun setelah pelajar

bergraduat.

9.2 Hasil Pembelajaran Program

Hasil Pembelajaran Program (Program Learning Outcome, PLO) dirangka sejajar

dengan PEO. Analisa pencapaian PLO adalah bergantung kepada prestasi utama yang

telah ditetapkan dalam program yang direka bentuk. Pencapaian PLO terhadap graduan

bagi sesuatu program dinilai atau diukur sebaik sahaja pelajar bergraduat. PLO adalah

merujuk kepada 9 LO-KPT iaitu :

i. Pengetahuan

ii. Kemahiran Psikomotor/Amali/Teknik

iii. Pemikiran Kritikal dan Pendekatan Saintifik

iv. Kemahiran Berkomunikasi

v. Kemahiran Sosial/Kerja Berpasukan/Pertanggungjawaban

vi. Pembelajaran Sepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat

vii. Kemahiran Pengurusan dan Keusahawanan

viii. Profesionalisme, Nilai, Sikap dan Etika

ix. Kemahiran Kepimpinan

9.3 Hasil Pembelajaran Kursus

Hasil Pembelajaran Kursus, (Course Learning Outcome, CLO) bagi setiap kursus adalah

sejajar dengan PLO. CLO perlu jelas dari aspek kognitif, psikomotor dan afektif yang

perlu dicapai oleh para pelajar di akhir kursus. Setiap kursus dicadangkan mempunyai

tiga hingga lima penyataan CLO yang menyumbang tiga hingga empat PLO sahaja.

Page 30: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

30

Setiap pernyataan CLO mestilah boleh diukur dan dinyatakan dengan jelas serta mengandungi

elemen-elemen SMARTO iaitu:

i. Spesifik

ii. Boleh diukur

iii. Boleh dicapai

iv. Realistik

v. Mempunyai tempoh masa

vi. Boleh ditinjau atau dipantau

9.4 Kemahiran Insaniah

Kemahiran insaniah (KI) merangkumi kemahiran generic seperti kemahiran komunikasi,

berfikiran kritis dan penyelesaian masalah, kerja berpasukan, pembelajaran berterusan

dan pengurusan maklumat, moral dan etika professional, tanggungjawab sosial,

keusahawanan dan kepimpinan. Kemahiran tersebut perlu dikuasai oleh graduan untuk

memenuhi tuntutan pekerjaan di pelbagai sektor samada di dalam atau di luar negara.

9.4.1 Taksonomi Pembelajaran

Taksonomi terbahagi kepada tiga iaitu Domain Kognitif, Domain Psikomotor dan

Domain Efektif.

9.4.2 Domain Kognatif

Mencakupi pengetahuan dan perkembangan keterampilan intelektual. Domain ini

meliputi ingatan atau pengetahuan tentang fakta-fakta, konsep-konsep yang

menjadi dasar untuk mengembangkan kemampuan dan keterampilan intelektual.

Aras ini melibatkan Pengetahuan, Kefahaman, Aplikasi, Analisis, Sintesis dan

Penilaian.

9.4.3 Domain Psikomotor

Mencakupi gerakan fizikal, koordinasi dan keterampilan motor. Perkembangan

keterampilan ini memerlukan latihan dan pengukuran mencakupi kecekapan,

ketepatan, prosedur atau teknik. Aras psikomotor melibatkan Persepsi, Set,

Respon Berpandu, Mekanisma, Respon Ketara Kompleks, Adaptasi dan Lakuan

Tulen.

9.4.4 Domain Efektif

Mencakupi perasaan, nilai, apresiasi, motivasi dan sikap. Aras efektif melibatkan

Menerima, Memberi Maklum Balas, Menilai, Mengorganisasi dan Menghayati

Nilai.

Page 31: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

31

BAHAGIAN 10: KEHADIRAN

10.1 KEHADIRAN

Peratus kehadiran minimum pelajar bagi kelas teori, teori dan amali serta amali sahaja

adalah seperti dalam jadual 9.

Jadual 11.1: Peratusan kehadiran minimum kuliah

Kuliah Kehadiran Minimum

Teori Sahaja 80%

Teori dan Amali 80%

Amali Sahaja 90%

10.1.1 Sekiranya pelajar tidak mematuhi perkara di atas, bagi mana-mana kursus tanpa

sebab-sebab yang dapat diterima oleh TATIUC, pelajar akan diberikan surat

amaran kehadiran berdasarkan Jadual 11.2. Pelajar yang telah menerima Surat

Larangan Menduduki Peperiksaan tidak dibenarkan menghadiri kuliah dan

menduduki sebarang peperiksaan serta diberi markah sifar (0) bagi kursus

berkenaan.

Jadual 11.2: Peringkat amaran kehadiran

Date of Absenteeism

Percentage of Absenteeism 10% ( ) 15% ( ) >20% ( )

Warning Type (for subject

require not less than 80% of

attendance)

First Warning Second

Warning

Third Warning

(Barred from Final

Exam)

Percentage of Absenteeism 05% ( ) >10% ( )

Warning Type (for subject

require not less than 90% of

attendance)

First Warning Second Warning

(Barred from Final Exam)

10.2 SISTEM PENILAIAN

11.2.1 Penilaian terhadap setiap kursus dibuat berdasarkan kepada perancangan

kursus (course plan) yang diedarkan kepada pelajar pada awal semester.

11.2.2 Penilaian bagi latihan industri adalah menurut kaedah yang ditetapkan oleh

TATIUC tertakluk kepada kelulusan Senat.

Page 32: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

32

BAHAGIAN 11: PERATURAN PEPERIKSAAN

Peperiksaan sama ada secara bertulis atau praktikal diadakan pada hujung semester. Setiap

pelajar mestilah terlebih dahulu memenuhi syarat-syarat kuliah, tutorial, amali/kerja-kerja

bengkel dan sebagainya sebelum layak menduduki peperiksaan.

11.1 SYARAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN

(a) Semua pelajar yang mendaftar kursus, berstatus aktif, mempunyai Slip

Peperiksaan dan tidak menerima Surat Larangan Menduduki Peperiksaan adalah

dibenarkan menduduki peperiksaan seperti yang telah ditetapkan oleh fakulti.

(b) Pelajar dibenarkan menangguhkan peperiksaan disebabkan sakit atau atas alasan

yang boleh diterima oleh TATIUC. Pelajar dikehendaki mengemukakan Sijil Cuti

Sakit (disahkan dan diperakukan oleh Doktor atau Pegawai Perubatan Hospital

Kerajaan) dan permohonan kepada Dekan Fakulti selewat-lewatnya tiga (3) hari

selepas peperiksaan kursus berkenaan bermula.

11.2 PENYELIAAN PEPERIKSAAN AKHIR

(a) Peperiksaan Akhir diselia oleh Jabatan HEA.

(b) Penyelia Peperiksaan bertanggungjawab untuk menentukan peperiksaan berjalan

dengan pengawasan rapi dan tertib.

(c) Penyelia Peperiksaan dikehendaki melantik Ketua Pengawas Peperiksaan dan

Pembantu Pengawas Peperiksaan.

(d) Ketua Pengawas Peperiksaan dan Pembantu Peperiksaan bertanggungjawab

kepada Penyelia Peperiksaan.

11.3 PENGAWASAN PEPERIKSAAN AKHIR

(a) Ketua Pengawas Peperiksaan dan Pembantu Pengawas Peperiksaan

bertanggungjawab mengawasi peperiksaan.

(b) Sekurang-kurangnya dua (2) orang Pengawas Peperiksaan dilantik bagi

Dewan/Bilik Peperiksaan. Perubahan adalah tertakluk kepada Jabatan HEA.

(c) Tanggungjawab Ketua Pengawas adalah seperti berikut :-

Melapor diri kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya di Jabatan HEA pada

hari peperiksaan selewat-lewatnya satu jam (1) sebelum peperiksaan bermula.

Ketua Pengawas bertanggungjawab mengambil sampul surat berpateri yang

mengandungi kertas soalan;

Page 33: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

33

Mengesahkan kehadiran Pembantu Pengawas dan pensyarah kursus

berkenaan;

Mengarahkan Pembantu Peperiksaan mengatur buku jawapan, borang

kehadiran dan keperluan lain di atas meja pelajar selewat-lewatnya lima belas

(15) minit sebelum peperiksaan bermula;

Mengarahkan pelajar memasuki Dewan/Bilik Peperiksaan lima belas (15)

minit sebelum peperiksaan bermula;

Memastikan kehadiran pelajar dicatat dan direkodkan dengan teliti;

Mengumumkan masa permulaan dan akhir peperiksaan, serta baki lima belas

(15) minit sebelum peperiksaan berakhir;

Memberi peringatan kepada pelajar tentang kesan salah laku semasa

peperiksaan;

Sekiranya seseorang pelajar dibenarkan meninggalkan Dewan/Bilik

Peperiksaan untuk sesuatu tujuan dan kemudian kembali semula, Ketua

Pengawas hendaklah memastikan pelajar berada di dalam pengawasan

secukupnya semasa pelajar berada di luar Dewan/Bilik Peperiksaan;

Berhak melarang pelajar yang melanggar atau tidak mematuhi peraturan

peperiksaan daripada menduduki peperiksaan;

Melaporkan kejadian yang melanggar kaedah dan peraturan peperiksaan

kepada Penyelia Peperiksaan atau wakilnya dengan serta-merta selepas

peperiksaan tamat;

Boleh membenarkan pelajar meninggalkan Dewan/ Bilik Peperiksaan

sekiranya pelajar menyerahkan buku/kertas jawapan lebih awal daripada lima

belas (15) minit sebelum peperiksaan berakhir;

Mengeluarkan arahan kepada Pembantu Pengawas untuk mengutip

buku/kertas jawapan selepas waktu peperiksaan tamat, iaitu pelajar masih

duduk ditempat masing-masing. Buku/kertas jawapan yang kosong atau tidak

digunakan hendaklah dikutip secara berasingan;

Bertanggungjawab atas hitungan dan pengesahan bilangan set buku / kertas

jawapan yang diterima;

Bertanggungjawab atas penyerahan buku dan kertas jawapan kepada Penyelia

Peperiksaan atau wakilnya bersama buku/kertas jawapan yang kosong atau

tidak digunakan;

Tidak boleh menangguh, menggantung atau membatalkan sesuatu

peperiksaan tanpa persetujuan Penyelia Peperiksaan;

Page 34: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

34

Menyerahkan borang kehadiran Pengawas dan Pembantu Pengawas kepada

Penyelia Peperiksaan atau wakilnya di Pejabat HEA selepas tamat waktu

peperiksaan;

Mengumpul semua maklumat/bahan bukti bagi sebarang kes yang melanggar

peraturan peperiksaan dan menyerahkannya kepada Penyelia Peperiksaan

atau wakilnya;

Bertanggungjawab memastikan kelancaran perjalanan peperiksaan; dan

Diberi kuasa untuk mengambil sebarang tindakan yang dirasakan perlu bagi

membendung salah laku peperiksaan.

(d) Tanggungjawab Pembantu Pengawas Adalah Seperti Berikut :-

Melapor diri kepada Ketua Pengawas di Dewan/Bilik Peperiksaan satu jam (1)

sebelum peperiksaan bermula;

Mengatur kertas soalan dan kertas jawapan di atas meja pelajar sebelum

pelajar dibenarkan masuk ke Dewan/Bilik Peperiksaan;

Memastikan maklumat yang tercatat di dalam borang kehadiran pelajar adalah

sama seperti di dalam kad pengenalan/kad matrik pelajar dan slip peperiksaan.

Mengutip buku/kertas jawapan selepas waktu peperiksaan tamat, semasa

pelajar masih duduk di tempat masing-masing. Buku/kertas jawapan yang

kosong atau tidak digunakan hendaklah dikutip secara berasingan;

Melaporkan kepada Ketua Pengawas sesuatu kejadian yang melanggar

kaedah dan peraturan peperiksaan;dan

Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Ketua Pengawas

11.4 TATACARA PEPERIKSAAN AKHIR

(a) Pelajar dinasihatkan supaya berada di luar Dewan/Bilik Peperiksaan yang telah

ditetapkan sebagaimana yang tercatat dalam Jadual Peperiksaan selewat-

lewatnya lima belas (15) minit sebelum peperiksaan bermula.

(b) Pelajar boleh dibenarkan masuk oleh Ketua Pengawas ke Dewan/Bilik

Peperiksaan lima belas (15) minit sebelum waktu peperiksaan bermula. Pelajar

hendaklah masuk dengan tertib dan mematuhi Peraturan Etika Penampilan.

(c) Pelajar yang hadir lewat tetapi tidak melebihi tiga puluh (30) minit daripada waktu

peperiksaan dimulakan dibenarkan mengambil peperiksaan, tetapi waktu tamat

peperiksaannya bagi kursus tersebut adalah sama dengan pelajar lain.

Page 35: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

35

(d) Pelajar yang hadir selepas tiga puluh (30) minit daripada waktu sesuatu

peperiksaan dimulakan tidak dibenarkan masuk ke Dewan/Bilik Peperiksaan

tersebut.

(e) Pelajar tidak dibenarkan meninggalkan Dewan/Bilik Peperiksaan dalam masa tiga

puluh (30) minit selepas peperiksaan bermula dan juga dalam masa lima belas

(15) minit sebelum peperiksaan berakhir. Pelajar yang ingin keluar sebentar

daripada Dewan/Bilik Peperiksaan hendaklah mendapatkan kebenaran daripada

Pengawas Peperiksaan.

(f) Pelajar diwajibkan membawa :-

Slip peperiksaan; dan

Kad matrik ke Dewan/Bilik Peperiksaan dan hendaklah diletakkan di sudut

kanan meja peperiksaan untuk diperiksa oleh Pengawas Peperiksaan.

(g) Pelajar yang tidak membawa slip peperiksaan dan kad matrik tidak dibenarkan

mengambil peperiksaan melainkan dengan kebenaran bertulis daripada Penyelia

Peperiksaan.

(h) Pelajar tidak dibenarkan sama sekali membawa apa-apa buku, kotak pensil,

kamus, kertas gambar, nota, alat yang terdapat catatan bertulis, kalkulator

berprogram, alat komunikasi atau sebarang alat kecuali yang dibenarkan oleh

Ketua Pegawas ke dalam Dewan/Bilik Peperiksaan, atau menerima barang-

barang tersebut daripada mana-mana orang semasa berada di dalam Dewan/Bilik

Peperiksaan kecuali yang diberikan oleh pengawas sepertimana yang dibenarkan

oleh Penyelia Peperiksaan atas permintaan pensyarah kursus berkenaan.

(i) Alat keperluan yang dipinjamkan kepada pelajar hendaklah dikembalikan kepada

Pengawas Peperiksaan di akhir peperiksaan.

(j) Pelajar hendaklah mematuhi segala arahan Ketua Pengawas dari semasa ke

semasa berada di dalam Dewan/Bilik Peperiksaan.

(k) Lima belas (15) minit sebelum peperiksaan dimulakan, pelajar dibenarkan:-

Mengisi Borang Kehadiran dan maklumat yang dikehendaki di muka hadapan

buku/kertas jawapan peperiksaan; dan

Membaca kertas soalan tanpa membuat sebarang catatan.

Pelajar hendaklah menulis nombor matrik, kod kursus, program serta

maklumat lain yang diperlukan di setiap buku/kertas jawapan serta sebarang

lampiran yang digunakan.

Pelajar hendaklah membaca dengan teliti dan mematuhi arahan yang

tercetak pada kulit buku jawapan.

Page 36: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

36

Pelajar hendaklah memastikan mereka telah diberikan kertas soalan yang

betul serta muka surat yang mencukupi sebelum mula menjawab. Sekiranya

terdapat sebarang kesilapan, pelajar hendaklah dengan serta-merta

memberitahu Pengawas Peperiksaan yang bertugas.

Semua kerja peperiksaan termasuk kerja percubaan (rough work) hendaklah

dibuat di dalam buku/kertas jawapan. Helaian buku jawapan tidak boleh

dikoyakkan.

Buku/kertas jawapan yang telah digunakan, rosak atau kosong tidak boleh

dibawa keluar daripada Dewan/Bilik Peperiksaan.

Pelajar tidak dibenarkan berhubung dengan pelajar lain semasa peperiksaan.

Pelajar tidak dibenarkan sama sekali makan/merokok semasa berada di

Dewan/Bilik Peperiksaan.

Di akhir peperiksaan, pelajar hendaklah memastikan buku/kertas jawapan

peperiksaan (kecuali buku/kertas jawapan kosong/kerja percubaan) disusun

dan diikat dengan sempurna mengikut arahan yang diberikan.

Pelajar hendaklah berada di tempat duduk masing-masing selepas tamat

peperiksaan dan hanya dibenarkan keluar dari Dewan/Bilik Peperiksaan

setelah mendapat arahan daripada Ketua Pengawas.

Pelajar tidak dibenarkan menjawab soalan peperiksaan sebelum waktu yang

ditetapkan atau meneruskan menjawab soalan selepas tamat waktu

peperiksaan.

Pelajar hendaklah masuk dan keluar dari Dewan/Bilik Peperiksaan dalam

keadaan tertib.

Pelajar dilarang merujuk/menggunakan sebarang bahan rujukan di dalam

atau di luar Dewan/Bilik Peperiksaan semasa peperiksaan sedang berjalan

kecuali dibenarkan oleh Ketua Pengawas.

Pelajar tidak boleh memberi atau menerima sebarang bantuan daripada

pelajar atau pihak lain yang berkaitan dengan peperiksaan semasa

peperiksaan sedang dijalankan kecuali dibenarkan oleh Ketua Pengawas.

Hanya seorang pelajar sahaja boleh keluar dewan untuk ke tandas dalam

satu-satu masa, dan masa yang diperuntukkan adalah tidak melebihi 5 minit.

Page 37: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

37

11.5 SALAH LAKU PEPERIKSAAN

Pelajar tidak boleh melakukan mana-mana salah laku peperiksaan seperti :-

(a) Memberi/menerima/memiliki sebarang maklumat dalam bentuk elektronik, cetak

atau apa-apa jua bentuk lain yang tidak dibenarkan semasa peperiksaan

dijalankan sama ada di dalam atau di luar Dewan/Bilik Peperiksaan melainkan

dengan kebenaran Ketua Pengawas;

(b) Menggunakan maklumat yang diperolehi seperti di atas bagi tujuan menjawab

soalan peperiksaan ;

(c) Menipu atau cuba untuk menipu atau berkelakuan mengikut cara yang boleh

ditafsirkan sebagai menipu semasa peperiksaan sedang berjalan; atau

(d) Lain-lain salah laku yang ditetapkan oleh TATIUC.

11.6 HUKUMAN

(a) Sekiranya pelajar didapati telah melakukan pelanggaran mana-mana peraturan

peperiksaan ini, setelah diperakukan oleh Jawatankuasa Tatatertib TATIUC dan

disabitkan kesalahannya, Senat boleh mengambil tindakan dari mana-mana satu,

atau kombinasi yang sesuai dari dua (2) atau lebih hukuman-hukuman berikut :

(i) Memberi markah sifar (0) bagi keseluruhan keputusan peperiksaan mata

pelajaran yang berkenaan (termasuk kerja kursus);

(ii) Memberi markah sifar (0) bagi semua kursus yang didaftarkan pada semester

tersebut;

(iii) Menggantung pengajian pelajar selama satu tempoh yang difikirkan sesuai.

(b) Pelajar yang melanggar peraturan ini juga boleh diambil tindakan tatatertib

mengikut peruntukan Kaedah-kaedah Kolej Universiti TATI (Tatatertib Pelajar-

Pelajar) 2016.

11.7 PEPERIKSAAN KHAS

(a) Peperiksaan Khas boleh diadakan bagi kes berikut :

Pelajar yang tidak dapat menduduki peperiksaan akhir semester kerana

disahkan sakit oleh pegawai perubatan hospital kerajaan, kes kematian,

menjalankan program yang diarahkan oleh pihak TATIUC atau sebab-

sebab yang boleh diterima oleh pihak TATIUC.

Pelajar tahun akhir yang mengulang dan memerlukan satu kursus untuk

bergraduat dengan taraf Kedudukan Baik (KB).

Page 38: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

38

(b) Markah Peperiksaan Khas digunakan untuk menentukan keputusan kursus yang

akan diambilkira sebagai sebahagian daripada markah keseluruhan, manakala

markah kerja kursus adalah kekal.

(c) Peperiksaan Khas tidak boleh diadakan bagi kes-kes seperti berikut :

Kursus yang tidak ada peperiksaan akhir semester; atau

Pelajar yang menduduki peperiksaan akhir tanpa sebab yang boleh diterima

oleh TATIUC ; atau

Pelajar yang dilarang menduduki peperiksaan akhir.

(d) Peperiksaan Khas hanya diberikan sekali sahaja dalam sesuatu semester

kecuali dengan kebenaran Senat.

11.8 KETIDAKHADIRAN PEPERIKSAAN AKHIR/ PEMBENTANGAN PROJEK TAHUN

AKHIR/ PEMBENTANGAN LATIHAN INDUSTRI

(a) Pelajar yang tidak menghadiri peperiksaan akhir akan di berikan markah sifar (0)

untuk keseluruhan markah.

(b) Pelajar yang tidak menghadiri pembentangan Projek Tahun Akhir/Latihan

Industri akan diberikan markah sifar (0) untuk keseluruhan markah.

Page 39: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

39

BAHAGIAN 12: LATIHAN INDUSTRI DAN PROJEK TAHUN AKHIR

Latihan Industri adalah salah satu kursus yang diwajibkan untuk program Diploma dan Ijazah

Sarjana Muda. Latihan Industri ditawarkan pada semester tertentu seperti ditetapkan dalam

kurikulum program berkaitan. Projek tahun akhir merupakan salah satu kursus yang ditetapkan

dalam kurikulum Diploma dan Ijazah Sarjana Muda bagi memenuhi pengkhususan bidang

masing-masing. Perlaksanaan projek tahun akhir merupakan pencapaian terakhir pelajar

dengan mengemukakan laporan projek tahun akhir bagi membuktikan kecemerlangan dalam

kemahiran dan penguasaan ilmu sepanjang menjalani pengajian mereka.

12.1 LATIHAN INDUSTRI

(a) Sebelum menjalani latihan industri, para pelajar dikehendaki lulus kursus-kursus

tertentu seperti yang disyaratkan oleh fakulti serta mendapat keputusan KB.

Pendaftaran kursus Latihan Industri hendaklah dibuat pada minggu ulangkaji

secara online.

(b) Perjalanan dan penilaian Latihan Industri adalah seperti Industrial Placement

Programme Guide yang dikeluarkan oleh TATIUC.

(c) Kegagalan pelajar mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan boleh

menyebabkan pelajar dikira gagal dalam kursus ini.

12.2 PROJEK TAHUN AKHIR

(a) Pelajar perlu mematuhi garis panduan dan piawaian format projek tahun akhir

yang boleh diperolehi melalui portal pelajar

Page 40: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

40

BAHAGIAN 13: KEPUTUSAN GRED KURSUS

13.1 PENGUMUMAN KEPUTUSAN GRED KURSUS

TATIUC akan memaklumkan gred bagi setiap kursus selepas keputusan Senat.

Pelajar hendaklah menyemak gred kursus yang diperolehi. Pelajar boleh membuat

rayuan semakan gred dalam tempoh DUA (2) MINGGU selepas keputusan Senat.

13.2 RAYUAN PENYEMAKAN KEPUTUSAN GRED KURSUS

(a) Rayuan Semakan Gred Kursus hendaklah dibuat dalam tempoh dua minggu

(2) selepas keputusan Senat

(b) Pelajar boleh mendapatkan borang Rayuan Semakan Gred Kursus di HEA.

Setelah diisi (dalam 3 salinan) pelajar hendaklah membuat bayaran rayuan di

Jabatan Kewangan mengikut kaedah berikut :

Kadar bayaran rayuan ialah RM50.00 bagi satu kursus;

Bayaran hendaklah dibuat dalam bentuk wang tunai, pindahan wang,wang

pos atau kiriman wang pos. Cek peribadi adalah tidak diterima; dan semua

pembayaran hendaklah dibuat dan dijelaskan sendiri oleh pelajar di Jabatan

Kewangan. Pembayaran melalui pos juga tidak diterima.

(c) Pelajar hendaklah mengemukakan sendiri salinan borang rayuan kepada:

HEA

Fakulti

(d) Pelajar hendaklah menyertakan resit bayaran rayuan semasa mengemukakan

borang rayuan ke Jabatan HEA.

(e) Jabatan HEA akan mengadakan Mesyuarat Rayuan Penyemakan Gred Kursus

bagi menyemak dan menanda semula skrip jawapan peperiksaan pelajar

berkenaan.

(f) Panel yang menyemak akan mengemukakan laporan/hasil semakan dan

penandaan semula semasa Mesyuarat Rayuan Penyemakan Gred Kursus.

(g) Markah yang diambil ialah markah yang didapati selepas semakan/penandaan

semula dilakukan. Jabatan HEA akan mengemaskini rekod peperiksaan pelajar.

(h) Jabatan HEA akan memaklumkan kepada pelajar hasil semakan dan keputusan

rayuan semakan.

Page 41: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

41

BAHAGIAN 14: KEDUDUKAN AKADEMIK

14.1 : PENGIRAAN PENCAPAIAN PELAJAR

Pencapaian pelajar dinilai dengan menggunakan dua (2) ukuran iaitu GPA dan CGPA,

seperti berikut :-

GPA = Jumlah Mata Nilai Sesuatu Semester

Jumlah Kredit Kira Sesuatu Semester

Dan

CGPA = Jumlah Mata Nilai Semua Semester

Jumlah Kredit Kira Semua Semester

Jadual 14.1 : Contoh Pengiraan GPA dan CPA

SEMESTER I 2014/2015

Gred Kursus Gred Mata Nilai (a)

Jam Kredit (b)

Purata Gred (a X b)

MPW 1133 A 4.00 3 12.00

DGE 1032 B 3.00 2 6.00

DTC 1114 B 3.00 4 12.00

DGE 1114 B - 2.70 4 10.80

DGE 1012 B+ 3.30 2 6.60

DQU 1011 A 4.00 1 4.00

TOTAL 16 51.4

GPA : 51.4/16 = 3.2

SEMESTER II 2014/2015

Courses Grade Point Value (a)

Credit Hour (b)

Grade Point Average

(a X b)

DGE 2032 A 4.00 2 8.00

DGE 1214 B 3.00 4 12.00

DTC 1214 C+ 2.30 4 9.20

DTC 1202 B 3.00 2 6.00

MPW 1143 B - 2.70 3 8.10

DQU 2101 A 4.00 1 4.00

TOTAL 16 47.3

TOTAL OVERALL (SEMESTER 1 + 2) 32 98.7

CPA : 98.7/32 = 3.08

Page 42: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

42

14.1 TARAF KEDUDUKAN AKADEMIK PELAJAR

Taraf kedudukan akademik pelajar ditentukan di akhir setiap semester lazim

berasaskan kepada CGPA seperti jadual 14 berikut :

Jadual 14.2 : Kedudukan Akademik

Taraf Kedudukan CGPA

Kedudukan Baik (KB) CGPA >2.00

Kedudukan Bersyarat (KS) 1.70 < CGPA < 2.00

Kedudukan Gagal (KG) (Diberhentikan)

CGPA < 1.70

Pelajar yang mendapat GPA < 1.00 walaupun CGPA 1.70, boleh dengan kelulusan

Senat :

(a) Meneruskan pengajian ; atau

(b) Diarah menangguhkan pengajian pada semester berikutnya; atau

(c) Diberhentikan daripada pengajian

Pelajar yang mendapat Kedudukan Bersyarat (KS) tiga (3) kali berturut-turut akan

diberikan status Kedudukan Gagal (KG) dan diberhentikan daripada pengajian.

Pelajar yang telah tamat tempoh pengajian tetapi tidak memenuhi syarat

penganugerahan akan diberikan status Kedudukan Gagal (KG) dan diberhentikan

daripada pengajian.

14.2 PENGUMUMAN KEDUDUKAN AKADEMIK PELAJAR

Kedudukan Akademik Pelajar akan diumumkan kepada pelajar mengikut kaedah

yang ditetapkan oleh TATIUC.

Page 43: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

43

BAHAGIAN 15

SENARAI KEPUJIAN DEKAN

15.1 SIJIL KEPUJIAN DEKAN

15.1.1 Pelajar yang mendapat GPA bersamaan 3.70 dan ke atas akan dianugerahkan

Sijil Kepujian Dekan dengan memenuhi kriteria berikut :

Pelajar tidak pernah menangguh pengajian.

Pelajar tidak pernah gagal dalam mana-mana kursus.

Pelajar memenuhi struktur kurikulum pengajian.

15.1.2 Sijil Kepujian Dekan adalah tidak digunapakai bagi kursus Latihan Industri.

Page 44: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

44

BAHAGIAN 16

PENGANUGERAHAN IJAZAH/DIPLOMA

16.1 SYARAT PENGANUGERAHAN

Perakuan penganugerahan dibuat pada semester lazim. Pelajar hanya layak

dianugerahkan ijazah/diploma setelah syarat berikut dipenuhi:

Mendapat Kedudukan Baik (KB)

Lulus dalam semua kursus yang ditetapkan

Melengkapkan Borang Penganugerahan Ijazah/Diploma dan

mendapat perakuan fakulti; dan

Syarat-syarat lain yang ditetapkan

16.1.1 Garis Panduan Permohonan Penganugerahan Ijazah ;

(a) Pelajar semester akhir yang akan menamatkan pengajian dikehendaki

memohon penganugerahan Ijazah Sarjana Muda /diploma pada selewat-

lewatnya pada minggu terakhir semester akhir pengajian. Pelajar yang

pernah membuat permohonan tetapi tidak berjaya menamatkan pengajian

dikehendaki membuat permohonan semula. Permohonan yang telah dibuat

pada semester sebelumnya tidak diambilkira.

(b) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan

Penganugerahan Ijazah/Diploma sebanyak 3 salinan dalam tempoh tertentu

yang ditetapkan oleh TATIUC. Pelajar hendaklah mengemukakan ketiga-

tiga salinan ke Pejabat Fakulti untuk pengesahan.

Salinan pertama : Jabatan HEA

Salinan kedua : Fakulti

Salinan ketiga : Pelajar

(c) Kegagalan pelajar mengemukakan salinan pertama ke Jabatan HEA adalah

dianggap sebagai tidak mengemukakan sebarang permohonan

penganugerahan.

(d) Pelajar yang tidak mengemukakan borang permohonan ke Jabatan HEA

tidak akan diberi penganugerahan pada tahun tersebut.

Walaubagaimanapun, pelajar boleh mengemukakan permohonan untuk

mendapatkan penganugerahan pada semester berikutnya dalam tempoh

yang ditetapkan pada semester tersebut.

(e) Pelajar yang gagal memohon penganugerahan tidak akan dipertimbangkan

Page 45: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

45

untuk kemasukan ke kursus pengajian yang lebih tinggi di TATIUC.

Page 46: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

46

BAHAGIAN 17

PENANGGUHAN PENGAJIAN

17.1 SYARAT PENANGGUHAN PENGAJIAN

17.1.1 Pelajar yang disahkan sakit oleh pegawai perubatan hospital kerajaan, kes

kematian, menjalankan program yang diarahkan oleh pihak TATIUC atau

sebab-sebab yang boleh diterima oleh pihak TATIUC, boleh memohon

kepada Dekan Fakulti untuk menangguhkan pengajian dalam semester semasa.

Semester yang diluluskan pengajiannya ini tidak diambilkira dalam bilangan

semester yang telah digunakan dalam tempoh pengajian.

17.2 PENANGGUHAN MAKSIMUM

17.2.1 Penangguhan maksimum bagi setiap permohonan ialah selama dua (2)

semester berturut-turut. Jika sekiranya pelajar memerlukan penangguhan lebih

daripada dua (2) semester secara berterusan, kes ini akan dirujuk kepada

SENAT bagi menentukan sama ada pelajar dibenarkan untuk meneruskan

pengajiannya atau diberhentikan.

Page 47: PERATURAN AKADEMIK PELAJAR - tatiuc.edu.my akademik-4-2016.pdf · “Pengajian Sepenuh Masa” bermaksud bentuk pengajian akademik TATIUC dengan bilangan kredit yang didaftar oleh

47

BAHAGIAN 18

PERUNTUKAN AM DAN PEMANSUHAN

18.1 PERUNTUKAN AM

Sebarang kaedah pelaksanaan selanjutnya boleh dibuat di bawah mana-

mana peruntukan Peraturan Akademik ini. Semua kaedah pelaksanaan

yang dibuat hendaklah dipatuhi. Walaubagaimanapun, Senat berhak untuk

mengubahnya dari semasa ke semasa apabila keadaan memerlukannya.

Dalam keadaan di mana berlaku sebarang percanggahan, peraturan yang

terkandung dalam Akta Universiti dan Kolej Universit, 1971 adalah

digunapakai.

Maklumat ini adalah tepat pada masa Peraturan Akademik ini diterbitkan.