garis panduan penubuhan taska di pusat … panduan... · 5.3 jawatankuasa khas taska 5.3.1 pegawai...

6
MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA) Bahagian Perkhidmatan & Perjawatan Bil. MARA : UUM/ SPA/ 001 Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA No.21, Jalan Raja Laut Tarikh : 3 November 1998 50609 Kuala Lumpur SURAT PEKELILING AM MARA BIL. 22/98 GARIS PANDUAN PENUBUHAN TASKA DI PUSAT-PUSAT PENTADBIRAN MARA 1. PENDAHULUAN 1.1 Tujuan Surat Pekeliling ini adalah untuk memberi garis panduan di dalam penubuhan TASKA di Pusat-Pusat Pentadbiran MARA sekiranya didapati perlu. 2. TAFSIRAN 2.1 Tafsiran bagi perkataan-perkataan yang digunakan di dalam Surat Pekeliling ini adalah seperti berikut :- 2.1.1 ‘Pusat-pusat Pentadbiran MARA’ adalah meliputi Pusat- Pusat di Pejabat MARA Negeri, Institusi-Institusi Latihan dan Pendidikan MARA (tidak termasuk Pejabat MARA Daerah, Pusat Giat dan Mini IPM) 2.1.2 ‘Pegawai Mengawal Pusat’ ialah pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu pusat sama ada Bahagian, Cawangan, Unit , Negeri atau Institusi-Institusi Latihan dan Pendidikan MARA. 2.1.3 ‘Pegawai Pengawal Program’ ialah pegawai yang bertanggungjawab mengawal anggaran Belanja Pembangunan sesuatu program. Pegawai Pengawal Pusat bagi Bahagian Pelajaran Menengah, Pelajaran Komersial dan Kemahiran adalah juga Pegawai Pengawal Program. 2.1.4 ‘Taska’ ialah tempat penjagaan kanak-kanak oleh pembantu/pengasuh yang berkelayakan dan berpengalaman. 3. LATAR BELAKANG 3.1 Para 3.2.4 dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1989 menyatakan bahawa Kementerian/Jabatan/Agensi, di mana sesuai boleh menyediakan kemudahan Pusat Penjagaan Kanak-kanak bagi mengatasi masalah mendapatkan pembantu rumah. Dengan adanya Pusat ini kanak-kanak boleh ditempatkan serta dijaga oleh pembantu yang berkelayakan dan berpengalaman. Di samping itu, pusat kemudahan penjagaan kanak-kanak ini akan memudahkan kaum ibu

Upload: vandat

Post on 12-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN PENUBUHAN TASKA DI PUSAT … Panduan... · 5.3 Jawatankuasa Khas TASKA 5.3.1 Pegawai Pengawal Pusat adalah bertanggungjawab di dalam ... Cadar Double (mengikut keperluan

MAJLIS AMANAH RAKYAT (MARA)

Bahagian Perkhidmatan & Perjawatan Bil. MARA : UUM/ SPA/ 001 Tingkat 12, Ibu Pejabat MARA No.21, Jalan Raja Laut Tarikh : 3 November 1998 50609 Kuala Lumpur

SURAT PEKELILING AM MARA BIL. 22/98

GARIS PANDUAN PENUBUHAN TASKA DI PUSAT-PUSAT PENTADBIRAN MARA

1. PENDAHULUAN

1.1 Tujuan Surat Pekeliling ini adalah untuk memberi garis panduan di dalam penubuhan TASKA di Pusat-Pusat Pentadbiran MARA sekiranya didapati perlu.

2. TAFSIRAN

2.1 Tafsiran bagi perkataan-perkataan yang digunakan di dalam Surat Pekeliling ini adalah seperti berikut :-

2.1.1 ‘Pusat-pusat Pentadbiran MARA’ adalah meliputi Pusat-

Pusat di Pejabat MARA Negeri, Institusi-Institusi Latihan dan Pendidikan MARA (tidak termasuk Pejabat MARA Daerah, Pusat Giat dan Mini IPM)

2.1.2 ‘Pegawai Mengawal Pusat’ ialah pegawai yang

bertanggungjawab bagi sesuatu pusat sama ada Bahagian, Cawangan, Unit , Negeri atau Institusi-Institusi Latihan dan Pendidikan MARA.

2.1.3 ‘Pegawai Pengawal Program’ ialah pegawai yang

bertanggungjawab mengawal anggaran Belanja Pembangunan sesuatu program. Pegawai Pengawal Pusat bagi Bahagian Pelajaran Menengah, Pelajaran Komersial dan Kemahiran adalah juga Pegawai Pengawal Program.

2.1.4 ‘Taska’ ialah tempat penjagaan kanak-kanak oleh

pembantu/pengasuh yang berkelayakan dan berpengalaman. 3. LATAR BELAKANG

3.1 Para 3.2.4 dalam Surat Pekeliling Perkhidmatan Bil. 6 Tahun 1989

menyatakan bahawa Kementerian/Jabatan/Agensi, di mana sesuai boleh menyediakan kemudahan Pusat Penjagaan Kanak-kanak bagi mengatasi masalah mendapatkan pembantu rumah. Dengan adanya Pusat ini kanak-kanak boleh ditempatkan serta dijaga oleh pembantu yang berkelayakan dan berpengalaman. Di samping itu, pusat kemudahan penjagaan kanak-kanak ini akan memudahkan kaum ibu

Page 2: GARIS PANDUAN PENUBUHAN TASKA DI PUSAT … Panduan... · 5.3 Jawatankuasa Khas TASKA 5.3.1 Pegawai Pengawal Pusat adalah bertanggungjawab di dalam ... Cadar Double (mengikut keperluan

menyusukan anak-anak mereka sehingga peringkat umur yang sesuai selaras dengan amalan kesihatan yang digalakkan.

3.2 Pada tahun 1983, Pengurusan MARA telah menubuhkan ‘TASKA

MARA’ untuk anggota yang berkhidmat di Ibu Pejabat sahaja. 3.3 Sehubungan dengan itu, Pengurusan MARA adalah bersetuju agar

kemudahan yang serupa dipanjangkan kepada Pusat-pusat Pentadbiran MARA yang lain sekiranya wujud keperluan.

4. GARIS PANDUAN PENUBUHAN

4.1 Bagi menyelaraskan penubuhan TASKA di pusat-pusat MARA, berikut adalah garis panduan yang perlu dipatuhi :-

4.1.1 Perlu mendapat kelulusan dari Pegawai Pengawal Program

sebelum mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di peringkat negeri masing-masing.

4.1.2 Bilangan kanak-kanak hendaklah setimpal dengan ruang yang

disediakan mengikut keluasan lantai yang ditetapkan oleh Akta Penjagaan Taman Asuhan Kanak-kanak1984 iaitu 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak, tidak termasuk ruang laluan, dapur, setor, bilik pengasuh, pejabat dan tandas. Ruang ini dikhususkan untuk ruang bermain, tidur dan aktiviti kanak-kanak tersebut.

4.1.3 Bangunan atau ruang yang dicadangkan untuk dijadikan

TASKA mestilah mematuhi ciri-ciri keselamatan dan berada dalam keadaan baik dan bersih.

4.1.4 Pengurusan TASKA yang dikendalikan hendaklah mematuhi

semua peruntukan Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 bagi pengasuhan kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah dan Akta Pendidikan 1961 bagi kanak-kanak melebihi 4 tahun hingga 6 tahun.

4.1.5 Perbelanjaan TASKA seperti gaji, KWSP, SOCSO dan

perbelanjaan makanan harian dibiayai daripada wang kutipan bulanan/harian yang diterima dari ibu bapa kanak-kanak yang dihantar ke TASKA.

4.1.6 Bilangan pengasuh dengan kanak-kanak ditetapkan oleh Akta

Penjagaan Taman Asuhan Kanak-kanak seperti berikut ☺

Nisbah Pengasuh

Umur Kanak-Kanak

12 bulan ke bawah 1 :3 1 – 2 tahun 1 : 4 2 – 4 tahun 1 : 6 4 tahun ke atas 1 : 8

Page 3: GARIS PANDUAN PENUBUHAN TASKA DI PUSAT … Panduan... · 5.3 Jawatankuasa Khas TASKA 5.3.1 Pegawai Pengawal Pusat adalah bertanggungjawab di dalam ... Cadar Double (mengikut keperluan

4.1.7 Penubuhan TASKA di Pusat-pusat Pentadbiran MARA boleh diwujudkan sekiranya bilangan kanak-kanak yang berdaftar tanpa mengambilkira kategori umur mencapai bilangan minima seramai 10 orang.

5. SUBSIDIARI DAN KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN OLEH MARA

5.1 Bantuan subsidiari kewangan, kemudahan asas dan fisikal yang diberikan kepada TASKA MARA di pusat- pusat Pentadbiran MARA adalah seperti berikut :-

5.1.1 ‘Launching Grant’ sebagai perbelanjaan penyediaan dan

perbelanjaan bulan pertama untuk menjalankan TASKA. Jumlah ini adalah ditetapkan seperti di Lampiran A.

5.1.2 Menyediakan keperluan asas seperti tempat atau ruang,

bekalan elektrik, air dan sebagainya dari harta tetap. Pegawai Mengawal Pusat hendaklah memastikan keluasan tempat atau ruang yang dicadangkan adalah sepertimana yang ditetapkan di para 4.1.2.

5.1.3 Memberi sumbangan sebanyak maksima 50% dari jumlah

keseluruhan emolumen pengasuh sebulan, sekiranya sumbangan daripada ibu bapa yang terlibat tidak dapat menampung perbelanjaan TASKA berkenaan.

5.2 Penetapan kadar yuran Dan Gaji Pengasuh

5.2.1 Kadar yuran yang akan dikenakan kepada ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke TASKA adalah diselaraskan seperti berikut :- Pendapatan Purata Yuran Seorang Keluarga Kanak-kanak Sebulan (RM) RM 550 ke bawah 120

RM 551-1000 125 RM 1000-2000 130 RM2001-3000 140 RM 3001 ke atas 155

5.2.2 Potongan yuran adalah diberi kepada anak keempat dan seterusnya sebanyak RM 20 seorang.

5.2.3 Di mana perlu penetapan gaji pengasuh-pengasuh adalah juga

diselaraskan dengan TASKA di Ibu Pejabat seperti di Lampiran B.

Page 4: GARIS PANDUAN PENUBUHAN TASKA DI PUSAT … Panduan... · 5.3 Jawatankuasa Khas TASKA 5.3.1 Pegawai Pengawal Pusat adalah bertanggungjawab di dalam ... Cadar Double (mengikut keperluan

5.3 Jawatankuasa Khas TASKA

5.3.1 Pegawai Pengawal Pusat adalah bertanggungjawab di dalam menubuhkan Jawatankuasa Khas yang terdiri dari Jawatankuasa Khas TASKA yang terdiri dari jawatan-jawatan berikut :-

(i) Pengerusi - 1 orang

(ii) Setiausaha - 1 orang (iii) Bendahari - 1 orang (iv) Ahli Biasa - 2 orang (v) Wakil Ibu Bapa - 2 pasang

5.3.2 Jawatankuasa Khas ini dtubuhkan sebagai membantu dari segi pengurusan dan pentadbiran TASKA selain dari menjalinkan perhubungan dua hala dan semangat kerjasama di antara ibu bapa dengan pihak MARA.

5.3.3 Pegawai Mengawal Pusat secara Automatik dilantik sebagai

penaung kepada Jawatankuasa ini. 6. TANGGUNGJAWAB PEGAWAI MENGAWAL PUSAT

6.1 Pegawai Mengawal Pusat adalah diminta untuk mengedar Surat Pekeliling ini kepada semua anggota di bawah jagaan masing-masing.

7. TARIKH KUATKUASA

7.1 Surat Pekeliling ini adalah berkuatkuasa mulai tarikh dikeluarkan.

Page 5: GARIS PANDUAN PENUBUHAN TASKA DI PUSAT … Panduan... · 5.3 Jawatankuasa Khas TASKA 5.3.1 Pegawai Pengawal Pusat adalah bertanggungjawab di dalam ... Cadar Double (mengikut keperluan

LAMPIRAN A

KEPERLUAN ASAS PENUBUHAN TASKA MARA BIL. ALAT-ALAT / BARANG KEPERLUAN JUMLAH UNIT 1. Perkakasan Dapur Periuk Nasi (Besar) 1 Periuk Biasa (Besar) 1 Periuk Biasa (Sederhana) 1 Periuk Biasa (Kecil) 1 Cerek Elektrik (Besar) 1 Peti Sejuk 2 Pintu (Sederhana) 1 Kuali (Besar) 1 Kuali (Kecil) 1 Penapis Air 1 Pinggan, mangkuk & piring (25 unit) 75 Cawan & Gelas (25 unit) 50 Sudu & Garfu (25unit) 50 Sudip & Senduk (3unit) 6 Kabinet dapur 1 Rak pinggan 2 Thermos Pot 1 2. Alat Kelengkapan & Perabot Shower 1 Water heater 1 DVD player 1 Junior Board 1 Kabinet Pakaian 1 Televisyen 1 Komputer 2 Meja televisyen 1 Meja komputer 2 Telefon 1 Papan Putih (90 x 150) 1 Alat pemadam api 1 Penghawa dingin 1 Rak kasut (besar) 1 Penyangkut Pakaian 3 set

Page 6: GARIS PANDUAN PENUBUHAN TASKA DI PUSAT … Panduan... · 5.3 Jawatankuasa Khas TASKA 5.3.1 Pegawai Pengawal Pusat adalah bertanggungjawab di dalam ... Cadar Double (mengikut keperluan

Tilam Double (mengikut keperluan & kesesuaian kanak-kanak) Tilam Single (mengikut keperluan & kesesuaian kanak-kanak) Cadar Double (mengikut keperluan & kesesuaian kanak-kanak) Cadar Single (mengikut keperluan & kesesuaian kanak-kanak) Langsir (mengikut keperluan) Matress Protector (mengikut jumlah tilam) Tikar Getah (mengikut keperluan ruang) Meja plastik (mengikut jumlah kanak-kanak) Kerusi plastik kecil (mengikut jumlah kanak-kanak) Sofa kanak-kanak (mengikut jumlah kanak-kanak) Mosquito Net (mengikut keperluan & kesesuaian) CD Pembelajaran (mengikut keperluan pembelajaran) Kotak serbaguna pakaian & barang (mengikut keperluan) Tandas duduk kanak-kanak (mengikut jumlah kanak-kanak) 3. Alat Pembelajaran Kanak-Kanak All in one play centre 1 Play Ground Set 1 Soft & study deluxe block 3 Five try comi (80 cm x 46 cm) 3 4. Makanan Makanan untuk 5 hari pertama sahaja dan anggaran adalah

sebanyak RM7.00 sehari bagi setiap kanak-kanak. 5. Gaji dan elaun pengasuh Gaji dan elaun diperuntukkan untuk bulan pertama sahaja.