garis panduan pendaftaran persatuan ibu bapa dan guru

4
GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) 1. Tiga (3) salinan Perlembagaan PIBG yang lengkap diisi dan hendaklah diturunkan tandatangan asal oleh Pengetua / Guru Besar bagi setiap salinan. 2. Tiga (3) salinan Minit Mesyuarat Penaja PIBG 3. Tiga (3) salinan senarai Ahli Jawatankuasa PIBG yang mengandungi : a. Nama b. Umur c. No. Kad Pengenalan d. No. Telefon e. Jawatan dalam PIBG f. Pekerjaan g. Alamat rumah * Dokumen berikut hendaklah dimajukan ke Unit Perhubungan dan Pendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah untuk tujuan kelulusan. PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA ( Office of the Director General of Education Malaysia ) PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARA Level 7 Block J Damansara Town Centre 50604 KUALA LUMPUR, MALAYSIA. Tel : 03-20986900 Fax : 03-20962389 KP(BS)8591/Jld.XVII(4) 10 Jun 2004 Semua Pengarah Pelajaran Negeri Y.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/2004 PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU ( PIBG ) Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perenggan 130(2)(i) Akta Pendidikan 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubal Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998,

Upload: jimmy-deanz

Post on 05-Dec-2015

442 views

Category:

Documents


11 download

DESCRIPTION

GARIS

TRANSCRIPT

Page 1: Garis Panduan Pendaftaran Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

GARIS PANDUAN PENDAFTARAN PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU(PIBG)1. Tiga (3) salinan Perlembagaan PIBG yang lengkap diisi dan hendaklahditurunkan tandatangan asal oleh Pengetua / Guru Besar bagi setiapsalinan.2. Tiga (3) salinan Minit Mesyuarat Penaja PIBG3. Tiga (3) salinan senarai Ahli Jawatankuasa PIBG yang mengandungi :a. Namab. Umurc. No. Kad Pengenaland. No. Telefone. Jawatan dalam PIBGf. Pekerjaang. Alamat rumah* Dokumen berikut hendaklah dimajukan ke Unit Perhubungan danPendaftaran, Sektor Pengurusan Sekolah untuk tujuan kelulusan.PEJABAT KETUA PENGARAH PENDIDIKAN MALAYSIA( Office of the Director General of Education Malaysia )PARAS 7, BLOK J PUSAT BANDAR DAMANSARALevel 7 Block J Damansara Town Centre50604 KUALA LUMPUR, MALAYSIA. Tel : 03-20986900Fax : 03-20962389

KP(BS)8591/Jld.XVII(4)10 Jun 2004Semua Pengarah Pelajaran NegeriY.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/PuanSURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 4/2004PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU ( PIBG )Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Perenggan 130(2)(i) AktaPendidikan 1996, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggubalPeraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa-Guru) 1998,yang telah diwartakan pada 26 Mac 1998, bagi membantu pihak sekolahmengurus Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) dengan betul mengikutPeraturan-Peraturan yang telah ditetapkan. Dalam Peraturan 7,Subperaturan (2) Peraturan tersebut telah dinyatakan bahawa setiapPersatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) hendaklah diuruskan oleh suatuJawatankuasa mengikut Perlembagaan Persatuan seperti yang diberikancontohnya di dalam JADUAL 2.2. Walau bagaimanapun JADUAL 2 adalah tidak lengkap kerana ia hanyamemberikan rangka serta perkara-perkara yang perlu dalam Perlembagaan

Page 2: Garis Panduan Pendaftaran Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

itu sahaja. Bagi tujuan membantu pihak PIBG, bersama-sama inidisampaikan Perlembagaan Persatuan Ibu Bapa-Guru yang lengkap untukdijadikan panduan oleh semua Persatuan Ibu Bapa-Guru.3. Sila maklumkan kandungan surat pekeliling ikhtisas ini kepadapegawai yang bertanggungjawab di Jabatan Pelajaran Negeri, PejabatPelajaran Daerah/Bahagian, Pengetua dan Guru Besar di bawah pentadbiranY.Bhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan.Sekian. Terima kasih.’’ BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ”t.tTAN SRI ABDUL RAFIE BIN MAHATKetua Pengarah Pelajaran MalaysiaKementerian Pelajaran Malaysias.k. 1. Y.B. Dato’ Hishammuddin Bin HusseinMenteri Pelajaran Malaysia2. Y.B. Dato’ Mahadzir Bin Mohd KhirTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia3. Y.B. Dato’ Hon Choon KimTimbalan Menteri Pelajaran Malaysia4. Y.B. P. Komala DeviSetiausaha Parlimen, Kementerian Pelajaran5. Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran6. Timbalan-Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran7. Timbalan-Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran8. Ketua-Ketua Bahagian Kementerian Pelajaran9. Ketua Jemaah Nazir Sekolah, Kementerian Pelajaran10. Pegawai Perhubungan Awam, Kementerian PelajaranAKTA PENDIDIKAN 1996PERATURAN-PERATURAN PENDIDIKAN( PERSATUAN IBU BAPA-GURU ) 1998[ Sub peraturan 7(2) ]PERLEMBAGAAN PERSATUAN IBU BAPA-GURU ( PIBG )SEKOLAH ............................................................................................Nama dan Alamat1. Persatuan ini adalah dikenal dengan nama :Persatuan Ibu Bapa-Guru Sekolah ....................................................................................................................................................2. Alamat yang didaftarkan bagi Persatuan ini ialah :....................................................................................................................................................................................................Tujuan-tujuan Persatuan3. Tujuan-tujuan Persatuan ialah –(a) Untuk mengadakan sesuatu forum dan perkhidmatan bagikebajikan dan kemajuan murid-murid dalam sekolah dalammeningkatkan imej sekolah.(b) Untuk membantu dan menambah usaha sekolah dalam

Page 3: Garis Panduan Pendaftaran Persatuan Ibu Bapa Dan Guru

memenuhi kehendak dan keperluan kebendaan murid-muriddalam kegiatan mereka.(c) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah bertukartukarfikiran dan maklumat mengenai pendidikan.(d) Untuk memberi peluang kepada ibu bapa dan guru dalamsekolah berunding antara satu sama lain berkenaan dengan caramemperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya;dan(e) Untuk membolehkan ibu bapa dan guru dalam sekolah untukberusaha menambah kewangan sekolah dan meningkatkankemudahan fizikal bagi tujuan meningkatkan kemudahanpengajaran dan pembelajaran.Fungsi Persatuan4. Fungsi Persatuan ialah untuk menjalankan aktiviti atau program bagimencapai tujuan-tujuan Persatuan yang dinyatakan di perenggan 3,sepertia)Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjagakebajkan murid;b) Menambah sumber kewangan sekolah bagi menambah danmeningkatkan kemudahan di Sekolah;c) Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi danhubungan antara sekolah dengan masyarakat setempat;d) Meningkatkan keceriaan premis Sekolah supaya dapat mewujudkansuasana yang kondusif bagi menjayakan aktiviti dan programpendidikan.Keanggotaan Persatuan5. Anggota Persatuan terdiri daripada :(a) Semua guru di Sekolah;(b) Ibu bapa kepada murid yang belajar dalam sekolah; dan(c) Warganegara Malaysia yang diluluskan permohonan untukmenjadi anggota Persatuan oleh Pegawai Pendidikan Daerahatau Pegawai Pendidikan Bahagian atau Pendaftar, mengikutmana yang berkenaan ( seperti di Lampiran A ); dan6. Guru Besar atau Pengetua sekolah