garis panduan pematuhan standard filem … · 2019-09-27 · definisi •filem penghadang haba yang...

16
GARIS PANDUAN PEMATUHAN STANDARD FILEM PENGHADANG HABA KENDERAAN 2019 KPDNHEP

Upload: others

Post on 30-Jan-2020

24 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

GARIS PANDUAN PEMATUHAN STANDARD FILEM PENGHADANG

HABA KENDERAAN 2019

KPDNHEP

Bertujuan untuk memberi panduan kepada pihakyang terlibat dalam aktiviti pengeluaran,

pengedaran termasuk import dan eksport danperuncit supaya mematuhi standard yang

disyorkan oleh KPDNHEP

PENGENALAN

DEFINISI

• Filem penghadang haba yang digunakan pada kacakenderaan mengambil kira faktor ketelusan cahaya(VLT), transmisi ultralembayung, jumlah transmisitenaga solar dan keperluan lain yang berkaitan yangdisebut dalam versi terkini MS 2669.

FILEM PENGHADANG

HABA KENDERAAN

• Apa-apa perihal mengeluarkan, usaha (proses) menghasilkan dan penghasilan semua jenis filempenghadang haba yang digunakan untuk kenderaan.

PENGELUARAN

DEFINISI

• Apa-apa perbuatan atau hal mengedarkan semuajenis filem penghadang haba kenderaan termasuklahmengimport atau mengeksport.

PENGEDARAN

• Apa-apa penjualan atau pembelian untuk penjualanatau pemasangan semua jenis filem penghadanghaba.

PERUNCITAN

DEFINISI

• Filem penghadang haba kenderaan yang telah lulusujian versi terkini MS 2669 dan pensijilan oleh PihakBerwibawa dan telah direkodkan oleh KPDNHEPuntuk dipasarkan di Malaysia.

FILEM PENGHADANG

HABA YANG DILULUSKAN

Mana-mana pihak yang terlibat dalamaktiviti pengeluaran, pengedaran

termasuk import, eksport danperuncitan semua jenis filem

penghadang haba kenderaan dalamMalaysia (“Pemilik Produk”) disyorkan

untuk mematuhi Garis Panduan ini

PEMATUHAN

SIRIM QAS International Sdn. Bhd. sebagaibadan pensijilan yang menjalankan

pengujian dan mengeluarkan pensijilanserta pelabelan ke atas produk filem

penghadang haba kenderaan

PIHAK BERWIBAWA

Ujian prestasi yang terpakai untuk filem penghadang haba kenderaanseperti yang dirujuk berdasarkan versi terkini MS 2669 oleh Pihak

Berwibawa adalah:

(a) Visible Light Transmittance (VLT)

(b) Ultraviolet Transmittance (UVT)

(c) Total Solar Energy Transmittance (TSET) atau Solar Factor (SF)

Ujian cuaca di mana ujian yang dibuat untuk mengukur prestasi produkmenurun tidak melebihi 4% dan mampu mengekalkan prestasi dan

kualiti sekurang-kurangnya lima tahun.

Pemeriksaan kualiti pada bahan pelekat. Pemeriksaan dibuat melaluithermal test yang merangkumi boil test atau bake test bagi mengukur

kualiti pada bahan pelekat yang diluluskan oleh Pihak Berwibawa.

STANDARD

SYOR

Pemilik produk disyorkan untukmendapatkan pensijilan serta pelabelan ke

atas filem penghadang haba kenderaandaripada pihak berwibawa. Pengujian

hendaklah dibuat oleh SIRIM QAS Intl. ataumana-mana makmal pengujian yang

diakreditasi oleh Jabatan Standard Malaysia.

Pemilik produk disyorkan untuk memilikdan menggunakan alat pengukur sertastandard pengukuran kebangsaan yang

telah ditentusahkan oleh InstitutMetrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM)

bagi mengukur VLT.

Pemilik produk disyorkan untuk menunjukkan keputusan ujiansebelum dan selepas pemasangan filem penghadang haba kenderaansebelum pengguna bersetuju dengan pembekalan filem penghadang

haba kenderaan tersebut.

Pemilik produk disyorkan supaya membuat penarikanbalik ke atas filem penghadang haba kenderaan

secara sukarela dari pasaran jika mendapati bahawaproduk keluarannya tidak mendapat pensijilandan/atau terdapat arahan penarikan balik dari

pasaran oleh negara luar. Setiap arahan penarikanbalik oleh negara luar perlulah dimaklumkan kepada

KPDNHEP bagi tujuan rekod dan pemantauan

PENARIKAN BALIK

Sebelum label pematuhan standard dikeluarkan oleh Pihak Berwibawa, PemilikProduk diminta mengemukakan maklumat

profil dan aktiviti perniagaan syarikatkepada KPDNHEP bagi tujuan rekod danpemantauan pematuhan standard yang

telah ditetapkan

PENGEMUKAAN MAKLUMAT

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Mana-mana pihak yang terlibat dalam aktivitipengeluaran, pengedaran termasuk import,

eksport dan peruncitan semua jenis filempenghadang haba kenderaan dalam Malaysia hendaklah mematuhi perundangan sedia ada

seperti di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, AktaPerlindungan Pengguna 1999, Akta Kawalan Hargadan Antipencatutan 2011 dan Akta Timbang dan

Sukat 1972

PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG

Selain itu, Pemilik Produk perlumematuhi Perintah Kawalan

Harga (Pelabelan olehPengilang, Pengimport,

Pengeluar atau Pemborong) 1980,

di mana Pemilik Produkhendaklah melekatkan pada

filem penghadang habakenderaan, bungkusan, beg atau

bekas, label atau tanda yang mengandungi:

label atau tandabagi filem

penghadang habakenderaan yang

diimport handaklahdalam bahasa

kebangsaan atauBahasa Inggeris

label atau tanda bagifilem penghadang

haba kenderaan yang dikilang atau

dikeluarkan di Malaysia hendaklah

dalam bahasakebangsaan sahaja, atau dalam bahasa

kebangsaan dan apa-apa bahasa lain

label atau tandahendaklah boleh

dibaca danmenggunakan

perkataan yang jelas

nama negarapengilang bagi

filem penghadanghaba kenderaanyang diimport

nama dan alamatpengilang, pengimport,

pengeluar ataupemborong, mengikut

mana-mana yang berkenaan

unit, berat atauukuran hendaklahdalam metrik; danbagi yang diimport,

sama ada dalammetrik atau kedua-dua unit metrik dan

imperial

beratminimum, kuantiti ,

jumlah ataukapasiti

minimum filempenghadang

habakenderaan

nama ataudeskripsi filempenghadang

haba kenderaandengan jelas

12

3

4

5

6

78

Garis panduan ini terpakai mulai20 Jun 2019 sehingga mana-mana tarikh yang akan ditentukan oleh

KPDNHEP

PEMAKAIAN GARIS PANDUAN

MAKLUMAT PERHUBUNGAN

Pengarah

Bahagian Standard Kepenggunaan KPDNHEP

Aras 4, Blok Podium 2, No. 13, PersiaranPerdana, Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan

Persekutuan, 62623 Putrajaya

Tel: 03-8882 5886

Faks: 03-8882 6960

E-mel: [email protected]

Pengarah Urusan

SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

1, Persiaran Dato’ Menteri, P.O. Box 7035,

Seksyen 2, 40700 Shah Alam, Selangor

Toll free: 1-300-88-7035

Tel: 03-5544 6400

Faks: 03-5544 6810

E-mel: [email protected]

SEKIAN, TERIMA KASIH