garis panduan inovasi_doktor_muda[1]

5
GARIS PANDUAN PENYERTAAN DAN PERATURAN INOVASI DOKTOR MUDA 2013 KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN KE 5 2013

Upload: noorfiazah-abdullah

Post on 12-Apr-2017

150 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Garis panduan inovasi_doktor_muda[1]

GARIS PANDUAN PENYERTAAN DANPERATURAN INOVASI DOKTOR MUDA

2013KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA PERINGKAT KEBANGSAAN KE 5 2013

Page 2: Garis panduan inovasi_doktor_muda[1]

GARIS PANDUAN PENYERTAAN DANPERATURAN PERTANDINGAN INOVASI KONVENSYEN KELAB DOKTOR MUDA

PERINGKAT KEBANGSAAN KE LIMA 2013

1. PENGENALAN

Inovasi ialah kaedah mencari jalan menghasilkan bahan atau projek khas yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Ia adalah hasil cetusan idea yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. Idea ini boleh merangkumi apa-apa perubahan dalam bentuk sistem dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan teknologi.

2. OBJEKTIF

2.1 Menjana kreativiti peserta berkaitan pengetahuan, sikap dan kemahiran cara hidup sihat.

2.2 Penghasilan idea dan bahan inovasi yang dapat diaplikasikan dalam mendidik rakan sebaya, warga sekolah dan masyarakat.

2.3 Menggalakkan kerjasama secara kumpulan di kalangan murid-murid.

3. PESERTA

3.1 Pertandingan ini dibuka kepada semua ahli Kelab Doktor Muda yang telah berdaftar sebagai ahli kelab di sekolah seluruh Malaysia.

3.2 Setiap negeri akan diwakili 1 pasukan dengan (maksima) tiga orang peserta.

3.3 Peserta bagi setiap pasukan hendaklah dari sekolah yang sama.

4. SKOP INOVASI

Memilih satu atau lebih tajuk dalam Skop Modul Latihan Kelab Doktor Muda Edisi Empat.

Garis Panduan Penyertaan dan Peraturan Pertandingan Inovasi Konvensyen Kelab Doktor Muda 2013 2

Page 3: Garis panduan inovasi_doktor_muda[1]

5. DOKUMENTASI PROJEK INOVASI

5.1 Setiap kumpulan perlu menyediakan satu laporan projek inovasi yang mengandungi perkara-perkara berikut:

i. Tajuk projekii. Pengenalan iii. Latarbelakangiv. Objektifv. Isi kandunganvi. Isu dan Permasalahan - Sebelum Inovasivii. Proses pelaksanaan Inovasi - Semasa Inovasiviii. Impak - Selepas Inovasiix. Kewangan x. Kesimpulanxi. Rujukan dan apendiksxii. Penghargaan

5.2 Menyediakan laporan projek dengan menggunakan kertas A4, tidak melebihi 20 muka surat menggunakan font Arial 12 dan selang baris 1.5. Gambar dan gambarajah perlu dilabel dengan betul dan dilampirkan. Laporan perlu disediakan dalam 2 salinan.

6. BAHASA

Bahasa yang digunakan adalah Bahasa Melayu. Walau bagaimanapun istilah tertentu dalam Bahasa Inggeris boleh digunakan jika perlu.

7. PEMBENTANGAN INOVASI

Pembentangan perlu jelas terutama dari aspek teknikal, penggunaan visual, komunikasi dan pengucapan awam. Setiap kumpulan diberi masa selama 10 MINIT untuk membuat pembentangan.

Pembentangan boleh dibuat dengan menggunakan Power Point ATAU Demonstrasi penggunaan projek/ bahan inovasi yang dihasilkan ATAU kedua-duanya sekali.

Garis Panduan Penyertaan dan Peraturan Pertandingan Inovasi Konvensyen Kelab Doktor Muda 2013 3

Page 4: Garis panduan inovasi_doktor_muda[1]

Penganjur akan menyediakan lap top, projektor, audio kabel dan skrin putih bagi tujuan pembentangan.

SEMUA peserta perlu bersedia untuk menjawab soalan daripada pihak JURI.

8. PEMARKAHAN

Kriteria Huraian Skor Jumlah

Idea Penghasilan atau;

Pengubahsuaian atau;

Penambahbaikan

20 20

Impak Faedah kepada pengguna (mencapai objektif projek)

Kos Efektif

Jimat Masa

Mudah digunakan

20

5

5

5

35

Penilaian Dokumentasi

Menepati syarat pelaporan 20 20

Persembahan Hasil Inovasi

Menepati kriteria persembahan

10 10

Penilaian Keseluruhan

Penilaian Sebelum, Semasa, Selepas

15 15

Jumlah 100

Garis Panduan Penyertaan dan Peraturan Pertandingan Inovasi Konvensyen Kelab Doktor Muda 2013 4

Page 5: Garis panduan inovasi_doktor_muda[1]

9. KEPUTUSAN PERTANDINGAN

Keputusan pertandingan adalah muktamad. Sebarang bantahan tidak dilayan.

Disediakan oleh:-

Jawatankuasa Penggubal KriteriaAktiviti Konvensyen Kelab Doktor Muda

Garis Panduan Penyertaan dan Peraturan Pertandingan Inovasi Konvensyen Kelab Doktor Muda 2013 5