garis panduan dan langkah pencegahan jangkitan … · amalkan adab batuk yang baik. tutup mulut dan...

15
Muka surat | 1 GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN COVID-19 POLITEKNIK SEBERANG PERAI . Sebarang penambahan berkenaan garis panduan dan langkah pencegahan ini akan dibuat dari semasa ke semasa

Upload: others

Post on 31-May-2020

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 1

GARIS PANDUAN DAN

LANGKAH PENCEGAHAN

JANGKITAN COVID-19

POLITEKNIK SEBERANG PERAI

.

Sebarang penambahan berkenaan garis panduan dan langkah pencegahan ini akan dibuat dari

semasa ke semasa

Page 2: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 2

Pendahuluan

Garis panduan dan langkah pencegahan jangkitan COVID-19 ini diwujudkan susulan

perkembangan terkini wabak berkenaan bagi memastikan kemaslahatan dan

kebajikan warga PSP terpelihara. WHO telah mengklasifikasikan wabak ini sebagai

pandemik pada 11 Mac 2020. Justeru semua staf dinasihatkan untuk mengikut garis

panduan yang disediakan ini dalam usaha membendung penularan wabak COVID-

19.

Politeknik Seberang Perai mengambil perhatian serius terhadap perkembangan dan

penularan jangkitan COVID-19. Pihak pengurusan akan sentiasa memantau dari

semasa ke semasa keadaan kesihatan pekerja dan mengambil kira arahan dan

rujukan terkini daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Kementerian

Kesihatan Malaysia, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Kesihatan Negeri Pulau

Pinang dan Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

1. Amalan penjagaan dan kebersihan diri (Individu)

a. Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun atau menggunakan hand

sanitizer.

b. Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan

menggunakan tisu dan apabila batuk dan bersin. Sejurus selepas itu, buang

tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah.

c. Elakkan daripada menyentuh mata, hidung dan mulut.

d. Menjarakkan diri sekurang-kurangnya 1 meter apabila berhadapan dengan

individu yang bergejala.

e. Mandi menggunakan sabun anti bakteria.

f. Elakkan berada di tempat tumpuan ramai, ladang haiwan dan pasar yang

menjual haiwan hidup.

g. Staf/Pelajar/Pekerja Dalaman/Pelawat yang bergejala sepeti demam,

batuk, bersin dan sesak nafas tidak melawat kawasan lain semasa cuti

sekolah.

h. Tidak menghadiri program yang melibatkan orang ramai atau tempat yang

padat termasuk aktiviti keagamaan.

Sekiranya terdapat mana-mana staf/pelajar/pekerja dalaman/pelawat

yang bergejala seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak perlulah:-

Pertama: Tutup mulut dan hidung menggunakan tisu apabila batuk dan

bersin. Buang tisu dalam tong sampah.

Kedua: Elakkan mengunjungi tempat tumpuan ramai. Jarakkan diri anda

sekurang-kurangnya 1 meter dari orang yang sihat.

Ketiga: Guna penutup mulut dan hidung (mask).

Keempat: Kerap basuh tangan dengan sabun dan air atau hand sanitizer.

Kelima: Elakkan bersalaman atau bersentuhan jika bergejala (demam,

batuk/bersin dan sesak nafas). Letakkan tangan di dada sebagai

Page 3: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 3

tanda hormat dengan ucapan salam bagi menggantikan

bersalaman atau bersentuhan.

Keenam: Dapatkan rawatan awal apabila mempunyai gejala demam, batuk

dan sukar bernafas.

Sekiranya menerima Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Bagi Kontak

COVID-19 Di Bawah Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan dan Pengawalan

Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342]:-

a. Tindakan yang perlu dilakukan semasa dalam tempoh pemerhatian

dan pengawasan

i. Tinggal di rumah kediaman sepanjang masa mengikut tempoh yang

diarahkan pegawai yang diberi kuasa/ Pegawai Kesihatan Daerah.

ii. Asingkan diri daripada ahli keluarga yang lain, umpamanya berada

di bilik yang berasingan. Sekiranya perlu berinteraksi dengan ahli

keluarga, anda dikehendaki memakai penutup mulut dan hidung

(mask).

iii. Aturkan dengan waris/saudara-mara/rakan untuk membeli keperluan

harian.

iv. Jika anda terpaksa pergi ke suatu tempat kerana tidak dapat

ditangguhkan, sila hubungi dan dapatkan nasihat daripada Pegawai

Kesihatan Daerah.

v. Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

keluarga/rakan-rakan. Sekiranya saudara-mara, sahabat handai

menziarahi anda – adalah menjadi tanggungjawab anda untuk

mencatatkan nama, nombor telefon dan tarikh kunjungan mereka.

vi. Pasangan, anak-anak, adik-beradik atau mana-mana individu lain

yang tinggal serumah tetapi TIDAK dikenakan perintah pengawasan

dan pemerhatian di rumah adalah BEBAS untuk melakukan aktiviti

seharian mereka.

vii. Anda hanya akan diberi pelepasan oleh Pejabat Kesihatan Daerah

(PKD) daripada menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di

rumah selepas 14 hari dari tarikh akhir anda terdedah kepada kes

yang disahkan COVID-19.

Page 4: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 4

b. Periksa gejala jangkitan

i. Periksa suhu badan setiap hari dan keadaan ini perlu dipantau

selama 14 HARI.

ii. Penutup mulut dan hidung (mask) hendaklah dipakai sepanjang

masa jika anda demam atau batuk sebelum bantuan perubatan tiba.

iii. Jika anda mengalami tanda-tanda berikut, SEGERA hubungi

Pegawai Kesihatan Daerah untuk tindakan selanjutnya.

a. Kesukaran bernafas – tercungap-cungap, pernafasan menjadi

laju atau warna bibir bertukar menjadi kebiruan.

b. Batuk berdarah.

c. Sakit dada yang berterusan.

d. Demam yang berpanjangan sehingga melebihi 3 hari atau

demam yang berulang semula selepas 3 hari.

c. Amalan kebersihan diri

i. Sentiasa amalkan tahap kebersihan diri yang tinggi seperti kerap

mencuci tangan dengan menggunakan air dan sabun atau bahan

pencuci tangan (hand sanitizer) terutamanya selepas batuk atau

bersin.

ii. Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda

menggunakan tisu apabila batuk dan bersin. Sejurus selepas itu,

buang tisu yang telah digunakan ke dalam tong sampah bertutup.

iii. Dapatkan pengudaraan yang baik di dalam rumah.

iv. Bersihkan permukaan dan objek yang mungkin dicemari dengan

kahak, cecair batuk/bersin atau bendalir serupa yang keluar dari

hidung atau mulut dengan menggunakan bahan cucian seperti

clorox. Bancuhan yang disyorkan ialah 1 bahagian clorox kepada 50

bahagian air.

d. Perkara-perkara yang dilarang

i. Menanggalkan penutup mulut dan hidung (mask) apabila dikunjungi

oleh waris atau tetamu.

ii. Meninggalkan rumah kediaman beralamat di atas bagi tujuan

membeli-belah, bersiar-siar ke padang permainan atau ke tempat

awam.

Page 5: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 5

2. Perjalanan ke luar negara

a. Semua warga PSP dinasihatkan agar tidak melancong ke negara-negara

yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19 atas nasihat

Kementerian Kesihatan Malaysia.

b. Bagi warga PSP yang perlu meneruskan perjalanan ke negara-negara

tersebut hendaklah mengamalkan perkara-perkara berikut:-

i. Elakkan daripada mengunjungi tempat tumpuan ramai dan tidak

bergaul rapat dengan mana-mana individu yang bergejala semasa

dalam tempoh lawatan.

ii. Berada dalam jarak selamat yang selamat (sekurang-kurangnya 1

meter) daripada orang yang mempunyai gejala jangkitan saluran

pernafasan seperti demam, batuk, selesema dan sakit tekak.

iii. Sentiasa menjaga kebersihan, khususnya mencuci tangan dengan

cara yang betul menggunakan air dan sabun atau menggunakan

pencuci tangan (hand sanitizer).

iv. Sentiasa membawa bersama penutup mulut dan hidung (face mask)

untuk digunakan apabila perlu semasa dalam tempoh lawatan.

v. Mengamalkan etika batuk yang baik, iaitu menutup mulut dan hidung

dengan tisu apabila batuk mahupun bersin, seterusnya membasuh

tangan serta-merta.

vi. Segera maklumkan kepada Penolong Pegawai Perubatan PSP dan

dapatkan rawatan perubatan di hospital kerajaan berhampiran

sekiranya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan seperti

demam, batuk atau kesukaran bernafas dalam tempoh 14 hari

selepas pulang daripada lawatan tersebut.

vii. Hubungi Pejabat Kesihatan Daerah yang berhampiran untuk

mendapatkan nasihat dan tindakan selanjutnya sekiranya

mempunyai simptom jangkitan COVID-19.

3. Program dan aktiviti dalaman dan luaran

a. Semua aktiviti sukan dan kokurikulum luar ditangguhkan buat

sementara waktu.

b. Program lawatan sambil belajar pihak luar ditangguhkan buat

sementara waktu.

Page 6: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 6

c. Program PSP yang dianjurkan di luar kawasan ditangguhkan buat

sementara waktu.

d. Semua pensyarah dan pelajar yang bergejala dinasihatkan untuk

tidak menyertai program atau aktiviti yang memerlukan penyertaan.

e. Semua penganjur program dan aktiviti dalaman, pensyarah, staf,

pelajar, pekerja dalaman atau pelawat perlu mengamalkan

kebersihan dan langkah pencegahan.

4. Komunikasi

a. Semua kenyataan Pengarah dan keadaan semasa berkenaan

COVID-19 akan dikeluarkan oleh Unit Komunikasi dan Hubungan

Korporat.

b. Semua warga dinasihatkan tidak menyebarkan berita yang tidak

sahih kepada orang perseorangan secara bersemuka atau di

platform media sosial atau jaringan sosial seperti whatsapp,

telegram dan sebagainya.

c. Maklumat rasmi berkaitan perkembangan semasa wabak boleh

didapati dengan menghubungi Unit Komunikasi dan Hubungan

Korporat, Politeknik Seberang Perai di talian 04-538 3322 ext: 1403,

ext:0 atau e-mel: [email protected].

d. Sekiranya anda mempunyai maklumat berkenaan individu yang

dijangkiti tetapi tidak melaporkan kepada PSP, sila kemukakan

aduan kepada Pengarah atau Unit Komunikasi dan Hubungan

Korporat.

e. Maklumat semasa berkenaan perkembangan terkini COVID-19 di

Malaysia boleh diakses melalui e-mel rasmi PSP atau melayari

pautan berikut:-

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

dan

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-

guidelines.

5. Kawalan jangkitan wabak

a. Semua pelajar/staf/pekerja dalaman/pelawat yang bergejala,

mendapat Perintah Pengawasan dan Pemerhatian oleh pegawai

yang diberi kuasa atau Pejabat Kesihatan Daerah atau Pihak

Berkuasa atau disahkan positif COVID-19 dikehendaki melaporkan

kepada En. Khairul Anuar bin Aliasok, Penolong Pegawai Perubatan,

Page 7: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 7

Pusat Kesihatan Politeknik Seberang Perai di talian 04-538 3322 ext:

5221 atau telefon bimbit 016-534 9554.

b. Semua Ketua Jabatan dan Ketua Unit hendaklah memantau dan

mengambil perhatian terhadap kesihatan staf, pelajar dan pekerja

dalaman masing-masing.

c. Semua warga PSP yang bergejala hendaklah mendapatkan rawatan

segera di klinik kesihatan atau hospital.

d. Dalam menghadapi situasi ini, diharapkan semua warga tidak panik

dan terus mengamalkan kebersihan diri, nasihat dan arahan

Kementerian Kesihatan Malaysia dari semasa ke semasa.

e. Bagi penghuni kuarters atau asrama PSP atau kediaman sendiri

yang diberi pelepasan daripada Perintah Pengawasan dan

Pemerhatian perlu memperoleh pengesahan dari Pusat Kesihatan

PSP sebelum masuk ke tempat kerja dan kuliah.

f. Sekiranya terdapat pertanyaan lanjutan atau kemusykilan berkaitan

kesihatan boleh merujuk kepada Penolong Pegawai Perubatan,

Pusat Kesihatan PSP.

6. Keselamatan dan saringan kesihatan

a. Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan akan menjalankan

saringan (pengesan suhu badan) di pintu masuk PSP sebagai

langkah keselamatan.

b. Program dan aktiviti yang dianjurkan di peringkat dalaman boleh

mengadakan kerjasama dengan Penolong Pegawai Perubatan PSP

untuk saringan kesihatan.

Sumber:

Surat Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, 28 Februari

2020 - Hebahan Nasihat Kesihatan Berkaitan Jangkitan COVID-19 untuk Warga

Politeknik dan Kolej Komuniti.

KPM Travel Advisory

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan

http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/2019-ncov-wuhan-guidelines.

https://www.infosihat.gov.my/index.php/wabak-novel-coronavirus-atau-2019ncov

Kenyataan Akhbar Ketua Pengarah Kesihatan Situasi Semasa Jangkitan Penyakit

Coronavirus 2019 (COVID-19) di Malaysia hingga yang terkini.

Page 8: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 8

CARTA ALIR PENGURUSAN STAF/PELAJAR/PELAWAT SELEPAS PULANG

DARI NEGARA-NEGARA YANG DIJANGKITI WABAK COVID-19 ATAU

PERINTAH PENGAWASAN DAN PEMERHATIAN ATAU BERGEJALA

Pelajar/Staf/Pekerja

Dalaman/Pelawat hendaklah

melapor diri pada

Pusat Kesihatan Politeknik Seberang Perai

SARINGAN

Bergejala

Terima Perintah Pengawasan di rumah dari

Pej. Kesihatan Daerah (KKM) Hubungi Hospital KKM terdekat

Tiada Gejala

Pengawasan di rumah selama 14 hari

selepas balik dari negara yang dijangkiti.

Diberikan Health Alert Card dan Health

Assessment Tolls.

Dibebaskan dari Perintah Pengawasan di rumah. Akan disahkan oleh Pusat Kesihatan PSP.

Teruskan dengan proses kemasukan

Menunjukkan simptom

dalam tempoh 14 hari

Memenuhi kriteria

kemasukan

TAMAT

YA

TIDAK

YA

TIDAK

Page 9: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 9

SENARAI PEJABAT KESIHATAN DAERAH DAN HOSPITAL

BERHAMPIRAN

Senarai Pejabat Kesihatan Negeri Pulau Pinang

BIL ALAMAT PEJABAT KESIHATAN NO.TELEFON NO. FAKS

1 Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut Jalan Perak 11600 Pulau Pinang 11600 Georgetown Pulau Pinang

04-2828500 04-2819500

2 Pejabat Kesihatan Daerah Barat Daya JKR 2761 (P) Air Putih 11000 Balik Pulau Pulau Pinang

04-8668357 04-8660745

3 Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Utara Aras 1, Wisma Persekutuan Jalan Bertam 2 Kepala Batas Pulau Pinang 13200 Butterworth Pulau Pinang

04-5755533 04-5754433

4 Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Tengah Lot 89, Mukim 17, Berapit 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang

04-5382453/ 5381454/ 5381455

04-5374595

5 Pejabat Kesihatan Daerah Seberang Perai Selatan Lot 1866, Mukim 7, Jalan Bukit Panchor, 14300 Nibong Tebal Pulau Pinang

04-5931679/5892 04-5939086

6 Pejabat Kesihatan Pelabuhan dan Lapangan Terbang Tingkat 1, Bagunan Tuanku Syed Putra Downing, 10300 Pulau Pinang 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang

04-2611264 04-2610964

7 Pejabat Kesihatan Lapangan Terbang Pulau Pinang Lapangan Terbang Antarabangsa Timur Laut 11900 Bayan Lepas Pulau Pinang

04-6436596

04-6461928

Page 10: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 10

Senarai Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dan Kulim, Kedah

BIL ALAMAT PEJABAT KESIHATAN NO.TELEFON NO. FAKS

1 Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda, No 81, Jln Padang, 09800 Sungai Petani, Kedah.

04-4213355 / 4214455

04-4210076 / 4223149

2 Pejabat Kesihatan Daerah Kulim, 09000 Kulim.

04-4906170 04-4911843

Page 11: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 11

Senarai Hospital Kerajaan di Pulau Pinang

BIL ALAMAT HOSPITAL NOMBOR TELEFON NOMBOR FAKS

1 Hospital Pulau Pinang Jalan Residensi 10990 Pulau Pinang

04-2225333 04-2281737

2 Hospital Balik Pulau 11000 Balik Pulau Pulau Pinang

04-8669333 04-8666058

3 Hospital Bukit Mertajam Jalan Kulim 14000 Bukit Mertajam Pulau Pinang

04-5497333 04-5389333

4 Hospital Seberang Jaya Jalan Tun Hussein Onn 13700 Seberang Jaya Pulau Pinang

04-3827333 04-3970754

5 Hospital Kepala Batas Jalan Bertam 2 13200 Kepala Batas Pulau Pinang

04-5793333 04-5791088

6 Hospital Sungai Bakap 14200 Sungai Jawi Seberang Perai Selatan Pulau Pinang

04-5824333 04-5822494

Senarai Hospital Kerajaan di Sungai Petani dan Kulim

BIL ALAMAT HOSPITAL NOMBOR TELEFON NOMBOR FAKS

1 Hospital Sultan Abdul Halim Jalan Lencongan Timur Bandar Amanjaya 08000 Sungai Petani Kedah

04-4457333 04-4480092

2 Hospital Kulim Jalan Mahang (Kulim Hi-Tech Park) 09000 Kulim Kedah Darul Aman

04-427 2733 04-490 0760

Page 12: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 12

Page 13: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 13

Page 14: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 14

Page 15: GARIS PANDUAN DAN LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN … · Amalkan adab batuk yang baik. Tutup mulut dan hidung anda dengan ... Elakkan daripada berhubung secara dekat dengan ahli-ahli

Muka surat | 15