garis panduan cpe cosec ls lampiran

12

Upload: others

Post on 09-Nov-2021

14 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN
Page 2: GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN
Page 3: GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN

GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN

Intermediari Korporat

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN MANDATORI

’SSM CONTINUING PROFESIONAL EDUCATION (CPE) POINTS’ DAN

SYARAT-SYARAT BARU LESEN SETIAUSAHA SYARIKAT

1. Setiausaha syarikat diwajibkan menghadiri kursus/seminar berkaitan

profesion kesetiausahaan syarikat dan hal ehwal korporat dengan jumlah

kehadiran minima sebanyak 60 mata SSM CPE dalam tempoh tiga tahun

berkuatkuasanya lesen iaitu sebelum permohonan pembaharuan lesen dibuat

yang akan mula dikuatkuasakan pada 04 Januari 2010.

2. Permohonan pembaharuan lesen hendaklah dibuat dengan mengemukakan

borang 48C dan bayaran tidak lewat 30 hari sebelum lesen tamat tempoh

dengan melampirkan salinan sijil kehadiran kursus/seminar yang dihadiri

bagi pengiraan mata CPE.

3. Pembaharuan kali pertama selepas berkuatkuasanya pelaksanaan SSM CPE

setiausaha syarikat perlu menghadiri kursus/seminar di atas bagi

mendapatkan minima 60 mata CPE iaitu minima 40% (24 mata CPE) bagi

kursus/seminar anjuran Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia

(COMTRAC) dan minima 60% (36 mata CPE) bagi kursus anjuran badan

profesional yang diiktiraf atau anjuran organisasi yang lain atau boleh

menghadiri kursus/seminar anjuran COMTRAC bagi mendapatkan

keseluruhan minima 60 mata CPE tersebut.

4. Licensed Secretaries Training Programme (LSTP) anjuran COMTRAC adalah

kursus mandatori yang perlu dihadiri sekali (1) bagi ke semua tiga (3) tahap

LSTP. LSTP ini akan memberikan 24 mata CPE (40%) kepada peserta yang

hadir

Page 4: GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN

5. Pengiraan mata CPE tertakluk seperti berikut:

5.1 Lesen tamat tempoh pada tahun 2011, setiausaha syarikat perlu

menghadiri kursus/seminar minima sebanyak 20 mata CPE;

5.2 Lesen tamat tempoh pada tahun 2012, setiausaha syarikat perlu

menghadiri kursus/seminar minima sebanyak 40 mata CPE; dan

5.3 Lesen tamat tempoh pada tahun 2013, setiausaha syarikat perlu

menghadiri kursus/seminar minima sebanyak 60 mata CPE.

6. Pembaharuan lesen akan diluluskan apabila mata CPE yang diperlukan telah

mencukupi.

7. Pembaharuan lesen berikutnya setiausaha syarikat perlu menghadiri 60 mata

CPE dalam tempoh setiap 3 tahun bagi kursus seperti dinyatakan di perkara

3 di atas; dan

8. Sekiranya setiausaha syarikat tidak mematuhi syarat lesen tersebut,

pembaharuan lesen tidak akan diluluskan.

Page 5: GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN

FAQs CPE COSEC LS LAMPIRAN

Intermediari Korporat

1

PELAKSANAAN MANDATORI ’SSM CONTINUING PROFESIONAL

EDUCATION (CPE) POINTS’

1. Apakah ’SSM Continuing Profesional Education (CPE) Points’?

’SSM Continuing Profesional Education (CPE) Points’ diwajibkan kepada

setiausaha syarikat berlesen di mana setiausaha syarikat perlu menghadiri

kursus/seminar berkaitan profesion kesetiausahaan syarikat dan hal ehwal

korporat sebanyak enam puluh (60) mata CPE minima dalam tempoh tiga

tahun berkuatkuasanya lesen iaitu sebelum permohonan pembaharuan lesen

setiausaha syarikat dibuat. Kehendak tersebut akan dimasukkan dalam

syarat-syarat lesen bagi lesen baru dan pembaharuan yang dikuatkuasakan

bermula pada 04 Januari 2010.

2. Bilakah masanya ‘SSM CPE Points’ akan diperkenalkan kepada

setiausaha syarikat berlesesn?

SSM CPE akan diperkenalkan serentak dengan syarat-syarat baru lesen

iaitu mulai pada 04 Januari 2010.

3. Bila permohonan pembaharuan lesen setiausaha syarikat perlu

dibuat?

Permohonan perlu dibuat tidak lewat 30 hari sebelum tarikh lesen tamat

dengan mengemukakan borang 48C dan bayaran beserta salinan sijil

kehadiran kursus/seminar untuk pengesahan pengiraan mata CPE.

Permohonan pembaharuan lesen digalakkan dibuat melalui e-lodgement.

4. Apakah tujuan SSM CPE diadakan?

Untuk melaksanakan penguatkuasaan seimbang dalam memastikan

setiausaha syarikat berlesen mempunyai kemahiran dan tahap kompetensi

yang tinggi untuk mematuhi kehendak Akta Syarikat 1965 dan Peraturan

Page 6: GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN

FAQs CPE COSEC LS LAMPIRAN

Intermediari Korporat

2

Syarikat-Syarikat 1966 sepertimana kehendak seksyen 139B(3) Akta Syarikat

1965.

5. Siapakah yang perlu mematuhi ‘SSM CPE Point’?

Setiausaha syarikat berlesen di bawah seksyen 139A(b) Akta Syarikat

1965.

6. Apakah kursus/seminar yang perlu diikuti bagi mematuhi ‘SSM

CPE Point’?

Kursus/seminar berkaitan profesion kesetiausahaan syarikat dan hal

ehwal korporat atau perundangan syarikat atau perakaunan atau kewangan

samada anjuran Akademi Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (COMTRAC)

atau badan-badan profesional yang diiktiraf atau organisasi yang lain. Licensed

Secretaries Training Programme (LSTP) anjuran COMTRAC adalah kursus

mandatori yang perlu dihadiri sekali (1) bagi ke semua tiga (3) tahap LSTP.

LSTP ini akan memberikan 24 mata CPE (40%) kepada peserta yang hadir.

7. Apakah definasi badan-badan profesional yang diiktiraf?

Badan-badan profesional yang diiktiraf bermaksud tujuh (7) badan

profesional yang telah diiktiraf di bawah seksyen 139A(a) Akta Syarikat 1965

seperti berikut:

(i) The Malaysian Association of the Institute of Chartered

Secretaries and Administrators (MAICSA);

(ii) The Malaysian Institute of Accountants (MIA);

(iii) The Malaysian Institute of Certified Public Accountants (MICPA);

(iv) The Malaysian Bar;

(v) The Sabah Law Association;

(vi) The Advocates’ Association of Sarawak; dan

(vii) The Malaysian Association of Company Secretaries (MACS).

Page 7: GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN

FAQs CPE COSEC LS LAMPIRAN

Intermediari Korporat

3

8. Apakah definisi organisasi yang lain?

Organisasi yang lain bermaksud mana-mana organisasi/institusi selain

dari SSM atau badan professional yang diiktiraf di perkara 7 di atas yang

menganjurkan kursus/seminar berkaitan profesion kesetiausahaan syarikat

dan hal ehwal korporat atau perundangan syarikat atau perakaunan atau

kewangan.

9. Bagaimanakah caranya saya hendak menghubungi Akademi

Latihan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (COMTRAC) bagi mendapatkan

maklumat kursus latihan/ seminar yang dikendalikannya?

Anda boleh menghubungi:

COMTRAC

(Companies Commission of Malaysia Training Academy)

Level 11 Putra Place,

100, Jalan Putra

50622 Kuala Lumpur

Tel: 03 40479658 / 6018 /6251 (Zalina Noor/Noor Fadhlina)

Fax: 03 4047 6334 /6052

Email : [email protected]

10. Berapakah mata SSM CPE bagi kursus/seminar yang perlu

dihadiri?

60 mata CPE dalam tempoh 3 tahun berkuatkuasanya lesen. Minima 20

mata CPE bagi setiap tahun.

Page 8: GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN

FAQs CPE COSEC LS LAMPIRAN

Intermediari Korporat

4

11. Bagaimanakah pembahagian mata SSM CPE sekiranya saya

menghadiri kursus anjuran SSM dan kursus anjuran badan profesional

yang lain?

Pembahagian keseluruhan mata wajib minima 60 mata CPE ialah seperti

berikut:

(i) Minima 40% SSM CPE (24 mata) bagi kursus anjuran COMTRAC ;

dan

(ii) Minima 60% SSM CPE (36 mata) bagi kursus anjuran badan

profesional seperti yang dinyatakan di perkara 6 di atas.

12. Bolehkan saya mengumpul mata SSM CPE dengan hanya

menghadiri kursus seminar anjuran SSM sahaja dan tidak mengikuti

kursus anjuran lain-lain badan atau intitusi?.

Boleh menghadiri kursus-kursus anjuran COMTRAC bagi mendapatkan

keseluruhan 60 mata CPE tersebut. Minima 20 mata CPE bagi setiap tahun.

13. Bolehkah saya mengumpul mata CPE dengan hanya menghadiri

kursus/seminar anjuran badan profesional yang diiktiraf atau lain-lain

organisasi profesional sahaja dengan tidak menghadiri

kursus/seminar anjuran SSM?

Tidak boleh, rujuk perkara 11 di atas.

14. Bagaimanakah jika saya gagal mematuhi syarat mata CPE

tersebut?

Pembaharuan lesen tidak akan dipertimbangkan di mana tindakan di

bawah seksyen 139C(2) Akta Syarikat 1965 akan diambil terhadap setiausaha

syarikat berkenaan.

Page 9: GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN

FAQs CPE COSEC LS LAMPIRAN

Intermediari Korporat

5

15. Bagaimanakah pengiraan mata SSM CPE tersebut?

Pengiraan mata SSM CPE seperti berikut:

(i) Lesen tamat tempoh pada tahun 2010, setiausaha syarikat

dikecualikan dari pengiraan mata CPE tetapi digalakkan untuk

menghadiri mana-mana kursus/seminar;

(ii) Lesen tamat tempoh pada tahun 2011, setiausaha syarikat perlu

menghadiri kursus/seminar bagi memenuhi minima sebanyak 20

mata CPE;

(iii) Lesen tamat tempoh pada tahun 2012, setiausaha syarikat perlu

menghadiri kursus/ seminar bagi memenuhi minima sebanyak 40

mata CPE;

(iv) Lesen tamat tempoh pada tahun 2013, setiausaha syarikat perlu

menghadiri kursus/seminar bagi memenuhi minima sebanyak 60

mata CPE;

(v) Pengiraan jumlah mata CPE akan dikira berdasarkan sijil

kehadiran kursus/seminar yang dihadiri seperti yang dinyatakan

di perkara 6 di atas. Bagi latihan sehari (sekurang-kurangnya 8

jam) sebanyak 8 mata CPE akan diberikan; dan

(vi) Pembaharuan lesen berikutnya setiausaha syarikat perlu

menghadiri minima 60 jam mata CPE dalam tempoh setiap 3

tahun iaitu minima 40% mata wajib kursus/seminar anjuran

COMTRAC dan minima 60% mata CPE anjuran badan-badan

profesional yang lain.

16. Apakah faedah dan kelebihan SSM CPE?

Meningkatkan tahap profesionalisma yang tinggi di kalangan setiausaha

syarikat terhadap kehendak Akta Syarikat 1965 dan peraturannya selaras

dengan takrifan seksyen 4 Akta Syarikat 1965 yang mengiktiraf setiausaha

syarikat sebagai pegawai syarikat. Setiausaha syarikat yang mahir dengan

kehendak Akta Syarikat dan peraturannya akan dapat mendorong keyakinan

pelabur-pelabur terutamanya pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

Page 10: GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN

FAQs CPE COSEC LS LAMPIRAN

Intermediari Korporat

6

17. Sekiranya saya seorang pensyarah/penceramah berkaitan hal

ehwal korporat, adakah saya boleh dikecualikan daripada syarat

syarat SSM CPE tersebut?

Akan dipertimbangkan pengecualian sekiranya tiada rekod kesalahan

yang pernah dilakukan di bawah Akta Syarikat 1965 dan Peraturan Syarikat

1966 juga telah menunjukan bukti sebagai seorang pensyarah/penceramah

yang mempunyai kepakaran dalam bidang hal ehwal korporat. Dalam hal ini

setiausaha syarikat perlu membuat permohonan khas pengecualian secara

bertulis kepada Pendaftar Syarikat sebelum lesen tamat tempoh dengan

melampirkan salinan kursus/seminar yang melantik beliau sebagai

penceramah/tenaga pengajar.

18. Sekiranya telah menghadiri 70 jam kredit dalam tempoh 3

tahun, bolehkah 10 jam kredit lebihan tersebut di bawa ke tempoh

pembaharuan berikutnya?

Lebihan jam kredit tidak boleh dibawa dari satu tempoh ke tempoh

seterusnya. Setiap tempoh akan bermula dengan pemberian jam kredit yang

baru.

19. Saya telah menghadiri LSTP sebelum tarikh berkuatkuasanya

CPE, adakah LSTP tersebut boleh diambil kira dalam pembaharuan

lesen?

Boleh diambil kira untuk pemberian mata CPE kerana ia perlu dihadiri

hanya sekali (1) bagi ke semua tiga (3) tahap dan perlu hadir kursus-kursus

lain bagi mencukupi minima sebanyak 60 mata CPE.

Page 11: GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN

FAQs CPE COSEC LS LAMPIRAN

Intermediari Korporat

7

20. Saya telah menghadiri kursus-kursus profesional hal ehwal

korporat sebelum tarikh berkuatkuasanya CPE pada 4 Januari 2010,

adakah kurusus-kursus hal ehawal korparat tersebut boleh diambil

kira dalam pembaharuan lesen?

Bagi kursus lain selain LSTP hanya akan diambil kira mata CPE bagi

kursus yang dihadiri selepas berkuatkuasanya SSM CPE iaitu pada atau

selepas 4 Januari 2010.

21. Saya tinggal di kawasan pendalaman Sabah & Sarawak, adakah

saya perlu memenuhi syarat 60 jam kredit CPE tersebut?

Tiada pengecualian, walau di mana kawasan.

22. Sekiranya saya telah menghadiri kursus/seminar korporat yang

dianjur oleh syarikat tempat saya bertugas (kursus latihan dalaman)

dan menyatakan mata CPE, adakah SSM CPE diambil kira?

SSM akan mengambilkira mata CPE maksima untuk latihan sehari

(sekurang-kurangnya 8 jam) sebanyak 8 mata CPE. Jenis kursus yang dihadiri

seperti dinyatakan di perkara 6 di atas dan pembahagian mata CPE seperti

dinyatakan di perkara 11 di atas.

23. Saya adalah seorang pemegang lesen setiausaha syarikat di

bawah s139A(b) AS1965 tetapi saya tidak menjadi setiausaha syarikat

dalam mana-mana syarikat, adakah saya perlu memenuhi 60 jam

kredit CPE tersebut?

Semua pemegang lesen perlu mematuhi syarat-syarat lesen dan syarat

CPE ini kerana lesen setiausaha syarikat akan dibatalkan oleh Pendaftar

Syarikat sekiranya didapati selepas tempoh 6 bulan lesen dikeluarkan pihak

pemegang lesen masih belum bertindak sebagai setiausaha syarikat. Perkara

ini telah dinyatakan dalam syarat baru lesen yang berkuatkuasa pada 04

Januari 2010.

Page 12: GARIS PANDUAN CPE COSEC LS LAMPIRAN

FAQs CPE COSEC LS LAMPIRAN

Intermediari Korporat

8

24. Saya seorang pemegang lesen setiausaha syarikat tetapi masih

belum dilantik sebagai setiausaha syarikat dalam mana-mana syarikat,

adakah saya wajib memenuhi SSM CPE tersebut?

Perlu, sila rujuk perkara 23 di atas.

25. Bagaimana saya hendak mendapatkan bantuan jika menghadapi

masalah dengan SSM CPE ini dan dengan siapakah saya boleh

membuat pertanyaan?

Anda boleh menghubungi:-

Tel: 603-40476221 atau 03 40476181

Faks: 603-40476331 atau

Emel: [email protected] atau [email protected] atau

[email protected] atau [email protected]

Disediakan oleh:

Seksyen Intermediari Korporat

Bahagian Pematuhan

10 Disember 2009