garis panduan 2-2010 -penggunaan kredit · pdf file2 3.2 cukai pendapatan petroleum, termasuk...

2
1 GPHDN 2 /2010 GARIS PANDUAN LHDNM PENGGUNAAN KREDIT CUKAI PENDAPATAN SEBAGAI TOLAKAN 1. Kredit cukai bagi sesuatu tahun taksiran wujud daripada: 1.1 Lebihan bayaran pada tarikh taksiran disifatkan atau taksiran formal dibangkitkan, 1.2 Cukai dikurangkan, 1.3 Tuntutan kredit cukai di bawah seksyen 110 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 / seksyen 51 Akta Kewangan 2007. [ Potongan Cukai Bulanan (PCB) atau bayaran ansuran bagi tahun taksiran semasa di bawah seksyen 107, 107B atau 107C ACP 1967 dan bayaran pendahuluan bagi kes siasatan atau audit tidak dianggap sebagai kredit cukai ] 2. Kredit cukai akan digunakan untuk menjelaskan tanggungan cukai pendapatan terlebih dahulu mengikut keutamaan berikut: 2.1 Cukai pendapatan tertunggak termasuk kenaikan cukai yang layak dikenakan bagi tahun semasa dan tahun-tahun sebelum; 2.2 Hutang di bawah seksyen 108 ACP 1967 / subseksyen 48(2) Akta 683 Akta Kewangan 2007 dan seksyen 49 Peruntukan Kecualian Dan Peralihan Akta 693 Akta Kewangan 2009, termasuk kenaikan cukai yang layak dikenakan; 2.3 Ansuran dan kenaikan cukai yang layak dikenakan di bawah seksyen 107B / 107C bagi ansuran luput tarikh bayaran. 3. Selaras dengan subseksyen 111(4A) ACP 1967 yang baru, Ketua Pengarah akan selepas itu menggunakan apa-apa lebihan kredit cukai untuk menolak: 3.1 Cukai keuntungan harta tanah tertunggak, termasuk kenaikan cukai yang layak dikenakan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; dan

Upload: doanthu

Post on 06-Feb-2018

234 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: GARIS PANDUAN 2-2010 -PENGGUNAAN KREDIT · PDF file2 3.2 Cukai pendapatan petroleum, termasuk ansuran luput tarikh bayaran dan kenaikan cukai yang layak dikenakan di bawah Seksyen

1

GPHDN 2 /2010 GARIS PANDUAN LHDNM PENGGUNAAN KREDIT CUKAI PENDAPATAN SEBAGAI TOLAKAN

1. Kredit cukai bagi sesuatu tahun taksiran wujud daripada:

1.1 Lebihan bayaran pada tarikh taksiran disifatkan atau taksiran formal dibangkitkan,

1.2 Cukai dikurangkan,

1.3 Tuntutan kredit cukai di bawah seksyen 110 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 /

seksyen 51 Akta Kewangan 2007. [ Potongan Cukai Bulanan (PCB) atau bayaran ansuran bagi tahun taksiran semasa di

bawah seksyen 107, 107B atau 107C ACP 1967 dan bayaran pendahuluan bagi kes

siasatan atau audit tidak dianggap sebagai kredit cukai ]

2. Kredit cukai akan digunakan untuk menjelaskan tanggungan cukai pendapatan terlebih

dahulu mengikut keutamaan berikut:

2.1 Cukai pendapatan tertunggak termasuk kenaikan cukai yang layak dikenakan bagi

tahun semasa dan tahun-tahun sebelum; 2.2 Hutang di bawah seksyen 108 ACP 1967 / subseksyen 48(2) Akta 683 Akta

Kewangan 2007 dan seksyen 49 Peruntukan Kecualian Dan Peralihan Akta 693

Akta Kewangan 2009, termasuk kenaikan cukai yang layak dikenakan; 2.3 Ansuran dan kenaikan cukai yang layak dikenakan di bawah seksyen 107B / 107C

bagi ansuran luput tarikh bayaran.

3. Selaras dengan subseksyen 111(4A) ACP 1967 yang baru, Ketua Pengarah akan selepas

itu menggunakan apa-apa lebihan kredit cukai untuk menolak: 3.1 Cukai keuntungan harta tanah tertunggak, termasuk kenaikan cukai yang layak

dikenakan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; dan

Page 2: GARIS PANDUAN 2-2010 -PENGGUNAAN KREDIT · PDF file2 3.2 Cukai pendapatan petroleum, termasuk ansuran luput tarikh bayaran dan kenaikan cukai yang layak dikenakan di bawah Seksyen

2

3.2 Cukai pendapatan petroleum, termasuk ansuran luput tarikh bayaran dan kenaikan

cukai yang layak dikenakan di bawah Seksyen 48 dan 49A Akta Petroleum (Cukai Pendapatan)1967.

4. Permohonan perlu dibuat kepada Cawangan Pungutan atau Unit Pungutan cawangan

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) yang berkenaan jika baki lebihan kredit

cukai selepas mengambil kira perenggan 3 dan 4 di atas, ingin digunakan untuk

menjelaskan: 4.1 Ansuran di bawah seksyen 107B / 107C yang belum luput tarikh bayaran bagi

tahun taksiran semasa dan tahun taksiran berikutnya; atau

4.2 Cukai syarikat lain dalam kumpulan yang sama.

5. Bagi tujuan perenggan 4.2 di atas, dokumen-dokumen berikut perlu disertakan bersama

permohonan: 5.1 Struktur organisasi syarikat yang menunjukkan hubungan syarikat pemberi dan

syarikat penerima dalam kumpulan syarikat yang sama.

5.2 Bagi syarikat tempatan:

i. Resolusi Lembaga Pengarah yang dimeterai biasa dan ditandatangani penuh

oleh semua pengarah syarikat untuk membenarkan perpindahan kredit cukai

berkaitan; dan

ii. Borang 49 [subseksyen 141(6) Akta Syarikat 1965] yang diakui sah oleh

Setiausaha Syarikat dengan nama dan alamat penuh beliau dicatatkan.

5.3 Bagi syarikat asing:

i. Surat Ikatan Penyerahan (Deed of Assignment); atau

ii. Resolusi Lembaga Pengarah seperti di perenggan 5.2 (i) di atas.

6. Syarikat tidak boleh menuntut balik lebihan kredit cukai yang sudah digunakan untuk

menolak cukai syarikat lain dalam kumpulan yang sama. Tarikh penggunaan kredit cukai

ialah pada tarikh permohonan dan dokumen lengkap diterima oleh LHDNM.

LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA

30 Disember 2010