gangsterisme.docx

43
GANGSTERISME PENGENALAN Gejala sosial dikalangan remaja di negara kita sekarang semakin hari semakin menjadi-jadi.Dimanakah silapnya sehingga anak-anak remaja ini boleh terlibat dengan gajala yang tidak sihat ini.Adakah salah guru yang mendidik tidak betul?Adakah salah ibu bapa yang kurang memberi kasih sayang? Atau diri sendiri yang terlalu mengikut jiwa muda remaja. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan wujudnya gangsterisme ini dikalangan pelajar dan disebabkan itu semua pihak harus memainkan peranan dalam membanteras gejala ini daripada lebih teruk.Gejala ini perlu ditangani kerana ia boleh mempengaruhi pelajar dalam kegiatan lain seperti buli,penagihan dadah,ponteng sekolah,ketagihan alkohol ,kekerasan dan rogol.Hal ini menjadi bertambah serius apabila terdapat juga pelajar perempuan dan murid sekolah rendah yang dikesan terlibat dalam tingkah laku bermasalah ini menjadi satu fenomena yang dianggap semakin menular di kalangan remaja.peningkatannya kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan Negara.Ternyata mereka semakin berani

Upload: jass388

Post on 11-Jan-2016

100 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: GANGSTERISME.docx

GANGSTERISME

PENGENALAN 

Gejala sosial dikalangan remaja di negara kita sekarang semakin hari

semakin menjadi-jadi.Dimanakah silapnya sehingga anak-anak remaja ini boleh

terlibat dengan gajala yang tidak sihat ini.Adakah salah guru yang mendidik tidak

betul?Adakah salah ibu bapa yang kurang memberi kasih sayang? Atau diri sendiri

yang terlalu mengikut jiwa muda remaja.

Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan wujudnya gangsterisme ini

dikalangan pelajar dan disebabkan itu semua pihak harus memainkan peranan

dalam membanteras gejala ini daripada lebih teruk.Gejala ini perlu ditangani kerana

ia boleh mempengaruhi pelajar dalam kegiatan lain seperti buli,penagihan

dadah,ponteng sekolah,ketagihan alkohol ,kekerasan dan rogol.Hal ini menjadi

bertambah serius apabila terdapat juga pelajar perempuan dan murid sekolah

rendah yang dikesan terlibat dalam tingkah laku bermasalah ini menjadi satu

fenomena yang dianggap semakin menular di kalangan remaja.peningkatannya

kelihatan seiring dengan kemajuan dan pembangunan Negara.Ternyata mereka

semakin berani mencabar uundang-undang dan tidak takut melakukan kesalahan

jenayah termasuk menggunakan senjata merbahaya.

DEFINISI GANGSTERISME

Page 2: GANGSTERISME.docx

Kamus Dewan edisi ke 4 Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP) 2010 halaman

458, gengsterisme  didefinisikan   kegiatan gengster atau kumpulan sulit dalam

sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah tertentu. Menurut Trasher

(1963) yang merupakan pelopor awal tentang kajian gangsterisme mengutarakan

bahawa pada awal remaja golongan ini berpotensi untuk mewujudkan

gang.Golongan ini mudah terdedah dengan keadaan persekitaran dengan syarat

mereka dapat memperolehi keseronokan dalam kumpulan mereka.

            Thrasher (1961) juga mendefinisikan gang sebagai satu kumpulan yang

mempunyai ciri-ciri seperti mengikut tingkahlaku yang sama,perjumpaan secara

bersemuka,gerakan secara berunit,konflik dan mempunyai perancangan.Trasher

(1963) menyatakan bahawa kewujudan gangster adalah hasil daripada

perkembangan sesuatu kumpulan rakan sepermainan juvenile yang bertukar

kepada pelakuan deviant.Secara evolusi kumpulan ini menjadi satu kumpulan

gangster yang seringkali melakukan tindakan-tindakan ganas yang bercorak anti

social.Ikatan yang pada mulanya tidak sehaluan bertukar menjadi lebih erat

ditambah semangat setia kawan atau kukuh serta serta mengamalkan tradisi

kumpulan.

FAKTOR-FAKTOR GANGSTERISME

            Terdapat pelbagai punca yang menyebabkan berlakunya gejala social ini di

kalangan pelajar sekolah.Punca  utama adalah di atas faktor terpengaruh dengan

rakan sebaya.Ini kerana di peringkat remaja ini,remaja lebih banyakl meluangkan

masa dengan rakan-rakan sebaya dan ini pengaruh rakan sebaya memberi impak

yang besar dalam kehidupan mereka.Sikap ingin mencuba dalam diri remaja

ditambah pula dengan ajakan rakan-rakan lain mengguatkan lagi godaan terhadap

gejala-gejala negatif.Sikap ini yang menyebabkan mereka mudah meniru dan

terpengaruh dengan rakan sebaya,lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan

menghadapi masalah keluarga.

            Faktor diri sendiri ini wujud apabila ada golongan remaja yang ingin

merasakan diri hebat.Ini adalah kerana remaja pada peringkat umur tersebut

berasakan diri mereka sudah dewasa dan ingin melakukan sesuatu yang diluar

kebiasaan.Selain itu,ada juga sebilangan kecil mereka yang inginkan penghormatan

Page 3: GANGSTERISME.docx

dan kuasa di kalangan mereka.Oleh sebab itu,secara tidak langsung remaja

tersebut mengambil kesempatan untuk melakukan sesuatu yang tidak baik pelajar

lain yang lemah.

            Dalam mengejar wang dan kebendaan dalam meneruskan kelangsungan

hidup.Memang tidak dinafikan ramai ibu bapa yang tidak berpeluang menghabiskan

masa yang berharga semasa proses pembesaran anak-anak mereka demi

memperoleh kehidupan yang lebih berkualiti. Anak-anak yang terasa diri terabai

atau kurang perhatian dan kasih ini akan mula mencari tempat untuk memperoleh

perhatian daripada masyarakat.Instituisi keluarga yang tidak kukuh dan porak –

peranda seperti ibu-bapa suka bertengkar,sentiasa pulang dalam keadaan

mabuk,kaki perempuan,suka berleter dan mengongkong anak-anak juga boleh

menyumbang kearah gejala ini.Selain itu,jika ibu kurang memberi didikan agama

maka mereka tidak dapat menerapkan nilai-nilai murni dan nilai-nilai agama dalam

jiwa anak-anak.Anak-anak ini akan selalu berasa tidak selesa berada di rumah dan

akan selalu mengalami tekanan perasaan lalu jiwa  mereka yang muda itu akan

memberontak,melawan,terlibat dengan aktiviti tidak sihat sebagai salah satu cara

mereka melepaskan segala tekanan yang mereka hadapi.

Faktor persekitaran juga turut menjadi punca,yang harus dibanteras kerana

bila remaja terdedah dengan persekitaran yang tidak sihat mereka akan membuat

persepsi bahawa perbuatan tersebut boleh dilakukan dan tidak memberi impak

kepada mereka.Ini jelas dikawasan perumah setinggan atau flat-flat kos

rendah ,remaja akan sentiasa menghabiskan masa di luar rumah kerana tempat

tinggal mereka tidak selesa dengan bilangan ahli keluarga yang ramai di rumah

yang kecil dan sempit.

                        Media massa juga turut menjadi faktor dalam mempengaruhi remaja

sekarang.Sebagai contoh perkembangan filem sekarang banyak menjurus kepada

masalah sosial seperti gangsterisme.Ini akan menjadi ikutan mereka kerana remaja

akan meniru aksi,pertuturan dan tingkahlaku yang ditayangkan .Ini boleh

merosakkan mereka kerana remaja ini akan terpengaruh dengan seolah-olah apa

yang mereka lihat itu  merupakan satu realiti dalam kehidupan.

Page 4: GANGSTERISME.docx

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI GENGSTERISME

            Langkah-langkah yang berkesan perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk

membantu sekurang-kurang mengurangkan gejala gangsterisme daripada menjadi

kudis dalam masyarakat kita.Peranan dan keprihatinan ibu bapa adalah sangat

penting dalam membangunkan sahsiah diri remaja.Dalam ibu bapa mengejar harta

dunia dalam meneruskan kelangsungan hidup ,kepentingan anak-anak juga mesti

diambil kira.Mereka ini memerlukan kasih sayang,perhatian dan didikan yang

sempurna dalam menghadapi kehidupan yang mencabar ini.Ibu bapa perlu

mengambil tahu apa saja aktiviti yang anak lakukan untuk menimbulkan rasa ambil

berat ibu bapa dan sentiasa memberi motivasi dalam aktiviti mereka supaya aktiviti

yang dilakukan benar-benar terisi dengan aktiviti yang sihat,Ibu bapa juga selalu

berkomunikasi dan berinteraksi dengan anak-anak remaja supaya segala persoalan

mereka dapat di selesaikan dan dari situ ibu bapa boleh mengikuti perkembangan

remaja mereka dan sifat remaja  yang banyak benda baru yang mereka hendak

terokai berada dilandasan yang betul.

            Kerajaan juga memainkan peranan yang penting dalam bersama-sama

menangani masalah gangsterisme ini.Tindakan yang lebih keras perlu diambil

dalam membendung gejala ini daripada terus merebak.Tingkatkan lagi

penguatkuasaan dalam penyiaran drama-drama atau filem-filem berunsur ganas

dan jenayah boleh dilakukan.Undang-undang yang ketat melalui tindakan ini akan

menyedarkan semua pihak bahawa kerajaan benar-benar serius dalam menangani

isu ini daripada berlarutan.Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen –

kempen membanteras gejala samseng dan jenayah serta memberi pengetahuan

kepada ibu bapa dalam mendidik dan memahami tingkah laku anak-anak terutama

anak remaja mereka. Ini supaya masyarakat membuka mata untuk sama-sama

memberi sokongan dalam menangani masalah ini.

            Media massa boleh sama-sama menjalankan peranan dalam menangani

masalah gansterisme ini.Ini kerana Media massa  yang begitu berpengaruh ini

sepatutnya memperbanyakkan siaran yang lebih membentuk insan-insan yang

berjaya daripada menayangkan cerita-cerita yang memberi impak negatif.Remaja

yang merupakan tonggak negara masa depan ini harus sentiasa di beri ingatan

kerana mereka ini bakal memimpin negara.Bagaimana mereka ingin memimpin

Page 5: GANGSTERISME.docx

negara jika diri mereka sendiri pun tidak terurus dan terlibat gejala sosial.Apa akan

terjadi kepada negara kita jika ini yang bakal memimpin negara suatu masa hari

nanti.

KONKLUSI

            Kesimpulannya, semua pihak harus berganding bahu dalam menangani

masalah ini kerana kita tidak mahu negara kita ini rosak dengan gejala-gejala sosial

ini.Ini semua untuk mewujudkan generasi yang lebih berguna pada masa

hadapan.Pendidikan malaysia yang menekankan modal insan dalam membentuk

individu adalah disokong.Dengan adanya modal insan dalam diri remaja maka

kesejahteraan dan kemakmuran negara  dapat dirasa

SENARIO GENGSTERISME DI MALAYSIA

Kegiatan gengsterisme di Malaysia kini sedang hangat diperkatakan. Pelbagai

senario kejadian gengsterisme sedang bermain di sekeliling kita dan di antaranya

golongan yang mudah terjebak dalam kegiatan ini ialah golongan remaja dan kanak-

kanak bawah umur.Perkara ini amat membimbangkan pelbagai pihak terutamanya

ibu bapa dan pihak sekolah.Antara kejadian senario gengsterisme di Malaysia ialah:

a)  Seorang pelajar tingkatan empat dipukul 18 orang pelajar sebayanya

menggunakan objek keras di Sekolah Menengah Raja Dr Nazrin Shah Di Kampung

Gajah,Ipoh Perak. (Sinar,18 Julai

2012)http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/kes-pukul-letak-wang-sebagai-

perangkap-1.67779

b) Empat pelajar cedera parah dalam pergaduhan di luar perkarangan sekolah di

Kuala Lumpur (Berita Harian 29/08/2012 - 06:25:51 AM )

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Empatpelajarparahbergaduh/Article/index_html

c)Pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut

Pasir Putih,Kelantan telah dibuang sekolah manakala empat lagi rakannya

digantung persekolahan gara-gara tebbabit dalam pergaduhan yang menyebabkan

Page 6: GANGSTERISME.docx

kecerderaan pada pelajar tingkatan tiga kerana terkena libasan kerabit.(Berita

Harian,09/03/2009)

d)Kita pernah digemparkan oleh loporan akhbar mengenai sederet Sembilan kereta

dipecah dan dibakar di sebuah taman perumahan. Selain daripada itu juga seorang

pelajar  perempuan di utara tanah air dibuang sekolah ekoran daripada

perbuatannya menendang seorang guru.(Berita Harian,04/12/2008)

http://www.yadim.com.my/http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/99-isu-negeri/2919-reaksi-terhadap-kes-buli-dan-gangsterisme-di-sekolah.html http://www.searchinpdf.com/reader.php?loc=http://eprints.utm.my/1483/1/FAKTOR-jurnal1.pdf http://www.searchinpdf.com/reader.php?loc=http://www.smksgpusu.net/bahan/sekolah%20selamat.pdf

Page 7: GANGSTERISME.docx

CARA MENGATASI DAN MEMBENDUNG JENAYAH

1.      Pengenalan       Warga Malaysia semacam tidak lagi berasa selamat di negara ini.Jenayah

negeri dan tidak masuk akal dilaporkan setiap hari. Sudah tidak selamat lagi untuk

beriadah, ke sekolah, berada di tempat kerja dan berehat di kawasan Rehat dan

Rawat di lebuh raya. Menurut Laporan Kualiti Kehidupan , kadar jenayah setiap

seribu penduduk meningkat 3.8 peratus pada kepada 6.2 peratus pada

2002.  Akibatnya, kapasiti muatan penjara sudah melebihi. Mereka yang dihukum

oleh sebab jenayah kini berada di penjara yang sudah padat. Malah, nisbah warder

dan banduan melebihi standard antarabangsa.

           Dalam statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2004 pernah didedahkan setiap

hari di negara ini 1.5 orang dibunuh, 4.7 dirogol, 68.2 insiden pecah rumah, 23.6

kereta dicuri, 141.3 motosikal dicuri dan 41.9 insiden rompakan. Malah, jenayah

membabitkan juvana juga meningkat. Mereka yang terbabit nampaknya semakin

muda termasuk yang terjebak dalam jenayah dadah dan seksual. Pada 2006 ada

8,113 kes juvana dan 3,545 pelajar ditahan. Pengaruh televisyen dan internet yang

mengandungi unsur ganas dan seks dikenal pasti mempengaruhi peningkatan

jenayah di kalangan remaja dan kanak-kanak.

           Seramai 1,831 membabitkan remaja bersekolah. Dalam sesetengah kes ada

yang membabitkan kanak-kanak seawal umur 7 hingga 10 tahun. Pelbagai langkah

dilaksanakan untuk mencegah jenayah di negara ini. Kami berpendapat selagi tidak

ada suatu ketegasan dan kesungguhan untuk membanteras jenayah daripada

puncanya, selagi itulah peningkatan jenayah akan berterusan. Janganlah hendaknya

kenyataan negara maju seperti di Amerika Syarikat yang menjadi antara negara

yang paling bahaya untuk diduduki menjadi realiti di negara ini.

2.      Konsep Jenayah

Keamanan dan kestabilan sesuatu tempat atau negara bergantung bukanlah sesuatu yang semula jadi. Ia mesti diwujudkan dan dikekalkan . keamanan dan kestabilan tidak akan wujud jika terdapat anasir-anasir yang menggugatnya seperti pengacau, pencuri, perosak, pemera, perasuah dan sebagainya. Pengawalannya dan pembanterasan anasir-ansir tersebut menjadi tugasundang-undang jenayah. Manakala perbuatan yang menggugat tersebut dekenali sebagai “jenayah”.

Page 8: GANGSTERISME.docx

 Perbuatan yang diakatakan jenayah itu mestilah dihalang atau diambil tindakan seperti menangkap pelakunya. Mahkamah diperlukan untuk menentukan pelaku jenayah itu bersalah atau tidak. Selepas dihukum bersalah, maka perlu pula dikenakan hukuman keseksaan supaya pesalah itu serik, orang lain selamat dan akhirnya masyarakat menjadi selamat, tenteram dan stabil. Begitulah secara kasarnya konsep jenayah, dan daripada konsep ini definisi jenayah dapat dibuat.

2.1.Definisi Jenayah      Daripada konsep undang-undang jenayah ciptaan tersebut maka definisi jenayah ialah sebarang perbuatan (tinggalan) yang melanggar undang-undang yang boleh diambil tindakan (seperti ditangkap) dan diadili (melalui mahkamah) dan apabila disabitkan bersalah dikenakan hukuman keseksaan. Idea asas apa yang dikatakan jenayah ialah apa-apa yang boleh memberikan masalah atau kesusahan kepada orang lain. Sebagai contoh, semua orang bersetuju bahawa mencuri dan mencederakan/membunuh orang lain adalah perbuatan jenayah.Jenayah di Malaysia disabitkan dengan :

“UNDANG-UNDANG MALAYSIA  Akta A324  AKTA KANUN ACARA JENAYAH (PINDAAN DAN PERLUASAN) 1976 “

         Akta ini bolehlah dinamakan Kanun Keseksaan         Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan dalam Malaysia

Tiap tiap orang bolehlah dikenakan seksaan dibawah Kanun ini dan tidak dibawah mana mana undang undang lain bagi tiap tiap perbuatan atau ketinggalan yang berlawan dengan peruntukannya yang dilakukannya di dalam malaysia.

         Seksaan bagi kesalahan yang dilakukan diluar Malaysia tetapi boleh disisi undang undang dibicarakan dalam Malaysia.Seseorang yang disisi undang undang kena dibicarakan kerana suatu kesalahan yang dilakukan di luar Malaysia hendaklah dibicarakan menurut peruntukan Kanun ini kerana apa apa perbuatan yang dilakukan di luar Malaysia sama seolah olah perbuatan itu dilakukan dalam Malaysia.

3.      Senario  Jenayah Kini        Kadar di Malaysia lebih tinggi daripada kadar yang boleh diterima di peringkat antarabangsa iaitu 1:3. Penjara kita hanya boleh memuatkan 31,000 tahanan tetapi kini ada 39,000 tahanan. Kini ada 9,974 warder dan ini menjadikan kadar kita ialah 1:4.5. Dilaporkan hampir semua penjara kita sudah melebihi muatan. Kita juga menerima laporan bahawa 16 penjara lagi akan dibina. Baru-baru ini kilang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terbiar dicadangkan juga akan diguna untuk ditukar menjadi penjara sementara.

Page 9: GANGSTERISME.docx

  Sebagai reaksi, kerajaan menambahkan anggota polis di bandar raya itu di samping rondaan lebih kerap termasuk rondaan helikopter pada setiap malam. Apa yang lebih mencemaskan kita ialah bukan saja kekerapan jenayah meningkatkan namun lebih membimbangkan ialah jenis jenayah berat juga meningkat. Kadar kes bunuh, rompakan bersenjata, ugut, rogol dan gangsterisme didapati meningkat Angka semakin merisaukan kerana kini kadar jenayah dilaporkan meningkat lebih daripada 15 peratus di seluruh negara. Hampir semua negeri mencatat kenaikan kadar jenayah

3.1.Statistik Jenayah Negara     -tunjukkan jadual statistik-

4.      Punca Berlakunya Jenayah

4.1.Sistem  dan Persekitaran Sosial yang Tidak SihatJenayah merupakan produk sosial yang berkembang dalam sesuatu sistem dan persekitaran

sosial masyarakat. Jika sistem dan persekitaran sosial yang wujud tidak sihat, gejala sosial akan mudah menular, dan akhirnya menjurus kepada peningkatan kadar jenayah yang tinggi dalam masyarakat tersebut. Sistem sosial yang menjadi punca berlakunya kepincangan masyarakat dewasa ini, bukan sahaja disebabkan oleh kelemahan institusi keluarga, malah unsur-unsur asing atau budaya kuning merupakan pemangkin kepada kebejatan moral, dan seterusnya memberi memberi impak yang negatif sehingga menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang berlaku dalam masyarakat yang terbabit.

Struktur kelas sosial golongan bawahan yang luas memungkinkan gejala sosial semakin berleluasa. Keadaan ini akan mengancam keselamatan rakyat di negara kita. Persekitaran sosial yang buruk juga boleh menyebabkan berlakunya kemelut sosial yang menjadikan sesuatu kawasan tidak dapat menarik minat golongan pengusaha untuk memajukannya bagi kegiatan perniagaan, pelancongan, dan perusahaan. Kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi dianggap mempunyai risiko yang menyebabkan kerugian dari segi pelaburan.

4.2.Kelemahan Institusi Kekeluargaan Bolehlah dikatakan bahawa punca-punca keruntuhan akhlak  yang utama adalah

kemerosotan dari segi asuhan, didikan, bimbingan serta kawalan oleh ibu bapa atau penjaga. Selain itu, tekanan  hidup, sikap mengejar kemewahan serta penglibatan dalam aktiviti sosial lain menyebabkan ibu bapa  dan anak kurang  mempunyai masa atau kesempatan untuk bercakap,

Page 10: GANGSTERISME.docx

berbincang, berdamping antara satu sama lain. Malah  ada yang jarang bersua muka. Keadaan ini menyebabkan remaja membawa cara hidup sendiri tanpa panduan dan pengawasan ibu bapa.

Keluarga yang terlalu mewah cara hidupnya  juga menyebabkan keruntuhan disiplin remaja. Sebagai contoh, ibu bapa yang terlalu memanjakan anak-anak kerap memberikan  wang saku  yang terlalu banyak. Perbuatan ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi  oleh remaja lain yang bersuka-suka. Kesan pergaulan  bebas dan terpengaruh dengan rakan-rakan sebaya  yang rosak akhlak akan memburukkan lagi keadaan. Juga sikap ibu bapa  yang tidak mengambil berat  tentang kelakukan dan pergaulan anak  remaja  mendorong pada kerosakkan ahklak. Remaja yang terlalu awal terdedah kepada alam masyarakat yang mempunyai sikap yang kompleks tanpa bimbingan mencukupi daripada ibu bapa juga merupakan  salah satu faktor keruntuhan akhlak.

  Antara punca-punca lain keruntuhan akhlak yang berkaitan dengan hubungan kekeluargaan adalah alam rumah tangga yang tidak teratur, perpisahan ibu bapa, pertengkaran yang kerap berlaku dalam keluarga, keadaan sosio-ekonomi yang sempit, suasana rumah tangga yang tidak harmonis dan tenteram serta tidak keupayaan pihak penjaga mengawasi pendidikan anak-anaknya boleh juga membawa kepada kancah keruntuhan moral

4.3.Pengaruh Rakan sebayaPengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah dalam

kalangan belia dan remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Meeka  lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah dan selepas pulang dari sekolah pula, mereka akan melepak di tempat-tempat tertentu seperti pasar raya sebelum pulang ke rumah. Mereka lebih suka mencari rakan sebaya untuk menemani mereka. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Sebaliknya jika mereka tersalah pilih rakan sudah pasti mereka juga akan berkelakuan tidak bermoral kerana sememangnya remaja mudah terikut-ikut perangai rakan. Di sinilah berpuncanya kegiatan jenayah seperti peristiwa membakar sekolah, kes ragut, dan sebagainya.

Memilih rakan-rakan yang tidak beriman dan tidak berakhlak mulia akan menjadikan remaja lebih mudah tergelincir dan terperusuk ke lembah kemaksiatan. Pengaruh daripada rakan sebaya adalah lebih kuat impaknya daripada pengaruh keluarga.  Seseorang remaja yang tidak kuat pegangan akidah Islam dan memiliki ilmu pengetahuan Islam yang cetek akan berasa amat sukar dan tertekan untuk mematuhi perintah dan larangan Allah SWT.  Mereka akan merasa lebih selesa untuk berkompromi ataupun menyembunyikan keIslamannya di hadapan rakan-rakan yang membenci ajaran Islam. Sebaliknya, mereka pula akan menjauhkan diri daripada rakan-rakan yang mengajak kepada Islam kerana perasaan khuatir akan kelihatan tidak cool apabila bersama dikalangan rakan-rakan pilihan mereka. 

          Apabila situasi sebegini berlaku, maka seseorang itu akan terjebak ke lembah kemaksiatan,

Page 11: GANGSTERISME.docx

di mana tidak ada beza hidupnya daripada rakannya yang tidak beriman.  Akibat memilih rakan yang salah, maka rosaklah kehidupan seseorang itu, hatinya menjadi rosak dan akan kehilangan pegangan Deen Islam yang sepatutnya.

4.4.Kurang Penghayatan Agama dan Nilai Murni

  Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden juga berlaku kerana kemerosotan nilai murni dalam kehidupan individu dan masyarakat. Sikap mementingkan diri sendiri dan cemburu akan kesenangan dan kejayaan orang lain mendorong berlakunya perbuatan jenayah. Masyarakat semakin hilang kekuatan dan terdedah kepada pelbagai ancaman jenayah kerana ketandusan nilai murni dan nilai moral. Jenayah yang berlaku dalam masyarakat mempunyai kaitan dengan penyakit dan masalah         Natijah dari kehilangan Islam sebagai sebuah Sistem Pemerintahan yang diterapkan keatas umat manusia pada hari ini, semakin ketara terlihat didalam seluruh aspek kehidupan.  Kepincangan sistem sosial yang tidak berlandaskan Islam didalam kehidupan masyarakat dapat dirasai samada kita hidup di negara-negara yang dipimpin oleh penguasa Islam mahupun bukan Islam.  Sudah tentunya, tiada yang lebih menyedihkan apabila kita terpaksa menyaksikan bagaimana hinanya anak-anak remaja kita dibesarkan didalam sistem Sekular Kapitalis yang penuh dengan kekufuran, malahan lebih buruk apabila sebahagian dari mereka seperti telah kehilangan nilai-nilai keperibadian Islam, tidak kurang juga yang terpesong pegangan akidahnya.

5.      Langkah-Langkah Mengatasi dan Membendung Masalah Jenayah

Setelah dibuat kajian dan diteliti, maka dapatlah kiranya kami lampirkan disini sedikit ulasan kami sebagai pendekatan untuk membanteras jenayah daripada terus menular di dalam negara kita. Langkah-langkah yang kami sediakan ini merupakan langkah-langkah yang bersifat praktikal yang mampu dilakukan oleh individu atau organisasi yang terlibat. Semoga ini akan dapat menjadikan negara kita lebih selamat pada masa akan datang. Antara langkah-langkah tersebut ialah;

5.1. Penguatkuasaan Undang-Undang

Undang-undang adalah cetusan kuasa kenegaraan untuk memelihara keamanan, kesejahteraan dan pada amnya kebaikan sejagat manusia. Organisasi yang terlibat dalam menggubal undang-undang ialah pihak kerajaan. Justeru undang-undang yang digubal mestilah menekankan aspek keselamatan secara lebih serius. Hal ini kerana natijah daripada pelaksanaan undang-undang itu nanti ialah untuk menyedarkan masyarakat dan setiap golongan individu agar saling menghormati nilai kemanusiaan yang ada pada individu lain. Justeru mereka akan lebih menghargai dan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang bentuk jenayah.

Page 12: GANGSTERISME.docx

Setelah undang-undang digubal oleh pihak yang berwajib, maka undang-undang tersebut akan dilaksanakan oleh pihak lain pula seperti Polis Diraja Malaysia, Badan Pencegah Rasuah dan lain-lain. Namun begitu masih timbul keraguan dalam sistem perlaksanaan undang-undang pada masa kini. Hal ini kerana badan-badan berwajib tersebut juga terdiri di dalamnya segelintir individu yang pecah amanah dengan terlibat dalam kegiatan tidak bermoral tersebut. Sebagai contoh, ada individu yang telah ditahan oleh pihak tertentu tetapi dilepaskan atas alasan yang tidak munasabah dan dalam situasi lain ada yang dilepaskan hanya kerana mereka terlibat dalam barisan kepimpinan negara. Pelu diingat disini bahawa, setiap individu yang berada dibawah kawasan tanah Malaysia adalah bernaung dibawah undang-undang yang sama.            

   Oleh itu sesiapa yang melakukan jenayah, maka dia perlu ditahan dan dikenakan tindakan, walaupun dia mempunyai status atau kedudukan yang tinggi. Justeru pihakberwajib haruslah mempunyai suatu mekanisme tambahan untuk membendung gejala pecah amanah dalam institusi mereka terus bermaharajalela.

5.2.Mewujudkan Konsep Bandar dan Pekan Selamat

      “Definisi Bandar Selamat” Bandar yang bebas dari semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Pernyataan ini merujuk kepada persekitarannyayang  sentiasa berada dalam keadaan paling terpelihara. Terpelihara di sini bermaksud mempunyai suatu struktur asas pencegahan jenayah yang mampu untuk memelihara penduduknya atau orang awam daripada terbabit dengan jenayah atau menjadi mangsa kepada penjenayah. Jika hal ini dipandang dan diteliti dengan lebih jelas, usaha-usaha kerajaan dalam mewujudkan pecan atau Bandar selamat memang wujud. Namun begitu, ada sesetengah tempat yang dilihat berlakunya pengabaian keselamatan. Dengan ini si pelaku jenayah akan mempunyai peluang yang cerah untuk meragut, merompak, rogol dan sebagainya. Seharusnya kerja-kerja penambahbaikkan ini dipercepatkan lagi dan diteruskan pula ketempat tempat panas lain yang mana menjadi sasaran penjenayah.        Antara usaha yang dilakukan ialah, membangunkan prasarana-prasarana keselamatan seperti mengasingkan jalan untuk pejalan kaki dengan jalan raya, hal ini boleh mengelakkan jenayah ragut. Seterusnya ialah mewujudkan pondok-pondok polis di kawasan tumpuan umum. Usaha ini boleh membantu dalam mengawal dan memantau aktiviti-aktiviti yang mencurigakan dikawasan terbabit.

  Seterusnya ialah setiap masyarakat yang berada di kawasan-kawasan panas ini semestinya wajib untuk sama-sama menjaga keselamatan diri dan orang di sekeliling mereka. Mereka juga boleh sama-sama turun padang membantu pihak yang berwajib menjaga keamanan setempat. Sebagai contoh mengadakan rondaan secara bergilir-gilir pada waktu malam. Perkara ini jika dilakukan bukan sahaja akan membuatkan penjenayah berfikir dua kali sebelum melakukan sebarang bentuk jenayah di kawasan terbabit, malah akan mengeratkan lagi ukhwah antara mereka.

Page 13: GANGSTERISME.docx

Pada masa kini ada kawasan yang menggunakan khidmat pengawal keselamatan. Hal ini bagi memastikan keselamatan penduduk terjamin. Ini juga bertujuan untuk membantu golongan yang berkerjaya yang mana mereka ini sukar untuk memberikan komitmen dalam aktiviti rondaan di sekitar kawasan perumahan mereka terutama pada waktu malam. Justeru kaedah menggunakan pihak pengawal keselamatan juga dilihat sebagai suatu inisiatif berkesan dalam membantu mengawal aktiviti jenayah di sesebuah kawasan.

5.3.Memperkasakan Ekonomi Negara  Antara faktor yang menjadikan seseorang itu berstatuskan penjenayah adalah akibat sistem

kewangan diri yang tidak stabil. Hal ini telah menyebabkan mereka mengambil jalan mudah untuk keluar daripada masalah yang mereka hadapi iatu dengan cara melakukan jenayah seperti meragut, merompak dan pecah rumah. Justeru dengan saranan agar ekonomi negara diperkasakan, maka akan timbul banyak peluang pekerjaan bagi menampung lambakkan golongan yang bergelut untuk hidup ini. Mereka yang terpaksa memilih bidang jenayah sebagai alternatif untuk mereka menyara hidup mereka tidak boleh disalahkan secara seratus peratus. Hal ini kerana desakkan hudup pada masa kini terutama mereka yang tinggal diibu kota amat meruntun mereka untuk berjuang bagi mencari sesuap nasi.

    Para penganalisis dan perintis ekonomi kerajaan boleh merangka suatu pendekatan yang bersifat sistematik dalam menyediakan pekerjaan kepada mereka. Hal ini kerana, ada dikalangan mereka yang mempunyai latar belakang akademik yang tinggi namun sukar untuk mendapatkan pekerjaan. Mereka ini boleh digunakan oleh kerajaan untuk menjana ekonomi setempat. Antara cara untuk memperkasakan ekonomi ialah dengan menarik masuk para pelabur luar untuk melabur dalam neagara kita atau dengan lebih spesifiknya pada tempat-tempat yang mempunyai jumlah penggangguran yang tinggi. Justeru peluang pekerjaan untuk pemuda-pemudi tiang negara dapat ditingkatkan.         Sistem ekonomi yang mampan dapat memastikan keberlangsungannya kemajuan sesebuah negara. Malaysia sebagai sebuah negara yang sedang pesat membangun bolehlah menjadikan negara-negara maju yang lain sebagai contoh dalam melaksanakan pembangunan ekonomi mereka. Sebagai contoh di sini ialah negara Jepun, Jepun merupakan sebuah negara yang sering kali berada dalam keadaan yang genting. Terbaru negara tersebut telah mengalami kemusnahan yang teruk akibat daripada bencana alam yang menimpa. Namun begitu, mereka yakni kerajaan Jepun telah merangka suatu strategi susulan sekiranya mereka mengalami sebarang masalah akibat bencana alam. Seperti menarik semula aset-aset mereka yang berada di luar negara masuk ke dalam negara mereka semula. Ditambahkan lagi dengan kedudukan mereka sebagai salah sebuah negara G7 yang berpengaruh dalam kuasa ekonomi dunia.          Namun yang paling ketara dan perlu untuk kita contohi ialah berkenaan penggunaan sumber tenaga manusia. Jepun merupakan sebuah negara yang begitu menitik beratkan masalah sumer tenaga manusia. Mereka amat prihati dengan masalah pekerja sehinggakan mampu untuk menjadikan seseorang pekerja itu sanggup bertungkus lumus bekerja bagi menjana ekonomi

Page 14: GANGSTERISME.docx

negara. Sikap dan langkah sebegini yang harus ditiru oleh negara-negara lain seperti Malaysia untuk membangunkan kuasa ekonomi Malaysia. Justeru masalah berkaitan jenayah ekonomi seperti pemerdagangan manusia, rasuah, penipuan duit syarikat adalah sama sekali dapat dihapuskan kerena kesedaran yang timbul akibat penjanaan ekonomi yang mampan.

5.4.Kempen-kempen Pencegahan Jenayahkempen yang kebiasaannya diadakan mampu meningkatkan kesedaran dalam kalangan para

remaja terutamanya peringkat sekolah rendah. Hal ini kerana antara faktor yang menyumbang dalam timbulnya minat untuk melakukan jenayah dalam kalangan pelajar sekolah ialah kurangnya pendedahan berkenaan jenayah dan akibat mereka melanggar undang-undang negara. Kempen yang dilakukan haruslah mempunyaimatlamat yang jelas dimana para pelajar ini akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkenaan ancaman jenayah. Mereka akan dibawa untuk mendekati dunia penjenayah. Di sana mereka akan menilai sejauh mana kehebatan seseorang penjenayah kerana akhirnya mereka akan dihukum juga dengan hukuman setimpal dengan perbuatan mereka. Secara tidak langsung, mereka akan menanamkan dalam diri mereka bahawa penjenayah dan jenayah itu merupakan sesuatu yang buruk dan jijik.

Sebagai seorang manusia yang sihat mereka tidak akan menerima sesuatu yang bertentangan dengan fitrah mereka yang sukakan kebaikkan dan keindahan. Justeru pepatah ’melentur buluh biarlah daripada rebungnya’ amat sesuailah dipraktiskan disini. Antara kempen pencegahan jenayah yang sering diadakan di sekolah adalah seperti tayangan video, pameran berunsurkan aktiviti jenayah dan mewajibkan jemputan kepada pegawai polis untuk hadir memberi ucapan mengenai kegiatan jenayah, kesan dan hukuman kepada pesalah.

Kempen-kempen pencegahan jenayah ini bukan sahaja perlu dilakukan di sekolah-sekolah, malah boleh juga dilakukan ditempat-tempat awam atau tempat yang menjadi tumpuan umum. Masyarakat yang berpontensi untuk terlibat dengan jenayah ini akan mendapat input-input berguna untuk mereka ketahui bagi berdepan dengan masalah jenayah ini. Antara tempat-tempat tumpuan orang awam ialah pusat-pusat membeli belah, pasar-pasar malam dan taman permaianan. Diharapkan semua pihak yang mendengar atau mengikuti kempen tersebut akan lebih berwaspada dengan kegiatan jenayah yang mungkin berlaku dan seterusnya mengetahui langkah langkah yang berkesan sekiranya mereka berhadapan dengan situasi tersebut.

Antara impak tambahan ialah dapat menyedarkan penjenayah yang berada dalam kawasan berhampiran dengan kempen yang dijalankan. Si penjenayah pasti akan berfikir panjang sebelum melakukan jenayah di kawasan terbabit kerana rata-rata pengunjung akan mengambil langkah keselamatan seperti yang diajar dan hal ini akan meningkatkan risiko mereka akan ditangkap atas jenayah yang dilakukan. Atau sekurang-kurangnya mereka akan sedar bahawasanya tiada gunanya mereka melaksanakan aktiviti yang tidak bermoral terbabit dan insaf serta kembali kepangkal jalan.

Page 15: GANGSTERISME.docx

5.5.Pengenalan Semula Mata Pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan

Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) dapat membentuk keperibadian para remaja yang mulia dan juga dapat berperanan untuk memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap remaja. Peribadi dan nilai-nilai murni merupakan sesuatu yang berkait rapat. Hal ini kerana nadi kepada pembangunan negara pada masa akan datang adalah terletak kepada generasi muda pada masa kini. Justeru itu individu ini perlulah dididik dengan didikan yang sempurna untuk membantu mereka membesar dalam keadaan sihat dan berdaya saing. Perkara yang paling mustahak ialah agar mereka terhindar daripada melakukan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan jenayah. Sekiranya mereka terjebak, amat sukar untuk kita membetulkan semula diri mereka.

 Justeru kata-kata ’mencegah lebih baik daripada menghormati’ perlulah dihayati oleh setiap pihak. Saranan agar memberi penekanan kepada subjek Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan (PSK) merupakan suatu saranan agar kerajaan dan pihak sekolah melihat subjek ini sebagai suatu mekanisme atau pendekatan yang efektif untuk menjadikan para pelajar celik jenayah.

Antara isi kandungan yang perlu ada di dalam subjek tersebut ialah seseorang individu berupaya menyelesaikan masalah yang dihadapinya tanpa unsur-unsur keganasan, memahami kepelbagaian agama, budaya serta mampu menyumbang kepada pembangunan negara. Setiap individu perlulah memahami hak dan keadaan orang lain agar mereka tidak mengambil kesempatan terhadap orang lain. Hasil positif yang akan wujud ialah apabila isi kandungan ini dihayati sepenuhnya oleh para pelajar, maka mereka akan keluar ke dunia sebenar kelak dalam keadaan penuh berpelingdung yang dapat menangkis sebarang godaan untuk mereka terjebak dalam kancah jenayah. Seterusnya bukan sahaja dapat mengurangkan peratus jenayah, malah mungkin dapat membasminya secara total.

6.      Kesimpulan

 Peningkatan kadar jenayah dalam masyarakat moden berhubung kait dengan etika dan peraturan sosial. Dalam mewujudkan masyarakat yang beretika, langkah yang wajar ialah kerjasama daripada semua lapisan masyarakat itu sendiri. Masyarakat yang beretika mempunyai tanggungjawab sosial dan moral yang kukuh dalam membanteras pelbagai bentuk jenayah. Jika tidak, lunas etika yang lemah boleh menyebabkan wujudnya krisis dan dilema dalam masyarakat kerana kecenderungan pihak tertentu untuk melakukan jenayah pastilah sukar dibendung. Jenayah akan terus meningkat dan menjadi lebih kritikal sekiranya etika tidak menjadi tunjang pembinaan masyarakat dan negara.

          Masalah jenayah yang mengancam masyarakat dan negara tidak boleh dibanteras tanpa kerjasama semua pihak. Keberkesanan sistem perundangan juga penting demi membanteras fenomena tersebut. Undang-undang memberi kuasa kepada pihak berwajib seperti polis dan pasukan keselamatan, untuk membantu dalam melindungi masyarakat dan negara daripada

Page 16: GANGSTERISME.docx

ancaman sebarang bentuk jenayah. Undang-undang perlu memberi lebih banyak kuasa kepada polis untuk melaksanakan tanggungjawab mereka demi kesejahteraan rakyat.

 Pengukuhan kuasa juga membolehkan pihak yang berwajib ini bertindak dengan lebih tegas bagi mengatasi masalah jenayah, khususnya jenayah yang melibatkan pihak yang mempunyai pengaruh termasuk wang, kuasa, dan kedudukan yang tinggi. Kerjasama polis dan masyarakat setempat merupakan konsep pemuafakatan bijak yang berkesan dan sesuai dengan konsep membebaskan masyarakat dan negara daripada jenayah.

7.      Rujukan

Zainal bin Madon,Mohd Sharani bin Ahmad. 2004. Panduan Mengurus Remaja    Moden.  Pahang:PTS Publications & Distributors Sdn Bhd.Syed Hussain al-Attas. 2002. Kemana Dengan Islam:22 Artikal Pilihan. Kuala Lumpur :Utusan   Publications & Distributors.Mahmood Nazar Mohamed. 2006. Mencegah,Merawat dan Memulih Penagih Dadah:  Beberapa Amalan Dan Pendekatan di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan      Publications &      Distributors.Fariza Md Sham,Sulaiman Ibrahim,Ideris Endot. 2000. Dakwah dan Perubahan Sosial. Kuala      Lumpur : Utusan Publications & Distributors.Zaini Nasohah. 2004. Syariah dan Undang-Undang : Satu Perbandingan. Kuala Lumpur :

Page 17: GANGSTERISME.docx

Gangsterisme1.0 Pendahuluan

Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha berterusan ke arah memperkembang

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang

dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan

kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan

diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan

negara. Demikianlah murninya hasrat dan semangat Falasafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

Pendidikan negara bermatlamatkan dan memfokuskan penjanaan warganegara yang mampu

memberi sumbangan bermakna kepada diri masing-masing, masyarakat dan negara. Maksud

yang tersurat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu diterjemahkan dalam Misi

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan menjadi asas kepada usaha ke arah peningkatan

dan pengukuhan sistem pendidikan negara bertaraf dunia. Fokus yang mendasari matlamat

utama ini ialah pengembangan potensi pelajar pada tahap optimum.Pencapaian matlamat

utama pendidikan itu amat bergantung pada kewujudan iklim sekolah yang kondusif kepada

proses pengajaran dan pembelajaran. Menyedari hakikat ini, maka Kementerian Pendidikan

sentiasa memberi penekanan kepada kepentingan pengukuhan disiplin pelajar dengan

menyediakan berbagai-bagai panduan, peraturan dan dasar disiplin yang dikuatkuasakan di

sekolah-sekolah. Dalam masa yang sama semua Jabatan Pelajaran Negeri dipastikan

mengawal dan membendung pembabitan pelajar dalam sebarang kegiatan berbentuk negatif.

Pendekatan-pendekatan tertentu telah dilaksanakan untuk melahirkan suasana kondusif bagi

proses pengajaran dan pembelajaran.

2.0 Definisi Gangsterisme

Kumpulan gengster bermaksud kumpulan seminat yang dianggotai oleh ahli-ahli yang

berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku dan penubuhannya

Page 18: GANGSTERISME.docx

melibatkan upacara ritual. Ahli-ahlinya diikat dengan peraturan dan undang-undang yang ketat

dan kumpulan ini umumnya bergerak secara sulit, dan, mempunyai seorang ketua yang

mengetuai perancangan dan pelaksanaan program dan aktivitinya. Sementara itu kumpulan

samseng merupakan kumpulan seminat yang dianggotai oleh samseng-samseng yang

berkecenderungan melakukan perlakuan negatif atau pelbagai salah laku. Ahli-ahlinya diikat

dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang longgar[1].

            Gengsterisme di sekolah bermaksud kewujudan kumpulan gengster yang melibatkan

para pelajar sekolah harian sebagai ahlinya sama ada sebagai ahli aktif atau penyokong

sesuatu kumpulan dalam melakukan salah laku dan pelanggaran disiplin dan undang-undang.

Kumpulan pelajar yang terlibat dalam kumpulan gengster dan samseng terdiri daripada

pelbagai jantina, etnik, umur, peringkat persekolahan dan jenis tempat kediaman mereka.

Disiplin secara amnya boleh didefinisikan sebagai latihan terutamanya pemikiran dan kelakuan

supaya boleh mengawal diri sendiri. (Kamus Dewan, 1984). Laporan Jawatankuasa Kabinet

mengenai Pelaksanaan Dasar Pendidikan (1979) menyebut disiplin sebagai kesanggupan

seseorang individu menghormati undangundang, bekerja mengikut tatatertib, menghormati hak

individu, mengamalkan tingkah laku yang baik, saling menghormati, tolong -menolong dan

membaiki keadaan dalam usaha membina.

Moral pula merujuk segala tingkah laku manusia yang berkaitan dengan apa-apa yang

betul atau salah, baik atau buruk dan apa-apa yang kita harus buat dan apa-apa yang kita

harus elakkan. Moral juga berkaitan dengan cara manusia berinteraksi antara satu sama lain,

dan bagaimana tingkah laku mereka mempengaruhi perasaan

dan kepentingan orang lain. (Iheoma, 1986). Akhlak ialah suatu daya kemampuan iradah yang

bersifat tetap dalam diri manusia yang melahirkan rasa cenderung untuk memilih perlakuan

yang baik dan lurus (jiwa akhlaknya baik) ataupun cenderung untuk memilih perlakuan yang

jahat dan buruk jika akhlaknya jahat.[2]

3.0 Sumber Aktiviti Gengsterisme

3.1 Kertas Penyelidikan Kementerian Pendidikan Malaysia (SekarangKementerian Pelajaran Malaysia)

Page 19: GANGSTERISME.docx

Menurut sumber Unit Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Oktober 1999 terdapat 13

jenis salah laku jenayah yang sering melibatkan pelajar kumpulan gengsterisme mengikut

respons Pengetua dan Guru di sekolah seperti berikut :- berjudi, mencuri, melawan guru,

melawan pengawas, memeras ugut, membuli, kes pelacuran, kes salah guna dadah, membawa

senjata, mencabul kehormatan, mengancam murid, mengugut guru dan menceroboh.

Sementara itu terdapat 5 salah laku lucah yang sering melibatkan kumpulan gengster di

sekolah mengikut respons Pengetua dan Guru sebagaimana senarai berikut :-berkhalwat,

mengintai murid perempuan, membawa bahan lucah, menggunakan kata lucah dan melukis

gambar lucah.

3.2 Majalah

Sementara itu bilangan kes pelajar yang terlibat dengan perlakuan gengster dan

membakar premis sekolah dari tahun 1987 hingga 1999 menurut sumber Kementerian

Pendidikan Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Majalah Massa (Ogos 2000) adalah seperti

jadual berikut :-

Jadual Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengster

dan Membakar Premis Sekolah

Jenis Kes 1997 1998 1999

Kes Samseng 107 77 85Membakar Premis Sekoalah 6 19 10

                                Sumber : Majalah Massa (Ogos 2000)

3.3 Akhbar

Page 20: GANGSTERISME.docx

Akhbar-akhbar tempatan juga sering melaporkan kejadian jenayah dan gengsterisme

dalam kalangan pelajar sekolah. Berita Harian pada 13 Julai 2000 mengutarakan isu

gengsterisme berlaku berpunca daripada kejahilan agama dalam kalangan remaja dan pelajar

sekolah. Hal ini menyebabkan mereka mudah dipengaruhi oleh persekitaran yang banyak

mendorong kepada keruntuhan moral dan kemusnahan jati diri dan akhlak. Berdasarkan

laporan di atas kita mendapati bahawa aktiviti kumpulan gengster di sekolah agak menyeluruh

dalam pelbagai kegiatan.Hakikat ini merupakan satu fenomena yang kurang sihat terhadap

iklim pengajaran dan pembelajaran di sekolahsekolah di negara kita. Masalah serius atau tidak

sesuatu salah laku itu bukan menjadi pokok perbincangan tajuk ini. Penulis tidak akan

menghuraikan satu persatu sesuatu kes gensterisme di atas. Salah laku melawan guru

termasuk mengugut, merosakkan harta benda guru sering berlaku. Baru-baru ini akhbar harian

melaporkan kes pencerobohan dan pembakaran bilik guru disiplin, mengancam guru dengan

menghantar peluru hidup dan sebagainya. Apa yang mencemaskan, kewujudan salah laku

tersebut walaupun satu kes boleh menjejaskan iklim persekolahan dan mengganggu pelbagai

peringkat proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah

4.0 Perbincangan

Wujudnya fenomena semasa yang menunjukkan bertambahnya perlanggaran disiplin

dan gejala salah laku dalam kalangan pelajar telah menimbulkan pelbagai pertanyaan umum

tentang kesesuaian dan keberkesanan dasar dan peraturan yang digunakan untuk pengukuhan

disiplin pada peringkat sekolah. Dalam konteks ini satu daripada perkara yang sering dikaitkan

dengan perlanggaran disiplin dan gejala salah laku ialah kewujudan unsur gengsterisme dan

aktiviti kumpulan samseng di sekolah. Hari ini kes pelajar terlibat dengan kegiatan jenayah

dianggap sebagai fenomena biasa. Berita salah laku dan penglibatan dalam kegiatan jenayah

bukan lagi bahan panas untuk diperkatakan. Apabila masyarakat telah jemu

memperkatakannya isu itu akan hilang begitu sahaja seperti isu-isu lain yang dianggap

kontroversi, tetapi yang menanggung kesannya ialah ibu bapa dan pihak sekolah. Pelbagai teori

dan andaian telah dikaitkan dengan kewujudan kumpulan samseng ini, antaranya pengaruh

media massa, pengaruh perbandaran atau urbanisasi yang semakin cepat menular di kawasan

Page 21: GANGSTERISME.docx

luar bandar, pengaruh metarialisme yang semakin meningkat, fahaman kebebasan individu

untuk perlu dihormati, pengaruh rakan sebaya, krisis nilai, ceteknya pengayatan agama dalam

diri individu, kurangnya perhatian dan bimbingan ibu bapa terhadap anak-anak di rumah dan

lain-lain lagi. Perlanggaran displin dan perbuatan salah laku dalam kalangan pelajar bukan

sahaja berlaku secara meluas di kawasan bandar dan pinggir bandar tetapi kini menular juga di

sekolah-sekolah luar bandar termasuk di kawasan-kawasan Felda, Felcra serta kawasan-

kawasan perkampungan. Senario ini menunjukkan ‘trend’ perlanggaran disiplin dalam kalangan

pelajar meningkat secara mendadak dan membimbangkan walaupun bilangan pelajar yang

terlibat masih terlalu kecil. Dalam masa yang sama juga kes penglibatan pelajar-pelajar

perempuan semakin bertambah.

Isu gengsterisme ini merupakan satu perkara yang amat mencabar kesabaran dan

kecekalan pihak pengurusan sekolah, kebolehan guru dalam melaksanakan proses pengajaran

dan pembelajaran, kebolehan kaunseling dan pengawalan oleh guru-guru disiplin sekolah.

Masalah ini merupakan suatu isu dari perspektif pendidikan yang perlu diselesaikan segera

secara menyeluruh. Dalam konteks negara, gejala ini merupakan suatu jenayah yang mencabar

pihak polis untuk membendungnya. Banyak faktor yang menjurus kepada isu gensterisme di

sekolah. Namun di sebalik faktor-faktor tersebut ada satu faktor utama yang menjadi kunci

kepada faktorfaktor yang lain. Faktor utama tersebut ialah kurangnya bimbingan dan asuhan

agama oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka di rumah. Masalah ini bukan sahaja terbatas

kepada pelajar-pelajar Muslim sahaja, bahkan melibatkan pelajar-pelajar bukan Muslim. Di

sebabkan kekurangan asuhan dan bimbingan di rumah, maka anak-anak kurang mempunyai

daya tahan dalam menghadapi cabaran dan rintangan hidup. Mereka mudah terpengaruh oleh

persekitaran, rakan sebaya, media massa, internet, gaya hidup yang mengejar keseronokan

dan hiburan, materialistik dan sebagainya. Keadaan ini akhirnya menjurus kepada pelbagai

gejala jenayah dan salah laku. Di sekolah , kewujudan kumpulan-kumpulan samseng atau

gengster yang sering melakukan jenayah telah mengganggu ketenteraman dan mencemar iklim

persekolahan. Sehingga kini gengsterisme menjadi isu hangat yang perlu ditangani segera.

5.0 Langkah-langkah Membendung Gangsterisme

Page 22: GANGSTERISME.docx

5.1 Mengajak golongan remaja kepada pembersihan jiwa dan hawa nafsu

Langkah paling utama yang harus dilakukan kepada diri yang terlibat dengan kumpulan

gangster adalah dengan mengajak diri individu tersebut kepada pembersihan jiwa dan hawa

nafsu. Langkah ini bertujuan untuk membersihkan unsur dalaman seseorang manusia yang

juga  dikenali sebagai unsur rohani. Unsur rohani pada hakikatnya suka kepada perkara-

perkara yang baik, harmoni, tenang dan damai. Oleh itu, untuk memiliki perkara-perkara seperti

ini didalam jiwa maka, seseorang indididu tersebut perlu melakukan perkara-perkara yang

membawa kebaikan, ketenangan dan kedamaian didalam jiwa. Sebagai contoh, mendidik akal

fikiran memikirkan perkara yang possitif dan tindakan-tindakan yang positif dapat membawa

kepada pembersihan jiwa yang total. Hal ini kerana setiap apa yang ingin dilakukan terlebih

dahulu perlu kepada akal untuk memikir apakah jenis tindakan dan bagaimana untuk

melakukannya. Dengan memikirkan perkara yang positif sahaja, individu tersebut dapat

menzahirkan apa yang difikirkan positif ke dalam perlakuannya. Pemikiran positif sudah

tentunya yang berhemah dan berfaedah kepada diri sendiri, serta orang lain yang berada di

sekelilingnya. Sekitanya pelajat tersebut ialah seorang muslim, mendirikan solat akan dapat

mencegah diri daripada melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. Perbuatan keji dan

mungkar ini tidak semestinya melibatkan kes pembunuhan. Ia juga bermaksud perbuatan yang

nyata membawa kerugian kepada pelajar dari segi masa dan usaha yang dicurahkan. Sebagai

contoh, memeras ugut duit pelajar lain di sekolah merupakan cara menyelesaikan masalah

individu yang tidak mempunyai wang. Sebagai seorang yang bergelar pelajar, memeras ugut

duit pelajar lain adalah sama dengan perbuatan mencuri. Mencuri adalah perbuatan keji dan

hina.

5.2 Menyemai cara berfikir yang positif

            Untuk menjadi seorang yang sentiasa berfikiran positif bukanlah sesuatu yang mudah.

Perkara ini sukar untuk dilakukan oleh mereka yang tidak terlibat dengan gangsterisme.

Namun, bagi kumpulan gangster berfikiran positif yang dimaksudkan di sini menjurus kepada

berfikir tentang sesuatu yang paling asas tentang kehidupan yang sedang dilalui dengan

dengan cara yang betul dan waras. Bukan dengan berfikir pendek dan bertindak melulu

Page 23: GANGSTERISME.docx

mengikut nafsu jahat seperti perasaan marah, dendam, dan benci. Terdapat pelbagai cara lain

untuk anda menghilangkan nafsu jahat itu dari kotak fikiran

5.3 Mewujudkan suasana hormat-menghormati

            Sememangnya manusia suka kepada perkara-perkara yang dapat menaikkan semangat

dan keyakinan diri, termasuklah merasakan diri dihormati dan menghormati yang lain.

Mewujudkan suasana hormat-menghormati antara satu sama lain dapat dijadikan antara

langkah membendung masalah gangsterisme dalam kalangan para remaja. Walaupun

kebanyakan daripada remaja dewasa ini telah diberi pendidikan mengenali nilai-nilai murni dan

sahsiah diri yang baik seperti hormat-menghormati, namun masih ramai yang mungkin tidak

tahu cara melakukannya. Buktinya, rasa hormat pada diri dan menghormati orang di sekeliling

kita telah terhakis sehingga sanggup melakukan perkara-prkara yang tidak berfaedah dan

memalukan nama keluarga. Dengan ini, beberapa perkara perpulah dibincangkan mengenai

hormat-menghormati dan bagaimana ia dapat membantu membendung masalah gangsterisme.

5.4 Mewujudkan rakan cop dalam kalangan pelajar sekolah dan golongan remaja

Pembangunan pesat yang sedang dialami oleh negara juga telah mengheret kewujudan

kes-kes jenayah. Kegiatan penjenayah kini sedang giat diperangi oleh pelbagai pihak. Terdapat

golongan tertentu yang menjadikan golongan kanak-kanak dan pelajar sekolah sebagai mangsa

terbaru kegiatan mereka. Baru-baru ini dilaporkan sekumpulan anggota kongsi gelap sudah

mula berani  menghampiri pelajar-pelajar sekolah dan remaja khususnya intuk menyertaikan

kegiatan kumpulan gangster yang bukan sahaja tertumpu kepada buli dan peras ugut malah

lebih daripada itu. Perkara yang menjadi kebimbangan ialah apabila mereka yang tidak

bertanggungjawab ini nmendekati para remaja untuk mengedarkan pil-pil khayal dan syabu

untuk tujuan tertentu. Mereka menghasut para pelajar dengan mengatakan kepada para pelajar

terdapatnya ’ubat-ubat perangsang minda’ dan dikatakan mujarab untuk digunakan ketika

bersukan, menjawab kertas peperiksaan atau melepaskan tekanan. Kegiatan mereka ini bukan

untuk kebaikan malah dengan jelasnya untuk kepentingan peribadi. Situasi yang tidak sihat ini

perlu dikekang dengan segera sebelum sekolah dijadikan hub baru mereka beroperasi

Page 24: GANGSTERISME.docx

melahirkan generasi yang berperwatakan samseng. Satu pendekatan yang jauh lebih mudah

dan relevan perlu dilakukan segera bagi mengekang perbuatan gangsterisme ini. Kewujudan

’Rakan Cop’ sepatutnya membuka mata kepada remaja dan pelajar-pelajar sekolah agar

bersikap lebih berani membuat aduan agar sebarang bentuk salah laku sosial rakan sebaya

yang menyalahi undang-undang. Ledakan kemajuan teknologi telah dimanfaat sebaiknya oleh

Polis Diraja Malaysia(PDRM). Kemajuan teknologi sistem pesanan ringkas telah digunakan

sebagai alat untuk membanteras kegiatan jenayah di seluruh negara.

5.5 Peranan ibu bapa

Telah kita ketahui antara punca utama dalam penglibatan remaja dalam gejala sosial ini

adalah kurangnya perhatian dan kasih sayang daripada ibu bapa dan keluarga. Bagi mengatasi

masalah ini dari terus berpanjangan, para ibu bapa seharusnya memberi perhatian, kasih

sayang dan bimbingan kepada anak-anak mereka lebih-lebih lagi pada peringkat remaja. Ini

bertepatan dengan teori motivasi Maslow (1954) yang menyatakan teori motivasi melalui hirarki

keperluan. Manusia perlu memenuhi keperluan peringkat asas atau keperluan hayat atau

fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan peringkat berikutnya iaitu keperluan

keselamatan. Seterusnya keperluan kasih sayang dan pada peringkat berikutnya keperluan

peringkat kendiri. Peringkat yang terakhir adalah sempurna kendiri. Berdasarkan teori ini kasih

sayang diletakkan pada peringkat ketiga di mana memberi gambaran bahawa penghargaan dan

kasih sayang sangat penting kepada manusia lebih-lebih lagi diperingkat remaja. Ini

termasuklah keinginan kasih sayang dari ibu bapa atau rakan sebaya dalam kumpulannya.

Sekiranya ibu bapa kurang atau tidak memberi kasih sayang yang secukupnya maka anak-anak

akan mencari kasih sayang tersebut dari orang lain seperti rakan sebaya.

5.6 Peranan Sekolah

Mewujudkan Sekolah Bebas Gejala Sosial dengan mengadakan pendidikan secara

komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan

penglibatan ibubapa. Pendidikan ini adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan

sekolah merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari

Page 25: GANGSTERISME.docx

gejala sosial. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti,

merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan

pendidikan pencegahan masalah sosial di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT

untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi gejala sosial, menyediakan

alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan gejala sosial dan

mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan masalah sosial itu dibenci dan jijik. Bagi

mencapai hasrat diatas semua pihak perlu memberikan komitmen, kerjasama dan berusaha

melaksanakan pelbagai pendekatan. Antara pendekatannya ialah semua guru mestilah

mempunyai pengetahuan tentang selok belok dan punca penyebab berlakunya masah sosial

dan pendidikan pencegahan melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan, melaksanakan

program pendidikan pencegahan gejala sosial di Tadika/Pra sekolah, dan semua guru

mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah. Antara program-

program yang boleh dilaksanakan adalah seperti; program intelek asuhan rohani (pintar), kem

pintar, latihan tenaga pengajar (TOT), program untuk PIBG/guru, program sekolah anak didik

kami, ujian saringan air kencing, seminar/ ceramah/ pameran/ tayangan video, program kampus

sejahtera dan menubuhkan skuad anti masalah sosial di IPT.

5.7 Peranan Masyarakat

Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan mencegah seseorang

daripada terlibat dengan dadah, budaya melepak, ponteng sekolah dan samseng. Sungguhpun

masalah ini bermula dengan masalah individu tetapi jika tidak dibendung ianya akan memberi

kesan kepada keseluruhan masyarakat sekitarnya. Masalah dadah berkaitan rapat dengan

masalah jenayah, keganasan, keselamatan dan HIV/AIDS di satu-satu kawasan. Oleh itu

semua pihak mestilah mewujudkan kesedaran tentang kesan dan bahaya dadah disamping

merangsang penglibatan seluruh masyarakat setempat dalam usaha memerangi dadah. Setiap

individu, keluarga dan masyarakat di satu-satu kawasan bekerjasama dan mempunyai peranan

dalam pencegahan gejala ini dan memastikan kawasan mereka bersih daripada gejala sosial

ini. Pemimpin-pemimpin masyarakat setempat juga perlu tampil ke hadapan bagi membantu

kerajaan terutamanya Agensi Antidadah Kebangsaan dalam melaksanakan program-program

Page 26: GANGSTERISME.docx

seperti pencegahan dadah di kawasan mereka. Strategi jangka panjang ini juga untuk

mewujudkan kesedaran kepada semua lapisan masyarakat bahawa dadah akan membawa

kehancuran individu itu sendiri dan seterusnya akan menjejaskan imej masyarakat setempat.

Selain itu, Masyarakat setempat atau komuniti yang menetap dalam satu kawasan yang

sama disarankan agar mewujudkan kembali peranan rukun tetangga. Tidak kiralah mereka

yang menetap dikawasan bandar mahukpun kawasan kampung. Hal ini kerana masalah salah

laku sosial remaja telah berada di mana-mana. Mereka tidak perlu ke bandar untuk melakukan

perbuatan seperti meragut atau memeras ugut. Oleh itu, cara lama perlu digunakan kembali

dalam mewujudkan keharmonian dalam masyarakat agar anak-anak remaja tidak menjalani

kehidupan  tidak bermoral dengan anasir ala samseng ini. Dahulu, rukun tetangga telah berjaya

diwujudkan untuk membanteras kegiatan komunis di kawasan-kawasan kampung. Peranan

rukun tetangga ini dapat membantu pihak berkuasa memantau kegiatan samun, rompakan dan

ragut yang dilakukan oleh remaja gangster ketika di luar waktu sekolah.

Di samping itu, peranan rukun tetangga ini dapat membantu pihak sekolah memantau

kegiatan ponteng sekolah dan kegiatan berjudi. Kesemua salah laku sosial remaja ini perlu

dibendung agar mereka tidak terlibat dengan kes-kes jenayah yang mana menjanjikan

hukuman yang lebih berat sekaligus menjejaskan masa depan mereka. Masyarakat boleh

bertindak sendiri melalui aktiviti yang boleh dijalankan dalam memberi pengetahuan mengenai

salah laku sosial remaja dan tindakan yang perlu dilakukan bagi memantaunya. Sebagai

contoh, mengadakan kempen membanteras kegiatan buli dan ragut dalam kalangan anak-anak

di kawasan tersebut. Remaja boleh sama-sama turut serta menjayakan program seperti ini.

Umpamanya, Remaja boleh berindak mengedarkan risalah menerangkan apa itu gangsterisme

dan aktiviti yang berkaitan dengan gangsterisme dalam kalangan anak-anak remaja. Selain itu,

remaja boleh bertindak bersama-sama mereka yang lebih berpengalaman atau pihak polis

untuk bersama-sama membanteras kegitan buli dan ragut  dalam kalangan remaja gangster di

kawasan tempat tinggal. Usaha ini perlu konsisten dan berterusan kerana salah laku sosial

remaja masih boleh berlaku kerana umpama kucing tanpa tuannnya.

5.8 Kerajaan

Page 27: GANGSTERISME.docx

            Kerjasama dan keprihatinan pihak kerajaan  membendung gejala gangsterisme

memainkan peranan yang sangat penting dalam menangani masalah ini. Sebagai contoh,

Kementerian Pelajaran Malaysia boleh mengambil beberapa langkah pencegahan seperti

menganjurkan bengkel, seminar serta kursus -kursus berhubung dengan masalah gengsterisme

yang perlu dihadapi oleh guru. Dari aspek kekerapan perlakuan gengsterisme juga

menunjukkan di tahap sederhana dan memandangkan perlakuan gengterisme tidak hanya

berlaku di dalam kawasan sekolah sahaja maka kerjasama pihak luar sepert, pihak Polis dan

Pihak Berkuasa Tempatan adalah perlu untuk memantau kegiatan para pelajar terutama sekali

semasa dalam perjalanan ke sekolah dan pulang dari sekolah. Ini mendorong kegiatan

perlakuan gengsterisme di sekolah berada di tahap sederhana sama ada di dalam sekolah, di

luar sekolah dan semasa perjalanan pergi dan balik sekolah. Selain itu, melalui media massa,

program perintis intervensi buli di perlu diadakan di setiap sekolah menengah khususnya.

Langkah ini tiada lain agar salah laku remaja seperti gangsterisme ini tidak menjadi

penyumbang utama kes-kes jenayah yang berlaku. Sementara itu, kempen ini juga merupakan

langkah terbaik dalam meringankan bebanan, tekanan guru dan pelajar lain yang terpaksa

berdepan dengan pelajar-pelajar yang bermasalah ini saban hari.

5.9 Mengawal Jaringan aktiviti Gangster

Langkah seterusnya ialah mengawal jaringan aktiviti gengster dan samseng yang

melibatkan pelajar dengan menyediakan pelan tindakan dan melaksanakannya secara bersama

melalui tindakan berkesan. Antaranya pihak sekolah harus menentukan bahawa pelajar-pelajar

tidak melepak sama ada pada waktu persekolahan atau pada masa di luar waktu persekolahan

kerana ini akan mendedah pelajar kepada pelbagai pengaruh yang tidak sihat. Selain itu, pihak

pengurusan sekolah perlu menyediakan satu sistem kawalan mencegah ahli-ahli kumpulan

gengster dan samseng daripada menjadikan pelajar-pelajar sebagai mangsa dalam masa tiga

waktu utama, iaitu sebelum persekolahan, semasa rehat dan waktu selepas tamat sesi

persekolahan harian.

6.0 Penutup

Kemunculan kumpulan gengsterisme di sekolah telah membimbangkan semua pihak.

Gejala ini merupakan isu yang memerlukan penyelesaian segera. Aktiviti-aktiviti kumpulan ini

Page 28: GANGSTERISME.docx

telah mengeruhkan iklim sekolah dan seterusnya memberi kesan kepada proses pengajaran

dan pembelajaran. Penglibatan semua pihak adalah penting dalam menangani isu ini supaya

gejala gengsterisme dapat dikawal dan dibasmi daripada berlarutan. Ibu bapa memainkan

peranan penting dalam membimbing dan mengasuh anak-anak mereka di rumah sebelum

mereka dihantar ke sekolah atau keluar dari rumah agar mereka mempunyai ketahanan iman

dan mental dalam menghadapi cabaran dan rintangan arus perdana globalisasi. Ketahanan

iman pada diri anak-anak ini akhirnya akan melahirkan pelajar yang bersih daripada pelbagai

gejala dan salah laku jenayah seterusnya mencapai matlamat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan kita. Penyelidik berpendapat adalah normal bagi seseorang pelajar mempunyai

pengetahuan dan pendedahan tentang aktiviti -aktiviti sosial pada masa kini yang sering

dipaparkan di media cetak dan elektronik yang melibatkan pelajar.Justeru itu, pihak berwajib

haruslah sentiasa bersiap sedia untuk menangani masalah ini dengan lebih efisien dan komited.

Bibliografi

Dr.Amir Mohd Salleh, 1999, Kajian Gengsterisme di Sekolah Menengah Harian, Unit

Penyelidikan Dasar, Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar

Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Dr.Yusof al-Qoradhawi, 1999, Tamadun Islam Alternatif Masa Depan, Bangi :

Maktabah al-Qardhawi.

Kamus Dewan, 1984, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pendidikan (7

November 1979), Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Mohd Sulaiman Haji Yassin, 1992, Akhlak dan Tasauf, Bangi : Yayasan Salman.

Yong Wai Ping, 1989, Satu Tinjauan Mengenai Hubungan di antara Masalah Disiplin

di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah dengan Tahap Perkembangan Moral,

Bangi: UKM.

Iheoma, E.O, “The Role of Religion in Moral Education”, Journal of Moral

Education, Vol 15, no 2, May 1986.

Majalah Massa,5-11 Ogos 2000

Page 29: GANGSTERISME.docx

Berita Harian, 1 Julai 2000 . Punca Masalah Disiplin Pelajar.

Artwater, D. (1981) Learning and earning. The value of working for urban student.(On

Line). Available

Page 30: GANGSTERISME.docx

Penstrukturan semula PDRM: Empat langkah cegah jenayah berkesan Oleh Steven Sim Chee Keong9 Ogos 2013

Suntingan: Hafiz ZainuddinJENAYAH boleh berlaku dalam banyak keadaan. Di mana sekali pun kita berada, kerap kali, kes jenayah seperti samun, rompakan, pembunuhan dan sebagainya terus berlaku dan menjadi laporan utama di dada akhbar negara ini.

Sudah tentu, kejadian jenayah yang berlaku bukan disebabkan satu faktor tetapi faktor kolektif yang mungkin tidak dapat dielak apalagi Malaysia adalah sebuah negara yang sedang membangun menuju matlamat negara maju pada 2020.

Faktor ini antara lain boleh dikaitkan dengan dendam, khianat dan faktor ekonomi. Tekanan hidup akibat belenggu kemiskinan, kos sara hidup yang makin tinggi, keciciran dalam pendidikan yang boleh menjerumuskan seseorang itu dalam kegiatan jenayah adalah hal yang lazim kita dengar.

Apa pun faktornya, pihak keselamatan memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal dan mencegah jenayah. Dengan kesiapsiagaan dan profesionalisme anggota keselamatan terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM), kadar kejadian jenayah dapat dikurangkan.

Sudah tentu, negara memerlukan jumlah anggota pasukan polis pencegahan jenayah yang wajar.

Tetapi apa yang berlaku dan menjadi persoalan saya ialah mengapa anggota polis Cawangan Khas (termasuk pasukan Petugas Khas) mencatat

Page 31: GANGSTERISME.docx

peningkatan mendadak iaitu lebih kurang 2,423 pegawai atau peningkatan 46.43 peratus daripada 2011 sehingga  2013, sedangkan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) pula hanya meningkat seramai 583 orang iaitu kira-kira 6.24 peratus. Fakta ini membingungkan kita semua.

Ia pada masa yang sama mencerminkan kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak serius menangani jenayah. Justeru, saya mencadangkan empat kaedah yang boleh diguna pakai dalam mewujudkan pasukan polis kita yang lebih efektif melalui penstrukturan semula PDRM.

1) Menjadikan “Melawan jenayah” sebagai fungsi utama PDRMAntara saranan saranan Laporan Tun Dzaiddin ialah supaya kekuatan polis ditumpu kepada melawan jenayah dan bukan tugas lain seperti mendakwa, forensik, sokongan logistik dan operasi para-militari. Tugas ini boleh dilaksanakan agensi lain seperti Pejabat Timbalan Pendakwaraya, pakar forensik bukan polis, pihak tentera dan sebagainya.

Justeru, Akta Polis 1967 perlu digubal agar peranan, tugas dan misi PDRM diperhalusi untuk menumpu kepada melawan jenayah dan bukannya tugas yang tidak memerlukan kuasa polis.

2) Memansuhkan pasukan Cawangan KhasBagi mencapai misi “melawan jenayah”, maka saya menyarankan semua pegawai Cawangan Khas yang mempunyai kemahiran risikan dan siasatan disalur kepada JSJ. Objektif asal Cawangan Khas adalah untuk melawan komunis tetapi kini, ancaman komunisme sudah tiada lagi di negara kita. Kerajaan dan parti komponen Barisan Nasional (BN) seperti UMNO dan MCA juga menjalinkan hubungan diplomatik yang rapat dengan Parti Komunis terbesar di dunia iaitu Parti Komunis China.

Justeru, tidak masuk akal untuk mempunyai pasukan Cawangan Khas yang dianggar berjumlah lebih 7,000 anggota pada masa kini. Kementerian Dalam Negeri enggan mendedahkan angka rasmi keanggotaan Cawangan Khas yang terkini.

Anggota Cawangan Khas yang mempunyai latihan khas dalam risikan patut disalur kepada kerja melawan penjenayah termasuk aktiviti jenayah berat dan ancaman aktiviti keganasan (terrorism).

3) Seorang polis mengendalikan kes jenayah, lima polis mengendalikan urusan pejabatPada masa kini, 40.82 peratus atau 45, 995 pegawai polis terlatih ditugaskan di Jabatan Pengurusan. Ini bermakna bagi setiap seorang pegawai polis

Page 32: GANGSTERISME.docx

dalam JSJ melawan jenayah, ada lima anggota lain yang menjalankan kerja pengurusan termasuk kerja pentadbiran.

Kerja sebegini boleh dilaksana oleh pegawai awam bukan anggota polis. Ini bukan sahaja membolehkan polis terlatih disalur kepada tugas “core business” PDRM iaitu melawan jenayah, malah meringankan bebanan kewangan kerana pegawai awam (civilian officer) tidak diberi insentif elaun khas untuk anggota polis.

4) Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC)Bagi menjamin kebebasan PDRM daripada campur tangan politik seperti yang didakwa bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, IPCMC perlu segera ditubuhkan. Seperti yang saya cadangkan sebelum ini, IPCMC juga perlu diubahsuai untuk memberi kuasa kepada badan bebas terbabit membuat keputusan dalam hal ehwal kenaikan pangkat dalam PDRM supaya kenaikan jawatan dalam polis bukan berdasarkan campur tangan politik tetapi berdasarkan prestasi.

Dengan cadangan empat kaedah ini saya percaya, kadar jenayah dapat dikurangkan dengan baik sekaligus mengembalikan semula keyakinan awam terhadap PDRM.-Roketkini.com

Page 33: GANGSTERISME.docx

Formula menangani jenayah dengan lebih berkesanJENAYAH dan kegiatan berkaitannya telah menjadi satu isu yang membelenggu semua rakyat Malaysia.

Kejadian jenayah yang membabitkan keganasan dan trauma mesti dilihat pada sudut yang lebih serius bukan sahaja daripada pihak kerajaan, pihak penguat kuasa dan kehakiman malah oleh keseluruhan masyarakat.

Tidak ada sehari pun berlalu tanpa kejadian jenayah dan dalam ketidaktentuan ekonomi, peningkatan kes dadah serta kemasukan pendatang tanpa izin, jenayah akan terus meningkat di sebalik usaha gigih Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerangi jenayah.

Berlakunya kejadian jenayah adalah sebagai peringatan bahawa masyarakat tidak boleh mengabaikan keselamatan mereka.

Setiap kali berlakunya jenayah kejam maka ia akan menimbulkan kemarahan masyarakat dan menjadikan orang ramai menempelak serta menuding jari kepada beberapa pihak.

Persoalannya, adakah kita telah melakukan secukupnya sebagai kerajaan, komuniti dan institusi keluarga untuk menangani isu serta punca berlakunya jenayah?

Memerangi jenayah adalah perlu, mencari punca adalah penting, dan pencegahan jenayah adalah satu perkara yang lebih penting. Penubuhan Jabatan Pencegahan Jenayah oleh PDRM diharapkan boleh merungkai segala punca jenayah dan berusaha menanganinya secara berkesan.

Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) berpendapat bahawa masalah penagihan dadah adalah punca utama kepada kes jenayah seperti ragut.

Selagi tiada kejayaan menangani isu penyalahgunaan dadah, masalah jenayah berkaitan dadah akan terus berlaku.

Satu lagi punca jenayah adalah berkaitan keruntuhan nilai moral yang serius yang membelenggu golongan remaja akibat keruntuhan keupayaan kekeluargaan dan panduan untuk membolehkan anak-anak kita melakar perjalanan yang betul.

Pembangunan ekonomi dan teknologi yang pesat tidak seimbang dengan pembangunan nilai moral dan pembangunan insan. Kita bukan hendak menafikan kepentingan ICT dalam era teknologi maklumat tetapi kita perlu sedar pada masa sama kita perlu menegaskan intipati pembangunan moral dan nilai sangat penting demi mencapai pembangunan negara seimbang.

Pembangunan ekonomi dan teknologi hendaklah dicapai tanpa mengorbankan nilai moral dan pembangunan insan yang juga sangat diperlukan di samping kita menangani pelbagai permasaalahan sosial yang menghantui masyarakat.

Mendapat bahan lucah dengan mudah, saya percaya adalah penyebab utama kepada peningkatan jenayah seksual. Bahan lucah melalui VCD cetak rompak dijual dengan harga murah dan senang untuk diperolehi bukanlah menjadi masalahnya sahaja. Ketagihan seks siber, teman seks, laman web lucah dan sebagainya merosakkan minda remaja dan mengakibatkan kemunculan gejala sosial.

Terdapat juga masalah pil ekstasi dan pelbagai pil perangsang yang boleh di dapati di pusat-pusat hiburan yang tidak terkawal.

Page 34: GANGSTERISME.docx

Kita perlu menangani jenayah dari pelbagai sudut dan pendekatan :

1. Dari sudut pendidikan kita memerlukan program secara berterusan untuk mendidik remaja dan belia kita untuk menjauhi diri daripada gejala sosial dan jenayah.

2. Ibu bapa tidak boleh mengabaikan tanggungjawab membesarkan anak-anak mereka. Ibu bapa perlu sentiasa memikirkan tentang keselamatan anak-anak mereka semasa mereka berada di luar rumah mahupun di sekolah. Ibu bapa perlu mengambil berat tentang masalah semasa anak-anak membesar dan perlu memainkan peranan membantu membimbing anak-anak mereka supaya menjadi insan yang baik dan berguna.

3. Kerajaan harus dengan segala upaya menguatkuasakan undang-undang secara efektif demi kepentingan ketenteraman awam dan pencegahan jenayah. Undang-undang hendaklah dikuatkuasakan secara adil dan tanpa pilih kasih.

4. Sekolah pula hendaklah mengetatkan disiplin terhadap murid melalui kerjasama guru, ibu bapa dan pihak berkuasa.

5. Peranan badan kehakiman juga harus menjatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan yang dilakukan penjenayah. Mengawasi keselamatan negara melibatkan lebih daripada sekadar anggota yang bersenjata dan kereta peronda. Apa yang kita perlukan adalah kemampuan berkomunikasi, kaunseling dan psikologi untuk anggota polis, perubatan forensik, teknologi komunikasi, ilmu sains sosial dan integriti.

6. Kesedaran akan keselamatan peribadi dan keselamatan sosial tidak hanya terbatas pada aspek fizikal, tetapi juga keprihatinan alam siber, kerana kita hidup di dunia di mana maklumat dan teknologi komunikasi yang sentiasa berubah pada kelajuan yang sangat pantas. Ia adalah punca penyebab yang serius yang perlu diambil kira akibat peningkatan jenayah siber, di mana kita boleh menjadi mangsa kecurian identiti dan penipuan serta pelbagai hal lain.

TAN SRI LEE LAM THYE

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/Rencana/20130627/re_02/Formula-menangani-jenayah-dengan-lebih-berkesan#ixzz3fYTMhKkj © Utusan Melayu (M) Bhd