gajahku

31
Gajah 1 PENDAHULUAN Gajah merupakan haiwan daratan yang terbesar di dunia. Kehadiran haiwan ini dipercayai telah wujud sejak sekian lama di muka bumi ini. Dipercayai, spesies gajah ini telah mula berkembang jutaan tahun dahulu iaitu semenjak zaman Oligocene di Afrika sehinggalah kini, ia boleh didapati di beberapa tempat di dunia. Terdapat antara 500 ke 600 spesies gajah yang wujud dalam tempoh 55 juta tahun ini. Namun, disebabkan oleh desakan kekurangan habitat, iklim yang tidak bersesuaian dan pemburuan, kini, hanya 2 spesies gajah sahaja yang masih dapat bertahan dan meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Spesis yang masih dapat bertahan ini terdiri daripada Gajah Afrika dan Gajah Asia. Kedua-dua spesies ini dipercayai merupakan hasil evolusi haiwan yang dikenali sebagai Stegodon yang hidup di rantau Asia dan Afrika pada 15 juta tahun yang lalu dan mereka tergolong daripada keluarga yang sama dan telah berpecah semenjak 2 juta tahun lalu. Terdapat beberapa perbezaan yang nyata dari segi bentuk fizikal bagi kedua-dua spesies gajah ini serta beberapa perbezaan dari segi saiz, berat, pemakanan dan habitat. Kedua-dua spesies gajah ini tergolong dalam phylum, class, order dan family yang sama tetapi spesies dan genusnya berbeza. Phylum bagi haiwan ini ialah Chordata dan ia terdiri daripada kelas mamalia. Order bagi gajah ialah Proboscidae dan mereka termasuk dalam keluarga elephantidae. Bagi gajah Afrika, spesies dan genusnya ialah Loxodonta africana manakala bagi gajah Asia pula, spesies dan genusnya ialah Elephas maximus. Gajah Asia (Elephas maximus) Gajah Asia di katakan pernah berada di barat iaitu di Sungai Tigris dan Euphrates menghala bahagian Asia, di utara iaitu di Sungai Yangtze menghala ke selatan Himalaya dan Indochina, Semenanjung Malaysia, Sri Lanka, Sumatera

Upload: jalrred-yan

Post on 14-Dec-2015

22 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: gajahku

Gajah 1

PENDAHULUAN

Gajah merupakan haiwan daratan yang terbesar di dunia. Kehadiran haiwan ini

dipercayai telah wujud sejak sekian lama di muka bumi ini. Dipercayai, spesies gajah

ini telah mula berkembang jutaan tahun dahulu iaitu semenjak zaman Oligocene di

Afrika sehinggalah kini, ia boleh didapati di beberapa tempat di dunia.

Terdapat antara 500 ke 600 spesies gajah yang wujud dalam tempoh 55 juta

tahun ini. Namun, disebabkan oleh desakan kekurangan habitat, iklim yang tidak

bersesuaian dan pemburuan, kini, hanya 2 spesies gajah sahaja yang masih dapat

bertahan dan meneruskan kehidupan di muka bumi ini. Spesis yang masih dapat

bertahan ini terdiri daripada Gajah Afrika dan Gajah Asia. Kedua-dua spesies ini

dipercayai merupakan hasil evolusi haiwan yang dikenali sebagai Stegodon yang

hidup di rantau Asia dan Afrika pada 15 juta tahun yang lalu dan mereka tergolong

daripada keluarga yang sama dan telah berpecah semenjak 2 juta tahun lalu. Terdapat

beberapa perbezaan yang nyata dari segi bentuk fizikal bagi kedua-dua spesies gajah

ini serta beberapa perbezaan dari segi saiz, berat, pemakanan dan habitat.

Kedua-dua spesies gajah ini tergolong dalam phylum, class, order dan family

yang sama tetapi spesies dan genusnya berbeza. Phylum bagi haiwan ini ialah

Chordata dan ia terdiri daripada kelas mamalia. Order bagi gajah ialah Proboscidae

dan mereka termasuk dalam keluarga elephantidae. Bagi gajah Afrika, spesies dan

genusnya ialah Loxodonta africana manakala bagi gajah Asia pula, spesies dan

genusnya ialah Elephas maximus.

Gajah Asia (Elephas maximus)

Gajah Asia di katakan pernah berada di barat

iaitu di Sungai Tigris dan Euphrates menghala

bahagian Asia, di utara iaitu di Sungai Yangtze

menghala ke selatan Himalaya dan Indochina,

Semenanjung Malaysia, Sri Lanka, Sumatera

Page 2: gajahku

Gajah 2suatu masa dahulu. Bermula dari abad ke-19, haiwan darat yang terbesar iaitu

Gajah Asia ini hanya mudah ditemui di benua India, Sri Lanka, Sumatera, dan Pulau

Jawa. Namun, kini, gajah Asia hanya boleh ditemui di beberapa kawasan di Asia dan

populasinya semakin menurun dari semasa ke semasa dan ini amat membimbangkan.

Boleh dikatakan kesemua hidupan ini mendiami kawasan hutan dan rimba,

bersesuaian dengan faktor iklim dan geologi di Asia. Walaupun tidak terdapat

perbezaan dari segi habitat dan fizikal yang ketara, gajah Asia turut dikelaskan

kepada 3 subspesies lagi iaitu Elephas maximus maximus atau lebih dikenali dengan

nama gajah Sri Lanka, Elephas maximus indicus atau gajah India dan Elephas

maximus sumantrensis atau gajah Sumatra. Di antara ketiga-tiga subspesies ini, gajah

Sri Lanka merupakan subspesies yang terbesar di antara subspesis-subspesis yang

lain. Gajah Sumatra pula merupakan subspesies gajah yang terkecil manakala gajah

India pula merupakan subspesies yang paling banyak bilangannya. Secara purata,

berat gajah Asia adalah di dalam lingkungan 3 hingga 5 tan dan purata ketinggiannya

ialah di antara 3 dan 4 meter.

Di Malaysia, gajah merupakan haiwan yang

tidak asing lagi kepada masyarakat setempat. Ini

kerana, manusia dan gajah telah saling

bekerjasama semenjak zaman dahulu kala. Ini

terbukti melalui sejarah Hang Tuah hasil

penulisan Tun Sri Lanang di mana terdapat

cerita di mana terdapat gajah perang anak raja

Terengganu yang bernama Syah Kertas yang

K

n

d

T

k

p

m

Upacara Keagamaan dengan

telah dibawa ke medan perang untuk menawan

erajaan Melaka . Selain itu, gajah turut dikaitkan dengan upacara keagamaan di

egara-negara Asia yang lain seperti di India, di mana gajah telah ditonjolkan di

alam bendera dan disembah sebagai dewa Ganesh manakala lain pula halnya di

hailand, gajah putih telah dipuja dan dianggap sebagai pemberi tuah. Pada masa

ini, kebanyakan gajah telah digunakan untuk menarik kayu balak di kawasan

edalaman. Walau bagaimanapun, kebanyakan negara-negara di Asia telah mula

engharamkan aktiviti penarikan balak menggunakan gajah ini.

Page 3: gajahku

Gajah 3 Gajah Afrika (Loxodonta Africana)

Suatu masa dahulu kumpulan Gajah Afrika ini

pernah berada di keseluruhan benua Afrika dan

di bahagian selatan Sahara. Namun kini Gajah

Afrika hanya boleh didapati di satu per tiga

daripada kawasan-kawasan tersebut.

Kebiasaannya, orang beranggapan bahawa

Gajah Afrika, Loxondonto Africana

gajah Afrika mempunyai habitat di kawasan

savannah. Tetapi, tidak ramai yang tahu, terdapat juga gajah Afrika yang mendiami

kawasan hutan dan rimba. Berdasarkan habitat dan beberapa ciri lain, kita dapat

mengelaskan gajah Afrika kepada 2 lagi subspesies iaitu Loxodonta Africana

Africana dan Loxodonta Africana Cyclotis. Loxodonta Africana Cyclotis atau

dikenali dengan nama gajah Afrika rimba, merupakan subspesies kepada gajah

Afrika yang mempunyai habitat di kawasan rimba manakala Loxodonta Africana

Africana atau lebih dikenali dengan nama gajah Afrika savannah pula mendiami

kawasan savanna. Terdapat perbezaan saiz di antara kedua-dua gajah ini iaitu gajah

Afrika rimba mempunyai saiz yang lebih besar berbanding gajah Afrika savanna.

Purata ketinggian bagi gajah Afrika ini ialah di antara 6 hingga 7 meter manakala

berat purata bagi seekor gajah Afrika pula di antara 6 ke 7 tan.

Berdasarkan kajian yang dilakukan, secara amnya, gajah Afrika ini kurang

bijak berbanding gajah Asia. Ia sukar dilatih dan gajah Afrika juga bersifat lebih liar

berbanding gajah Asia. Sifat-sifat ini mungkin dipengaruhi oleh factor persekitaran

di mana kehidupan gajah Afrika lebih terdedah kepada ancaman bahaya terutama

haiwan-haiwan pemangsa yang banyak terdapat di savanna seperti singa dan

sebagainya.

Page 4: gajahku

Gajah 4

POPULASI DAN PENYEBARAN GAJAH

Gajah Afrika di Benua Afrika

Suatu ketika dahulu, gajah Afrika ini terdapat di merata-rata Sahara selatan. Namun

begitu bilangan gajah yang terdapat di selatan Sahara turun dengan mendadak akibat

aktiviti pemburuan gajah yang berleluasa. Penurunan bilangan ini bermula pada

tahun 1970-an ke 1980-an.

Dianggarkan bahawa terdapat 1.3 juta

gajah Afrika yang terdapat di benua Afrika

pada 1981, seterusnya 750 000 pada tahun

1986 di kawasan yang sama. Dalam jumlah

ini, gajah-gajah ini mudah di dapati di

kawasan seperti Tanzania, Botswana, Moremi

GR, Afrika Selatan, Zambia, Namibia, Taman

Negara Amboseli, Masai Mara GR, Kenya, Rhodesia, Taman Negara Kruger,

Tarangire, Ruaha, Taman Negara Kafue, Uganda, Mana Pools, Hwange, Taman

Negara Chobe dan Zimbabwe seperti data yang direkodkan pada 1986

Di antara kawasan-kawasan yang disebutkan di atas, terdapat 70 000 di

Tanzania, 30 000 di Rhodesia dan Zambia di sekitar lembah Luangwa dan Taman

Negara Wankie, 25 000 di Uganda dan 2 000 di Taman Negara Krunger.

Gajah Asia di Asia.

Jumlah keseluruhan Gajah Asia yang di anggarkan

ialah dari 35 000 hingga ke 50 000 yang kini

sedang hidup di habitat yang sempit di 13 negara

yang berbeza (Pengurus Informasi WWF Species

Conservation ). Di antara negara-negara tersebut

ialah Cambodia, Bhutan, Indonesia, China,

Malaysia, Thailand dan Nepal. Di Malaysia, terdapat lebih kurang 1000 ekor gajah

boleh di dapati di Kinabatangan, Sabah. Berdasarkan aduan, di dapati gajah liar

berada banyak di kawasan seperti Pahang, Terengganu, Kelantan dan Kedah.

Page 5: gajahku

Gajah 5

FAKTA RINGKAS MENGENAI GAJAH ASIA DAN GAJAH AFRIKA

GAJAH ASIA CIRI-CIRI GAJAH AFRIKA

Mamalia KELAS Mamalia

Proboscidae ORDER Proboscidae

Elephantidae FAMILI Elephantidae

Elephas maximus SPESIES Loxodonta africana

GAJAH ASIA CIRI-CIRI GAJAH AFRIKA

Spesies terancam dan di

perlindungi STATUS

Spesies terancam dan di

perlindungi

Mempunyai gading GAJAH JANTAN Mempunyai gading

Tidak mempunyai gading GAJAH BETINA Mempunyai gading

Page 6: gajahku

Gajah 6MOFORLOGI GAJAH

Gading

Kukenbe

Satu bibir pada hujung belalai

GAJAH ASIA

Empat jari kaki Lima jari kaki

Empat jari kaki

Dua bibir pada

hujung belalai

n Kepala dengan dua bonggol

Telinga yang tidak menutupi

bahu

Bahagian badan yang paling

tinggi Kepala dengan satu

bonggol Bahagian badan

yang paling tinggi

Telinga yang tidak menutupi

bahu

GAJAH AFR

Melihat kepada morfologi bagi gajah Asia dan gajah Afrika di atas, di dapa

perbezaan yang nyata di antara kedua-duanya. Dari segi saiz, gajah Afr

lebih besar dari gajah Asia, di mana gajah Afrika mempunyai ketinggia

dengan berat 7 tan dan gajah Asia mempunyai ketinggian 3.5 meter dan b

Selain daripada itu terdapat perbezaan yang lain sepeti gajah Asia memp

bonggol di belakangnya manakala gajah Afrika hanya mempunyai satu b

belakangnya. Gajah Afrika mempunyai telinga yang besar sehingga

bahagian bahunya sebaliknya gajah Asia mempunyai saiz telinga yang l

Apa yang lebih istimewa ialah belalai gajah Asia hanya mempunyai sa

hujungnya tetapi gajah Afrika mempunyai dua bibir di hujung belalain

Afrika mempunyai satu lekukan di bahagian belakangnya tetapi ini tidak

oleh gajah Asia. Gajah Afrika mempunyai kulit yang kendur dan b

bahagian bawah badannya tetapi gajah Asia tidak mempunyainya. Ak

gajah Asia mempunyai lima jari kaki depan dan empat jari kaki belakang

gajah Afrika mempunyai empat jari kaki depan dan tiga jari kaki belakang.

Lekuka

lit yang dur dan rkedut

Tiga jari kaki

IKA

ti terdapat

ika adalah

n 4 meter

erat 5 tan.

unyai dua

onggol di

menutupi

ebih kecil.

tu bibir di

ya. Gajah

dipunyai

erkedut di

hir sekali,

manakala

Page 7: gajahku

Gajah 7KITAR HIDUP GAJAH

Kitar hidup gajah bermula apabila gajah betina bunting dan melahirkan seekor anak

bagi tempoh setiap tempoh tiga ke ampat tahun. Seekor gajah betina bunting selama

22 bulan atau lebih bergantung kepada keadaan seperti kemarau, di mana kemarau

akan menyebabkan tempoh bunting bagi gajah betina akan bertambah. Apabila tiba

masa kelahiran, seekor gajah betina yang hendak melahirkan anak akan dibantu oleh

gajah-gajah betina yang lain.

Anak gajah yang baru lahir biasanya m

113.40 kg paun dengan ketinggian lebih

kurang 33 inci. Berat badan anak gajah

biasanya akan meningkat dari 1.13 kg ke 1.36

kg setiap hari. Anak gajah yang baru

dilahirkan boleh berdiri dan berjalan dalam

tempoh dua jam selepas kelahiran. Penjagaan

yang rapi akan diberikan oleh ibu gajah

kepada anak gajah yang baru dilahirkan

dengan bantuan gajah-gajah betina lain di dalam kumpulannya. Pada saat awal

kelahiran, anak gajah kebiasaannya hanya menyusu daripada ibunya dan hanya mula

makan makanan lain selepas tempoh dua tahun. Tempoh penyusuan biasanya

berlarutan sehingga anak gajah itu berusia lima tahun.

empunyai berat sekitar 90.70 kg ke

Usia matang bagi anak gajah jantan ialah dari 12 ke 17 tahun dan pada usia

ini, anak gajah jantan akan mula meminggirkan diri daripada kumpulannya dan

secara perlahan-lahan akan meninggalkan kumpulan gajah itu untuk menyertai

kumpulan gajah jantan yang sedikit ahlinya atau memilih untuk hidup bersendirian.

Anak gajah betina pula akan mencapai usia matang pada usia 9 ke 12 tahun, tetapi

hanya sesuai untuk membiak pada usia 25 ke 45 tahun sahaja.

Pada musim mengawan, gajah jantan akan mula mendekati kumpulan gajah

betina untuk mengawan. Gajah-gajah jantan ini akan berlawan sesama sendiri dan

hanya gajah yang menang akan mengawan untuk memastikan baka yang dihasilkan

mempunyai ciri-ciri yang terbaik. Gajah betina pula mempunyai waktu subur yang

tertentu iaitu pada usia 25 ke 45 tahun dan hanya pada usia ini sahaja sesuai untuk

Page 8: gajahku

Gajah 8mengawan bagi gajah betina. Tempoh kesuburan gajah betina akan mula

berkurangan bermula pada usia 45 ke 50 tahun.

Gajah dikatakan boleh hidup sehingga mencecah usia 70 ke 80 tahun secara

keseluruhannya. Tetapi disebabkan terdapat pelbagai ancaman yang diterima oleh

gajah di dalam hutan, usia gajah dikatakan hanya boleh bertahan sehingga 60 tahun

dan lebih pendek jika dibunuh oleh manusia.

Page 9: gajahku

Gajah 9 HABITAT GAJAH Kehidupan haiwan tidak dapat dipisahkan daripada habitat semula jadi mereka, tidak

kira sama ada mereka kecil atau besar. Habitat ini diperlukan oleh mereka bukan

sahaja sebagai tempat untuk mendapatkan sumber makanan atau tempat tinggal,

tetapi yang lebih utama ia merupakan tempat untuk meneruskan baka dan keturunan.

Ini kerana, tanpa habitat yang bersesuaian, mereka tidak dapat atau sukar untuk

mengawan dan impak daripada ini, akan berlakulah penurunan populasi di kalangan

mereka.

Kepentingan habitat ini tidak dapat dilarikan daripada kehidupan gajah. Bagi

gajah Asia, Secara umumnya, hutan merupakan pilihan mereka sebagai habitat. Bagi

gajah Afrika pula, mereka memilih sama ada savanna atau hutan rimba sebagai

habitat mereka. Secara amnya, anggaran keluasan habitat minima yang diperlukan

oleh sekumpulan gajah (60 ekor) ialah 461.5 kilometer persegi atau bersamaan

dengan 0.13 ekor per kilometer persegi. Keluasan minima ini diperlukan bagi

menampung keperluan pemakanan gajah di dalam habitat mereka.

Habitat Gajah Afrika.

Suatu ketika dahulu, gajah Afrika menghuni

hampir keseluruhan benua Afrika terutama di

bahagian selatan Sahara. Walau bagaimanapun,

ekoran ancaman yang diterima mereka, kini

hanya tinggal satu pertiga daripada

keseluruhan kawasan tersebut yang masih

didiami. Kesan daripada faktor iklim, geologi dan sekitaran kawasan ini, gajah

Afrika mampu meneruskan kehidupan di kawasan hutan, savanna, separa gurun dan

di kawasan bergunung sehingga ketinggian 5,000 meter atau 16,500 kaki.

Habitat gajah Afrika

Dalam meneruskan kehidupan di dunia ini, gajah memerlukan sumber

makanan yang banyak. Dalam memenuhi keperluan asas ini, gajah ini perlu

Page 10: gajahku

Gajah 10mendiami kawasan yang luas, kawasan yang dapat memenuhi keperluan

pemakanannya. Mereka yang biasanya hidup secara berkumpulan akan berpindah-

randah dari satu kawasan ke kawasan yang lain. Dengan itu, habitat yang menjadi

pilihan mereka semestinya kawasan hutan yang tidak dikelilingi oleh kawasan

pembangunan disebabkan memerlukan kawasan ragut yang besar serta bagi

mengelakkan daripada pencerobohan manusia ke atas habitat mereka.

Gajah merupakan haiwan yang mempunyai kulit yang nipis

dan sensitif. Dengan ketebalan di antara 2 hingga 4

sentimeter, gigitan dan sengatan serangga sudah cukup

untuk menyebabkan mereka terganggu. Dalam mengatasi

masalah ini, gajah kebiasaannya bermandi lumpur untuk

mengelakkan gangguan serangga. Oleh itu, habitat gajah

biasanya terdiri di kawasan yang berlumpur bagi

memudahkan mereka membasahi badan mereka. Selain daripada menggunakan

lumpur untuk tujuan mengelakkan gigitan serangga, gajah turut membasahkan badan

mereka dengan lumpur untuk menyejukkan serta melindungi badan mereka daripada

terbakar oleh pancaran matahari.

Bagi gajah Afrika savanna, habitat mereka

biasanya terdapat di kawasan-kawasan yang redup

dan terlindung oleh pokok-pokok besar seperti

pokok Boabob.. Ini kerana, selain menggunakan

lumpur untuk menyejukkan badan, mereka turut

menghabiskan masa berteduh di kawasan-

kawasan yang redup untuk mengelakkan cuaca yang panas dan kering. Selain itu,

kawasan savanna yang panas dan kering itu memaksa gajah untuk mendiami

kawasan yang berdekatan dengan sumber air terutama sekali di musim kemarau.

Namun begitu, adakah kita tahu, gajah tidak minum air dengan sebarangan. Ini

kerana, gajah Afrika hanya minum air yang mengandungi kandungan mineral yang

tinggi sahaja dan mereka sanggup berjalan jauh semata-mata mahu mencari sumber

air yang mereka perlukan.

Page 11: gajahku

Gajah 11Sepanjang hidup gajah, mereka akan berganti gigi sebanyak enam pasang gigi

apabila gigi yang sedia ada menjadi haus. Oleh itu, kebanyakan gajah yang sudah tua

dan mempunyai masalah keguguran atau kekurangan gigi mereka akan memilih

untuk menetap di kawasan yang mempunyai sumber air

sahaja dengan tujuan untuk mendapatkan sumber

makanan yang terdiri daripada tumbuhan-tumbuhan

yang lembut dan kecil. Tanpa makanan yang lembut

dan kecil ini, mereka tidak dapat meneruskan

kehidupan disebabkan oleh mati kelaparan. Selain itu,

tujuan mereka memilih habitat yang berdekatan dengan sumber air adalah untuk

mengelakkan mereka daripada berjalan jauh dalam mendapatkan sumber air kerana

pada ketika ini, gajah-gajah ini telah mula menjadi lemah dan tidak berdaya untuk

menjalani kehidupan yang berpindah-randah.

Habitat Gajah Asia

Suatu ketika dahulu, gajah merupakan spesies yang

mudah di jumpai di kawasan barat di antara sungai

Tigris dan Euphrates di Mesopotamia (45 darjah

barat), sehingga ke Asia di timur. Bagi kawasan

utara pula, gajah-gajah Asia ini mendiami kawasan

di antara sungai Yangtze, Cina sehingga ke selatan

Himalaya sampai ke Indochina, Semenanjung

Malaysia, Sri Lanka, Sumatera, dan Jawa. Namun pada penghujung abad ke 19,

gajah Asia ini kebanyakannya hanya boleh didapati di kawasan benua India, Sri

Lanka dan kawasan barat Asia.

Sama seperti gajah Afrika, gajah Asia hidup di kawasan padang rumput,

belukar, htan rimba dan juga kawasan berbukit sehingga mencecah ketinggian 3600

meter atau 11 800 kaki. Oleh itu, boleh dikatakan, mereka boleh hidup di mana-mana

sahaja yang bebas dari gangguan manusia serta di kawasan-kawasan yang tidak

diterangi untuk tujuan pertanian pindah dan pembalakan.

Di Malaysia, kesemua populasi gajah yang terdapat di sini memilih hutan

sebagai tempat kediaman. Ini kerana, Malaysia merupakan sebuah negara yang

dipenuhi oleh hutan hujan khatulistiwa dan boleh dikatakan tidak terdapat sedikit

Page 12: gajahku

Gajah 12pun kawasan padang rumput yang sesuai menjadi tempat kediaman gajah. Habitat

gajah di Malaysia bergantung kepada musim yang terdapat di sini iaitu sama ada

musim kering atau musim lembap.

Pada musim kering iaitu sekitar penghujung bulan Mei hingga bulan

September, gajah-gajah yang terdapat di sini memilih kawasan tebing sungai sebagai

habitat mereka. Ia disebabkan oleh berbagai faktor, antaranya memudahkan mereka

untuk mendapatkan bekalan air minuman. Selain itu, pada musim kering ini juga,

gajah lebih gemar makan tumbuhan-tumbuhan yang terdapat di kawasan sekitar

sungai. Ia disebabkan makanan ini lebih banyak mengandungi air serta lebih mudah

dihadamkan.

Pada musim lembap pula, gajah-gajah ini

memilih kawasan hutan yang tebal dan rimbun

serta dipenuhi oleh rerumput yang tinggi sebagai

habitat. Manakala untuk musim peralihan iaitu di

antara bulan September dan November, kawasan

hutan yang lapang dan dipenuhi rumput-rumput

yang pendek Kawasan Hutan yang Lapang

menjadi pilihan mereka. Selain itu, disebabkan oleh masalah kekurangan habitat

yang kian meruncing ini, adakalanya gajah-gajah ini akan memasuki kawasan

perladangan kelapa sawit dan buah-buahan yang terdapat di beberapa negeri iaitu

Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan, Kedah dan Perak. Kebiasaannya, gajah-gajah

ini akan memasuki ladang-ladang ini dalam memperolehi sumber makanan buat

sementara waktu.

Seperkara lagi, perkara yang menarik untuk diketahui, adakah kita

mengetahui makna bagi ‘Kedah’? Dalam bahasa Thailand, Kedah bermaksud

perangkap untuk gajah. Adakah ini bermakna, suatu ketika dahulu, negeri Kedah

begitu kaya dengan spesies gajah ini? Dan bagaimana pula dengan keadaannya pada

masa kini? Persoalan-persoalan ini, hanya manusia yang mampu menjawabnya, dan

hasil jawapannya bergantung kepada usaha-usaha manusia yang kelihatan kian lupa

akan tanggungjawab terhadap alam sekitar.

Page 13: gajahku

Gajah 13GAJAH DAN PEMAKANAN

Seperti yang telah kita

ketahui, gajah merupakan

sepsis herbivor di mana ia

merupakan haiwan yang

memakan tumbuh-

tumbuhan tidak kira di

mana sahaja sama ada di

savanna, hutan atau

padang ragut. Bagi gajah

Afrika dan Asia, terdapat sedikit perbezaan yang ketara dalam keperluan atau jenis

pemakanan termasuk kuantiti yang diperlukan. Berdasarkan saiz dan berat, gajah

Afrika yang mempunyai bentuk fizikal yang lebih besar memerlukan kuantiti

makanan yang lebih banyak berbanding gajah Asia.

Sistem pencernaan yang dimiliki oleh gajah adalah tidak sempurna. Tumbuh-

tumbuhan yang dimakan sukar dicernakan dan hanya 40% daripada jumlah makanan

mereka dicernakan sementara 60% makanan yang dimakan itu akan terus

dikeluarkan sebagai najis. Najis yang dikeluarkan itu mengandungi 80 % lembapan,

10 % gentian yang tidak dicernakan dan baki 10 % mengandungi nitrogen dan ash

yang sebahagian besarnya terdiri daripada kalsium. Disebabkan oleh kekurangan

sistem penghadaman inilah, gajah terpaksa menghabiskan sekurang-kurangnya 18

jam sehari untuk makan bagi memenuhi diet yang diperlukan.

Gajah merupakan haiwan yang agak cerewet. Makanan yang dipilih adalah

bergantung kepada kegemaran mereka. Dalam memenuhi kehendak mereka, gajah

akan menggunakan deria rasa di mana mereka memiliki deria rasa yang maju di

kalangan haiwan lain dalam membezakan makanan yang sedap atau kurang sedap.

Page 14: gajahku

Gajah 14GAJAH AFRIKA DAN PEMAKANAN

Makanan utama bagi gajah Afrika terutama

yang tinggal di kawasan savanna padang

rumput ialah rumput. Mengikut kajian yang

dilakukan, setiap hari mereka makan sekurang-

kurangnya 11 jenis rumput yang berbeza di

dalam memenuhi diet harian mereka. Perkara

ini menyebabkan mereka terpaksa bersaing dengan haiwan-haiwan lain dalam

mendapatkan sumber makanan terutama antelope dan sebagainya. Rumput-rumput

yang dimakan bukannya rumput yang baru tumbuh bagi sesuatu kawasan yang baru

terbakar atau dibakar.

Sekiranya bekalan rumput tidak mencukupi, gajah Afrika turut makan

tumbuh-tumbuhan renek dan herba. Adakalanya, mereka turut makan dedaun,

bunga-bungaan, ranting kecil, ubi, buah-buahan dan kulit pokok. Kulit pokok yang

biasa dipilih biasanya terdiri daripada kulit pokok Boabob dan kulit pokok Acacia.

Dalam memenuhi diet yang mereka makan, setiap hari gajah Afrika akan

makan sekurang-kurangnya 135 ke 180 kilogram tumbuh-tumbuhan. Kuantiti

pemakanan ini bergantung kepada saiz dan umur gajah. Kebiasaannya, gajah yang

meningkat dewasa dan gajah yang besar saiznya memerlukan makanan yang lebih

banyak berbanding gajah-gajah lain. selain daripada makanan, elemen penting yang

diperlukan oleh haiwan ini dalam meneruskan kehidupan air. Mereka memerlukan

kuantiti air yang banyak iaitu sekurang-kurangnya 50 gelen air atau 190 liter air.

Dengan itu, habitat mereka biasanya berada berdekatan dengan sumber air.

GAJAH ASIA DAN PEMAKANAN

Lain halnya dengan gajah Asia, makanan utama bagi mereka bukanlah rumput, tetapi

biasanya terdiri daripada buah-buahan serta tumbuh-tumbuhan lain. Ia mungkin

dipengaruhi faktor habitat mereka di mana kebanyakan gajah Asia mendiami

kawasan-kawasan hutan dan bukannya padang rumput.

Page 15: gajahku

Gajah 15Selain daripada rumput, daun, ubi dan

batang kayu, kebanyakan gajah Asia

terutama di Malaysia gemar memakan

tumbuh-tumbuhan yang ditanam oleh para

petani dan pekebun seperti tebu, sekoi,

padi, sogum, tebu, dan jagung. Perkara ini

seringkali menimbulkan kemarahan para

petani dan pekebun di atas kerugian yang disebabkan oleh gajah. Adakalanya, gajah

Asia di Malaysia gemar makan buah-buahan yang masam dan tinggi kandungan

alkoholnya seperti durian. Perkara ini mungkin disebabkan oleh system pencernaan

mereka, di mana mereka perlu makan sedikit makanan yang masam bagi

memudahkan penghadaman ke atas makanan yang dimakan. Bagi gajah Asia yang

dibela seperti yang terdapat di zoo, mereka turut menggemari makanan gentian

seperti roti dan dedak dalam memenuhi diet harian mereka. Terdapat fakta yang

menarik di mana sesetengah biji benih pokok hanya akan bercambah apabila ianya

telah melalui sistem penghadaman gajah.

Dalam memenuhi diet makanan harian mereka, secara purata seekor gajah

Asia akan makan 150 kilogram tumbuh-tumbuhan sehari. Kuantiti ini adalah kurang

sedikit jika dibandingkan dengan kuantiti yang diperlukan oleh gajah Asia. Bagi

minuman pula, gajah Asia memerlukan di antara 70 hingga 90 liter sehari. Dengan

itu, habitat mereka kebiasaannya turut berdekatan dengan sumber air bagi memenuhi

keperluan harian mereka.

Page 16: gajahku

Gajah 16 ANCAMAN TERHADAP GAJAH Walaupun dikatakan gajah merupakan haiwan yang terbesar di daratan, namun ia

tidak terlepas daripada pelbagai ancaman yang menjadi punca penurunan bilangan

populasinya. Ancaman terhadap populasi gajah ini boleh dikategorikan kepada dua

iaitu ancaman secara semula jadi dan ancaman dari manusia. Dia antara ancaman

yang dihadapi oleh Gajah Asia dan Afrika adalah seperti berikut:

ANCAMAN SECARA SEMULAJADI

Musim kemarau yang panjang

Seekor gajah dewasa biasanya memerlukan dari 70 hingga ke 90 liter air setiap hari.

Maka jika dianggarkan, suatu kumpulan gajah yang terdiri daripada 60 ekor gajah

memerlukan hampir 5400 liter air setiap

hari. Oleh itu ketiadaan air merupakan

suatu ancaman dan masalah utama bagi

gajah. Selain daripada memerlukan air

untuk hidup, ketiadaan air

menyebabkan tumbuh tumbuhan yakni

makanan utama gajah berkurangan.

Haiwan Pemangsa

Struktur fizikal gajah yang besar menjadikan mamalia ini kurang menjadi tumpuan

haiwan pemangsa. Namun begitu, anak gajah tidak terlepas daripada menerima

ancaman daripada haiwan pemangsa seperti singa, harimau, buaya dan hyaena.

Gajah biasanya hanya akan melahirkan seekor anak bagi setiap tiga ke empat tahun.

Di sebabkan bilangan kelahiran anak gajah adalah sedikit, maka kematiannya di

tangan haiwan pemangsa akan menjadikannya sebagai salah satu ancaman terhadap

gajah. Apabila anak gajah ini mati dibunuh oleh haiwan pemangsa, maka bilangan

gajah yang akan terus hidup dan membiak untuk populasinya akan menurun.

Page 17: gajahku

Gajah 17

Baka gajah yang terhad.

Pada musim mengawan, gajah jantan akan mendekati kumpulan gajah betina

dan akan bertarung untuk menjadi ketua kumpulan tersebut. Gajah yang memenangi

pertarungan itu biasanya terdiri dari gajah

yang tua dan kuat. Hanya gajah jantan

yang kuat ini boleh mengawan dalam

sesuatu kumpulan gajah bagi memastikan

hanya baka gajah terbaik terhasil.

Disebabkan oleh banyak baka-baka gajah

yang baik dan kuat telah mati atau pupus

atas sebab-sebab lain, maka gajah yang

kurang kuat pula berpeluang untuk mengawan dan menghasilkan baka gajah yang

lemah dari segi anggota dan fikiran. Gajah yang lemah ini kebanyakannya tidak

dapat bertahan lama kerana ia mudah sakit, mudah diserang pemangsa dan

sebagainya.

Selain daripada itu, baka gajah yang terhad juga berpunca daripada hutan

yang menjadi habitat gajah telah dibuka untuk pembangunan. Pembukaan hutan

secara berleluasa menjadikan hutan ini terpecah kepada beberapa hutan kecil dan

terasing di antara satu sama lain. Ini menyebabkan gajah jantan tidak dapat

berhubung dengan kumpulan gajah betina yang berada di hutan-hutan kecil yang lain

dan hanya dapat mengawan dengan gajah betina yang mempunyai pertalian

persaudaraan dengannya. Populasi gajah yang sebegini biasanya akan mengalami

mutasi dan tidak mempunyai variasi dari segi genetiknya lalu menyebabkan ia cacat,

atau lemah dari segi anggota dan fikiran.

Page 18: gajahku

Gajah 18

ANCAMAN DARIPADA MANUSIA

Pemburuan gading dan daging gajah.

Gading dan daging gajah seringkali menjadi tumpuan utama pemburu-pemburu

gajah liar. Ancaman pemburuan gading gajah adalah lebih teruk bagi Gajah Afirka

kerana kedua-dua jantina Gajah Afrika

mempunyai gading manakala hanya

gajah jantan Asia yang memiliki gading.

Hasil dagangan gading gajah boleh

mencapai jutaan ringgit iaitu suatu

jumlah yang cukup besar terutamanya

bagi negara-negara miskin di benua

Afrika. Beberapa negara di Afrika cuba untuk menjadikan dagangan gading gajah

sebagai sumber kewangan negara tetapi ia telah ditentang oleh banyak pihak. Gajah

yang sering diburu untuk gadingnya ialah gajah yang lebih tua kerana mempunyai

gading yang paling besar. Gajah yang lebih tua

sangat penting dalam kumpulan gajah kerana

gajah akan berpindah-randah pada musim

kemarau khasnya mengikut panduan gajah

yang lebih tua kerana ia mempunyai

pengalaman tentang struktur muka bumi,

kawasan ragut, sumber air dan cara-cara

mengatasi musuh yang mendalam kerana

memorinya yang kuat. Kehadiran seekor gajah

yang lebih tua ini amat penting untuk sesebuah

kumpulan gajah sebagai panduan untuk gajah-

gajah lain. Pemburuan yang berleluasa terhadap gajah yang lebih tua ini boleh

menyebabkan kumpulan gajah itu terancam.

Pembukaan kawasan hutan

Kawasan hutan yang luas diperlukan untuk kumpulan gajah yang besar kerana

kumpulan gajah ini sentiasa berpindah-randah untuk di dalam hutan tersebut untuk

mendapatkan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Pembukaan hutan

Page 19: gajahku

Gajah 19untuk pelbagai tujuan oleh manusia boleh mengancam populasi gajah ini daripada

terus hidup.

Pembukaan hutan oleh manusia biasanya bertujuan untuk membina

penempatan baru, bercucuk tanam pembangunan dan sebagainya. Akibat daripada

aktiviti seperti ini menyebabkan luas kawasan ragut menjadi semakin sempit dan

tidak boleh menampung keperluan makanan untuk kumpulan gajah di kawasan

tersebut. Hal seperti ini seterusnya menyebabkan bekalan makanan kepada gajah-

gajah ini berkurangan dan ia boleh mengancam nyawa gajah.

Selain daripada itu, petani yang membuka hutan untuk bercucuk tanam

biasanya menganggap gajah sebagai musuh utama mereka kerana gajah seringkali

menceroboh kawasan pertanian itu untuk mencari makanan akibat daripada

kekurangan kawasan ragut. Hal seperti ini biasanya berakhir dengan petani

menembak mati gajah yang memceroboh kawasan pertanian mereka seperti yang

beraku di Sri Lanka,1950 dan Indonesia,2000. hal seperti ini juga biasa terjadi di

Malaysia.

Penjualan anak-anak gajah

Anak-anak gajah biasanya diburu untuk dijual

kepada pihak zoo, sarkas dan pengumpul haiwan

persendirian. Disebabkan ibu gajah sentiasa

melindungi anaknya yang masih kecil dan naik

berang kepada sesiapa yang cuba mengancam

anaknya, maka ibu gajah sering ditembak terlebih

dahulu untuk memudahkan pengambilan anak gajah tersebut untuk tujuan penjualan.

Dalam kes seperti ini, dua ekor gajah yang berpotensi membiak dan menambah

populasi gajah telah mati kerana kerakusan manusia. Kejadian seperti ini secara tidak

langsung akan mengancam populasi gajah dari terus membiak dan berkembang.

Page 20: gajahku

Gajah 20

Pembunuhan gajah bagi mengawal populasinya

Sebahagian negara di Afrika mempunyai kawasan taman negara atau hutan simpan

yang kecil berbanding populasi gajah yang menghuninya. Oleh yang demikian,

sebahagian daripada negara-negara tersebut mengambil tindakan untuk membunuh

gajah di dalam taman negara atau hutan simpan

mereka. Pembunuhan gajah seperti ini tidak

mengikut lazimnya iaitu gajah yang lemah dan

gajah yang sangat tua akan mati terlebih

dahulu. Ini gajah yang mempunyai baka yang

kurang baik berpeluang untuk mengawan

kerana kurangnya persaingan dan akan

melahirkan baka yang juga lemah.

Pembinaan sempadan yang menghalang laluan gajah.

Gajah dikenali sebagai mamalia yang hidup berkumpulan dan sentiasa berpindah-

randah untuk mendapatkan bekalan makanan dan minuman terutamanya di musim

kemarau. Kini, manusia semakin banyak membina sempadan di antaranya ialah

sempadan di antara sesebuah negara dengan negara lain, sempadan kawasan

pertanian, sempadan persendirian atau lain-lain lagi. Sempadan-sempadan ini akan

menyekat laluan yang biasa digunakan oleh kumpulan gajah untuk berpindah-randah

bagi mendapatkan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Gajah yang

cuba merentasi sempadan-sempadan ini akan dihapuskan dengan alasan mengganggu

dan mencerobohi kawasan tersebut. Manakala kumpulan gajah yang tidak dapat

merentasi sempadan-sempadan itu, pula akan mengalami kekurangan bekalan

makanan dan mati akibat kelaparan.

Undang-undang perlindungan yang berbeza.

Kumpulan gajah yang lazimnya hidup berpindah-randah ini biasanya merentasi

beberapa sempadan negara yang berbeza. Diketahui bahawa undang-undang

Page 21: gajahku

Gajah 21terhadap perlindungan ke atas hidupan liar adalah tidak sama untuk setiap negara.

Oleh itu, jika gajah itu berada di dalam sesebuah negara yang melindunginya

berpindah untuk mencari makanan di negara lain, belum tentu gajah itu juga

dilindungi di negara itu. Berkemungkinan negara jiran tersebut membenarkan

pemburuan terhadap gajah dan tidak langsung mempunyai undang-undang

perlindungan hidupan liar. Oleh itu, gajah yang sentiasa berpindah-randah merentasi

beberapa negara sering terdedah kepada undang-undang perlindungan hidupan liar

yang berbeza dan ini boleh mengancam nyawa gajah tersebut.

Page 22: gajahku

Gajah 22CARA-CARA MENGATASI ANCAMAN TERHADAP GAJAH. Ancaman terhadap populasi gajah perlu dihentikan. Ini adalah kerana ekosistem yang

sihat harus terdiri daripada haiwan yang besar dan haiwan-haiwan lain yang kecil

yang lain-lain. Tanpa perlindungan, ekosistem di hutan mungkin terancam dan ia

juga akan menjejaskan kehidupan manusia suatu hari nanti. Terdapat beberapa

perkara yang boleh dilakukan untuk mengatasi ancaman terhadap pengurangan

bilangan gajah di seluruh Malaysia iaitu seperti berikut:

Menguatkuasakan Undang-undang yang digubal.

Di Malaysia sendiri terdapat peruntukan untuk melindungi hidupan liar melalui Akta

Perlindungan Hidupan Liar, 1972. Gajah termasuk dalam kategori Binatang Liar

yang di perlindungi di Malaysia. Di mana pemburuan terhadap gajah dibenarkan

tetapi terhad kepada pemburu berlesen.

Akta yang diwartakan tanpa penguatkuasaan yang ketat oleh pihak berkuasa

tidak akan berjaya mencapai objektif utama mewujudkan akta itu iaitu untuk

melindungi hidupan liar itu daripada diancam kepupusan. Oleh itu adalah penting

bagi sesebuah Negara seperti Malaysia atau negara-negara lain menguatkuasakan

Akta Hidupan Liar yang terdapat di negara mereka agar hidupan liar seperti gajah

dapat dilindungi.

Mewujudkan undang-undang di peringkat antarabangsa.

Seperti yang kita sedia maklum, gajah terdiri daripada hidupan yang hidup secara

berpindah-randah untuk mencari makanan. Kadang-kala terdapat kumpulan gajah

yang berpindah-randah sehingga merentasi sempadan beberapa buah negara.

Undang-undang untuk melindungi hidupan liar ini biasanya tidak sama untuk setiap

negara. Besar kemungkinan jika gajah itu pada asalnya berada di negara yang

melindungi hidupan liar dengan ketat akan berpindah-randah untuk mencari

makanan sehingga melepasi sempadan negara jiran yang tidak langsung mempunyai

undang-undang untuk melindungi hidupan liar akan terancam apabila sampai di

negara jiran tersebut.

Page 23: gajahku

Gajah 23

Oleh yang demikian, adalah wajar undang-undang terhadap hidupan liar ini

dilakukan di peringkat antarabangsa agar setiap hidupan liar ini tetap dilindungi

walau ke mana ia pergi.

Taman Negara dan Hutan Simpan

Setiap Negara seharusnya mempunyai Taman Negara dan Hutan Simpan yang

tersendiri. Malaysia juga terdiri daripada Negara yang mempunyai hutan simpan dan

taman Negara. Kawasan-kawasan ini amat penting untuk memastikan agar manusia

tidak terus menceroboh kawasan hutan dan mengganggu ekosistem di hutan.

Seharusnya, kawasan hutan simpan dan

taman negara ini haruslah melingkungi suatu

kawasan yang luas agar hidupan seperti gajah

yang hidup dalam kumpulan yang besar ini dapat

di tampung oleh hutan simpan dan taman negara

itu. Hutan yang kecil dan terasing di antara satu

sama lain tidak akan membantu hidupan liar

seperti gajah untuk terus hidup di muka bumi ini.

Selain daripada itu, taman negara dan hutan simpan ini tidak seharusnya

dibangunkan untuk tujuan pelancongan contohnya ialah dengan membina rumah

rehat atau chalet di dalam taman Negara dan hutan simpan. Ini adalah kerana dengan

membangunkan kawasan hutan tersebut, kita secara tidak langsung telah

mengganggu ekosistem di hutan tersebut. Hal ini juga terjadi di Malaysia iaitu

seperti di Taman Negara di Pahang darul Makmur yang telah dibangunkan untuk

tujuan pelancongan.

Mengawal pembukaan hutan

Pembukaan hutan untuk tujuan pembangunan tidak dapat dielakkan lagi pada masa

kini. Oleh itu adalah wajar bagi sesebuah negara menjalankan pembangunan yang

mampan agar pembukaan hutan yang dilakukan adalah terkawal tanpa menjejaskan

ekosistem hutan itu dengan teruk.

Page 24: gajahku

Gajah 24

Sekali lagi penguatkuasaan undang-undang

adalah penting di sini, di mana pembukaan hutan

yang hendak dilakukan haruslah mendapat lesen

kebenaran dari pihak berkuasa terlebih dahulu.

Pembalakan secara haram yang dilakukan tanpa

had merupakan salah satu gejala pembukaan

hutan yang akan menjejaskan ekosistem di hutan

dengan teruk.

Selain daripada itu terdapat daripada pembukaan hutan ini dilakukan dengan

cara membakar kawasan tersebut. Perkara seperti ini haruslah dielakkan kerana

pembakaran hutan secara terbuka akan memusnahkan habitat dan makanan gajah

iaitu tumbuh-tumbuhan. Tanpa habitat dan makanan, gajah tidak mungkin dapat

meneruskan kehidupan mereka.

Membina pusat pemulihan gajah.

Di antara langkah lain untuk melindungi hidupan liar seperti gajah daripada terus

pupus, kita boleh membina pusat penternakan untuk haiwan-haiwan seperti ini. Pusat

penternakan ini boleh diwujudkan untuk membantu gajah yang sedang diancam

kepupusan dari segi makanan, penyesuaian habitat, pemindahan dan perlindungan.

Contoh pusat penternakan adalah seperti di

Pusat Pemulihan Gajah Kuala Gandah, Pahang. Pusat

Pemulihan Gajah Kuala Gandah menjalankan aktiviti

seperti memindahkan gajah dari kawasan yang tidak

sesuai didiami oleh gajah tersebut ke kawasan yang

lebih sesuai seperti taman negara atau hutan-hutan

lain dengan bantuan gajah terlatih milik Pusat

Pemulihan Gajah Kuala Gandah itu sendiri.

Pemindahan gajah ke kawasan lain yang lebih sesuai

dijadikan habitat ini penting dalam usaha melindungi gajah daripada ancaman.

Page 25: gajahku

Gajah 25 SEJARAH PENGGUNAAN GAJAH DALAM KEHIDUPAN MANUSIA

Sejarah penggunaan gajah oleh manusia di dunia.

Sejak berkurun lama manusia di Afrika telah memperdagangkan gading gajah

sebagai salah satu punca pendapatan. Sejarah penggunaan gajah ini bermula pada

tahun 3000 S.M oleh orang Egypt yang menggunakan gading gajah untuk tujuan

pengukiran dan kerja-kerja seni yang lain.

Selain daripada itu, gajah juga telah mula dijinakkan oleh manusia bermula

dari tahun 301 S.M untuk tujuan peperangan. Gajah jenis Carthage yang ditangkap di

Afrika Utara telah digunakan oleh

tentera Hannibal yang merentasi

Banjaran Alps bagi kempen untuk

menentang tentera Rom. Tentera

Rom pula bertindakbalas dengan

menggunakan gajah untuk

menentang tentera Hannibal di dalam

peperangan.. Gajah mula dibawa ke

Britain pada 1254 AD untuk dilatih

di sana.

Penggunaan gajah untuk peperangan dan perdagangan gading gajah

menyebabkan permintaan terhadap gajah meningkat dan telah menyumbang kepada

terhapusnya populasi gajah di kawasan utara Sahara pada abad ke-2 AD. Dalam pada

masa itu, sejarah penggunaan gajah ini terhenti seketika dan bermula semula 1902

oleh orang Belgian di Congo yang melatih gajah Congo ini untuk pelbagai tujuan

dalam kehidupan.

Selain daripada itu terdapat juga gajah yang digunakan untuk tujuan menarik

kayu balak pada suatu masa dahulu. Namun aktiviti ini semakin berkurangan dan

Thailand telah mengharamkan penggunaan gajah untuk tujuan menarik kayu balak

pada April 2001.

Page 26: gajahku

Gajah 26Terdapat juga di negara tertentu yang menggunakan gajah di dalam upacara-

upacara rasmi seperti penyembahan gajah putih di

Thailand yang dipercayai akan membawa tuah. Selain

daripada itu, gajah yang membantu tentera Rom di dalam

peperangan di sambut dalam upacara istimewa sebagai

tanda terima kasih mereka terhadap bantuan gajah

tersebut. Di Abyssinia, terdapat rekod yang mengatakan

bahawa gajah telah digunakan untuk beberapa upacara

rasmi di akhir zaman pertengahan di sana.

Sejarah penggunaan gajah oleh manusia di Malaysia.

Malaysia tidak terkecuali daripada menggunakan gajah untuk pelbagai tujuan bagi

mempermudahkan kehidupan manusia suatu masa dahulu. Tujuan utama penggunaan

gajah di Malaysia suatu ketika dahulu adalah untuk peperangan dan dijadikan

kenderaan bagi raja-raja Melayu.

Pada abad ke-15, di zaman kesultanan Melayu Melaka di perintah oleh

Portugis, banyak gajah terlatih telah di hantar ke India menggunakan kapal untuk

kegunaan kerabat di raja di sana. Perniagaan ini telah banyak mendatangkan

keuntungan kepada pedagang gajah tersebut.

Selain daripada itu, gajah-gajah terlatih digunakan sebagai

kenderaan oleh kerabat di raja Melayu. Gajah juga telah digunakan

untuk mengangkat barang di raja dari satu tempat ke suatu tempat

yang lain suatu masa dahulu. Namun begitu, Malaysia tidak lagi

menjalankan aktiviti melatih gajah setelah mendapat alternatif lain

sebagai kenderaan dan gajah yang tinggal di Malaysia hanyalah

merupakan gajah-gajah liar yang hidup bebas di hutan.

Page 27: gajahku

Gajah 27KES DAN ISU-ISU MENGENAI GAJAH DI MALAYSIA Terdapat beberapa isu-isu atau kes-kes yang mengaitkan gajah telah berlaku di

Malaysia sejak dahulu hingga beberapa tahun kebelakangan ini. Berikut diterangkan

beberapa isu serta kes yang berkaitan dengan gajah di Malaysia.

Kemalangan keretapi dengan gajah

Kemalangan di antara keretapi dan gajah ini merupakan di antara kemalangan yang

menyayat hati yang pernah berlaku di landasan keretapi Port Weld – Taiping suatu

masa dahulu. Pada suatu hari, sekumpulan besar gajah telah melintasi landasan

keretapi itu untuk berjalan-jalan di kawasan pinggiran hutan Teluk Intan sepertimana

yang biasa dilakukan oleh kumpulan gajah itu sebelum ini. Tanpa diduga, pada hari

tersebut, sewaktu kumpulan gajah itu melintasi landasan keretapi Port Weld –

Taiping, terdapat

sebuah keretapi yang

membawa barang

bergerak ke arah

kumpulan gajah

tersebut dan ia hanya

disedari oleh

kumpulan gajah

tersebut pada saat-

saat akhir. Untuk

menyelamatkan keadaan terdapat seekor gajah bergegas menuju ke arah landasan itu

dan berdiri di antara keretapi yang sedang bergerak dan kumpulan gajah tersebut.

Keretapi itu kemudiannya melanggar gajah tersebut dan menyebabkan gajah itu mati

demi menyelamatkan ahli kumpulan gajah yang lain. Kemalangan ini menandakan

betapa seekor gajah itu sanggup melakukan apa sahaja demi gajah-gajah lain di

dalam kumpulannya.

Page 28: gajahku

Gajah 28

Pemindahan gajah dan penempatan semula gajah liar.

Akibat pertembungan gajah dengan pembangunan, kebiasaannya gajah akan

terperangkap dalam pembangunan ini. Seringkali terdapat kes gajah memusnahkan

tanaman petani yang bercucuk tanam di kawasan yang dahulunya adalah kawasan

meragut bagi gajah.

Pada 14 Mei 2001, sekumpulan 25 orang renjer dari Pusat Pemulihan Gajah

Kuala Gandah telah ditugaskan untuk memindahkan seekor gajah jantan yang

dipercayai telah memusnahkan tanaman petani di selatan suatu ketika dahulu. Gajah

yang dipindahkan itu merupakan seekor gajah jantan yang berusia di antara 30 ke 40

tahun dan dikenali sebagai ‘Tok Nik’ oleh penduduk setempat. Pemindahan gajah

jantan itu dilakukan menggunakan bantuan gajah terlatih milik Pusat Gajah Kuala

Gandah yang dikenali sebagai ‘Cek Mek’ untuk mengurangkan ketakutan ‘Tok Nik’

dan mengelakkannya naik berang. ‘Tok Nik’ ini kemudiannya dilepaskan semula ke

dalam hutan di bahagian sempadan di antara Perak dan Kelantan.

Kematian gajah di Pusat Pemulihan Gajah Kuala Gandah Pada Mei 2001, Pusat Pemulihan Gajah Kuala Gandah, Pahang telah dilanda rebut

teruk yang mengakibatkan beberapa batang pokok di kawasan sekitarnya telah

tumbang. Pokok yang tumbang ini telah menimpa tiga ekor gajah muda dan

menyebabkan kematian gajah-gajah tersebut. Kematian tiga ekor gajah itu

merupakan suatu kehilangan yang besar bagi pusat tersebut. Tidak lama selepas

kematian tiga ekor gajah tersebut, pusat ini telah menerima kehadiran dua ekor anak

gajah baru yang diberi nama ‘Mawar’ dan ‘Sri’.

Page 29: gajahku

Gajah 29 FAKTA MENARIK TENTANG GAJAH

Kehidupan secara berkumpulan

Gajah merupakan haiwan yang mempunyai kehidupan yang berstruktur dan tersusun

serta memberikan keistimewaan kepada gajah betina. Kebiasaannya, gajah hidup di

dalam kumpulan yang diketuai oleh gajah betina dalam kumpulan yang terdiri

daripada 30 ke 100 ekor gajah bagi sesebuah kumpulan. Gajah betina yang

mengetuai kumpulan itu biasanya merupakan gajah yang tertua dan mempunyai saiz

badan yang besar. Sesebuah kumpulan gajah biasanya terdiri daripada gajah betina

dan gajah jantan yang muda atau belum matang. Gajah jantan yang matang biasanya

hidup bersendirian atau membentuk kumpulan yang lebih kecil dan hanya mendekati

kumpulan gajah betina semasa musim mengawan.

Mengeluarkan pelbagai jenis bunyi.

Gajah Afrika berkebolehan menghasilkan pelbagai jenis bunyi seperti bunyi

dengkuran yang kasar dan kuat, bunyi wisel dan bunyi kuakan. Selain daripada tu

gajah boleh mengeluarkan bunyi yang berfrekuensi rendah yang boleh didengari oleh

gajah lain dalam jarak beberapa kilometer. Pelbagai jenis bunyi gajah ini biasanya

digunakan oleh kumpulan gajah untuk memastikan mereka tidak terpisah dari

kumpulan mereka sewaktu bergerak di dalam hutan atau rimba.

Page 30: gajahku

Gajah 30

Mempunyai tempoh waktu subur

Gajah betina merupakan salah satu mamalia yang mempunyai waktu subur dan gajah

akan tamat tempoh suburnya pada usia sekitar 45 ~ 50 tahun. Gajah betina yang telah

melampaui tempoh waktu subur akan membantu gajah betina lain untuk menjaga

anak-anak gajah yang masih kecil.

Belalai dengan pelbagai fungsi

Gajah mempunyai belalai yang panjang dan mempunyai bibir di

hujungnya. Belalai gajah digunakan untuk bernafas, menghidu, menyedut

air untuk mandi dan minum serta digunakan sebagai tangan. Pernah

dicatatkan bahawa terdapat gajah Asia yang mampu menyedut air

sebanyak 23 liter (5 gelen) sekali gus menggunakan belalainya. Belalai

gajah dewasa mampu membunuh seekor singa dengan hanya

menghayunkannya sekali ke badan singa yang cuba menyerangnya.

Telinga yang unik.

Gajah Afrika dikatakan mempunyai bentuk telinga yang

menyerupai peta benua Afrika dan telinga gajah Asia

dikatakan menyerupai bentuk peta benua India. Telinga

bagi setiap gajah yang berbeza mempunyai garisan-

garisan berurat yang berbeza dan ini boleh dijadikan

sebagai salah satu ciri untuk mengenalpasti gajah

sepertimana manusia menggunakan cap jari sebagai

identiti diri. Suhu badan gajah akan turun setiap kali

gajah mengibaskan telinga ke arah badannya.

Page 31: gajahku

Gajah 31

Mempunyai daya ingatan yang kuat

Gajah sering dikatakan mempunyai daya ingatan yang kuat. Ini terbukti apabila tiba

musim kemarau, gajah yang menetuai sesebuah kumpulan gajah mampu untuk

mencari sumber air dan makanan di suatu tempat yang jauh yang biasa

dikunjunginya pada musim kemarau yang terdahulu. Gajah yang mengetuai

kumpulan gajah akan menggunakan pengalaman dan memori selama berpuluh-puluh

tahun untuk membawa kumpulannya ke kawasan itu yang mempunyai sumber air

dan makanan itu.

Sifat kasih sayang gajah Gajah sering dikaitkan dengan kehidupan yang penuh dengan kasih sayang. Jika

terdapat kematian ahli di dalam kumpulan mereka, gajah-gajah lain akan

menggunakan belalai mereka untuk membelai gajah yang telah mati. Terdapat juga

gajah yang akan menutup bangkai gajah yang mati itu menggunakan ranting dan

daun pokok. Hal yang sama berlaku apabila kumpulan gajah ini terjumpa dengan

tulang-belulang gajah yang telah mati. Kumpulan

gajah yang menjumpai tulang-belulang itu akan

membelai dan membawa tulang itu sehingga

beberapa jam-jam lamanya. Kisah seperti ini

menyebabkan timbulnya lagenda gajah akan

membawa tulang gajah yang mati ke perkuburan

gajah.