futuhul_ghaib_-_saqj-libre.pdf

151
FUTUHUL GHAIB Judul Terjemahan: PEMBUKAAN KEPADA YANG GHAIB Penyusun: SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

Upload: ilham

Post on 04-Oct-2015

72 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

  • FUTUHUL GHAIB

    Judul Terjemahan:

    PEMBUKAAN KEPADA YANG GHAIB

    Penyusun:

    SYEIKH ABDUL QADIR AL-JAILANI

  • Pengalihan Tulisan Jawi Ke Roman:

    MKA Kreatif Enterprise

    ISBN: 983-170-946-2

    Hakcipta Terpelihara PERNIAGAAN JAHABERSA

    Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian, artikel, illustrasi,isi kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa cara pun sama ada secaraelektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau lain-lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripadaPenerbit.

    Cetakan Pertama: 2006

    Cetakan Pertama: 2006

    Diterbitkon oleh:

    PERNIAGAAN JAHABERSA

    15, Jalan Dataran 3/3, Taman Kempas

    81200 Johor Bahru, Johor Darul Takzim

    Malaysia

    t 6-07-235 1602, 235 1605

    f 6-07-235 1603

    e [email protected] [email protected]

    w http://www.jahabersa.com.my

    Dicetak oleh:

    BIN HALABI PRESS

    Pattani, Thailand

  • PENDAHULUANFutuhul Ghaib

    Syeikh Abdul Qadir Jailani

    Buku ini adalah terjemahan dari kitab Futuhul Ghaib karangan Syeikh Abdul Qadir Jailani. FutuhulGhaib bermakna pembukaan kepada yang ghaib. Moga-moga pembaca dapat membuka pintu hatinyadengan membaca buku karangan Syeikh Abdul Qadir ini.

    Syeikh Abdul Qadir ialah seorang sufi dan wali Allah yang besar. Tentu sekali karangan beliau iniberunsur mistik atau kebaktian. Orang-orang sufi lebih mementingkan soal-soal rohani, jiwa, hati,kebatinan dan yang ghaib dan semua ini adalah perkara ghaib iaitu tidak ternampak dengan mata kasardan tidak dapat diraba dengan tangan. Tetapi yang ghaib itu tetap ada. Untuk mengetahuinya perlulahmenyuci hati hingga bersinar dengan cahaya keTuhanan Yang Maha Tinggi. Ini dapat dilakukan denganbimbingan guru yang mursyid dan berlatih dengan bersungguh-sungguh.

    Oleh kerana karangan ini berunsur mistik dan dikarang oleh seorang sufi yang agung, maka pembacahendaklah memandang dari kaca mata orang-orang sufi. Orang-orang sufi adalah orang-orang yangcenderung kepada kebatinan dan kerohanian. Istilah

    yang mereka gunakan pun adalah membawa pengertian yang berbeza dari biasa. Misalnya perkataanmati. Mati dalam pandangan orang-orang sufi bukan bererti bercerai nyawa dengan badan.Menurut pandangan mereka mati yang bermaksud bercerai nyawa dengan badan itu pada hakikatnyabukanlah mati. Kerana ruh atau jiwa keluar dari sangkarnya iaitu badan dan masuk ke alam yang lain,ibarat burung yang keluar dari sangkarnya. Badan itu tinggal dan lama kelamaan reput dan busuk,tetapi ruh itu tetap hidup. Oleh itu, ini bukan mati.

    Dalam buku ini ada dikatakan matikan diri kamu. Di sini bukanlah bererti kita bunuh diri kitadengan menggantung diri atau menyembelih leher atau menembak kepala kita. Matikan diri ataubunuhkan diri di sini adalah menurut pandangan orang-orang sufi. Yang dimaksudkan ialahmembunuh, mematikan atau membuang nafsu amarah atau hawa nafsu kebinatangan dan keiblisan yangada pada kita itu. Buangkan nafsu ini kerana ia menghijabkan hati dengan Allah. Diri di sinimaksudnya ego atau nafsu amarah yang dipergodakan oleh syaitan.

    Tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu ada dirinya ialah ia ada sifat-sifat takbur, sombong,hasad dengki, tamak haloba, suka mementingkan diri sendiri (self-oriented atau selfcentered), ujub,riya', kasihnya kepada yang lain dari Allah atau melebihi dari kasihnya kepada Allah, takutnya kepadayang lain dari Allah melebihi dari takutnya kepada Allah, dan sebagainya yang ada diterangkan dalambuku ini.

    Diri inilah yang mesti dibunuh agar sebagai gantinya timbullah Allah. Berdiri Allah dalam hatidan perasaan seorang itu. Setelah diri itu mati, maka teguhlah berdirinya Allah dalam hatisanubarinya, dan barulah ia menyedari dan merasai kehampiran dengan Allah Yang Maha Mulia danAgung. Tiada lain yang dinampakkannya kecuali Allah sahaja. Terdirilah Allah padanya dan dinafinya

  • yang lain. Inilah apa yang mereka katakan menafikan yang lain ini dan mengitsbatkan Allah

    bersesuaian dengan tauhid .

    Ilmu Tasawuf adalah ilmu rasa atau ilmu zuq. Siapa yang merasainya akan mengetahuinya. Untukmerasai itu perlulah memasuki dan mengembara dalam jalan kerohanian itu dengan bimbingan guruyang betul-betul mengerti. Jalan-jalan ini digelar Thariqah Sufiah atau jalan orang-orang sufi.

    Akhir perjalanan ialah "bersatu dengan Allah" sehingga timbullah rasa bahawa yang pasti ada ituadalah Allah jua. Mengertilah ia maksud tauhid yang hakiki. Orang yang sampai ke taraf ini sahajayang merasai maksud "bersatu dengan Allah" itu. Bukan hanya khayalan atau fikiran sahaja tetapisudah dirasai dan dibenarkan oleh mata hati. Orang yang sampai ke hujung perjalanannya akanmerasai fana dirinya dengan seterusnya baqa (kekal) dengan Allah yang meliputi segala-galanya.Sedarlah bahawa dirinya itu kosong dan yang sebenarnya diri adalah Allah jua. Sebab itulah adamereka yang berkata "barangsiapa yang kenal dirinya, kenAllah Tuhannya".

    Barangsiapa yang ada mengalami dan menempuh mana-mana Thariqah Sufiah akan memahami maksuddan syarahan-syarahan dalam buku ini. Tetapi buku ini bukanlah terlalu kesufian (kemistikkan). Iadapat difaham dengan berfikir dan merenungi secara mendalam.

    Semoga buku ini memberi guna kepada pencinta-pencinta tasawuf Islam khususnya dan orang-orangberagama Islam umumnya.

    Lagi sekali ditegaskan bahawa buku ini adalah karangan dan menurut pandangan seorang jaguh sufidan wali Allah yang terkenal dalam dunia Islam. Janganlah dipandang dari segi kaca mata orang-orang yang berjiwa kebendaan dan keduniaan semata-mata. Pandanglah dari segi kerohanian dankebatinan dan istilah yang mereka gunakan adalah istilah menurut pandangan mereka.

    Sekian, Wassalam. Mudah-mudahan Allah Subhanahu wa Taala melimpahi taufiq dan hidayahkepada kita sekalian yang beriman. Amin!

    Salam ukhuwah dari penterjemah.

    Abdul Majid Haji Khatib,

    Ipoh, Perak, Malaysia.

  • SEJARAH HIDUP SYEIKH ABDUL QADIRJAILANI

    Ibu bapa beliau

    Sayid Abu Muhammad Abdul Qadir lahir di Naif dalam daerah Jailan di negeri Farsi. Beliau lahirdalam bulan Ramadhan 470 Hijriah bersamaan dengan 1077 Masihi lebih kurang. Nama bapanyaialah Abu Soleh, seorang yang taat kepada Allah dan keturunan Imam Hasan iaitu anak yang tertuabagi Saiyidina Ali, saudara sepupu Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam, dan bagiFatimah anak perempuan Nabi. Ibu beliau ialah seorang anak perempuan kepada orang yang taatkepada Allah, Abdullah Shumaiya keturunan Imam Hussin, anak kepada Ali dan Fatimah. Oleh yangdemikian, Sayid Abdul Qadir Jailani ialah keturunan Hasan dan juga Hussin.

    Permulaan hayatnya

    Dari semenjak kecil lagi beliau adalah seorang yang pendiam dan bersopan santun. Beliau sukabermenung sambil berfikir dan sangat cenderung kepada mistik (pengalaman kerohanian). Setelahumur beliau meningkat 18 tahun, beliau makin dahagakan ilmu dan ingin bersama-sama dengan orang-orang soleh. Ini membara beliau ingin pergi ke Baghdad, yang pada masa itu menjadi pusat pengajiandari berbagai-bagai jenis.

    Beliau telah diberi gelaran Ghutsul Azham, (wali Allah yang paling agung). Menurut istilah orang-orang sufi ghuts itu di bawah peringkat Nabi-Nabi dalam pangkat kerohanian dan dalammenyampaikan rahmat Allah dan kurniaNya kepada manusia. Ada Juga orang zaman sekarang ini yangmengatakan beliau itu adalah dalam peringkat shodiqun sebagaimana yang diperkatakan oleh Al-Quran bagi orang-orang seperti itu.

    Adalah dikatakan bahawa semasa beliau hendak pergi ke Baghdad, ibunya telah memasukkan 80keping wang emas dalam bajunya dan dijahit di bawah ketiaknya. Sebelum berangkat pergi ibunyayang warak itu telah menasihati beliau supaya jangan berbohong walau dalam keadaan apa sekalipun.Beliau berjanji tidak akan berbohong.

    Beliau pun pergilah menurut satu qafilah yang hendak pergi ke Baghdad. Di tengah jalan iaitu ditempat bernama Hamdan qafilah itu telah diserang oleh sekumpulan penyamun. Penyamun itu tidakmengendahkan Abdul Qadir kerana rupanya yang seperti orang miskin sahaja. Tetapi datang seorangpenyamun bertanya kepada beliau sama ada beliau ada wang. Abdul Qadir teringat pesanan ibunyasupaya jangan berbohong. Lantas beliau berkata: Ya! aku ada 80 keping wang emas yang dijahitdalam bajuku oleh Ibuku. Penyamun itupun terkejut melihat Abdul Qadir bercakap dengan terusterang. Mereka terkejut melihat ada orang yang berterus terang dan tidak mahu berbohong. Merekabawa Abdul Qadir berjumpa dengan ketua mereka dan beliau disoal begitu juga. Abdul Qadirmenjawab seperti tadi jua. Ketua penyamun itu memerintahkan baju beliau dibuka. Apabila baju itudibuka, maka benarlah ada 80 keping wang emas dalam baju itu. Sangatlah hairan ketua penyamun itu.

  • Iapun bertanya kenapa beliau sangat bercakap benar.

    Abdul Qadir pun menceritakan perkara beliau dengan ibunya itu dan pesanan ibunya itu supaya janganbercakap bohong. Kata beliau lagi sekiranya dalam permulaan jalan menuntut ilmu agama itu beliaubercakap bohong, maka ada kemungkinan ilmu agama yang sebenarnya dicarinya itu tidak akandidapati dengan memuaskan hati.

    Apabila mendengar yang demikian itu, ketua penyamun itupun bercucuran air matanya menangis lalurebah terduduk dan ia terus bertaubat dari segala dosanya yang terdahulu. Adalah dilaporkan bahawaketua penyamun itulah murid beliau yang pertama. Pendapat kita kejadian ini menunjukkan shodiq(benar) yang sedang dalam pembentukkan. Jika tidaklah kerana sifatnya yang benar itu, maka tentusekali beliau tidak akan bercakap benar dalam keadaan merbahaya yang sedemikian itu.

    Penuntut di Baghdad

    Beliau mengalami kesusahan dan kepayahan masa belajar di Baghdad itu tetapi oleh keranakecenderungan dan kemahuannya belajar, maka dapatlah beliau menguasai segala pelajaran beliau.Beliau menjadi pelajar yang paling baik di masa itu. Beliau telah membuktikan bahawa beliau adalahmufti yang paling besar di zamannya. Tetapi hatinya yang cenderung kepada kerohanian itu makinmemberontak hendak keluar. Beliau selalu bermujahadah untuk menguasai nafsu amarah yang adapada beliau itu. Beliau selalu berpuasa dan tidak mahu meminta makanan dari sesiapa pun walaupuntidak makan beberapa hari lamanya. Beliau mencari orang-orang sufi di Baghdad dan bergaul denganmereka. Dalam mencari-cari itu bertemulah beliau dengan seorang sufi bernama Hamad, seorangpenjual syarabah (minuman) tetapi adalah seorang wali Allah yang besar di zamannnya. Beransur-ansurlah wali ini membimbing Abdul Qadir dalam Thariqah Sufiah. Hamad ialah seorang yang garangdan kasar dan layanan beliau terhadap Abdul Qadir ini sangatlah teruk. Tetapi Abdul Qadirmemandang semua itu sebagai cara membetulkan kerosakkan-kerosakkan yang ada pada dirinya.

    Latihan kerohanian

    Setelah habis pengajiannya, beliau pun terus berlatih menurut latihan orang-orang dalam ThariqahSufiah. Beliau menghindarkan dirinya dari segala keperluan dan keseronokkan hidup kecuali yangpaling perlu untuk kehidupan. Beliau gunakan masa dan tenaganya untuk bersembahyang dan membacaAl-Qur'an. Beliau sembahyang Subuh kadang-kadang dengan wuduk sembahyang 'Isyak. Kadang-kadang beliau tamat membaca seluruh Al-Qur'an itu dalam masa satu malam sahaja. Dalam tempohlatihan ini beliau menghindarkan dirinya dari manusia dan tidak mahu bertemu dan bercakap dengansesiapa pun. Jika ia bersiar-siar keluar, ia pergi ke padang pasir seorang diri.

    Akhirnya beliau meninggalkan Baghdad dan tinggal di Shustar satu tempat yang jauhnya 12 hariperjalanan dari Baghdad. Selama 11 tahun itu, maka latihan kerohanian beliau pun tamatlah.Beliaupun menerima apa yang dikatakan nur. Nafsu kebinatangan atau nafsu amarahnya pun kosongdari jiwanya dan beliau naik ke peringkat yang lebih tinggi dalam segi kerohanian. Beliaupun hampirdengan Allah.

  • Digoda oleh syaitan

    Satu kejadian kerohanian berlaku apabila mencapai peranan yang baru ini yang diceritakan berupasatu cerita. Cerita-cerita seperti ini pernah juga berlaku kepada orang-orang besar dalam agama danterkenal dalam sejarah. laitu adalah satu cerita godaan, nampaknya semua cerita-cerita seperti inimenyatakan kejadian dalam kehidupan dengan menggunakan bahasa perumpamaan atau ibarat.Misalnya kita baca godaan terhadap Nabi Isa, iaitu bagaimana beliau dibawa ke atas bukit oleh iblisdan dari sana ditunjukkan kepada beliau kerajaan-kerajaan dunia dan menyuruh Nabi Isa menyembahdia (iblis) jika beliau hendak menjadi raja bagi segala kerajaan-kerajaan itu. Kita tentu tahu apajawapan Nabi lsa kepada Iblis. Seperti yang kita tahu, itu adalah satu kejadian perjuangan batinsemasa detik-detik kehidupan yang rumit.

    Kejadian ini juga berlaku kepada Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam apabilabaginda terus berdakwah tentang agama Islam, dan menentang kemusyrikan dan berhala kaumnya,pantang beliau iaitu pemimpin-pemimpin Quraisy yang cuba menggoda beliau dengan kecantikkan,kekayaan dan kekuasaan. Tiap-tiap Muslim tentu sedar apa jawapan Nabi. Kata beliau: "Aku tidakmahu kekayaan harta benda atau kekuasaan, saya diutuskan oleh Allah untuk menjadi pemberitahukepada manusia. Aku sampaikan risalatNya kepada kamu sekalian. Sekiranya kamu terima, makaterselamatlah kamu di dunia dan di akhirat kelak, sekiranya kamu ingkar, maka Allah akan membuatkeputusan antara kamu dan aku."

    Ini bukanlah pandangan batin tetapi adalah satu faktor konkrit dari dunia yang wujud ini.

    Ini juga berlaku kepada Syeikh Abul Qadir Jailani. Ada dua riwayat tentang ini.

    Pertama, satu hari iblis datang menemui beliau yang menyatakan dirinya ialah malaikat Jibril danberkata ia ada membawa Buraq (kenderaan yang ditunggang oleh Nabi tatkala Miraj) untukmembawa beliau pergi ke hadrat Allah. Mendengarkan itu, Syeikh Abdul Qadir pun tahu bahawa yangada di hadapan beliau itu ialah iblis atau syaitan kerana Jibril dan Buraq datang ke dunia hanyakepada Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam sahaja. Iblis itu gagal menggoda beliau,lalu mencuba yang lain pula, kata iblis: Baiklah Abdul Qadir, kamu telah menyelamatkan dirimudengan adanya ilmumu itu. Nyahlah kamu dari sini kata Syeikh Abdul Qadir kepada iblis itu:Jangan menggodaku lagi, bukanlah ilmuku yang menyelamatkan aku tetapi sebenarnya aku terselamatdari perangkapmu dengan rahmat dan pertolongan Allah jua.

    Kedua, satu masa Syeikh Abdul Qadir berada dalam hutan belantara tanpa makanan dan minumanbeberapa lama. Tiba-tiba datang awan, lalu turun hujan. Dapatlah Syeikh itu Menghilangkandahaganya. Dengan tidak semena-mena datang satu lembaga yang bersinar tidak jauh dari situ danlembaga itu berkata: "Aku ini Tuhan kamu, sekarang aku halalkan segala yang haram untuk kamu."Mendengar itu Syeikh itu pun membaca:

    "Aku berlindung dengan Allah dari ganguan syaitan yang direjam."

  • Setelah membaca itu, lembaga itupun bertukar jadi awan lalu berkata: "Dengan ilmumu dan rahmatAllah kamu telah terselamat dari tipu helahku." Kemudian syaitan itu bertanya kepada Syeikh AbdulQadir bagaimana dia boleh mengenal syaitan itu dengan segera. Jawab Syeikh itu bahawa apabilasyaitan itu mengatakan yang ia menghalalkan segala yang haram, maka dengan serta merta ia tahubahawa itu bukan datang dari

    Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak menghalalkan segala yang haram.

    Cerita ini ada bersamaan dengan apa yang berlaku kepada (Peter). Tetapi apa yang berlaku kepadaPeter, pengikut Nabi Isa yang agung, ini ialah beliau terpengaruh kepada syaitan itu, lalu menghalalkanyang haram dan terus membuang pengajaran Allah dan RasulNya. Sebaliknya Syeikh Abul QadirJailani tidak terpengaruh oleh syaitan walau sedikitpun.

    Saya berpendapat kedua-dua cerita itu mungkin benar yang menunjukkan dua kejadian yang berbezadalam bahsa ibarat atau perumpamaan. Satu kejadian berkenaan perjuangan beliau (Syeikh AbdulQadir) dengan kesombongan ilmunya. Yang satu lagi berkenaan perjuangan dengan kesusahanekonomi yang mungkin menghalang seseorang dalam pengembaraan kerohanian menuju Allah.Keinginan untuk berkuasa dan keinginan untuk kesenangan adalah kelemahan-kelemahan terakhir yangakan meninggalkan hati dan fikiran pengembara-pengembara kerohanian ini. Hanya setelah seseorangitu dapat mengatasi kedua-kedua musuh kerohanian ini sahaja, maka barulah ia dapat layak menjadipemimpin insan yang sejati.

    Guru kepada orang ramai

    Syeikh Abdul Qadir telah lulus ujian-ujian kerohanian itu, selepas itu jika beliau bercakap ataumenasihati seseorang, maka beliau berbuat demikian bukan dari bidang kebijaksanaan akal sahaja lagitetapi adalah dari bidang kerohanian, bidang kesedaran dan perwujudan diri. Pada masa itu keadaanumat Islam dalam mematuhi agama mereka telah merosot sekali, umat Islam tidak mempedulikanagama mereka lagi. Memandangkan hal inilah timbul satu pandangan pada beliau.

    Pada satu hari Jumaat dalam tahun 511 Hijriah, Syeikh Abdul Qadir memandang dalam batinnyabahawa ia seolah-olah sedang berjalan di satu lorong di Baghdad. Sedang berjalan itu beliau nampakseorang yang kurus dan sakit berada di tepi jalan dan orang itu mengucapkan salam kepada beliau.Beliau jawab salam orang itu. Orang yang kurus dan sakit itu tidak pun meminta beliau tolongkan iahendak berdiri. Lalu Syeikh itupun menolongnya berdiri. Setelah ia tegak, orang itu dengan tidaksemena-mena menjadi bertambah besar dan gagah rupanya. Syeikh itupun berasa takut dengan keadaanitu tetapi orang itupun mententeramkannya sambil berkata: "Aku ini ialah agama nenek moyangmu.Aku telah jadi sakit dan tidak berdaya, tetapi Allah telah menguatkan aku kembali melaluipertolonganmu." Ini berlaku pada petang beliau menemui orang ramai di masjid. Setelah lamakemudian orang ramai pun memberi beliau gelaran Mahyuddin (bererti penghidup agama).

    Sungguhpun beliau telah mengeluarkan dirinya dari pengasingannya tetapi tidaklah beliau bersyarah dihadapan khalayak ramai lagi. Selama 11 tahun lagi beliau tinggal di penjuru bandar itu dan terusmelakukan ibadatnya dan berlatih untuk mendapatkan nur kebatinan dalam hatinya.

  • Kira-kira dalam tahun 521 Hijriah barulah beliau mengajar orang ramai. Dia diberi satu madrasahuntuk mengajar. Ilmu batinnya telah cukup untuk melengkapi dirinya. Pada mulanya sedikit sahajamurid beliau. Lama-kelamaan masyhurlah beliau sebagai seorang yang bijak, alim, wara, soleh,mempunyai ilmu yang dalam dan tinggi dan kuat berpegang kepada syariat. Ramailah orang yangdatang mengunjungi beliau untuk memetik ilmu-ilmu yang berharga dan bernilai tinggi daripadanya.

    Lama-kelamaan madrasah itupun tidak mencukupi untuk menampung orang ramai itu. Dalam tahun 528Hijriah rumah-rumah yang berjiran itupun diambil untuk menampung murid-murid beliau. Inipun tidakcukup. Pada tiap-tiap pagi Rabu beliau bersyarah di atas pentas untuk bersyarah kepada orang ramai.Inipun telah jadi sempit. Maka diadakan pula tempat di luar bandar itu dan di situ dibina satubangunan untuk beliau dan ini digelar Musafir Khanah.

    Biasanya beliau memberi syarahan tiga kali seminggu. Di Idghah pada pagi Jumaat. Di madrasah padamalam Selasa, dan di Musafir Khanah (rumah tamu) pada pagi Rabu. Berbagai-bagai manusia datangbelajar kepada beliau tentang berbagai-bagai ilmu. Kaum sufi dan kaum fuqaha, orang kaya danmiskin datang menuntut. Bahkan orang-orang bukan Islam pun ada yang mendengar pengajarannya danbanyak yang masuk Islam di tangan beliau. Orang yang membuat dosa bertaubat setelah mendengarsyarahan beliau, demikianlah betapa kuatnya kekuatan kerohanian di sebalik syarah-syarahan beliauitu. Dengan kebesaran jiwanya itu beliau ditakuti dan dihormati oleh orang-orang besar di masa itu.Orang yang berjiwa besar demikian ini bukanlah dengan kehendak mereka sendiri berbuat demikian,tetapi adalah kehendak Allah jua. Mereka menyerahkan diri mereka seluruhnya kepada Allah. Merekatidak menuju sesuatu melainkan dengan gerak dari Allah jua. Syarahan mereka itu bukan lakuanmereka sendiri tetapi adalah lakuan Allah jua dan mereka tidak perlu bersedia terlebih dahulu.Persediaan untuk bersyarah itu disediakan oleh Allah sendiri dan ilham untuk bersyarah itu datanglangsung dari Allah Subhanahu wa Ta'ala apabila mereka bercakap, mereka bercakap dengankehendak Allah. Itulah sebabnya syarahan mereka itu penuh dengan kekuatan dan kekeramatan.

    Keluarga dan rumahtangga beliau

    Sebelum tahun 521 Hijriah iaitu umur beliau 51 tahun tidaklah beliau menunjukkan dirinya kepadaorang ramai dan tidak pernah berfikir hendak kahwin kerana sangkanya kahwin itu akan menghalangseseorang dalam perjalanan menuju Allah. Setelah beliau berumur 51 tahun, hasil dari bercampurdengan orang ramai dan juga kerana hendak menurut sunnah Nabi Muhammad Shallahu 'alaihiwasallam beliau pun berkahwin dan mempunyai 4 orang isteri. Semua isteri beliau ini menjadi isteriyang baik dan taat kepada beliau. Beliau mempunyai 49 orang anak. Lelaki seramai 27 orang dan yanglain itu perempuan.

    Empat orang anak beliau menjadi terkenal kerana pelajaran dan ilmunya.

    (1) Syeikh Abdul Wahab, anak yang sulung, menguasai ilmu yang luas dan dalam. Beliau diberi kuasamenjaga madrasah bapanya dalam tahun 543 Hijriah. Setelah bapanya meninggal dunia, beliau pulamemberi syarahan dan memberi fatwa tentang syariat Islam. Beliau memegang jawatan dalam negeridan seorang yang sangat popular.

    (2) Syeikh Isa, guru hadith dan fuqaha agung. Beliau juga mengarang puisi. Beliau juga seorang

  • pensyarah yang baik dan juga menulis kitab-kitab kesufian (sufism). Beliau tinggal dan meninggaldunia di Mesir.

    (3) Syeikh Abdul Razak, seorang 'ulama dan hafaz hadith. Seperti bapanya beliau juga termasyhurdengan lurus dan benarnya. Beliau juga seperti bapanya tentang kesufiannya dan popular di Baghdad.

    (4) Syeikh Musa, 'ulama yang ulung. Pindah ke Damsyik di mana ia meninggal dunia.

    Melalui Syeikh Isa iaitu nombor (2) di atas, 78 syarahan bapanya dalam buku ini sampai kepada kita.Abdul Wahab iaitu nombor (1) di atas, adalah sumber dua syarahan yang terakhir. Beliau ada hadirtatkala bapanya terbaring sebelum kembali ke rahmatullah. Nombor (4) Syeikh Musa ada dinyatakandi akhir buku ini dalam syarahan ke 79 dan ke 80.

    Dalam dua syarahan terakhir itu ada disebutkan 2 orang anak Syeikh tersebut yang ada hadir tatkalabapanya hendak meninggal dunia iaitu Abdul Razak (3) dan Abdul Aziz.

    Pekerjaan biasa

    Seperti yang kita ketahui wali Allah ini memberi syarahan kepada orang ramai 3 kali seminggu.Disamping itu, tiap-tiap hari, pagi dan petang beliau mengajar tafsir, hadith dan hukum-hukum agamadan perkara-perkara yang bersangkutan. Selepas sembahyang Zuhur, beliau menyampaikan fatwatentang soal-soal hokum yang dikemukan kepada beliau dari seluruh dunia. Tiap-tiap petang sebelumMaghrib beliau membahagi-bahagikan roti kepada orang-orang miskin. Selepas sembahyang 'Asar,beliau duduk menanti waktu makan buka puasa kerana kebiasaannya berpuasa siang hari sepanjangtahun.Sebelum makan beliau memanggil orang-orang berjiran siapa yang hendak makan bersamadengan beliau.

    Selepas sembahyang 'Isya beliau pun pergi ke kamarnya dan menggunakan sebahagian besarnya padamalam itu dengan ibadat kepada Allah seperti yang dikehendaki oleh Al-Qur'an. Oleh itu,sebagaimana pengikut Nabi yang sebenarnya beliau berkhidmat kepada kemanusiaan sepanjang haridan kepada Allah sebahagian besar dari malam hari.

    Kembali ke rahmatullah

    Beliau meninggal dunia dalam tahun 561 Hijriah (1166 Masihi) tatkala berumur 91 tahun. Hari ituialah 11 haribulan Rabiul Akhir tarikh ini dikenangi oleh peminat-peminatnya sehingga hari ini dandikenali sebagai Jayarurin Syarif di India dan Pakistan.

    Pusaka beliau

    Setelah wafat wali Allah ini, maka anak-anaknya dan murid-muridnya menubuhkan satu organisasiyang tujuannya menanam ruh keIslaman yang tulin dan membetulkan pengajaran Islam di kalanganmanusia. Ini dinamai Thariqah Qadariah yang terkenal dengan teguhnya memegang syariat Islamhingga hari ini. Ini telah memberi jasa yang besar dalam Islam dan ilmu kebatinan dalam Islam.

  • Antara pengajaran dan nasihat beliau yang masyhur itu, ada tiga di seluruh dunia. Yang paling agungdari yang tiga itu adalah Futuhul Ghaib.

    Yang kedua masyhur ialah Futuhul Rabbani, sekumpulan 68 buah syarahan dalam tahun 6-545 Hijriah.

    Yang ketiga ialah Qasidah atau puisi yang menceritakan peranan dam pangkat auliya' Allah dalambahasa kesufian. Ini digelar Qasidah Al-Ghutsiah.

    Seperti juga di lain-lain thariqah agama,Thariqah Qadariah pada masa sekarang nampaknya lebihcenderung kepada Qasidah Al-Ghutsiah daripada yang lain-lain itu kerana yang lain-lain itu adalahmengandungi nasihat dan pengajaran untuk membaiki diri dan menyampaikan perutusan dari 'alamghaib sahaja.

    Pengaruh Syeikh Abdul Qadir ini sangat besar dalam sejarah Islam dan peribadinya bersinar terangseperti intan yang bergemerlapan pada ruh Islam hari ini dan begitu juga sebelumnya.

  • LAPAN PULUH SYARAHAN -SYARAHAN SYED ABDUL QADIR AL-JAlLANI

  • BAB 1: SYARAHAN PERTAMA

    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

    Tiga perkara yang wajib bagi seseorang mukmin dalam semua keadaan ini ialah:-

    (1) Melakukan segala perintah Allah.

    (2) Menjauhkan diri dari segala yang haram.

    (3) Redha dengan hukum-hukum atau ketentuan Allah.

    Seseorang mukmin hendaklah jangan tidak ada tiga perkara ini. Oleh itu, si mukmin hendaklahmemikirkan perkara ini, bercakap kepada dirinya tentang perkara ini dan anggotanya melakukanperkara-perkara ini.

  • BAB 2: SYARAHAN KEDUAIkutilah dengan ikhlas jalan yang telah ditempuh oleh Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihiwasallam dan janganlah mengubah jalan itu. Patuhlah kepada Allah dan RasulNya, dan jangan sekali-kali menderhaka. Bertauhidlah kepada Allah dan jangan mensekutuinya. Allah itu Maha Suci dan tidaksekali-kali mempunyai sifat-sifat yang cela dan kekurangan. Janganlah syak wasangka tentangkebenaran Allah. Bersabarlah dan perpegang teguh kepadanya. Bermohonlah kepadanya dan tunggudengan sabar. Bersatu padulah dalam mentaati Allah dan jangan berpecah belah. Cintalah antara satudengan lain dan janganlah berdengki-dengkian. Jauh diri daripada segala noda dan dosa.Perendahkanlah dirimu dengan tata kepada Allah. Janganlah jauhkan diri dari Allah dan janganlahlupa kepadanya. Janganlah lengah-lengah lagi untuk bertaubat kepadaNya. Dan kembali kepadaNya.Janganlah jemu dengan memohon ampun kepada Allah siang dan malam, mudah-mudahan kamudirahmatiNya dan dilindungiNya dari mara bahaya dan azab neraka dan kamu akan diberi kehidupanyang berbahagia dalam syurga dan bersatu dengan Tuhan dan kamu akan diberi nikmat-nikmat dariAllah. Kamu akan menikmati kebahagiaan dan kesentosaan yang abadi di syurga beserta dengan Nabi-Nabi, orang-orang shodiq, orang-orang syahid dan orang-orang soleh. Berkekalanlah kamu di syurgaitu untuk selama-lamanya.

  • BAB 3: SYARAHAN KETIGAApabila seorang hamba Allah itu diuji oleh Allah, maka mula-mulanya dia akan cuba melepaskandirinya dari ujian atau cubaan yang menyusahkannya itu. Jika ia tidak berjaya, ia akan memintapertolongan dari orang lain seperti raja-raja atau orang-orang yang berkuasa, orang-orang dunia,orang-orang hartawan, dan jika ia sakit ia akan pergi meminta pertolongan doktor atau bomoh. Jika inipun tidak berjaya, maka kembalilah ia menghadapkan wajahnya kepada Allah Subhanahu wa Ta' aladan memohon sambil merayu kepadanya. Selagi ia boleh menolong dirinya, dia tidak akan memintapertolongan orang lain. Selagi pertolongan orang lain didapatinya, dia tidak akan memintapertolongan Allah.

    Jika dia tidak dapat pertolongan Allah, maka berterusanlah ia merayu, sembahyang, berdo'a danmenyerahkan dirinya dengan penuh harapan dan cemas terhadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, Allahtidak akan menerima rayuannya sehingga dia memutuskan dirinya dengan keduniaan. Setelah putuslahdia dengan hal-hal keduniaan, maka ketentuaan dan kerja Allah akan terzahir melalui orang itu danlepaslah ia dari hal-hal keduniaan. Tinggallah padanya ruh sahaja.

    Pada peringkat ini tidaklah nampak olehnya melainkan kerja atau perbuatan Allah dan tertanamlahdalam hatinya kepercayaan yang sebenar-benarnya tentang tauhid (keEsaan Allah). Pada hakikatnyatidak ada pelaku atau penggerak atau yang mendiamkan kecuali Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak adabaik dan tidak ada jahat, tiada ada rugi dan tiada ada untung, dan tidak ada faedah dan tiada adaanugerah dan tidak ada sekatan, tidak terbuka dan tidak tertutup, mati dan hidup, mulia dan hina, kayadan papa, bahkan segala-galanya adalah dalam tangan Allah.

    Hamba Allah itupun seperti bayi dipangkuan ibunya atau seperti orang mati yang sedang mendiamkanatau seperti bola di kaki pemain bola, melambung, bergolek ke atas ke tepi dan ke tengah, sentiasaberubah tempat dan kedudukan. Dia tidak ada pada dirinya upaya dan daya. Maka lenyaplah ia keluardari dirinya dan masuk ke dalam lakuan Allah semata-mata.

    Si hamba Allah yang begini tidak nampak yang lain kecuali Allah dan perbuatan-perbuatannya. Tidakada didengar dan diketahuinya kecuali Allah. Jika ia melihat sesuatu, maka dilihatnya perbuatan ataukerja Allah. Jika ia mendengar atau mengetahui sesuatu, maka didengarnya perkataan-perkataan Allahdan jika ia mengetahui sesuatu, maka diketahuinya melalui pengetahuan Allah. Ia akan dianugerahidengan anugerah Allah. Beruntunglah dia, kerana hampirnya dengan Allah. Beliau akan diperhias dandipermuliakan. Redhalah ia dengan Allah. Bertambah hampirlah dia dengan Tuhannya. Bertambahlahcintanya kepada Allah. Bertambahlah seronoknya dalam mengenang Allah. Terdirilah ia di dalamAllah. Allah akan memimpinnya dan menghiasinya dengan pakaian cahaya ilmu Allah dan terbukalahkepadanya hijab yang melindunginya dari rahsia-rahsia Allah Yang Maha Agung. Beliau mendengardan mengingat hanya dari Allah Yang Maha Tinggi . Sentiasalah dia bersyukur dan sembahyang dihadrat Allah Subhanahu wa Ta'ala.

  • BAB 4: SYARAHAN KEEMPATApabila kamu mati terhadap makhluk, maka dikatakan kepada kamu "moga-moga Allahmelimpahkan rahmatNya kepada kamu", dan Allah akan mematikan kamu dari nafsu-nafsu badaniah.Apabila kamu. telah mati terhadap nafsu badaniah, maka akan dikatakan kepada kamu, "moga-mogaAllah melimpahkan rahmatNya kepada kamu" , maka Allah akan mematikan kamu terhadap kehendak-kehendak dan nafsu. Apabila kamu telah mati terhadap kehendak dan nafsu, maka akan dikatakankepada kamu, "moga-moga Allah melimpahi rahmatNya kepada kamu", dan Allah akan menghidupkankamu kepada satu hidup yang baru.

    Selepas itu kamu akan diberi hidup yang tidak ada mati lagi. Kamu akan dikayakan dengan tidak adapapa lagi. Kamu akan diberi kurniaan yang tidak akan rosak dan habis. Kamu akan diberi kebahagiaanyang tidak ada lagi kesusahan dan kesedihan. Kamu akan diberkati dan tidak akan dimurkai. Kamuakan diberi ilmu dan tidak lagi jahil. Kamu akan diberi kesentosaan dan tidak lagi ketakutan. Kamuakan maju dan tidak lagi mundur. Nasib kamu akan baik dan tidak lagi buruk. Kamu akan dipermuliakan dan tidak lagi diperhinakan. Kamu akan dihampiri oleh Allah dan tidak jauh lagi.Martabat kamu akan bertambah tinggi dan tidak rendah-rendah lagi. Kamu akan dibersihkan dan tidaklagi merasai kotor. Pendek kata jadilah kamu seorang yang tinggi dan mempunyai peribadi yangtersendiri. Bolehlah dikatakan kamu telah menjadi 'Superman' atau manusia luar biasa.

    Jadilah kamu warisan Rasul-Rasul, Nabi-Nabi, dan orang-orang shodiq. Kamu akan jadi titik akhirbagi segala kewalian dan wali-wali yang masih hidup akan datang mengunjungi kamu: Melalui kamusegala kesulitan dapat diselesaikan dan melalui sembahyang kamu dapat memewahkan tanam-tanaman, menurunkan hujan, menghindarkan mala petaka yang hendak menimpa umat manusia darisegala pangkat dan kedudukan. Bolehlah dikatakan kamu menjadi sebagai pegawai polis untuk kotadan rakyat.

    Orang akan datang mengunjungi kamu dari tempat yang dekat dan jauh dengan membawa hadiah-hadiah dan buah tangan dan memberi khidmat mereka kepada kamu. Semua ini dengan izin Allah YangMaha Perkasa dan Kuasa Jua. Lidah manusia tidak sunyi lagi menghormati dan memuji kamu. Tidakada dua orang yang beriman yang bertelingkah mengenai kamu. Wahai! mereka yang baik-baik yangtinggal di tempat-tempat ramai dan mereka yang mengembara, inilah kurniaan Allah dan Allahmempunyai kuasa yang tidak ada batasan.

  • BAB 5: SYARAHAN KELlMAApabila kamu melihat dunia dalam tangan orang-orang ahli dunia dengan hiasan dan kekosongannya,penipuan dan perangkapnya, dan dengan racunnya yang membunuh yang di luarnya lembut dan didalamnya mencederakan dan cepat pula merosak dan membunuh sesiapa yang memegangnya danmenipu mereka dan menyebabkan mereka lalai dalam dosa dan maksiat. Apabila kamu lihat semua ini,maka hendaklah kamu bertindak selaku seorang yang melihat seorang lain membuang air besar yangmembuka anggotanya yang sulit dan mengeluarkan bau yang busuk. Dalam keadaan itu kamu hendaklahmenghindarkan pandangan terhadap ketelanjangannya itu dan menutup hidungmu supaya tidak terbauyang busuk. Begitulah kamu bertindak terhadap dunia. Apabila kamu melihatnya hindarkan pandangandari pakaiannya dan tutup hidung kamu dari membau keseronokkannya yang tidak kekal, mudah-mudahan kamu terselamat darinya dan cubaan-cubaannya. Apa yang telah ditetapkan Allah untuk kamutentu kamu akan merasainya. Allah telah berfirman kepada Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihiwasallam:

    "Dan janganlah kamu tunjukkan kedua matamu kepada apa yang telah kami berikan kepada golongan-golongan dari mereka, sebagai bunga kehidupan dunia untuk kami cubai mereka dengannya. Dan

    kurnia Tuhan kamu adalah lebih baik dan lebih kekal." (Surah Thoha: Ayat 131)

  • BAB 6: SYARAHAN KEENAMJauhkanlah diri dari orang ramai dengan perintah Allah, dan dari nafsu kamu dengan perintahnya, dandari kehendakmu dengan lakuannya, agar kamu layak menjadi bekas untuk mengisi ilmu Allah. Tandakamu telah menjauhkan diri dan orang ramai ialah kamu telah seluruhnya memutuskan segalaperhubungan dengan orang ramai dan membebaskan fikiran-fikiran kamu dari segala apa yangbersangkutan dengan mereka.

    Tanda kamu telah putus dari nafsu-nafsu kamu ialah kamu telah membuang segala usaha dan dayauntuk dunia dan perhubungan dengan cara-cara dunia untuk mendapatkan apa-apa faedah danmenghindarkan bahaya dan kamu janganlah bergerak untuk kepentingan kamu sendiri. Janganlah kamubergantung kepada diri sendiri tentang perkara yang bersangkutan dengan diri kamu, janganlah kamumelindungi dari kamu dan menolong diri kamu sendiri. Serahlah segala-segalanya kepada Allahkerana dialah yang menjaga dan memelihara segala-segalanya semenjak dari azali lagi sehingga abadiselama-lamanya. Dialah yang menjaga kamu dalam perut ibumu sebelum kamu lahir dan dialah yangmemelihara kamu semasa kamu masih bayi.

    Tanda kamu telah hilang dari kehendak kamu dengan lakuan atau perbuatan Allah ialah kamu tidaklagi melayan apa-apa hajat dan kamu tidak ada apa-apa matlamat atau tujuan, kamu tidak lagi adakeperluan atau maksud kerana kamu tidak ada tujuan atau keperluan lain selain Allah semata-mata.Lakuan Allah pun terzahir pada kamu dan pada masa pergerakkan kehendak dan lakuan Allah itu,kamu hanya persiap pada badan, tenang dalam hati, luas fikiran, mukamu berseri-seri dan jiwa kamubertambah subur. Maka kamu akan terlepas dari kepeduan kebendaan kerana kamu telah berhubungdengan Al-Khalik (pencipta). Tangan kuasa akan menggerakkan kamu. Lidah abadi akan memanggilkamu Tuhan sekalian alam akan mengajar kamu dan akan memberi pakaian dengan cahaya dari dirinyadan dengan pakaian kerohanian dan akan meletakkan kamu dalam peringkat orang-orang alim yangdahulu-dahulu.

    Selepas pengalaman ini akan bertambah hancurlah hati kamu sehingga hapuslah hawa nafsu dankehendak kamu umpama tempayan yang pecah yang tidak mengandungi air walau setitik pun.Kosonglah kamu dari semua lakuan-lakuan kemanusiaan dan diri kamu tidak menerima yang lainkecuali kehendak Allah. Pada peringkat ini kamu akan dikurniai keramat-keramat dan perkara-perkarayang diluar biasa. Perkara-perkara itu pada zahirnya datang dari kamu tetapi sebenarnya adalahlakuan dan kehendak Allah jua.

    Maka masuklah kamu dalam golongan orang-orang yang telah pecah hatinya dan telah hilang nafsu-nafsu kebinatangannya. Selepas itu akan diberi sifat-sifat keTuhanan Yang Maha Tinggi. Berkenaanhal inilah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Aku gemar tigaperkara dari dunia ini, bau-bauan harum, perempuan dan sembahyang yang mataku sejuk di dalamnya.Semua ini diberi kepadanya setelah kehendak-kehendak dan nafsu-nafsu yang tersebut dahulu itu lepasdari dirinya. Allah berfirman: "Aku bersama dengan mereka yang pecah hatinya kerana Aku."

    Allah Subhanahu wa Ta'ala tidak bersama kamu sekiranya semua nafsu dan kehendak kamu itu tidakdihancurkan. Apabila semua hancur dan tidak ada lagi yang tinggal pada kamu, maka kamu pun

  • sesuailah untuk 'diisi' dengan Allah dan Allah akan menjadikan kamu orang baru yang dilengkapidengan tenaga dan kehendak yang baru pula. Jika ada lagi diri kamu walau sedlkitpun, maka Allahakan menghancurkan itu pula sehingga kamu kosong semula dan selama-lamanya kamu tetap hancurhati. Allah akan menjadikan kehendak-kehendak baru dalam diri kamu dan jika dalam pada itu masihjuga ada ego (diri) kamu, maka Allah akan menghancurkan terus. Demikianlah terjadi sehingga kamumenemui Tuhanmu di akhir hayat nanti. Inilah maksud firman Tuhan: "Aku bersama mereka yanghancur hatinya kerana Aku." Kamu akan dapati diri kamu kosong dan sebenarnya ada ialah Allah.

    Allah berfirman dalam hadith qudsi: hambaKu yang taat sentiasa meminta kehampiran dengan Akumelalu sembahyang-sembahyang sunat sehingga Aku jadikan dia rakanKu dan apabila Aku jadikan diarakanKu, Aku menjadi telinganya yang dengannya dia mendengar, matanya yang dengannya diamelihat, tangannya yang dengannya dia memegang, dan kakinya yang dengannya dia berjalan, iaitu diamendengar melalui Aku, memegang melalui Aku dan mengetahui melalui Aku. Sebenarnya ini adalahkeadaan fana (hapusnya diri). Apabila kamu telah fana' terhadap diri dan makhluk, dan oleh keranamakhluk itu baik atau jahat, dan oleh kerana diri kamu itu baik atau jahat, maka tidaklah ada dalampandangan sebarang kebaikan yang datang dari diri kamu atau makhluk itu dan tidaklah kamu takutkedatangan kejahatan dari makhluk. Semua itu terletak pada tangan Allah semata-mata. Daripada itudatangnya buruk dan baik. Dia yang menentukan segala-galanya semenjak dari awal-awal lagi.

    Oleh yang demikian, Dia akan beri kamu keselamatan dari segala kejahatan makhluk-makhlukNya danakan membenamkan kamu dalam lautan kebaikannya. Maka jadilah kamu titik tumpuan segala yangbaik dan sumber keberkatan, kebahagiaan kesentosaan, nur (cahaya), keselamatan dan keamanan. Olehitu fana adalah tujuan dan matlamat dan hujung dan dasar perjalanan wali Allah. Semua wali-waliAllah yang terdahulu dalam peringkat kemajuan mereka telah memohong dengan sungguh-sungguhuntuk menukar kehendak atau kemahuan mereka kepada kehendak atau kemahuan Allah. Semua merekamenukar kemahuan atau kehendak mereka ke dalam kemahuan atau kehendak Allah pendeknya merekamemfana'kan diri mereka dan mewujudkan Allah. Sebab itulah mereka digelar Abdal (perkataanyang diambil dari perkataan yang bermakna pertukaran). Pada pendapat mereka adalah satu dosamensekutukan kehendak mereka dengan kehendak Allah.

    Sekiranya mereka lupa, dikuasi oleh emosi dan ketakutan, maka Allah Yang Maha Kuasa akanmenolong mereka dan menyedarkan mereka, dan dengan itu mereka kembali sedar dari lupa danmemohon perlindungan Allah. Tidak ada manusia yang benar-benar bebas dari pengaruh kehendakego (diri) sendiri kecuali malaikat. Malaikat itu dipelihara Allah dalam kesucian kehendak merekadan Nabi-Nabi dipelihara dari nafsu badaniah. Jin dan manusia telah diberi tanggungjawab supayaberakhlak baik. Tetapi tidak terpelihara dari dipengaruhi oleh dosa dan maksiat. Wali-wali dipeliharadari nafsu-nafsu badaniah dan abdal dari kekotoran kehendak atau niat . Meskipun begitu merekatidaklah bebas mutlak kerana mungkin mereka ada kelemahan untuk melakukan dosa tetapi Allahdengan kasih sayangNya akan menolong dan menyedarkan mereka.

  • BAB 7: SYARAHAN KETUJUHKeluarlah dari diri kamu sendiri dan serahkan segala-galanya kepada Allah. Penuhkan hatimu denganAllah. Patuhlah pada perintahnya dan larikan diri dari laranganNya agar nafsu badaniah kamu tidakmemasuki hati kamu setelah ianya keluar. Untuk membuang nafsu-nafsu badaniah dari hatimu kamuhendaklah berjuang melawannya dan jangan menyerah kepadanya dalam semua keadaan dan masa.Oleh itu janganlah berkehendakkan kepada sesuatu yang bukan kehendak Allah. Kehendak kamu yangbukan kehendak Allah adalah kehendak nafsu badaniah. Kehendak ini jika diturut akan merosakkandiri kamu dan menjauhkan kamu dari Allah. Patuhlah kepada perintah Allah dan jauhkanlahlaranganNya dan bertawakAllah kepada Dia sahaja dan sekali-kali jangan mensekutuiNya. Dia yangmenjadikan nafsu dan kehendak kamu. Oleh yang demikian, janganlah berkehendakkan atauberhajatkan atau bercita-cita untuk mendapatkan sesuatu supaya kamu tidak tercebur ke lembah syirik.Allah berfirman : "barangsiapa bercadang hendak bertemu dengan Tuhannya, dia hendaklah beramalsaleh dan janganlah sekutukan Allah dengan apa jua."

    Syirik itu bukan sahaja sematamata menyembah berhala. Syirik itu juga termasuk menurut hawa nafsudan mensekutukan apa sahaja yang di dunia dan yang di akhirat dengan Allah. Kerana apa sahaja yanglain Allah, bukanlah Tuhan. Oleh itu, jika kamu tumpukan hati kepada yang lain dari Allah, maka kamutelah syirik. Oleh itu, jangan sekutukan Allah itu secara kasar dan secara halus. Berjaga-jagalah,jangan berdiam diri, berhati-hatilah dan waspada selalu, semoga kamu beroleh selamat. Segalapangkat dan kebaikan yang kamu perolehi janganlah kamu katakan datang dari kamu sendiri ataukepunyaan kamu sebenarnya. Jika kamu diberi sesuatu hal atau keadaan atau kenaikkan kepada sesuatutaraf kedudukan, janganlah dihebohkan kepada sesiapa. Kerana dalam pertukaran suasana dan hari kehari itu, Allah menzahirkan keagungannya dalam aspek-aspek yang sentiasa baru, dan Allahmenyelangi antara hambaNya dengan hati-hati mereka. Boleh jadi apa yang kamu katakan milik kamuitu akan dilepaskan dari kamu. Dan apa yang kamu anggap kekal itu boleh jadi bertukar keadaan, makakamu akan merasai malu pada mereka yang kamu cakapkan itu. Lebih baik kamu berdiam diri dansimpan dalam pengetahuan kamu sahaja dan tidak menyampaikan kepada sesiapa. Jika kamu memilikisesuatu, ketahuilah bahawa itu adalah kurnia Allah dan bersyukurlah kepadanya dan bermohonlahkepadanya supaya ditambahi dengan nikmat-nikmatNya. Jika sesuatu itu lepas dari kamu, maka ianyaakan menambahkan ilmumu, kesedaranmu dan waspadamu. Allah berfirman: Apa sahaja perutusan(kitab-kitab terdahulu) yang Kami batalkan atau Kami jadikan ianya dilupakan, maka Kami bawa yangterlebih baik atau yang seumpamanya. Adakah kamu tahu bahawa Allah berkuasa terhadap segalasesuatu?

    Oleh itu, janganlah disangka Tuhan Allah itu tidak berkuasa dalam sesuatu perkara dan janganlahdisangka ada kekurangan dalam ketentuanNya dan peraturanNya, serta janganlah syak wasangkatentang janji-janjinya. Contohilah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam ayat-ayat yangdiwahyukan kepada baginda itu dipraktikkan, dibaca di dalam masjid, ditulis di dalam buku, bahkandiambil dan ditukar dengan yang lain dan perhatian Nabi diarahkan kepada perkara-perkara wahyu-wahyu yang baru diterimanya yang mengganti ayat-ayat yang lama itu. Ini terjadi dalam perkarahukum-hukum yang zahir.

    Berkenaan dengan perkara-perkara kebatinan, ilmu dan keadaan kerohanian yang didapati antara

  • baginda dengan Tuhan, baginda biasa berkata bahawa hatinya biasa diselubungi dan bagindamemohon perlindungan Allah 70 kali sehari. Juga diceritakan bahawa 100 kali sehari Nabi biasadibawa dari satu keadaan atau hal kepada satu keadaan atau hal yang lain dan dengan itu bagindadibawa ke peringkat-peringkat yang hampir dan lebih hampir lagi ke hadrat ilahi. Bagindamengembara ke alam Yang Maha Tinggi dan nur menyelubungi baginda, dari satu peringkal ke satuperingkat yang lebih tinggi. Tiap-tiap satu peringkat yang dinaiki, maka peringkat yang di bawah itunampaknya gelap jika dibandingkan dengan peringkat yang atas itu. Makin tinggi makin bersinarlahnur Allah melimpahi hati sanubari baginda. Baginda biasa menerima arahan supaya memohon ampunatau perlindungan Tuhan kerana sebaik-baik hamba Allah itu ialah mereka yang sentiasa memohonampun dan perlindungan Allah dan sentiasa kembali kepadanya. Ini ialah kerana untuk menyedarkankita bahawa kita ini ada mempunyai dosa dan kesalahan yang mana kedua-dua ini ada didapati padahamba-hamba Allah dalam semua keadaan hidupnya dan kepunyaannya sebagai warisan dari Adam'alahissalam yang menjadi bapa segala manusia dan hamba pilihan Allah. Apabila lupa kepadaperintah Allah itu telah mengaburkan cahaya kerohanian dan baginda menunjukkan keinginan hendakkekal di syurga dan disamping Tuhan, dan Tuhan berkehendakkan menghantar malaikat Jibril kepadabaginda. Pada masa itu kehendak diri (ego) baginda terzahir dan kehendak Adam terdapat bercampurdengan kehendak Allah.

    Oleh itu kehendak baginda itu dihancurkan dan keadaan pertama itu dihilangkan dan kehampirankepada Tuhan di masa itu dihilangkan dan cahaya keimanan yang terang benderang itu bertukar kepadakabur dan kesucian rohani baginda telah menjadi sedikit kotor. Maka Allah akan memperingatkanbaginda dan menyedarkan kesalahannya dan dosanya dan diperintahkan supaya mengakui kesalahandan dosanya dan meminta ampun kepada Allah.

    Adam' alaihissalam berkata: "Ohh Tuhan! Kami telah menzalimi diri kami sendiri dan jika tidakengkau ampuni kami dan mengasihani kami sudah tentu kami termasuk dalam golongan orang-orangyang rugi." Kemudian itu datanglah kepada beliau cahaya petunjuk, kesedaran bertaubat, pengetahuanhakikat akibatnya, dan ilmu hikmah yang tersembunyi dalam kejadian ini pun terbukalah. Maka Allahmenghampiri mereka dengan kasih sayangNya agar mereka bertaubat. Maka kehendak yang timbul dariAdam itupun ditukarkan dan keadaannya yang dahulu itupun ditukarkan, maka dikurniai kepadanyaperingkat wilayah (kewalian) yang lebih tinggi dan diberi makam (stesyen) dalam dunia ini dan diakhirat kelak. Jadilah dunia ini tempat tinggalnya dan keturunannya dan akhirat kelak tempat kembaliyang kekal abadi.

    Jadikanlah Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam yang mana baginda itu seorang Rasuldan kekasih Allah dan hambaNya yang pilihan, dan bapa segala insan iaitu Adam hamba Allah yangpilihan, sebagai contoh dan tauladan. Contohilah mereka kedua itu dalam hal mengakui kesalahan dandosa sendiri, dan meminta ampun kepadaNya, dan meminta perlindunganNya dari noda dan dosa dancontohilah mereka dalam hal merendahkan diri kepada Allah kerana insan ini adalah lemah dalamsegala hal.

  • BAB 8: SYARAHAN KELAPANApabila kamu dalam keadaan atau hal yang tertentu, janganlah meminta keadaan yang lebih tinggi ataulebih rendah. Apabila kamu berada dipintu istana janganlah kamu hendak masuk kecuali kamu disuruhmasuk.Janganlah menganggap cukup dengan kebenaran masuk itu sahaja kerana boleh jadi itu satuhelah atau penipuan dari raja itu. Hendaklah kamu sabar, sehingga kamu dipaksa masuk ke istana ituatas perintah raja itu sendiri. Kerana dengan itu kamu tidaklah dipertanggungjawabkan tentangperbuatan kamu masuk ke istana itu. Jika sekiranya kamu dihukum juga, maka itu adalah kerana kamubersalah, tamak, tidak sabar, tidak bersopan santun dan hendakkan kepuasan dengan keadaan hidupyang kamu sedang berada itu. Jika kamu telah dipaksa masuk dan kamu masuk, maka hendaklah kamumasuk dengan sopan santun dan penuh hormat dan perhatikan apa yang kamu perintahkan tanpameminta kenaikkan taraf dalam hidup itu. Allah berfirman kepada RasulNya: Dan janganlahpandanganmu dipengaruhi oleh apa yang kami kurniai kepada segolongan manusia dari kemegahanhidup di dunia ini kerana kami menguji mereka dengan itu, adalah rezeki yang diberi oleh Tuhanmu itulebih baik dan lebih kekal."

    Allah menasihati NabiNya supaya berhati-hati dengan keadaan yang ada itu dan redha dengankurniaan Allah. Dengan lain perkataan, firman ini menyatakan, "Apa sahaja yang Ku beri kepadamudari perkara yang baik-baik, dan keNabian dan ilmu dan keredhaan dan sabar dan kekuasaan agamadan berjihad pada jalan Allah, semua ini adalah lebih baik dan lebih berharga daripada apa yang akuberi kepada orang-orang lain."

    Kebaikan itu terletak dalam menjaga keadaan yang sedia ada dan berpuas hati dengannya danmenjauhkan kehendak-kehendak kepada yang lain kerana perkara itu sarna ada telah dikhaskan untukkamu atau kepada orang lain atau tidak kepada siapapun tetapi telah dijadikan oleh Allah sebagai satuujian. Jika sesuatu perkara itu telah diuntukkan bagi kamu, maka kamu tentu akan mendapatinya samaada kamu suka atau tidak. Tidaklah wajar kamu menunjukkan ketidaksopanan atau menunjukkan tamakkerana itu berlawanan dengan akal dan ilmu yang sempurna. Apalah gunannya kamu mengharapkanapa yang telah ditentukan untuk orang lain kerana kamu tidak akan mendapatinya. Sekiranya sesuatuperkara itu tldak diuntukkan kepada sesiapapun, maka itu adalah satu ujian belaka. Orang yang berakalsempurna tidak akan bersahaja-sahaja mencari sesuatu ujian. Oleh itu, kebaikan itu ialah menjaga danredha dengan keadaan yang ada sekarang. Setelah kamu dibawa ke tingkat atas dan dari situ kebumbung istana, kamu akan hati-hati seperti yang kami nyatakan tentang penghormatan, perangai baikdan tidak bercakap banyak. Hati-hatilah, kamu hendaklah membuat lebih dari ini kerana kamusekarang makin hampir dengan raja itu dan hampir pula kepada bahaya. Oleh itu, janganlah mintapertukaran dari keadaan yang ada kepada keadaan yang lain, sama ada lebih tinggi atau lebih rendah,dan jangan pula kamu minta keadaan itu berkekalan atau bertukaran . Kamu tidak ada pilihan sendiridalam perkara ini. Jika kamu meminta, maka itu tanda kamu kurang sopan dan merendahkan darjatkamu dan merugikan kamu juga. Dengan yang demikian teruskanlah bertindak sebagaimana yang kamitunjuki, sehingga kamu dinaikkan ke satu taraf dan kamu akan ditetapkan di taraf itu, maka ketika itutahulah kamu bahawa itu adalah kurniaan Allah yang menunjukkan tanda-tanda kebesaranNya.Tetaplah kamu di tempat itu dan tidaklah diubah-ubah lagi. Ahwal (keadaan pertukaran kerohanian)adalah kepunyaan auliya' (wali Allah biasa) dan maqamah (perhatian kerohanian) adalah kepunyaanabdal (wali Allah yang lebih tinggi tarafnya).

  • BAB 9: SYARAHAN KESEMBlLANLakuan atau perbuatan Allah itu dizahirkan kepada auliya' dan abdal dalam kasyaf (pandangankerohanian) dan masyahadah (pengalaman kerohanian) dan ini melebihi jangkauan akal manusia danmencarik adat dan kebiasaan. Penzahiran atau manifestasi ini ada dua jenis, satu dinamakan jalal(kebesaran dan keagungan) dan satu lagi dinamakan jamal (keindahan). Jalal ini menimbulkankehebatan dan mempengaruhi hati demikian rupa hingga tanda-tandanya nampak pada badan kasar.Adalah diceritakan bahawa Nabi Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam sedang sembahyang. Makaterdengarlah oleh orang bunyi seperti air mendidih dari hati baginda oleh kerana hebat dan gentarnyahati beliau menghadap Allah Subhanahu wa Ta'ala, satu pengalaman yang baginda rasai apabila Allahmenunjukkan keAgungan dan kebesaranNya. Kejadian seperti itu juga ada berlaku kepada NabiIbrahim 'alaihissalam dan khalifah Umar Radhiyallahu 'anhu.

    Pengalaman yang dirasai apabila Allah menzahirkan sifat jamalNya ialah hati si hamba itu akanmerasai gernbira, tenang, sentosa, selamat dan kata-kata yang kasih mesra dan tanda-tanda yangmenggembirakan tentang kurniaan-kurniaan yang besar dan kedudukan yang tinggi dan kehampirankepadanya yang kepadanya semua perkara-perkara mereka itu akan kembali. Inilah kurniaan danrahmat Allah kepada mereka dalam dunia. Hati mereka yang cinta kepada Dia itu akan dipuaskanolehNya, semoga mereka merasa senang. Allah kasih dan sayang kepada mereka. Nabi pernah berkatakepada Bilal: "Hiburkan hati kami , wahai Bilal." Apa yang baginda maksudkan ialah supaya Bilalyang (azan) agar Nabi masuk dalam keadaan sembahyang untuk merasai manifestasi sifat jamal Allahitu. Kerana itulah Nabi berkata: "Dan kesejukan mataku telah terasa dalam sembahyang."

  • BAB 10: SYARAHAN KESEPULUHSesungguhnya tidak ada yang lain kecuali Allah dan diri kamu sendiri. Diri manusia itu bertentangandengan Tuhan. Segala-galanya tertakluk kepada Allah dan diri manusia itu adalah kepunyaan Allah.Pada diri manusia itu timbullah angan-angan dan hawa nafsu. Oleh itu, jika kamu masuk kepada hakdan menentang diri kamu, maka kamu masuk dalam pihak Allah dan menentang diri kamu sendiri.Allah berfirman kepada Nabi Daud 'alaihissalam: "Wahai Daud, kepada Akulah tempat kamukembali, oleh itu berpegang teguhlah kepadaKu, perhambaan sebenarnya ialah melawan diri kamukerana Aku." Dengan itulah kehambaan kamu dan hampir kamu kepada Allah menjadi kenyataan yangsebenarnya. Dengan itulah kamu mencapai kesucian dan kebahagiaan. Dengan itulah kamu akandipermuliakan dan segala-galanya akan jadi hamba kamu dan takut kepada kamu kerana semuanya itutertakluk kepada Allah kerana Dialah pencipta dan tempat asal mereka dan mereka menyatakankehambaan mereka kepada Allah. Firman Allah: "Segala-galanya memuji Allah, tetapi kamu tidaktahu pujian mereka." Ini bererti segala-galanya yang ada dalam alam ini sedar tentang adanya Allahdan patuh kepadanya.

    Allah Subhanahu wa Ta'ala berkata: "Kemudian Dia berkata kepadanya dan kepada dunia, marilahkamu kedua dengan rela atau tidak, mereka kedua berkata, "kami datang dengan rela."

    Oleh itu segala kehambaan ialah melawan dirimu sendiri dan hawa nafsumu. Allah berfirman:"Janganlah ikut hawa nafsumu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah."

    Allah juga berfirman, "Jauhkanlah kehendak hawa nafsumu kerana tidak ada yang melawanKu dankerajaanKu melainkan hawa nafsu manusia. "

    Ada satu cerita yang masyhur tentang Abu Yazid Busthami. Adalah dikatakan bahawa beliau telahmelihat Allah Subhanahu wa Ta'ala dalam mimpinya. Beliau bertanya kepada Allah: "Bagaimanakanseseorang itu hendak sampai kepadaMu?" Kata Tuhan: "Buangkan dirimu dan datanglah kepadaKu."Kemudian itu kata beliau, "Saya pun keluar dari diriku seperti ular keluar dari sarungnya." Oleh itu,semua kebaikan itu terletak pada jihad terhadap diri sendiri dan semua perkara dan keadaan hidupini.

    Sekiranya kamu dalam keadaan soleh, tentanglah dirimu hingga kamu terhindar dari yang haram darimanusia dan syak wasangka dan dari pertolongan mereka dan pergantungan kepada mereka atau takutkepada mereka atau berkehendakkan apa yang mereka dapati dari dunia yang fana' ini. Janganharapkan hadiah dari mereka atau sedekah mereka atau pemberian mereka. Kamu hendaklah bebaskandirimu dari apa sahaja yang bersangkutan dengan keduniaan dan sekiranya kamu ada saudara yanghartawan janganlah kamu harapkan dia mati lekas dengan niat hendakkan hartanya itu. Kamuhendaklah keluar dari pengaruh makhluk dan anggaplah mereka seperti pintu pagar yang terbuka dantertutup atau seperti pokok yang kadang-kadang berbuah dan kadang-kadang tidak. Segala yangberlaku dan terjadi adalah dengan kehendak Allah dan Dialah yang membuat dan merancangkansegala-galanya. Jadikanlah dirimu seorang yang berjiwa tauhid iaitu mengEsakan Allah Rabbul'Alamin.

    Janganlah pula kamu mengikut fahaman golongan Jabariah atau Qadariah. Lebih baik kamu katakan

  • bahawa lakuan itu kepunyaan Allah dan manusia mengusahakan.

    Jalankanlah perintah Allah yang bersangkutan dengan manusia dan asingkan bahagianmu denganperintahNya dan janganlah melebihi batasan kerana perintah Allah pasti akan berlaku dan Allah akanmenghukumi kamu dan mereka juga. Janganlah kamu sendiri hendak menjadi hakim. Adanya kamubersama manusia adalah kerana takdir Allah dan takdir ini terletak dalam gelap. Oleh itu, masuklah kedalam gelap itu dengan lampu yang juga menjadi hakim dan itulah dia Al-Qur'an dan sunnahRasulNya. Janganlah melampaui kedua-dua ini. Jika timbul dalam fikiranmu atau kamu menerimasesuatu ilham, kemukakan dahulu kepada Al-Qur'an dan sunnah RasulNya.

    Sekiranya sesuatu fikiran atau ilham itu bersalahan dengan Al-Qur'an dan hadith, maka janganlahditurut dan dilakukan, kerana itu mungkin datang dari iblis. Jika Al-Qur'an dan hadith itumengharuskan seperti makan, minum dan sebagainya dan ilham itu serupa dengan yang diharuskan itu,maka jangan diterima dan ketahuilah bahawa itu adalah ajakkan atau cadangan untuk memuaskan hawanafsu dan sifat-sifat kebinatanganmu. Oleh itu, lawanlah dan jangan turutkan.

    Jika apa yang diilhamkan kepada kamu itu tidak ada didapati penyesuaiannya dari Al-Qur'an atauhadith Nabi sama ada melarang atau membenarkan dan kamu tidak pula ketahui dengan faham,misalnya kamu disuruh ke suatu tempat atau disuruh berjumpa seseorang yang soleh, dan kamu tidakperlu lagi pergi ke tempat itu atau berjumpa dengan orang itu. Dengan pengetahuan dan nur kamuketahui demikian, maka bersabarlah dan jangan tergopoh-gapah dan tanyalah diri sendiri: "Adakah iniilham dari Allah dan aku mesti melakukannya?" Fikirkan dahulu dan bersabarlah. Menjadi biasasahaja bagi Tuhan mengulang-ulangi ilham seperti itu dan memerintahkan kamu supaya bersegeramelakukan perkara itu ataupun membuka sesuatu tanda yang dibuka kepada orang-orang ahli Allah,tanda yang difahami oleh hanya auliya' yang bijaksana dan abdal, dan kamu jangan tergopoh-gapahdalam perkara ini kerana kamu tidak tahu akibatnya dan tujuan perkara itu dan kamu tidak tahu dimana tertelak ujian dan jalan yang boleh merosakkan dan juga untuk menguji kamu.

    Oleh itu sabarlah hingga Tuhan sendiri menjadi pelaku dalam perkara itu bagi kamu. Apabila sesuatulakuan itu benar-benar dari Allah, maka selamatlah kamu dari sebarang ujian kerana Allah sendiriyang menjalankan kamu dan tentu Dia menolong kamu. Jika kamu sendiri yang melakukan, maka kamusendirilah yang bertanggungjawab dalam hal lakuan kamu itu. Jika Allah yang melakukan untuk kamu,maka kamu tidak bertanggungjawab dalam hal lakuan kamu kerana lakuan itu adalah lakuan Allah dantentu sekali Allah sendiri bertanggungjawab atas lakuanNya.

    Jika kamu berada dalam peringkat hakikat iaitu kedudukan wilayah (kewalian), maka lawanlahnafsumu itu dan patuhlah kepada perintah itu sepenuhnya. Patuh kepada perintah ini ada dua jenis.Pertama ialah kamu hendaklah mengambil dari dunia ini apa-apa yang perlu sahaja bagi kamu danjauhkan diri daripada keseronokkan hawa nafsu dan hendaklah kamu melakukan ibadat-ibadatmu danhindarkan dosa yang terbuka dan tersembunyi. Kedua ialah berkenaan perintah yang batin, dan iniadalah perintah Allah yang menyuruh atau melarang melakukan sesuatu perintah batin atautersembunyi ini adalah bagi perkara-perkara yang boleh dilakukan iaitu perkara-perkara yang tidakharam dan tidak pula wajib yang mana si hamba itu diberi kebebasan untuk bertindak. Dalam hal ini sihamba tadi hendaklah jangan mengambil inisiatif (kemahuan) sendiri tetapi hendaklah menungguperintah berkenaan dengan hal itu. Apabila ada perintah, patuhlah dengan semua gerak dan diamnyaadalah semata-mata kerana Allah. Jika ada hukum dalam syariat tentang sesuatu perkara, maka

  • tunduklah pada hukum itu. Tetapi jika tidak ada hukum dalam syariat dalam perkara itu, makabertindaklah menurut perintah batin atau perintah tersembunyi itu. Melalui inilah seseorang itumenjadi orang yang benar-benar telah mencapai hakikat.

    Sekiranya tidak pun ada perintah batin ini, dan hanya lakuan Allah, maka ini memerlukan penyerahan.Jika kamu telah rnencapai hakikat sebenar-benarnya yang juga digelar keadaan tenggelam (mahwa)atau fana, maka itu adalah keadaan peringkat abdal, mereka yang pecah hatinya kerana Allah, satukeadaan yang dipunyai oleh orang-orang yang betul-betul berjiwa tauhid, satu keadaan yang dipunyaioleh orang-orang yang dilimpahi dengan cahaya kerohanian, orang yang berilmu dengan kebijaksanaanyang tinggi, mereka yang jadi ketua daripada segala ketua, pelindung dan penjaga orang ramai,khalifah Allah dan waliNya dan orang-orang yang dipercayaiNya. Mematuhi perintah dalam hal-haldemikian itu ialah melawan nafsumu sendiri dan mernbebaskan dari bergantung kepada sebarang dayadan updaya dan kosong daripada segala kehendak dan tujuan berkenaan apa sahaja yang bersangkutandengan dunia dan akhirat. Maka jadilah kamu hamba raja itu dan bukan hamba kerajaan, hambakepada perintah Allah dan bukan nafsu-nafsu badaniah semata, danjadilah kamu seperti bayi dalampelukkan ibunya atau seperti mayat yang sedang dimandikan oleh orang atau seperti orang sakit yangtidak sedarkan diri di hadapan doktor, dalam semua hal yang di luar sempadan suruhan dan tegahan.

  • BAB 11: SYARAHAN YANG KESEBELASApabila nafsu hendak berkahwin timbul dalam fikiranmu tetapi kamu miskin papa dan kamu bersabardengan harapan menunggu pertolongan Allah yang menjadikan kamu dan nafsu kamu itu, maka Allahakan menolong kamu sama ada menghilangkan nafsu itu dari kamu ataupun memberi kamu rezeki danmencukupi kamu dengan berbagai-bagai cara dan meringankan beban kamu dan menyenangkan kamudi akhirat kelak. Allah akan menolong kamu kerana kesabaran kamu dan keredhaan kamu itu. Allahakan menambahkan kamu dalam kesucian dan kekuatan. Jika Allah mencukupi kamu dalam hal-halrezeki, maka sabarmu itu akan bertukar kepada syukur. Allah Subhanahu wa Ta'ala menjanjikan kurniayang bertambah-tambah kepada mereka yang bersyukur. Firman Allah: "Jika kamu bersyukur, Akuakan tambah lagi bahagianmu, dan jika kamu tidak bersyukur, maka ketahuilah siksaanKu amatlahpedih."

    Jika sesuatu itu telah ditakdirkan bukan untuk kamu, maka janganlah kamu merasa kesal dan halaulahperasaan itu dari hatimu meskipun sifat-sifat kebinatanganmu itu dan berpegang teguhlah kepadaperintah-perintah Allah. Redhalah dengan takdir Tuhan dan dalam keadaan itu berharaplah keredhaandan kurniaanNya. Allah berfirman: "Hanya orang-orang sabar itu sahaja akan diberi ganjaransepenuhnya tanpa batas."

  • BAB 12: SYARAHAN KEDUA BELASApabila Allah Yang Maha Gagah lagi Maha Kaya memberi kamu harta kekayaan, maka janganlahkamu terpengaruh oleh harta itu sehingga kamu lupa dan tidak taat lagi kepada Allah. Jika kamu lupadan tidak taat kepada Dia kerana adanya harta itu, maka kamu akan terdinding dari dunia ini danakhirat kelak. Maka mungkin juga harta itu diambilnya kembali dan kamu menjadi miskin papa,lantaran kamu telah lupa kepada yang memberi. Jika kamu tetap ingat dan taat kepada Allah danhatimu tidak sesekali terpengaruh oleh harta benda itu, maka Allah akan Allah akan memberimu hartaitu dengan percuma dan tidak akan mengurangkannya walau sedikitpun. Harta benda adalah hambakamu dan kamu pula adalah hamba kepada Allah. Oleh itu kamu hendaklah hidup di dunia ini di dalamjagaan Tuhan yang Maha Penyayang dan di akhirat kamu akan dipermuliakan dan tempat tinggal kamuadalah di syurga yang kekal abadi bersama dengan orang-orang yang shodiq, syahid dan soleh.

  • BAB 13: SYARAHAN KETlGA BELASJanganlah kamu bersusah hati untuk mendapatkan keuntungan dan janganlah kamu cuba hendakmenghindarkan mala petaka. Keuntungan itu akan datang kepada kamu jika telah ditetapkan oleh Allahbagi kamu sama ada kamu mencarinya atau tidak. Mara bahaya akan menimpa kamu jika telahditetapkan oleh Allah bagi kamu, sama ada kamu benci kepadanya atau kamu cuba menghindarkannyadengan do'a dan sembahyang atau menghadapinya dengan sabar kerana hendak mencari keredhaanAllah.

    Kamu hendaklah berserah dan bertawakal sepenuhnya kepada Allah dalam segala hal agar Diamelakukan kerjaNya melalui kamu jika kebaikan kamu dapat, syukurlah. Jika bencana menimpa kamu,sabarlah dan kembalilah kepada Dia dan cubalah rasa keuntungan yang didapati dari apa yang kamuanggap bencana itu dan terus tenggelam dalam dia melalui perkara itu sejauh mana yang kamu terdayadengan cara keadaan rohani yang diberi kepadamu. Dengan melalui cara ini kamu dinaikkan dari satuperingkat ke satu peringkat yang lebih tinggi dalam perjalanan menuju Allah supaya kamu dapatmencapai Dia.

    Kemudian kamu akan disampaikan kepada satu kedudukan yang telah dicapai oleh orang-orangshodiq, syahid dan soleh sebelum kamu. Dengan itu kamu akan mendapat hampir dengan Allah agardapat kamu melihat kedudukan orang-orang sebelum kamu menuju raja Yang Maha Agung itu. Di sisiTuhan Allah kamu mendapat kesentosaan, keselamatan dan keuntungan. Biarlah bencana menimpakamu dan jangan cuba menghindarnya dengan do' a dan sembahyang kamu dan jangan kamu merasatidak senang dengan kedatangan bencana itu, kerana kepanasan apinya tidak sehebat dan sepanas apineraka.

    Telah diceritakan bahawa Nabi Muhammad pernah berkata: "Sesungguhnya api neraka akan bercakapkepada orang-orang beriman iaitu katanya, lekaslah kamu pergi, wahai si mukmin, kerana cahayamumemadamkan apiku. "

    Bukankah cahaya si mukmin yang memadam api neraka itu serupa juga dengan yang didapati pada diadi dunia ini dan yang membezakan orang-orang yang taat kepada Allah dengan orang-orang yangderhaka kepada Allah? Biarlah cahaya tersebut memadamkan api bencana dan bahaya dan biarlahkesabaran kamu dengan Tuhan itu memadamkan haba panas dari api yang hendak mengatasi kamu.

    Sebenarnya bencana yang datang kepada kamu itu bukanlah hendak menghancurkan kamu tetapisebenarnya adalah hendak menguji kamu dan mengesahkan kesempurnaan iman kamu dan menguatkandasar kepercayaan kamu dan memberimu dalam batin tentang khabar-khabar baik dari Tuhan kamuAllah berfirman:

    "Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang-orang yangberjihad dan bersabar antara kamu, dan agar kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu." (Surah

  • Muhammad: Ayat 31)

    Oleh yang demikian apabila telah terbukti benarnya iman kamu dan kamu boleh menyesuaikan diridengan kehendak dan lakuan Allah, dengan izin Allah jua, maka hendaklah kamu tetap bersabardanredha dan patuh kepadaNya. Janganlah kamu melakukanapa sahaja yang dilarang oleh Allah.Apabila datang perintahNya, dengar dan perhatikan dan segera melakukannya dan sentiasa bergerakdan jangan bersikap fasif terhadap takdir dan lakuanNya, tetapi gunakanlah daya dan upaya kamuuntuk melaksanakan perintah itu.

    Sekiranya kamu tidak sanggup melakukan perintah itu, maka janganlah berlengah-lengah lagi untukkembali mengadap Tuhan. Pohon ampun dan merayu dengan penuh tawadu' kepadaNya. Carilah sebabmengapa kamu tidak dapat melakukan perkara itu. Mungkin juga kamu tidak sanggup melakukanperintah itu oleh kerana kejahatan syak wasangka dalam fikiran kamu atau kamu kurang adab sopandalam mematuhi Dia atau kamu terlalu megah dan bangga atau kamu bergantung benar kepada dayadan upaya kamu sendiri atau kamu mensekutukan diri kamu atau makhluk dengan Allah. Akibat dari itusemua, kamu telah jauh dari Dia dan melupakan kamu dari mematuhi Dia dan kamu dijauhkanNya daripertolonganNya dan Dia murka kepada kamu dan dibiarkanNya kamu leka dan asyik dengan hal-halkeduniaan semata dan menurut nafsu angkara murka kamu. Adakah kamu tahu bahawa semua itumenyebabkan kamu lupa kepada Allah dan kamu jauh dari Dia yang menjadikan dan mengasuh kamudan memberi kamu rezeki yang tidak terkira. Oleh itu, berhati-hatilah terhadap apa sahaja yang bolehmenjauhkan kamu dari Allah. Jaga-jagalah terhadap apa sahaja yang selain Allah, yang hendakmemalingkan muka kamu dari Allah. Apa sahaja yang selain Allah bukanlah Allah. Oleh itujanganlah kamu ambil apa sahaja yang selain Allah dan membuangkan Allah kerana Allah menciptakamu untuk mengabdi kepadaNya sahaja. Dengan itu, janganlah kamu zalimi diri kamu sendiri denganmelupakan Allah dan perintahNya kerana ini akan membawa kamu ke neraka yang bahan apinya darimanusia dan batu. Waktu itu akan menyesallah kamu dan sesal yang tidak berguna lagi. Taubat waktuitu tidak berguna lagi meraung dan menangislah kamu tetapi siapakah yang terdaya menolong. Kamumemohon ampun kepada Allah tetapi Allah tidak terima lagi ampun kamu waktu itu. Kamu punberangan-angan hendak kembali ke dunia untuk membetulkan ibadat kamu kepada Allah, tetapi apakandaya dunia sudah tidak ada lagi bagi kamu.

    Kasihanilah diri kamu itu dan gunakanlah segala daya dan upaya untuk mengabdikan diri kepada AllahSubhanahu wa Ta'ala, gunakanlah apa sahaja yang diberi Allah kepada kamu seperti ilmu, akal,kepercayaan dan cahaya kerohanian kamu itu untuk mengabdikan diri kepada Allah agar kamudilingkungi cahaya yang terang benderang dan tidaklah kamu tergelap lagi, dan berpegang teguhlahkepada Allah dan hukum-hukumNya dan mengembaralah kamu menuju Allah menurut aturan-aturanyang telah ditentukan Allah. Dialah yang mencipta kamu dan memelihara kamu dan mcnjadikan kamuseorang manusia yang sempurna. Janganlah kamu mencari selain dari apa yang diperintahNya danjanganlah kamu katakan sesuatu itu buruk kecuali telah diharamkanNya. Apabila kamu telahbersesuaian dengan Allah dan perintahNya, maka seluruh alam akan menghambakan diri merekakepada kamu dan apabila kamu hindarkan apa-apa yang diharamkan Allah, maka semua perkara yangtidak dingini itu akan lari dari kamu di mana sahaja kamu berada. Allah berfirman: "Wahai manusia,Akulah Tuhan, tidak ada Tuhan selain Aku. Bila Aku kata kepada sesuatu jadilah, maka jadilah ia.Patuhlah kepadaKu sehingga jika kamu katakan kepada sesuatu Jadilah, maka jadilah ia." Allah jugaberfirman: "Wahai bumi, barangsiapa menghambakan dirinya kepadaKu, maka berkhidmatlah

  • kepadanya dan barangsiapa menghambakan dirinya kepada kamu, maka susahilah dia." Demikianfirman-firman Tuhan dalam sebahagian daripada kitab-kitabNya.

    Oleh yang demikian, jika tiba laranganNya, maka jadikanlah diri kamu seolah-olah orang yang telahletih lesu dan tidak bermaya atau seperti badan tidak bersemangat, tidak berkehendak dan bernafsu,bebas dari dunia kebendaan, lepas daari nafsu-nafsu kebinatangan umpama halaman rumah yang gelapgelita dan seperti bangunan yang hendak diroboh dan tidak ada yang bernyawa tinggal di dalamnya.Kamu hendaklah menjadi seperti seorang yang telah pekak, buta, bisu, sakit gigi, lumpuh, tidakbernafsu, tidak berakal dan badan kamu seolah-olah mati dan sedang dibawa ke kubur.

    Hendaklah kamu dengar dan lakukan segera perintah-perintah Allah dan kamu seolah-olah benci danmalas membuat apa-apa yang dilarang dan kamu beraksi seperti orang mati dan berserah bulat-bulatkepada Allah. Minumlah syarabah (minuman) ini, ambillah ubat-ubat ini dan makanlah makanan inisupaya kamu bebas dari nafsu-nafsu kebinatangan dan kesyaitanan, dan agar kamu sembuh daripenyakit dosa dan maksiat dan lepas dari ikatan hawa nafsu, mudah-mudahan kamu mencapaikesihatan jiwa yang sempurna.

  • BAB 14: SYARAHAN KEEMPAT BELASWahai mereka yang menjadi hamba kepada kepada hawa nafsu mereka! Janganlah kamu anggapkandiri kamu masuk dalam golongan mereka yang menjadi ahli Allah. Kamu menghambakan diri kamukepada hawa nafsu kamu sedang mereka menghambakan diri mereka kepada Allah Subhanahu waTa'ala kamu berkehendakkan dunia sedang mereka berkehendakkan akhirat. Kamu melihat dunia inisahaja sedang mereka melihat Tuhan yang menjadikan langit dan bumi. Kesenangan kamu terletakkepada makhluk tetapi kesenangan mereka terletak pada Allah. Hati kamu terikat kepada dunia tetapihati mereka terikat kepada Allah Yang Maha Agung. Kamu adalah mangsa kepada apa yang kamu lihattetapi mereka tidak nampak apa yang kamu lihat tetapi mereka melihat Allah yang menjadikan segalaperkara yang tidak dapat dilihat dengan mata. Mereka itu mencapai tujuan hidup dan mendapatkesejahteraan, sedang kamu masih terbenam dalam nafsu keduniaan kamu.

    Mereka itu hilang dari makhluk dan dari nafsu keduniaan dan dari kehendak mereka sendiri, makadengan itu mereka dapat sampai ke hadrat llahi yang memberi mereka kekuatan untuk mencapai hujungwujudnya mereka seperti taat dan pujian Allah. Inilah kurnia Ilahi yang diberiNya kepada siapa yangdikehendakiNya. Mereka jadikan taat dan pujian itu kewajiban mereka dan berpegang terus dengannyadengan pertolongan yang diberi olehNya dan ini tanpa mengalami kesukaran apa-apa. Maka jadilahtaat itu sebagai nyawa dan makanan mereka.

    Dengan itu dunia ini menjadi berkat kepada mereka dan memberi nikmat kepada mereka seolah-olahdunia ini telah jadi syurga. Kerana apabila mereka melihat sesuatu, sebelum mereka melihatnya,mereka nampak sebaliknya perbuatan dan lakuan Allah yang menjadikan segala-galanya itu. Orang-orang ini membekalkan kekuatan di bumi ini dan di langit dan menyenangkan mereka yang telah matidan masih hidup, kerana Tuhan mereka telah menjadikan mereka fasak bumi yang dijadikan ini. Olehitu, mereka adalah umpama gunung yang terdiri dengan gah dan agungnya. Jauhlah dari mengacaumereka dan jangan halangi mereka dalam perjalanan mereka yang ibu bapa dan anak pinak merekatidak dapat menyelewengkan mereka dari tujuan mereka. Orang-orang ini adalah orang-orang yangterbaik yang dijadikan Allah di muka bumi ini. Keredhaan dan kesejahteraan dikurniakan Allahkepada mereka selagi ada langit dan bumi.

  • BAB 15: SYARAHAN KELlMA BELASSaya nampak dalam mimpi seolah-olah saya berada dalam satu tempat seperti sebuah masjid. Dalambangunan itu ada beberapa orang yang mengasingkan diri mereka dari orang ramai. Saya berkataseorang diri: "Jika si anu itu ada di sini, dia dapat mendisiplinkan orang-orang ini dan memberimereka panduan-panduan yang baik, "Dan saya terbayang seorang soleh yang tertentu. Orang-orang itudatang keliling saya dan seorang dari mereka berkata: "Apakah telah jadi kepada kamu? Mengapakamu tidak bercakap?" Saya pun berkata: "Jika tuan izinkan saya akan bercakap", kemudian sayaberkata: "Apabila kamu telah mengasingkan diri dari orang ramai kerana yang hak, maka janganlahmeminta-minta lidah kamu. Apabila kamu telah berhenti meminta dengan lidah, maka janganlahmeminta dengan hatimu kerana meminta dalam hati itu adalah serupa juga dengan meminta lidah.Ketahuilah bahawa Allah itu tiap-tiap hari dalam keadaan keagungan yang baru, dan menukar,membeza, meninggi dan merendahkan manusia. Setengah-setengah manusia, ditinggiNya taraf merekaitu dan yang lain pula direndahkanNya. Kemudian diingatkan kepada mereka yang bertaraf tinggi itubahawa taraf mereka yang tinggi itu boleh direndahkanNya dan kepada mereka diberi harapan yangDia akan meme!ihara mereka dan menetapkan kedudukan mereka itu. Kepada mereka yang bertarafrendah itu diberi pula ingat bahawa mereka akan ditinggalkan dalam kehinaan dan melepaskanharapan dari mereka untuk kenaikkan ke taraf yang tinggi itu," selepas itu saya pun terjaga dari mimpi.

  • BAB 16: SYARAHAN KEENAM BELASTidak ada yang dapat menghindarkan kamu dari mendapat keredhaan dan pertolongan langsung dariAllah kecuali pergantungan kamu pada manusia dan cara peraturan penghidupan dan pendapatankamu. Manusia menjadi penghalang bagi kamu untuk mencapai kehidupan yang diamalkan oleh Nabiiaitu tentang pendapatan. Selagi kamu mengharapkan hadiah dan keredhaan manusia dan meminta-minta dari mereka, maka kamu telah mensekutukan Allah dengan yang lain. Maka kamu tidak akandapat mencapai kehidupan yang telah diamalkan oleh Nabi iaitu pendapatan secara halal dari duniaini.

    Apabila kamu menjauhkan kehidupan kamu dengan manusia dan mensekutukan mereka dengan Allahdan bergantung kepada pendapatan kamu dan berpuas hati dengannya dan lupa kepada kurnia Allahitu, maka kamu telah bersikap seperti seorang musyrik dan syirik ini lebih halus lagi dari yangterdahulu, maka Allah akan menghukum kamu dan menjauhkan kamu dari keredhaanNya.

    Apabila kamu telah keluar dari keadaan ini dan membuangkan syirik jauh-jauh dan mencampakpergantungan hati kamu dengan pendapatan kamu, daya dan upaya kamu dan kamu melihat bahawaAllah sebenarnya yang memberi kehidupan dan menjadikan sebab dan akibat dan memberi kekuatanuntuk mencari pendapatan dan pemberi kekuatan terhadap segala yang baik dan kehidupan itu dalamtanganNya, kadang-kadapg dibawaNya kepada kamu melalui manusia dengan cara kamu meminta darimereka pada masa ujian dan perjuangan atau melalui permohonan kamu dariNya, ataupun kadang-kadang melalui pemberian manusia atau melalui kurniaNya dengan sedemikian rupa hingga kamu tidaklihat sebab dan cara perantaraan itu.

    Oleh itu kamu menuju kepada Dia dan kembali kehadratNya Yang Maha Agung dan gagah, bila Diamenyingkapkan tirai yang melindungi kamu dari keredhaanNya dan membuka pintu rezeki dengankehendakNya di masa-masa yang perlu, bersesuaian dengan keperluan kamu pada masa itu,umpamanya tabib yang menjadi sahabat kepada pesakit, dan inilah sebagai perlindungan dari DiaYang Maha Mulia dan Maha Besar, untuk membersihkan kamu dari cenderung kepada yang lain dariDia dan dengan itu Dia meredhai kamu.

    Oleh yang demikian, apabila Dia telah mengosongkan hati kamu dari tiap-tiap tujuan, nafsu, danmatlamat, maka Dia akan memenuhi hati kamu dengan tujuan dan kehendak Dia semata-mata. ApabilaDia hendak memberi kamu bahagian kamu dan bukan untuk orang lain, maka kamu pasti dapatbahagian kamu itu dan Dia akan mengarahkan kamu untuk mendapatnya dan bahagian kamu itu akansampai kepada kamu pada masa yang kamu perlukan. Kemudian Dia akan memberi kamu kekuatanuntuk bersyukur kepadaNya dan akan diberiNya ilmu dari Dia agar kamu bersyukur kepada Dia. Makaini akan menambahkan kehendak kamu untuk jauh dari orang ramai dan mengosongkan hati kamu dariapa sahaja selain Allah.

    Apabila ilmu dan kepercayaan kamu telah bertambah kuat dan teguh, dan hati kamu telah lapang danbercahaya dan kamu bertambah hampir dengan Allah dan kamu telah layak menjaga rahsia-rahsiaNya,maka kamu akan diberi ilmu untuk mengetahui terlebih dahulu bilakah bahagian kamu akan sampai danini adalah tanda kamu telah diberi kemuliaan dan keredhaanNya. Inilah kurniaanNya, dan kasih

  • sayangNya dan panduan dan bimbinganNya. Firman Allah:

    "Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintahkami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami." (Surah As - Sajdah: Ayat

    24)

    Allah juga berfirman:

    "Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkankepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang

    berbuat baik. " (Surah Al-Ankabut: Ayat 69)

    Allah Subhanahu wa Ta'ala juga berfirman, "Dan takutlah kamu kepada Allah dan Dia akan mengajarkamu, kemudian akan diberiNya kamu dengan kekuatan untuk mengawal alam, dengan kebenaran yangterang, yang tidak ada kegelapan dalamnya dan dengan tanda-tanda yang nyata yang terang sepertiterangnya matahari dengan perkataan yang manis-manis yang lebih manis dari segala perkara yangmanis dan dengan wahyu yang sebenarnya tanpa sebarang kegelapan dan bebas dari nafsu-nafsukebinatangan dan dari hasutan syaitan yang dilaknatkan."

    Allah berfirman dalam sebuah daripada kitab-kitabNya, Wahai anak Adam, Akulah Tuhan, tidak adayang patut disembah selain Aku. Aku katakan jadilah, maka jadilah ia. Patuhlah kepadaKu sehinggaAku jadikankamu bila berkata kepada sesuatu jadilah, maka jadilah ia. Dan Dia telah lakukanseperti ini kepada ramai dari anbiya' dan auliya'Nya dan orang-orang yang khas diredhaiNya darianak Adam.

  • BAB 17: SYARAHAN KETUJUH BELASYang dimaksudkan dengan hampir dan bersatu dengan Tuhan itu ialah kamu mengosongkan hati kamudari makhluk, hawa nafsu dan segala yang lain dari Allah sehingga hati kamu dipenuhi oleh Allah danlakuanNya sahaja. Kamu tidak bergerak selain dengan kehendak Allah semata. Kamu tidak bergerakmelainkan Allah menggerakkan kamu. Keadaan seperti ini dinamakan fana. Fana inilah yangdimaksudkan dengan bersatu dengan Tuhan. Tetapi ingatlah bahawa bersatu dengan Tuhan itubukanlah seperti bersatu dengan makhluk ataupun yang lain dari Tuhan.

    Tidak ada suatu pun yang seumpama dengan Dia, sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan MahaMelihat.

    Al-Khalik itu tidak serupa dengan apapun yang kamu sangkakan. Hanya orang yang telah mengalamidan menyedari proses bersatu dengan Tuhan itu sahaja yang mengerti dan faham apa yangdimaksudkan dengan bersatu dengan Tuhan itu. Orang yang tidak merasa dan mengalaminya tidaklahboleh berkata dan tidaklah dapat mengerti apa yang dimaksudkan dengan bersatu dengan Tuhan.Tiap-tiap orang yang merasa pengalaman tersebut mempunyai rasa dan pengalaman yang tersendiri,masing-masing mempunyai rasa dan pengalaman yang tersendiri.

    Pada tiap-tiap Nabi, Rasul dan wali-wali Allah itu ada rahsia. Masing-masing ada rahsianya.Seseorang itu tidak dapat mengetahui rahsia yang ada pada seorang yang lain. Kadang-kadang seorangmurid mempunyai rahsia yang tidak diketahui oleh gurunya. Ada kalanya pula rahsia yang ada padaguru itu tidak dapat diketahui oleh murid, meskipun murid itu telah hampir sama sedarjat dengan guruitu. Apabila seseorang murid mencapai keadaan kerohanian yang ada pada gurunya, maka dia disuruhmenceraikan dirinya dari guru itu. Dengan lain perkataan, dia sekarang telah setaraf dengan guru.Murid itupun tercerai dari guru itu dan Allah sahaja menjadi penjaganya dan Allah akan menceraikandia dari segala makhluk.

    Bolehlah diibaratkan bahawa guru itu umpama ibu dan Murid itu umpama bayi yang masih menyusu.Apabila umur bayi itu cukup dua tahun, maka diapun berhenti menyusu dari ibunya. Tidak adapergantungan dengan makhluk setelah hapus hawa nafsu amarah dan kehendak-kehendak kemanusiaan.Guru (atau syeikh) itu hanya perlu selagi murid itu masih ada hawa nafsu angkara murka dankehendak-kehendak badaniah yang mana perlu dihancurkan. Setelah semua itu hilang dari hati muridtadi, maka tidaklah lagi guru itu diperlukan kerana murid itu sekarang tidak ada lagi kekurangannyadan dia telah sempurna.

    Oleh yang demikian, apabila kamu telah bersatu dengan Tuhan, maka kamu akan merasai kesentosaandan keselamatan dari apa sahaja yang lain dari Dia. Kamu akan lihat bahawa tidak ada yang wujudselain Dia sahaja. Kamu akan lihat bahawa untung, rugi, harapan dan ketakutan bahkan semuanyaadalah dari dan kerana Dia jua. Dialah yang patut ditakuti dan kepada Dia sahaja memintaperlindungan dan pertolongan. Maka sentiasalah kamu melihat lakuanNya dan menanti perintahNyadan sentiasa patuh kepada Dia sahaja. Terputuslah kamu dari apa sahaja yang bersangkutan dengandunia ini ataupun yang bersangkutan dengan akhirat. Janganlah hati kamu terlekat pada apa sahajaselain Allah.

  • Anggaplah seluruh yang dijadikan Allah ini sebagai manusia yang telah ditangkap oleh seorang rajayang agung dan gagah dan raja itu telah memotong kaki dan tangan orang tadi dan menyalibnya padasepohon pokok di tebing sebuah sungai yang besar lagi dalam, dan raja itu bersemayam di atas takhtayang tinggi dan digauli oleh hulubalang-hulubalang yang gagah berani dengan alat kelengkapan senjatayang lengkap dan raja itu melontar orang tadi dengan segala senjata yang ada padanya. Adakah kamufikir orang yang melihat keadaan ini memalingkan pandangannya dari raja itu dan sebaliknya takut,berharap dan meminta kepada orang itu, bukannya kepada raja yang agung itu? Jika ada orang yanggentar dan takut kepada orang yang tersalib itu bukan kepada raja, maka orang itu adalah orang yangbodoh gila dan tidak siuman.

    Oleh yang demikian, mintalah perlindungan Allah dari menjadi buta setelah diberinya kita pandangan,dan dari bercerai setelah disatukan dan dari berjauhan setelah didekatkan, dan dari sesat setelahdiberi petunjuk dan dari kufur setelah diberi iman.

    Dunia ini ibarat sungai yang besar yang airnya sentiasa mengalir. Tiap-tiap hari airnya bertambah.Begitulah nafsu kebinatangan manusia itu sentiasa tidak puas. Makin tamak dan makin tidak sedar diri.Manusia hidup di dunia ini sentiasa diuji dan dicuba. Disamping mendapat bahagia ada juga deritayang mengelinginya.

    Orang yang mempunyai akal fikiran yang sempurna dan mahu berfikir serta mengetahui hakikat, makadapatlah ia mengetahui bahawa pada hakikatnya tidak ada hidup yang sebenar melainkan hidupakhirat. Oleh itu, Nabi besar Muhammad Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda: "Tidak adahidup kecuali hidup akhirat." lni memangnya benar bagi seseorang yang beriman. Nabi Muhammadpernah berkata: "Dunia ini penjara bagi orang mukmin dan syurga bagi orang kafir." Nabi juga pernahberkata: "Orang yang baik itu terkekang."

    Pada hakikatnya kesentosaan dan kebahagian itu adalah terletak dalam perhubungan yang langsungdengan Allah yang pengasih dan penyayang, tawakal yang bulat kepadaNya dan sentiasa redhadenganNya. Apabila kamu telah dapat berbuat demikian, maka bebaslah kamu dari dunia ini dan kamuakan diberi Allah kesenangan, keselamatan, kesentosaan, kasih sayang dan keredhaan Ilahi.

  • BAB 18: SYARAHAN KELAPAN BELASSaya menasihatkan kamu supaya kamu jangan merungut atau mengadu tentang kesusahan yang menimpakamu kepada sahabat atau musuh kamu dan janganlah disalahkan Tuhan yang menjadikan kesusahan ituatau ujian itu. Ada lebih baik jika kamu terangkan tentang kebaikan yang diberi Allah kepada kamudan tentang kesyukuran kamu terhadap kebaikan itu. Kamu berbohong dalam menyatakan kesyukurankamu tanpa sebarang kurnia adalah lebih baik dari kamu menyatakan yang benar dan menghebahkankesusahan yang kamu alami. Siapakah yang tidak dapat kurnia Allah? Allah Subhanahu wa Ta'alaberfirman:

    "Dan dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu menghitung nikmatAllah, tidaklah dapat kamu menghinggakanya. Sesungguhnya manusia itu sangat zalim dan sangat

    mengingkari (nikmat Allah)." (Surah Ibrahim: Ayat 34)

    Berapa banyakkah kurnia Allah kepada kamu dan kamu masih tidak sedar juga. Janganlah kamu rasasenang dengan makhluk dan janganlah cinta kepada makhluk dan janganlah kamu ceritakan kepadasiapapun keadaan hal ehwal kamu. Hendaklah cinta kamu itu kerana Allah semata dan kamu merasasenang dengan Dia dan kesusahan kamu hendaklah diadukan kepada Dia juga.

    Jangan kamu pandang yang lain dari Allah kerana yang lain dari Allah itu tidak dapat memberimudharat dan manfaat, untung dan rugi, kebaikan dan kejahatan, menghina dan memuliakan, meninggidan merendahkan, mengaya dan memiskinkan, menggerak dan mendiamkan. Segala yang lain dariAllah itu adalah ciptaan Allah jua dan di tangan Allah punca pergerakkan mereka dengan izin dankehendakNya jua. Mereka ada selagi Allah hendakkan mereka ada. Sesuatu itu wujud dalam tempohmasa yang telah ditentukan Allah. Apa yang te!ah didahulukan tidak dikemudiankan, dan apa yangtelah dikemudiankan tidak didahulukan. Jika Allah hendak menimpa kamu bahaya, maka tidak adayang dapat mengelakkan bahaya itu selain Dia jua, jika Dia hendak memberi kebaikan kepada kamu,maka tidak ada yang dapat mengelakkan kebaikan itu datang kepada kamu, selain Dia jua.

    Oleh itu jika kamu merungut dan mengadu kerana tidak puas hati dengan Dia semasa kamu sedangmenikmati kesenangan dan keseronokkan, hanya kerana hendakkan supaya dilebih dan ditambahnikmat keseronokkan dan kesenangan itu, dan menutup pandangan kamu kepada kesenangan dankeseronokkan yang ada pada kamu itu dengan menyangka ianya tidak baik, maka Allah Subhanahu waTa'ala akan murka kepada kamu dan Dia akan menarik balik kesenangan dan keseronokkan itu darikamu dan Dia akan menyusahkan kamu lebih hebat lagi dan akan memberatkan kamu dalam kesusahanitu dan kamu akan dijauhkan daripadaNya.

    Dengan itu janganlah kamu merungut walaupun badan kamu dipotong-potong dengan gunting,peliharalah diri kamu! Takutilah Allah! Berhati-hatilah!.

    Sesungguhnya kebanyakan bencana yang menimpa anak Adam itu ialah kerana sungutan dan rungutan

  • terhadap Tuhan. Adakah patut seseorang hamba Allah itu merungut dan tidak puas hati, pada hal Allahitu Maha Pengasih, Maka Penyayang, Maka Adil, Maha Tahu dan Maha Bijaksana?

    Nabi Muhammad pernah bersabda: "Kasih Allah kepada hambaNya adalah lebih dari kasih ibukepada anaknya."

    Wahai manusia! Tunjukkanlah sopan santun yang baik, bersabarlah di masa kesusahan walaupun kamuletih lesu dengan kesabaran itu. Bersabarlah disamping kamu bertawakal dan berserah diri kepadaAllah. Redhalah dengan Dia.

    Jika kamu masih dapati diri kamu masih wujud, maka hapuskanlah wujud kamu itu. Jika kamu telahtidak ada, di manakah kamu? Pernahkah kamu dengar firman Tuhan:

    "Diwajibkan atas kamu berperang, pada hal berperang itu ada sesuatu yang kamu benci. Boleh jadikamu membenci sesuatu, pada hal ia amat baik bagimu, dan baleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,pada hal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Surah Al-Baqarah

    : Ayat 216)

    Pengetahun tentang hakikat sesuatu telah jauh dari kamu dan kamu terdinding dari hakikat-hakikat itu.Oleh itu tunjukkan tidak sopan jika kamu suka atau tidak suka akan sesuatu jika kamu dalam peringkatpertama iaitu peringkat orang-orang yang soleh, maka patuhlah kepada syariat dalam semua perkarayang berlaku kepada kamu. Jika kamu dalam peringkat kedua iaitu peringkat wilayah (kewalian),maka ikutlah segala perintah dan jangan melampaui batas. Pada peringkat terakhir, hendaklah kamuredha dengan lakuan Allah dan bersesuaian denganNya dan lenyaplah masuk ke dalam kedudukan dankeadaan abdal ghuts dan shodiq. Janganlah cuba hendak menentang takdir dan hadapkan diri kamu dankehendak kamu terus kepada Allah dan janganlah kamu merungut dan tidak berpu