forum1bml3113

1
Kita sering kali mendengar ungkapan ‘Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk berbilang bangsa.’ Namun demikian, amat sedikit dari kalangan kita yang menyedari bahawa definisi ‘bangsa’ yang digunakan adalah salah dari segi konsep bagi negara kita ini. Konsep ‘bangsa’ dan ‘kaum’ adalah mempunyai makna yang berbeza. Konsep kata ‘bangsa’ membawa dua makna yang berbeza seperti berikut: Makna pertama: Kumpulan manusia yang sama-sama asal-usulnya atau sifatnya. Makna kedua: Kumpulan manusia yang menjadi rakyat di sesebuah negara. Hal demikian bermakna, konsep bangsa Melayu yang pertama bukan sahaja meliputi bangsa Melayu di Malaysia, malahan bangsa Melayu secara global seperti bangsa Melayu yang terdapat Indonesia, Kemboja, Brunei, Thailand, Filipina serta di mana-mana sahaja keturunan Melayu di seluruh dunia. Manakala bagi maksud kedua pula konsep ‘bangsa’ merupakan rakyat sesebuah negara. Jadi bagi negara Malaysia istilah bangsa Melayu tidak begitu tepat penggunaannya mengikut konsep yang sebenar. Istilah yang betul ialah kaum Melayu kerana bukan orang Melayu sahaja yang menjadi rakyat Malaysia. Maka, konsep kaum di Malaysia merupakan etnik-etnik yang menjadi rakyat Malaysia seperti kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan lain-lain kaum minoriti. Warganegara inilah yang layak disebut bangsa Malaysia.

Upload: norlaila-abdul-rani

Post on 20-Jul-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Forum1bml3113

Kita sering kali mendengar ungkapan ‘Malaysia merupakan negara yang mempunyai penduduk

berbilang bangsa.’ Namun demikian, amat sedikit dari kalangan kita yang menyedari bahawa definisi

‘bangsa’ yang digunakan adalah salah dari segi konsep bagi negara kita ini. Konsep ‘bangsa’ dan ‘kaum’

adalah mempunyai makna yang berbeza. Konsep kata ‘bangsa’ membawa dua makna yang berbeza

seperti berikut:

Makna pertama: Kumpulan manusia yang sama-sama asal-usulnya atau sifatnya.

Makna kedua: Kumpulan manusia yang menjadi rakyat di sesebuah negara.

Hal demikian bermakna, konsep bangsa Melayu yang pertama bukan sahaja meliputi bangsa

Melayu di Malaysia, malahan bangsa Melayu secara global seperti bangsa Melayu yang terdapat

Indonesia, Kemboja, Brunei, Thailand, Filipina serta di mana-mana sahaja keturunan Melayu di seluruh

dunia.

Manakala bagi maksud kedua pula konsep ‘bangsa’ merupakan rakyat sesebuah negara. Jadi

bagi negara Malaysia istilah bangsa Melayu tidak begitu tepat penggunaannya mengikut konsep yang

sebenar. Istilah yang betul ialah kaum Melayu kerana bukan orang Melayu sahaja yang menjadi rakyat

Malaysia.

Maka, konsep kaum di Malaysia merupakan etnik-etnik yang menjadi rakyat Malaysia seperti

kaum Melayu, kaum Cina, kaum India dan lain-lain kaum minoriti. Warganegara inilah yang layak

disebut bangsa Malaysia.