format technical paper

4

Click here to load reader

Upload: afieza-tumijan

Post on 05-Feb-2016

66 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

Selamat Mencuba

TRANSCRIPT

Page 1: Format Technical Paper

Tajuk Kertas Teknikal

Nama Pelajar & Nama Penyelia

Faculty of Technical and Vocational Education, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, 86400 Batu Pahat, Johor, Malaysia

Email pelajar: [email protected] (email selain email uthm)

Abstrak

Abstrak hendaklah engikut template ini dan mengandungi komponen utama iaitu Latarbelakang dalam 2 atau 3 ayat, Tujuan kajian 1 atau 2 ayat, metodologi/skop menyatakan rekabentuk kajian, sampel dan instrumen kajian, sekitar 4 atau 5 ayat, dan keputusan dan kesimpulan dalam 3 atau 4 ayat. Jumlah perkataan adalah kurang daripada 300 patah. Kertas kerja teknikal yang telah siap hendaklah dihantar bersama laporan akhir thesis dalam bentuk CD. Format fail mestilah dalam *.DOC supaya memudahkan proses editing oleh pihak urusetia untuk diterbitkan.

Kata kunci: Problem based learning, facilitation, participation, tutorial session, engagement with PBL, electrical engineering

Page 2: Format Technical Paper

1. Pengenalan

Pengenalan mengikut template ini dengan Times New Roman size 10 dan 1.0 spacing. Gunakan sahaja template ini tanpa mengubah sebarang format yang telah diberikan ini. Kandungan ruangan pengenalan ini seharusyna mengandungi pengenalan dan latarbelakang kajian kira-kira 5 perenggan (lebih kurang satu muka setengah) manakala perenggan terakhir iaitu perenggan ke-6 menyatakan masalah dan tujuan kajian secara jelas. Jumlah muka surat maksimum adalah 10 muka termasuk rujukan.

Perenggan seterusnya bermula dengan format seperti ini. Matlamat utama ruangan pengenalan ini adalah untuk menerangkan kepada pembaca tentang bidang kajian yang dijalankan dan membincangkan mengapa kajian ini perlu dijalankan dengan mengemukakan hasil literatur yang berkisar tentang bukti bahawa masalah wujud serta akibat daripada masalah tersebut. Maka dengan adanya bukti dan akibat tersebut, pembaca akan jelas mengapa kajian ini perlu dijalankan.

Rujukan mestilah mengikut format APA iaitu menggunakan nama akhir. Contohnya: menurut Ali (2009), terdapat sembilan jenis ikan air tawar yang boleh di makan. Semua ikan-ikan ini adalah dalam kategori ikan bersisik dan berkulit licin (Anderson, 2011).

2. Metodologi

Ruangan metodologi ini perlu mengikut format yang ditunjukkan seperti contoh yang diberikan. Dalam perenggan ini pelajar harus menyatakan rekabentuk kajian (contoh: Kajian tinjauan, Kajian berbentuk eksperimen, dll), nyatakan pembolehubah yang dikaji, contohnya: Satu kajian tinjauan deskriptif berbentuk kuantitatif telah dijalankan bagi mengkaji tahap penguasaan kemahiran berfikir secara kritis bagi pelajar berlainan bidang ijazah pertama.

2.1. Populasi dan sampel

Ruangan ini menerangkan kepada pembaca mengenai populasi kajian, jumlah sampel kajian, bagaimana pensampelan, zon mana, dll.

2.2. Instrumen kajian

Ruangan ini menerangkan instrument kajian yang digunakan, nyatakan jumlah item, nyatakan kesahan (konstruk, bagaimana item dibangunkan, rujuk mana), nyatakan kebolehpercayaan item (nyatakan indeks berkaitan contoh: alpha cronbach, split-half, item diskriminasi, dll), nyatakan contoh 1 atau 2 item.

2.3. Analisis data

Nyatakan kaedah analisis data yang digunakan contohnya min dan sisihan piawai, pearson correlation, t-test, anova, faktor analisis, sem dll yang berkenaan dengan analisis yang dilakukan.

3. Keputusan

Dalam perenggan pertama ini, nyatakan secara ringkas demografi sampel yang telah diperolehi contohnya pecahan mengikut gender, umur, kursus, dll yang mana dirasakan perlu. Tidak perlu menyatakan semua maklumat demografi yang ada dalam instrument anda. Jika perlu boleh memuatkan jadual seperti di bawah. Matlamat perenggan ini adalah untuk memberi gambaran umum kepada pembaca mengenai sample yang diperolehi. Contoh jadual adalah seperti Jadual 3.1

2

Page 3: Format Technical Paper

Jadual 3.1: Pecahan gender bagi sampelJantina PeratusanLelaki 40

Perempuan 60

Perenggan seterusnya adalah memaparkan RINGKASAN keputusan kajian seperti bab 4 dalam laporan anda. Turutan persembahan data ini adalah mengikut turutan persoalan kajian seperti dalam bab 1 anda. Ia menyatakan keputusan contohnya bagi persoalan pertama, min keseluruhan bagi motivasi intrinsik pelajar adalah 2.5 (sisihan piawai = 0.51) iaitu pada tahap sederhana. Min bagi item-item motivasi intrinsik adalah ditunjukkan dalam Jadual 3.2. Ruangan ini bermatlamat untuk melaporkan hasil analisis data tanpa sebarang rujukan dan ulasan kritikal.

4. Dapatan dan perbincangan

Ruangan ini akan membincangkan dapatan kajian seperti bab 5 anda. Turutan juga harus mengikut turutan seperti mana ruangan keputusan kajian di atas. Mulakan perenggan pertama terus kepada perbincangan persoalan kajian pertama. Bagi setiap persoalan kajian, amalkan penulisan dengan kaedah 1- menyatakan keputusan kajian; 2- menyatakan sokongan teori/model sama ada ia sejajar atau bercanggah; 3- nyatakan justifikasi atau kemungkinan mengapa sejajar atau bercanggah dengan teori/model; 4- menyatakan sokongan kajian lepas sama ada ia sejajar atau bercanggah; 5- menyatakan justifikasi atau kemungkinan mengapa sejajar atau bercanggah; 6- nyatakan kesimpulan/rumusan.

Pastikan tiada nombor sama ada min, peratusan atau sebarang nombor dalam menyatakan keputusan dalam ruangan ini.

5. Kesimpulan

Nyatakan kesimpulan daripada kajian dan boleh ditambah dengan satu atau dua cadangan serta implikasi kajian.

Rujukan (contoh seperti dibawah atau mengikut format APA 6th edition)

- Kurangkan atau elakkan rujukan daripada laman web- Kurangkan atau elakkan rujukan daripada prosiding- Kurangkan atau elakkan rujukan daripada tesis

Arts, J.A.R., Gijselaers, W.H. & Segers, M.S.R. (2002). Cognitive effects of an Authentic computer-supported, problem based learning environment. Instructional Science, 30, pp. 465-495.

Burgoon, J. K., & Hale, J. L. (1987). Validation and measurement of the fundamental themes of relational communication. Communication Monographs, 54, 19–41.

Emerson, R.M., Fretz, R.I. & Shaw, L.L. (2011). Writing ethnographic field notes, 2nd edition. U.S: The University of Chicago. Hung, W. (2009). The 9-step problem design process for problem based learning: application of the 3C3R model. Educational Research Review,

4, pp. 118-141.Hunter, D., Thorpe, S., Brown, H. & Bailey, A. (2009). The art of facilitation. New York: Willey.Justice, T. and Jamieson, D.W. (2012). The Facilitator’s field book. Third edition. United States: HRD Press. Knight, D.D. (2011). Assessing Class Participation: One useful strategy: Tips for encouraging students participation in classromm discussion.

The Teaching Professor. United State: A Magna Publication. Pg 4.KoIb, D.A., Experiential Learning:Experience as the Source ofLearning and Development, Prentice-Hall, Englewood Cliffs, N.J., 1984.Masek, A. & Yamin, S. (2012). A Comparative study of the effect of Problem Based Learning and Traditional Learning Approaches on Students’

Knowledge Acquisition. International Journal of Engineering Education, Vol. 28 (5), pp. 1161-1167.

3

Page 4: Format Technical Paper

Paletz, B.F.S. & Shunn, C.D. (2011). Assessing group-level participation in fluid teams: testing a new matric. Behav. Research, DOI: 10.3758/s13428-011-0070-3.

Remedious, L., Clarke, D., and Hawthorn, L. (2008). The silent participation in small group collaborative learning contexts. University of Melbourne: PhD. Thesis

Sabburg, J., Fahey, P. & Brodie, L. (2006). Physics concepts: Engineering PBL at USQ. Proceeding of 17th National Congress. Brisbane: RiverPhys. pp. 105.

Schwarz, R. (2002). The Skilled Facilitator: A comprehensive resource for consultants, facilitators, managers, trainers, and coaches. San Francisco: Jossey-Bass Publisher.

Savin-Baden, M. (2003). Facilitating Problem Based Learning: Illuminating Perspectives. Buckingham: Open University Press.Wee K.N.L. (2004). Jump Start Authentic Problem Based Learning. Singapore: Prentice Hall Pearson Education South Asia Pte. Ltd.

4